Saturday, 30 March 2013

KOLEKSI NOVEL PUISI CINTA DEMI-NYA (165) IKRAR NENEK MOYANG NUSANTARA DITERUSKAN OLEH ANAK CUCU NUSANTARA (Part1)


Friday, 29 March 2013 0 comments






  • TEATER BANGSAWAN DIRAJA RATU RIMBA & HULUBALANG RIMBA NIAGARA

    RATU RIMBA & HULUBALANG RIMBA




  • DARJATKU ADALAH KEMULIAANKU
    PAYUNGKU ADALAH MAHKOTAKU
    PERAHUKU ADALAH PERJUANGANKU
    SEMUANYA BERMATLAMATKAN MAHU PULANG
    KE PANGKUAN ALLAH SWT DALAM JIWA DAN ROH YANG TENANG AAMIIN.

    Like ·  ·  · 20 hours ago



  • INDAHNYA PELAYARAN DISERIKAN DENGAN 1001 PURNAMA MALAM
    SUBHANALLAH CAHAYA SEGALA CAHAYA CAHAYA DARI ALLAH SWT
    AAMIIN.

    Like ·  ·  · 20 hours ago



  • berjuang mencari kemenangan, bersyukur mencari kerahmatan, berpasangan mencari kebahagiaan, maka Wangsa Bugis Melayu seharusnya berjuang demi mencapai impian dan cita-cita dalam kehidupan di dalam Dunia ini, wassalam.
    By Sri Pemangku Adat

    Like ·  ·  · 20 hours ago



  • JIKA ALLAH KEHENDAKI SEMUA-NYA BOLEH KUN FAYAKUN

    Sri Pemangku Adat pakaian askar Bugis, sundang, tombak, baju besi, topi besi, penagkis besi, amin.

    Sri Pemangku Adat penagkis itu untuk askar biasa bagi golongan Bangsawan Karaeng ia berlembang dua ekor naga manakala sundang berkepala garuda emas, dan tombak bermata dua, amat mesteri peralatan perang yang ada dalam simpanan jika orang biasa-biasa ingin mengangkatnya ia tidak terangkat mudah dan memerlukan 4-5 orang baru boleh tetapi yang berdarah Karaeng boleh angkat hanya dengan sebelah tanggan saja, allah hu akbar, sekadar informasi maaf,amin.

    Ratu Rimba Niagara SUBHANALLAH BAGI ALLAH SEMUA-NYA BOLEH JIKA DIA KEHENDAKI
    KUN FAYAKUN.

    (PETIKAN DARIPADA WALL GRUP SRI PEMANGKU ADAT)
    30 Mac 2013

    Like ·  ·  · 20 hours ago
    • HARTA PANGKAT ILMU TIDAK MENGABURI IMANNYA UNTUK MEMAKAI PAKAIAN KESOMBONGAN ITULAH PRINSIP AKADEMI KOMUNITI

      Ratu Rimba Niagara Adakah ini wajah sebenar Akademi Komuniti ye...kalau ye salam kenal ya..

      Sri Pemangku Adat ini bukan wajah Akademi Komuniti, beliau lebih kacak dan bergaya dari itu, gambar itu sebenar ialah seorang rakannya pensyarah dari negara Thailand, iaitu rakannya, wassalam.

      Ratu Rimba Niagara Maknanya Tuan Sri Pemangku Adat ...sudah kenallah dengan Akademi Komuniti ye...kalau kenal siapa namanya ye...dan dia seorang penyarah juga ke? sekadar ingin tahu saja...

      Sri Pemangku Adat ya, beliau adalah dari keluarga bangsawan adat karaeng, wassalam.

      Ratu Rimba Niagara makasih atas penerangan serba sedikit tentang akademi komuniti...barangkali sifatnya yang suka merendah diri
      biarpun keluarga bangsawan. itulah jiwa seorang karaeng.

      Sri Pemangku Adat ya, beliau juga seorang terpelajar dari Amerika Universiti dalam bidang master kepimpinan, undang-undang dan itulah serba sedikit yang andika tahu, amin.

      Ratu Rimba Niagara Subhanallah biarpun punya ilmu yang tinggi tapi masih merendah diri..
      Allahu Akbar moga Allah swt menambahkan ilmu dunia akhirat padanya..Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.
      HAMBA YAKIN PANGKAT ILMU GELARAN HARTA TIDAK SAMA SEKALI MENGABURI IMANNYA UNTUK MEMAKAI PAKAIAN KESOMBONGAN.
      MOGA HIDUP MATINYA DILIMPAHI RAHMAT DARI ALLAH SWT AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.

      (PETIKAN DARIPADA WALL GRUP SRI PEMANGKU ADAT)
      30 Mac 2013

      Like ·  ·  · 20 hours ago



    • HAMBA YAKIN PANGKAT ILMU GELARAN HARTA TIDAK SAMA SEKALI MENGABURI IMANNYA UNTUK MEMAKAI PAKAIAN KESOMBONGAN.
      MOGA HIDUP MATINYA DILIMPAHI RAHMAT DARI ALLAH SWT AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.

