Wednesday, 6 February 2013

JANJI ALLAH PASTI AKU YAKIN SEYAKIN-NYA



  • Ratu Rimba Niagara shared Janji Allah Itu Pasti.'s photo.
    22 minutes ago · 


    Khai Noor shared your status update.
    PERTEMUAN HAMBA DENGAN PENCIPTA-NYA

    Ya Allah
    syukur aku sebanyak-banyak-Nya
    di pagi yang syahdu ini
    Kau sudi menjemputku
    mendengar alunan-alunan zikir munajat
    para ahli-ahli Syurga di Rumah-Mu

    alunan zikir munajat
    bergema jelas
    mendayu-dayu...sayu....sayuuppppp
    terheret segala rohku di alunan zikir-Mu
    aku terpana dalam dzat cinta-Mu
    terlalulah indah tiada dapat dilafazkan dengan kata-kata
    serasa aku berada di Taman-Taman Syurga
    serasa rohku sedang di angkat untuk bertemu-Mu
    berkain kafankan setanggi dari Syurga
    semakin kuat gema alunan zikir
    semakin Kau hampir padaku
    aku dalam kepanahan dzat cinta-Mu
    di kiri kanan
    sepanjang bertemu-Mu
    rohku dialunkan
    zikir munajat
    para malaikat dan ahli Syurga
    airmataku bercucuran
    tanpa henti
    bahagia di kala itu Tuhan...
    bahagia yang tak dapat dibeli dengan alam dan seisinya
    SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
    alunan gema zikir munajat
    para ahli zikir benar-benar
    menusuk ke kalbu imanku
    aku tenggelam dalam dzat cinta-Mu

    aduhai terasa bertuah diri ini
    Kau pilih menjemputku ke Rumah-Mu
    untuk bersama
    para ahli zikir munajat
    aku terharu syahdu terus merindui-Mu

    Gema-gema alunan zikir inilah
    yang selalu kunantikan
    dalam igauan dalam mimpi-mimpi indahku
    Kau sudi perkenankan
    untuk menjemputku
    menghadiri majlis zikir munajat di Rumah-Mu
    yang indah bak istana Syurga
    yang dihuni oleh semua hamba-Mu
    yang ingin menjadi ahli Syurga-Mu
    maka dengan berkat zikir munajat kami ke Rumah-Mu
    catatkanlah nama-nama kami sebagai ahli Syurga-Mu
    apabila bertemu-Mu nanti
    dialunkan dengan gema zikir para malaikat dan para ahli Syurga
    SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
    saat yang amat membahagiakan
    terlalulah indah untuk diabadikan dalam kamus
    PERTEMUAN HAMBA DENGAN PENCIPTA-NYA
    syukur....syukur...syukur...
    berkat MAJLIS ZIKIR ISTIGHASAH AL-KUBRA yang dihadiri
    atas jemputan-Mu di pagi yang amat berkat ini
    SEMPENA SAMBUTAN MALIDUR RASUL
    NABI MUHAMMAD SAW KEKASIH-MU
    Ya Rasulullah
    Pilihlah kami mendapat syafaatmu
    Di hari yang tiada sesiapapun dapat memberikan Syafaat...
    Melainkan kau Rasulullah Kekasih Allah Azzawajallah
    Aameen Aameen Aameen Ya Rabbal A'Lamin.

    Karya Ratu Rimba Niagara,
    14 Rabiulawal 1434H
    26 Januari 2013M
    (KARYA DIILHAMKAN MENGHADIRI MAJLIS ISTIGHASAH AL-KUBRA
    ANJURAN PERUNDINGAN MELAYU (MPM) DENGAN KERJASAMA
    MASJID PUTRA, PUTRAJAYA PERBADANAN PUTRAJAYA)
    1. ENGKAU SAHAJA YANG AKU SEMBAH DENGAN SEYAKIN-YAKIN-NYA

