Makasih atas kesudian memberi penghargaan kepada syair dan puisi yang ditulis.
Saling menghargai itulah arti Budaya Nusantara Yang Agung. Maka bakat semua sahabat kita dapat diserlahkan untuk dibanggai oleh semua rakyat Nusantara betapa bersyukur pada Allah swt Kurniakan bakat kepada hamba-Nya untuk berbakti kepada penghuni bumi dalam rasa jiwa seorang hamba yang terlalu kerdil di Sisi-Nya. In Shaa Allah Aamiin.
Saling menghargai itulah arti Budaya Nusantara Yang Agung. Maka bakat semua sahabat kita dapat diserlahkan untuk dibanggai oleh semua rakyat Nusantara betapa bersyukur pada Allah swt Kurniakan bakat kepada hamba-Nya untuk berbakti kepada penghuni bumi dalam rasa jiwa seorang hamba yang terlalu kerdil di Sisi-Nya. In Shaa Allah Aamiin.
- MOGA KUBURKU KUBURMU KUBUR SEMUA YANG TERSAYANG
MENJADI TAMAN-TAMAN SYURGAWI AAMIN YA RABBAL A'LAMIIN.
DUHAI TEMAN SETIAKU YANG BERNAMA KUBUR
kuburku
apa kabarmu di sana
ku tahu kau sedang menantiku
penantian mu penuh setia
penuh debaran
penuh....penuh ...tanda tanya?
kau akan tanya
apakah aku sudah bersiap sedia masuk ke alammu
yang gelap sunyi sepi pastinya sepi tanpa sesiapa lagi di sisi
yang aku tahu bila mayatku masuk ke kubur
betapa
berdarjatnya aku
kayanya aku
miskinnya aku
perkasanya aku
cantiknya aku
mayatku akan mengembung setelah 7 hari ditanam dalam kubur
setelah mengembung akan meletup membusuk menjadi ulat-ulat
yang mengemik-ngemik dan aku jadilah tengkorak
itu yang aku tahu dari segi pemikiranku yang lojik ini
yang aku tahu lagi bila mayatku ditanam di dalam kubur
setelah tujuh tapak kaki semua keluarga saudara mara sahabat handai pulang ke rumah aku akan disoal oleh malaikat mungkar nakir dengan 5 soalan kubur
mereka yang masih hidup menggelarkan aku pocong kerana telah menjadi adat manusia mana-mana manusia yang mati digelar pocong
macamlah dia tak akan jadi pocong satu hari nanti
ye lah ini hari aku masuk ke kubur
mahu tak mahu giliran kamu akan tiba juga
walaupun kamu mahu mengelakkan daripada kematian
tua mati
muda mati
kaya mati
miskin pun mati
apa yang hendak aku kisahkan
yang aku kisahkan
gimana aku di dalam kubur
selamat kah
atau tidak selamat
tanya hati
tanyalah iman
mahu apa pada kuburku
mahu wangikah
mahu busuk kah
kita yang menentukan wangi atau busuk itu
ha itu bergantunglah pada hati kita ketika hidup
kalau hati kita baik ....baiklah kubur kita
kalau hati kita jahat...sendirilah jawablah gimana kubur kita
tika di dunia aku punya rumah bagaikan istana
itu pun tak cukup lagi nak rumah istana sebanyak mana yang boleh
tika di dunia aku ada tanah beribu ekar
itupun tak cukup
aku nak banyak lagi
tanah kepunyaan orang yang dah termaktub hak orang
aku nak juga
aku panggil juru ukur tanah yang paling hebat
katakan tanah mereka itu milik aku
hingga bergaduh-gaduh
hingga berparang-parang
hingga berbunuh-bunuhan gara-gara perebutan tanah
tanah...tanah...tanah...
luas gimana pun aku punya tanah
aku tinggalkan juga...
tanah yang seluas kubur ini saja yang aku punya
takutnya aku duduk dalam kubur ni
sempit...lemas aku tika mereka tutup lubang kuburku dengan tanah
menjerit aku kelemasan minta tolong
tapi seorang pun tak dengar kecuali haiwan yang melata di muka bumi ini
haiwan pun tak dapat nak tolong aku
malah mengejek aku
"padan dengan muka engkau...masa engkau hidup tamak sangat dengan tanah
ha sekarang tinggallah engkau dalam tanah tu menunggu azab yang bakal kau
terima hingga hari qiamat"
"terkedu aku mendengar ejekkan haiwan itu...masa aku hidup tak pernah pulak aku
dengar haiwan bercakap-cakap...dah mati baru aku dengar...haiwan itu ketawakan
aku lagi...masa engkau hidup engkau ambil tanah orang lain sekarang ini tanah kuburmu sendiri akan menghimpit engkau...rasakan azab Tuhan balasan hamba-Nya
yang mengambil tanah orang lain walaupun seinci...rasakan...rasakan...akibat tak
bersyukur dan redha tanah yang kau punya....inilah balasannya..."
duhai kuburku
ngeri aku dengar ejekkan haiwan
semuanya menginsafkan aku
mulai detik ini
aku nak insaf
aku mahu sucikan hati dari segala yang boleh membuatkan kuburku menangis
aku mahu kuburku wangi sewangi hati Syurga...
In Shaa Allah AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin.
Karya Ratu Rimba Niagara
15 Mac 2013
KASIH SUARA AKHIRAT
Kaya macam mana manusia itu
Dia tetap miskin
Apa maksudmu?
Sebab aku ni kaya punya harta tak terkira banyaknya
Kau lahir ke dunia ini kosong...
Lagi aku tak faham?
Apa maksud kosong
Aku lahir atas kehendak ibu dan ayah aku
Apa pulak kosong...
Kau silap...
Kau lahir atas kehendak Pencipta-Mu
Kalau kau lahir atas kehendak ibu dan ayahmu
Pasti mereka hendak anak mereka sempurna cantik dan tampan
Tak ada satu pun celaan yang menyusahkan hati mereka
Dan yang kukatakan kosong itu...tika kau lahir
Tiada apa pun yang kau bawa ....kosong
Mati pun cuma kain kafan yang kau bawa
Kalau mati membawa semua hartamu yang ada
Jenuh juga orang nak menggali kuburmu
Satu bulan hendak menggali kubur pun tak siap-siap...
Apa maksudmu?
Katakan jangan selindung-selindung aku tak suka
Jelaskan sejelas-jelasnya agar aku faham
Sebab aku ni pencinta harta
Bagiku harta adalah segala-galanya
Untuk diri aku sendiri pun aku berkira
Inikan hendak bersedekah
Kirim salamlah
Kalau nak kaya usaha sendirilah
Kau tahu kerana aku banyak hartalah aku
Ramai suka berkawan dengan aku
Aku pun pelik kenapa mereka suka berkawan dengan aku
Dan hormat gila-gila dengan aku...
Aku bukan bagi pun harta aku pada mereka
Tapi masih terhegeh-hegeh nak menjadi kawan aku
Pelik kan manusia ini..
Cuba aku papa kedana...
Seorang pun tak mahu berkawan dengan aku...
Manusia ini sukakan harta
Sebab itu aku sukakan harta
Kerana harta aku dihormati dan disanjungi
Ke mana saja aku pergi semua hormat aku
Dan sanjungi aku ...
Sebab itu aku suka...suka....sukakan harta...
Hidup aku senang lenang atas usaha aku sendiri
Harta yang banyak inilah Syurga duniaku...
Kau terpedaya dengan diri kau sendiri
Harta yang banyak itu kau nak bawa ke kubur ke?
