Saturday, 30 March 2013

KOLEKSI NOVEL PUISI CINTA DEMI-NYA (162) BANGSAWAN DIRAJA PUTRA SANG KURIANG & HARIMAU PERANG & RATU RIMBA NIAGARA



Saturday, 30 March 2013 0 comments

KOLEKSI NOVEL PUISI CINTA DEMI-NYA (161) BANGSAWAN DIRAJA. 'RAJA RIMBA & RATU RIMBA NIAGARA & PUTRA SANG KURIANG



Friday, 29 March 2013 0 comments




DATIN RUBY & PUTRA SANG KURIANG

"Hello datin ruby napa tak mahu jawab panggilan saya"
"Maaf sibuk lah... "
"Hai takkanlah berkarya sampai tak ada masa nak jawab telefon?"

Panggilan datin ruby sudah sebati dalam setiap kali panggilannya sedangkan dia bukan tak tahu siapa aku... jiran sekampungku.

Hingga kawan-kawannya yang broker tanah semuanya panggil datin. Naik tersedak aku bila mereka panggil datin. Terpaksa pulak aku mengubah penampilan aku bagaikan seorang datin ...maklumlah diwakilkan sebagai juru jual tanah kepada datuk-datuk dan para usahawan ternama.

Pakaianku sudahlah terhad yang ada cuma biasa...biasa je...maklumlah penulis sukarelawan tak dibayar gaji mana mampu hendak membeli pakaian ala datin.

Buat muka teballah pergi pinjam baju dengan kawan baikku si Suraya secara kebetulan memang seorang datin.

"Su...akak nak pinjam baju boleh tak."

"Akak nak gi mana..."

"Ni nak jumpa datuk...jual tanah di Lahad Datu Sabah...25 ribu ekar harga 400 juta."

"Datanglah rumah Su...akak pilih aja mana yang akak berkenan. Su pun bukannya pakai...yang ada permata delima ..hijau merah kuning biru..pilih ajelah...tak payah pinjam ambil aje Su bagi..."

"Ala...su janganlah sampai begitu sekali...akak tak nak baju su yang ada permata tu...nanti terlalu kemencau perminor mata datuk tu pandang akak...baju biasa-biasa ajelah ye su..."

"Berpinor itulah elok kak...biar berseri-seri...biar berpinor datuk tu pandang akak..."

"Tak naklah...kang pitam pulak datuk tu...terus tak jadi nak beli tanah...."

"Bila akak nak datang tu...Su...tunggu....atau suruh Pak Samad ambil nak..."

"Tak apalah nanti bila nak dekat tarikh jumpa datuk tu akak pergi ye...apapun terima kasih kerana sudi pinjamkan baju datin untuk akak ye..."

Seperti yang dijanjikan aku temujanji dengan seorang datuk untuk menjual tanah di Lahad Datu itu. Bincang punya bincang datuk itu kata....bukan tak berminat hendak beli tapi terlalu mahal.

Aku yang mulanya bersemangat terus hilang semangat. Sedang temenung-menung aku terfikirkan Fiah kawan fb ku yang ada di Sabah.

"Fiah boleh tak carikan pembeli yang berminat untuk membeli tanah di Lahad Datu ladang sawit 25 ribu ekar dengan harga 400 juta, Cantik tanah tu fiah anak anak sungai. Kalau ada fiah beritahu ye."

"In Sha Allah...fiah cuba ye carikan , mana tahu kalau berjaya dijual pasti dapat komisyen kan3? hehehe"

"Itu sudah pasti seorang 4 juta tu fiah."

"Kayalah kita kak...hehehe"

"Bolehlah kita teruskan perjuangan sastra kita kan3 hehhe"

"Fiah apa lagi berhenti kerja dan fiah nak teruskan seni yang fiah minati ini
Fiah nak ambil kursus penulisan kraetif dan produser filem."

"Wah nanti bolehlah fiah jadi produser filem untuk skrip akak ye...hehehe"

"Itu sudah semestinya...mesti filem itu meletup...tambah-tambah filem Putera Duyung, Putera Sang Kuriang, Pengantin Raja Rimba ...Putri Rimba Niagara...itu semua Fiah nak arahkan...."

"Ingat rupanya fiah tajuk-tajuk itu semua"

"Cerita-cerita yang akak tulis semuanya fiah ingat kerana fiah minat...yang fiah minat sekali cerita :"PUTRA SANG KURIANG" terpaksa berpisah dengan bunda permaisurinya pejuang kedamaian rimba niagara.Yang paling fiah ingat skripnya bilamana bonda Sang Kuriang berkata dengan ayahanda Sang Kuriang,
"KANDA...DEMI RAKYAT DAN KEDAMAIAN RIMBA NIAGARA INI KANDA TERIMALAH CINTA PUTRI SINGA JIKA KANDA MENOLAK AKAN BERLAKULAH PEPERANGAN DI RIMBA NIAGARA"
"TIDAK DINDA...CINTA KANDA PADA DINDA TIDAK BOLEH DIPISAHKAN LAGI..DINDALAH PERMAISURI YANG KANDA CINTAI SAMPAI MATI..."

"KANDA JIKA KANDA CINTAKAN DINDA KANDA TERIMALAH CINTA PUTRI SINGA...BAGI DINDA KEDAMAIAN DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT RIMBA NIAGARA ADALAH LEBIH PENTING DARIPADA CINTA... KANDA...PERCAYALAH PENGORBANAN KANDA ITULAH LAMBANG CINTA DINDA PADA KANDA."

Wow skrip yang romantis gile kak! Ada yang tersurat dan tersirat kak...fiah amat sukakannya. Nantilah fiah perkemaskan lagi skrip akak tu agar lagi mantap...."

Karya: Ratu Rimba Niagara
29 Mac 2013

DATIN RUBY & PUTERA SANG KURIANG II

"Hello Datin Ruby ...macam mana jadi tak adik angkat datin ruby beli tanah
di Lahad Datu itu ye...."

"Hampir nak jadi...cuma tunggu 20% aje...sabar ye...kalau ada rezeki tak ke mana."

"Ye datin...kita sama-sama tawakal mana tahu ada rezeki kita..."

"In Shaa Allah Aamiiin."

Aku menelefon fiah untuk mengetahui perkembangan tanah yang hampir hendak dibeli oleh saudara fiah di Singapura.

"Kak...siap...siaplah dengan cita-cita akak tu...karya-karya akak yang banyak tu dan teater bangsawan akak... In Sha Allah jadi kenyataan."

"Alhamdulillahlah tak perlu akak tercari-cari dan tertunggu-tunggu jutawan akhirat untuk menaja karya-karya akak. Dalam zaman sekarang bukan senang hendak mencari jutawan akhirat ...sudah ada modal sendiri senang...untung tak untung tu ...tak difikirkan asalkan apa yang dicitakan berjaya....hehehe"

"Orang jiwa seni...bukannya fikir untung...yang tahu minatnya jadi kenyataan kan3....hehehe"

"Fiah pun pasti suka kan? Apa yang fiah angan-angankan jadi kenyataan. Akak nak beli villa di tepi pantai tau...nanti senanglah kita nak bersastera...kita kumpulkan mereka yang semua minat sastera macam kita...kita kena cari mereka macam kita juga ...minat sastera bukan kerana wang, bukan kerana nama bukan kerana mahu sanjungan....yang penting minat.....minat.....minat...minat sampai mati! hehehehe"

"Akak jangan risau...itu semua fiah yang uruskan...bahagiakan hidup kita bilamana kita hidup dengan mereka yang memahami jiwa kita...minat kita pada sastra membuatkan hidup kita gembira ceria bahagia....rasa hari-hari hidup seperti di Taman-Taman Syurga Firdausi."