      YA ALLAH KASEHAN SAMAKU
      AKU BERKARYA KARENA-MU YA ALLAH
      AKU BERKARYA KARENA MAHU MENDAPAT REHDO-MU YA ALLAH
      AKU BERKARYA AGAR DAPAT AKU MENGINSAFKAN DIRIKU SENDIRI
      DAN SESESIAPA YANG MEMBACANYA JUGA MENDAPAT MANFAAT
      HASIL KARYAKU YA ALLAH
      ANDAINYA KARYA-KARYAKU MENJADI UANG
      BERILAH KEBERKATAN PADA UANG YANG KUPEROLEHI ITU
      YA ALLAH
      AGAR DAPAT AKU MENGINFAKKAN KE JALAN-JALAN-MU YA ALLAH
      ITU YANG KUDAMBAKAN ITU YANG KUHAJATKAN YA ALLAH
      ANDAIKATA AKU DIPANGGIL-MU SEBELUM TERCAPAINYA HAJATKU
      KAU TERIMALAH NIATKU YANG SUCI MURNI INI KARENA-MU
      YA ALLAH
      ANDAINYA ADA HAMBA-HAMBA-MU YANG MAHU BERSAMA-SAMAKU
      MENDAMBAKAN DIRI DEMI PERJUANGAN SUCI MURNI INI KAU HADIRKAN SEGERA YA ALLAH KARENA AKU YAKIN HAMBA-MU ITU ADALAH WALI-MU YANG TERPILEH UNTUKKU....
      AKU YAKIN JANJI-MU PASTI BENAR
      KAU MAHA MENEPATI JANJI
      AKU TUNGGU DALAM SUJUD TAFAKURKU PENUH HARAP YA ALLAH
      MAKANYA KASEHAN SAMAKU
      HAMBA-MU YANG MAHU PULANG KE PANGKUAN-MU
      DALAM SUCI LAGI DISUCIKAN
      SEPERTI MANA AKU DILAHIRKAN KE DUNIA INI
      SEPERTIMANA AKU BERSUMPAH SEJAK AZALI LAGI
      KAU SAHAJA TUHAN YANG AKU SEMBAH DENGAN SEYAKIN-YAKIN-NYA
      AAMEEN AAMEEN AAMEEN YA RABBAL A'LAMEEN

      Hamba-Mu Yang Kerdil,
      25 Rabiulawwal 1434H
      Like ·  · Promote · 






    Like
     ·  ·  · 
    21 minutes ago · 
  • Khai Noor shared your status update.
    MUJAHID LAMBANG ISLAM & SYURGA

    TANPA MUJAHID BUMI ISLAM MASIH DIJAJAH DAN TIDAK DAPAT BERKEMBANG LUAS AJARAN ISLAM DI SELURUH DUNIA. MAKANYA SETIAP TETES DARAH MUJAHID AMAT BERNILAI DI SISI ALLAH TAALA.
    SEBAB ITU ALLAH AZZAWAJALLAH MEMBERI BALASAN SYURGA UNTUK SEMUA MUJAHID.

    Ratu Rimba Niagara.
    19 Rabiulawwal 1434H
    31 Januari 2013M

    shared your status update.
    HATI KITALAH RAJA

    Hati kitalah raja
    Anggota badan kita mengikut segala kehendak kita
    Jika hati kita baik, baiklah semua rakyatnya
    Hati inilah yang hendak dibawa sampai mati
    Jika hati kita tidak dibersihkan sebelum mati
    Malanglah kita sepanjang di alam barzah
    Sepanjang menempuh alam akhirat
    Samalah kita saling muhasabah diri
    Memperingati saat-saat sakaratul maut...
    Ikutlah kata hati kita
    Yang baik kita ikutkan
    Yang tak baik diketepikan
    Moga bahagia dan cemerlang kita dunia akhirat
    In Shaa Allah Aameen.