Ha...sebab itulah aku katakan tadi
Sebulan hendak menggali kuburmu pun ak siap-siap
Sebab segala eset yang kau miliki mahu ditanam sama
Kau bayangkanlah rumah kau yang macam istana ini
Nak di kebumikan juga...
Itu baru istana belum lagi yang lain nak dikebumikan juga
Yelah nak ikut wasiat tuannya...
Dalam kubur pun kau nak teruskan perniagaan mewahmu jugakan...
Tapi aku tak pernah dengar orang dalam kubur
Jalankan perniagaan...ada ke pembelinya
Takkan ahli kubur masih lagi nak berjual beli ye..
Macam mana ye rupanya pembeli produk aku
Dibeli boleh pocong-pocong
Hee takutnya nasib baiklah aku pun sudah bergelar pocong...
Tapi apa produk yang aku nak jual ye...kalau aku jual mereka
Berminat ke nak beli...buntu aku ni...
Kalau kau tak nak buntu...dari sekaranglah kau kena berubah...
Apa maksud kau? Tolong bantu aku dari kebuntuan ini agar aku tak
Menyesal sebelum aku bergelar pocong
Hidup jangan leka sangat dengan pesona dunia...
Harta kau yang banyak-banyak ni
Banyak-banyaklah kau infakkan ke jalan-Nya
Itulah keuntungan yang tak akan habis-habis
Biarpun kau sudah berada di alam barzah
Kau bukan lagi menjadi jutawan pocong
Tapi kau adalah roh suci yang telah disucikan
Dengan harta yang telah kau infakkan ke jalan-Nya
Di dunia kau mencari jalan-jalan ke Syurga
Di kubur mu nanti kaulah ahli Syurga
Kau tidur sebagai ahli Syurga dan diperlihatkan
Syurga yang Maha Indah hingga tiada apa yang
Kau lafazkan melainkan
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR
Dan mesti kau rasa bersyukur ketika di dunia kau
Sempat bertaubat dengan menginfakkan hartamu
Ke jalan-jalan Syurga-Nya
Masya-Allah aku tak terfikir
Sebagaimana yang kau fikir
Terima kasih suara akhirat
Kaulah sahabat dunia akhiratku
Moga Rahmat Allah Azzawajalllah
DiLimpahkan kepadamu dan seluruh ahli keluargamu
Yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
29 Jun 2012
SEMUA JASAD BAKAL DIMAKAN CACING DAN ULAT
Secantik dan setampan apa-pun wajah kita. sesexi dan segagah apa-pun tubuh kita. Sekaya dan setinggi apa-pun jabatan kita. Jangan-lah terlalu berlebih-lebihan membanggakan diri dengan KESOMBONGAN..!!! Sesungguhnya semua itu akan HANCUR kelak termakan CACING dan ULAT...!!!
(PETIKAN DARIPADA SUARA AKHIRAT)
16 Jun 2012
ULAT ROH
Semua orang pasti mati
tak tahu bila masanya
akan mati
mahu tak mahu pasti tempuhi juga
muda atau tua
pasti mati
aku tak terkecuali
pasti mati
adakah aku takut?
Ya ...aku takut
kalau matinya aku
tanpa bekalan
kalau aku yakin ada bekalan
tapi aku tetap takut
takut bekalan yang kubawa
tidak diterimaNya
lalu aku dicampakkan ke Neraka
itulah yang kutakuti
bukan aku takut mati
aku takut...aku takut bekalanku tak diterimaNya nanti.
Apabila mati...
Jasadku tentu membusuk
dimakan jutaan ulat
jika itu hukum alam
aku redha
tapi jika amalanku
dimakan ulat-ulat rohku
macam mana?
Allahu Akbar
merana rohku
merana yang tak tertebus!
Nak menangis pun tak berguna
jasad dah hancur dimakan ulat
tangisan roh percuma saja.
Ya Allah ... aku rela jasadku dimakan ulat
tapi aku tak mahu amalanku dimakan ulat-ulat roh
tolonglah Ya Allah kasihanlah aku
izinkan aku melakukan amalan ikhlas semata keranaMu
agar ianya menjadi
bekalan yang Kau terima
dan jauhkan bekalanku dimakan ulat-ulat roh.
Amin Ya Rabbal A'Lamin.
Karya: Putri Rimba Niagara
16 Jun 2012
JANGAN BERBANGGA APA YANG DIMILIK KERANA MATI PASTI MENJEMPUT KITA
Kesultananan Indrapura:
"Jangan bangga berkulit putih karena kulit terakhir kita adalah tanah liat!
"jangan bangga dengan rumah bagus dan besar karena rumah terakhir kita adalah kuburan 2x1meter!
"Jangan bangga dengan baju bagus karena baju Terakhir kita adalah kain kafan!
"Jangan bangga dgn Mobil & Motor bagus ,karena kendaraan kita yang Terakhir adalh keranda?"
You, Kesultanan Indrapura and 16 others like this.
Adi Jaya Kesuma:
Dan berbanggalah kita karna menjadi Umat Muhammad SAW....
Tengku Zulaikha betul tu
yang di dunia hanya titipan/sementara sedangkan yang di akhirat yang kekal abadi ..
Pakoe Jagad Djawa Dwipa:
Leres/ Betul sekali. Beruntunglah kita semua yang masih memunyai Tuhan Yang Baik, walaupun agama kita berbeda semua tapi Tuhan masih memberi makan, rizqi bagi yang mensyukurinya, serta tidak memilih/ membedakan mana yang umat-Nya dan mana yang bukan Umat-Nya. Tetapi celakalah bagi orang2 yang Ingkar, kufur, sombong dengan Nikmat dan Berkah-Nya kelak di kemudian hari nanti. Terlebih kita terlahir dari Titisan Keturunan Darah Pewaris Raja, yang tidak bisa di pesan terlebih dahulu kepada Sang Khalik Mempunyai Agama yang lurus dijalan-Nya serta Nabi Muhammad yang menjadi panutan serta contoh di seluruh Umat Islam serta penutup dari seluruh Nabi dan Rasul Utusan-Nya.
Ratu Rimba Niagara:
Makanya sentiasalah menjadi hamba-Nya yang sentiasa bersyukur atas apa yang dimiliki dan sentiasa mencari jalan-jalan redho Ilahi untuk bekalan kita di hari mati.
(PETIKAN DARIPADA WALL KESULTANAN INDRAPURA)
1 Jun 2012
SOAL JAWAB DI KUBUR
Soal jawab dalam kubur
November 26, 2007 — sulaiman
Kubur itu satu taman dari taman syurga atau satu gaung dari gaung neraka
Terpulanglah kepada keadaan seseorang. Kitalah yang membentuknya.
Hadith dari Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:
Apabila ditanam mayat, maka didatangi dua malaikat yang hitam legam dan matanya biru dikenali dengan Mungkar dan Nakir yang mendudukkan mayat itu dan memasukkan roh ke dalam jasadnya dan bertanya:
“Apa yang kamu katakan (apa pendapat kamu) tentang lelaki ini”
Dalam Riwayat Abu Daud disebut, “Apa akidah kamu tentang lelaki ini?
Allah akan memberi hidayah kepada orang mukmin yang akan menjawab
“Ini Rasul kami” dan kami telah beriman dengannya”
Dalam satu riwayat yang lain, “Siapa lelaki ini yang diutuskan kepada kamu?”
Orang mukmin akan menjawab itu hamba Allah dan Rasulnya. Aku naik saksi Muhammad itu hamba Allah dan rasul kamu. Malaikat mengatakan “aku tahu kamu boleh jawab”
Siapa lelaki ini?
