Saturday 30 March 2013

KOLEKSI NOVEL PUISI CINTA DEMI-NYA (161) BANGSAWAN DIRAJA. 'RAJA RIMBA & RATU RIMBA NIAGARA & PUTRA SANG KURIANG



Friday, 29 March 2013 0 comments




  • TEATER BANGSAWAN DIRAJA,' PENGANTIN RAJA RIMBA'


       RAJA RIMBAKU

    Duhai Raja Rimbaku...
    Kau setia padaku...
    Di kala aku berduka kau menceriakan hatiku
    Di kala aku disepikan kau ingatkan aku pada Tuhan
    Kau gunakan kuasamu untuk membantu semua penghuni rimba
    Sifat kepahlawananmu itu membuatkan aku jatuh cinta padamu
    Terima kasih kerana sudi mencintaiku kerana-Nya
    Moga percintaan kita yang suci ini diteruskan hingga ke Syurga
    (PETIKAN DARIPADA TEATER BANGSAWAN DIRAJA PENGANTIN RAJA RIMBA)

    SYAIR PENGANTIN RAJA RIMBA

    Tersebutlah kisah satu cerita,
    Puteri Monyet yang cantik jelita;
    Berhemah tinggi tidak terkata,
    Di mana saja berdukacita.

    Raja harimau pilihan hati,
    Mengadu hasrat pada merpati;
    Agar cinta jadi sejati,
    Jasa si burung tetap diingati.

    Puteri Monyet memendam rasa,
    Dihina kawan tidak berasa;
    Tidak mudah berputus asa,
    Korban cinta untuk berjasa.

    Raja harimau termakan budi,
    Sakitnya kekasih tidak terperi;
    Menentang sawa kuat menjadi,
    Cinta dibalas patut diberi.

    Raja Harimau menerima surat,
    Surat dibaca menyatakan hasrat;
    Cinta membara bertambah sarat,
    Kalau jodoh telah tersurat.

    Raja Harimau membalas cinta,
    Gembiranya hati Puteri Jelita;
    Siang dan malam bertemankan tinta,
    Agar cinta terus bertahta.

    Jasa si burung tidak dilupa,
    Terbang tinggi bertegur sapa;
    Mengalir keringat tidak mengapa,
    Tanda kasih sedemikian rupa.

    Kad jemputan terus diedar,
    Semua terkejut tiadalah sedar;
    Ada yang memandang terus tersandar,
    Asalkan pengantin cinta tak pudar.

    Semua haiwan bergotong royong,
    Sediakan pelamin pengantin tersayang;
    Bergurau senda semakin matang,
    Gembiranya hati semua yang datang.

    Malam dinantikan penuh debaran,
    Parsandingan Pengantin Raja Rimba yang dinantikan;
    Semua gembira tibanya perkahwinan,
    Majlis perkahwinan yang dibanggakan.

    Tetamu datang dari daratan dan lautan,
    Berpakaian cantik meraikan pengantin kesayangan;
    Mengucapkan tahniah penuh kesyukuran,
    Kerana pengantin idola perdamaian.

    Pelbagai hadiah dibawa tetamu,
    Tetamu disambut dan dijamu;
    Dijamu makanan pelbagai menu,
    Sambil makan menantikan pengantin rasa tak jemu.

    Tepat Jam 12 Malam semua bersorakkan,
    Tahun baru 2020 diraikan seiring majlis pengantin;
    Di langit rimba bunga api berpecikkan ,
    Meraikan Pengantin Raja Rimba yang budiman.

    Pengantin diarak menuju pelamin,
    Gajah membawa pasangan pengantin:
    Paluan kompang bernyanyi-nyanyian,
    Di malam yang penuh kemeriahan.

    Duduk bersanding jeling menjeling,
    Sambil menjeling tersenyum sayang;
    Sayangnya pengantin kepada tetamu yang datang,
    Dilemparkan senyuman mesra tanda kasih sayang.

    Semua kumpulan tetamu membuat persembahan,
    Dipersembahkan kepada pengantin kesayangan;
    Pengantin gembira keterharuan,
    Melihat persembahan yang mengasyikkan.

    Perkahwinan Pengantin Raja Rimba lambang kebanggaan.
    Kebanggaan penghuni rimba dan lautan;
    Pelbagai kaum dapat disatukan,
    Hidup aman damai dalam perpaduan.

    Sekian sahaja syair Pengantin Raja Rimba dipersembahkan,
    Untuk tatapan semua tetamu undangan;
    Salah dan silap harap dimaafkan,
    Moga persembahan ini dapat menghiburkan.

    Karya: Ratu Rimba Niagara
    29 Mac 2013
     

    SINOPSIS ‘PENGANTIN RAJA RIMBA’

    Mengisahkan perkahwinan harimau dengan monyet pada tahun 2020.
    Betapa meriahnya hari tersebut kerana semua binatang di darat dan di laut meraikannya. Tidak kira binatang buas, jinak, besar dan kecil masing-masing membawa hadiah yang unik.

    Pada sebelah malamnya pula berselerakkan bintang-bintang di langit di merata-rata tempat. Pelamin dihias dengan lampu-lampu berwarna-warni. Di hadapan pelamin penuh dengan hantaran kedua-dua belah pengantin. Sebelum monyet menyambut hari perkahwinan, monyet
    menghadapi pelbagai cabaran.

    Monyet mempunyai falsafah mengapa dia berkahwin dengan harimau. Di antaranya:

    1. Menyatupadukan binatang buas dengan jinak.
    2. Mewujudkan keharmonian masyarakat seluruh jenis binatang.
    3. Mewujudkan masyarakat yang kuat membantu yang lemah.
    4. Yang berlebihan membantu yang kurang.
    5. Saling faham memahami di antara satu sama lain.
    6. Saling sayang menyayangi di antara satu sama lain.
    7. Saling hormat menghormati di antara satu sama lain.
    8. Saling memberi kerjasama dalam suasana harmonis.
    9. Mewujudkan masyarakat yang berwawasan.
    10. Menyatupadukan pelbagai kaum dengan semangat perpaduan demi kedamaian penghuni rimba dan lautan untuk selamanya.

    Pada malam yang ditunggu-tunggu oleh semua penghuni rimba dan lautan iaitu menandakan masuknya tahun 1 hb 1 tahun 2020 mereka semua menyambut dengan sorakkan dan percikkan bunga api yang mengindahkan langit rimba meraikan,' Perkahwinan Raja Rimba’ yang menjadi simbol penyatuan kaum semua penghuni rimba mengecapi kehidupan aman damai selamanya.

    Karya: Ratu Rimba Niagara
    27 Disember 2012

    BABAK PERTAMA (PERTENTANGAN)

    Dimulakan dengan syair:

    Tersebutlah kisah satu cerita,
    Puteri Monyet yang cantik jelita;
    Berhemah tinggi tidak terkata,
    Di mana saja berdukacita.

    Puteri Singa : Tuan puteri rimba! Cermin sikit
    muka tu… dahlah hodoh ada hati nakkan Raja Harimau kekasih hamba.

    Puteri Rimba: Kenapa tuan puteri singa sakit hati dengan beta..
    kenapa? Beta tak pernah pun hina puteri singa atau sesiapa
    saja. Walaupun beta tak cantik tapi beta tak pernah susahkan sesiapa

    Puteri Singa : Puteri Rimba ni perasan sangat. Raja Harimau tengok wajah puteri rimba pasti tak minat.

    Puteri Rimba: Puteri Singa cemburu dengan beta kan?
    sebab selama ini tak ada putera-putera raja rimba yang minat dengan puteri singa.

    Puteri Singa : Untuk mengetahuan puteri rimba, Raja Harimau
    tak layak dengan puteri rimba tapi…kalau dengan beta bagaikan
    pinang dibelah dua.(GELAK).

    BABAK KEDUA (SEMANGAT)

    Raja harimau pilihan hati,
    Mengadu hasrat pada merpati;
    Agar cinta jadi sejati,
    Jasa si burung tetap diingati.

    Burung : Tuan Puteri… patik tahu tuan puteri sedang
    memendam rasa cinta terhadap harimau. Kenapa tuan puteri
    tak mahu terus terang aje pada Raja Harimau?

    Puteri Monyet : Beta malulah… siapalah beta hidung tak
    mancung pipi tersorong-sorong.

    Burung : Zaman sekarang ni… zaman terus terang,
    siapa cepat dia dapat.

    Puteri Monyet : Bukan semudah itu burung, kalau beta jatuh
    cinta dengan kaum sejenis dengan beta tak apalah.
    Ini dengan keturunan garang lagi ganas.
    Silap… silap haribulan beta yang dibahamnya.

    Burung: Dah tahu ganas dan garang kenapa jatun cinta?

    Puteri Monyet : Apa nak buat… hati dah terbekenan,
    Asyik rindukannya dan terngigau-ngigau...

    Burung : Begitu hebat sekali cinta tuan puteri sampai ngigau-ngigau tu..
    weettt...weeet....(gelak)

    Puteri Monyet : (Tersipu malu senyum)
    Beta harap cinta yang tertanam di sanubari ini menjadi kenyataan.

    Burung : Kasihan patik mendengarnya. Angan-angan puteri rimba
    tinggi melangit. Kadang kala apatik fikirkan puteri ni
    dah tak siuman kerana membuat keputusan yang tak
    masuk akal.

    Puteri Monyet: Bukan tuan hamba je yang kata aku macam tu. Boleh dikatakan semua mengatakan beta dah gila.(MENGELUH) Manalah tahu satu hari nanti tuah menyebelahi beta. Masa tu baru tuan hamba tahu siapa beta.

    Burung : Tak payah tuanku cerita, semua rakyat rimba tahu…
    siapa puteri rimba. Puteri rimba yang pintar, suka menolong
    kawan, bercita-cita tinggi, berwawasan, berjiwa murni dan kuat
    berpegang kepada falsafah.

    Monyet: Ke situ pulak tuan hamba. Beta tak mintak pun tuan hamba puji beta. Yang beta mahu tuan hamba berikan beta pendapat bagaimana tuan hamba dapat menolong beta dalam mengeratkan lagi percintaan beta dengan Raja Harimau.

    Burung : (KETAWA) Puteri rimba...puteri rimba... tuanku ni tak kenal erti putus asa. Baiklah… Puteri Rimba karang satu warkah menyatakan hasrat hati tuanku puteri pada Raja Harimau… biarkan patik poskan surat tu pada Raja Harimau.

    Monyet : (SENYUM) Ha… macam tulah kawan.Sanggup menolong beta.

    BABAK KETIGA (PERTENTANGAN)

    Puteri Monyet memendam rasa,
    Dihina kawan tidak berasa;
    Tidak mudah berputus asa,
    Korban cinta untuk berjasa.

    Putera Monyet Kenapa dinda tak sukakan kanda? Sedangkan
    kanda boleh berikan segala-galanya pada dinda. Kitakan satu jenis,
    satu hati.

    Puteri Monyet : Kanda ingat,cinta boleh dibeli dengan sekelip mata?

    Putera Monyet : Bukan kanda saja yang menentang percintaan dinda tu, malah semua rakyat rimba niagara ini.

    Puteri Monyet : Dainda tak kisah kanda... Yang bercintanya dinda… bukan mereka.

    Putera Monyet : Apa kelebihan Raja Harimau tu hinggakan dinda sanggup melupakan asal usul dinda ...keturunan yang lemah?

    Puteri Monyet : Cinta itu unik, murni… memerlukan pengorbanan.
    Apa salahnya dinda korbankan diri dinda untuk cinta demi semata-mata…

    Putera Monyet : Kepentingan dinda! Dinda ingin mengejar
    glamor. Biarlah semua rakyat rimba niagara mengatakan betapa hebatnya dinda dapat memikat raja segala yang ada di rimba ini... Yalah punya kuasa, tampan dan digeruni oleh semua rakyat rimba. Macam kanda ni apalah ada.

    Puteri Monyet: Betul kata kanda tu, kerana Raja Harimau mempunyai kuasa dan digeruni oleh rakyat rimba maka dinda jatuh cinta dengan tuanku raja.

    Putera Monyet : Memang kanda dah agak dari awal jadi dinda ni
    gilakan kuasa hingga sanggup menggadai cinta. Kanda jijik! Jijik!
    Mempunyai kaum yang sejenis macam dinda ni!

    Puteri Monyet : Kanda nak pandang jijik ke atau apa saja yang
    kanda nak kata… katalah. Dinda tak kisah. Asalkan cinta dinda tercapai akhirnya.

    Putera Monyet : Kanda pelik bin ajaib dalam sekelip mata dinda dah berubah. Dulu dinda tak macam ni. Dinda terlalu pentingkan kaum dinda. Dinda bersikap perkauman.

    Puteri Monyet : Kerana ingin mengikis sikap perkauman yang
    menebal dalam diri dinda inilah dinda mengambil keputusan untuk
    jatuh cinta dengan Raja Harimau.

    Putera Monyet : Maksud dinda?

    Puteri Monyet : Cuba kanda fikir di dalam hutan ini terdiri
    daripada pelbagai jenis rakyat rimba (binatang). Kalau masing-masing asyik
    mementingkan kaumnya saja tanpa memikirkan kepentingan
    rakyat rimba lain. Kalau macam tu bagaimana kita hendak bina
    generasi kita yang berwawasan dalam keadaan huru hara.
    Siapa yang susah? Anak cucu kita yang susah. Apa salahnya
    kita merancang dari sekarang agar anak cucu kita mengecapi
    kebahagiaan yang hakiki.

    Putera Monyet : Kanda tak terfikir pun yang dinda berfikiran
    sampai ke situ.

    Puteri Monyet : Salahkah dinda… dinda korbankan cinta dinda untuk
    anak cucu kita dan seterusnya kedamaian rimba ini. Jika kita
    hidup dalam keadaan aman damai tak siapapun berani untuk
    menceroboh rimba ini. Kita buktikan pada manusia, walaupun
    kita haiwan tapi kita lebih mulia daripada mereka. Dinda ingin
    memadamkan dalam kamus manusia kata istilah,
    ‘ Peragai seperti binatang.’

    Putera Monyet : Sekarang baru kanda faham, mengapa dinda
    jatuh cinta dengan Raja Harimau. Mulai sekarang kanda akan memberi
    sokongan/dukungan agar cita-cita dinda tercapai.

    BABAK KEEMPAT (JATUH CINTA)

    Raja harimau termakan budi,
    Sakitnya kekasih tidak terperi;
    Menentang sawa kuat menjadi,
    Cinta dibalas patut diberi.

    Raja Harimau : Sedapnya buah durian tu… kalau beta dapat makan…
    alangkah…

    Puteri Monyet : Dinda faham kanda inginkan buah durian, biarlah dinda
    tolong ambilkan.

    Raja Harimau : Sungguh baik hati dinda… kanda kuat tapi kanda
    tak boleh memanjat. Sungguhpun kanda binatang yang hebat tapi
    kanda ada kekurangan.

    Puteri Monyet : Tuhan itu Maha Adil. Semua makhluk yang
    dijadikan mempunyai kelebihan dan kekurangan. Justeru
    apa salahnya kelebihan yang ada pada dinda ini dapat dinda
    membantu binatang-binatang lain.

    Raja Harimau : Kata-kata dinda tu menyedarkan kanda.
    supaya kita jangan hidup sombong dan bongkak.
    Tiada yang kekal di dunia ini melainkan Allah.

    Puteri Monyet : Ha… makanlah sepuas hatimu harimau.
    ( MONYET MEMBERIKAN DURIAN)

    Raja Harimau : (CUBA MENGOPEK DURIAN GAGAL LALU MENGELUH)

    Puteri Monyet : Nanti luka … kanda harimau.

    Raja Harimau : Selalunya kanda melukakan mangsa kanda tapi kopek
    durian pun kanda tak boleh.

    Puteri Monyet : Kali ni biarlah kuku kanda yang tajam tu hanya akan
    berbisa bila hendak menyelamatkan penghuni rimba ini ye.
    Biar dinda tolong kopekkan durian ni.

    Raja Harimau : Hati-hati dinda… nanti luka tanganmu.

    Puteri Monyet : Tak apa dinda sudah biasa terluka.

    Raja Harimau : Lain macam bunyi nye tu. Mulai hari ini
    tiada siapa akan berani melukakan hati dinda lagi. Kalau berani…
    mari bertarung dengan kanda dulu.

    Puteri Monyet : Ha… dah buka pun kulit durian ni …makan puas-puas kanda..
    Kalau tak cukup dinda ambilkan lagi.

    (TERUS MEMANJAT POKOK TANPA MENYEDARI ADA
    SEEKOR ULAR SAWA)

    Puteri Monyet : Tolong lepaskan hamba! ( DIBELIT OLEH ULAR SAWA).

    Raja Harimau : Hai ular sawa! Kalau tuan hamba benar-benar gagah
    mari turun ke mari. Jangan dengan binatang yang lemahtuan hamba
    nak tunjukkan kekuatan.

    Ular Sawa: Tuanku hendak mencabar patik ya Raja Harimau.
    Baiklah sekarang patik turun.

    (HARIMAU BERLAWAN DENGAN ULAR SAWA AKHIRNYA
    ULAR SAWA TEWAS)

    Ular Sawa : Tuanku memang gagah. Ampunkan patik.
    Patik mengaku kalah.

    Raja Harimau: Tuan hamba tak salah dengan beta tapi dengan puteri rimba.
    Baik tuan hamba pergi minta maaf dengannya.

    Ular Sawa : Puteri rimba maafkan patik kerana mengganggu puteri rimba.

    Puteri Monyet : Beta maafkan . Lain kali jangan tunjuk kuat pada
    binatang yang lemah. Sepatutnya binatang yang kuat membantu
    yang lemah. Barulah aman. Sudahlah tu mari kita makan bersama-
    sama.

    (KETAWA BERSAMA-SAMA)

    BABAK KELIMA (SURAT)

    Raja Harimau menerima surat,
    Surat dibaca menyatakan hasrat;
    Cinta membara bertambah sarat,
    Kalau jodoh telah tersurat.

    Harimau: Surat siapa yang tuan hamba bawa tu burung?

    Burung : Surat istimewa ni untuk tuankulah.

    Raja Harimau: Siapa ya… yang berani hantar surat istimewa
    pada beta?

    Burung : Surat cinta.

    Harimau : Eh! Siapa pulak yang berani jatuh cinta dengan beta?
    .
    Burung : Kalau tak percaya … bacalah. (MEMBERI SURAT)
    Selamat tinggal! Selamat membaca…

    Raja Harimau : (Membuka surat lalu membaca)

    Surat Puter Monyet : Salam sejahtera buat kanda harimau,
    janganlah terperanjat apabila membaca warkah
    pertama dinda ini. Biarlah dinda berterus terang
    pada kanda bahawa dinda telah jatuh cinta pada kanda
    ketika pertemuan yang tidak disengajakan tempoh
    hari. Maaf!Kerana jatuh cinta tanpa pengetahuan kanda.