    SELAMAT TAHUN BARU 1.1.2013
    MAAF DIPINTA SEPANJANG HAMBA BERSIARAN DI SINI

    Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Daripada:

    RATU RIMBA NIAGARA
    1 Januari 2013
    9 minutes ago · Like

    HIDUPLAH KITA SEPERTI POHON YANG BERBUAH LEBAT

    Hiduplah seperti pohon yang berbuah lebat
    hidup di tepi jalan dan ketika di lempari orang
    dengan batu,tetapi dibalas dengan buah".

    By: Muhammad Agus Shafii

    Tengku Ali Indra Jaya like this.

    Ratu Rimba Niagara:

    PUISI PEPOHON IMAN

    Ingin kusemai bunga-bunga cinta
    agar apabila bertunas nanti
    segar disinari cahaya iman
    akarnya menjadi pasakkan
    iman yang kukuh bercambah
    akarnya merata tempat.

    Merimbunlah dikau tunas-tunas
    cinta keimanan
    menjadi pepohon rendang
    dewasa dalam keindahan iman
    rimbunan dedaun menghijau
    saujana mata memandang
    dedaunanmu merimbun
    ditiup angin sepoi-sepoi bahasa
    melentok-lentok sambil mengalunkan
    zikir munajat memuji Tuhannya.

    Alunan zikirmu padaNya
    membuatkan aku terkesima
    dalam rindu mendalam padaNya
    dan aku mencemburuimu
    kerana hidupmu...
    tiada lain kecuali
    berbakti kepada Tuhanmu
    dan menabur jasa kepada
    penghuni bumi.

    Bertambah mengindahkan lagi
    pepohon iman itu berbunga
    gugusan kuntum bunga
    memukau panorama...

    Wangian bunga pepohon iman
    dapat dihidu di seluruh benua
    tiada apa yang dapat diucapkan
    melainkan SUBHANALLAH.

    Setelah habis musim bunga
    tiba masanya pepohon iman berbuah
    gugusan buah melebat
    memenuhi pepohon iman
    terkesima mata memandangnya.

    Apabila gugusan buah pepohon iman
    sudah ranum daripada tangkainya
    sedia dipetik penghuni bumi
    lalu berkata, ”Makanlah buah pepohon imanku ini...

    Moga... Cahaya keimanan meresap
    dalam roh dan jasadmu, itu doaku.”

    Setelah penghuni bumi
    makan buah pepohon iman itu...

    Sisa buah pepohon iman tersebut
    dilemparkan ke sungai deras mengikut
    kederasan air terjun
    lalu terdampar ke hutan belantara
    di situlah bermulanya penghidupan
    baru kepada pepohon iman
    meneruskan kelangsungan hidup baru
    pasrah dan redha
    dengan asal kejadiannya!

    Karya: Ratu Rimba Niagara
    1.1.2013
    Like ·  ·  · 39 minutes ago · 

    •  commented on a link.

      • Khai Noor shared Ahmad Dan Bin Setafa's status update.
        Hati-hatilah dengan komunikasi kita.
        Ini selaras dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

        “Ada 4 perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada 4 perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (4 sifat itu ialah)
        i. apabila dipercayai ia khianat,
        ii. apabila bercakap ia berdusta, (komunikasi)
        iii. apabila berjanji ia mungkir, dan (komunikasi)
        iv. apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (komunikasi)
        (Menegakkan benang basah ) “.

        Hadis Riwayat Ahmad
        Unlike ·  ·  · January 8 at 6:14pm · 
    • Khai Noor shared your status update.
      ALLAH ITU MAHA INDAH

      Allah Itu Maha Indah
      Seindah 99 nama-Nya
      Semerdu KalamNya
      Tak jemu dibaca berulang-ulang kali

      Apabila menyebut nama-Nya
      Bergetar hati meruntun jiwa
      Apabila tidak menyebut nama-Nya
      Hati pilu seperti ditusuk sembilu pilu
      Apabila membaca Kalam-Nya
      Wangian cinta-Nya meresap dalam
      Roh dan jasad terus merindui-Nya
      Menanti dan menunggu untuk
      Bertemu dengan-Nya
      Moga terpilih menjadi kekasih-Nya
      Amin. Ya Rabbal A’Lamin