Setengah ulama mengatakan Rasulullah dihadirkan dalam alam barzakh setiap orang yang mati, setengah lagi mengatakan makam (kubur) Rasulullah diperlihatkan kepada orang yang meninggal itu.
Azab dan soal jawab kubur
Malaikat menunggu hingga dijawab soalan itu barulah dipukul (Orang yang tidak boleh jawab dengan betul).
Orang yang tidak cukup sembahyang dan tidak menqadhanya juga akan dipukul malaikat. Rasulullah suruh qadha sembahyang samada kerana terlupa atau tertidur. Maka orang yang sengaja tinggal sembahyang, lebih lagi kena qadha (perlu qadha sembahyang).
Ada yang dikecualikan dari soal jawab kubur seperti :-
orang mati syahid,
mati hari Jumaat atau malam jumaat,
mati bulan Ramadhan
wali-wali yang besar atau hebat
Audio: http://nasbunnurain.multiply.com/ music/item/252/ Mastika_Hadith_Jilid_1-_bab_ber iman_pada_hari_akhirat
Anak-anak Belajar Tentang Jenazah & Kubur (2)
By Shahmuzir
Sambungan dari: http://muzir.wordpress.com/2011/10/17/ anak-anak-belajar-tentang-jenaz ah-kubur-1/
Perjalanan dari masjid ke tanah perkuburan adalah lebih kurang dalam 7km sahaja. Tidak jauh. Sambil memandu, saya menerangkan kepada anak-anak tentang misi seterusnya supaya mereka faham apa nak buat.
“Alhamdulillah, selepas solat jenazah kita nak pergi kubur pulak” Terang saya.
“Jauh ke?” Nabilah bertanya.
“Tadi Abah tanya kat pemandu van jenazah, dekat je. Kat Puncak Alam je.” Jawab saya.
“OK, macam Abah cakap kat Umi pagi tadi, ni Abah nak terangkan semula kat anak-anak Abah apa kelebihan kita solat jenazah dan iringi jenazah ke kuburan ya…” Saya mengambil perhatian anak-anak saya.
Kelihatan semua menumpukan perhatian ke atas apa yang bakal saya ucapkan, kecuali Jannah. Jannah yang baru berumur dua tahun lebih sibuk dengan kerjanya sendiri…
“Kita datang ziarah jenazah, solat jenazah dan iringi jenazah ke kuburan ini adalah kerana ia saranan Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam…” Saya memulakan nasihat.
“SallAllahu `alaihi wasallam” serentak Nabilah dan Husna menjawab.
“Nabi sallAllahu `alaihi wasallam kata seseorang yang mensolatkan jenazah dan mengiringi jenazah akan diberikan pahala sebesar 1 qirat atau 2 qirat. Tahu tak apa itu 1 qirat?” Tanya saya.
“Tak tahulah Abah…” Jawab Nabilah dan Husna.
“OK, 1 qirat ni lebih kurang sebesar bukit Uhud. Maknanya pahala orang mensolatkan jenazah, lalu mengiringinya ke kuburan sangat besar pahalanya. Kita kalau dapat berita kematian tak kiralah samada kenal atau tidak, sepatutnya ambillah peluang untuk solatkan jenazahnya dan iringi jenazahnya ke kuburan. Selain ia tanggungjawab sesama muslim, pahala yang ALLAH berikan kepada kita sangat besar. Tak patut kita lepaskan peluang macam ni…” Jelas saya.
Masing-masing mendengar sahaja.
“Sampai kat kubur nanti, pertama sekali apa yang patut kita buat?” Soal saya kepada anak-anak.
“Entah. Bagi salam kot…” teka Nabilah, lalu diikuti Husna dengan tekaan yang sama.
“Betul. Pandai anak-anak Abah. Sampai kat sana nanti, berilah salam kat ahli kubur ya…” Saya mengesahkan jawapan mereka.
“Macam mana cara nak beri salam tu Abah?” Tanya Husna.
“Assalamu`alaikum wahai penghuni kubur. Ucap macam tu pun takpe” Cadang saya dengan ucapan yang mudah supaya mereka mudah ingat dan boleh praktikkan.
Kedengaran suara masing-masing dari belakang kenderaan mempraktikkan cara beri salam kepada penghuni kubur.
“Dengar ni baik-baik. Dah sampai kat kubur nanti, Abah nak minta anak-anak Abah jangan bersungut ya” Pinta saya.
“Bersungut tu apa Abah?” Tanya Husna lagi.
“Bersungut tu macam merungutlah. Kan Abah?” Nabilah cuba menerangkannya kepada adiknya, Husna, lalu meminta pengesahan saya.
“Lebih kurang macam tulah. Ya, Abah minta anak-anak Abah agar jangan merungut penatlah, letihlah, dahagalah, panaslah, boringlah dan macam-macam perangai yang buat Abah tak suka. Kubur bukanlah tempat untuk kita fikirkan tentang keselesaan diri kita. Kat situ sebaiknya kita sabar dan insaf serta ambil pengajaran terhadap kematian” Saya memberikan penerangan.
“Baik Abah” Jawab Nabilah dan Husna.
“Kat sana nanti, anak-anak Abah berdirilah dan tengoklah kubur-kubur yang ada dan fikirkan tentang penghuni yang berada di dalam kubur-kubur itu supaya datang rasa keinsafan kepada diri sendiri” Sambung saya.
“Fikirkan diorang kena pukul dengan Malaikat ke, Abah?” Tiba-tiba Husna mencelah.
“Eh, bukan begitu. Tak semestinya mereka semua tu kena pukul. Tapi, fikirkanlah suasana bagaimana mereka semua sedang sibuk ditanya oleh dua Malaikat. Dan bayangkan pula kita sendiri yang berada di dalam tu… Supaya kita insaf apabila berfikir tentangnya” Jawab saya.
“Apa soalan-soalannya yang Malaikat akan tanya, Abah?” Nabilah mengutarakan soalan.
“Pertama sekali, Abah nak tanya, siapa nama dua Malaikat yang tanya soalan di dalam kubur? Nabilah dan Husna dah belajar kan kat sekolah? Hah, cer jawab…” Soal saya kepada anak-anak.
“Malaikat Mungkar dan Nakir!” Jawab Nabilah setelah tersasul dengan nama-nama Malaikat yang lain.
“Bagus. OK, dua Malaikat itu akan tanya: Siapa Tuhan kamu? Apa agama kamu? Siapa Nabi kamu? Hah, Nabilah dan Husna boleh jawab tak?” Saya menjawab lalu menyoal mereka pula.
Anak-anak saya bercakap-cakap sesama mereka di belakang kereta. Faisal dengar sahaja kakak-kakaknya berbincang dua orang.
“Err… ALLAH lah TUHAN kita. ISLAM lah agama kita. Nabi Muhammad lah Nabi kita. Kan Abah?” Jawab Nabilah dan Husna secara bersama-sama
“Ya, itulah jawapannya. Tapi kita nanti di dalam kubur hanya boleh jawab jika kita betul-betul beriman dengan itu semua. Jika semasa hidup tak beriman dengan itu semua, maka di dalam kubur siaplah!!!” Saya memberikan respon dengan nada mengancam.
Terdengar nada kerisauan dari Nabilah dan Husna. Saya biarkan mereka berfikir sambil saya memandu kenderaan. Di depan sana, kelihatan van jenazah sudah masuk selekoh, keluar dari jalan besar. Mungkin dah nak sampai kawasan perkuburan agaknya.
