Sri Pemagku Adat updated the description of the group Sri Pemangku Adat.
Untuk memperkenalkan ADAT KARAENG dan ADAT ISTIADAT dalam MAJLIS ADAT LONTAR SRI KARAENGAN WANGSABUGIS MELAYU MALAYSIA.
Kewujudan ADAT KARAENG ini bermula penghijrahan kelompok Bangsawan Bugis ke Tanah Melayu (Semenanjung Malaysia) selepas peristiwa Perang Makkasar (Sulawesi Selatan, Indonesia). Perkahwinan campuran berlaku antara suku Bugis keturunan Bangsawan dan perkahwinan antara lain-lain suku yang kebanyakan berketurunan Bangsawan juga dari suku-suku Sumatera, suku-suku Jawa dan suku-suku Melayu Tempatan. Justeru itu, telah menjadikan Adat Karaeng ini begitu unik dan simbolik kerana terdapat di dalamnya unsur-unsur adat suku Sumtaera, adat suku Jawa dan adat suku Melayu Tempatan yang diamalkan secara keseluruhannya didalam Adat Karaeng ini. Namun demikian, adat budaya keluhuran wangsa suku Bugis ini menjadi Peneraju Utama dalam Adat Karaeng. Maka telah menjadi persoalan??? Kenapa? Mengapa? dan Bagaimana? terdapat Adat Temenggung, Adat Perpatih, Adat Karaton Hadinigrat dan lain-lain adat nusantara didalam Adat Karaeng maka itu disini akan Andika memperjelaskan supaya difahami umum.
Oleh yang demikian, maka wujudlah dua (2) golongan seperti berikut:-
(1) SUKU BUGIS; iaitu orang-orang Bugis yang masih kekal dalam identiti wangsa Bugis dimana nenek moyang mereka adalah berasal usul daripada Kesultanan/Kerajaan Luwu, Bone, Wajo, Gowa dan lain-lain wilayah/negeri yang keseluruhannya 100% berasal dari Sulawesi Selatan khususnya dan Sulawesi, Indonesia amnya.
(2) WARIS DARAH; iaitu orang-orang Bugis yang masih mengamalkan identiti suku Bugis tetapi berkahwin campur dengan suku-suku Sumatera, suku-suku Jawa, suku-suku Melayu Tempatan yang menjadikan anak cucunya bernasab suku Bugis sama ada sebelah Ibu atau Bapa yang masih dikira nenek moyangnya daripada asal usul wangsa Bugis.
Sungguhpun begitu, HAK-HAK KEISTEMEWAAN sama ada daripada Suku Bugis atau Waris Darah adalah mempunyai hak-hak keistimewaan sama rata dan hak-hak kesaksamaan menjadi Pemegang Jawatan didalam Struktur Pemerintahan dan Pentadbiran dalam Adat Karaeng.
0 comments:
Post a Comment