      Karya: Putri Rimba Niagara
      3 Jun 2012

      ADAKAH DEGUPAN JANTUNG SEIRING ZIKIR PADANYA

      Ya Allah …
      Baru kini aku tahu
      betapa besarnya kuasa-MU
      menjadikan setiap jantung
      manusia berdegup sebanyak
      seratus ribu kali degupan sehari
      Masya-Allah naifnya aku
      tentang kejadian ini.

      Aku terkesima dalam
      ketaksupan aku tentang
      Kebesaran-Mu ini
      aku meratapi diriku
      tentang berapa kali pula
      aku bertasbih pada setiap
      helaan nafasku pada-Mu
      jika hendak dibandingkan dengan
      seratus ribu kali degupan jantungku ini.

      Ya Allah aku malu dengan diriku sendiri
      kerana adakah aku tergolong hamba-MU
      yang mengucapkan syukur setiap nikmat
      kehidupan yang Kau limpahkan padaku?
      Tolonglah aku Ya Allah jadikanlah hamba-Mu
      terpilih untuk mengucapkan syukur
      dengan berzikir pada-Mu di sebilang masa
      dan seketika selagi nafasku Kau pinjamkan!
      Biar degupan jantungku ini bermanfaat
      untuk roh dan jasadku ini selagi hayat
      di kandung badan.
      Amin Ya Rabbal A’ lamin

      Karya : Putri Rimba Niagara
      3 Jun 2012

      MOGA BEKALAN BERKEKALAN HINGGA KE MATI

      Seratus ribu kali sehari jantung berdegup,
      Berapa kali pula hati berzikir;
      Daripada bercakap kosong baiklah senyap,
      Itu tandanya orang berfikir.

      Hendak tidur tidurlah mata,
      Moga esokkan dirahmati;
      Ilmu dicurah bagaikan permata,
      Moga di Sana terus diberkati.

      Duhai saudara janganlah bimbang,
      Kudoakan hidup matimu diredhai;
      Dakwah dan tintamu menjadi lambang,
      Itu tandanya ilmumu dirahmati.

      Seratus ribu kali sehari jantung berdegup,
      Setiap nafas adakah zikir untuk-Nya;
      Itulah bekalan di masa hidup,
      Dihitung di akhirat sebagai penyelamatnya.

      Bersatu hati atas tali Allah,
      Menyebarkan dakwah kerana cinta pada-Nya;
      Melalui pena kita berdakwah,
      Moga di akhirat menjadi bekalannya.

      Syukur sungguh mendapat sahabat,
      Sahabat akhirat menyatukan hati;
      Matlamatnya sama untuk bekalan akhirat,
      Bila berpena harus berhati-hati.

      Hidup ini cuma sementara,
      Bila tiada hilanglah semuanya;
      Hanya tinggal semangat membara,
      Tanda kasih pada yang hidup untuk selamanya.

      Kasihku pada pembaca melebihi diriku,
      Kalian adalah penyambung dunia akhiratku;
      Apa kesalahan maafkan daku,
      Sepotong doamu penyeri akhiratku.

      Bicara tentang Allah tiada penghujungnya,
      Seperti berada di Taman-Taman Syurga;
      Tenangnya jiwa selamanya,
      Tutur katamu bak penghuni Syurga.

      Cinta pada Allah seutuhnya,
      Wangian cinta mendapat redha-Nya;
      Berkasih sayang hanya kerana-Nya
      Seperti berada di Taman Syurga-Nya.

      Wajah berseri mendapat hidayah,
      Rasakan dunia tak ke mana;
      Hati terpaut hanya kepada Allah,
      Moga diredhai bila ke Sana.

