Friday 29 March 2013

KOLEKSI NOVEL PUISI CINTA DEMI-NYA (154) PAHLAWAN BUGIS PENCINTA SYAHID-NYA



Friday, 29 March 2013 0 comments

KOLEKSI NOVEL PUISI CINTA DEMI-NYA (151) JIWA LAKSAMANA HANG TUAH SETIA KEPADA RAJA DAN NEGARA




  • DEWAN ISTIADAT SORAJA ADAT KARAENG (DISAKA):

    Penganugerahan Darjah-Darjah Kehormat Adat Budaya Nusantara yang diwartakan oleh Pertubuhan Adat Budaya Kekeluargaan Nusantara (Malaysia). Adalah seperti berikut:-

    1. Darjah Kehormat Adat Budaya Nusantara Kelas 1 (D.A.B.N.) – KUNING
    ...Continue Reading
    DEWAN ISTIADAT SORAJA ADAT KARAENG (DISAKA):

Penganugerahan Darjah-Darjah Kehormat Adat Budaya Nusantara yang diwartakan oleh Pertubuhan Adat Budaya Kekeluargaan Nusantara (Malaysia). Adalah seperti berikut:-

1. Darjah Kehormat Adat Budaya Nusantara Kelas 1 (D.A.B.N.) – KUNING 
2. Darjah Kehormat Adat Budaya Nusantara Kelas 2 (D.A.B.N.) – MERAH 
3. Darjah Kehormat Adat Budaya Nusantara Kelas 3 (D.A.B.N.) – HIJAU 

Darjah-darjah Kehormat ini, boleh diberikan kepada umum atau sesiapa sahaja, sama ada di dalam Malaysia atau mahupun, Luar Negara dengan persetujuan Jawatankuasa Anugerah/Kurnia dan pemberian ini adalah atas dasar silaturahmi dan menjalinkan hubungan baik kerana semangat kesungguhan dan kerajinan individu-individu penerima yang sentiasa melestarikan adat budaya dan sering melibatkan diri dalam sosiobudaya masyarakatnya. Darjah-darjah Kehormat ini tidak membawa apa-apa gelaran dan kebiasaannya diberi sepanjang tahun atau pada bila-bila masa yang difikirkan sesuai kepada mereka yang layak menerimanya. Penerima darjah ini harus dihormati kerana semuanya adalah digolongkan sebagai Ahli Kehormat bagi Pertubuhan ini. Seseorang individu yang berhasrat untuk dicalonkan bagi menerima anugerah Darjah Kehormat ini, hendaklah mengemukakan MAKLUMAT PERIBADI, ASAS PENCALONAN dan lain-lain, sepertimana yang dikehendaki.

Berikut:-

1. Nama Penuh : (tulis dengan huruf besar)
2. Jika telah menerima gelaran, sebutkan gelaran berkenaan: (seperti Tan Sri/Dato’ Seri/Dato’ dll)
3. Jika mempunyai gelaran dalam masyarakat/komuniti atau kelompok adat beradat, sebutkan gelaran berkenaan : (seperti Raja Adat/Pendekar/Hulubalang/Bentara dll)
4. Jantina : Lelaki/Perempuan
5. Taraf Perkahwinan : Berkahwin/Belum Berkahwin
6. Tarikh Lahir : hari/bulan/tahun
7. Umur : (pada tahun permohonan)
8. Tempat Lahir : (nyatakan negeri/wilayah dan negara sahaja)
9. No. Kad Pengenalan : (atau kad kerakyatan/kad warganegara bagi negara asing yang berkenaan)
10. No. Passport : (jika berkenaan bagi warga asing)
11. Alamat Rumah Tetap: (sertakan juga poskod yang berkenaan)
12. Alamat Rumah Di Malaysia : (jika ada)
13. Alamat Rumah Di Negara Asal : (jika berkenaan)
14. No. Telefon Rumah/Bimbit/Pejabat : (yang berkenaan)
15. Butir-butir anugerah dan kurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat yang pernah diterima : (jika ada/tiada)
16. Asas pencalonan : (yang berkenaan seperti berikut;)
1. Pengalaman : (jawatan-jawatan yang pernah disandang/tahun jawatan disandang/tempat bertugas sewaktu menyandang jawatan)
2. Sumbangan : (sama ada dalam pergerakan masyarakat/pertubuhan/professional/sukan/kebajikan/agama di peringkat tempatan/antarabangsa)
3. Penghargaan : (yang pernah diterima daripada institusi-institusi/lembaga-lembaga/dewan-dewan adat atau dari pihak kerajaan/pemerintah di peringkat tempatan/antarabangsa)

Silakan, email-sripemangkuadat@gmail.com segala maklumat dan informasi anda adalah ‘RAHSIA’, sekian. Wassalam.