    Kegagahan kanda melawan ular sawa amat mengagumkan dinda.
    Syabas! Kanda telah menggunakan kekuatan kanda untuk
    menyelamatkan nyawa dinda. Dinda harap kegagahan kanda
    berkekalan selamanya untuk menyelamatkan nyawa
    beribu-ribu binatang di rimba ini tanpa mengira
    siapa pun mereka. Iyalah kalau difikirkan siapalah
    dinda untuk jatuh cinta pada kanda. Ah! Malunya dinda.

    Dinda harap kanda tidak memarahi dinda setelah
    mendengar pengakuan ikhlas dari dinda.
    Sekiranya kanda balas cinta dinda betapa bahagianya dinda.
    Secara tak lansung segala cita-cita dinda menjadi
    kenyataan. Oleh itu agar dinda tidak ternanti-nanti
    kanda balaslah warkah dinda ini.

    Akhir kata sambutlah salam hormat dari dinda,

    Yang perasan,

    Puteri Rimba Niagara,

    Raja Harimau : (SENYUM) Sambil melekapkan surat di dadanya.
    Ya… Beda bedu….! ( GEMBIRA YANG BUKAN KEPALANG)

    Puteri Harimau : Surat siapa tu? Sukanya kanda?
    Kenapa? (TERUS MERAMPAS SURAT DARI RAJA HARIMAU)
    Oh! Surat cinta rupanya! Patutlah tersengih-sengih.
    Habis tu kanda terima cintanya?

    Raja Harimau : Diam.

    Puteri Harimau Kalau kanda terima puteri rimba…
    cinta dinda ni kanda nak campak mana?

    Raja Harimau: Dinda jadi permaisuri kedua kandalah (GELAK).

    Puteri Harimau : Kanda ingat dinda suka berkongsi suami? (MARAH)

    Raja Harimau Kalau tak suka… diam-diam ajelah!

    Puteri Harimau : Mana dinda boleh diam kekasih dinda diambil binatang lain .
    Dinda akan tentang habis-habisan!

    Raja Harimau : Hei! Sejak bila kanda jadi kekasih dinda ye! Setahu kanda dinda cuma teman biasa aje. Jangan lekas perasanlah.(GELAK)

    Puteri Harimau : (SAKIT HATI LALU PERGI).

    BABAK KEENAM (BALAS CINTA)

    Raja Harimau membalas cinta,
    Gembiranya hati Puteri Jelita;
    Siang dan malam bertemankan tinta,
    Agar cinta terus bertahta.

    Raja Harimau : (MEMBALAS SURAT KEKASIH HATI)

    Buat tatapan adinda puteri rimba.., warkah dinda telah kanda terima
    dan diucapkan jutaan terima kasih di atas pengakuan ikhlas dinda itu.
    Biarlah kanda katakana di sini niat dinda untuk menjadikan kanda
    kekasih dinda ...kanda terima dengan rela hati. Biarpun kanda
    tahu keputusan yang kanda ambil ini akan menggemparkan seluruh
    binatang di darat mahupun di laut. Kanda sedar, betapa pentingnya
    kedamaian.

    Memang kanda akui kanda bongkak, sombong dengan kekuatan
    yang kanda miliki untuk membunuh mangsa-mangsa kanda tapi
    setelah berkenalan dengan dinda tempuh hari segala
    kebongkakkan kanda terpadam dengan tiba-tiba.
    Kehadiran dinda pada hari itu telah melembutkan keganasan kanda.
    Terima kasih dinda puteri rimba , semoga dinda tetap menjadi
    kekasih kanda yang setia.

    Akhirkata sambutlah salam hormat daripada kanda.

    Yang Mencintaimu,

    Kanda Harimau.

    BABAK KETUJUH (POS)

    Jasa si burung tidak dilupa,
    Terbang tinggi bertegur sapa;
    Mengalir keringat tidak mengapa,
    Tanda kasih sedemikian rupa.

    Burung : Sudah siap ke surat balasan?

    Raja Harimau : Sudah…bawa tu baik-baik ye… jangan sampai tercicir.

    Burung : Tuanku taka tak percayakan patik ke?

    Raja Harimau: Beta cuma beri ingatan je! Kan elok saling ingat
    mengingati.

    Burung : Terima kasih atas nasihat tuanku tu. Patik akan pastikan
    surat ini selamat sampai kepada tuan puteri rimba .
    (MENGAMBIL SURAT)

    * * * * *

    Burung : (MENGAH) Tuan puteri rimba… ini surat tuan puteri bacalah cepat.

    Monyet : Terima kasih burung. Semoga Tuhan membalas budi baikmu, (MEMBACA KEMUDIAN SENYUM PANJANG)

    Burung : Macam mana ada tindak balas tak?

    Puteri Monyet: Syukur Alhamdulillah ! Cinta beta berbalas.

    Burung : Tahniah tuan puteri ! Patik .. doakan cinta tuan puteri rimba berjaya.
    Kalau makan nasi minyak tu jangan lupa jemput patik.

    Puteri Monyet : Takkanlah beta nak lupakan tuan hamba. Beta
    akan jemput semua binatang di darat mahupun di laut.

    Burung : Dapat patik bayangkan betapa meriahnya perkahwinan
    puteri rimba tu.... Urusan kad jemputan kahwin patik
    yang uruskan. Patik minta kerjasama kawan-kawan patik untuk
    kirimkan kad jemputan kahwin kepada semua jenis binatang
    yang ada di darat mahu pun di laut.

    BABAK KELAPAN (JEMPUTAN)

    Kad jemputan terus diedar,
    Semua terkejut tiadalah sedar;
    Ada yang memandang terus tersandar,
    Asalkan pengantin cinta tak pudar.

    Siput : Surat siapa yang kau bawa tu burung?

    Burung : Ini bukan surat… ini kad jemputan kahwin.

    Siput : Siapa pulak yang nak kahwin?

    Burung : Puteri Monyet dengan Raja Harimau.

    Siput : (KETAWA)

    Burung : Eh! Kenapa engkau ketawa?

    Siput : Aku tak percaya.

    Burung : Kalau engkau tak percaya… ha…
    engkau baca kad jemputan kahwin ni!
    (MENGHULURKAN KAD JEMPUTAN KAHWIN KEPADA SIPUT)

    Siput : (TERPERANJAT) Iya betullah. Ini satu keajaiban!

    Burung : Kalau dah jodoh tak ada siapa yang menghalangnya!
    Itu namanya jodoh dah tersurat .

    Siput : Siapa-siapa lagi yang dijemput?

    Burung : Seluruh binatang di laut dan di darat.

    Siput : Hebat!

    Burung : Nanti, engkau jemputlah sanak saudara engkau datang ye.

    Siput : Sampaikan salam aku pada Puteri Rimba. Katakan aku ucapkan tahniah dan terima kasih atas jemputannya.

    Gajah : Bila ditetapkan tarikh perkahwinan monyet dengan harimau,
    tu burung?

    Burung : Satu haribulan satu tahun 2020.

    Gajah : Tepat pada masanya. Satu tarikh yang ditunggu-tunggu oleh
    semua binatang untuk meraikan satu kejayaan.

    Burung : Kejayaan apa pulak tu?

    Gajah : Iyalah dengan sahnya perkahwinan Raja Harimau dengan Puteri monyet secara tidak langsung pasangan pengantin tersebut telah menyatupadukan seluruh binatang.

    Burung :Sungguh bijak engkau gajah.

    Gajah : Apa engkau ingat selama ini aku bodoh ke?
    Biarpun aku berbadan besar, tenaga pun besar…otak aku pun
    besar juga.

    Burung : (GELAK) Iyelah aku tahu engkau tu semuanya besar.

    Gajah : Engkau jangan nak sindir aku pulak!

    Burung : Jangan marah… aku bergurau aje.
    Takkan itupun nak ambil hati. Maaf ye … aku pergi dulu…
    jangan tak datang bawa saudara mara engkau ya gajah.

    BABAK KESEMBILAN (GOTONG ROYONG)

    Semua haiwan bergotong royong,
    Sediakan pelamin pengantin tersayang;
    Bergurau senda semakin matang,
    Gembiranya hati semua yang datang.

    Kucing : Macam mana dengan kain pelamin yang aku
    buat ini cantik tak?

    Itik : Apa yang engkau buat kucing semuanya cantik.

    Singa : Siapa yang pilih warna?

    Arnab : Siapa lagi pengatinlah. Katanya warna unggu adalah
    lambang kedamaian. Penyatuan rasa cinta yang sukar dimengertikan.

    Ayam : Romantik sungguh pengantin kita tu. Siapa pulak yang
    mengantung lampu-lampu yang berwarna-warni itu? Sungguh cantik?

    Kucing : Keluarga monyetlah. Mereka mahir dalam panjat memanjat.

    Itik : Kamu semua terfikir tak bagaimana muka anak pengantin
    kita nanti?

    Singa : Rupa ibu dan bapak dialah!

    Kucing : Rupa mounyetlah. Mau tu bapak dia dan nyet ibu dia.
    (SEMUA TERGELAK BESAR)

    BABAK KESEPULUH (TETAMU DATANG)

    Malam dinantikan penuh debaran,
    Persandingan Pengantin Raja Rimba yang dinantikan;
    Semua gembira menantikan tibanya perkahwinan,
    Majlis perkahwinan yang dibanggakan.

    Tetamu datang dari daratan dan lautan,
    Berpakaian cantik meraikan pengantin kesayangan;
    Mengucapkan tahniah penuh kesyukuran,
    Kerana pengantin idola perdamaian.

    Pelbagai hadiah dibawa tetamu,
    Tetamu disambut dan dijamu;
    Dijamu makanan pelbagai menu,
    Sambil makan menantikan pengantin rasa tak jemu.

    Itik : Cantiknya pasangan pengantin bagaikan pinang
    di belah dua.

    Burung : Engkau engok tu… bintang-bintang di langit
    bergemerlapan dan bertaburan di sana sini seolah-olah
    menyerikan lagi majlis perkahwinan ini, mari kita
    tengok barang-barang hantaran harimau kepada monyet.

    Kucing : (MEMBELEK HANTARAN)
    kasut Cinderella pun ada, hai… bertuah Puteri Rimba dapat
    bersuamikan Raja Harimau.

    Itik : Entah-entah satu hari nanti pulak, engkau
    kahwin dengan aku.

    Kucing : (KETAWA) Engkau ni mengarutlah.

    Itik : (KETAWA) Dalam dunia sekarang tiada yang pelik.

    BABAK KESEBELAS (SAMBUTAN MAJLIS PERKAHWINAN DAN MASUK
    TAHUN 2020)

    Tepat Jam 12 Malam semua bersorakkan,
    Tahun baru 2020 diraikan seiring majlis pengantin;
    Di langit rimba bunga api berpercikkan ,
    Meraikan Pengantin Raja Rimba yang budiman.

    Pengantin diarak menuju pelamin,
    Gajah membawa pasangan pengantin:
    Paluan kompang bernyanyi-nyanyian,
    Di malam itu penuh kemeriahan.

    Duduk bersanding jeling menjeling,
    Sambil menjeling tersenyum sayang;
    Sayangnya pengantin kepada tetamu yang datang,
    Dilemparkan senyuman mesra tanda kasih sayang.

    Semua kumpulan tetamu membuat persembahan,
    Dipersembahkan kepada pengantin kesayangan;
    Pengantin gembira keterharuan,
    Melihat persembahan yang mengasyikkan.

    Perkahwinan Pengantin Raja Rimba lambang kebanggaan.
    Kebanggaan penghuni rimba dan lautan;
    Pelbagai kaum dapat disatukan,
    Hidup aman damai dalam perpaduan.

    Kancil (Wakil Haiwan): Terima kasih Pengantin Raja Rimba
    yang kami sayangi. Tuanku telah menyatukan penghuni
    rimba yang selama ini mementingkan kaum sendiri dan
    hanya mementingkan diri sendiri. Dengan perkahwinan
    ini penghuni rimba dan lautan menjalani hidup bersatupadu
    tolong menolong dan aman damai selamanya. Terima kasih
    Pengantin Raja Rimba.

    Raja Harimau : (TERSENYUM SAMBIL MEMANDANG PERMAISURINYA)
    Ucapkan terima kasih kepada permaisuri beta. Dialah yang telah
    membuka hati beta untuk kedamaian rimba ini dan kedamaian
    penghuni lautan juga.

    Puteri Monyet : (TERSENYUM BANGGA SAMBIL MEMBALAS
    SENYUMAN KEPADA SEMUA TETAMU HADIR YANG
    BERSORAKKAN PENUH GEMBIRA YANG AMAT SANGAT
    DAN DI TAMATKAN DENGAN PERCIKKAN BUNGA API)

    TAMAT

    Karya: RATU RIMBA NIAGARA
    16 Muharram 1434H
    30 November 2012M
    ·
    (DISIARKAN DI WALL SULTAN HASSANAL BOLKIAH & PRINCE ABDUL MALIK & RATU RIMBA NIAGARA , RAJA NOR JAN SHAH, ANAKANDA PUTERA RAJA BONGSU, WARISAN KELANTAN , WANGSA MAHKOTA SELANGOR, KESULTANAN JOHOR, KESULTANAN KELANTAN, GRUP SRI PEMANGKU ADAT & GRUP MAJLIS PANGKUAN DIRAJA KESULTANAN MELAYU ISLAM NUSANTARA & PANGERAN KAMARUDDIN HAJI YUSOF SANI, KESULTANAN INDRAPURA, KESULTANAN MATARAM, KESULTANAN SIAK, PERKUMPULAN KRATON NUSANTARA, KRATON NUSANTARA, SULTAN BROTOWIJOYO YUSODIPURO, KEDATON KRATON WAHYU UTAMA & TENGKU SHAWAL TENGKU AZIZ & KRATON KERAJAAN SURGA PESONA DUNIAMAYA, SASTRA MATARAM, KHAIRUDDIN AL YOUNG II GRUP PAGUYUBAN KELUARGA PAHLAWAN INDONESIA ,PANGERAN ITOE OELY'X , KHAI NOOR (KERABAT DIRAJA JEMBAL) , LT KOL AHMAD TAJUDDIN , LAKSAMANA PENDEKAR TEMASEK, LEFTENAN ADAM SAKEENAH, PANGLIMA PERANG, SANG HELANG, BADAR AL -AHMAD, ARJUNA AKMALIAH,ANDI ASPAR ARUNG DIDI, DEN MAT MANGKUBUMI)

    29 Mac 2013
    (PETIKAN DARIPADA SKRIP NOVEL PUISI CINTA DEMI-NYA)
    Like · · · 2 hours ago
  • TEATER BANGSAWAN DIRAJA PUTRA SANG KURIANG BAHAGIAN (1) RENTETAN SKRIP TEATER BANGSAWAN DIRAJA PENGANTIN RAJA RIMBA
    Karya Ratu Rimba Niagara