"Subhanallah indahnya tak sabar menunggu bahagia saat begitu..."

"In Shaa Allah kak ...AAmiin."


DATIN RUBY & PUTRA SANG KURIANG III

Hello Datin Ruby ...jadi ke tanah Lahad Datu tu dibeli?


In Shaa Allah tunggu 30% keputusannya ...ktia kena sabar sikit je....

Moga-moga berjaya usaha kita ye Datin Ruby...

In Shaa Allah kalau ada rezeki tak ke mana


Datin Ruby telefonlah adik angkat datin ruby tanya perkembangannya...

Ok...kejab lagi saya cuba hubunginya....

Aku terus telefon fiah setelah mendapat panggillan daripada nasaruddin.


Assalammualaikum....apa kabar fiah...

Waalaikummusalam Alhamdulillah kabar baik kak...

Macam mana dengan tanah di Lahad Datu tu...  ada harapan berjaya ke?

Nampaknya tak berjaya kak...? ....tanah tersebut telah diceroboh pihak musuh...
Saudara saya kata tak jadi nak beli ...

Tak apalah fiah akak redho aje...mungkin bukan rezeki kita....

In Shaa Allah  ada rezeki lain, Tuhan nak beri barangkali....tapi akak janji jangan putus asa
ye dengan cita-cita akak tu....teater diRaja Bangsawan Putra Sang Kuriang sudah saya perkemaskan
nanti fiah cuba cari produser nak pentaskan ya...


(PETIKAN DARIPADA SKRIP NOVEL PUISI CINTA DEMI-NYA)
29 Mac 2013
Like · · Promote · Share
Andi Aspar Arung Didi likes this.

(PETIKAN DARIPADA WALL RATU RIMBA NIAGARA)
29 Mac 2013
Like ·  · Promote · 


Ratu Rimba Niagara shared Datuk Mohd Faiz Abdullah Bokhari's status.
Komando (GGK), PASKAU, PASKAL, PARA, VAT69 mmg sbuah pasukan elit negara...msing2 mmpunyai keupayaan serta mmpunyai krdebeliti yg tersendiri namun komando (GGK) OPERASI nya merangkumi setiap aspet bentuk muka bumi (hutan,paya,gunung ganang,laut,paya & udara) thats y dlm GGK ada pecahan skuadron Unit lawan Keganasan (ULK), Skuadron Perahu Tempur (ANACONDA) & Battle Zone....
Walauapa jua yg dilabelkan @ diklafikasikan oleh masyarakat pasukan2 ini ialah kebangaan sluruh rakyat malaysia kerana berjuang utk mempertahankan kesucian agama,kedaulatan bangsa & keharmonian tanah air BUKAN berjuang utk mempertahankan PARTI POLIT
RAKYAT MALAYSIA BERJIWA PATRIOTIK

TANPA POLITIK TANPA NEGARA
SEMUANYA PENTING
YANG PENTING POLITIK YANG MENGUTAMAKAN KEPENTINGAN RAKYAT BUKAN KEPENTINGAN SENDIRI...

JIKA POLITIK TAK PENTING
HABIS NEGARA KITA NI DIPERINTAH OLEH SIAPA YE?

DENGAN BERLAKUNYA PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU
MEMBERI PENGAJARAN YANG BESAR KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA BETAPA PENTINGNYA SEMANGAT CINTAKAN NEGARA
SEMUA PEMIMPIN PDRM ATM TLDM TUDM SEMUA PAHLAWAN MELAYU MAHU PUN RAJA-RAJA MELAYU LEBIH UTAMAKAN RAKYAT DAN NEGARA DEMI KEDAULATAN NEGARA TERCINTA.

SELAMA INI TUGAS ATM & PDRM DI PANDANG SEBELAH MATA OLEH RAKYAT KITA DENGAN BERLAKUNYA PERTUMPAHAN DARAH DI LAHAD DATU...RAKYAT TELAH MULA SEDAR BETAPA BESARNYA PENGORBANAN ATM & PDRM .

INI BERMAKNA SEMUANYA PENTING MEMAINKAN PERANAN MASING-MASING BAGI MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN NEGARA DAN KEMERDEKAAN NEGARA TIDAK DIGANGGU GUGAT OLEH MANA-MANA MUSUH .

JIKA KITA GAGAL MEMPERTAHANKANNYA BUMI MALAYSIA INI PASTI BERMANDIKAN DARAH PERWIRA NEGARA DAN KEMERDEKAAN NEGARA TIDAK DAPAT DIPERTAHANKAN. BILA NEGARA SUDAH HANCUR LEBUR DIKUASAI PENJAJAH...SEMUANYA HANCUR LEBUR...RAJA TAK ADA..PEMIMPIN TAK ADA...PERWIRA SUDAH SEMUA MATI...RAKYAT PUN TIADA...JADILAH PADANG JARAK PADANG TERKUKUR...ADAKAH INI YANG KITA MAHUKAN?

SEBAB ITULAH PENTINGNYA POLITIK, RAJA, PERWIRA DAN RAKYAT...MASING-MASING BERKERJASAMA MEMPERTAHANKAN BUMI MALAYSIA INI DARIPADA DIJAJAH OLEH MUSUH NEGARA.

'BERSAMA BERJIWA PATRIOTIK DEMI AGAMA BANGSA & NEGARA'

RATU RIMBA NIAGARA
29 Mac 2013
Ratu Rimba Niagara shared Harimau Perang's photo.

" Wahai seluruh Muslimin & muslimat...Marilah kita bersatu demi Allah & Rasul-Nya.....Bersama kita menyeru ke arah penyatuan Ummah dan elakkan berpecah belah dan Assobiah.....Bersatu demi memperjuang & menegakkan Kebenaran dan Hak yang berteraskan Al-Quran & As-Sunnah .. selagi mana Melayu Islam itu bersatu selagi itu kita sentiasa kuat...ingatlah ...musuh-musuh Islam sedang menangguk di air yang keruh ketika kita bercakaran sesama sendiri... Jangan jadi Melayu buta sejarah ... & Jangan Jadi Melayu Mudah Lupa ... Takkan Melayu hilang di dunia ...Takkan ISLAM dipermainkan lagi di bumi bertuah ini !!!
Unlike ·  · Promote · 
  • You like this.
· 