Gambar ini sekadar informasi sahaja;
    Unlike ·  ·  · March 22 at 9:38pm
  • PENDEKAR MELAYU BERJIWA LAKSAMANA HANG TUAH!

    Melayu hina melayu,
    Takkan kubiarkan;
    Kerana aku jiwa melayu,
    Kusahut segala cabaran.

    Melayu sentiasa hidup,
    Takkan kubiarkan diinjak-injak;
    Kerana kumahu bangsa ku terus hidup,
    Makanya bangsaku mestinya bijak.

    Pendekar melayu pantang dicabar,
    Turun ke gelanggang berbekalkan ilmu;
    Di gelanggang ini setapak pun takkan kuundur,
    Biar kepahlawanan melayu satu dunia tahu.

    Sedikit ilmu badan binasa,
    Akan kusahut cabaranmu itu;
    Bertulangkan besi beruratkan suasa,
    Satu lawan satu aku sedang menunggu.

    Satu lawan satu itulah anak jantan,
    Pukulan maut takkan ku gentar;
    Ayuh! Maju cepat kita berlawan,
    Biar apa terjadi jangan undur.

    Pendekar melayu tak mudah mengaku kalah,
    Ayuh yakin pada dirimu sendiri;
    Ingat pesanan guru jangan mengalah,
    Kerana pendekar melayu tak takut mati.

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    29 Mac 2013

    KERIS MENJADI SAKSI BISU HEBATNYA PERTEMPURAN!

    Keris menjadi saksi bisu
    hebatnya pertempuran mu duhai keris
    kehebatan mu di gelanggang pertempuran di akui sejak berzaman
    kau sentiasa dikenang sepanjang zaman
    kau sentiasa di hatiku
    kan ku perjuangkan kepahlawananmu
    hingga ke titisan darah terakhir
    biarpun nyawaku jadi taruhan
    agar kau mengerti
    yang aku cintakan mu
    selagi nafas ku ada
    lambang cinta
    lambang setiaku
    padamu keris....
    yang tak pernah jemu
    mencintaimu
    untuk mempertabatkanmu
    agar dicintai juga anak bangsa
    sejak zaman berzaman

    Karya Ratu Rimba Niagara
    29 Mac 2013

    KERIS LAMBANG KEPAHLAWANAN MELAYU

    Keris lambang kepahlawanan melayu,
    Keris juga lambang kekuasaan Kesultanan Melayu;
    Kepahlawan dan kedaulatan sultan tak pernah layu,
    Akan di pertahankan hingga ke titisan darah terakhir generasi melayu.

    Tak akan hilang melayu di dunia,
    Itulah sumpah Laksamana Hang Tuah;
    Kepahlawanan melayu terkenal di serata dunia,
    Berbangga menjadi bangsa melayu di bumi bertuah.

    Ilmu persilatan diminati sejak dahulu,
    Diperturunkan hingga ke generasi baru;
    Bersama mempertahankan kedaulatan kesultanan melayu,
    Akan dibanggai sehingga ke anak cucu.

    Pahlawan melayu sudah terbilang,
    Kepahlawanannya demi agama bangsa dan negara;
    Ilmu persilatan tak akan hilang,
    Akan diperturunkan dengan semangat yang membara.

    Salam silaturrahim salam kepahlawanan,
    Kepada semua pejuang bangsa yang tersanjung di hati;
    Kukagumi kalian kerana semangat perjuangan,
    Yang tak jemu berbakti dan menabur budi.