      Kutinggalkan ilmu bukan untuk dibanggai,
      Hanya semata kerana Allah dicintai;
      Biar pembaca mendoakan kunanti,
      Sebar luaskanlah penaku ini.

      Sama-sama mencari cinta Allah,
      Di alam maya kita disatukan;
      Saling bertarbiyah kerana-Mu Ya Allah,
      Balaslah cinta kami itulah yang diaminkan.

      Berbaik sangka sesama sendiri,
      Sahabat akhirat sahabat sejati;
      Amalan riak memakan diri,
      Saling ingat mengingati menuju mati.

      Orang bijak ingat mati,
      Semasa hidup muhasabah diri;
      Di dalam kubur tidak sendiri,
      Amal ibadat peneman diri.

      Teman baik saling muhasabah diri,
      Saling mengingati di hari mati;
      Hatimu luhur hidup menerangi,
      Moga amalan berkekalan hingga ke mati.

      Karya Putri Rimba Niagara
      3 Jun 2012

      PILIHLAH AKU MENJADI CALON SYURGA-MU YA ALLAH

      Aku tak layak masuk SyurgaMu
      tapi aku tak mahu masuk nerakaMu
      Ya Allah...
      aku ingin sangat mengecapi nikmat SyurgaMu
      tapi aku ngeri dengan azab nerakaMu
      pilihlah aku menjadi calon SyurgaMu
      justeru berilah aku hidayah
      agar aku sentiasa beramal
      yang Kau terima amalanku
      yang membolehkan menjadi
      calon SyurgaMu
      jauhkan aku perkara
      yang menyebabkan aku
      masuk nerakaMu
      belas kasihanlah padaku
      Ya Allah aku hamba yang hina
      yang selalu alpa dan terlalai
      dengan keasyikkan dunia
      tolong ingatkan aku Ya Allah
      agar lidahku sentiasa berzikir
      mengingati saat-saat sakaratulmaut
      izinkan rohku bertemu denganMu
      dalam keadaan tenang dan
      Kau redhai ketika
      hidup matiku
      pilihlah aku menjadi
      calon SyurgaMu
      Amin Ya Rabbal A’lamin

      Karya Putri Rimba Niagara
      3 Jun 2012

      KAU YANG KU CINTA

      Kau Yang Kucinta
      Kali pertama jatuh cinta dengan-Mu
      hati rasa terharu!
      Terasa damai! Tenang! Aman

      Hari-hari dilalui disinari dengan cahaya
      cahaya yang dipercayai
      dalam sanubari dalam lubuk hati
      Menyayangi-Mu… Mencintai-Mu
      adalah satu anugerah dar-iMu
      yang paling berharga dalam hidup ini
      Syukur Alhamdulillah

      Karya Putri Rimba Niagara
      3 Jun 2012
      27 minutes ago · Like

      Duhai Roh Serulah Jasadku

      Duhai roh
      serulah jasadku
      untuk sentiasa taat
      akan perintah
      Tuhanku
      Tuhanmu jua.

      Jasadku ini tak
      mahu menjadi
      derhaka
      kepada
      Tuhanku
      Tuhanmu juga.

      Aku ingin jasadku
      nalurinya seiring
      kehendakmu
      yang sentiasa
      mencintai dan
      merinduiNya
      di setiap
      helaan nafasku
      di setiap masa
      dan seketika.

      Serulah namaku
      biar sentiasa
      beringat
      tentang
      Hari Pembalasan
      yang tiada siapa
      dapat membantu
      kecuali amal ibadat
      ketika di dunia.

      Serulah namaku
      biar menjadi
      sebati dalam
      keselarian
      cintaku cintamu
      kepada
      Tuhanku Tuhanmu
      Yang Maha Agong
      Lagi Maha Perkasa
      segala Puji-Pujian
      hanya untukNya.

      Yang diharapkan
      selagi hayat di kandung badan
      jangan kau jemu untuk
      membimbing dan menasihatiku
      jika aku alpa dan terlalai.