      Like ·  ·  · 20 hours ago



    • PINGAT PERWIRA

      You, Sri Pemangku Adat, Andi Aspar Arung Didi and 2 others like this.

      Sri Pemangku Adat pingat jasa perwira, amin.

      Ratu Rimba Niagara PERWIRA SENTIASA DIHARGAI DAN DIKENANGI JASANYA.

      (PETIKAN DARIPADA WALL GRUP SRI PEMANGKU ADAT)
      30 Mac 2013

      Like ·  ·  · 20 hours ago



    • PAHLAWAN BUGIS PENCINTA SYAHID-NYA

      You, Sri Pemangku Adat, Andi Aspar Arung Didi and 2 others like this.

      Sri Pemangku Adat pahlawan Bugis zaman dahulu,amin.
      Wednesday at 11:12pm · Unlike · 4

      Ratu Rimba Niagara BENAR PERKASA! PAHLAWAN BUGIS TAK TAKUT MATI DEMI MEMPERTAHAN AGAMA BANGSA DAN NEGARA!
      MOGA DIMASUKKAN KE DALAM ROH-ROH SHYAHID. AAMIIN.

      (PETIKAN DARIPADA WALL GRUP SRI PEMANGKU ADAT)
      30 Mac 2013

      Like ·  ·  · 20 hours ago



    • PAHLAWAN GENERASI BUGIS DULU KITA DAN AKAN DATANG

      You, Sri Pemangku Adat, Andi Aspar Arung Didi and 2 others like this.

      Sri Pemangku Adat pakaian askar Bugis, pingat tentera, pahlawan Bugis semasa dahulu, wassalam.

      Ratu Rimba Niagara PAKAIAN ASKAR, PINGAT PAHLAWAN BUGIS SENTIASA MENJADI SEMANGAT PERJUANGAN PAHLAWAN GENERASI BUGIS PADA MASA INI DAN AKAN DATANG INSYA-ALLAH
      AAMIIN.

      (PETIKAN DARIPADA WALL GRUP SRI PEMANGKU ADAT)
      30 Mac 2013

      Like ·  ·  · 20 hours ago

    • Menjempun rakan-rakan fb yang berminat untuk mempelajari kadeah dan cara-cara menjadi PEMIMPIN dalam KOMUNITI

      NOTIS PENGUMUMAN:

      Akademi Komuniti telah menubuhkan Kumpulan AKADEMI KEPIMPINAN KOMUNITI pada hari ini 26/03/2012 sesudah ia mendapat restu dari Penasihat/Penaung iaitu YTM Sri Pemangku Adat maka, kepada sesiapa sahaja individu-individu yang berminat untuk mempelajari kaedah dan cara-cara kepimpinan yang akan dikirim terus paparannya melalui facebook ini kepada ahli kumpulan ini, adalah dijemput menyertainya untuk dimasukkan sebagai AHLI KUMPULAN hanya dengan memberi tanda "Like" dalam kenyataan Notis Pengumuman ini.

      Gambar ini hanyalah sekadar informasi sahaja;


      Unlike ·  ·  · March 26 at 5:46pm

    • DEWAN ISTIADAT SAORAJA ADAT KARAENG (DISAKA):

      Di Malaysia, seseorang individu Wangsa Bugis Melayu akan menggunakan NAMA pada KAD PENGENALAN (Identity Cad – IC) mengikut namanya yang sebenar manakala, nama dalam Adat Karaeng akan menggunakan NAMA GELARAN seperti, contohnya;

      ABU BAKAR BIN ALI – Nama pada kad pengenalan; atau pun, contohnya; TENGKU ABU BAKAR BIN ENGKU ALI – Nama pada kad pengenalan atau apa jua nama, seseorang itu dan ia tidak sama sekali mempengaruhi darjat dan status dalam Adat Karaeng sebab, ianya berdasarkan kebolehan, kepakaran, kemahiran dan kebijaksanaan individu masing-masing; manakala nama gelaran adat seperti beberapa contoh, berikut;

      DAENG ABU BAKAR IBNI DAENG ALI – Nama pada gelaran adat; atau

      DAENG ABU BAKAR IBNI KARE ALI – Nama pada gelaran adat; atau

      KARE ABU BAKAR IBNI KARE ALI – Nama pada gelaran adat; atau

      KARAENG ABU BAKAR IBNI DAENG ALI – Nama pada gelaran adat; atau

      KARAENG ABU BAKAR IBNI KARE ALI – Nama pada gelaran adat; atau

      KARAENG ABU BAKAR IBNI KARAENG ALI – Nama pada gelaran adat; atau apa jua nama gelaran dikurniakan dan sebaliknya nama-nama gelaran ini, adalah mengikut darjat-darjat dan status seseorang individu itu dalam tiga (3) tingkat berikut:-

      1. KARAENG : RAJA atau BANGSAWAN atau golongan TENGKU, ENGKU, RAJA, WAN, UNGKU atau yang setarafnya.

      2. KARE : ULAMAK atau TOKOH RELIGA atau golongan GURU AGAMA, KADI, IMAM atau PENDETA, MAHAGURU, PENDEKAR atau golongan AHLI MAGIS seperti BOMOH, PAWANG atau yang setaraf dengannya.