“OK, kita dah nak sampai dah ni. Nampak banyak kereta beratur depan kita ni. Semua ni nak pergi kuburlah ni. Mereka semua ni nak kejar pahala sebesar bukit Uhud. Hah, Anak-anak Abah cuba lihat bukit tu? Besar tak?” Saya mengajak anak-anak saya melihat sebuah bukit yang paling dekat dengan kami yang jaraknya mungkin hanya satu kilometer dari kami.
“Nampak…!” Jawab semua serentak.
“Ha, kalau pahala sebesar tu banyak tak?” Tanya saya.
“Banyaklah Abah!!!” Jawab mereka.
“Ha, itu baru bukit di Puncak Alam. Belum bukit di Uhud lagi. Bukit Uhud tu lebih besar dari tu tau. Betapa ALLAH ni Maha Pemurah. ALLAH memang nak beri pahala kepada kita semua. Dengan syarat kita mesti beramal” Jelas saya.
Saya cuba memahamkan mereka betapa besarnya pahala yang ALLAH nak beri kepada orang yang mensolatkan dan mengiringi jenazah ke kuburan. Dalam hadith ada disebut 1 qirat untuk yang hanya mensolatkan jenazah. Manakala 2 qirat untuk orang yang mensolatkan dan mengiringi jenazah ke kuburan sehingga selesai dikebumikan. Dan ukuran 1 qirat lebih kurang sama dengan saiz Bukit Uhud.
Yang paling penting ialah kesan buat diri sendiri dari mensolatkan dan mengiringi jenazah ke kuburan ialah mendatangkan keinsafan kepada diri tentang kematian. Itulah hikmah utama perbuatan mensolatkan jenazah dan mengiringi jenazah ke kuburan hingga selesai dikebumikan.
“Ya ALLAH, besarnya, banyaknya pahala!” Nabilah dan Husna mula teruja. Faisal turut teruja sama. Jannah pula menunjukkan jarinya ke bukit itu setelah melihat abang dan kakak-kakaknya menumpukan perhatian kepada bukit tersebut.
“ALLAHU AKBAR! InsyaALLAH, kalau kita ikhlas nakkan pahala dari ALLAH, ALLAH akan beri. Mudah-mudahan kita diberikan pahala dariNYA. Sebab tu Abah dah sebut tadi, jangan lepaskan kesempatan solatkan jenazah dan iringi jenazah ke kuburan kalau ada peluang.” Sambung saya.
“Baik, Abah.” Nabilah dan Husna memberikan respon mereka sambil mengangguk.
“Ok, kita dah nak sampai dah. Abah nak beritahu, di kubur nanti jangan merungut-rungut ya. Tak payah duduklah. Berdiri je di kuburan nanti. Beri penghormatan kat jenazah tersebut.” Saya memberikan nasihat yang terakhir sebelum kenderaan sampai di tanah perkuburan.
“Berdiri je? Tak boleh duduk?” Tanya Husna.
“Ya, sebaik-baiknya berdirilah. Kalau nak duduk, jangan duduk di atas kubur. Cari tempat lain kalau penat nak duduk. Sebab Nabi larang kita duduk di atas kubur. Nabi memberi ancaman lebih baik duduk di atas bara api berbanding duduk di atas kubur. Kalau nampak ada orang duduk di atas batu binaan kubur, jangan buat macam tu. Nabi tak suka.” Jelas saya.
“Dan kalau berjalan tu, kena hati-hati. Jangan pijak atau melangkah kubur orang.” Sambung saya lagi.
“Macam mana nak tahu itu kubur?” Husna bertanya.
“Kalau nak kenal sesuatu kubur, lihat dua batu nisan yang berada di atas kubur tu. Hah, dah nampak dua batu nisan tu, maknanya kat tengah-tengah tu kuburlah. Ada ‘orang’ kat dalam tu. Jangan langkah atau pijak tau” Jelas saya kepada pertanyaan Husna.
“Kat kubur nanti tak perlu baca apa-apa ke, Abah?” Soal Nabilah.
“Doakanlah untuk jenazah tu supaya ALLAH ampunkan dosa-dosa dia. Dan dengarlah nasihat-nasihat Imam yang ada di kubur tu nanti ya. Mudah-mudahan dengan perbuatan kita yang mendoakan untuk si mati, nanti apabila kita mati, ada orang sudi untuk doakan untuk kita juga.” Jawab saya kepada Nabilah pula.
Sudah banyak kenderaan yang sampai. Kelihatan tanah perkuburan tersebut masih banyak kosong. Mungkin tanah perkuburan ini kawasan perkuburan baru. Kelihatan lebih kurang 5 barisan panjang kubur di situ. Saya mencari tempat yang sesuai untuk meletakkan kenderaan. Anak-anak kelihatan teruja untuk mengamalkan apa yang telah dibincangkan tadi.
“Assalamu`alaikum!!!” Tiba-tiba Faisal memberi salam sambil mengangkat tangan. Kelihatan semangat betul dia. Kuat pula suaranya.
“Faisal bagi salam kat siapa tu?” Tanya saya tersenyum kehairanan.
“Faisal bagi salam kat kuburlah!” Jawab Faisal dengan penuh yakin.
Saya tertawa melihat gelagatnya yang berjalan laju ke arah kubur. Siap angkat tangan lagi beri salam kat kubur, hehe. Dia berjalan paling depan mendahului kami sekeluarga. Aduhai…
“Bukan beri salam macam tu…” Saya menegurnya sambil tersenyum.
“Habis tu macam mana?” Tanya Faisal dengan muka innocentnya.
“Beri salam perlahan-lahan dan tenang. Terkejut pulak orang kat dalam kubur tu nanti, hehe” Jawab saya sambil bergurau.
“Ooo…” Respon Faisal selamba. Kemudian dia ulangi semula beri salam dengan suara yang agak perlahan. Hehe, macam-macam Faisal ni…
Sampai di kubur, saya terus menolong angkat keranda hingga ke tepi kubur. Lubang kubur sudah tersedia. Alhamdulillah, proses mengebumikan jenazah ke liang lahad berjalan dengan baik. Saya tunjukkan pada Faisal dengan dekat bagaimana jenazah tersebut dikebumikan. Supaya dia boleh nampak dengan jelas.
“Orang tu tadilah yang duduk dalam kotak keranda tu, yang Faisal ketuk tadi. Nampak tak dia sedang ditanam ke dalam tanah?” Saya membisikkan pada Faisal yang kelihatan khusyuk melihat proses pengebumian tersebut.
“Dia duduk dalam tu ke, Abah?” Faisal bertanya dengan perlahan.
“Ya, semua orang yang mati akan duduk kat dalam tu” Jawab saya ke telinganya.
Alhamdulillah, kelihatan anak-anak begitu menghayati keadaan yang berlaku di kubur. Agaknya mungkin sebab mereka sudah diberikan penerangan dan nasihat tentang kelebihan dan adab di kubur ketika di dalam kereta. Kalau mereka tidak diberi nasihat sebegitu, barangkali tentu lain persepsi dan lagak mereka. Sekurang-kurangnya mereka tahu tujuan dan sebab mereka berada di situ.
Mudah-mudahan catitan ini bisa dimanfaatkan oleh anak-anak saya apabila mereka membacanya nanti. Saya tulis catitan ini sebagai ingatan semula buat mereka. Walaupun banyak lagi dialog yang tidak dimasukkan ke dalam ini disebabkan lupa, namun dengan tercatitnya dialog di atas semoga mereka dapat mengingat semula perbualan kami tentang kelebihan mensolatkan dan mengiringi jenazah ke kuburan serta adab-adabnya.