      Di penghujung nyawaku
      ajarkan aku mengucapkan
      Kalimah Syurga
      Laillahaillah
      Syukur Alhamdulillah
      jika itu yang kuucapkan nanti
      Syukur Alhamdulillah kerana
      kau tidak jemu bersamaku
      melakukan kebaikan hingga
      ke akhir hayatku
      wajahku tenang
      melihat kau pergi
      meninggalkan aku
      dengan aman dan
      tenteram.
      Amin Ya Rabbal A’lamin.

      Karya: Putri Rimba Niagara
      3 Jun 2012

      Apabila Jasad Mendapat Nur Illahi

      Roh salahkan
      jasad kerana
      tersasar dan tersesat
      daripada jalan lurus
      yang ada dalam
      surah Al-Fatihah.

      Sepanjang roh bersama
      hayat jasad di muka
      bumi ini jasad tidak
      mahu menuruti kehendak roh
      yang mahu jasad seiring
      dengan kehendaknya
      tapi
      ada saja pertentangan
      antara jasad dengan roh.

      Roh terpenjara dalam
      dosa yang diciptakan
      jasad
      lagi banyak dosa
      yang dilakukan jasad
      roh merintih dalam
      duka yang berpanjangan.

      Raja iblis mentertawakan roh
      kerana usaha roh gagal dalam
      mengawal jasad derhaka
      ‘Jasad itu cuma dalam
      perhatian aku saja
      dia akan sentiasa menuruti
      kehendakku, dia dalam
      genggaman aku!’
      Egonya raja iblis itu.

      Roh terbelenggu dalam
      kekakuan dan ketakutan
      yang amat sangat dengan
      azab dari Allah yang akan
      ditimpakan ke atasnya
      nanti pasti!
      Di dunia telah dirasai
      betapa azabnya!
      Inikan di akhirtat!

      Sekarang rasakan
      nyalaan api neraka ini?
      Teriakan suara yang amat menggerunkan jasad.
      Panas! Panas! Sakit! Sakit!
      jerit jasad ketika hendak dihumbankan
      ke dalam api neraka yang menyala-nyala.

      Syukur Alhamdulillah bermimpi
      rupanya jasad.

      Jasad telah mendapat
      Nur Illahi
      Jasad tidak lagi menyeleweng
      dengan kehendak roh
      mereka seiring sekata
      menjadi sahabat yang paling
      akrab sebagai khalifah di muka
      bumi ini.

      Di pagi Jumaat
      yang syahdu itu
      jasad mengucapkan
      kalimah suci
      Laillahaillah.

      Roh tenang ketika
      meninggalkan jasad
      yang berwajah
      disinari
      Nur Illahi.

      Karya: Putri Rimba Niagara
      3 Jun 2012

      KEMBARKU INSAFLAH!

      Kembarku Insaflah!
      Aku malu pada Tuhanku
      kerana telah berjanji setia
      memikul tanggungjawab
      sebagai seorang khalifah
      dengan janji setia itulah
      aku ditiupkan ke jasadmu
      tika itu kau berusia
      empat bulan kandungan si ibu.

      Aku malu!
      tersangat malu!
      Pada Yang Maha Pencipta
      kejadian asalku bilamana kembarku
      derhaka pada Tuhanku.

      Hinakah kau bila bersujud padaNya?
      Sedangkan di alam roh aku bersujud padaNya
      malangnya kau! Sedihnya aku!

      Tahukah kau kembarku
      tika kau
      ditimpa kemalangan ngeri
      kau kesakitan!
      Tapi aku lebih sakit daripada itu!
      Aku tidak bersedia lagi hendak
      berjumpa Maha Pencipta kejadian asalku.

      Aku bersyukur kerana
      diberi kesempatan untuk
      kembarku bertaubat!