      3. DAENG : Kalangan PENGUSAHA, BENDAHARA, LAKSAMANA, TEMENGGUNG, PENGHULU BENDAHARI, SYAHBANDAR, BENTARA, PANGLIMA atau yang setaraf dengannya.

      Maka semua pemberian gelaran itu akan dibuat dalam Adat Istiadat Sri Karaengan. Seseorang individu akan diberi gelaran, apabila menyempurnakan syarat yang termaktub dalam Adat Karaeng. Justeru itu, adalah sukar bagi orang ramai untuk mengenali mereka melainkan, kelompok adat ini yang mengenali mereka. Gelaran di atas hanya untuk golongan lelaki walau bagaimanapun, ada juga gelaran untuk perempuan.

      Gambar ini sekadar informasi sahaja;

      Unlike ·  ·  · March 27 at 11:08pm

    • Photo

      Unlike ·  ·  · March 27 at 11:08pm
  • PENDEKAR MELAYU BERJIWA LAKSAMANA HANG TUAH!

    Melayu hina melayu,
    Takkan kubiarkan;
    Kerana aku jiwa melayu,
    Kusahut segala cabaran.

    Melayu sentiasa hidup,
    Takkan kubiarkan diinjak-injak;
    Kerana kumahu bangsa ku terus hidup,
    Makanya bangsaku mestinya bijak.

    Pendekar melayu pantang dicabar,
    Turun ke gelanggang berbekalkan ilmu;
    Di gelanggang ini setapak pun takkan kuundur,
    Biar kepahlawanan melayu satu dunia tahu.

    Sedikit ilmu badan binasa,
    Akan kusahut cabaranmu itu;
    Bertulangkan besi beruratkan suasa,
    Satu lawan satu aku sedang menunggu.

    Satu lawan satu itulah anak jantan,
    Pukulan maut takkan ku gentar;
    Ayuh! Maju cepat kita berlawan,
    Biar apa terjadi jangan undur.

    Pendekar melayu tak mudah mengaku kalah,
    Ayuh yakin pada dirimu sendiri;
    Ingat pesanan guru jangan mengalah,
    Kerana pendekar melayu tak takut mati.

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    29 Mac 2013

    KERIS MENJADI SAKSI BISU HEBATNYA PERTEMPURAN!

    Keris menjadi saksi bisu
    hebatnya pertempuran mu duhai keris
    kehebatan mu di gelanggang pertempuran di akui sejak berzaman
    kau sentiasa dikenang sepanjang zaman
    kau sentiasa di hatiku
    kan ku perjuangkan kepahlawananmu
    hingga ke titisan darah terakhir
    biarpun nyawaku jadi taruhan
    agar kau mengerti
    yang aku cintakan mu
    selagi nafas ku ada
    lambang cinta
    lambang setiaku
    padamu keris....
    yang tak pernah jemu
    mencintaimu
    untuk mempertabatkanmu
    agar dicintai juga anak bangsa
    sejak zaman berzaman

    Karya Ratu Rimba Niagara
    29 Mac 2013

    KERIS LAMBANG KEPAHLAWANAN MELAYU

    Keris lambang kepahlawanan melayu,
    Keris juga lambang kekuasaan Kesultanan Melayu;
    Kepahlawan dan kedaulatan sultan tak pernah layu,
    Akan di pertahankan hingga ke titisan darah terakhir generasi melayu.

    Tak akan hilang melayu di dunia,
    Itulah sumpah Laksamana Hang Tuah;
    Kepahlawanan melayu terkenal di serata dunia,
    Berbangga menjadi bangsa melayu di bumi bertuah.

    Ilmu persilatan diminati sejak dahulu,
    Diperturunkan hingga ke generasi baru;
    Bersama mempertahankan kedaulatan kesultanan melayu,
    Akan dibanggai sehingga ke anak cucu.

    Pahlawan melayu sudah terbilang,
    Kepahlawanannya demi agama bangsa dan negara;
    Ilmu persilatan tak akan hilang,
    Akan diperturunkan dengan semangat yang membara.

    Salam silaturrahim salam kepahlawanan,
    Kepada semua pejuang bangsa yang tersanjung di hati;
    Kukagumi kalian kerana semangat perjuangan,
    Yang tak jemu berbakti dan menabur budi.

    AKU BERSYUKUR KERANA AKU MELAYU

    Aku bersyukur karena aku MELAYU
    Aku redho karena aku MELAYU
    Aku gembira karena aku MELAYU
    Aku bangga karena aku MELAYU
    Kerana aku cuma mendengar satu saja bangsa yang
    tak akan hilang di dunia yaitu BANGSA MELAYU ( Kata Wakil Anak Melayu Seluruh Dunia)

    Takkan hilang melayu di dunia,
    Ini sumpah pahlawan Hang Tuah;
    Melayu bersatu bermuafakat bersama,
    Itulah matlamat pewaris Hang Tuah.

    Berjuang tetaplah berjuang jua,
    Pantang undur sebelum berjuang;
    Kepahlawanan melayu terkenal di serata dunia,
    Gagahnya pahlawan terus gilang-gemilang.