Semoga mereka semua menjadi anak-anak yang soleh, amin…
Shahmuzir Nordzahir
muzir.wordpress.com
18 Oktober 2011
NAK MARI KITA SOLAT
nak mari kita solat nak...
tanda kita cinta Allah nak
Allah sayangkan kita nak
kita solat dibalas Syurga nak
mudah solat nak
kita solat dapat Syurga nak
rugi tak solat nak
kita solat Allah akan sayang sama kita nak
bila Allah sudah sayang kita
jiwa kita tenang nak
kita tak perlu lagi
sandarkan pergantungan hidup pada orang lain nak
memadailah Allah untuk hidup dan mati kita nak
Allah yang mengatur hidup dan mati kita nak
nak mari kita solat nak
selagi kita ada hayat
kita akan solat nak
di mana pun kita berada kita akan solat nak
kita sihat kita solat
kita sakit kita solat
kita berada di medan perang pun kita solat nak
nak jangan tinggal solat nak
nanti merana hidup kita nak
betapapun kita kaya
betapapun kita miskin
solat tak boleh ditinggalkan nak tanpa apapun alasan...
nak mari kita solat nak
jangan tinggal solat ye nak
solat pendinding kita daripada sebarang kejahatan
kita tak akan fikir yang jahat-jahat nak
semuanya kita fikirkan yang baik-baik
kita mahu kawan pun dengan orang yang baik-baik
janganlah bila dah mati
minta orang doakan roh kita dimasukan di kalangan orang beriman
sedangkan semasa hidup kita tak pernah solat nak
adakah Allah hendak memakbulkan doa mereka untuk kita nak
sedih kan nak jika jadi macam tu ...
makanya nak sebelum kita mati
kita solat ye nak ye...
kita ajak kawan-kawan kita solat
kita berjemaah di masjid sama-sama
biar sama-sama masuk Syurga
pasti bahagia kita ...kan3
kita punya keluarga, rakan sahabat taulan
semuanya ahli solat
ALLAHU AKBAR bahagia roh kita nak..
aman roh kita nak
tenang roh kita nak
tenang tika berjumpa dengan Allah tika solat di dunia
tenang juga tika berjumpa Allah semasa roh kita tinggalkan jasad kita nak...
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
itulah ketenangan yang hanya kita dan Pencipta kita yang tahu
betapa tenangnya kita di kala PERTEMUAN HAMBA DENGAN ALLAH nak...
kita solat ye nak
kita sentiasa berdoa pada Allah agar kita menjadi ahli solat seumur hidup kita ye nak
AAMIIN AAMIIN AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
Karya Ratu Rimba Niagara
12 Mac 2013
(DIILHAMKAN PUISI ,'NAK MARI KITA SOLAT' istimewa mereka yang bergelar anak permata hatiku)
SEMOGA ALLAH SWT MEREDHAI HIDUP MATIMU USTAZ
Redha perlu dicari
Bukan dinanti
Inilah kisah yang ingin kukongsikan bersama pembaca alam maya
Sebagaimana yang diceritakan oleh salah seorang ustaz kepadaku
Ceritanya bermula begini.
Ini pengalaman ustaz itu sendiri yang kerjayanya sebagai pendakwah mahu menyebarkan agama Allah Azzawajallah...apa yang dilakukan hanyalah mahu memcari Redha Allah SWT di kala dia hidup dan mati.
Pengalamannya bersama Mat Rempit.
Ustaz rela dirinya dipukul
Disepak terajang dengan besi
Hingga berdarah-darah
Bengkak-bengkak urat sarafnya
Semata ingin menjalankan tugasnya sebagai khalifah Allah SWT
Berkat kesabaran ustaz
Mat rempit itu diberi Allah SWT
Nur Hidayah Kasih-Nya
Mat rempit tersebut kini menjadi
Seorang Hafiz Al-Quran
Atas bimbingan ustaz
Pengalamannya bersama
Ketua Babi Hutan
Ustaz bersama dua tiga orang
Ingin pergi berdakwah
Disebuah perkampungan orang asli
Yang semuanya bukan menganuti agama Islam
Dalam perjalanan ke sana
Di petengahan jalan
Kenderaan mereka dihadang oleh
Sekumpulan babi hutan
Ustaz keluar dari kenderaan
Bertemu dengan ketua babi hutan
Kerana dia sudah letakkan
Hanya Allah sahaja yang ditakuti
Dengan berani dia
Berkata dengan ketua babi hutan itu
Mata bertentangan mata
Ketua babi hutan merenung mata ustaz
"Duhai babi hutan sungguh pun engkau babi
Tapi kau redha dengan asal kejadianmu
Menjadi haiwan yang dilarang dimakan dan disentuh
Oleh Pencipta-Mu...mulianya kamu biarpun kamu
Bergelar babi...sifat redhamu amat tinggi...aku salut padamu babi..."
Ketua babi hutan itu menganggukkan kepalany tanda bersyukurnya
Dia pada Penciptanya yang mentakdirkan dia menjadi babi dan dia redha. Tergenang air mata ustaz penuh mengharu birukan jiwanya di kala itu.
"Babi...kau redha dengan hidupmu yang selamanya haram
Aku mahu ke seberang sana...untuk mencari redha Allah maka berilah
aku laluan agar aku dapat menyebarkan agama Allah..."
Ketua babi hutan menganggukkan kepalanya dan memberikan isyarat kepada semua sekumpulan babi hutan yang mengerumuni kenderaan
ustaz ..agar pergi dari situ.
Ustaz selamat pergi ke perkampungan orang asli dan berjaya mengislamkan sekampung orang asil tersebut.
Syukur Alhamdulillah kepada Allah sebanyak-banyak-Nya
Kepada ustaz pendakwah yang hidupmu penuh fisabilillah
Kami doakan moga Allah SWT meredhai hidup dan matimu nanti
Aamin Aamin Aamin Ya Rabbal A'Lamin
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
25 Mei 2012
KENAPA AKU BEGINI KENAPA KAU ANGGAP BEGITU?
Engkau ni keturunan puteri ke?
Engkau suka berlagak kan?
Meluat aku...
Weeii kau cermin sikit muka kau tu
Harap mekap je lebih
Buang mekap
Tengok...
Hodoh....
Maka dari itu cermin sikit
Engkau tu siapa...
Aku sentiasa sedar diri
Aku siapa
Yang tak secantikmu
Yang tak semudamu
Aku memang tak setandingmu
Ha sedar pun
Habis tu kenapa
Kau berlagak macam
Seorang puteri raja
Tak malu ke
Perasan?
Salah ke aku
Menghargai kecantikan
Kurniaan dari Allah
Kalau kau nak tahu
Jika aku tak bermekap
Wajahku hodoh
Kalau ditarik lapisan kulit
Wajahku ini lagi hodoh
Seperti tengkorak berjalan
Termasuk juga wajah
Engkau tanpa kulit di wajah
Engkau boleh bayangkan
Jadi apa nak dikesahkan
Pada kecantikan yang
Sementara ini...
Habis tu kenapa kau
Berwatak seperti puteri diRaja
Kau perasan nak jadi puteri ke
Putera mana yang hendak
Kau pikat dan
Putera mana yang akan terpikat
Denganmu
Lainlah aku cantik dan masih muda
Tak perlu mekap pun dah cantik
Sekali aku senyum 10 yang terpikat
Tapi aku tak semudah itu terpikat
Selagi dia itu bukan bergelar jutawan atau kerabat diRaja
Yelah kau cantik dan muda
Aku doakan apa yang kau impikan berjaya...