  • ganaz mmg ganaz, blh msk kl gangster bro, hehe
  • Ahmad Fuad Hj Jamaludin amboi garangnye wajah ayah kita ni...nak p berperang ke ayah?
  • Fathul Afiq Hasim Sekali imbas muke p.ayahanda ni sebijik mcm the rock dlm cite fast furious 5.. Tp the rock xpakai baju melayu.. Hehhe
  • Ayahanda Zul Hebat sungguh paduka kita ni.......
  • Jeffri Kulup Macang emang manang dlm citer pendekar..steady la. . .
  • Paduka Taiko Chai Kun kau dan aku sma PACJ 
  • Jeffri Kulup Bersatu melayu dan islam...
  • Sab Berry terbaik//// Paduka Ayahanda Cikgu Joe/// PENDEKAR DARI GUNUNG JERAI..
  • Harimau Perang terima kasih ... biasa biasa sahaja ... salam bersatu dari anak jelapang padi ///
  • Sab Berry SAMA2 Paduka Ayahanda Cikgu Joe...
  • Harimau Perang terima kasih sahidyun
  • Harimau Perang apa yang merecik tu syeikh ?... heh
  • Sahidjuan Maggellan Lapu Lapu alhamdulillah sama2 paduka ayahanda ... 3 perkara yg aku sangat kagum dgn kata2 ayah bangsa,ugama dan maruah harus d satukan kerna allah swt dan nabimuhammad pesuruh allah..
  • Harimau Perang mana ada hebat ... silat kan seni warisan budaya ...penyambung warisan seni budaya bangsa sahaja
  • Harimau Perang terima kasih sahidjuan
  • Harimau Perang insyaAllah sama samalah kita seiringan
  • Nurul Asyiqin Suka tngk Paduka Ayahanda Cikgu Joe pakai cm ni...smart !
  • Ptb Hamid Chai Pancak pandakar muda , kemas dan penuh bersemanggat. Lv u.
    Yesterday at 6:27pm via mobile · Like · 2
  • Harimau Perang terima kasih YM Ptb Hamid Chaiyang saya hormati ... luv u too
  • Ratu Rimba Niagara Ini barulah Wira Melayu Laksamana Hang Tuah!
    Yang Taat Setia Kepada Raja & Negara
    Sekalung bunga pertiwi untukmu 
    Duhai Harimau Perang!
    Tabik Pahlawan padamu 3x hehehe
  • Nurul Asyiqin Betul2 !! Hihi
  • Harimau Perang terima kasih ratu
  • Ratu Rimba Niagara SEMANGAT LANGSAMANA HANG TUAH PERLU DIKEKALKAN! AGAR MELAYU TAK DIPANDANG SEBELAH MATA..DINJAK-INJAK SESUKA HATI!
  • Ais Ais benar..bersatulah semua...
  • Din Tokey Pergh .

  • PENDEKAR MELAYU BERJIWA LAKSAMANA HANG TUAH!

    Melayu hina melayu,
    Takkan kubiarkan;
    Kerana aku jiwa melayu,
    Kusahut segala cabaran.

    Melayu sentiasa hidup,
    Takkan kubiarkan diinjak-injak;
    Kerana kumahu bangsa ku terus hidup,
    Makanya bangsaku mestinya bijak.

    Pendekar melayu pantang dicabar,
    Turun ke gelanggang berbekalkan ilmu;
    Di gelanggang ini setapak pun takkan kuundur,
    Biar kepahlawanan melayu satu dunia tahu.

    Sedikit ilmu badan binasa,
    Akan kusahut cabaranmu itu;
    Bertulangkan besi beruratkan suasa,
    Satu lawan satu aku sedang menunggu.

    Satu lawan satu itulah anak jantan,
    Pukulan maut takkan ku gentar;
    Ayuh! Maju cepat kita berlawan,
    Biar apa terjadi jangan undur.

    Pendekar melayu tak mudah mengaku kalah,
    Ayuh yakin pada dirimu sendiri;
    Ingat pesanan guru jangan mengalah,
    Kerana pendekar melayu tak takut mati.

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    29 Mac 2013

    KERIS MENJADI SAKSI BISU HEBATNYA PERTEMPURAN!

    Keris menjadi saksi bisu
    hebatnya pertempuran mu duhai keris
    kehebatan mu di gelanggang pertempuran di akui sejak berzaman
    kau sentiasa dikenang sepanjang zaman
    kau sentiasa di hatiku
    kan ku perjuangkan kepahlawananmu
    hingga ke titisan darah terakhir
    biarpun nyawaku jadi taruhan
    agar kau mengerti
    yang aku cintakan mu
    selagi nafas ku ada
    lambang cinta
    lambang setiaku
    padamu keris....
    yang tak pernah jemu
    mencintaimu
    untuk mempertabatkanmu
    agar dicintai juga anak bangsa
    sejak zaman berzaman

    Karya Ratu Rimba Niagara
    29 Mac 2013

    KERIS LAMBANG KEPAHLAWANAN MELAYU

    Keris lambang kepahlawanan melayu,
    Keris juga lambang kekuasaan Kesultanan Melayu;
    Kepahlawan dan kedaulatan sultan tak pernah layu,
    Akan di pertahankan hingga ke titisan darah terakhir generasi melayu.

    Tak akan hilang melayu di dunia,
    Itulah sumpah Laksamana Hang Tuah;
    Kepahlawanan melayu terkenal di serata dunia,
    Berbangga menjadi bangsa melayu di bumi bertuah.

    Ilmu persilatan diminati sejak dahulu,
    Diperturunkan hingga ke generasi baru;
    Bersama mempertahankan kedaulatan kesultanan melayu,
    Akan dibanggai sehingga ke anak cucu.

    Pahlawan melayu sudah terbilang,
    Kepahlawanannya demi agama bangsa dan negara;
    Ilmu persilatan tak akan hilang,
    Akan diperturunkan dengan semangat yang membara.

    Salam silaturrahim salam kepahlawanan,
    Kepada semua pejuang bangsa yang tersanjung di hati;
    Kukagumi kalian kerana semangat perjuangan,
    Yang tak jemu berbakti dan menabur budi.

    AKU BERSYUKUR KERANA AKU MELAYU

    Aku bersyukur karena aku MELAYU
    Aku redho karena aku MELAYU
    Aku gembira karena aku MELAYU
    Aku bangga karena aku MELAYU
    Kerana aku cuma mendengar satu saja bangsa yang
    tak akan hilang di dunia yaitu BANGSA MELAYU ( Kata Wakil Anak Melayu Seluruh Dunia)

    Takkan hilang melayu di dunia,
    Ini sumpah pahlawan Hang Tuah;
    Melayu bersatu bermuafakat bersama,
    Itulah matlamat pewaris Hang Tuah.

    Berjuang tetaplah berjuang jua,
    Pantang undur sebelum berjuang;
    Kepahlawanan melayu terkenal di serata dunia,
    Gagahnya pahlawan terus gilang-gemilang.

    KARYA: RATU RIMBA NIAGARA)
    29 Mac 2013

    SKRIP HANG JEBAT & HANG TUAH ERA MODEN

    HANG JEBAT :

    Apa salahnya kita bermaaf-maafan...
    kalau kubunuh kau sia-sialah perjuanganku selama ini membela kau.

