Ratu Rimba Niagara shared a photo.
Mimbar Kaligrafi
Hanacaraka by Purwodhoho Kediri
Hanacaraka by Purwodhoho Kediri
SULTAN BRUNEI IDOLA RAJA-RAJA MELAYU SEDUNIA , 'RAJA BERJIWA HAMBA ALLAH BERJIWA RAKYAT'
Koleksi Setanjak, Tengkolok & Destar
Updated 8 hours ago · Taken in Kampung Lajau, Labuan, Malaysia
Koleksi-koleksi setanjak,tengkolok & destar milik hamba sendiri. Sekiranya ada kekurangan dalam nama-nama dan solekan hamba ini, hamba baru belajar ttg perkara ni. harap maaf.
- MOGA TUANKU DIRAHMATI RAHMAT KASIH ILAHI AAMMIIN.
- Badar Al-ahmadi Ratu Rimba Niagara...hamba x layak memakai gelaran Raja...walaupun hamba dri kerabat raja...
- Ratu Rimba Niagara Tuanku layak ..patik yang tak layak..
Sebab itu patik menggelarkan diri patik Ratu...
Mengarangkan kisah-kisah DiRaja Melayu Nusantara
Agar Raja-Raja Melayu Nusantara suatu masa nanti di Martabatkan Kedaulatannya..Aamiin.
Patik ditakdirkan menjadi KARYAWAN PUJANGGA SASTERA DIRAJA NUSANTARA
Harap sudi memberi sokongan kepada patik Tuanku. - Badar Al-ahmadi hamba tetap memberi sokongan karya-karya Ratu Rimba Niagara dlm Pujangga Sastera Diraja Nusantara...
- Ratu Rimba Niagara PATIK REHDA APA YANG DITAKDIRKAN KE ATAS PATIK!
Jika tuanku mahu sokonga karya-karya Sastra DiRaja Nusantara yang patik karangkan .
mulai detik ini Tuanku...jangan segan untuk meletakkan gelaran Tuanku sebagai Tuanku DiRaja..
dan sudilah tuanku ceritakan salasilah tuanku berasal dan kerabat Raja dari mana
patik ingin sekali mengetahuinya dan rakyat jelata juga mahu mengetahui kisah susur galur Raja mereka tuanku...
Untuk pengetahuan tuanku
patik ini seorang rakyat yang terlalu rendah diri
jika boleh tidak mahu dikenali oleh sesiapapun
siapa patik...
tapi dek kerana semangat juang yang tinggi
ingin memartabatkan Institusi diRaja Melayu Nusantara.....
patik lawan segala benteng yang menyekat diri patik untuk berteleku sendiri
memang menjadi hobi patik menyendiri bersama alam ...alamlah teman patik berbicara
kerana bahasa alam indah ..menenangkan...
tapi patik tidak pula terfikir
patik akan menggalas tanggungjawab untuk bersama perjuangan Raja-Raja Melayu Nusantara...
Memartabatkan Institusi DiRaja menjadi kenyataan...
Allah Kurniakan patik rakan-rakan fb dan grup yang kebanyakannya terdiri daripada Raja dan bangsawan...
sebelum ini patik cuma mengarang kisah diRaja dogengan, dengan perkenalan membaca berita-berita yang tersiar
di fb patik...patik dapat ilham yang tak henti-henti bertandang di fikiran patik...patik teruja mengarangkan sepenuh jiwa .
yang menjadi misteri walaupun patik mengarangkan kisah diRaja dongengan kerabat diRaja bilang itu adalah kisah benar
yang pernah terjadi berkurun lamanya dulu...Allahu Akbar segalanya Allah jua yang tahu.
Lebih membuatkan patik terkaku apabila mereka mengatakan patik adalah berasal dari Putri Raja Mataram ..cuma yang patik tahu
moyang patik adalah hulubalang Raja Bugis...semua-Nya Allah yang tahu...patik tak tahu ...yang patik tahu semangat patik
untuk mengarangkan kisah-kisah diRaja begitu menebal di jiwa patik.