Tak perlu kau doakan sudah ada pun
Cinta gila-gila dengan aku
Kerana kecantikan aku
Aku pun anak orang berada
Makanya kenalah setaraf denganku
Syukur Alhamdulillah
Moga kau bahagia sahabatku
Tapi kenapa kau masih nak cemburu dengan aku
Kau sudah memiliki segalanya pesona dunia
Yang diimpikan oleh semua orang....
Habis yang kau berlagak macam puteri tu
Tak pesona dunia ke tu...
Teman...aku ini cuma
Menghayati watakku
Sebagai seorang puteri rimba
Yang tinggal bersama dengan
Penghuni rimba niagara
Takkanlah memegang watak
Sebagai puteri rimba pun
Nak cemburu....
Lainlah puteri untuk manusia
Bolehlah kau cemburu
Nasib baik puteri rimba
Kalau puteri istana memang aku cemburu
Dengan haiwan apa nak dicemburukan
Kalau cemburu juga aku lebih teruk daripada haiwan
Tak nak aku....
Tahu tak apa...
Mulai hari ini kau jangan cemburu ye
Kau beri saja sokongan/dukungan padaku
dunia sastraku agar aku dapat berpena
Dengan tenang tanpa ada rasa iri hati
Keikhlasan sokonganmu dalam karya
SASTERAKUDUNIAKU! amat kuharapkan darimu teman...
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
16 Jun 2012
SABARLAH DUHAI HATI KARNA DIA MENGERTI
duhai hati tetaplah kau istiqomah
biarpun hatimu terluka dilukai
hatimu remuk redam
hancur lulur
lumat selumatnya
biarkan...biarkan...biarkan...
apa lagi yang kau mahukan dalam dunia ini
melainkan cinta dan redho Ilahi...
biarpun dikau dipandang hina
lantaran ingin berbakti pada yang hidup dan yang mati
biarkan...
Allah tahu niat sucimu
setiap tetes air mata yang kau ngalirkan
ada Nilaian di Sisi-Nya
percayalah duhai hati
DIA merawat lukamu
DIA membebat lukamu dengan benang cinta-Nya
agar hilang segala duka nestapamu duhai hati
apalah ada artinya penghinaan mereka
asalkan DIA tahu niat mu semurni Syurga
DIA tetap bersamamu
biarpun tiada seorang pun hamba-Nya
yang mahu bersama dengan perjuanganmu
biarin...biarin...biarin...
apalah maknanya arti kecewa di dunia ini
apalah mananya arti harta yang bertimbun
jika ketenangan jiwa tak kau perolehi
duhai hati tetaplah kau istiqomah
atas perjuanganmu
selagi kau tahu perjuanganmu
ada Nilaian di sisi-Nya
duhai hati pujuklah hatimu
pujuklah imanmu
agar setiasa bersabar
apabila dihina
atas tidak kesempurnaanmu
ketahuilah oleh mu
tiada manusia yang sempurna di dunia ini
melainkan hidup terperdaya lagi memperdayakan
makanya yakinlah selagi kau hidup
jelas matlamatmu
bahawa mati itu benar
mati itu pasti
makanya istiqomahlah dikau dalam berbuat
amal soleh untuk persiapanmu
menempah tiket ke Syurgawi
In Shaa Allah bilamana roh keluar dari jasad
pabila malaikat membawa rohmu bertemu Tuhanmu
pastinya rohmu dalam tenang setenang
air di kali Syurga...
jika itulah yang kau perolehi berkat istiqomahmu
dalam berbuat amal soleh ketika hidup
tiada lebih berharga lagi biarpun alam dan seisinya
kau akan tahu betapa nikmatnya istiqomah
dalam berbuat amalan soleh
karna itulah bekalan yang paling berharga
paling bermakna
paling indah untuk kau persembahkan kepada
Allah Rabbul Idhzati...
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLLAHU AKBAR
sehingga hujung nyawa sabarlah duhai hati karna DIA mengerti...
Karya Ratu Rimba Niagara
14 Mac 2013
UKIRAN DAUNAN KASIH PUTRI RIMBA NIAGARA
Daunan kasih lambang kasih sayang sejati
Penghuni Rimba Niagara hidup berkasih sayang
Saling mempertahankan kasih sayang
Selagi nyawa di kandung badan
Kerana kasih setulus hati nan ikhlas kerana-Nya
Penting kerana kasih tak tersisih
Kasih bawa ke Syurga
Kasih dan cinta
Bukan berlandaskan
Kepentingan sendiri
Tak akan ada cemburu
Sakit hati
Luka dilukai
Yang ada kasih sejati
Berkorban jiwa
Demi kasih setulus ikhlas kerana-Nya
Jadinya
Seluruh penghuni Rimba Niagara
Pentingkan kasih dan sayang demi-Nya
Moga Allah SWT pelihara
Seluruh penghuni rimba niagara
Daripada mereka-mereka
Yang ada niat untuk
Memusnahkan kasih sejati kerana-Nya
Hidup ini cumalah setetes cuma
Apalah ada pada kami penghuni rimba ini lagi
Melainkan kami mahu kedamaian dan
Ketenangan jiwa yang abadi
Sebelum dijemput pulang ke pangkuan Ilahi
Ya Allah moga kedamaian seluruh penghuni
Rimba Niagara ini dapat bertumpang teduh
Di bumi-Mu dengan dengan aman dan bahagia
Tenang indah seperti hidup di alam Syurga-Mu
Aamin Aamin Aamin Ya Rabbal A'Lamin
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
12 Jun 2012
SEBAGAI ROH DI KALANGAN HAMBAMU YANG BERIMAN
Sahabat...
Biarpun nyawamu sudah habis
Tapi rohmu masih hidup
Hidup dan terus hidup
Tika jasadmu hidup...
Kita tahu wujudnya roh
Tapi kita tiada rasa kehadirannya hidup bersama kita
Selama kita hidup
Pabila kita solat bertemu Tuhan
Allah nampak kita
Dan kita rasakan kehadiran Tuhan
Cumanya jika kita tidak lalai dalam solat
Bila kita sudah bergelar roh
Roh cuma melihat jasad yang terbaring kaku
Sebelum dimandikan dikafankan disembahyangkan dikebumikan
Kini barulah kita yakin seratus peratus kita adalah roh
Bukan manusia lagi yang hidup
Mereka yang hidup tak nampak kita
Tapi kita nampak mereka
Sedang meratapi kematian kita
Kita ...bercakap-cakap dengan mereka
Tapi mereka tidak mendengar apa yang kita cakapkan
Semuanya sudah tiada apa-apa makna lagi...
Yang bermakna sekarang...
Bekalan yang di bawa...
Ye bekalan...
Allahu Akhbar ....
Adakah aku sudah bersedia untuk bertemu dengan Tuhanku
Yang menciptakan aku...
Yang memberi peluang ketika aku hidup di dunia
Ya Allah berkat aku bersangka baik dengaMu Ya Allah
Terimalah segala bekalan yang kubawa ini
Biarpun bekalan ini... malu untuk aku persembahkan padaMu
Serasa mahu aku dihidupkan semula
Agar aku masih berkesempatan mengumpul lagi sebanyak bekalan
Walaupun dengan menyebut sepatah perkataan Allahu Akhbar
Tapi mana bisa mungkin aku dihidupkan semula
Masa untukku sudah tamat
Sudah tercatat aku ditakdirkan hari ini adalah hari terakhir aku
Berhidup di bumi Tuhan.
Hari ini mahu tak mahu aku akan berjumpa dengan Tuhanku
Aku akan ditanya soalan kubur dan hari ini bersedia atau tidak aku mesti bersedia apa saja yang berlaku ke atas aku ...tak boleh sebut redho kerna redho itu hanya diberi peluang tika hidup di dunia saja.