    AKU BERSYUKUR KERANA AKU MELAYU

    Aku bersyukur karena aku MELAYU
    Aku redho karena aku MELAYU
    Aku gembira karena aku MELAYU
    Aku bangga karena aku MELAYU
    Kerana aku cuma mendengar satu saja bangsa yang
    tak akan hilang di dunia yaitu BANGSA MELAYU ( Kata Wakil Anak Melayu Seluruh Dunia)

    Takkan hilang melayu di dunia,
    Ini sumpah pahlawan Hang Tuah;
    Melayu bersatu bermuafakat bersama,
    Itulah matlamat pewaris Hang Tuah.

    Berjuang tetaplah berjuang jua,
    Pantang undur sebelum berjuang;
    Kepahlawanan melayu terkenal di serata dunia,
    Gagahnya pahlawan terus gilang-gemilang.

    KARYA: RATU RIMBA NIAGARA)
    29 Mac 2013

    SKRIP HANG JEBAT & HANG TUAH ERA MODEN

    HANG JEBAT :

    Apa salahnya kita bermaaf-maafan...
    kalau kubunuh kau sia-sialah perjuanganku selama ini membela kau.

    HANG TUAH :

    Ya...betul katamu Jebat...
    kita bermaaf-maafan demi rakyat dan Raja kita.
    Aku tak mahu menjadi rakyat yang derhaka!
    Aku tak mahu menjadi sahabat yang tak mengenang budi!
    Nanti kukabarkan kepada Raja bahawa kau dan aku adalah rakyat yang setia ...
    Apa yang terjadi selama ini adalah cuma salah faham saja angkara fitnah.
    Raja pasti boleh terima apa yang kukatakan.

    HANG JEBAT:

    Betul ke Tuah.

    HANG TUAH :

    Raja sekarang Raja berjiwa rakyat. Sayangkan rakyat dan negara melebihi kepentingan sendiri.
    Begitu juga rakyat sayangkan Raja dan negara melebihi kepentingan sendiri.

    HANG JEBAT:

    Kalau begitu ayuh kita pergi mengadap Sultan.

    HANG TUAH :

    Sultan pasti gembira mendengar kabar berita ini.
    Barulah kita tidak rasa bersalah hingga ke mati.
    Tiadalah sesal di hati baik Raja, rakyat dan generasi akan
    datang pastinya semua gembira kerana tidak akan hilang melayu di dunia!

    HANG TUAH/HANG JEBAT:

    DAULAT TUANKU!DAULAT TUANKU!DAULAT TUANKU!

    RAJA:

    SAYANG RAKYAT!

    Karya: Ratu Rimba Niagara
    29 Mac 2013

    AKU TAK MAHU MENJADI PENDERHAKA RAJA

    "Raja adil raja disembah...Penderhaka Raja mesti kubunuh!"
    "Engkau pengampu Raja...apa yang engkau dapat? Kurniaan diRaja!"
    "Bukan itu yang aku mahukan...cuma aku mahu menjadi rakyat yang setia...setia kepada Raja."
    "Setia...sebelum berkuasa bolehlah! Dah berkuasa tengok...rakyat ditindas?"
    "Bedebah! Bukan Raja yang menindas rakyat tapi pemerintah !Engkau tahu tak? Tak akan rakyat hendak menindas rakyat..."
    "Kalau pemerintah menindas rakyat mana buktinya?"
    "Buktinya engkaulah yang menafikan kedaulatan diRaja!!!"
    "Kedaulatan diRaja? Macam mana tu?"
    "Pemerintah mengiktirafkan institusi diRaja...rakyat pun aman ."
    "Kenapa engkau kata macam tu?"
    "Sebab tiada Raja tiada negara tiada negara tiada rakyat ...ada rakyat ada pemerintah kerana rakyat adalah pemerintah...."
    "Engkau ini cakap berbelit-belit bikin aku nggak faham!Cakap bikin aku faham bisa nggak?"
    "Senang cerita lah...sebab apa aku kata rakyat itu pemerintah...siapa yang memilih pemerintah?
    "Rakyatlah!"
    "Pandaipun engkau....makanya pemerintah itu rakyat...rakyat itu pemerintah...makanya rakyat perlukan Raja yang adil barulah negara jadi sempurna...ada negara ada rakyat ada rakyat ada Raja..."
    "Itu macam kah...baru aku faham....betul kata engkau .....kalau macam ini tak jadi gaduhlah...kita bisa jadi kawan boleh nggak?"
    "Tentulah boleh...sebab engkau tidak jadi penderhaka...aku suka."
    "Hehehehehe"
    "Sukalah tu!"
    "Pastilah suka...."
    "Kenapa suka?"
    "Perjuangan kau sudah tercapai"
    "Maksud engkau?"
    "Engkau sudah berjaya menyedarkan aku makanya aku tak mahu lagi jadi rakyat penderhaka kepada Raja."
    "DAULAT TUANKU!DAULAT TUANKU!DAULAT TUANKU!"