    Setelah berkahwin dengan Raja Rimba, Permaisuri Rimba mengikut
    Raja Rimba tinggal di sebuah istana di Belantara Niagara.
    Rumahtangga yang dibina atas dasar saling cinta menyintai
    amat bahagia. Sehati sejiwa saling hormat menghormati,
    Saling bertukar pandangan dan sentiasa memikirkan masalah
    seluruh haiwan yang ada di Belantara Niagara.
    Kebahagian rumahtangga Raja Rimba tidak lama apabila
    seluruh kaum Raja Rimba tidak senang hati dengan perkahwinan
    Raja Rimba dengan Permaisuri Rimba.
    Terutama sekali Puteri Harimau yang sudah lama menaruh hati
    dengan Raja Harimau.
    Puteri Harimau telah membuat strategi untuk membunuh Permaisuri Rimba yang ketika itu sedang sarat mengandung Putera Sulungnya.
    "Beta... tak akan lepaskan si bedebah itu yang telah merampas
    kekasih beta...beta mesti membalas dendam. Dia mesti mati!!!"
    "Tapi macam mana kita nak bunuh dia Tuan Puteri sebab Raja Rimba
    selalu berada di sisinya."
    "Tak apa beta tahulah nak buat macam mana..."
    "Kamu tengoklah nanti... dia akan menyesal kerana merampas kekasih beta!"
    Ketika perbualan Puteri Harimau dengan pengikut-pengikutnya, dayang Permaisuri Rimba telah terdengar.
    Jantungnya berdetak kencang...Dayang menangis kerana dia tidak mahu kehilangan Permaisuri Rimba yang amat disayanginya. Kebaikan Permaisuri Rimba kepada seluruh Rimba Niagara telah sebati dalam semua haiwan-haiwan kecuali puak-puak Raja Rimba yang sememangnya berdengki hati dengan Prmaisuri Rimba .
    "Walau apa yang terjadi hamba takkan biarkan Permaisuri Rimba dibunuh hamba akan lindungi Permaisuri biarpun nyawa hamba jadi taruhan!!.
    Petang itu Puteri Harimau datang ke Istana Rimba Niagara dengan membawa mempelam muda.
    "Permaisuri...beta ada bawakan mempelam muda untuk Permaisuri..."
    "Hi...sedapnya...beta sudah lama mengidamkannya...sudah serata tempat Kekanda Rimba mencari mempelam muda tapi baru sekarang beta dapat merasai mempelam yang beta idamkan...Terima kasih Tuan Puteri kerana memahami buah mempelam muda yang beta idamkan," kata Permaisuri Rimba penuh gembira.
    "Kalau macam ni setiap hari beta boleh bawakan.. mempelam muda untuk Permaisuri lagi ye... sehingga Permaisuri melahirkan cahayamata."
    "Baik sungguh hatimu Tuan Puteri...Kebaikan Tuan Puteri Beta amat
    hargai dan amat terharu."
    "Permaisuri kesayangan seluruh haiwan di Rimba Niagara ini...
    apalah salahnya beta berkorban demi Permaisuri tanda kasih
    sayang beta kepada Permaisuri."
    "Terima kasih dinda putri."
    Raja Rimba pulang dari berburu.
    "Mana dinda dapat buah mempelam muda ni dinda?"
    "Adinda Puteri Rimba ada datang tadi dia yang memberi dinda buah
    mempelam ini."
    "Dinda...kanda sudah lama kenal dengan hati budi Puteri Rimba tu...
    Mesti ada niat tak baik kepada dinda..."
    "Kanda...kanda...tak baik berperasangka yang bukan...bukan...
    kita bersangka baik ye.. Ha...lagi pun bukan dinda yang nak
    makan buah mempelam ni....anakanda yang dalam kandungan ni kanda..."
    Permaisuri Monyet tergelak.
    "Mentang-mentanglah kanda tak dapat carikan mempelam muda untuk dinda..."
    Kanda dengar dalam kandungan dinda ye" Raja Rimba meletakkan telinganya ke perut permaisuri kesayangannya .
    "Anakanda...anakanda nak pelam ye ...tak pe....kejap lagi
    bonda kesayangan anakanda makan ye...anakanda."
    "Kanda ni ada-ada aje lah..." Mereka suami isteri tergelak geli hati
    yang bukan kepalang.
    Malam itu Permaisuri Rimba tidak dapat tidur kerana perutnya memulas- mulas kesakitan.
    "Dinda...dinda..kenapa dinda...." Tanya Raja Rimba penuh cemas.
    "Sakit...! Kanda....Sakit sangat perut dinda ni.....!" Permaisuri
    Monyet menangis tidak dapat menahan sakit perut yang amat sangat.
    "Sabar lah dinda...jangan ....jangan dinda sakit nak bersalin..."
    Raja Rimba menitahkan dayang memanggilkan Mak Bidan untuk menyambut anakanda diRaja.
    Permaisuri Rimba selamat melahirkan seorang Putera yang sangat tampan.
    Bentuk saling tak tumpah seperti Bonda Permaisuri dan berbelang-belang seperti Ayahanda Raja Rimba.
    "Tuanku... Syurkur Allhamdulillah Permaisuri selamat melahirkan Putera
    amat sempurna sekali. Tengok ni...rupa macam Tuanku dan Permaisuri. Cantikkan ..." kata Mak Midan sambil memberikan Putera diRaja yang baru dilahirkan kepada Raja Rimba.
    "Syukur Alhamdulillah dengan Kurniaan Allah pada beta."
    Raja Rimba mengazankan pada Putera Baginda yang tercinta. Setelah itu Baginda terus masuk ke kamar mendapatkan Permaisuri yang masih lemah.
    "Dinda...Terima kasih dinda kerana melahirkan anakanda untuk kanda...he tengok ni...rupa macam dinda dan belang-belang macam kanda....cantikkan..." Raja Rimba mencium putera baginda yang baru dilahirkan berkali-kali penuh kasih.
    "Ye...lah kanda... anakanda kita sempurna sekali cantiknya. Belang-belangnya lambang kemegahan Keperwiraan. Dinda sangat bersyukur pada Allah ..kanda.
    "Kanda pun begitu juga dinda...Bersyukur sangat-sangat dengan kurniaan ini."
    Tiba-tiba kedengaran suara cemas dari hulubalang istana.
    "Tuanku... Istana sudah dikepung Tuanku...ramai pendekar istana dibunuh."
    "Siapa yang punya angkara hulubalang."
    "Puteri Rimba...Tuanku."
    "Bedabah!Beta dah agak dah...Puteri Rimba akan melakukan sesuatu."
    "Tuanku... Tuanku larilah dari sini Tuanku...."
    "Kanda...Kanda....kena pertahankan Takhta Kanda...biar dinda dan anakanda yang pergi dari Istana Niagara ini."
    "Dinda....! Kita kan dah janji hendak sehidup semati....Tidak dinda....Kanda tak akan biarkan dinda dan anakanda berpisah dengan kanda."
    "Kanda...kekallah tahta di Raja...Puteri Rimba cuma mahukan kanda..dinda sudah relakan kanda...demi keharmonian semua haiwan di Rimba
    Niagara ini."
    "Dinda...kenapa dinda korbankan kebahagiaan sendiri demi keamanan rimba raya ini?"
    "Kanda ...sebenarnya kebahagiaan dinda adalah keselamatan dan keamanan semua penghuni Rimba Niagara ini kanda."
    "Maafkan segala kesalahan dinda kanda... Insya-Allah ada peluang kita berjumpa ...ya kanda...." Permaisuri tidak dapat menahan sebak lalu berjuraian air matanya hingga tertitis air matanya ke wajah putera yang baru dilahirkan."
    "Dinda...jagalah anakanda baik-baik ya...nanti kanda akan cari juga dinda dan anakanda ...."
    Dayang dan hulubalang menemani Permaisuri dan Putera baginda melarikan diri dari Istana Niagara. Mereka merendah hutan di malam yang gelap gulita.Rupanya mereka telah diburu oleh kuncu-kuncu Puteri Rimba.
    "Permaisuri...lari....lari segera....biarkan patik di sini," kata dayang istana penuh cemas.
    Permaisuri sempat melarikan diri meninggalkan dayang dan hulu balang
    yang telah berjaya dibunuh oleh kuncu-kuncu Puteri Rimba.

    (BERSAMBUNG)

    Karya Ratu Rimba Niagara
    1 Mac 2013

    PUTERA SANG KURIANG BAHAGIAN (II)

    Pagi yang hening itu terdengar satu das tembakan.
    Permaisuri Rimba yang tidak bermaya sambil mengelek
    puteranya sempat mengambil sehelai daun lalu daun
    tersebut diperahkan susu untuk diberi minum kepada
    puteranya yang sedang menangis kehausan.
    Selepas itu Permaisuri Rimba rebah menyembah bumi.
    Permaisuri Rimba mati terkena tembakan Pak Deli.
    Tubuhnya berlumuran darah. Puteranya masih lagi
    lagi dalam pelukan bunda tercintanya.

    Pak Deli yang menyaksikan kejadian tersebut bagaikan
    tersayat hatinya ditusuk sembilu. Timbul kekesalan
    di hatinya yang amat sangat.

    Dia mengambil putera dari dakapan bondanya yang telah
    mati. Puas dia mengambil putera tapi putera masih tidak
    mahu melepaskan pelukan bondanya. Akhirnya dia terpaksa
    akur dengan kekuatan Pak Deli. Ketika Pak Deli meninggalkan
    bondanya yang terbujur kaku dia sempat memandang bondanya
    buat kali terakhirnya. Dan sempat dia memberi lambaian
    terakhir kepada bondanya.

    Sampai di rumah...Pak Deli menceritakan apa yang telah
    berlaku ketika di hutan ketika dia sedang berburu.

    "Abang...sampai hati abang tembak ibu monyet...dia
    masih lagi menyusu....sampai hati abang memisahkan kasih
    sayang ibu dengan anaknya.

    "Abang pelik dengan anak monyet... ibunya hitam....anaknya
    cantik...tengok tu bulunya berbelang-belang macam harimau."

    "Apa pun alasan abang...abang tetap salah...tidak kasihan
    ke abang pada nasib anak monyet ni nanti?"

    "Kalau dijual anak monyet ni ...kita dah boleh jadi kaya...
    tak perlu hidup sesusah ini lagi."

    "Abang....biarpun berapa juta harga anak monyet ini...
    saya takkan benarkan abang menjualnya? Saya nak belanya
    kerana saya bertanggungjawab di atas kematian ibunya.
    Saya dengar cerita abang pun saya telah jatuh kasih pada
    anak monyet ini. Lagipun kita tidak punya anak..biarlah
    anak monyet ini jadi anak kita..." kata Mak Limah sambil
    memeluk putera dengan penuh kasih sayang. Putera dari
    tadi memang Mak Limah dengan matanya yang kuyu seolah
    minta dikasihani...kesedihan di atas kematian bondanya
    masih dalam terbayang-bayang di ruangan matanya.

    Sudah hampir dua bulan berita kehilangan Permaisuri Monyet
    tidak dapat didengari oleh Raja Rimba . Puteri Monyet
    memberi kata dua kepada Raja Rimba jika sekiranya Raja
    Rimba tidak mahu mengawininya akan berlakulah peperangan
    yang amat dahsyat di Rimba Niagara. Raja Rimba teringatkan
    kata-kata Permaisuri Monyet.

    "Kanda... apalah ada pada cinta kanda...biarlah dinda yang
    terkorban asalkan penghuni rimba... aman bahagia selamanya.
    Kanda mesti pertahankan kerajaan Rimba Niagara...biarpun
    kanda terpaksa berkahwin dengan Puteri Harimau. Dinda sudah
    relakan. Mesti diingat...penghuni Rimba Niagara adalah lebih
    diutamakan daripada cinta kanda dengan dinda...ye...cinta
    kanda kepada penghuni Rimba Niagara ...di situlah cinta
    dinda pada kanda."

    Majlis Perkahwinan di antara Raja Rimba dengan Puteri Harimau
    dibuat secara besar-besaran..selama tujuh hari tujuh malam.

    "Barulah bagaikan pinang di belah dua..." kata suku sakat
    harimau."

    Dengan termentrinya perkahwinan Raja Rimba dengan Puteri Harimau
    maka tiadalah berlaku peperangan...dan terselamatlah penghuni
    Rimba Niagara .

    Putera yang dipelihara oleh Mak Limah diberi nama Sang Kuriang.
    Sang Kuriang sangat cerdik dan pandai mengambil hati kedua orang
    tua angkatnya.

    Pak Deli yang pada awalnya ingin menjual Sang Kuriang tidak
    jadi meneruskan hajatnya ....kerana tidak sampai hati melihat
    isterinya Mak Limah berdukacita.

    Sudah hampir Sepuluh tahun Sang Kuriang dipelihara oleh Pak
    Deli dan Mak Limah.

    Pada suatu hari, suatu peristiwa yang tidak disangka berlaku.
    Apabila rumah Pak Deli terbakar. Pak Deli mati terbakar
    hangus . Mak Limah dan Sang Kuriang sempat menyelamatkan diri.
    Kini mereka ini tiada tempat berteduh . Mereka tinggal di sebuah
    gua di dalam hutan.

    "Emak...macam mana kita hendak teruskan kehidupan mak...dalam
    hutan ni...apa yang kita nak makan nanti...."

    "Kuriang anakku...kau dah besar panjang...kejadian asalmu kau
    mahir panjat memanjat...usaha nak ye...mak dah tua ....dah
    tak larat lagi hendak mencari rezeki untuk kita makan...inipun
    nasib baik kita dapat tempat berteduh dari hujan ribut."

    "Baiklah kalau itu yang emak kata...Kuriang akan cuba berusaha
    mencari rezeki untuk kita meneruskan kehidupan."

    "Bagus anakku...di mana ada kemahuan di situ ada jalan...Yang
    penting Kuriang mesti yakin dengan kebolehan Kuriang ye...nak."

    "Ye mak..."

    Pagi lagi di hutan belantara Kuriang memberanikan diri memanjat
    dari satu pokok ke satu pokok. Pada awalnya tika mula mencuba
    banyak kali dia gagal...tetapi kerana teringatkan kata ibu angkatnya
    "Yakin dengan kebolehan sendiri" akhirnya Sang Kuriang berjaya
    memanjat dan bergayut dari satu pokok ke satu pokok. Macam
    Tarzan lagaknya. Kerana terlalu gembira yang amat sangat setelah
    berjaya bergayut-gayutan ...hingga terlupa mahu pulang.

    "Emak....emak...! Kuriang dah pandai memanjat....seronok emak...
    tengoklah apa yang Kuriang bawa ni... emak makan... ye...air pun
    Kuriang bawakan untuk emak. Ini semua berkat mendengar nasihat
    emak...Percaya dengan kebolehan sendiri....:

    Mak Limah merasa gembira...kerana Sang Kuriang sudah pandai
    berdikari dan boleh menjaga makan minum Mak Limah.

    Setelah setahun tinggal di gua tersebut...Mak Limah meninggal
    dunia kerana sakit tua.

    Sedihnya hati Sang Kuriang di kala itu Tuhan saja yang tahu.
    Tapi kena tabah. Ibu angkatnya dikebumikan di atas sebuah
    bukit di dalam hutan.
    Kerana terlalu sedih Sang Kuriang tertidur di pusara ibu angkatnya
    Mak Limah.
    Dia bermimpi...
    "Bonda sangat rindukan anakanda... carilah ayahanda di Rimba Niagara Raja yang memerintah Rimba Niagara adalah ayahanda ...anakanda..."
    Sang Kuriang tersedar dari mimpinya. Kata-kata....bonda rindukan
    anakanda...carilah ayahanda di Rimba Niagara Raja yang memerintah
    Rimba Niagara adalah ayahanda anakanda..

    Esoknya Sang Kuriang pergi ke Rimba Niagara mencari ayahandanya
    yang dimaksudkan dalam mimpi tersebut.

    Akhirnya dia sampai ke Istana Rimba Niagara. Dia meminta izin untuk
    berjumpa dengan Raja Rimba Niagara.

    "Ampun Tuanku sembah patik harap di ampun..ada rakyat ingin mengadap
    Tuanku...ampun Tuanku,..." kata hulubalang.
    Sang Kuriang dibenarkan masuk mengadap Raja Rimba.

    "Ampun Tuanku sembah patik harap diampun...."

    "Apakah hajat tuan hamba mengadap beta?"

    "Ampun Tuanku...sembah patik harap di ampun...adapun patik datang
    ke Istana ini inginkan kepastian tentang maksud mimpi patik."

    "Apa mimpi tuan hamba...ceritakanlah beta sudi mendengarnya."

    "Adapun patik bermimpi ...bunyinya begini....bonda rindukan anakanda...
    carilah ayahanda di Rimba Niagara Raja yang memerintah Rimba Niagara adalah ayahanda anakanda....sebab mimpi itulah patik terpanggil untuk datang ke Istana Niaga berjumpa Tuanku."

    "Oh tak syak lagi anakandalah...yang ayahanda cari-cari selama ini..
    Oh! Anakanda ...ayahanda rindukan anakanda....ayahanda pun bermimpi yang sama." Raja Rimba memeluk puteranya yang selama ini dirindui.

    "Bondamu telah pun mangkat dan telah disemadikan di Tanah Perkuburan di-Raja....nanti ayahanda tunjukkan tempat. Bonda tirimu baru sebulan mangkat...Ya Allah syukur kerana dapat bertemu dengan anakanda hamba..
    Syukur Ya Allah."

    Putera Sang Kuriang telah ditabalkan menjadi Raja Rimba Niagara
    yang baru menggantikan ayahanda baginda yang telah uzur.

    "Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!"

    Karya Ratu Rimba Niagara
    1 Mac 2013

    PANTUN PUTERA SANG KURIANG (BAHAGIAN III)

    Si Haslie Umar empunya cerita,
    Bergelar Raja Di Rimba Nilam Puri;
    Telah berlaku perebutan kuasa,
    Makanya ditumpangkan anak pada Mat Kr rakan yang dipercayai.

    Putera puterinya menjadi sahabat kepada Putera Sang Kuriang,
    Diajar ilmu persilatan dan kepahlawanan Di-Raja;
    Agar menjadi Raja yang gagah perkasa penuh kasih sayang,
    Mempertahankan rakyat di Rimba Niagara dan Nilam Puri tercinta.

    Dalam perebutan kuasa Raja Haslie Umar menang,
    Datang ke Rimba Niagara menjemput putera dan puterinya;
    Terhutang budi dengan Raja Mat Kr dan Putera Sang Kuriang,
    Kebaikan dibalas dengan kebaikan penyambung ikatan hati dan jiwa.

    Puteri Raja Haslie Umar dikahwinkan dengan Putera Sang Kuriang,
    Disambut besar-besaran penuh gilang gemilang;
    Semua rakyat meraikan perkahwinan diRaja berhati girang,
    Makanya ikatan Raja dan rakyat bertambahlah kasih sayang.

    Karya Ratu Rimba Niagara
    1 Mac 2013

    PUTERA SANG KURIANG (BAHAGIAN III)

    Tersebutlah kisah di Rimba Nilam Puri telah berlaku
    perebutan kuasa di antara Raja Haslie Umar dengan
    Raja Ahmad Kamal. Raja Ahmad Kamal adalah sepupu
    kepada Raja Haslie Umar.

    Raja Haslie Umar berkahwin dengan Permaisuri Atekah.
    Mereka dikurniakan dua orang putera dan seorang puteri.
    Yang tua bernama Putera Sang Amsyar, Putera Sang Aqmar
    dan Puteri Sang Syifa. Selama ini mereka hidup aman bahagia
    sekeluarga.

    "Anakanda bertiga... sebentar tadi ayahada baru saja
    menghantar pesanan kepada sahabat ayahanda Raja Mat Kr di
    Rimba Niagara untuk menumpangkan anakanda bertiga
    di Istana Rimba Niagara. Anakanda selamat di sana...
    Ayahanda dan bonda akan datang menjemput anakanda
    setelah negari kita aman damai...sekarang dalam kucar
    kacir...."

    Mereka anak beranak saling berpelukan dan tangis pilu
    menyelubungi Istana Rimba Nilam Puri. Permaisuri Atekah
    mententeramkan tangisan anakanda Puteri Sang Syifa.

    "Anakanda Puteri Sang Syifa...jangan nangis ye...nanti bonda
    datang..." pujuk Permaisuri Atekah sambil memeluk erat Puteri
    Sang Syifa dengan tangisan pilu.

    Ketika sampai di Istana Niagara...Raja Mat Kr dan Putera Sang Kuriang menyambut kedatangan keluarga angkat mereka dari Istana Nilam Puri.

    Sang Kuriang menjadi sahabat baik kepada Putera Sang Amsyar, Putera Sang Aqmar dan Puteri Sang Syifa.

    Mereka 4 sahabat diajar ilmu persilatan . Setelah enam purnama
    mempelajari ilmu persilatan mereka mahir ilmu persilatan , begitu juga Puteri Sang Syifa.

    Sedang mereka duduk berehat...tanpa diduga kedatangan ayahanda Haslie Umar dan Permaisuri Atekah ke Istana Rimba Niagara.

    Suasana sudah aman kembali. Raja Ahmad Kamal tewas dalam pertarungan dengan Raja Haslie Umar.

    Upacara menyambut kedatangan Raja Haslie Umar bersama Permaisuri Atekah disambut besar-besaran. Ketika itu juga diistiharkan pertunangan Puteri Sang Syifa dengan Putera Sang Kuriang.

    Genap tiga bulan mengikat tali pertunangan Puteri Sang Syifa berkahwin dengan Putera Sang Kuriang. Majlis amat meriah sekali disambut dengan penuh gilang gemilang.