    HANG TUAH :

    Ya...betul katamu Jebat...
    kita bermaaf-maafan demi rakyat dan Raja kita.
    Aku tak mahu menjadi rakyat yang derhaka!
    Aku tak mahu menjadi sahabat yang tak mengenang budi!
    Nanti kukabarkan kepada Raja bahawa kau dan aku adalah rakyat yang setia ...
    Apa yang terjadi selama ini adalah cuma salah faham saja angkara fitnah.
    Raja pasti boleh terima apa yang kukatakan.

    HANG JEBAT:

    Betul ke Tuah.

    HANG TUAH :

    Raja sekarang Raja berjiwa rakyat. Sayangkan rakyat dan negara melebihi kepentingan sendiri.
    Begitu juga rakyat sayangkan Raja dan negara melebihi kepentingan sendiri.

    HANG JEBAT:

    Kalau begitu ayuh kita pergi mengadap Sultan.

    HANG TUAH :

    Sultan pasti gembira mendengar kabar berita ini.
    Barulah kita tidak rasa bersalah hingga ke mati.
    Tiadalah sesal di hati baik Raja, rakyat dan generasi akan
    datang pastinya semua gembira kerana tidak akan hilang melayu di dunia!

    HANG TUAH/HANG JEBAT:

    DAULAT TUANKU!DAULAT TUANKU!DAULAT TUANKU!

    RAJA:

    SAYANG RAKYAT!

    Karya: Ratu Rimba Niagara
    29 Mac 2013

    AKU TAK MAHU MENJADI PENDERHAKA RAJA

    "Raja adil raja disembah...Penderhaka Raja mesti kubunuh!"
    "Engkau pengampu Raja...apa yang engkau dapat? Kurniaan diRaja!"
    "Bukan itu yang aku mahukan...cuma aku mahu menjadi rakyat yang setia...setia kepada Raja."
    "Setia...sebelum berkuasa bolehlah! Dah berkuasa tengok...rakyat ditindas?"
    "Bedebah! Bukan Raja yang menindas rakyat tapi pemerintah !Engkau tahu tak? Tak akan rakyat hendak menindas rakyat..."
    "Kalau pemerintah menindas rakyat mana buktinya?"
    "Buktinya engkaulah yang menafikan kedaulatan diRaja!!!"
    "Kedaulatan diRaja? Macam mana tu?"
    "Pemerintah mengiktirafkan institusi diRaja...rakyat pun aman ."
    "Kenapa engkau kata macam tu?"
    "Sebab tiada Raja tiada negara tiada negara tiada rakyat ...ada rakyat ada pemerintah kerana rakyat adalah pemerintah...."
    "Engkau ini cakap berbelit-belit bikin aku nggak faham!Cakap bikin aku faham bisa nggak?"
    "Senang cerita lah...sebab apa aku kata rakyat itu pemerintah...siapa yang memilih pemerintah?
    "Rakyatlah!"
    "Pandaipun engkau....makanya pemerintah itu rakyat...rakyat itu pemerintah...makanya rakyat perlukan Raja yang adil barulah negara jadi sempurna...ada negara ada rakyat ada rakyat ada Raja..."
    "Itu macam kah...baru aku faham....betul kata engkau .....kalau macam ini tak jadi gaduhlah...kita bisa jadi kawan boleh nggak?"
    "Tentulah boleh...sebab engkau tidak jadi penderhaka...aku suka."
    "Hehehehehe"
    "Sukalah tu!"
    "Pastilah suka...."
    "Kenapa suka?"
    "Perjuangan kau sudah tercapai"
    "Maksud engkau?"
    "Engkau sudah berjaya menyedarkan aku makanya aku tak mahu lagi jadi rakyat penderhaka kepada Raja."
    "DAULAT TUANKU!DAULAT TUANKU!DAULAT TUANKU!"

    Karya RATU RIMBA NIAGARA
    29 Mac 2013

    KEPAHLAWANAN MELAYU BAGAIKAN LAKSAMANA HANG TUAH

    PULAU RUPAT INDAH PERMAI
    SANGKAR BESI SIBURUNG ELANG
    KALAU MAKRIFAT SUDAHLAH SAMPAI
    PENDEKAR TAK MATI DITENGAH GELANGGANG
    By: Zairi Erie

    Ratu Rimba Niagara:

    MARILAH KITA BERPADU AGAR BANGSAKU MEGAH!

    Aku anak melayu...
    Engkau anak melayu
    Tapi aku pantang melayu hina bangsa melayuku sendiri
    Makanya marilah kita ke tengah gelanggang
    Beradu kepahlawanan melayu
    Kerna pendekar melayu tak akan mati di tengah gelanggang...

    Engkau janganlah bersandiwara...
    Engkau kata engkau anak melayu
    Apa bukti engkau sokong melayu?
    Ada anak bangsa engkau
    Yang engkau bela?
    Bilang sama aku?
    Mana buktinya?
    Aku pantang orang pandai berkata-kata
    Tapi tak mahu buktikan!!!!

    Apa kuasa aku mahu aku buktikan?
    Engkau yang patut buktikan...
    Engkau yang ada kuasa
    Kenapa engkau tak gunakan kuasa engkau itu
    Engkau leka dengan pujian pangkat engkau
    Dengan kuasa yang engkau ada
    Engkau kumpul sebanyak mana harta yang engkau mahu
    Engkau hendak bawa harta engkau ke kubur ke?
    Hingga lupa tanggungjawab engkau kepada anak bangsa!!!

    Ciss bedebah engkau...!!!
    Aku kumpul harta kerna itulah matlamat aku...
    Engkau yang dengki khianat dengan aku....!!!!

    Yang engkau ambil itu bukan kepunyaan engkau!
    Harta rakyat...hak rakyat....!!!!
    Apa engkau tak rasa bersalah?
    Kerna engkau tak rasa bersalah ....
    Marilah kita bertarung tenaga....
    Baru tahu engkau berkuasa atau aku yang berkuasa...

    Ciss anak melayu pantang dicabar!!

    Ciss! Bedebah engkau masih lagi mengaku anak melayu!!!
    Tapi pengkhianat bangsa sendiri....!!!!

    PULAU RUPAT INDAH PERMAI,
    SANGKAR BESI SI BURUNG ELANG;
    KALAU MAKRIFAT SUDAHLAH SAMPAI,
    PENDEKAR TAK MATI DI TENGAH GELANGGANG.

    KEPERKASAAN MU PAHLAWAN AKU MENGALAH,
    KEKUATAN MU BAGAIKAN LAKSAMANA HANG TUAH;
    ENGKAU MEMBUATKAN AKU MENGAKU KALAH,
    MARILAH KITA BERPADU AGAR BANGSAKU MEGAH.

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    31 Ogos 2012

    JADILAH RAJA YANG UTAMAKAN RAKYAT
    MELEBIHI KEPENTINGAN SENDIRI

    Teungku Sayyid Deqy

    Ibu...
    Maafkan putramu...
    Aku sedang berada di titik nadir hidupku,
    Aku sedang terbuang dan terhina oleh dunia ini,
    Namun...mengapa aku pun tersisihkan dari hatimu?
    Semua ini sungguh membuatku lemah,

    Ibu kusayang...
    Putramu hanya ingin istirahat sejenak di rumahmu...
    Izinkanlah dihari-hari terakhirku ini,
    Dan ketika kuberpulang pada NYA, aku dalam hangat pelukanmu.