    Karya RATU RIMBA NIAGARA
    29 Mac 2013

    KEPAHLAWANAN MELAYU BAGAIKAN LAKSAMANA HANG TUAH

    PULAU RUPAT INDAH PERMAI
    SANGKAR BESI SIBURUNG ELANG
    KALAU MAKRIFAT SUDAHLAH SAMPAI
    PENDEKAR TAK MATI DITENGAH GELANGGANG
    By: Zairi Erie

    Ratu Rimba Niagara:

    MARILAH KITA BERPADU AGAR BANGSAKU MEGAH!

    Aku anak melayu...
    Engkau anak melayu
    Tapi aku pantang melayu hina bangsa melayuku sendiri
    Makanya marilah kita ke tengah gelanggang
    Beradu kepahlawanan melayu
    Kerna pendekar melayu tak akan mati di tengah gelanggang...

    Engkau janganlah bersandiwara...
    Engkau kata engkau anak melayu
    Apa bukti engkau sokong melayu?
    Ada anak bangsa engkau
    Yang engkau bela?
    Bilang sama aku?
    Mana buktinya?
    Aku pantang orang pandai berkata-kata
    Tapi tak mahu buktikan!!!!

    Apa kuasa aku mahu aku buktikan?
    Engkau yang patut buktikan...
    Engkau yang ada kuasa
    Kenapa engkau tak gunakan kuasa engkau itu
    Engkau leka dengan pujian pangkat engkau
    Dengan kuasa yang engkau ada
    Engkau kumpul sebanyak mana harta yang engkau mahu
    Engkau hendak bawa harta engkau ke kubur ke?
    Hingga lupa tanggungjawab engkau kepada anak bangsa!!!

    Ciss bedebah engkau...!!!
    Aku kumpul harta kerna itulah matlamat aku...
    Engkau yang dengki khianat dengan aku....!!!!

    Yang engkau ambil itu bukan kepunyaan engkau!
    Harta rakyat...hak rakyat....!!!!
    Apa engkau tak rasa bersalah?
    Kerna engkau tak rasa bersalah ....
    Marilah kita bertarung tenaga....
    Baru tahu engkau berkuasa atau aku yang berkuasa...

    Ciss anak melayu pantang dicabar!!

    Ciss! Bedebah engkau masih lagi mengaku anak melayu!!!
    Tapi pengkhianat bangsa sendiri....!!!!

    PULAU RUPAT INDAH PERMAI,
    SANGKAR BESI SI BURUNG ELANG;
    KALAU MAKRIFAT SUDAHLAH SAMPAI,
    PENDEKAR TAK MATI DI TENGAH GELANGGANG.

    KEPERKASAAN MU PAHLAWAN AKU MENGALAH,
    KEKUATAN MU BAGAIKAN LAKSAMANA HANG TUAH;
    ENGKAU MEMBUATKAN AKU MENGAKU KALAH,
    MARILAH KITA BERPADU AGAR BANGSAKU MEGAH.

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    31 Ogos 2012

    JADILAH RAJA YANG UTAMAKAN RAKYAT
    MELEBIHI KEPENTINGAN SENDIRI

    Teungku Sayyid Deqy

    Ibu...
    Maafkan putramu...
    Aku sedang berada di titik nadir hidupku,
    Aku sedang terbuang dan terhina oleh dunia ini,
    Namun...mengapa aku pun tersisihkan dari hatimu?
    Semua ini sungguh membuatku lemah,

    Ibu kusayang...
    Putramu hanya ingin istirahat sejenak di rumahmu...
    Izinkanlah dihari-hari terakhirku ini,
    Dan ketika kuberpulang pada NYA, aku dalam hangat pelukanmu.