    Karya Ratu Rimba Niagara
    1 Mac 2013

    PERSEMBAHAN TEATER DIRAJA ,'PUTERA SANG KURIANG' DIADAKAN DI PANGGUNG BANGSAWAN MERAK KAYANGAN PADA 1.1.2020

    ARAHAN PUTRA ARJUNA NEGERI ANTAH BERANTAH
    KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA

    TETAMU JEMPUTAN:
    SELURUH KERABAT DIRAJA MELAYU
    & RAKYAT YANG MEMPERTABATKAN INSTITUSI DIRAJA

    PAKAIAN : TRADISIONAL MELAYU

    HARGA TIKET: MENGIKUT ZAMAN

    TIKET TERHAD
    BAGI YANG TERLEPAS PELUANG
    JANGAN GUNDAH GULANA JIKA MENDAPAT SAMBUTAN
    TEATER DIRAJA,' PUTERA SANG KURIANG' AKAN DIADAKAN
    BERTERUSAN HINGGA KE GENERASI MASA AKAN DATANG!

    DATANG JANGAN TAK DATANG!

    "RAJA DAN RAKYAT BERPISAH TIADA"

    (PETIKAN DARIPADA WALL RATU RIMBA NIAGARA)
    29 Mac 2013

    FESTIVAL FILEM BANGSAWAN DIRAJA,' PUTERA SANG KURIANG' ARAHAN PUTRA ARJUNA MOGA MENDAPAT SAMBUTAN DARIPADA SEMUA GOLONGAN GENERASI KINI DAN AKAN DATANG AAMIN.

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    29 Mac 2013

     (DISIARKAN DI WALL SULTAN HASSANAL BOLKIAH & PRINCE ABDUL MALIK & RATU RIMBA NIAGARA , RAJA NOR JAN SHAH, ANAKANDA PUTERA RAJA BONGSU, WARISAN KELANTAN , WANGSA MAHKOTA SELANGOR, KESULTANAN JOHOR, KESULTANAN KELANTAN, GRUP SRI PEMANGKU ADAT & GRUP MAJLIS PANGKUAN DIRAJA KESULTANAN MELAYU ISLAM NUSANTARA & PANGERAN KAMARUDDIN HAJI YUSOF SANI, KESULTANAN INDRAPURA, KESULTANAN MATARAM, KESULTANAN SIAK, PERKUMPULAN KRATON NUSANTARA, KRATON NUSANTARA, SULTAN BROTOWIJOYO YUSODIPURO, KEDATON KRATON WAHYU UTAMA & TENGKU SHAWAL TENGKU AZIZ & KRATON KERAJAAN SURGA PESONA DUNIAMAYA, SASTRA MATARAM, KHAIRUDDIN AL YOUNG II GRUP PAGUYUBAN KELUARGA PAHLAWAN INDONESIA ,PANGERAN ITOE OELY'X , KHAI NOOR (KERABAT DIRAJA JEMBAL) , LT KOL AHMAD TAJUDDIN , LAKSAMANA PENDEKAR TEMASEK, LEFTENAN ADAM SAKEENAH, PANGLIMA PERANG,  SANG HELANG, BADAR AL -AHMAD, ARJUNA AKMALIAH,ANDI ASPAR ARUNG DIDI, DEN MAT MANGKUBUMI)

    29 Mac 2013
    (PETIKAN DARIPADA SKRIP NOVEL PUISI CINTA DEMI-NYA)


  • TEATER BANGSAWAN DIRAJA PUTRI RIMBA NIAGARA

    PUTRI RIMBA DENGAN DAYANGNYA SI KUNTA SI KUNTE

    Kuperkenalkan diriku untuk perkenalan ini...
    Gambar yang kau lihat itu tak dirancang..
    Aku memegang watak Putri Rimba Niagara untuk
    Teater Bangsawan diRaja yang aku impikan
    Satu masa nanti dipentaskan....
    Yang mekapkan aku pun
    Si kunta si kunte dayang Istana Rimba
    Mereka berdua sebagai penasihat aku juga...
    Itu yang jadi macam tu...comot...entah arang
    Mana diambilnya...ha itu yang jadi macam tu
    Aku pun takut nak tengok muka aku sendiri
    Aku mahulah dan ingin padam tapi si kunta si kunte marah
    Kalau selagi tak ambil gambar untuk disiarkan
    Kepada pembaca setia karya-karya aku
    Katanya apa nak dimalukan...
    Mereka faham puteri rimba apabila dimekapkan oleh haiwan
    Hantam ajelah asalkan ada rupa puteri sikit ..
    Itulah kisah serba sedikit yang dapat aku beritahumu
    Agar kau tak salah faham ye...
    Aku kalau tak bermekap...tidaklah rupa macam itu
    Seorang yang sudah ditarik kecantikan...
    Cuma yang berbaki ini saja yang ingin dihargai...itu saja...
    Makanya jangan salah anggap padaku lagi ok...
    Nanti bila habis skrip puteri rimba
    Kutukar gambar lain...
    Moga si kunta si kunte benarkan....
    Moga kau gembira membaca cerita aku ini...

    BERMULANYA KISAH PUTRI RIMBA NIAGARA

    Maka tersebutlah kisahnya
    Di mana bermulanya kisah
    Putri Rimba Niagara
    Disebuah pantai yang terpencil
    Sekujur tubuh terdampar
    Dibawa arus ombak
    Lautan asid bergelora
    Seluruh tubuh
    Melecur tiada berkulit
    Tiada bergerak
    Tapi masih bernyawa

    Sekumpulan penghuni rimba
    Yang ketika itu sedang bernyanyi-nyanyi
    Terjumpa si Putri Rimba...
    Dibawa ke rimba
    Dirawat Putri Rimba
    Menggunakan sumber-sumber asli
    Yang diperolehi dari rimba
    Sudah hampir
    Tiga purnama koma
    Barulah putri rimba sedar
    Dari koma dan pulih seperti sediakala
    Seluruh tubuhnya tiada kesan lecur lagi

    "Di manakah hamba?"
    "Syukur Alhamdulillah Tuanku Putri sudah sedar
    Setelah tiga purnama Tuanku Putri koma
    Kami adalah penghuni Rimba Niagara
    Menjumpai tuanku putri
    Terdampar di pantai dengan lecuran
    Keseluruhan tubuh
    Kami bergotong royong merawat
    Dan mengubati Tuanku Putri
    Di samping berusaha kami
    Membuat sembahyang hajat bermunajat
    Kepada Ilahi agar Allah menyembuhkan
    Kecederaan Tuanku Putri
    Dengan izin Allah
    Tuanku Putri sembuh dan sedar dari koma

    Mendengar cerita penghuni rimba yang baik budi itu
    Putri Rimba menangis hiba
    Lama putri rimba menangis
    Penghuni rimba juga menangis

    "Tuanku Putri hiba benar kami semua
    Mendengar tangisan hiba Tuanku Putri
    Pasti perjalanan kehidupan tuanku putri
    Diselubungi dengan gerhana mendung
    Pasti hati tuanku putri luka berdarah....darah...

    Di sini gerhana akan bertukar menjadi pelangi cinta
    Agar tuanku putri ceria dan bahagia penuh
    Kasih dan sayang daripada kami setulus ikhlas

    Luka di hati tuanku putri
    Kami jahit dengan benang cinta
    Agar sesudah ini tuanku putri tidak bersedih lagi
    Buat selamanya Insya-Allah Aamin"

    Putri rimba menangis hiba
    Setelah mendengar pengakuan penghuni rimba
    Betapa sayangnya penghuni rimba kepadanya
    Hatinya bagaikan disayat-sayat
    Seolah tidak percaya
    Seolah berada di alam fantasi tapi realiti

    "Kami suka melihat tuanku purtri menangis hiba
    Tapi kalau tanpa henti sejak tadi kami pun tak tega...
    Izinkan kami sapukan air mata tuanku putri dengan
    Daunan kasih."

    Setelah disapu air mata tuanku putri rimba dengan
    Daunan kasih...tuanku putri tidak menangis lagi
    Dan senyum meleret

    "Ha macam itulah...Syukur Alhamdulillah kali pertama
    Melihat senyuman tuanku putri...tenang rasa hati kami....
    Istana rimba ini kami bina isimewa untuk tuanku putri
    Suka tak?"

    "Suka banget...unik dan fantastik!
    Hamba amat hargai seumur hidup hamba."

    Hari-hari yang dilalui bersama dengan penghuni rimba
    Amat membahagiakan...
    Saling menyayangi
    Saling menghormati
    Saling memahami
    Saling berkorban
    Berkata-kata dalam bahasa nan indah-indah
    Tiada rasa disakiti dan menyakiti hati
    Tiada rasa sedikitpun cemburu
    Cuma yang ada
    Sayang....sayang...sayang...
    Kasih...kasih...kasih....
    Kasih demi-Nya

    Inilah dunia yang diimpikan putri rimba
    Tuhan memakbulkan doa putri rimba
    Tinggal bahagia selamanya bersama penghuni rimba yang penyayang
    Karena telalu bersyukurnya putri rimba kepada Tuhan Yang Maha Esa
    Setiap kata-kata yang diluahkan adalah
    Suara-suara hati semurni kasih
    Bicaranya adalah bait-bait syair ,puisi, gurindam dan pantun

    Setiap kali putri rimba berkarya
    Penghuni rimba akan terharu
    Mereka sama-sama menangis hiba
    Bersama Putri Rimba ....

    Putri Rimba menulis menggunakan
    Bulu burung garuda diRaja
    Tinta pula adalah campuran
    Darah penghuni rimba dengan Putri Rimba
    Setiap kali berkarya
    Putri Rimba menulis dengan
    Sepenuh jiwa sepenuh kasih sayang
    Menulis diiringi dengan tangisan hiba

    Ukiran karya-karya Putri Rimba di daunan kasih
    Setelah dibaca penghuni rimba
    Disimpan rapi serapinya
    Agar satupun tidak terbuang dalam simpanan
    Khazanah Rimba Niagara

    Begitulah bermulanya kisah asal usul hamba
    Bergelar Putri Rimba Niagara

    PUTRI RIMBA NIAGARA
    MALAYSIA
    11 Mei 2012

    (PETIKAN DARIPADA WALL PUTRI RIMBA NIAGARA)
    7 Jun 2012

    RAKYAT RIMBA NIAGARA MENGUCAPKAN TAHNIAH!
    SEMPENA MENDAPAT GELARAN RATU DUNIA SANG PUJANGGA!

    Apa yang semerbak mewangi ini kunta kunte...
    Entah... Tuan Putri nanti hamba pergi tengok

    SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR
    Rakyat jelata sedang menanti untuk mengucapkan
    tahniah kepada Tuan Putri dengan membawa jambangan bunga-
    bungaan yang cantik sekali...

    Tuan putri terasa terharu yang amat sangat
    kerana tanpa duganya begitu cepat sekali
    seluruh penghuni rimba datang mengucapkan tahniah
    dan mereka menyatakan akan melantik tuan putri rimba
    sebagai Ratu Istana Rimba Niagara yang memerintah
    Rimba Niagara.

    Si kunta si kunte di amanahkan untuk mendapatkan mahkota di hari pertabalan Ratu Rimba Niagara nanti.

    Kerana kepercayaan seluruh penghuni rimba kepadanya Tuan Putri
    Rimba terima dengan rela hati dan ingin mencurahkan bakti pada seluruh penghuni rimba dan seluruh penghuni bumi.

    KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
    2 Julai 2012
    21 hours ago · Like

    MAHKOTA PUTRI RIMBA NIAGARA DIBELI DENGAN UKIRAN DAUNAN KASIH

    Tuan Putri semasa Tuan Putri ditabalkan menjadi Puteri Rimba Niagara
    kami penghuni rimba telah bermuzakarah untuk melantik tuan puteri
    sebagai ketua yang memerintah seluruh Rimba Niagara ini.

    Kami ingin membuat sendiri mahkota tuan putri yang tiada tandingannya dengan buatan manusia tapi memandangkan asal usul tuan putri manusia makanya kami hormat tuan putri agar kami juga mahu menyokong institusi diRaja yang akan dihidupkan semula oleh mereka yang faham betapa pentingnya Institusi diRaja pada rakyat sekalian....seperti kami ...biarpun kami haiwan dan
    boleh melantik di kalangan haiwan....tapi kerana semangat kami untuk
    menghidupkan institusi diRaja di kalangan manusia makanya kami lantik
    Tuan Putri.

    Makanya kami arahkan si kunta si kunte menggalas tanggungjawab untuk membeli mahkota Tuan Putri Rimba berbekalkan ukiran daunan kasih hasil karya tuan Putri.

    Sudah serata pelosok dunia dijaja ukiran daunan kasih Putri Rimba
    masih lagi tiada yang sudi membelinya ....malah mereka mengejek
    dan mentertawakan si kunta si kunte....

    "Hei...kamu gila ke apa?"
    "Kenapa kamu kata kami gila ya....?"
    "Nak beli mahkota yang harga berjuta ringgit ini dengan ukiran daunan kasih? takkan gila namanya itu?"
    "Dunia kami daunan ukiran kasih ini amat berharga daripada wang ringgit...."
    "Dunia kamu lain? Dunia kami lain...dunia kamu penuh fantasi dan anggan-angan manakan sama dengan dunia kami yang realiti? Hahahaha dunia angan...angan..."
    Mereka gelakkan si kunta si kunte semahunya.
    "Duhai manusia ....begitu sekali kamu hina dunia kami yang mengagungkan kasih suci kerana-Nya...biarpun kamu rasa kamu berada di dunia realiti tapi pada kami dunia kamu penuh kepalsuan, kebencian, dendam membara, berkata-kata saling hina menghina serasa diri sempurna semuanya...makanya kami tak ingin sama sekali berurusan manusia seperti kamu yang berhati busuk...kalau kami bercampur dengan kamu kami berhati busuk juga...dan kami tak akan izinkan sama sekali tuan puteri kami berkawan dengan kamu dan kami yakin jika tuan puteri kami mendengar setiap butiran kata-katamu ini pasti jantungnya akan berhenti berdetak!
    Makanya kami akan jauhkan tuan puteri kami dari kamu...namanya manusia yang diberi akal untuk mengungkapkan kata-kata indah tapi tetap juga memilih kata-kata yang mengundang sakit hati manusia....jika manusia sakit hati lantas bergaduh pasti Tuhan akan murka....kamu tak tahu ke....jika kamu rasa kamu ini sudah sempurna segalanya teruskan saja kata-katamu ini hingga ke mati , cuma aku nak pesan sama kamu setiap kata-katamu ada malaikat mencatatnya dan catatan ini akan menjadi saksi di akhirat nanti...berwaspadalah dalam berkata-kata duhai manusia jika kamu mahu selamat dunia akhirat."
    "Kamu ini siapa nak menasihatkan kami....sekadar haiwan yang tiada nilaipun pada kami...hahahaha"
    "Duhai manusia....biarpun kami haiwan...tapi bila kami mati...di akhirat nanti ..kami tak dihitung dosa pahala....dan kami yakin jika kami berbuat baik pada manusia dan manusia menyayangi kami dan jika dia masuk Syurga dan mereka mendoakan kami untuk datang kepadanya ...kami akan ada di sisinya seperti kami berada di dunia kerana di Syurga apa saja kemahuan ahli Syurga sepantas kilat akan wujud...dan di Syurga bukan fantasi atau angan-angan....itulah sebenarnya alam realiti yang abadi selamanya....tidak seperti di dunia....kalau masih ragu lagi....tunggulah maut menjemputmu baru kamu tahu benar atau tidak kataku ini duhai manusia...."
    "Marilah kita pergi tinggalkan manusia begini...kita cakap macam mana pun dia tetap menghina kita...biarlah Tuhan saja yang menyedarkannya."

    Sudah sepurnama si kunta si kunte mencari siapakah yang sanggup membeli ukiran daunan kasih Tuan Putri Rimba....Untuk menghilangkan penat mereka singgah di sebuah pantai nan indah permai....terlihat dia seorang jejaka yang sejak tadi memerhatikan mereka....

    "Kalian dari mana?"
    "Rimba Niagara?"
    "Apa yang kalian bawa itu?"
    "Ukiran daunan kasih...."
    "Boleh hamba tengok..."
    "Silakan tuan hamba..."
    "Suka hamba pada ukiran daunan kasih ini..."
    "Siapakah yang mengarangnya?"
    "Tuan Putri Rimba Niagara kami...."
    "Boleh kah hamba memiliki ukiran daunan kasih ini...hamba amat sukakanya membuatkan hati hamba jatuh cinta pada Pencipta hamba ...."
    "Kata tuan putri kami itulah matlamat tuan putri berkarya agar karya yang ditulis apabila dibaca mengundang Nur Hidayah Kasih Ilahi."
    "Sejujurnya hamba memang suka ukiran daunan kasih Tuan Putri ..tuan hamba...Sekarang ini apa syaratnya agar hamba dapat memiliki daunan ukiran kasih ini."

    "Sudah serata tempat kami mencari pembeli daunan ukiran kasih putri rimba niagara tapi tiada seorangpun yang sanggup membelinya....jika tuan hamba sudi kami mahu sebuah mahkota untuk pertabalan tuan putri kami sebagai tuan putri rimba niagara. Apakah tuan hamba sudi mencarikan mahkota tersebut sebagai pertukaran ukiran daunan kasih ini."

    "Bisa aje dong...yuk kita pergi sekarang."

    "Kamu rasa mahkota ini cantik tak untuk Tuan Putri Rimba kamu..."
    "Tuan hamba pilih sajalah yang mana satu...tuan hamba suka kami pun suka...."
    "Makanya hamba pilih yang ini....pasti Tuan Putri Rimba kamu sukakannya..."
    "Terima kasih tuan hamba yang baik budi....moga Allah SWT saja yang dapat membalas segala kebaikan tuan hamba kepada kami seluruh penghuni rimba Niagara..."

    (KARYA PURTI RIMBA NIAGARA)
    4 Julai 2012
    Like · · Unfollow Post · July 4 at 12:09pm
    Naga Pamungkas likes this.

    (PETIKAN DARIPADA WALL GRUP CERPEN DALAM ASIA TENGGARA)
    8 Julai 2012
    Yesterday at 8:06am · Like · 3

    PUTRI RIMBA MAHU MEMULANGKAN MAHKOTA

    Di jendela kamar istana rimba niagara..putri rimba memandang ke laut ombak rindu. Si kunta si kunte dayangnya mengetuk pintu kamar. Dan masuk setelah mendapat keizinan.

    "Tuan puteri rimba...kenapa ni...semenjak kebelakangan ini putri gundah gulana....kenapa tuan putri...adakah dia telah melukakan hati tuan putri," kata si kunta.