    KARYA: RATU RIMBA NIAGARA)
    29 Mac 2013

    SKRIP HANG JEBAT & HANG TUAH ERA MODEN

    HANG JEBAT :

    Apa salahnya kita bermaaf-maafan...
    kalau kubunuh kau sia-sialah perjuanganku selama ini membela kau.

    HANG TUAH :

    Ya...betul katamu Jebat...
    kita bermaaf-maafan demi rakyat dan Raja kita.
    Aku tak mahu menjadi rakyat yang derhaka!
    Aku tak mahu menjadi sahabat yang tak mengenang budi!
    Nanti kukabarkan kepada Raja bahawa kau dan aku adalah rakyat yang setia ...
    Apa yang terjadi selama ini adalah cuma salah faham saja angkara fitnah.
    Raja pasti boleh terima apa yang kukatakan.

    HANG JEBAT:

    Betul ke Tuah.

    HANG TUAH :

    Raja sekarang Raja berjiwa rakyat. Sayangkan rakyat dan negara melebihi kepentingan sendiri.
    Begitu juga rakyat sayangkan Raja dan negara melebihi kepentingan sendiri.

    HANG JEBAT:

    Kalau begitu ayuh kita pergi mengadap Sultan.

    HANG TUAH :

    Sultan pasti gembira mendengar kabar berita ini.
    Barulah kita tidak rasa bersalah hingga ke mati.
    Tiadalah sesal di hati baik Raja, rakyat dan generasi akan
    datang pastinya semua gembira kerana tidak akan hilang melayu di dunia!

    HANG TUAH/HANG JEBAT:

    DAULAT TUANKU!DAULAT TUANKU!DAULAT TUANKU!

    RAJA:

    SAYANG RAKYAT!

    Karya: Ratu Rimba Niagara
    29 Mac 2013

    AKU TAK MAHU MENJADI PENDERHAKA RAJA

    "Raja adil raja disembah...Penderhaka Raja mesti kubunuh!"
    "Engkau pengampu Raja...apa yang engkau dapat? Kurniaan diRaja!"
    "Bukan itu yang aku mahukan...cuma aku mahu menjadi rakyat yang setia...setia kepada Raja."
    "Setia...sebelum berkuasa bolehlah! Dah berkuasa tengok...rakyat ditindas?"
    "Bedebah! Bukan Raja yang menindas rakyat tapi pemerintah !Engkau tahu tak? Tak akan rakyat hendak menindas rakyat..."
    "Kalau pemerintah menindas rakyat mana buktinya?"
    "Buktinya engkaulah yang menafikan kedaulatan diRaja!!!"
    "Kedaulatan diRaja? Macam mana tu?"
    "Pemerintah mengiktirafkan institusi diRaja...rakyat pun aman ."
    "Kenapa engkau kata macam tu?"
    "Sebab tiada Raja tiada negara tiada negara tiada rakyat ...ada rakyat ada pemerintah kerana rakyat adalah pemerintah...."
    "Engkau ini cakap berbelit-belit bikin aku nggak faham!Cakap bikin aku faham bisa nggak?"
    "Senang cerita lah...sebab apa aku kata rakyat itu pemerintah...siapa yang memilih pemerintah?
    "Rakyatlah!"
    "Pandaipun engkau....makanya pemerintah itu rakyat...rakyat itu pemerintah...makanya rakyat perlukan Raja yang adil barulah negara jadi sempurna...ada negara ada rakyat ada rakyat ada Raja..."
    "Itu macam kah...baru aku faham....betul kata engkau .....kalau macam ini tak jadi gaduhlah...kita bisa jadi kawan boleh nggak?"
    "Tentulah boleh...sebab engkau tidak jadi penderhaka...aku suka."
    "Hehehehehe"
    "Sukalah tu!"
    "Pastilah suka...."
    "Kenapa suka?"
    "Perjuangan kau sudah tercapai"
    "Maksud engkau?"
    "Engkau sudah berjaya menyedarkan aku makanya aku tak mahu lagi jadi rakyat penderhaka kepada Raja."
    "DAULAT TUANKU!DAULAT TUANKU!DAULAT TUANKU!"

    Karya RATU RIMBA NIAGARA
    29 Mac 2013

    KEPAHLAWANAN MELAYU BAGAIKAN LAKSAMANA HANG TUAH

    PULAU RUPAT INDAH PERMAI
    SANGKAR BESI SIBURUNG ELANG
    KALAU MAKRIFAT SUDAHLAH SAMPAI
    PENDEKAR TAK MATI DITENGAH GELANGGANG
    By: Zairi Erie

    Ratu Rimba Niagara:

    MARILAH KITA BERPADU AGAR BANGSAKU MEGAH!

    Aku anak melayu...
    Engkau anak melayu
    Tapi aku pantang melayu hina bangsa melayuku sendiri
    Makanya marilah kita ke tengah gelanggang
    Beradu kepahlawanan melayu
    Kerna pendekar melayu tak akan mati di tengah gelanggang...

    Engkau janganlah bersandiwara...
    Engkau kata engkau anak melayu
    Apa bukti engkau sokong melayu?
    Ada anak bangsa engkau
    Yang engkau bela?
    Bilang sama aku?
    Mana buktinya?
    Aku pantang orang pandai berkata-kata
    Tapi tak mahu buktikan!!!!