    By: Teungku Sayyid Deqy

    Ratu Rimba Niagara:

    Duhai nanda putra kesayanganku...
    Napa nanda berkata demikian rupa
    Hancur lulur hati bunda
    Sebak hati bunda ...
    Adakah selama ini bunda abaikan kasih sayang bunda...
    Katakan putra kesayangan bunda...
    Puluhan tahun bunda mendidik dan membesarkan nanda
    Tidak cukupkah kasih sayang bunda pada nanda selama ini....
    Bukan kasih sayang saja yang bunda berikan pada nanda
    Malah nyawa bunda pun sanggup jadi taruhan demi nanda tercinta...
    Jika pelukan bunda ini boleh menenangkan jiwa nanda
    Marilah ke mari bunda dodoikan gurindam dan syair
    Yang selalu bunda dendangkan semasa nanda bayi lagi...

    "Duhai putra bunda tersayang...
    Buah hati bunda pengarang jantung bunda
    Bunda kasih ...bunda sayang sangat-sangat...
    Tidurlah lena...jangan nakal-nakal...
    Besar nanti jadilah anak yang soleh lagi beriman
    Jadi Raja yang utamakan rakyatnya daripada kepentingan sendiri...
    Jadilah Raja yang adil Raja yang pemurah
    Raja yang ingin hidup mencari jalan-jalan redhoNya
    Nanda diberi darjat yang tinggi bukan untuk membangga diri
    Tapi adalah amanah yang akan dipertanggungjawabkan...
    Makanya jadilah Raja yang disayangi rakyat bukan dibenci rakyat
    Ingatlah pesanan bunda ini nanda...
    Bunda sangat-sangat sayang pada nanda
    Nandalah saham dunia akhirat bunda
    Tiada bunda nanti di dunia ini
    Kirimkan doa untuk bunda jangan dilupakan
    Itulah tanda kasih sayang nanda pada bunda...
    Di pintu Syurga bunda menantimu penuh kerinduan..."

    Masihkah nanda ingat dengan gurindam yang bunda dendangkan
    padamu ? Inilah gurindam yang ditiup suburkan dijiwamu agar
    terpasak dalam sanubarimu nanda...

    Makanya jangan nanda berkata seolah ingin pergi dulu daripada bunda....
    Memanglah kita tidak tahu siapa yang pergi dulu....
    Tapi biarlah bunda yang pergi dulu...
    Nanda muda lagi dan tenaga nanda masih segagah pahlawan perkasa...
    Bunda dalam usia begini sudah terlalu uzur dan lemah ....
    Cumanya semangat saja yang menguatkan bunda meneruskan
    Pengembaraan di dunia ini....
    Makanya bunda berharap sangat Tuhan panjangkan usia nanda...
    Bunda doakan Allah SWT sentiasa memberi kekuatan pada nanda
    Untuk meneruskan perjuangan bunda dan nanda bahagia ....
    Justeru jangan ragui cinta dan kasih sayang bunda pada nanda lagi...
    bunda kasih dan sayangkan nanda dari dunia ini di bawa hingga ke SyurgaNya....
    Aaamin Ya Rabbal A'Lamin

    Ikhlas daripada:

    Bunda Permaisuri Rimba Niagara
    Malaysia
    1 April 2012

    (KARYA TEUNGKU SAYYID DEQY & RATU RIMBA NIAGARA)
    29 Mac 2013
    Like ·  ·  · 10 hours ago
  • DEWAN ISTIADAT SAORAJA ADAT KARAENG (DISAKA):

    SIRI' NA PACCE apa maksudnya itu?

    Gambar ini sekadar informasi sahaja;
    DEWAN ISTIADAT SAORAJA ADAT KARAENG (DISAKA):

SIRI' NA PACCE apa maksudnya itu?