    By: Teungku Sayyid Deqy

    Ratu Rimba Niagara:

    Duhai nanda putra kesayanganku...
    Napa nanda berkata demikian rupa
    Hancur lulur hati bunda
    Sebak hati bunda ...
    Adakah selama ini bunda abaikan kasih sayang bunda...
    Katakan putra kesayangan bunda...
    Puluhan tahun bunda mendidik dan membesarkan nanda
    Tidak cukupkah kasih sayang bunda pada nanda selama ini....
    Bukan kasih sayang saja yang bunda berikan pada nanda
    Malah nyawa bunda pun sanggup jadi taruhan demi nanda tercinta...
    Jika pelukan bunda ini boleh menenangkan jiwa nanda
    Marilah ke mari bunda dodoikan gurindam dan syair
    Yang selalu bunda dendangkan semasa nanda bayi lagi...

    "Duhai putra bunda tersayang...
    Buah hati bunda pengarang jantung bunda
    Bunda kasih ...bunda sayang sangat-sangat...
    Tidurlah lena...jangan nakal-nakal...
    Besar nanti jadilah anak yang soleh lagi beriman
    Jadi Raja yang utamakan rakyatnya daripada kepentingan sendiri...
    Jadilah Raja yang adil Raja yang pemurah
    Raja yang ingin hidup mencari jalan-jalan redhoNya
    Nanda diberi darjat yang tinggi bukan untuk membangga diri
    Tapi adalah amanah yang akan dipertanggungjawabkan...
    Makanya jadilah Raja yang disayangi rakyat bukan dibenci rakyat
    Ingatlah pesanan bunda ini nanda...
    Bunda sangat-sangat sayang pada nanda
    Nandalah saham dunia akhirat bunda
    Tiada bunda nanti di dunia ini
    Kirimkan doa untuk bunda jangan dilupakan
    Itulah tanda kasih sayang nanda pada bunda...
    Di pintu Syurga bunda menantimu penuh kerinduan..."

    Masihkah nanda ingat dengan gurindam yang bunda dendangkan
    padamu ? Inilah gurindam yang ditiup suburkan dijiwamu agar
    terpasak dalam sanubarimu nanda...

    Makanya jangan nanda berkata seolah ingin pergi dulu daripada bunda....
    Memanglah kita tidak tahu siapa yang pergi dulu....
    Tapi biarlah bunda yang pergi dulu...
    Nanda muda lagi dan tenaga nanda masih segagah pahlawan perkasa...
    Bunda dalam usia begini sudah terlalu uzur dan lemah ....
    Cumanya semangat saja yang menguatkan bunda meneruskan
    Pengembaraan di dunia ini....
    Makanya bunda berharap sangat Tuhan panjangkan usia nanda...
    Bunda doakan Allah SWT sentiasa memberi kekuatan pada nanda
    Untuk meneruskan perjuangan bunda dan nanda bahagia ....
    Justeru jangan ragui cinta dan kasih sayang bunda pada nanda lagi...
    bunda kasih dan sayangkan nanda dari dunia ini di bawa hingga ke SyurgaNya....
    Aaamin Ya Rabbal A'Lamin

    Ikhlas daripada:

    Bunda Permaisuri Rimba Niagara
    Malaysia
    1 April 2012

    (KARYA TEUNGKU SAYYID DEQY & RATU RIMBA NIAGARA)
    29 Mac 2013


TEATER BANGSAWAN DIRAJA PUTRA SANG KURIANG
Karya Ratu Rimba Niagara

Setelah berkahwin dengan Raja Rimba, Permaisuri Rimba mengikut
Raja Rimba tinggal di sebuah istana di Belantara Niagara.
Rumahtangga yang dibina atas dasar saling cinta menyintai
amat bahagia. Sehati sejiwa saling hormat menghormati,
Saling bertukar pandangan dan sentiasa memikirkan masalah
seluruh haiwan yang ada di Belantara Niagara.
Kebahagian rumahtangga Raja Rimba tidak lama apabila
seluruh kaum Raja Rimba tidak senang hati dengan perkahwinan
Raja Rimba dengan Permaisuri Rimba.
Terutama sekali Puteri Harimau yang sudah lama menaruh hati
dengan Raja Harimau.
Puteri Harimau telah membuat strategi untuk membunuh Permaisuri Rimba yang ketika itu sedang sarat mengandung Putera Sulungnya.
"Beta... tak akan lepaskan si bedebah itu yang telah merampas
kekasih beta...beta mesti membalas dendam. Dia mesti mati!!!"
"Tapi macam mana kita nak bunuh dia Tuan Puteri sebab Raja Rimba
selalu berada di sisinya."
"Tak apa beta tahulah nak buat macam mana..."
"Kamu tengoklah nanti... dia akan menyesal kerana merampas kekasih beta!"
Ketika perbualan Puteri Harimau dengan pengikut-pengikutnya, dayang Permaisuri Rimba telah terdengar.
Jantungnya berdetak kencang...Dayang menangis kerana dia tidak mahu kehilangan Permaisuri Rimba yang amat disayanginya. Kebaikan Permaisuri Rimba kepada seluruh Rimba Niagara telah sebati dalam semua haiwan-haiwan kecuali puak-puak Raja Rimba yang sememangnya berdengki hati dengan Prmaisuri Rimba .
"Walau apa yang terjadi hamba takkan biarkan Permaisuri Rimba dibunuh hamba akan lindungi Permaisuri biarpun nyawa hamba jadi taruhan!!.
Petang itu Puteri Harimau datang ke Istana Rimba Niagara dengan membawa mempelam muda.
"Permaisuri...beta ada bawakan mempelam muda untuk Permaisuri..."
"Hi...sedapnya...beta sudah lama mengidamkannya...sudah serata tempat Kekanda Rimba mencari mempelam muda tapi baru sekarang beta dapat merasai mempelam yang beta idamkan...Terima kasih Tuan Puteri kerana memahami buah mempelam muda yang beta idamkan," kata Permaisuri Rimba penuh gembira.
"Kalau macam ni setiap hari beta boleh bawakan.. mempelam muda untuk Permaisuri lagi ye... sehingga Permaisuri melahirkan cahayamata."
"Baik sungguh hatimu Tuan Puteri...Kebaikan Tuan Puteri Beta amat
hargai dan amat terharu."
"Permaisuri kesayangan seluruh haiwan di Rimba Niagara ini...
apalah salahnya beta berkorban demi Permaisuri tanda kasih
sayang beta kepada Permaisuri."
"Terima kasih dinda putri."
Raja Rimba pulang dari berburu.
"Mana dinda dapat buah mempelam muda ni dinda?"
"Adinda Puteri Rimba ada datang tadi dia yang memberi dinda buah
mempelam ini."
"Dinda...kanda sudah lama kenal dengan hati budi Puteri Rimba tu...
Mesti ada niat tak baik kepada dinda..."
"Kanda...kanda...tak baik berperasangka yang bukan...bukan...
kita bersangka baik ye.. Ha...lagi pun bukan dinda yang nak
makan buah mempelam ni....anakanda yang dalam kandungan ni kanda..."
Permaisuri Monyet tergelak.
"Mentang-mentanglah kanda tak dapat carikan mempelam muda untuk dinda..."
Kanda dengar dalam kandungan dinda ye" Raja Rimba meletakkan telinganya ke perut permaisuri kesayangannya .
"Anakanda...anakanda nak pelam ye ...tak pe....kejap lagi
bonda kesayangan anakanda makan ye...anakanda."
"Kanda ni ada-ada aje lah..." Mereka suami isteri tergelak geli hati
yang bukan kepalang.
Malam itu Permaisuri Rimba tidak dapat tidur kerana perutnya memulas- mulas kesakitan.
"Dinda...dinda..kenapa dinda...." Tanya Raja Rimba penuh cemas.
"Sakit...! Kanda....Sakit sangat perut dinda ni.....!" Permaisuri
Monyet menangis tidak dapat menahan sakit perut yang amat sangat.
"Sabar lah dinda...jangan ....jangan dinda sakit nak bersalin..."
Raja Rimba menitahkan dayang memanggilkan Mak Bidan untuk menyambut anakanda diRaja.
Permaisuri Rimba selamat melahirkan seorang Putera yang sangat tampan.
Bentuk saling tak tumpah seperti Bonda Permaisuri dan berbelang-belang seperti Ayahanda Raja Rimba.
"Tuanku... Syurkur Allhamdulillah Permaisuri selamat melahirkan Putera
amat sempurna sekali. Tengok ni...rupa macam Tuanku dan Permaisuri. Cantikkan ..." kata Mak Midan sambil memberikan Putera diRaja yang baru dilahirkan kepada Raja Rimba.
"Syukur Alhamdulillah dengan Kurniaan Allah pada beta."
Raja Rimba mengazankan pada Putera Baginda yang tercinta. Setelah itu Baginda terus masuk ke kamar mendapatkan Permaisuri yang masih lemah.
"Dinda...Terima kasih dinda kerana melahirkan anakanda untuk kanda...he tengok ni...rupa macam dinda dan belang-belang macam kanda....cantikkan..." Raja Rimba mencium putera baginda yang baru dilahirkan berkali-kali penuh kasih.
"Ye...lah kanda... anakanda kita sempurna sekali cantiknya. Belang-belangnya lambang kemegahan Keperwiraan. Dinda sangat bersyukur pada Allah ..kanda.
"Kanda pun begitu juga dinda...Bersyukur sangat-sangat dengan kurniaan ini."
Tiba-tiba kedengaran suara cemas dari hulubalang istana.
"Tuanku... Istana sudah dikepung Tuanku...ramai pendekar istana dibunuh."
"Siapa yang punya angkara hulubalang."
"Puteri Rimba...Tuanku."
"Bedabah!Beta dah agak dah...Puteri Rimba akan melakukan sesuatu."
"Tuanku... Tuanku larilah dari sini Tuanku...."
"Kanda...Kanda....kena pertahankan Takhta Kanda...biar dinda dan anakanda yang pergi dari Istana Niagara ini."
"Dinda....! Kita kan dah janji hendak sehidup semati....Tidak dinda....Kanda tak akan biarkan dinda dan anakanda berpisah dengan kanda."
"Kanda...kekallah tahta di Raja...Puteri Rimba cuma mahukan kanda..dinda sudah relakan kanda...demi keharmonian semua haiwan di Rimba
Niagara ini."
"Dinda...kenapa dinda korbankan kebahagiaan sendiri demi keamanan rimba raya ini?"
"Kanda ...sebenarnya kebahagiaan dinda adalah keselamatan dan keamanan semua penghuni Rimba Niagara ini kanda."
"Maafkan segala kesalahan dinda kanda... Insya-Allah ada peluang kita berjumpa ...ya kanda...." Permaisuri tidak dapat menahan sebak lalu berjuraian air matanya hingga tertitis air matanya ke wajah putera yang baru dilahirkan."
"Dinda...jagalah anakanda baik-baik ya...nanti kanda akan cari juga dinda dan anakanda ...."
Dayang dan hulubalang menemani Permaisuri dan Putera baginda melarikan diri dari Istana Niagara. Mereka merendah hutan di malam yang gelap gulita.Rupanya mereka telah diburu oleh kuncu-kuncu Puteri Rimba.
"Permaisuri...lari....lari segera....biarkan patik di sini," kata dayang istana penuh cemas.
Permaisuri sempat melarikan diri meninggalkan dayang dan hulu balang
yang telah berjaya dibunuh oleh kuncu-kuncu Puteri Rimba.

(BERSAMBUNG)

Karya Ratu Rimba Niagara
1 Mac 2013

PUTERA SANG KURIANG BAHAGIAN (II)

Pagi yang hening itu terdengar satu das tembakan.
Permaisuri Rimba yang tidak bermaya sambil mengelek
puteranya sempat mengambil sehelai daun lalu daun
tersebut diperahkan susu untuk diberi minum kepada
puteranya yang sedang menangis kehausan.
Selepas itu Permaisuri Rimba rebah menyembah bumi.
Permaisuri Rimba mati terkena tembakan Pak Deli.
Tubuhnya berlumuran darah. Puteranya masih lagi
lagi dalam pelukan bunda tercintanya.

Pak Deli yang menyaksikan kejadian tersebut bagaikan
tersayat hatinya ditusuk sembilu. Timbul kekesalan
di hatinya yang amat sangat.

Dia mengambil putera dari dakapan bondanya yang telah
mati. Puas dia mengambil putera tapi putera masih tidak
mahu melepaskan pelukan bondanya. Akhirnya dia terpaksa
akur dengan kekuatan Pak Deli. Ketika Pak Deli meninggalkan
bondanya yang terbujur kaku dia sempat memandang bondanya
buat kali terakhirnya. Dan sempat dia memberi lambaian
terakhir kepada bondanya.

Sampai di rumah...Pak Deli menceritakan apa yang telah
berlaku ketika di hutan ketika dia sedang berburu.

"Abang...sampai hati abang tembak ibu monyet...dia
masih lagi menyusu....sampai hati abang memisahkan kasih
sayang ibu dengan anaknya.

"Abang pelik dengan anak monyet... ibunya hitam....anaknya
cantik...tengok tu bulunya berbelang-belang macam harimau."

"Apa pun alasan abang...abang tetap salah...tidak kasihan
ke abang pada nasib anak monyet ni nanti?"

"Kalau dijual anak monyet ni ...kita dah boleh jadi kaya...
tak perlu hidup sesusah ini lagi."

"Abang....biarpun berapa juta harga anak monyet ini...
saya takkan benarkan abang menjualnya? Saya nak belanya
kerana saya bertanggungjawab di atas kematian ibunya.
Saya dengar cerita abang pun saya telah jatuh kasih pada
anak monyet ini. Lagipun kita tidak punya anak..biarlah
anak monyet ini jadi anak kita..." kata Mak Limah sambil
memeluk putera dengan penuh kasih sayang. Putera dari
tadi memang Mak Limah dengan matanya yang kuyu seolah
minta dikasihani...kesedihan di atas kematian bondanya
masih dalam terbayang-bayang di ruangan matanya.