    Apa kuasa aku mahu aku buktikan?
    Engkau yang patut buktikan...
    Engkau yang ada kuasa
    Kenapa engkau tak gunakan kuasa engkau itu
    Engkau leka dengan pujian pangkat engkau
    Dengan kuasa yang engkau ada
    Engkau kumpul sebanyak mana harta yang engkau mahu
    Engkau hendak bawa harta engkau ke kubur ke?
    Hingga lupa tanggungjawab engkau kepada anak bangsa!!!

    Ciss bedebah engkau...!!!
    Aku kumpul harta kerna itulah matlamat aku...
    Engkau yang dengki khianat dengan aku....!!!!

    Yang engkau ambil itu bukan kepunyaan engkau!
    Harta rakyat...hak rakyat....!!!!
    Apa engkau tak rasa bersalah?
    Kerna engkau tak rasa bersalah ....
    Marilah kita bertarung tenaga....
    Baru tahu engkau berkuasa atau aku yang berkuasa...

    Ciss anak melayu pantang dicabar!!

    Ciss! Bedebah engkau masih lagi mengaku anak melayu!!!
    Tapi pengkhianat bangsa sendiri....!!!!

    PULAU RUPAT INDAH PERMAI,
    SANGKAR BESI SI BURUNG ELANG;
    KALAU MAKRIFAT SUDAHLAH SAMPAI,
    PENDEKAR TAK MATI DI TENGAH GELANGGANG.

    KEPERKASAAN MU PAHLAWAN AKU MENGALAH,
    KEKUATAN MU BAGAIKAN LAKSAMANA HANG TUAH;
    ENGKAU MEMBUATKAN AKU MENGAKU KALAH,
    MARILAH KITA BERPADU AGAR BANGSAKU MEGAH.

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    31 Ogos 2012

    JADILAH RAJA YANG UTAMAKAN RAKYAT
    MELEBIHI KEPENTINGAN SENDIRI

    Teungku Sayyid Deqy

    Ibu...
    Maafkan putramu...
    Aku sedang berada di titik nadir hidupku,
    Aku sedang terbuang dan terhina oleh dunia ini,
    Namun...mengapa aku pun tersisihkan dari hatimu?
    Semua ini sungguh membuatku lemah,

    Ibu kusayang...
    Putramu hanya ingin istirahat sejenak di rumahmu...
    Izinkanlah dihari-hari terakhirku ini,
    Dan ketika kuberpulang pada NYA, aku dalam hangat pelukanmu.

    By: Teungku Sayyid Deqy

    Ratu Rimba Niagara:

    Duhai nanda putra kesayanganku...
    Napa nanda berkata demikian rupa
    Hancur lulur hati bunda
    Sebak hati bunda ...
    Adakah selama ini bunda abaikan kasih sayang bunda...
    Katakan putra kesayangan bunda...
    Puluhan tahun bunda mendidik dan membesarkan nanda
    Tidak cukupkah kasih sayang bunda pada nanda selama ini....
    Bukan kasih sayang saja yang bunda berikan pada nanda
    Malah nyawa bunda pun sanggup jadi taruhan demi nanda tercinta...
    Jika pelukan bunda ini boleh menenangkan jiwa nanda
    Marilah ke mari bunda dodoikan gurindam dan syair
    Yang selalu bunda dendangkan semasa nanda bayi lagi...

    "Duhai putra bunda tersayang...
    Buah hati bunda pengarang jantung bunda
    Bunda kasih ...bunda sayang sangat-sangat...
    Tidurlah lena...jangan nakal-nakal...
    Besar nanti jadilah anak yang soleh lagi beriman
    Jadi Raja yang utamakan rakyatnya daripada kepentingan sendiri...
    Jadilah Raja yang adil Raja yang pemurah
    Raja yang ingin hidup mencari jalan-jalan redhoNya
    Nanda diberi darjat yang tinggi bukan untuk membangga diri
    Tapi adalah amanah yang akan dipertanggungjawabkan...
    Makanya jadilah Raja yang disayangi rakyat bukan dibenci rakyat
    Ingatlah pesanan bunda ini nanda...
    Bunda sangat-sangat sayang pada nanda
    Nandalah saham dunia akhirat bunda
    Tiada bunda nanti di dunia ini
    Kirimkan doa untuk bunda jangan dilupakan
    Itulah tanda kasih sayang nanda pada bunda...
    Di pintu Syurga bunda menantimu penuh kerinduan..."

    Masihkah nanda ingat dengan gurindam yang bunda dendangkan
    padamu ? Inilah gurindam yang ditiup suburkan dijiwamu agar
    terpasak dalam sanubarimu nanda...