Gambar ini sekadar informasi sahaja;
    Unlike ·  ·  · Thursday at 12:03am
    • Tetta Garangcing Daeng Magassing A,,I,,,U..Paengtengi siri'nu nanu Pakalompo paccenu,,nasaba alla ta'ala barakka
    • Andi Aspar Arung Didi subahanallah..mantapki anjo saudaraku karaeng malabbirikku tetta garangcing daeng magassing..nia kana.siddi..ana bungkona sitti amina sa'ribattanna sittipatima,bombong paramatana linawa rappo2 sibatunna ahera salama,battu ri kanangku iangta bassung inakke tommi ni arenga karaeng sayanga ribega ilanga ri tahun...tabe maraja karaengku..tetta garangcing daeng magassing..tabe saudaraku..
      Thursday at 11:16am via mobile · Like · 1
    • Ratu Rimba Niagara BERSABAR MELAYU ADA HADNYA

      Bersabar melayu ada hadnya,
      Jangan sampai pasir masuk ke mata;
      Bumi bertuah ini melayu yang punya,
      Melayu jangan dipandang sebelah mata.

      Melayu jangan dipandang sebelah mata,
      Melayu setia pada ketua yang setia;
      Jika ketua berpaling tadah buruk padahnya,
      Kerna melayu takkan biarkan bermahaja lela.

      Dari dulu hingga sekarang,
      Melayu terkenal dengan kepahlawanannya;
      Pahlawang melayu nampak je garang,
      Tapi hatinya murni membela bangsanya.

      Dengan keris yang terhunus ini,
      Telah bersumpah pahlawan melayu;
      Bangsa melayu akan dibela sepenuh hati,
      Rela mati demi membela nasib melayu.

      Pergi aku menuntut ilmu persilatan
      Ingin berguru pendekar handalan;
      Ayah Muz maha guru persilatan,
      Kegagahannya tiada tandingan.

      Muridnya ramai tak terkira,
      Semuanya sudah menjadi pahlawan;
      Bergelar pahlawan rasa gembira,
      Membela nasib melayu itu diperjuangkan.

      Pahlawan bukan hendak menunjuk hebat,
      Tapi kerana membela nusa dan bangsa;
      Laksamana Hang Tuah sememangnya hebat,
      Telah bersumpah melayu takkan hilang di dunia.

      Maka dari itu ayuhlah semua pahlawan melayu,
      Bangkitlah dengan semangat baru;
      Jangan biarkan dizalimi bangsa melayu,
      Barulah aman dunia melayu.

      By: Ratu Rimba Niagara
      28 Mac 2013
    • Andi Aspar Arung Didi hehehehe..mantap tuan pu3 ratu rimba niagara..adooiihhhh..senyum yg manis hatiku bergetar ,bulan dan bintang menjadi saksi ,padi kutanam tunbu ilalan mataku ini sulit kupejamkan ahahaha..


PASUKAN ISTANA

MAKASSAR, 9/3 - PASUKAN ISTANA. Sejumlah pasukan pengawal istana kerajaan Gowa, Sulsel, berbaris saat acara peresmian hasil revitalisasi Museum Balla Lompoa Gowa, Sulsel, Rabu (9/3). Museum Balla Lompa yang dulunya merupakan Istana Balla Lompoa Raja Gowa direvitalisasi dan mendapat rekor Muri dengan mengangkat istana dengan tinggi 3,2 meter tanpa mengosongkan dan merusak situs sejarah dari istana tersebut. FOTO ANTARA/Yusran Uccang/Koz/nz/11. ANTARAFOTO
PASUKAN ISTANA

MAKASSAR, 9/3 - PASUKAN ISTANA. Sejumlah pasukan pengawal istana kerajaan Gowa, Sulsel, berbaris saat acara peresmian hasil revitalisasi Museum Balla Lompoa Gowa, Sulsel, Rabu (9/3). Museum Balla Lompa yang dulunya merupakan Istana Balla Lompoa Raja Gowa direvitalisasi dan mendapat rekor Muri dengan mengangkat istana dengan tinggi 3,2 meter tanpa mengosongkan dan merusak situs sejarah dari istana tersebut. FOTO ANTARA/Yusran Uccang/Koz/nz/11. ANTARAFOTO
Like ·  ·  · Thursday at 12:35am

(PETIKAN DARIPADA GRUP SRIP PEMANGKU ADAT)
30 Mac 2013
www

0 comments:

Post a Comment

 
;