Sudah hampir dua bulan berita kehilangan Permaisuri Monyet
tidak dapat didengari oleh Raja Rimba . Puteri Monyet
memberi kata dua kepada Raja Rimba jika sekiranya Raja
Rimba tidak mahu mengawininya akan berlakulah peperangan
yang amat dahsyat di Rimba Niagara. Raja Rimba teringatkan
kata-kata Permaisuri Monyet.

"Kanda... apalah ada pada cinta kanda...biarlah dinda yang
terkorban asalkan penghuni rimba... aman bahagia selamanya.
Kanda mesti pertahankan kerajaan Rimba Niagara...biarpun
kanda terpaksa berkahwin dengan Puteri Harimau. Dinda sudah
relakan. Mesti diingat...penghuni Rimba Niagara adalah lebih
diutamakan daripada cinta kanda dengan dinda...ye...cinta
kanda kepada penghuni Rimba Niagara ...di situlah cinta
dinda pada kanda."

Majlis Perkahwinan di antara Raja Rimba dengan Puteri Harimau
dibuat secara besar-besaran..selama tujuh hari tujuh malam.

"Barulah bagaikan pinang di belah dua..." kata suku sakat
harimau."

Dengan termentrinya perkahwinan Raja Rimba dengan Puteri Harimau
maka tiadalah berlaku peperangan...dan terselamatlah penghuni
Rimba Niagara .

Putera yang dipelihara oleh Mak Limah diberi nama Sang Kuriang.
Sang Kuriang sangat cerdik dan pandai mengambil hati kedua orang
tua angkatnya.

Pak Deli yang pada awalnya ingin menjual Sang Kuriang tidak
jadi meneruskan hajatnya ....kerana tidak sampai hati melihat
isterinya Mak Limah berdukacita.

Sudah hampir Sepuluh tahun Sang Kuriang dipelihara oleh Pak
Deli dan Mak Limah.

Pada suatu hari, suatu peristiwa yang tidak disangka berlaku.
Apabila rumah Pak Deli terbakar. Pak Deli mati terbakar
hangus . Mak Limah dan Sang Kuriang sempat menyelamatkan diri.
Kini mereka ini tiada tempat berteduh . Mereka tinggal di sebuah
gua di dalam hutan.

"Emak...macam mana kita hendak teruskan kehidupan mak...dalam
hutan ni...apa yang kita nak makan nanti...."

"Kuriang anakku...kau dah besar panjang...kejadian asalmu kau
mahir panjat memanjat...usaha nak ye...mak dah tua ....dah
tak larat lagi hendak mencari rezeki untuk kita makan...inipun
nasib baik kita dapat tempat berteduh dari hujan ribut."

"Baiklah kalau itu yang emak kata...Kuriang akan cuba berusaha
mencari rezeki untuk kita meneruskan kehidupan."

"Bagus anakku...di mana ada kemahuan di situ ada jalan...Yang
penting Kuriang mesti yakin dengan kebolehan Kuriang ye...nak."

"Ye mak..."

Pagi lagi di hutan belantara Kuriang memberanikan diri memanjat
dari satu pokok ke satu pokok. Pada awalnya tika mula mencuba
banyak kali dia gagal...tetapi kerana teringatkan kata ibu angkatnya
"Yakin dengan kebolehan sendiri" akhirnya Sang Kuriang berjaya
memanjat dan bergayut dari satu pokok ke satu pokok. Macam
Tarzan lagaknya. Kerana terlalu gembira yang amat sangat setelah
berjaya bergayut-gayutan ...hingga terlupa mahu pulang.

"Emak....emak...! Kuriang dah pandai memanjat....seronok emak...
tengoklah apa yang Kuriang bawa ni... emak makan... ye...air pun
Kuriang bawakan untuk emak. Ini semua berkat mendengar nasihat
emak...Percaya dengan kebolehan sendiri....:

Mak Limah merasa gembira...kerana Sang Kuriang sudah pandai
berdikari dan boleh menjaga makan minum Mak Limah.

Setelah setahun tinggal di gua tersebut...Mak Limah meninggal
dunia kerana sakit tua.

Sedihnya hati Sang Kuriang di kala itu Tuhan saja yang tahu.
Tapi kena tabah. Ibu angkatnya dikebumikan di atas sebuah
bukit di dalam hutan.
Kerana terlalu sedih Sang Kuriang tertidur di pusara ibu angkatnya
Mak Limah.
Dia bermimpi...
"Bonda sangat rindukan anakanda... carilah ayahanda di Rimba Niagara Raja yang memerintah Rimba Niagara adalah ayahanda ...anakanda..."
Sang Kuriang tersedar dari mimpinya. Kata-kata....bonda rindukan
anakanda...carilah ayahanda di Rimba Niagara Raja yang memerintah
Rimba Niagara adalah ayahanda anakanda..

Esoknya Sang Kuriang pergi ke Rimba Niagara mencari ayahandanya
yang dimaksudkan dalam mimpi tersebut.

Akhirnya dia sampai ke Istana Rimba Niagara. Dia meminta izin untuk
berjumpa dengan Raja Rimba Niagara.

"Ampun Tuanku sembah patik harap di ampun..ada rakyat ingin mengadap
Tuanku...ampun Tuanku,..." kata hulubalang.
Sang Kuriang dibenarkan masuk mengadap Raja Rimba.

"Ampun Tuanku sembah patik harap diampun...."

"Apakah hajat tuan hamba mengadap beta?"

"Ampun Tuanku...sembah patik harap di ampun...adapun patik datang
ke Istana ini inginkan kepastian tentang maksud mimpi patik."

"Apa mimpi tuan hamba...ceritakanlah beta sudi mendengarnya."

"Adapun patik bermimpi ...bunyinya begini....bonda rindukan anakanda...
carilah ayahanda di Rimba Niagara Raja yang memerintah Rimba Niagara adalah ayahanda anakanda....sebab mimpi itulah patik terpanggil untuk datang ke Istana Niaga berjumpa Tuanku."

"Oh tak syak lagi anakandalah...yang ayahanda cari-cari selama ini..
Oh! Anakanda ...ayahanda rindukan anakanda....ayahanda pun bermimpi yang sama." Raja Rimba memeluk puteranya yang selama ini dirindui.

"Bondamu telah pun mangkat dan telah disemadikan di Tanah Perkuburan di-Raja....nanti ayahanda tunjukkan tempat. Bonda tirimu baru sebulan mangkat...Ya Allah syukur kerana dapat bertemu dengan anakanda hamba..
Syukur Ya Allah."

Putera Sang Kuriang telah ditabalkan menjadi Raja Rimba Niagara
yang baru menggantikan ayahanda baginda yang telah uzur.

"Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!"

Karya Ratu Rimba Niagara
1 Mac 2013

PANTUN PUTERA SANG KURIANG (BAHAGIAN III)

Si Haslie Umar empunya cerita,
Bergelar Raja Di Rimba Nilam Puri;
Telah berlaku perebutan kuasa,
Makanya ditumpangkan anak pada Mat Kr rakan yang dipercayai.