    Makanya jangan nanda berkata seolah ingin pergi dulu daripada bunda....
    Memanglah kita tidak tahu siapa yang pergi dulu....
    Tapi biarlah bunda yang pergi dulu...
    Nanda muda lagi dan tenaga nanda masih segagah pahlawan perkasa...
    Bunda dalam usia begini sudah terlalu uzur dan lemah ....
    Cumanya semangat saja yang menguatkan bunda meneruskan
    Pengembaraan di dunia ini....
    Makanya bunda berharap sangat Tuhan panjangkan usia nanda...
    Bunda doakan Allah SWT sentiasa memberi kekuatan pada nanda
    Untuk meneruskan perjuangan bunda dan nanda bahagia ....
    Justeru jangan ragui cinta dan kasih sayang bunda pada nanda lagi...
    bunda kasih dan sayangkan nanda dari dunia ini di bawa hingga ke SyurgaNya....
    Aaamin Ya Rabbal A'Lamin

    Ikhlas daripada:

    Bunda Permaisuri Rimba Niagara
    Malaysia
    1 April 2012

    (KARYA TEUNGKU SAYYID DEQY & RATU RIMBA NIAGARA)
    29 Mac 2013

    Like ·  ·  · Friday at 9:38pm

  • DEWAN ISTIADAT SAORAJA ADAT KARAENG (DISAKA):

    SIRI' NA PACCE apa maksudnya itu?

    Gambar ini sekadar informasi sahaja;
    DEWAN ISTIADAT SAORAJA ADAT KARAENG (DISAKA):

SIRI' NA PACCE apa maksudnya itu?

Gambar ini sekadar informasi sahaja;

    Unlike ·  ·  · Thursday at 12:03am
    • Tetta Garangcing Daeng Magassing A,,I,,,U..Paengtengi siri'nu nanu Pakalompo paccenu,,nasaba alla ta'ala barakka
    • Andi Aspar Arung Didi subahanallah..mantapki anjo saudaraku karaeng malabbirikku tetta garangcing daeng magassing..nia kana.siddi..ana bungkona sitti amina sa'ribattanna sittipatima,bombong paramatana linawa rappo2 sibatunna ahera salama,battu ri kanangku iangta bassung inakke tommi ni arenga karaeng sayanga ribega ilanga ri tahun...tabe maraja karaengku..tetta garangcing daeng magassing..tabe saudaraku..
      Thursday at 11:16am via mobile · Like · 1
    • Ratu Rimba Niagara BERSABAR MELAYU ADA HADNYA

      Bersabar melayu ada hadnya,
      Jangan sampai pasir masuk ke mata;
      Bumi bertuah ini melayu yang punya,
      Melayu jangan dipandang sebelah mata.

      Melayu jangan dipandang sebelah mata,
      Melayu setia pada ketua yang setia;
      Jika ketua berpaling tadah buruk padahnya,
      Kerna melayu takkan biarkan bermahaja lela.

      Dari dulu hingga sekarang,
      Melayu terkenal dengan kepahlawanannya;
      Pahlawang melayu nampak je garang,
      Tapi hatinya murni membela bangsanya.

      Dengan keris yang terhunus ini,
      Telah bersumpah pahlawan melayu;
      Bangsa melayu akan dibela sepenuh hati,
      Rela mati demi membela nasib melayu.

      Pergi aku menuntut ilmu persilatan
      Ingin berguru pendekar handalan;
      Ayah Muz maha guru persilatan,
      Kegagahannya tiada tandingan.

      Muridnya ramai tak terkira,
      Semuanya sudah menjadi pahlawan;
      Bergelar pahlawan rasa gembira,
      Membela nasib melayu itu diperjuangkan.

      Pahlawan bukan hendak menunjuk hebat,
      Tapi kerana membela nusa dan bangsa;
      Laksamana Hang Tuah sememangnya hebat,
      Telah bersumpah melayu takkan hilang di dunia.

      Maka dari itu ayuhlah semua pahlawan melayu,
      Bangkitlah dengan semangat baru;
      Jangan biarkan dizalimi bangsa melayu,
      Barulah aman dunia melayu.

      By: Ratu Rimba Niagara
      28 Mac 2013
    • Andi Aspar Arung Didi hehehehe..mantap tuan pu3 ratu rimba niagara..adooiihhhh..senyum yg manis hatiku bergetar ,bulan dan bintang menjadi saksi ,padi kutanam tunbu ilalan mataku ini sulit kupejamkan ahahaha..
    • Ratu Rimba Niagara napa pula sulit untuk dipejamkan ye...lihatlah bulan mengambang nanti di sana ada wajahku senyum padamu...hehehe
  • PASUKAN ISTANA

    MAKASSAR, 9/3 - PASUKAN ISTANA. Sejumlah pasukan pengawal istana kerajaan Gowa, Sulsel, berbaris saat acara peresmian hasil revitalisasi Museum Balla Lompoa Gowa, Sulsel, Rabu (9/3). Museum Balla Lompa yang dulunya merupakan Istana Balla Lompoa Raja Gowa direvitalisasi dan mendapat rekor Muri dengan mengangkat istana dengan tinggi 3,2 meter tanpa mengosongkan dan merusak situs sejarah dari istana tersebut. FOTO ANTARA/Yusran Uccang/Koz/nz/11. ANTARAFOTO
    PASUKAN ISTANA