    "Sejak semalam tuan putri tak santapan. Santap sikit ye...hamba suapkan...nanti tuan putri sakit...seluruh penghuni rimba yang susah...
    tak lama lagi tuan putri akan ditabalkan menjadi ratu. Ratu kena kuat semangat untuk memerintah rakyat rimba niagara. Tuan putri tak boleh berterusan begini...susah hati kami berdua," si Kunte menyuapkan bubur kegemaran tuan Putri ke mulut putri rimba yang terlalu lemah."

    Putri Rimba akur , membuka mulut menerima suapan dari si kunte sambil tersenyum. Untuk menelan bubur nasi itu seperti ada duri di anak tekaknya...sakit sangat tapi demi menjaga hati si kunta si kunte ditelan jua dalam keadaan yang amat sakit. Air matnya mengalir deras sambil tersenyum. Si kunte mengusap air mata Putri Rimba.

    "Boleh tuan putri beritahu apa yang perlu kami lakukan ...agar boleh mengembirakan hati tuan putri seperti sedia kala...?"

    " Hamba rasa dia sudah tak berminat dengan ukiran daunan kasih hamba lagi...dulu dia tak macam ni...selalu berjanji bersumpah setia akan sentiasa menyokong minat hamba berkarya...dan mahu setia dengan cintanya pada hamba.....maka hamba anggap dia sudah tiada hati pada hamba lagi....maka dari itu hamba mengambil keputusan untuk kalian memulangkan semula mahkota ini padanya. Hamba tak mahu memakainya. Mungkin hamba tak layak menerima pemberian darinya."

    "Tuan putri...sabarlah sedikit masa lagi ye tuan putri...mungkin dia dalam situasi yang tekanan ...hingga dia tak mampu untuk berterus terang dengan Tuan Putri....tapi hamba percaya dengan cinta sucinya hanya untuk tuan putri seorang. Dia jatuh cinta dengan karya tuan putri bertemakan Ketuhanan...dari karya tuan putri dia jatuh cinta dengan tuan putri...berarti dia jatuh cinta dengan tuan putri kerana-Nya...kita tunggu sedikit masa lagi....kami berdua akan menyokong percintaan tuan putri," jelas si kunta bersungguh-sungguh.

    "Memandangkan kamu pesuruh hamba yang setia yang hamba percaya dan sayangi dunia akhirat....hamba sabar menantikan apa yang ditentukan oleh Allah Azzawajallah pada hamba."

    "Ha begitulah tuan putri...senyum ye ...jangan gundah gulana lagi...
    Esok pagi-pagi kita pergi pantai ombak rindu ye...sudah lama kita tak bergurindam berpuisi bersama."

    KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
    10 Julai 2012
    Like · · Yesterday at 9:55am ·
    Tengku Zubir and Jefry Al Bc like this.
    (PETIKAN DARIPADA WALL PUTRI RIMBA NIAGARA)
    10 Julai 2012

    MUZIK DERUAN OMBAK RINDU

    Pagi itu Putri Rimba duduk di salah sebuah ratuan berbatuan.
    Sambil melemparkan pandangannya di lautan ombak rindu...
    Sungguh syahdu ..rindu yang dirindui datang semula setelah
    Diyakinkan oleh si kunta si kunte.

    Dari jauh kelihatan si kunta si kunte...terkinja-kinja sambil
    Membawa ukiran daunan kasih yang di ambil dari Galeri
    Khazanah Warisan Bangsa Istana Rimba Niagara.
    Dari jauh si kunta si kunte sudah melambai-lambaikan tangan seolah-olah tak pernah berjumpa seribu tahun.

    "Tuan putri rimba...bahagia kami lihat tuan Putri sudah kembali
    pulih sedia kala....macam ni kan bagus...biarpun terjangan ombak
    tak jemu memukul kita ...namun kasih kita tetap abadi selamanya tiada siapa yang dapat memisahkan kita kecuali kematian." Akui si kunta.
    Diakui si kunte.

    "Kami nak bacakan ukiran daunan kasih yang kami ilhamkan istimewa untuk tuan Putri Rimba Kesayangan kami...dengar ya...dan diiringi muzik deruan ombak rindu."

    KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
    10 Julai 2012

    GURINDAM PUISI KASIH SEPENUH JIWA
    UNTUK PUTRI RIMBA NIAGARA

    "Tuan Putri Rimba...kami berdua ada mengarangkan
    gurindam istimewa untuk Tuan Putri."
    "Iye ke ...sejak bila ni pandai bergurindam , bersyair,
    berpuisi ni kunta kunte..."
    "Setiap hari membaca dan menghayati karya tuan putri dari pagi ke petang...petang ke malam setiap hari...ilmu bergurindam berpuisi berpantun dapatlah ke kami Tuan Putri. Tuan Putri asyik mengarang puisi untuk kami...kami juga hendak mengarangkan puisi untuk Tuan Putri..jom kita pergi ke pantai ombak rindu.... di sana nanti banyak ilham dan penuh penghayatan..."
    "Wow hebat kalian berdua ye..."

    Mereka bertiga pergi ke pantai ombak rindu rimba niagara.
    Si Kunta Si Kunte membaca bergilir-gilir. Puisi gurindam kunta kinte
    Diringi muzik deruan ombak yang menderu-deru..amat syahdu dialun-alun oleh ombak rindu...

    GURINDAM PUISI SAYANG SEPENUH JIWA UNTUK PUTRI RIMBA NIAGARA

    Terima kasih Tuhan
    Hadirkan kami hamba-Mu
    Tuan Putri tuk kami
    Kami syukuri dalam iman

    Kami dapat menumpang kasih
    Kami sayang Tuan Putri kami Tuhan
    Kami bahagia hidup bersamanya Tuhan
    Hari-hari hidup kami bahagia
    Dibajai dengan kasih sepenuh kasih
    Hari-hari semakin kasih
    Hari-hari semakin sayang

    Jika berjauahan kami rindukannya Tuhan
    Kami rindukan candanya
    Kami rindukan puisinya
    Maka kami tak sanggup berjauhan
    Darinya Tuhan

    Melalui tinta yang dicurahkan
    di kanvas daunan ukiran kasih
    kami baca kami hayati
    Lagi kami baca
    Lagi kami teruja
    Untuk merindui dan mencintai-Mu Tuhan
    Syukur kami Tuhan
    Kau kurniakan kami
    Tuan Putri yang
    Tak lelah tuk
    Berbahasa indah
    Mengajak kami
    Mencintai-Mu Merindui-Mu Tuhan
    Syukur Syukur Syukur
    Pada-Mu Tuhan
    Kurniakan kami Tuan Putri
    Yang sayangkan kami demi-Mu Tuhan

    Syukur kami Tuhan
    Karya yang ditulis oleh tuan putri rimba
    Membuatkan manusia di luar sana
    Menghargai kami dan menyayangi kami
    Tiada siapa yang menzalimi kami Tuhan
    Kami hidup aman damai di rimba ini
    Tanpa ada rasa takut dan bimbang Tuhan
    Syukur kami Tuhan
    Tuan Putri sanggup pertaruhkan nyawanya
    Tuk melindungi kami Tuhan
    Makanya kami juga begitu juga Tuhan
    Akan pertahankannya
    Kami saling sayang menyayangi karena-Mu Tuhan
    Makanya berkatilah hidup kami sehingga akhir hayat kami
    Dan kami ingin hidup bersamanya di Syurga-Mu juga Tuhan
    Makanya makbulkanlah doa kami ini Tuhan

    Duhai Maha Pengurnia Cinta
    Duhai Maha Pengurnia Rindu
    Cinta dan rindu kami kerana-Mu Tuhan
    Kurniakanlah kebahagiaan milik kami selamanya
    Di dunia jua di akhirat
    Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

    Putri Rimba yang dari tadi menangis mendengar Si Kunte
    Si kunte membaca gurindam puisi yang ditujukan kepadanya
    Si kunta si kunte pun membaca dengan esakan tangis syahdu
    Dan mereka sama-sama menangis hingga tak sedar ombak
    Rindu menerjang mereka bertiga...dan mereka bertiga
    terperanjat...

    "Terjangan sayang Tuan Putri" kata si kunta.
    Mereka bertiga ketawa.

    KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
    10 Julai 2012

    SELURUH PENGHUNI ISTANA BERDUKACITA

    "Mahkota hamba? Mahkota hamba sudah tiada Kunta! Kunte!
    Terjangan ombak rindu telah membuatkan mahkota hamba hilang...
    Macam mana ni....?"

    "Tak apa.. kami akan mencarinya sampai dapat...kami tak mahu melihat tuan putri bersedih...mahkota iu terlalu bermakna bagi tuan putri dan seluruh penghuni rimba niagara. Jaga diri baik-baik ya...kami sayang tuan putri..." Si kunta si kunte menyelam ke laut ombak rindu untuk mencari mahkota putri rimba yang hilang akibat terjangan ombak rindu.

    Tuan putri meratap hiba setelah si kunta si kunte tak muncul-muncul lagi.

    "Kunta kunte...muncullah kalian...jangan buatkan hati hamba bimbang...jangan tinggalkan hamba...hamba rela kehilangan mahkota itu daripada kehilangan kalian berdua...jangan....jangan tinggalkan hamba....kasih kalian sudah cukup untuk hamba merasai hidup ini penuh kasih sayang setulusnya...tolonglah...tolonglah jangan tinggalkan hamba kunta...kunte....hamba sudah lupakan cintanya tapi kalian hendak juga hamba yakin dengan cintanya...kalian hendak sangat hamba bahagia sedangkan kalian tahu hamba dilukainya tanpa ehsan...sekarang ni hamba tak mahu fikirkan dia lagi...yang hamba mahu kalian hidup bersama hamba itu sudah memadai....tak menjadi ratu rimba niagara pun tak apa asalkan hamba ada kalian berdua....tolonglah kasihani hamba kunta kinte....Ya Allah tolong jangan pisahkan kasih kami Ya Allah....Kau hadirkan mereka padaku biarpun cuma haiwan tapi mereka punya hati dan perasaan setulusnya....izinkan aku menumpangkan kasih sayang mereka Ya Allah...tolong Ya Allah...tolonglah hamba-Mu ini Ya Allah." Putri rimba menangis hiba tanpa henti.

    KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
    10 Julai 2012

    MENCARI KUNTA KUNTE DI LAUTAN OMBAK RINDU

    Sudah tiga hari tiga malam pakar penyelam dari rimba niagara
    mencari kunta kunte tapi tak berjumpa.

    Putri rimba tidak putus-putus berdoa agar kunta kunte selamat dan dapat hidup bahagia semula. Dalam linangan air mata putri rimba tertidur.

    "Putri...kami dah jumpa mahkota itu ...tuan putri...dan kami ikut kata tuan putri supaya mahkota itu dipulangkan kepada mantan kekasih tuan putri itu dan kami redha sebagaimana tuan putri redha yang dia bukanlah Cinta Ketentuan-Nya untuk tuan putri. Maaflah kami tak dapat pulang...kerana kita sudah berada di alam lain....Percayalah kami sayangkan Tuan Putri....sayang kami hingga ke mati...betul tak kami kata hanya kematian memisahkan kita.....kalau tuan putr rindukan kami datanglah selalu ke pantai ombak rindu kami menanti tuan putri di sana ... kami nampak tuan putri tapi tuan putri tak nampak kami...jangan lupa bacakan kami puisi yang kami karangkan untuk tuan putri ya...
    Sampai kapan pun kami sayangkan tuan putri....love u forever n ever..."

    KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
    10 Julai 2012
    Yesterday at 10:59am · Like · 1
    20 hours a

    ADAKAH BENAR ATAU MIMPI ILUSI

    Salam sejahtera buat putri rimba yang kami sayangi
    Dunia akhirat...biar pun kita sudah berada di alam lain
    Kasih kita tetap abadi selamanya...

    Untuk pengetahuan putri rimba...
    Kami sekarang ini hidup di dasar lautan
    Kami diselamatkan oleh keluarga diRaja duyung
    Selepas berlaku pembedahan hati
    Di antara duyung dengan kami
    Kami telah berubah menjadi duyung yang cantik
    Secantik tuan putri
    Kami berada di kelahiran baru
    Di alam baru
    Kami berdua kembar seiras
    Kami di panggil
    Putri Mas Ayu dan Putri Mas Merah

    Betullah kata tuan putri rimba
    Kehidupan alam duyung
    Amat membahagiakan
    Saling sayang menyayangi
    Dan saling hormat menghormati di antara satu sama lagi
    Kehidupan di sini seperti kehidupan kita di Istana Rimba Niagara
    Kami saling bertukar-tukar cerita
    Amat mengujakan
    Mereka menceritakan kisah cinta
    Putera Duyung yang sungguh menyayat hati
    Dan kami melihat pusara Mas Merah
    Amat cantik di kelilingi dengan taman karang pelbagai warna
    Pusara tersebut tidak jemu-jemu didatangi oleh seluruh penghuni
    Lautan di seluruh benua lautan
    Mereka tak jemu-jemu mendoakan Mas Merah
    Dicucuri Rahmat Kasih dari Ilahi
    Mas Merah seakan bayangan Tuan Putri Rimba
    Watak Mas Merah sama dengan watak Tuan Putri Rimba
    Kami amat teruja mendengar kisah cerita Mas Merah
    Yang menjadi lagenda di alam duyung ini
    Kisah lagenda ini sudah melewati tiga ratus tahun yang lalu
    Sama dengan kisah lagenda alam kami
    Pengantin Raja Rimba dan Putera Sang Kuriang.
    Tuan putri nak tahu mereka amat teruja mendengar
    Cerita Tuan Putri Rimba Niagara...
    Memandangkan Tuan Putri Rimba adalah bayangan
    Ratu Mas Merah bintang legenda Percintaan Alam Duyung
    Mereka ingin menghadiah sebuah mahkota Mas Merah
    Yang telah mereka simpan 300 tahun dahulu
    Dan menurut pendeta duyung
    Sudah tiba masanya mahkota yang lama tersimpan
    Di serahkan kepada bayangan jelmaan Mas Merah
    Mahkotanya terlalulah sangat cantik Tuan Putri
    Buatannya penuh seni dan bersama mahkota itu nanti
    Dihadiahkan juga kalungan rantai bertahtakan berlian
    Hadiah dari putera duyung kepada Mas Merah
    Esok tuan putri rimba datang ke pantai ombak rindu
    Tempat tuan putri selalu duduk di atas batu dan di situ kami
    Akan letakkan mahkota dan kalungan bertahtakan berlian
    Hadiah istimewa untuk Tuan Putri Rimba dari alam duyung.

    Putri Rimba terjaga dari lenanya.
    Dia termenung memikirkan apa maksud yang tersirat
    Atas mimpinya itu. Adakah benar atau cuma mimpi ilusinya saja.

    KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
    12 Julai 2012

    HADIAH MAHKOTA DARIPADA KERABAT DIRAJA DUYUNG

    Putri Rimba pergi ke pantai laut ombak rindu
    Jantungnya berdegup kencang
    Langkahnya laju
    Serasa ingin terbang sampai
    Putri rimba percaya dengan mimpinya
    Kerana mimpinya bersangkut paut
    Dengan kasih sayang setulus hati
    Dan dia percaya pada suara hati
    Suara hati tak pernah menipu

    Dari jauh bermilauan menyilaukan
    Mata Putri Rimba Niagara
    Rupanya memang benarlah mimpinya
    Apa yang dikatakan oleh
    Putri Duyung Mas Ayu & Putri Duyung Mas Merah
    Putri Rimba menangis hiba sambil mengucup
    Mahkota dan kalungan bertahtakan berlian
    Hadiah dari kerabat diRaja duyung lautan

    Tiba-tiba kelihatan
    Putri Duyung Mas Ayu dan Putri Mas Merah
    Mereka berdua seiras cantik rupawan
    Tiada tandingannya

    Mereka berdua menghampiri Putri Rimba
    Yang duduk di batu
    Masih tergamam
    Apakah yang dilihat ini
    Cuma ilusi dalam mimpi atau realiti

    "Tuan Putri Rimba...ini kami...
    Kami rindu sangat-sangat pada Tuan Putri"

    "Apakah ini ilusi dalam mimpi?"

    "Tidak Tuan Putri ini realiti
    bukan mimpi bukan fantasi bukan angan-angan
    Mahkota dan kalungan rantai pemberian dari
    Kerabat diRaja duyung pun ada digenggaman
    Tuan Putri dan kehadiran kami di hadapan
    tuan Putri pun realiti....semuanya realiti Tuan Putri...
    Percayalah Tuan Putri bilama mana Allah cuma
    Berkata KUN FAYAKUN maka jadilah yang
    CINTA ILUSI DALAM MIMPI REALITI jadi realiti
    Dalam Kamus ROBBUL IZDZATII tiada yang
    Mustahil Semua-Nya Atas Kemahuan-Nya
    Yang Bijaksana."

    "SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR"

    "Tuan Putri berjanjilah dengan kami...setelah
    Ditabalkan menjadi Ratu Rimba Niagara pada 13 hb Ogos 2012
    Nanti jadilah Ratu yang memerintah Rimba Niagara penuh adil dan
    Saksama...jangan sekali rasa ujub riak kuasa mengaburi hati memerintah semata-mata ingin mendapat Redha Ilahi dan berkat nawaitu Tuan Putri yang ikhlas lagi suci murni itu...jangan lupa doakan kami dan seluruh penghuni lautan ini dapat hidup bersama tuan putri di Syurga ...kerana doa orang yang ikhlas ke jalan-jalan-Nya dimakbulkan Robbul Idzatii Insya-Allah Aamiin Ya Rabbal A'Lamin."

    "AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN"

    "Masih ingat kah lagi puisi yang kami karangkan untuk Tuan Putri Rimba ye..boleh bacakan untuk kami buat kali terakhirnya...dengan puisi ini jugalah kerabat diRaja Duyung mengatakan Putri Rimba adalah jelmaan Ratu Mas Merah yang wujud 300 tahun dahulu... makanya mahkota Ratu Mas Merah dihadiahkan kepada Tuan Putri Rimba dan kalung bertahtakan berlian itu adalah kalung pusaka Putera Duyung yang ingin dihadiahkan kepada Ratu Mas Merah di hari lamaran cintanya kepada Mas Merah. Cintanya tak kesampaian kerana Mas Merah mati tika mahu menyelamatkan nyawa Putera Duyung kekasih hatinya. Kami mendengar kisah cinta mereka sungguh tersayat hati kami Tuan Putri...Moga Tuan Putri diketemukan dengan cinta seperti Putera Duyung..yang setia rela nyawa jadi taruhan demi cinta sejati...berkahwin dengan puteri duyung pun atas permintaan terakhir Ratu Mas Merah. Antara Puteri Duyung dan Ratu Mas Merah tiada rasa cemburu dan tamak kasih sayang...masing-masing saling merelakan kerana mereka tahu cinta adalah Kurniaan dari-Nya yang harus diimani itulah adalah KETENTUAN TAKDIR CINTA DARI-NYA."

    KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
    12 Julai 2012

    HARI PERTABALAN PUTRI RIMBA MENJADI RATU RIMBA NIAGARA

    Istana Rimba dihias indah kerana seluruh penghuni rimba akan meraikan hari paling bersejarah di Rimba Niagara iaitu Pertabalan Putri Rimba Niagara sebagai Ratu Rimba Niagara. Dengan pertabalan itu nanti maka termetrilah sudah Ratu Rimba sebagai Ratu yang memerintah seluruh Rimba Niagara.

    Seluruh Penghuni Rimba menyambut berita ini dengan gembira dan berita gembira inilah yang ditunggu-tunggu sejak berkurun lamanya.

    Mereka semua bergotong royong untuk meraikan majlis paling bersejarah itu.

    Di hari tersebut Putri Rimba didandan indah oleh jurusolek yang terkenal dan pakaian Tuan Putri ditaja oleh seorang hamba Allah yang meminati ukiran daunan kasih Tuan Putri dan sentiasa menyokong Tuan Putri dari mula mengenali hingga ke akhirnya.

    Hari Pertabalan tersebut di adakan pada Tanggal 13 hb Ogos 2012.
    Semua mata tertumpu kepada Tuan Putri Rimba Niagara tika itu.
    Ketika mahkota di letakkan di atas kepala Tuan Putri Rimba Niagara
    bergema...ALLAHU AKHBAR ALLAHU AKHBAR ALLAHU AKHBAR

    Putri Rimba yang sudah bergelar Ratu Rimba Niagara tertunduk
    sambil menitiskan airmata. Ratu Rimba Niagara bertitah ...

    BismillahirRahmanirRahim
    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

    Kepada seluruh penghuni rimba yang beta kasihi dunia akhirat.
    Beta bersyukur ke hadrat Ilahi dengan pengurniaan ini kepada
    beta.

    Biarpun sudah ditabalkan menjadi Ratu untuk
    memerintah seluruh Rimba Niagara ini...beta tetaplah seorang
    hamba-Nya yang kerdil di Sisi-Nya.

    Beta ditabalkan menjadi Ratu di Rimba Niagara ini adalah atas Ketentuan Ilahi makanya beta terima dengan redha dengan harapan semoga beta dapat menjalankan tanggungjawab beta sebagai seorang Ratu yang bertanggungjawab kepada semua rakya di Rimba Niagara ini. Jika beta mengabaikan tanggungjawab beta sebagai seorang Ratu pasti di akhirat nanti beta akan ditanya oleh Allah Azzawajallah maka dengan ini beta merayu kepada seluruh penghuni Rimba Niagara memberi kerjasama kepada beta untuk melestarikan keamanan dan kemakmuran Rimba Niagara ini demi seluruh rakyat Rimba Niagara agar dapat hidup aman damai tenteram bahagia dalam Redho Ilahi berkekalan selama-Nya selagi ada bulan dan matahari. Aammin Ya Rabbal A'Lamin.

    Setelah Ratu Rimba Niagara habis bertitah bergemalah suara seluruh rakyat Rimba Niagara.

    DAULAT TUANKU RATU! DAULAT TUANKU RATU!
    DAULAT TUANKU RATU!

    KARYA: PUTRI RIMBA NIAGARA
    13 Ogos 2012
    24 Ramadan 1433H

    RATU RIMBA NIAGARA

    Boleh ku tanya tak?
    Silakan...
    Napa bukan putri lagi ratu pulak menyampah aku
    engkau selalu perasan engkau ini hebat sangatkan?
    detik hati aku
    rasa meluap-luap
    menyampah aku
    engkau tak cermin ke engkau tu sapa?
    tak punya apa-apa
    tak punya harta
    tak punya darjat
    dan tak ada layak langsung
    kalau aku layaklah semuanya ada
    keturunan raja, jelitawan,kebijaksanaan
    antara kau dan aku bagaikan langit dengan bumi
    ingatlah engkau tak punya apa-apa sedarlah diri kau tu siapa
    sebelum hendak menggelarkan diri Ratu
    sejujurnya aku tak suka dengar ok?

    Duhai kawan...
    aku sentiasa sedar diri aku siapa
    aku sentiasa cermin diri aku siapa
    yang tak punya apa-apa
    kerana aku lahir ke dunia ini pun tak punya apa-apa
    dan tika mati... cuma kain kafan aje dibawa pergi
    aku tak sesempurna hidup engkau
    yang semuanya sempurna
    engkaulah jelitawan
    engkaulah bangsawan
    engkaulah terpandai tiada terlawan
    semuanya tertawan
    Aku tak sehebatmu

    Aku bersyukur apa adanya
    aku bukan hendak sangat menjadi Ratu
    tapi itu adalah kehendak penghuni rimba
    mereka hendak aku menjadi Ratu Rimba Niagara
    atas amanat si kunta si kunte
    yang telah mati ditelan ombak rindu
    tika mencari mahkota Putri Rimba
    yang hilang di dasar lautan ombak rindu

    Mereka berdualah yang beria-ia
    sangat mengusulkan kepada
    seluruh penghuni rimba
    untuk melantik putri rimba
    sebagai Ratu Rimba Niagara
    semua penghuni rimba setuju
    dengan cadangan itu

    Duhai kawan...
    Jika dibandingkan dengan kasih sayang
    si kunta si kunte
    yang hidupnya sentiasa
    mahu aku bahagia
    mahu aku tersenyum
    mahu aku bersyukur
    mereka sentiasa menyokong
    dunia sasteraku
    yang kuukirkan
    di daunan kasih
    Rimba Niagara

    Tika mahu membeli mahkota
    mereka sanggup mencari
    pembeli daunan ukiran kasihku
    sepanjang mencari pembeli
    mereka sanggup dihina ditertawakan
    oleh manusia di luar sana mengatakan
    tiada siapa yang sudi membeli
    kerana ukiran daunan kasih Putri Rimba Niagara
    adalah dunia fantasi dan cuma angan-angan
    yang tak akan jadi realiti
    ukiran itu cuma omongan kosong
    yang tak ada apa-apa arti
    sesiapa yang membacanya

    Si kunta si kunte
    sanggup dihina dicerca oleh manusia di luar sana
    demi mempertahankan daunan ukiran kasih Putri Rimba
    mereka terus mencari dan mencari tanpa ada rasa putus asa
    siapakah yang sanggup membeli daunan ukiran kasih putri rimba
    di serata pelosok dunia tapi tidak juga yang sudi membelinya

    Kerana tidak mahu berputus asa
    akhirnya mereka berjaya mendapatkan seorang yang sanggup membeli
    ukiran daunan kasih dan dengan wang itu mereka dapat membeli
    mahkota putri rimba niagara
    tapi mahkota itu hilang ditelan ombak rindu
    ketika putri rimba sedang berlagu syair gurindam puisi
    ombak rindu menerjang putri rimba hingga hilang mahkota
    ditelan ombak rindu
    si kunta si kunte mencari mahkota itu
    setelah mencari mereka terus hilang hingga sekarang
    tak timbul-timbul

    Kalaulah aku tahu si kunta si kunte
    akan mati kerana ingin mencari mahkota
    aku rela mahkota itu hilang
    aku rela tak ditabalkan menjadi Ratu Rimba
    asalkan aku mendapat kasih sayang si kuna si kunte
    kerana kasih sayang mereka tiada ternilai
    jika hendak dibandingkan dengan
    bernilainya mahkota
    benilai darjat seorang ratu
    itu bukan yang aku dambakan
    yang aku dambakan kasih setulus hati kerana-Nya

    Kata si kunta si kunte
    mereka terlalu sayangkan aku
    nyawa mereka jadi taruhan demi kasihkan aku
    kalau boleh biarlah mereka yang mati dulu
    kerana mereka tak sanggup menanggung kesedihan berpisah denganku
    Masya-Allah itu yang membuat aku menangis
    aku katakan pada mereka
    kalau macam tu
    biarlah kita sehidup semati
    biarlah sama-sama mati
    baru senang hati
    tapi takdir Tuhan mesti diimani
    mesti redha atas ketentuan-Nya
    aku redha atas kematian si kunta si kunte

    Kerana aku terlalu cinta kasih sayang
    setulus hati kepada mereka
    yang mahukan aku menjadi Ratu Rimba Niagara
    agar terjaga keharmonian dan kedamaian Rimba Niagara
    makanya aku akur dengan penuh rasa kerdil di hadapan-Nya
    moga kau sudi faham kenapa aku
    terima pertabalan aku sebagai
    RATU RIMBA NIAGARA
    pada 13 Ogos 2012

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    13 Ogos 2012
    24 Ramadan 1433H
    Like · · Unfollow Post

    Adel Fadel likes this.

    (PETIKAN DARIPADA WALL RATU RIMBA NIAGARA)
    13 ogos 2012
    24 Ramadan 1433H

    MAHKOTA PUTRI RIMBA NIAGARA

    Tuan Putri semasa Tuan Putri ditabalkan menjadi Ratu Rimba Niagara
    kami penghuni rimba telah bermuzakarah untuk melantik tuan puteri
    sebagai ketua yang memerintah seluruh Rimba Niagara ini.

    Kami ingin membuat sendiri mahkota tuan putri yang tiada tandingannya
    dengan buatan manusia tapi memandangkan asal usul tuan putri manusia
    makanya kami hormat tuan putri agar kami juga mahu menyokong institusi
    diRaja yang akan dihidupkan semula oleh mereka yang faham betapa pentingnya
    Institusi diRaja pada rakyat sekalian....seperti kami ...biarpun kami haiwan dan
    boleh melantik di kalangan haiwan....tapi kerana semangat kami untuk
    menghidupkan institusi diRaja di kalangan manusia makanya kami lantik
    Tuan Putri.

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    13 Ogos 2012
    24 Ramadan 1433H

    GAGAH SETIA
    CINTA ILUSI DALAM MIMPI REALITI

    Duhai kawan yang baik budi...

    Dari usia remaja hingga ke usia senja
    Yang kupertaruhkan dalam hidupku
    Adalah kejujuran keikhlasan dan pengorbanan
    Sebab itu diriku adalah lilin
    Sampai akhir hayat pun tetap lilin
    Maka dari itu dengan apa yang kulalui ini
    Di sepanjang hidupku ini
    Aku muhasabah diri
    Diriku tetap insan yang tak sempurna
    Biarpun aku cuba sedaya mampu untuk
    Menjadi insan yang sempurna

    Tempat aku muhasabah diri
    Ada di Rimba Niagara ini
    Aku jumpa dengan dunia sebenarku
    Inilah dunia yang kuimpikan
    Biarpun pada pandangan mereka
    Cumalah fantasi dan angan-angan
    Tapi aku yakin dengan duniaku
    Kerana suara hati tak pernah menipu

    Di sini aku mendapat
    Kasih semurni hati
    Tanpa ada berpura-pura dalam berkata
    Kata-kata semanis gula
    Kata-kata seiring hati

    Kami selalu bercanda
    Tapi bercanda tiada menyakitkan
    Hati atau sengaja untuk menyindir

    Berkaryalah aku semahuku
    Mereka sentiasa memberi sokongan/dukungan
    Tanpa ada rasa iri hati

    Di Rimba Niagara ini
    Semakin hari semakin sayang
    Bukan semakin hari semakin benci
    Sekali tangan berjabat
    Tersimpul mati hingga ke mati

    Di Rimba Niagara ini
    Tiada yang rasa mementingkan diri sendiri
    Semuanya saling berkorban
    Biarpun nyawa jadi taruhan
    Demi keamanan dan kemakmuran Rimba Niagara
    Penghuninya bersatu hati
    Saling sokong menyokong
    Ke arah kecemerlangan hidup dunia dan akhirat
    Setiap bakat penghuni rimba dihargai
    Bukan jadi bahan cercaan dan penghinaan
    Kerana di sini tiada dengki mendengki
    Dendam mendendam
    Yang ada cumalah
    Kasih sayang semurni hati
    Merasakan esok berjumpa Robbul Idzatii
    Sebab itu pesona dunia
    Bukan matlamat kami
    Kerana matlamat kami
    Mahu hidup berkasih sayang dalam redha Ilahi
    Agar tenang roh dan jasad
    Setenang Air di Kali Syurga
    Insya-Allah berjumpa Tuhanpun dalam keaadaan tenang
    Kerana kami tahu Allah Robbul Idzati
    Mahu berjumpa hamba-Nya hanya yang berjiwa tenang saja

    Maka kami berazam selagi hayat ada
    Digunakan semaksima mungkin
    Untuk terus saling sokong menyokong
    Ke jalan-jalan yang di Redhai
    Sebagai bekalan di hari mati

    Makanya di Rimba Niagaralah
    Tempat igauanku dalam mimpi
    Yang kularikkan dengan tinta-tinta
    Kasih dan cinta kerana-Nya
    Biarpun sekadar mimpi ilusi
    Tapi ku yakin jika
    Allah Robbul Idzatii Berkata
    KUN FAYAKUN
    Maka jadilah
    CINTA ILUSI DALAM MIMPI REALITI
    Jadi realiti
    Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

    KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
    13 Ogos 2012

    (PETIKAN DARIPADA WALL RATU RIMBA NIAGARA)
    13 ogos 2012
    24 Ramadan 1433H



    TEATER BANGSAWAN DIRAJA, 'TUAN PUTRI RIMBA NIAGARA'

    PELAJARI TAUHID HATI TAWADHU

    Bercerminlah dengan hati agar serunai jiwamu benderang,
    Jika ingin menjadi Tuan Putri,belajarlah ratib cinta,
    Bacalah barzanji rindu,
    Pelajarilah tauhid hati tawadhu'
    Tolakkan pandanganmu ke sajaha bukan beza-membeza
    Remukkan congkakmu yang senantiasa merasa paling mahligai di antara tiang istana
    Dan jahit lidahmu yang selalu mengatasnamakan Tuhan untuk kesenanganmu agar
    dipuji khalayak dan para hamba
    Bakarlah kepalsuanmu berkali-kali
    Hingga jadikan abu untuk selimutmu

    Jika ingin jadi Tuan Putri,lihatlah perjuangan dan turunlah ke pasar juga ke pintu rumah sahaya
    Lebih dekatlah dengan sengsara dan bau keringat mereka
    Sadarkah?disaat engkau tertawa dan sedang meminum anggur nikmatmu-manusia yang sama
    denganmu di luar sana sedang sakratulmaut kerna kelaparan dan siksaan

    Belajarlah untuk hidup sebenarnya,bukan hidup dalam khayalan
    Dan berkembanglah bersama kehidupan
    Bukan sekedar hidup di bawah fanatik darah keturunan,
    Dengan tanpa melakukan apa-apa,
    Diri kita tidak pantas disebut sebagai Tuanku dan Tuan Putri

    Keanggunanmu bukan terletak pada kemilau wajahmu dan senyummu yang menipu
    Namun hatimu penuh bisa ular yang mengumbut akar
    Sedikit saja dilukakan,maka akan membakar dengan hingar bingar

    Jagalah bahasamu wahai Tuan Putri
    Sebab semakin banyak engkau bicara,semakin nampak siapakah dirimu sesungguhnya
    Kosong lompong atau berisikah...
    Kasihmu palsu atau asli nuranikah...
    Semua dapat terbaca dari tatanan bahasamu dan juga penyampaianmu

    Dunia tidak membutuhkan kata kata sahaja wahai Tuanku Putri
    Dunia dan insan membutuhkan huluran tangan serta tulus kasih yang ikhlas,

    Jika engkau datang orang merasa ringan-jika engkau pergi orang merasa berat,dan bukan sebaliknya

    Cinta dan perkara dunia,
    Bukan sekedar membutuhkan manis bahasa yang memuji langit
    Namun matamu tak pernah memandang derita bumi

    Berhentilah untuk menertawakan diri sendiri wahai Tuan Putri
    Kehinaan datang ketika rasa malu sudah hilang
    Janganlah gila terhadap pujian
    Dan jangan condongkan diri kepada angkuh
    Juga fanatik keturunan dan darah
    Perkara ini yang akan mengahncurkanmu perlahan-lahan
    Mati tiada diingat
    Ke kubur pun tiada dihantar
    Dan selama hidup menjadi beban
    Doa pun terlafaz;semoga engkau cepat kembali ke alam al gharbal
    Kehidupanmu hanya menyisakan luka buat orang lain
    Dan lidahmu adalah ancaman dimanapun kau berada

    Wahai Tuan Putri
    Menangislah kerna ketakmampuanmu melihat diri sebagai hamba yang khilaf dan dhoif

    Dan jika engkau ingin menjadi Tuan Putri bagi diriku juga bagi khazanah lainnya
    Dan jika ingin dimaknakan kehadiranmu dalam majelis cinta

    Maka,
    Bacalah ratib cinta
    Bacalah barzanji rindu
    Dan pelajarilah tauhid hati

    Jika kau sungguh-sungguh ingin dinamakan Tuan Putri

    By: Teungku Sayyid Deqy
    10 Mei 2012

    Putri Rimba Niagara:

    MOGA DI AKHIRAT NANTI KITA TIDAK SALING MENUNTUT
    ATAS MASALAH DUNIA YANG TIDAK MEMBAWA KE SYURGANYA

    Duhai putra
    Berwajah tampan berhati penuh wasangka durjana
    Setega itu kau melemparkan tuduhan padaku
    Mengatakan aku gilakan pujian?
    Muliakan sanjungan manusia...

    Apa yang kau tulis itu
    Sememangnya dengan niat busukmu itu ke aku
    Jika tidak benarnya itu
    Makanya Allah sahaja yang dapat membalas-Nya ke kamu

    Dan maafkan aku
    Sepanjang perkenalan kita
    Walaupun cuma di alam maya
    Tapi keperitan kata-katamu itu
    Jika benarlah apa yang kau tulis itu adalah aku
    Biar saja saat ini Allah mencabut nyawaku
    Kerna aku tak tega hidup sedemikian rupa
    Dilemparkan kata-kata nista yang durjana
    Daripada seorang putra diRaja
    Yang amat kusanjungi selama ini
    Yang kusangkakan penuh budi bahasa
    Tapi rupanya aku tertipu dengan
    Dengan lenggok bahasa istananya
    Yang membunuh kalbuku

    Selamat tinggal putra
    Maafkan segala kesalahan aku
    Sesungguhnya aku insan yang tidak
    Sesempurnamu yang baik segalanya...
    Moga Allah ampunkan aku
    Allah ampunkan engkau
    Agar di akhirat nanti
    Kita tidak saling menuntut
    Masalah seremeh ini
    Biarlah di dunia ini usainya segala masalah dunia
    Yang tak bisa bawa ke Syurga-Nya

    Maafkan aku duhai putra diRaja yang segalanya
    sempurna di mata manusia...