      Ketika di wad hospital
      kulihat tergenang air matamu
      menanggung kesakitan
      mulutmu tidak henti-henti
      menyebut nama Tuhanku.
      kau tahu kembarku
      aku menangis penuh syukur
      damainya aku tika itu!
      Tenangnya aku!
      Syukur aku pada Tuhan tidak terhingga
      ada hikmah kau ditimpa kemalangan itu..

      Tapi kebahagianku tidak lama
      cuma saat itu saja kau bertaubat
      bila kau sembuh
      kau dah lupa lagi
      kau lalai
      kau gembira semahumu!

      Aku
      kau penjarakan
      dalam keperitan !
      Dalam kekecewaan!

      Hari-hari kau ceria
      dalam dunia kelalaian
      yang kau ciptakan sendiri
      sedangkan aku
      merintih setiap saat
      aku malu kembarku untuk
      bertemu Tuhan
      jika ditakdirkan dalam
      keadaan kau begini!

      Justeru yang aku harapkan darimu
      agar kau
      bertaubat
      Insaf
      mencari hidayah!
      kerana penawar untukku yang sengsara ini
      adalah sujudmu pada Tuhanku yang
      menjadikan asal usulku dan dirimu.
      ingatlah sumpah setia kita
      kepadaNya!

      Karya : Putri Rimba Niagara
      3 Jun 2012
      18 minutes ago · Like

      Sumpah Setiaku Di Alam Roh

      Aku tafakur sejenak
      untuk apa aku dilahirkan ke dunia ini?

      Di alam kandungan sebelum roh
      ditiup ke jasad
      aku telah bersumpah setia untuk
      patuh kepada Yang Maha Esa
      dengan sumpah setia itulah aku
      dihidupkan ke dunia ini
      Masya-Allah malunya aku
      jika aku tidak tepati sumpah setia itu
      bumi mana hendak kudiami
      selain daripada bumi ini!
      Andai kata planet lain boleh
      didiami tapi milik-Nya juga!

      Mana mungkin aku
      menjadi penderhaka
      kepada Maha Penciptaku.

      Duhai Pencipta Sekalian Alam
      aku perlukan hidayah-Mu
      tunjukkan aku ke jalan yang lurus
      agar aku dapat menepati
      sumpah setiaku pada-Mu
      jadikan aku khalifah di muka bumi ini
      yang sentiasa Di Bawah Lindungan Kasih
      dan Rahmat-Mu.

      Hidupkan aku dalam suasana
      yang sentiasa ingat akan
      sumpah setiaku pada-Mu
      dan pilihlah aku sebagai khalifah
      yang sentiasa berbakti pada-Mu dan
      sekalian manusia di muka bumi ini
      Amin. Ya Rabbal A'lamin .

      Karya: Putri Rimba Niagara
      3 Jun 2012
      15 minutes ago · Like

       DUHAI KEKASIH HATIKU!

      Duhai Kekasih Hatiku!
      Kekasihku…
      Bila aku alpa
      memujiMu
      terasa terhenti nafasku!

      Bila aku menyebut NamaMu
      segala jiwaku hidup!
      jantungku berdegup kencang!
      terasa Kau hampir denganku.

      Tika aku membaca KalamMu
      terasa damainya hati
      rinduku membuak-buak
      untuk bertemu denganMu

      Tika aku sujud padaMu
      jasad dan rohku syahdu dalam
      linangan air mata keinsafan atas
      ketaksupan aku pada dunia
      yang melalaikan
      aku daripada…
      MengingatiMu
      MemujiMu
      MengagungkanMu.

      Terimalah aku menjadi
      kekasih setiaMu
      di dunia ini! Juga di akhirat!
      Amin Ya Rabbal A’lamin

      Karya: Putri Rimba Niagara
      3 Jun 2012
      13 minutes ago · Like
      Rabeah Mohd Ali Penawar Roh

      Roh itu muram
      menangisi nasib diri
      menyesali yang empunya diri
      yang masih terleka dan terlalai
      tentang masa dan peluang
      yang dilepaskan tanpa
      menghitung usia berlalu pergi.