MAKASSAR, 9/3 - PASUKAN ISTANA. Sejumlah pasukan pengawal istana kerajaan Gowa, Sulsel, berbaris saat acara peresmian hasil revitalisasi Museum Balla Lompoa Gowa, Sulsel, Rabu (9/3). Museum Balla Lompa yang dulunya merupakan Istana Balla Lompoa Raja Gowa direvitalisasi dan mendapat rekor Muri dengan mengangkat istana dengan tinggi 3,2 meter tanpa mengosongkan dan merusak situs sejarah dari istana tersebut. FOTO ANTARA/Yusran Uccang/Koz/nz/11. ANTARAFOTO

    Like ·  ·  · Thursday at 12:35am

  • Photo

    Unlike ·  ·  · Thursday at 12:25am

  • Photo

    Unlike ·  ·  · Thursday at 12:25am


  • tabe maraja..yang mulia sri pemangku adat ..sejarah bantaeng butta toa ..masa kerajaan ..bantaeng butta toa..pada masa kerajaan bantaeng rakyak dipimpin oleh seorang raja ..dgn bergelar karaeng,yg mana .pada saat itu memiliki kekuasaan yg sangat besar di daerah ini.. Ada beberapa karaeng yg pernah memerintah didaerah ini yaitu..(1 bantayan pada awal sebagai kerajaan yakni tahun 1254 .1293..yg mana di perintah oleh mula tau yg bergelar to toa..yg memimpin kerajaan bantaeng yg terdiri dari (7 .kawasan yg masing di antaranya di pimpin oleh karaeng.yaitu kare onto,kare bissampole,kare sinoa ,kare gantarang keke,kare mamapang ,kare katapang,dan kare lawi lawi ,yg semua kare tersebut dikenal dgn nama tau tujua (2 sesudah mula tau maka raja kedua yg memerintah yaitu raja massaniaga pada tahun 1293..(3 pada tahun 1293 .1332 dipimpin oleh to manurun atau bergelar karaeng loeya .(4 tahun 1332 .1362 dipimpin oleh massanigaya maratung.(5 tahun 1362 .1397..d...See More

    Unlike ·  ·  · March 24 at 12:58am via mobile
    • Sri Pemangku Adat salam, terima kasih atas informasinya kerana kami di Malaysia , kadang kala terpedaya..Apakah? yang mengakui YM KARAENG-KARAENG dari Indonesia ini BETUL atau PALSU maka terjadinya kes-kes membiaya sesebuah tempat adat/agama dengan pemberian dana secara percuma pada orang yang salah dan hal-hal begini? mudah terjadi kepada Pertubuhan/Persatuan/Badan Kebajikan di Malaysia, kerana kurang kenal..harap maaf atas kata-kata ini..
    • Perkumpulan Karaton Nusantara ini yang menjadi masalah utama kepada Pertubuhan/organisasi Badan juga yayasan di Malaysia ini kerana kita mudah terpedaya oleh mereka yang menyamar lantas kita memberi derma-derma untuk membangun budaya dan membangun pondok agama sedang perkara benar tidak berlaku, seperti Karaton Nusantara pada awal tahun 2000 kelmarin, masallah, semoga-moga MEMBUKA semula peluang dermawan ini pada yang benar-benar memerlukan, wassalam.
    • Andi Aspar Arung Didi ass..wr.wb..tabe maraja..ym sri pemangku adat.yg saya hormati..klo dari garis turunan saya bantaeng butta toa,rigantarang keke kraeng loe mula tau to manurung ri gantarang keke yaitu karaeng mangge loe..niaka tedong lamba lahulunna,ada juga arajangnya bukkuru bulaengnga ,rikanayya ijangang jangang dewatae..matinroe ri tuju bonto raja ..dan dari garis ibunda saya,sinjai bone
    • Andi Aspar Arung Didi dari garis ibunda petta sara bin petta lawa daeng pateppo bin petta sulehatan petta baso daeng manaba,arungnge rinangka..petta la patosa yg digelar pamre bekkue .petta la sinring daeng mangngahing bin petta ponggawae ri bone bin arung mangkaue ri bone..tabe mara..
    • Andi Aspar Arung Didi dan garis leluhur saya ri bantaeng butta toa..mulai dari to manurung ammumbaka ri matanna alloa ..karaeng palili alang..ri bantaeng gantarang keke, karaeng loe..yaitu puang laki padada dari butta toa pocci tanae bonena goa , sudangnga dari negeri pratiwi dan turung ke gowa jadi sombayya..dan di gowa di beri nama entahlah leluhur kita punya banyak nama gelarang..maaf dan banyak turunan2 raja yg tertutupi banyak pulah bukan garis turunan yg berkuasa dan di lantik krn pintar politikx dekat dengan belanda sehingga turunan2 leluhur kita cakar2 budaya kita terbengkalai dan menyedihkan makam2 leluhur kasian siapa yg bertanggun jawab.sementara perjuangan leluhur kt begitu mulia demi bangsa dan tanah air kt..sehingga banyak yg menikmati dan memperkuat diri sendiri ,subhanallah allah maha besar.. tabe maraja yg mulia sri pemangku adat salam hormat..,
      March 24 at 7:11pm via mobile · Edited · Like · 5
    • Tetta Garangcing Daeng Magassing Maaf karaeng...Untuk membuktikan bawa Hamba2 yg ada disini memang keturunan karaeng,,Apa salahnya kita membuktikan dgn sila2 keturunan masing2
    • Andi Aspar Arung Didi subhanallah..karaeng malebbikku tetta garangcing daeng magassing..terima kasih..salam hormat saya..
    • Sri Pemangku Adat salam, dari kenyataan Andi Aspar Arung Didisecara jujur andika katakan bahawa kita sejelasnya mempunyai pertalian begitu juga dengan Tetta Garangcing Daeng Magassingberdasarkan asal muasal yang bersusur galur dari nenek moyang yang sama yang tercatat dalam kitab/buku Lontara Kekaraengan kami, subhanallah..al-amin ia dengan takdirnya demikian, walaupun kisah sudah berkurun lamanya, dan kita juga masih tidak mengerti hikmah disebaliknya, Amin Ya Allah.
    • Andi Aspar Arung Didi ''ass..wr..wb''subhanallah.kesempurnaan milik allah..masya allah.. Padukah yg saya hormati.karaeng malabbirikku .ym sri pemangku adat...terima kasih banyak padukah..hamba yg paqir ini hanya bisa mendoakan agr padukah selalu dalam keadaan sehat wal'afiat dan diberi umur panjang amin..ya allah..begitu pula ym akademi komuniti dan saudara2ku semua dan karaeng malabbirikku tetta garancing daeng magassing.andainya kt punya sayap aqu ingin sekali melihatx secarah langsun ym sri pemangku adat,dan aqu akan mengenan sepanjan hidupku,agar kelaq kalau aqu punya klg kecil dan punya anak..aqu akan cerita kisah yg mulia ini ke generasiku..bahwa di malysia ada seorg raja yg berhati mulia seperti malaikat subhanallah..semoga allah menerima doaku..tapi walaupun lewat dunia maya.tapi aqu begitu dekat di hati saudaraku semua amin..ya rabb alamin...
      Thursday at 12:37pm via mobile · Edited · Unlike · 1
    • Ratu Rimba Niagara Nampaknya di sini semuanya ada sangkut menyangkut hubungan darah karaeng menyatukan kasih moyang beratus tahun dulu...Subhanallah indahnya pertemuan ini...biarpun cuma di alam maya tapi amat bermakna sekali... cuma hamba saja yang terpinggir ...ah malu dong sebagai menumpang kasih di pinggiran saja...hehehehe
    • Indra Abdul Wahab Alhamdulillah terjalin silaturrahim.........
      Thursday at 1:06pm via mobile · Like · 1
  • SUDILAH MENGHARGAI PERSAHABATAN INI DEMI ANAK CUCU NUSANTARA TERCINTA

