Aku bukanlah orang pandai tapi minat kerja macam orang bijak pandai Pening memang pening sakit kepalaku kerana siapalah aku nak dibandingkan mereka yang bijak pandai Dengan pertolongan Allah Yang Maha Bijak, Dia mengilhamkanku Syukurku pada-Nya Insya-Allah selagi dikurniakan kudrat pemikiran ku usahakan selagi larat biarpun tidak dipandang manusia aku redha tapi pandangan Ehsan-Mu amat aku harapkan sepenuh jiwaku kerana aku teramat takut sekiranya di alam akhirat nanti biarpun aku menangis air mata darah sepenuh alam sekalipun Kau tak akan pandang! Aku tak mahu begitu Ya Allah! Dengan air mata penuh pengharapan ini Kau pandang dan terimalah segala usahaku ini. Amin.
Karya Ratu Rimba Niagara 25 Rabiulawwal 1434H 6 Febuari 2013
0 comments:
Post a Comment