Kerana terlalu teruja dengan dunia diRaja ...patik wujudkan Kerajaan Rimba Niagara agar patik dapat inspirasi berkarya
mengenai Kisah-Kisah diRaja. In Shaa Allah ...Allah swt memberikan ilham sebanyak-banyak-Nya hinggakan patik terharu
bersyukur atas belas Kasihan Allah pada perjuangan patik. Jika tanpa kekuatan daripada Allah Azzawajallah sudah lama patik
tidak dapat meneruskan perjuangan ini.
Doakan patik agar tabah dan sabar menghadapi segala dugaan untuk menjayakan cita-cita patik MEMARTABATKAN INSTITUSI DIRAJA NUSANTARA
menjadi kenyataan. Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.
Tanjak yang Tuanku hasilkan itu seolah menguatkan semangat patik untuk terus mengarang kisah-kisah DiRaja dan Kesatria DiRaja yang gagah berani menentang musuh durjana . Patik benar-benar terpegun...andainya tidak keberatan tuanku sudilah hadiahkan kepada patik untuk patik letakkan di GALERI KESATRIA SASTRA DIRAJA NUSANTARA RATU PUJANGGA CINTA 5 BENUA' menjadi sumber inspirasi patik mengarang dan menjadi bahan
KHAZANAH WARISAN BANGSA HADIAH DARIPADA TENGKU BADAR AL-AHMADI KERABAT DIRAJA BUGIS.
Untuk pengetahun tuanku ...patik ini minat juga mengarangkan pantun, syair, gurindam dan puisi bertemakan 'PENDEKAR LAKSAMANA HANG TUAH' jika disiarkan tuanku sudilah beri komentar ya...bila ada yang sudi memberi komentar patik lebih semangat lagi...semangat patik mengatasi semangat pendekar ....hehehe jika tuanku sibuk dengan kerjaya tuanku...patik amatlah faham walau pun terdetik hati ini rasa disepikan ...tapi demi perjuangan sabar sajalah. Tuhan bersama dengan hamba-Nya yagn sabar.
Cumanya bila patik merasakan rakan fb patik yang patik anggap sebagai rakyat Kerajaan Rimba Niagara tidak memberi apa-apa impak dalam perjuangan patik...sejujurnya patik terpaksa mencari kesatria yang lain. Rakyat patik sebagai rakan fb bukan ramai pun sekadar 40 orang....jika mereka tidak mahu memberi kerjasama atas alasan yang tersendiri...patik harap mereka boleh terima dengan redho jika patik mencari pejuang yang lain...begitulah patik tuanku demi sebuah perjuangan yang digalaskan patik terpaksa serius tentang rakyat patik yang tak sudi memberi kerjasama. Moga Allah ampunkan patik ...moga rakan fb patik samada pernah menjadi rakan fb atau yang sedang menjadi rakan fb sentiasa sudi memahami dan memaafkan patik. Bukan sengaja patik mahu jadi begini...tapi ini adalah takdir patik hidup sebagai DIAN MEMBAKAR DIRI SENDIRI MENERANGI ORANG LAIN makanya patik redha dan kawan fb patik juga redha juga jika tak terpilih menjadi rakyat Rimba Niagara. Rakyat Rimba Niagara semuanya berjiwa Kesatria mengutamakan perjaungnan yang diamanahkan rakyat Nusantara daripada kepentingan sendiri walau rakyat patik berdarjat Raja sekalipun ...jika mereka tidak mahu menyokong perjuangan patik sekali lagi patik minta maaf. Moga mereka sudi memahami dunia perjuangan patik di bidang Sastra yang mempunyai agenda yang tersurat di sebalik yang tersirat...semua-NYa Dalam ATURAN ALLAH SWT. PATIK REDHA APA JUA TAKDIR YANG DITAKDIRKAN KE ATAS PATIK TUANKU
Sekian. Wassalam,
Patik yang berjawatan
RATU RIMBA NIAGARA
PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
28 Syawal 1434H
4 September 2013M
(PETIKAN DARIPADA WALL TENGKU BADAR AL-AHMADI)
4 September 2013
0 comments:
Post a Comment