Apa saja setelah mati adalah balasan yang setimpal dengan amalan ketika berhidup di dunia....
Allahu Akbar semasa hidupku yang aku pasakkan di kalbu bahawa
Kau sentiasa mengikut prasangka hambaNya...aku selalu berperasangka baik padaMu Ya Allah makaNya terimalah rohku ini
Sebagai roh-roh di kalangan hambaMu yang beramal soleh.
Aamin Aamin Aamin Ya Rabbal A'Lamin.
Karya Putri Rimba Niagara
28 Mei 2012
(PETIKAN DARIPADA BORNEO DALAM INDONESIA MALAYSIA & BRUNEI)
28 Mei 2012
KU DAN TUHAN
Tuhan ...
Aku rindu pada-Mu
Kapan hati yang keruh ini bertemu dengan-Mu
Wibawa sering lupa dan melakukan dosa
Akankah ampunan-Mu menyertai ku?
Tuhan ...
Aku makhluk ciptaan-Mu sempurna
Sempurna akan makhluk-makhluk-Mu
Bersikap, bermoral etika sistematika
Indah bersama norma-norma-Mu
Hanya kepada-Mu memohon Do’a
Tuhan ...
Aku bersyukur dalam cengkraman-Mu
Hadir tiap malam tuk mendekat dengan-Mu
Membina cinta yang indah ...
Indah surga moga jadi rumah abadi
Derai airmata menjadi saksi
By Muhamad Abdul Rahim
29 Juni 2012
Unlike · · Unfollow Post · 11 hours ago near Surabaya, Jawa Timur
TUHAN BALASLAH CINTA HAMBA-MU INI
Tuhan balaslah cinta hamba-Mu ini
Hamba adalah hamba-Mu yang hina
Tapi semampu daya ingin muhasabah diri
Ingin pulang ke Pangkuan-Mu
Dalam Redha lagi di Redhai
Aammin Ya Rabbal A'Lamin
PUTRI RIMBA NIAGARA
29 Jun 2012
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA & MUHAMAD ABDUL RAHIM
(PETIKAN DARIPADA WALL GRUP DIALOG RUMAH SASTRA BORNEO)
29 Jun 2012
PANTUN MUHASABAH DIRI SENDIRI
Tidurku lena yang panjang;
Terkeduku bila terjaga dari lena;
Aku menyesal memanjang,
Alam barzah menantiku dari lena.
Aku ketakutan pabila jaga dari lena,
Air mata penyesalan sudah tiada erti;
Lenaku di dunia membawaku ke sini,
Alam barzah yang sedia menanti.
Datang ke sini tanpa bekalan,
Aku menyesal terlepas peluang;
Peluang yang diberiNya kubiarkan,
Matilah aku dalam bekalan yang kosong.
Tuhan hidupkan aku ke dunia semula,
Mahuku berbuat segala amalan;
Berbuat baik pada Allah jua manusia,
Agar dapat kutebus segala penyesalan.
Tapi apakan daya nasibku malang,
Aku yang menempah nasibku begini;
Bukan Allah tidak memberiku peluang,
Ketika hidup aku orang yang rugi.
Menyesal aku sendiri,
Merana aku sendiri;
Kini aku menyendiri,
Alam barzah meranaku sendiri.
Oh! Tuhan di pagi yang mulia dan penuh berkat ini
Kau masih memberi aku peluang untuk aku merebut segala
peluang amalan sebagai bekalan ke alam barzah.
Dengan Belas-EhsanMu Tanpa Batas Kau Limpahkan
Sinar Nur Hidayah KasihMu padaku hingga ke nafas
terakhirku agar aku dapat membawa bekalan yang Kau Redhai.
Amin Ya Rabbal ALamin.
Karya Putri Rimba Niagara
28 Mei 2012
CINTA ALLAH SENTIASA ADA UNTUK SEGENAP HAMBA-NYA
Andai manusia tahu
Cinta Allah sentiasa ada untuk segenap hamba-Nya
Pasti waktu amat bermakna
Untuk memburu cinta-Nya yang tiada penghujung-Nya
Dan mengenepikan segala kebuntuan tak menentu
Karena waktu tak menunggu
Bila sampai waktu
Dipanggil Ilahi
Cinta-Nya yang didambakan di kala hidup
Terjawab sudah
Bahagia di kala itu
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR
Di sejadah cinta tika bersujud di dunia
Menjadi bukti cinta dibalas sesudah mati..
Itulah cinta yang berarti
Tiada henti...tiada noktah...
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
20 Jun 2012
WAHAI JIWA YANG TENANG...
surat Ar-Rad : 28:
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..”
(wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan ikhlas dan diridhoi, masukah kedalam golongan HambaKU, dan Masuklah kedalam SyurgaKU…).
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLAH
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajallah: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)
UKIRAN DAUNAN KASIH PUTRI RIMBA UNTUK SEMUA YANG DIKASIHI DAN DISAYANGI DUNIA AKHIRAT SAMADA YANG HIDUP ATAU YANG TELAH MENINGGAL DUNIA...SEGALA YANG ADA DI LANGIT DAN DI BUMI ..SEMOGA SEGALA NIAT MURNI DAN DOA YANG DIUKIRKAN DI DAUNAN KASIH PUTRI RIMBA NIAGARA DIMAKBULKAN ALLAH SWT AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN
16 Jun 2012
(PETIKAN DARIPADA USTAZ IT & WALL RATU RIMBA NIAGARA DISIARKAN UNTUK RAKAN FB & GRUP YANG DIKASIHI DUNIA AKHIRAT MERANGKAP TEMAN AKHIRATKU)
27 Syawal 1434H
3 September 2013M - HAKIKAT BAHAGIA DATANG DARI KEMAHUAN SENDIRI MENUJU JALAN PULANG KE PANGKUAN ILAHI (1)
SEMUA JASAD BAKAL DIMAKAN CACING DAN ULAT
Secantik dan setampan apa-pun wajah kita. sesexi dan segagah apa-pun tubuh kita. Sekaya dan setinggi apa-pun jabatan kita. Jangan-lah terlalu berlebih-lebihan membanggakan diri dengan KESOMBONGAN..!!! Sesungguhnya semua itu akan HANCUR kelak termakan CACING dan ULAT...!!!
(PETIKAN DARIPADA SUARA AKHIRAT)
16 Jun 2012
ULAT ROH
Semua orang pasti mati
tak tahu bila masanya
akan mati
mahu tak mahu pasti tempuhi juga
muda atau tua
pasti mati
aku tak terkecuali
pasti mati
adakah aku takut?
Ya ...aku takut
kalau matinya aku
tanpa bekalan
kalau aku yakin ada bekalan
tapi aku tetap takut
takut bekalan yang kubawa
tidak diterimaNya
lalu aku dicampakkan ke Neraka
itulah yang kutakuti
bukan aku takut mati
aku takut...aku takut bekalanku tak diterima-Nya nanti.
Apabila mati...
Jasadku tentu membusuk
dimakan jutaan ulat
jika itu hukum alam
aku redha
tapi jika amalanku
dimakan ulat-ulat rohku
macam mana?
Allahu Akbar
merana rohku
merana yang tak tertebus!
Nak menangis pun tak berguna
jasad dah hancur dimakan ulat
tangisan roh percuma saja.