Putera puterinya menjadi sahabat kepada Putera Sang Kuriang,
Diajar ilmu persilatan dan kepahlawanan Di-Raja;
Agar menjadi Raja yang gagah perkasa penuh kasih sayang,
Mempertahankan rakyat di Rimba Niagara dan Nilam Puri tercinta.

Dalam perebutan kuasa Raja Haslie Umar menang,
Datang ke Rimba Niagara menjemput putera dan puterinya;
Terhutang budi dengan Raja Mat Kr dan Putera Sang Kuriang,
Kebaikan dibalas dengan kebaikan penyambung ikatan hati dan jiwa.

Puteri Raja Haslie Umar dikahwinkan dengan Putera Sang Kuriang,
Disambut besar-besaran penuh gilang gemilang;
Semua rakyat meraikan perkahwinan diRaja berhati girang,
Makanya ikatan Raja dan rakyat bertambahlah kasih sayang.

Karya Ratu Rimba Niagara
1 Mac 2013

PUTERA SANG KURIANG (BAHAGIAN III)

Tersebutlah kisah di Rimba Nilam Puri telah berlaku
perebutan kuasa di antara Raja Haslie Umar dengan
Raja Ahmad Kamal. Raja Ahmad Kamal adalah sepupu
kepada Raja Haslie Umar.

Raja Haslie Umar berkahwin dengan Permaisuri Atekah.
Mereka dikurniakan dua orang putera dan seorang puteri.
Yang tua bernama Putera Sang Amsyar, Putera Sang Aqmar
dan Puteri Sang Syifa. Selama ini mereka hidup aman bahagia
sekeluarga.

"Anakanda bertiga... sebentar tadi ayahada baru saja
menghantar pesanan kepada sahabat ayahanda Raja Mat Kr di
Rimba Niagara untuk menumpangkan anakanda bertiga
di Istana Rimba Niagara. Anakanda selamat di sana...
Ayahanda dan bonda akan datang menjemput anakanda
setelah negari kita aman damai...sekarang dalam kucar
kacir...."

Mereka anak beranak saling berpelukan dan tangis pilu
menyelubungi Istana Rimba Nilam Puri. Permaisuri Atekah
mententeramkan tangisan anakanda Puteri Sang Syifa.

"Anakanda Puteri Sang Syifa...jangan nangis ye...nanti bonda
datang..." pujuk Permaisuri Atekah sambil memeluk erat Puteri
Sang Syifa dengan tangisan pilu.

Ketika sampai di Istana Niagara...Raja Mat Kr dan Putera Sang Kuriang menyambut kedatangan keluarga angkat mereka dari Istana Nilam Puri.

Sang Kuriang menjadi sahabat baik kepada Putera Sang Amsyar, Putera Sang Aqmar dan Puteri Sang Syifa.

Mereka 4 sahabat diajar ilmu persilatan . Setelah enam purnama
mempelajari ilmu persilatan mereka mahir ilmu persilatan , begitu juga Puteri Sang Syifa.

Sedang mereka duduk berehat...tanpa diduga kedatangan ayahanda Haslie Umar dan Permaisuri Atekah ke Istana Rimba Niagara.

Suasana sudah aman kembali. Raja Ahmad Kamal tewas dalam pertarungan dengan Raja Haslie Umar.

Upacara menyambut kedatangan Raja Haslie Umar bersama Permaisuri Atekah disambut besar-besaran. Ketika itu juga diistiharkan pertunangan Puteri Sang Syifa dengan Putera Sang Kuriang.

Genap tiga bulan mengikat tali pertunangan Puteri Sang Syifa berkahwin dengan Putera Sang Kuriang. Majlis amat meriah sekali disambut dengan penuh gilang gemilang.

Karya Ratu Rimba Niagara
1 Mac 2013

PERSEMBAHAN TEATER DIRAJA ,'PUTERA SANG KURIANG' DIADAKAN DI PANGGUNG BANGSAWAN MERAK KAYANGAN PADA 1.1.2020

ARAHAN PUTRA ARJUNA NEGERI ANTAH BERANTAH
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA

TETAMU JEMPUTAN:
SELURUH KERABAT DIRAJA MELAYU
& RAKYAT YANG MEMPERTABATKAN INSTITUSI DIRAJA

PAKAIAN : TRADISIONAL MELAYU

HARGA TIKET: MENGIKUT ZAMAN

TIKET TERHAD
BAGI YANG TERLEPAS PELUANG
JANGAN GUNDAH GULANA JIKA MENDAPAT SAMBUTAN
TEATER DIRAJA,' PUTERA SANG KURIANG' AKAN DIADAKAN
BERTERUSAN HINGGA KE GENERASI MASA AKAN DATANG!

DATANG JANGAN TAK DATANG!

"RAJA DAN RAKYAT BERPISAH TIADA"

(PETIKAN DARIPADA WALL RATU RIMBA NIAGARA)
29 Mac 2013

FESTIVAL FILEM BANGSAWAN DIRAJA,' PUTERA SANG KURIANG' ARAHAN PUTRA ARJUNA MOGA MENDAPAT SAMBUTAN DARIPADA SEMUA GOLONGAN GENERASI KINI DAN AKAN DATANG AAMIN.

KARYA RATU RIMBA NIAGARA
29 Mac 2013

 (DISIARKAN DI WALL SULTAN HASSANAL BOLKIAH & PRINCE ABDUL MALIK & RATU RIMBA NIAGARA , RAJA NOR JAN SHAH, ANAKANDA PUTERA RAJA BONGSU, WARISAN KELANTAN , WANGSA MAHKOTA SELANGOR, KESULTANAN JOHOR, KESULTANAN KELANTAN, GRUP SRI PEMANGKU ADAT & GRUP MAJLIS PANGKUAN DIRAJA KESULTANAN MELAYU ISLAM NUSANTARA & PANGERAN KAMARUDDIN HAJI YUSOF SANI, KESULTANAN INDRAPURA, KESULTANAN MATARAM, KESULTANAN SIAK, PERKUMPULAN KRATON NUSANTARA, KRATON NUSANTARA, SULTAN BROTOWIJOYO YUSODIPURO, KEDATON KRATON WAHYU UTAMA & TENGKU SHAWAL TENGKU AZIZ & KRATON KERAJAAN SURGA PESONA DUNIAMAYA, SASTRA MATARAM, KHAIRUDDIN AL YOUNG II GRUP PAGUYUBAN KELUARGA PAHLAWAN INDONESIA ,PANGERAN ITOE OELY'X , KHAI NOOR (KERABAT DIRAJA JEMBAL) , LT KOL AHMAD TAJUDDIN , LAKSAMANA PENDEKAR TEMASEK, LEFTENAN ADAM SAKEENAH, PANGLIMA PERANG,  SANG HELANG, BADAR AL -AHMAD, ARJUNA AKMALIAH,ANDI ASPAR ARUNG DIDI, DEN MAT MANGKUBUMI)


29 Mac 2013
(PETIKAN DARIPADA SKRIP NOVEL PUISI CINTA DEMI-NYA)


WWW

0 comments:

Post a Comment

 
;