      Izrail mengintai-ngintai roh yang suram
      menunggu perintah dari Maha Pencipta
      roh dan jasad.

      Yang empunya diri masih tidak
      mahu merebut peluang
      untuk pulang ke pangkal jalan!

      Yang empunya diri ingatlah
      masa terlalu suntuk untukmu
      pintu taubat terbuka untukmu
      peluang sentiasa menantimu
      rebutlah peluang selagi
      nafasmu ada!

      Berazamlah merebut segala cahaya
      yang menerobos masuk ke tubuhmu
      tanpa ada halangan yang berpunca
      dari kejahilan yang empunya diri.

      Cahaya hidayah datanglah pada
      yang empunya diri yang sudah
      pulang ke pangkal jalan
      dan inilah penawar roh
      yang suram!

      Karya Putri Rimba Niagara
      3 Jun 2012
      11 minutes ago · Like

       Sebelum Pejam Mata

      Hidup ini memang
      Melekakan!
      Melalaikan!
      Aku terkedu
      dalam kelekaanku.
      aku terkesima
      dalam kelalaianku.

      Sebelum pejam mata
      ingin aku berbuat baik
      pada Tuhan
      jua sekelian manusia
      di muka bumi ini.

      Sebelum pejam mata
      ampunkan aku Tuhan
      maafkan aku manusia
      atas segala dosa padaMu
      jua kesilapanku pada
      sekelian manusia.

      Izinkan aku bertemu dengan
      Kekasihku dalam wajah yang
      tenang dan berseri
      jika itulah yang kudapat
      hidup ini adalah satu kepuasan buat diriku
      dan aku redha dengan segala ujian
      yang tertimpa ke atasku
      syukur Ya Tuhan aku dihidupkan
      hanya untuk membalas cintaMu.

      Karya Putri Rimba Niagara
      3 Jun 2012
      10 minutes ago · Like

       SEBELUM DIJEMPUT PULANG KEPANGKUAN ILAHI

      Dunia sempit akan jadi luas jika kita buka mata hati...
      Bila terbuka mata hati khashaf-Nya tersirna di kalbu iman
      Bila kalbu iman tersirna tiada yang difikirkan hanyalah bekalan untuk akhirat yang pasti dan pasti akan kita tempuhi...moga kita semua tergolong sebagai hamba-Nya yang sentiasa disinarkan Nur Hidayah Kasih-Nya mulai detik ini sehingga dijemput pulang ke Pangkuan Ilahi Aamin Ya Rabbal A'Lamin.

      PUTRI RIMBA NIAGARA
      3 Jun 2012

      PENGHARAPANKU PADAMU YA ALLAH

      Aku bukanlah orang pandai tapi
      minat kerja macam orang bijak pandai.
      Pening memang pening,
      sakit kepalaku
      kerana siapalah aku nak dibandingkan
      mereka yang bijak pandai.
      Dengan pertolongan Allah yang Maha Bijak,
      Dia mengilhamkanku,
      Syukurku padaNya.
      Insya-Allah selagi dikurniakan
      kudrat pemikiran ku usahakan selagi larat
      biarpun tidak dipandang manusia aku redha
      tapi pandangan Ehsan-Mu amat aku harapkan
      sepenuh jiwaku kerana aku teramat takut sekiranya
      di alam akhirat nanti biarpun aku menangis air mata
      darah sepenuh alam sekalipun Kau tak akan pandang!
      Aku tak mahu begitu Ya Allah!
      Dengan air mata penuh pengharapan ini Kau pandang
      dan terimalah segala usahaku ini. Amin.

      Karya:Putri Rimba Niagara
      3 Jun 2012

      (PETIKAN DARIPADA WALL RATU RIMBA NIAGARA)
      16 Rabiulawwal 1434H
      29 Januari 2013M

0 comments:

Post a Comment

 
;