    Sahabat...
    Kenapa aku kau lupakan aku
    Adakah kesibukanmu menyebabkan kau lupakan aku?
    Atau sengaja lupakan aku

    Sahabat...
    Adakah kita ditemukan
    Untuk saling menyakiti
    Sedangkan di awal pertemuan
    Kau begitu prihatin dengan karya-karyaku

    Sahabat...
    Tak sampaipun berapa purnama
    Sedang aku teruja untuk
    Mencenduk ilmu yang kau punya
    Tiba-tiba kau sepikan karya-karyaku
    Dan aku juga kerhilangan karya-karyamu

    Sahabat...
    Sejujurnya di awal perkenalan kita
    Hatiku berpelangi indah
    Tapi kita hatiku bergerhana duka
    Aku tak tahu apa salahku sahabat

    Sahabat...
    Adakah sepanjang aku bersastra
    Ada yang melukakan hatimu sahabat
    Hingga kau sepikan aku
    Dan aku terlara dalam sepi

    Sahabat...
    Sastraku yang kutulis dengan
    Penuh kasih dan sayang
    Di indahkan dengan pelangi cinta
    Bertukar menjadi tsunami sastra
    Membadai-badai
    Di musim tengkujuh
    Habis musim tengkujuh
    Musim kemarau pula yang datang

    Sahabat...
    Sastra nusantaraku kini nazak
    Berada di gurun sahara
    Tanpa siapa pun yang sudi ambil peduli
    Lalu setiap kali aku bersastra
    Seakan jemariku menuliskan tinta-tinta berdarah
    Penuh pedih pilu hati bagaikan disayat disiat-siat hancur lulur
    Namun karna cinta yang teramat mendalam pada anak cucuku
    Kan kutempuh juga perjuangan ini tanpamu sahabat...

    Sahabat...
    Siapalah aku di hatimu...
    Hatiku terlara duka disepikan kamu
    Namun aku tak tega kehilanganmu
    Makanya selagi aku boleh bertahan
    Akan kutahankan persahabatan kita
    Dengan harapan ada sinar pelangi mu
    Sudi menghidupkan persahabatan kita kembali
    Yang sudah lama bergerhana tanpa relaku...

    Sahabat....
    Sudilah menghargai persahabatan ini sahabat
    Sudilah menghargai demi kasih kita pada anak cucu nusantara.

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    28 Mac 2013

    Like ·  ·  · Thursday at 10:44am

0 comments:

Post a Comment

 
;