    Teungku Sayyid Deqy:

    MAAFKAN LISAN DAN QALBU DINDA

    Wahai kandaku yang jelita laksana bulan yanh ber sri
    Betapalah dinda terkejut dengan maklumat ini
    Dinda bagaikan terjatuh ke dasar palung
    Dan dinda sangatlah bingung

    Tiadalah maksud dinda menyampaikan perkara puisi ini
    kepada kanda yang berhati mulia
    Kanda adalah seorang putri yang dinda junjung tinggi kemuliaannya
    Sangatlah pantang Pengiran Pasai berkata demikian kepada Daulat Tuanku Putri Rimba Niagara yang mulia,
    Kanda tiadalah mempunyai kesilapan dengan dinda...
    Manalah berani dinda mengatakan ini kepada kanda...
    Maafkan dinda oh puteri yang cantik jelita,yang berukir berkeliwang,
    Yang syahdu yang merindu
    Yang indah bagai suasa,yang mulia bak emas yang beratnya beratus ratus kati,
    Yang mahligainya bak minyak kesturi yang berkelindan sepenuh hari,
    Yang indah rupawan bak penunggang kuda yang berpelana suasa,berkerah kencana,yang kelimau bagai ziil,yang berintan laksana sulaiman dan ratu balqis

    Wahai kandaku yang sedang merajuk hatinya
    Maafkan lisan dan qalbu dinda yang amat lancang dan gancang ini
    Namun sungguh,tiada sekalipun maksud dinda mencambuk hati kanda dengan amaran luka ini

    Tolong jangan campakkan dinda di panas mentari
    Sehingga putuslah tali silahturrahmi

    Semoga kandaku tuan putri yang jelita ini,
    Masih mahukan daku menjadi ubat penyejuk hati

    Kepada Sang Dewi yang indah tak terperi...
    Kanda Tuanku Putri Rimba Niagara...

    Putri Rimba:

    YA ALLAH JANGAN KAU AMBIL NYAWAKU

    Duhai putra ku yang pandai berbicara lantang...
    Tahukah engkau saat ini aku menangis kesedihan
    Betapa aku emengnya lupakan siapa aku sebenar
    Iye ...apa yang kau katakan itu benar...
    Aku yang bersalah...
    Aku yang menafikan kesalahan aku
    Aku memang gilakan sanjungan
    Aku memang gilakan pujian

    Ya Allah...jangan Kau ambil nyawaku
    Berilah aku peluang untuk menebus kekhilafanku
    Agar aku dapat perbaiki segala yang tidak sempurna

    Terima kasih putra
    Kerna kau udah menyedarkan aku
    Aku yang berkasar dengnanmu
    Maafkan kesalahan aku ye...

    Aku janji denganmu akan menjadi
    Tuanku Putri idaman rakyat
    Tuanku Putri idaman mu putra...
    Itu pun kalau kau sudi
    Kalau tak sudi nggak apa-apaan putra....
    Kerana ramai lagi putra-putra di luar sana
    Udah menantiku
    Kerna aku sudah menjadi
    Putri pujaan semua

    Duhai dinda macam mana jadi tak lakonan kanda ini ye...
    Tak lama lagi siaplah skrip bangsawan DiRaja untuk dipentaskan
    Panggung Bangsawan MERAK KAYANGAN...

    Agak-agak dinda datang tak jika PANGGUNG BANGSAWAN DIRAJA INI DIPENTASKAN nanti ye....sekarang ini kanda sedang menyiapkan skrip...dan kalau dinda bisa bantu kanda mencarikan pengarah untuk mengarahkan teater bangsawan ini amat-amatlah dialu-alukan. Kanda di sini mencari yang sudi menaja kos bangsawan diRaja ini...apa pendapat dinda ye....

    Teungku Sayyid Deqy:

    O peri merak yang mengangsa suasa merah durgha,
    Dindalah yang cemas akan kemarahan kanda ke kubah pasai ini,
    Takutlah kami para pengiran dan juga para hulubalang akan bencana
    yang dikirim dari niagara ini
    Tiada lagi yang dapat kami persiapkan,
    Kecuali pasrah dan mengharap belas kasihan

    Ratu yang berceropak lukisan merak,yang berbedil perak,yang wajahnya ibarat kuntum sulastri,yang bulu matanya laksana busur panah sultan sultan sulaiman,lentik mengungkai angin dan bintang lithaya,yang rambutnya harum sedap malam,yang puntirnya bak ikal mayang bergelombang,yang jika ia berjalan cemburulah bidadari,yang ia tersenyum maka runtuhlah cahya mentari,yang jika ia bernyanyi,maka berdesirlah seruling malaikat,yang jika ia duduk,anggunnya seperti ratu sheeba.

    Tiadalah pantas tuan putri meminta maaf kepada dinda
    Biarkan dinda yang memohon dimuka seribu tangga,
    Tuk mengharap redha dari tuanku putri yang kharisma

    Oh merak kahyangan yang diutus raja sekalian alam
    Maafkan lisan dan qalbi yang telah melukai majelis cinta ini
    Dinda telah lancang dalam mengutarakan perasaan ini
    Hingg terlukalah tuanku putri niagara

    Atas nama pengiranku yang dikodratkan masa
    Dan atas durjanaku sebagai pemuda
    Mohonmaaf dari dinda kepada kandaku yang tercinta

    Kanda...cantik sekali lakonan kita ini.hingga buat rakan kita bingung dan menyangka kita berkelahi kanda.hahahaha...padahal kita sedang berpentas ria di pentas merak kahyangan para bangsawan ini.hahaha..terimakasih ye kanda.karakter kanda kuat sangat.hingga buat dinda kelabakan...

    Teungku Sayyid Deqy:

    Subhanallah..kanda lagi menggarap teater ya?kapan dipentaskan ye kanda...dinda ingin sekali datang dan menyaksikannya.jika waktunya pas dan dinda punya waktu luang sekalian dinda mau silahturaahmi kepada kerabat yang ada di johor.insyaallah dinda banti carikan pengarahnya.apakah judulnya kanda dan apa yang akan diceriterakan dipanggung bangsawan diraja ini???...

    Putri Rimba:

    Nanti kanda fikirkankan tajuknya ya dinda...bagi penonton ngak berganjak walau seinci pun! hehehehe biar sampai mereka menangis menonton bangsawan diRaja ini....heheheh

    Teungku Sayyid Deqy:

    Kanda: iya kanda.kita buat pentatonik (penjiwaannya) dengan maksimal ye kandaku...biar punya kesan dan pesan yang selalu membekas dihati...

    KARYA: PUTRI RIMBA NIAGARA & TEUNGKU SAYYID DEQY)
    12 Mei 2012
    (DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN INDONESIA 17 AGUSTUS 2012/MALAYSIA 31 OGOS 2012)
    10 Ogos 2012
    21 Ramadan 1433H
    (PETIKAN DARIPADA WALL RATU RIMBA NIAGARA)
    16 Ogos 2012
    27 Ramadan 1433H
    · 

    (DISIARKAN DI WALL SULTAN HASSANAL BOLKIAH & PRINCE ABDUL MALIK & RATU RIMBA NIAGARA , RAJA NOR JAN SHAH, ANAKANDA PUTERA RAJA BONGSU, WARISAN KELANTAN , WANGSA MAHKOTA SELANGOR, KESULTANAN JOHOR, KESULTANAN KELANTAN, GRUP SRI PEMANGKU ADAT & GRUP MAJLIS PANGKUAN DIRAJA KESULTANAN MELAYU ISLAM NUSANTARA & PANGERAN KAMARUDDIN HAJI YUSOF SANI, KESULTANAN INDRAPURA, KESULTANAN MATARAM, KESULTANAN SIAK, PERKUMPULAN KRATON NUSANTARA, KRATON NUSANTARA, SULTAN BROTOWIJOYO YUSODIPURO, KEDATON KRATON WAHYU UTAMA & TENGKU SHAWAL TENGKU AZIZ & KRATON KERAJAAN SURGA PESONA DUNIAMAYA, SASTRA MATARAM, KHAIRUDDIN AL YOUNG II GRUP PAGUYUBAN KELUARGA PAHLAWAN INDONESIA ,PANGERAN ITOE OELY'X , KHAI NOOR (KERABAT DIRAJA JEMBAL) , LT KOL AHMAD TAJUDDIN , LAKSAMANA PENDEKAR TEMASEK, LEFTENAN ADAM SAKEENAH, PANGLIMA PERANG,  SANG HELANG, BADAR AL -AHMAD, ARJUNA AKMALIAH,ANDI ASPAR ARUNG DIDI, DEN MAT MANGKUBUMI)

    29 Mac 2013
    (PETIKAN DARIPADA SKRIP NOVEL PUISI CINTA DEMI-NYA)
    30 Mac 2013
    TEATER BANGSAWAN DIRAJA RATU RIMBA & HULUBALANG RIMBA NIAGARA

    RATU RIMBA & HULUBALANG RIMBA

    Pada suatu hari si Monggel merayap-rayap di lereng bukit. Si Monggel hendak ke kemuncak bukit. Dia ingin membuktikan kepada kawan-kawannya bahawa dia akan berjaya mendaki bukit yang tinggi walaupun dia cuma seekor kura-kura yang hodoh.
    Sampai di pertengahan bukit si Monggel terjatuh. Nasibnya sungguh malang kerana cita-citanya untuk sampai ke kemuncak bukit gagal.
    Si Monggel tidak dapat bangun. Dia cedera parah. Cengkerang nya pecah.
    “Tolong! Tolong!” jeritnya dalam kesakitan.

    Secara kebetulan Noni dan Mona sedang bersiar-siar di situ menghirup udara nyaman.
    “Eh! Engkau dengar tak suara meminta tolong?” tanya Noni kepada Mona.
    “Iyelah… suara itu di bukit sana!” jawab Mona.
    “Mari kita pergi tengok?”
    “Aku tak mahulah, kalau engkau nak… kau pergilah,” kata Mona lalu beredar dari situ.
    Noni pergi mencari-cari di manakah arah suara yang meminta tolong. Alangkah terperanjatnya dia apabila didapati seekor kura-kura cedera parah.
    “Kasihannya… baik aku tolong rawat lukanya,” kata hati kecil Noni.
    “Aduh! Sakitnya!” jerit Monggel apabila Noni mencabut cengkerangnya.
    “Maafkan aku cengkerang kau ni dah pecah, aku terpaksa menanggalkannya,” kata Noni sambil mengambil sehelai daun lalu ditutup luka yang terdedah.
    Noni membawa Monggel di sebuah gua. Noni tinggal bersama rakannya Mona.
    “Siapa yang kau bawa ni Noni? Eh! Gelinya aku tengok lukanya tu, nak loya aku,” kata Mona dengan sombongnya.
    “Dia perlukan bantuan kita. Biarlah dia berehat di sini sementara lukanya sembuh. Kau jaga dia sekejap ya… aku nak panggil doktor.”
    “Eh! Engkau ni buang masa aku aje. Lebih baik aku bersiar-siar daripada menjaga si hodoh ni,” kata Mona.
    “Engkau ni… memang tak boleh tolong sikit. Ini hari dia mlang… esok mana tahu kita pulak? Jadi kita harus tolong menolong,” nasihat Noni.
    “Engkau ni memang dari dulu lagi suka tolong kawan. Engkau susah ada ke kawan-kawan tolong?”
    “Aku menolong kawan bukanlah harapkan balasan. Tak macam engkau, ada ubi ada batas, ada hari pasti dibalas.”
    “Zaman sekarang ni… kalau tak harap balasan…hai sampai bilapun menanggung rugi.”
    “Malas aku nak layan kau ni! Dari dulu lagi asyik dengan ego kau aje. Baik aku pergi panggil doktor.”
    Noni pergi memanggil doktor untuk merawat Monggel.
    “Lukanya parah… kalau tidak dirawat, dia akan lumpuh buat selamanya.”
    “Habis macam mana untuk meyelamatkannya?” tanya Noni.
    “Untuk tumbuhkan semula kulit cengkerangnya, sedikit bulu biri-biri kau tu hendaklah ditampalkan ke kulit yang luka,” jelas doktor Marina seekor monyet betina yang mempunyai ijazah kedoktoran.
    “Berilah saya tempuh dua hari untuk saya berbincang dengan kawan saya.”
    “Kalau kamu sudah buat keputusan datanglah ke klinik saya. Saya harap jangan terlalu lama, dikhuatiri kura-kura ini akan mati nanti.”
    “Baiklah doktor.”
    Malam itu Noni berbincang dengan Mona.
    “Mona aku nak minta tolong dengan kau sikit boleh tak?”
    “Cakap ajelah!” kata Mona.
    “Begini… aku sebenarnya hendak mendermakan bulu aku kepada kawan kita yang malang ni, tapi aku tak boleh berikan kerana bulu-buluku tidak akan tumbuh semula malah akan mengidap sakit kulit yang berpanjangan. Apa kata kau derma sedikit bulu kau tu kepadanya?”
    “Kau sedar ke apa yang kau cakap ni?” tengking Mona.
    “Tak boleh ke kau berkorban sedikit demi seorang kawan? Kau takkan rugi kalau kau berbuat baik sesama kita.”
    “Walau apa pun yang kau kata, aku tetap dengan keputusan aku, jangan haraplah aku nak derma, walau sehelai bulu pun,” kata Mona dengan sombongnya.

    Noni kecewa dengan sikap tamak sahabatnya Mona yang sedikitpun tidak rasa belas kasihan terhadap si Monggel yang malang itu.

    Walaupun terpaksa menahan kesakitan yang amat sangat dan terpaksa menanggung sakit kulit yang berpanjangan, Noni mendermakan sedikit bulunya kepada si Monggel.
    Setelah luka yang ditampal dengan bulu biri-biri, si Monggel kian hari kian sembuh. Dia boleh berjalan semula. Cengkerangnya tumbuh semula tetapi lebih cantik daripada dahulu. Kalau dahulu warnanya kehitaman tetapi sekarang berwarna kelabu seperti warna bulu si Noni.
    “Wah! Sekarang kau dan sihat dan cengkerang kau pun dah tumbuh semula. Bertambah cantik dari dulu,” kata Noni dengan penuh gembira.

    “Kalau tak kerana engkau, aku tak sesihat dan secantik ini Noni,” kata Monggel mengingatkan tragedi malang yang menimpanya dahulu.

    Semenjak Monggel sihat dan cantik barulah Mona ingin berkawan dengan Monggel.

    “Monggel mari kita pergi bersiar-siar di rimba sana. Hari ni ada pesta besar-besaran. Semua penghuni rimba bersuka ria,” kata Mona dengan suara yang lembut.
    “Tak boleh aku dah janji dengan Noni, nan temankan Noni pergi menziarahi saudaranya yang sakit,” kata Monggel.

    “Ala… biarlah dia pergi sendiri. Pergi tengok keluarganya sakit bukannya seronok… pergi pesta lagi seronok dapat bersuka ria.”

    “Betul juga kata kau tu.”
    “Jom kita pergi.” Mereka berdua pergi tanpa memberitahu Noni.

    Semua yang hadir di pesta memuji Mona kerana bertuah memiliki Monggel yang cantik. Pujian yang melimpah ruah membuatkan Mona dan Monggel lupa daratan.

    Mereka berdua hendak berpindah ke gua lain kerana tidak mahu tinggal bersama Noni yang mengidap sakit kulit.
    “Kau juga nak pindah Monggel?”Tanya Noni menahan sebak di dadanya.
    “Siapa nak tinggal dengan engkau? Nanti penyakit kulit kau tu menjangkit dengan kami pulak!” kata Monggel penuh angkuh.

    “Betul kata engkau tu Monggel.”
    “Engkau tahu tak Monggel kenapa aku jadi macam ni? Kerana nak menyelamatkan nyawa engkau. Aku sedih! Kecewa! Ini rupanya balasan engkau terhadap aku akhirnya. Kau tahu masa kau sakit dulu, adakah si Mona yang cantik ni menolong engkau? Aku tak sangka, begini rupanya budi kau terhadap aku!” Noni menangis semahunya.
    “Ah! Jangan layan si gila ni, mari kita pergi!” kata Mona. Mereka berdua pergi meninggalkan Noni yang dalam kesedihan dan kesakitan.

    • * * ************
    Tersebutlah kisah seekor biri-biri berbulu emas tersesat di sebuah gua. Gua itu tempat tinggal Noni.
    “Hai kawan… boleh aku tumpang berteduh di sini?”
    “Boleh apa salahnya.”
    “Kau ni macam tak sihat je? Kau sakit ke?” Tanya biri-biri berbulu emas sambil mendekati Noni.
    “Jangan dekati aku! Nanti kau menjangkit,” kata Noni dengan nada lemah.
    “O…rupanya kau sakit kulit. Sakit kau ni dah teruk? Kenapa kau biarkan?”
    “Aku ubat macam mana pun tak akan sembuh.”
    “Bukankah setiap penyakit itu ada penawarnya? Kau ni terlalu cepat putus asa…belum usaha lagi sudah mengalah.”
    “Engkau fak faham kawan, sakit kulitku ini disebabkan aku langgar pantang larang nenek moyangku iaitu bulu biri-biriku tidak boleh di potong tapi kerana hendak menyelamatkan nyawa kawanku, aku korbankan sedikit buluku untuk menyembuhkan penyakitnya.”
    “Sungguh baik hati engkau… mana perginya kawan engkau yang bertuah tu?”
    “Dia dah pindah dari sini.” Noni menangis tidak dapat menahan sedih yang bukan kepalang.
    “Tak patut dia buat kau macam tu… sepatutnya dialah yang menjaga dalam keadaan engkau yang sakit macam ni? Engkau ni nampak kurus… kau tak makan ke?”
    “Aku terpaksa berlapar kerana aku tidak dapat mencari rezeki. Aku tak boleh terkena pancaran cahaya matahari. Nasib baiklah ada sahabatku sang tupai dialah yang bermurah hati memberiku makanan, biarpun dia sendiri juga susah. Apabila dia dapat rezeki lebih… dia beri lebih, budinya tak dapat hendak kubalas.”
    “Beruntung kau dapat kawan sebaik Sang Tupai. Zaman sekarang ni… susah hendak cari kawan macam dia. Dah berapa lama kau menanggung sakit ni?”
    “Baru enam tahun.”
    “Enam tahun kau kata baru?”
    “Iyelah hidup aku di gua, apa terjadi di luar rimba sana aku tak tahu.”
    “Kasihan kau kerana nak menolong kawan, kau yang menanggung derita.”
    “Salah kah aku berbuat baik sesama kita?”
    “Salah tak salah tapi sampai diri sendiri merana susahlah, lagipun sahabat yang kau tolong tu tak mengenang budi. Kawan… kerana kejujuranmu sudikah kau menjadi sahabatku? Aku suka berkawan macam kau ni. Dah lama aku mencari kawan yang jujur dan berhati mulia,”

    “Aku tak sangka…aku yang berpenyakit ni, ada yang sudi nak berkawan denganku,” kata Noni terharu dengan pengakuan kawan yang baru dikenalinya.

    Mulai hari itu biri-biri berbulu emas bersahabat baik dengan Noni. Biri-biri emas bermurah hati mendermakan sedikit bulu emasnya kepada Noni yang mengidap sakit kulit akibat melanggar sumpah.
    “Kau tak rasa rugi ke menderma bulu mu yang cantik?”
    “Aku suka menderma kerana semakin aku menderma semakin cantik buluku.”

    Semenjak menerima bulu sahabatnya itu penyakit yang dihidapi oleh Noni beransur sembuh. Yang anehnya bulu Noni turut bertukar menjadi warna emas seperti warna sahabatnya.
    “Marilah kita bersiar-siar, lagi pun kau dah lama tak keluar dari gua ni tentu sekali kau rindukan kehijauan rimba dengan cahaya matahari,” kata biri-biri emas.
    Ketika mereka hendak keluar, datang Sang tupai membawa makan untuk Noni.
    “Sugi… kau tak kenal aku lagi ke?” Tanya Noni.
    “Kau siapa?”
    “Takkanlah sahabat baikmu kau tak kenal?”
    “Aku manalah ada sahabat secantik dan sewangi engkau? Setahu aku sahabat setiaku hanyalah Noni. Ha… ini makanan yang aku bawakan untuknya. Dah empat hari aku tak datang… kasihan dia.”
    “Kenapa kau tak datang?”
    “Tempat biasa yang aku cari makan telah terbakar disebabkan kelalaian manusia membuang putung rokok ke rimba. Mujurlah semua penghuni rimba bergotong royong memadamkan api,kalau tidak habislah rimba ini terbakar dan penghuni rimba mati terbakar, kelaparan dan tak ada tempat mencari makan. Sungguh kejam manusia ni. Mereka tidak langsung mempunyai perasaan kasihan belas kepada penghuni rimba. Mereka tak tahu ke yang kita ni sebahagian daripada hidup mereka. Tanpa kehadiran kita tidak lengkaplah hidup mereka. Kalaulah kita bermuafakat untuk membuat serangan kepada mereka tak sampai satu hari matilah mereka,” kata Sang tupai panjang lebar.

    “Tak sangka saya awak ni mempunyai pemikiran yang tinggi tapi bagaimana penghuni rimba nak serang manusia dalam masa satu hari?” sampuk biri-biri emas.
    “Senang saja kitakan mempunyai pelbagai jenis. Ada yang ganas, besar, kecil, berbisa waima sebesar hama pun.”
    “Bagaimana mereka nak buat?”
    “Si Harimau boleh menerkam, si ular mematuk, si monyet boleh membaling, si gajah boleh memijak … itu belum termasuk jenis kecil,” jelas tupai sungguh-sungguh.
    “Manusia mempunyai senjata canggih… boleh ke kamu melawan mereka, aku rasa kita yang musnah,” kata Noni ingin menduga sejauh mana kepintaran sahabatnya Sang Tupai.
    “Sebelum senjata canggih mereka meusnahkan kita, kawan-kawan kita si tebuan, unggas, kumbang kecil masuk ke lubang telinga manusia. Aku yakin kalau kita muafakat kepada semua penghuni rimba tidak terkecualipun dalam sekelip mata saja manusia akan mati. Tapi kita ada rasa pertimbangan dan kita tidaklah sezalim mereka.”

    “Yelah kau ni memang bijak tak sangka aku selama ini sang tupai sebijiak ini. Bertuah aku mempunyai sahabat seperti kau. Idea kau tu memang boleh diguna pakai dan jika manusia masih lagi tidak mahu mengubah sikapnya untuk memusnahkan kita, kita akan bertindak. Mereka ingat mereka bijak tapi kita lebih bijak daripada mereka,” kata Noni penuh semangat.

    “Cuba kau terus terang dengan aku kau ni siapa sebenarnya? Kau macam kenal aku je?” Tanya Sang tupai kehairanan.
    “Kan aku dah kata tadi ….aku ni Noni sahabatmu.”
    “Aku tak percayalah.”
    “Iye Sugi… dialah Noni sahabat setiamu…” kata biri-biri emas lalu menceritakan apa yang telah terjadi.
    “Sekarang baru aku percaya, Noni syukurlah kau dah sembuh dan secantik ini pulak. Tuhan sudah memakbulkan doaku,” Sugi menangis kegembiraan.

    Hari itu mereka bertiga bersiar-siar, menikmati kehijauan dan kedamaian rimba hingga ke petang. Tiba-tiba mereka terdengar suara meminta tolong.

    “Sugi … kau dengar tak suara tu… aku rasa aku pernah dengar,” kata Noni.
    “Iyelah tak silap aku suara itu…. suara si Monggel. Kenapa dia ya… macam suara menahan sakit aje… mari kita pergi tengok.”
    Mereka terperanjat apabila mendapati Monggel mengalami cedera parah. Cengkerangnya yang cantik itu pecah. Dia menangis kesakitan.
    “Kau Sugi… tolonglah aku Sugi, aku tak boleh bergerak lagi.”
    “Sekarang baru nak minta tolong? Mana kawan kau Mona?”
    “Dia dah lari… dia tidak mahu berkawan dengan aku. Barulah aku tahu siapa dia sebenarnya. Masa aku gagah dan cantik, dia sukakan aku tapi bila aku dit mpa kesusahan dia lari. Inilah balasan yang aku terima, aku bersikap zalim terhadap Noni. Aku biarkan dia hidup dalam kesusahan sedangkan dia bersusah payah kerana hendak menyelamatkan nyawaku,” rintih Monggel.
    “Itulah kau tak tahu membalas budi… sekarang terimalah akibatnya,” sampuk biri-biri emas.
    “Kau ni sapa?”
    “Akulah sahabat Noni.”
    “Kau tahu tak kerana hendak menyelamatkan engkau, dia menderita menanggung sakit selama enam tahun hanya mengurungkan diri di dalam gua. Mujurlah ada Sugi, dialah mencari makanan untuk Noni. Kalau tidak… tak tahulah apa akan jadi pada Noni. Tak sangka aku, kau sezalim itu.”
    “Iye… aku memang zalim padanya sebab itulah aku dihempap batu besar sebagai membalas kezalimanku.” Monggel menangis tersedu-sedu tanda keinsafan.
    “Noni yang sejak tadi mendengar perbualan mereka tidak dapat menahan sebak di dadanya. Dia menangis sambil menghampiri Monggel.
    “Monggel aku maafkan engkau.”
    “Engkau siapa?”
    “Aku Noni.”
    “Noni?” Tanya Monggel terperanjat.
    “Iye…aku sahabat setiamu… yang sudah… sudahlah, buang yang keruh ambil yang jernih. Mari kurawat lukamu itu. Biarkan kujahit lukamu dengan benang kasihku,” kata Noni dengan penuh kasih sayang.
    “Aku tak mahu! Tak mahu! Budimu yang dulu pun belum aku balas.”
    “Setiap budi yang kuberi bukanlah harap balasan, yang penting kau dapat menerimaku sebagai sahabat dunia akhirat.
    ”Begitu tinggi budimu Noni.” Monggel menangis keinsafan.
    Monggel dibawa ke gua. Luka Monggel dirawat. Noni mendermakan bulunya kepada Monggel bagi menggantikan cengkerangnya yang pecah. Mereka bertiga bergilir-gilir menjaga Monggel.
    Hari demi hari luka Monggel sembuh dan cengkerangnya mula tumbuh tetapi cengkerang yang tumbuh tidak secantik dulu , hodoh dan menggerunkan sesiapa yang melihat.
    “Maafkan aku Monggel, aku tak sangka cengkerang kau jadi hodoh macam ni.”
    “Tak apalah Noni, nanti kalau cantik aku lupa diri, ini pun aku bersyukur kerana cengkerangku tumbuh semula, dapat juga aku melindungi daripada bahaya yang datang.
    “Baguslah kau dah sedar,” kata Sugi
    “Sekarang kita berempat menjadi sahabat baik. Mulai hari ini … kita akan tinggal di gua ini, kita akan mulakan hidup baru,” kata biri-biri emas.
    Hari yang cerah itu mereka berempat bersiar-siar meredah rimba hinggalah sampai di sebuah istana.
    “Itulah Istana Raja Rimba. Di istana itulah ada Puteri Arnab yang bernasib malang.”
    “Puteri Arnab? Bernasib malang… kenapa?”
    “Ceritanya begini. Puteri Arnab merupakan puteri yang cantik jelita. Bukan saja cantik …dia mempunyai sifat penyayang. Dia suka membantu penghuni rima yang bernasib malang. Di atas kebaikannya semua penghuni rimba sukakannya. Mereka menggelarkan Puteri Arnab, “Ratu Rimba” tetapi malang sikapnya itu dicemburui oleh Raja Rimba, dia menuduh Puteri Rimba ingin merampas kuasanya dengan menjadi Ratu Rimba.
    Untuk mengelakkan Puteri Arnab menjadi ratu segala gerak geri Puteri Arnab disekat. Puteri Arnab menghadapi tekanan yang amat sangat… dia bukanlah hendak menjadi ratu…memadailah menjadi ratu di hati penghuni rimba,” cerita biri-biri emas.
    “Kasihan aku mendengar cerita Puteri Arnab. Hatinya sungguh baik. Biarpun Raja Rimba menghalangnya menjadi ratu tapi bagiku dialah ratu yang dinanti-nantikan oleh penghuni rimba. Kau boleh tolong aku tak?”
    “Boleh apa dia?” tanya biri-biri emas.
    “Aku nak potong buluku ini dan jahitkan sehelai baju untuknya. Baju ini nanti hendak kuhadiahkan kepadanya, aku tahu Puteri Arnab perlukan semangat. Setidak-tidaknya baju ini nanti dapat memberikan semangat kepadanya untuk berhadapan dengan penghuni rimba yang sudah hilang keyakinan terhadapnya. Mungkin Raja Rimba telah memburuk-burukkan nama Puteri Arnab.
    “Kau tak menyesal?”
    “Demi Puteri Arnab aku rela, kau carilah tukang jahit yang terkenal.”
    “Baiklah,” kata biri-biri emas.
    Tidak sampai satu minggu , baju yang hendak dihadiahkan kepada Puteri Arnab siap .
    “Monggel boleh kau tolong aku?” Tanya Noni.
    “Boleh.”
    “Kau tolong sampaikan hadiah ini kepada Puteri Arnab.”
    “Tapi istana itu dikawal ketat.”
    “Aku boleh bawakan kau Monggel,” jawab Sugi.
    “Macam mana?”
    “Sungguh pun aku kecil tapi aku kuat. Engkau janganlah takut. Boleh kita berjumpa Puteri Arnab.
    “Engkau agak Puteri Arnab tu… takut tak dengan aku? Iyelah siapa yang tengok cengkarang aku ni…pasti cabut lari.”
    “Aku agak Puteri Arnab tak macak tu, dia sayangkan semua penghuni rimba, tidak kira siapapun mereka. Kau percayalah cakap aku.
    “Bila kita nak pergi?”
    “Malam nanti selamat sikit sebab pengawal-pengawal di istana mengantuk.”

    Malam itu Sugi dan Monggel Berjaya masuk ke dalam istana.
    “Puteri Arnab… Puteri Arnab… bangun patik datang ni,” bisik sugi ke telinga Puteri Arnab yang sedang lena tidur.
    “Kamu ni siapa?” tanya Puteri Arnab dengan nada yang lembut.
    “ Patik Sugi, ini kawan patik Monggel.”
    Puteri Arnab menyalam tangan Sugi dan Monggel sambil tersenyum.
    “Selamat berkenalan, bertuah patik dapat berkenalan dengan ratu kami Puteri Arnab,” kata Monggel dengan gembiranya.
    “Silakan duduk… tentu kamu berdua penat.” Puteri Arnab menuangkan air ke dalam cawan.
    “Jemputlah minum.”
    “Terima kasih ,” kata Monggel dan Sugi Serentak. Mereka meneguk air.
    “Maafkan patik kerana mengganggu Puteri Arnab. Sebenarnya patik datang ke sini mempunyai hajat yang besar,” kata Monggel.”
    “Apa hajatnya tu?”
    “Sahabat patik Noni minta sampaikan hadiah ini kepada Puteri Arnab. Harap Puteri Arnab sudi menerimanya.”
    “Terima kasih banyak-banyak, beta ucapkan terima kasih kepada sahabat kamu tu. Tak sangka beta dalam saat-saat beta bersedih begini, ada yang sudi memberi hadiah pada beta,” kata Puteri Arnab terharu bercampur gembira yang amat sangat. Hadiah itu dibuka. Alangkah terperanjat apabila didapati sehelai baju bulu biri-biri emas yang sangat cantik.
    “Cantiknya …siapa nama sahabat kamu?”
    “Noni… kata Noni apabila Tuan Puteri pakai baju ni dapatlah membangkitkan semula semangat Tuan Puteri kepada penghuni rimba. Cubalah pakai.”
    Sugi dan Monggel terperanjat apabila mendapati Puteri Arnab hilang daripada pandangan setelah memakai baju hadiah daripada Noni.
    “Di mana tuan Puteri?”
    “Beta di sini? Kamu tak nampak beta tapi beta nampak kamu berdua.” Puteri Arnab ketawa gembira. Dia menanggalkan semula baju ajaib itu.
    “Ha… ini pun tuan Puteri!” jerit Monggel. “Ajaib sungguh Tuan Puteri.”
    “Iyelah sekarang beta boleh keluar dari istana ini.”
    “Kalau macam tu marilah kita pergi dari sini segera.”
    Puteri Arnab memakai semula baju ajaib. Dengan serta merta dia hilang daripada pandangan mata. Dia mengekori Sugi dan Monggel.
    Tiba-tiba suatu perkara yang tidak diingini berlaku.
    Sugi dan Monggel telah berjaya ditangkap oleh pengawal istana. Mereka dimasukkan ke penjara bawah tanah.
    “Macam mana kita nak keluar ni?” kata Puteri Arnab cemas.
    “Berdoalah semoga kita selamat,” kata Sugi sambil memandang Monggel.
    “Esok pagi kita akan dihadapkan kepada Raja Rimba,” kata Puteri Arnab.
    “Walau apapun terjadi Tuan Puteri jangan menampakkan diri.”
    “Tapi beta tidak sanggup melihat kamu dianiayai.”
    “Tuan Puteri jangan risaukan kami, yang pentingnya tuan Puteri selamat dan dapat keluar dari sini. Di luar istana penghuni rimba di serata pelosok dunia menantikan kedatangan ratu mereka. Mereka rindukan Ratu Rimba mereka.”
    Pagi itu Sugi dan Monggel dihadapkan ke Raja Rimba.
    “Berani kamu menceroboh di istana beta?” tengking Raja Rimba. Sugi dan Monggel hanya mendiamkan diri. “Kamu tahu tak apa hukumnya penceroboh istana? Kamu berdua akan dipancung tapi beta akan lepaskan kamu jika kamu beritahu apa sebenarnya tujuan kamu ke mari?”
    Monggel dan Sugi saling berpandangan.
    “Cakaplah nanti kamu akan dilepaskan,” bisik Puteri Arnab ke telinga Sugi dan Monggel. Monggel dan Sugi menggelengkan kepala. Kerana kedegilan mereka Sugi dan Monggel dihukum pancung. Matilah Sugi dan Monggel. Puteri Arnab menangis kesedihan kerana melihat pengorbanan Sugi dan Monggel.
    Mayat mereka berdua yang dicampakkan ke dalam gaung telah selamat disemadikan. Puteri Arnab meminta kerjasama daripada ular sawa untuk mengambil mayat Sugi dan Monggel.
    Pusara mereka disemadikan di lereng bukit. Jasa mereka dikenang sebagai Hulubalang Ratu iRimba. Bertaburan bunga-bunga di kubur mereka. Kubur mereka sentiasa wangi.
    “Kubur siapa di lereng bukit tu?” tanya Noni kepada Sang Kancil.
    “Itulah kuburHulubalang Ratu Rimba. Sudah seminggu dikebumikan.”
    “Mari kita pergi tengok kubur Hulubalang Ratu Rimba. Bertuah mereka mati sebagai pahlawan. Tentu jasa mereka besar terhadap warga rimba,” kata Noni kepada sahabatnya biri-biri emas.
    Alangkah terperanjatnya Noni apabila didapati kubur itu adalah kubur Sugi dan Monggel. Berdekatan dengan batu nehsan Puteri Arnab sedang bertafakur.
    “Kenapa kamu menangis? Wahai arnab ?” tanya Noni.
    “Macam mana beta tak menangis, mereka berdua sanggup menggadaikan nyawa untuk menyelamatkan beta,” kata Puteri Arnab dengan nada yang hiba.
    “O… inilah Puteri Arnab?” tanya Noni.
    “Iye… kamu siapa?”
    “Patiklah Noni dan ini sahabat patik Saiful.”
    “Jadi…kamulah Noni yang men ghadiahkan pada beta baju ajaib itu?”
    “Patik sungguh terhutang budi kepada mereka berdua kerana telah berjaya menyampaikan hasrat patik, walaupun nyawa mereka sendiri tergadai,” kata Noni penuh terharu.
    “Sebab keberanian mereka itulah semua penghuni rimba menggelar mereka, Hulubalang Ratu Rimba Niagara."

    Karya: Ratu Rimba Niagara
    12 Disember 2012
    Like · · Unfollow Post · December 14 at 11:21pm

    Tengku Shawal Tengku Aziz likes this.
    (PETIKAN DARIPADA WALL PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
    28 Disember 2012
    Like · · Promote
    (PETIKAN DARIPADA WALL SULTAN HASSANAL BOLKIAH)
    15 Rabiualawwal 1424H
    27 Januari 2014M

    (PETIKAN DARIPADA NOVEL PUISI CINTA DEMI-NYA )
    30 Mac 2013
    1Like ·  · Promote · 

    www

    0 comments:

    Post a Comment

     
    ;