Ya Allah ... aku rela jasadku dimakan ulat
tapi aku tak mahu amalanku dimakan ulat-ulat roh
tolonglah Ya Allah kasihanlah aku
izinkan aku melakukan amalan ikhlas semata keranaMu
agar ianya menjadi
bekalan yang Kau terima
dan jauhkan bekalanku dimakan ulat-ulat roh.
Amin Ya Rabbal A'Lamin.
Karya: Putri Rimba Niagara
16 Jun 2012
KENAPA AKU BEGINI KENAPA KAU ANGGAP BEGITU?
Engkau ni keturunan puteri ke?
Engkau suka berlagak kan?
Meluat aku...
Weeii kau cermin sikit muka kau tu
Harap mekap je lebih
Buang mekap
Tengok...
Hodoh....
Maka dari itu cermin sikit
Engkau tu siapa...
Aku sentiasa sedar diri
Aku siapa
Yang tak secantikmu
Yang tak semudamu
Aku memang tak setandingmu
Ha sedar pun
Habis tu kenapa
Kau berlagak macam
Seorang puteri raja
Tak malu ke
Perasan?
Salah ke aku
Menghargai kecantikan
Kurniaan dari Allah
Kalau kau nak tahu
Jika aku tak bermekap
Wajahku hodoh
Kalau ditarik lapisan kulit
Wajahku ini lagi hodoh
Seperti tengkorak berjalan
Termasuk juga wajah
Engkau tanpa kulit di wajah
Engkau boleh bayangkan
Jadi apa nak dikesahkan
Pada kecantikan yang
Sementara ini...
Habis tu kenapa kau
Berwatak seperti puteri diRaja
Kau perasan nak jadi puteri ke
Putera mana yang hendak
Kau pikat dan
Putera mana yang akan terpikat
Denganmu
Lainlah aku cantik dan masih muda
Tak perlu mekap pun dah cantik
Sekali aku senyum 10 yang terpikat
Tapi aku tak semudah itu terpikat
Selagi dia itu bukan bergelar bangsawan atau kerabat diRaja
Yelah kau cantik dan muda
Aku doakan apa yang kau impikan berjaya...
Tak perlu kau doakan sudah ada pun
Cinta gila-gila dengan aku
Kerana kecantikan aku
Aku pun anak orang bangsawan
Makanya kenalah setaraf denganku
Syukur Alhamdulillah
Moga kau bahagia sahabatku
Tapi kenapa kau masih nak cemburu dengan aku
Kau sudah memiliki segalanya pesona dunia
Yang diimpikan oleh semua orang....
Habis yang kau berlagak macam puteri tu
Tak pesona dunia ke tu...
Teman...aku ini cuma
Menghayati watakku
Sebagai seorang puteri rimba
Yang tinggal bersama dengan
Penghuni rimba niagara
Takkanlah memegang watak
Sebagai puteri rimba pun
Nak cemburu....
Lainlah puteri untuk manusia
Bolehlah kau cemburu
Nasib baik puteri rimba
Kalau puteri istana memang aku cemburu
Dengan haiwan apa nak dicemburukan
Kalau cemburu juga aku lebih teruk daripada haiwan
Tak nak aku....
Tahu tak apa...
Mulai hari ini kau jangan cemburu ye
Kau beri saja sokongan/dukungan padaku
Dunia sastraku agar aku dapat berpena
Dengan tenang tanpa ada rasa iri hati
Keikhlasan sokonganmu dalam karya
SASTERAKUDUNIAKU! amat kuharapkan darimu teman...
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
16 Jun 2012
Yesterday at 12:50pm · Like
JANGAN BERBANGGA APA YANG DIMILIK KERANA MATI PASTI MENJEMPUT KITA
Kesultananan Indrapura:
"Jangan bangga berkulit putih karena kulit terakhir kita adalah tanah liat!
"jangan bangga dengan rumah bagus dan besar karena rumah terakhir kita adalah kuburan 2x1meter!
"Jangan bangga dengan baju bagus karena baju Terakhir kita adalah kain kafan!
"Jangan bangga dgn Mobil & Motor bagus ,karena kendaraan kita yang Terakhir adalh keranda?"
You, Kesultanan Indrapura and 16 others like this.
Adi Jaya Kesuma:
Dan berbanggalah kita karna menjadi Umat Muhammad SAW....
Tengku Zulaikha betul tu
yang di dunia hanya titipan/sementara sedangkan yang di akhirat yang kekal abadi ..
Pakoe Jagad Djawa Dwipa:
Leres/ Betul sekali. Beruntunglah kita semua yang masih memunyai Tuhan Yang Baik, walaupun agama kita berbeda semua tapi Tuhan masih memberi makan, rizqi bagi yang mensyukurinya, serta tidak memilih/ membedakan mana yang umat-Nya dan mana yang bukan Umat-Nya. Tetapi celakalah bagi orang2 yang Ingkar, kufur, sombong dengan Nikmat dan Berkah-Nya kelak di kemudian hari nanti. Terlebih kita terlahir dari Titisan Keturunan Darah Pewaris Raja, yang tidak bisa di pesan terlebih dahulu kepada Sang Khalik Mempunyai Agama yang lurus dijalan-Nya serta Nabi Muhammad yang menjadi panutan serta contoh di seluruh Umat Islam serta penutup dari seluruh Nabi dan Rasul Utusan-Nya.
Ratu Rimba Niagara:
Makanya sentiasalah menjadi hamba-Nya yang sentiasa bersyukur atas apa yang dimiliki dan sentiasa mencari jalan-jalan redho Ilahi untuk bekalan kita di hari mati.
(PETIKAN DARIPADA WALL KESULTANAN INDRAPURA)
1 Jun 2012
UKIRAN DAUNAN KASIH PUTRI RIMBA NIAGARA
Daunan kasih lambang kasih sayang sejati
Penghuni Rimba Niagara hidup berkasih sayang
Saling mempertahankan kasih sayang
Selagi nyawa di kandung badan
Kerana kasih setulus hati nan ikhlas kerana-Nya
Penting kerana kasih tak tersisih
Kasih bawa ke Syurga
Kasih dan cinta
Bukan berlandaskan
Kepentingan sendiri
Tak akan ada cemburu
Sakit hati
Luka dilukai
Yang ada kasih sejati
Berkorban jiwa
Demi kasih setulus ikhlas kerana-Nya
Jadinya
Seluruh penghuni Rimba Niagara
Pentingkan kasih dan sayang demi-Nya
Moga Allah SWT pelihara
Seluruh penghuni rimba niagara
Daripada mereka-mereka
Yang ada niat untuk
Memusnahkan kasih sejati kerana-Nya
Hidup ini cumalah setetes cuma
Apalah ada pada kami penghuni rimba ini lagi
Melainkan kami mahu kedamaian dan
Ketenangan jiwa yang abadi
Sebelum dijemput pulang ke pangkuan Ilahi
Ya Allah moga kedamaian seluruh penghuni
Rimba Niagara ini dapat bertumpang teduh
Di bumi-Mu dengan dengan aman dan bahagia
Tenang indah seperti hidup di alam Syurga-Mu
Aamin Aamin Aamin Ya Rabbal A'Lamin
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
12 Jun 2012
WAHAI JIWA YANG TENANG...
surat Ar-Rad : 28:
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..”
(wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan ikhlas dan diridhoi, masukah kedalam golongan HambaKU, dan Masuklah kedalam SyurgaKU…).
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLAH
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajallah: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)
UKIRAN DAUNAN KASIH PUTRI RIMBA UNTUK SEMUA YANG DIKASIHI DAN DISAYANGI DUNIA AKHIRAT SAMADA YANG HIDUP ATAU YANG TELAH MENINGGAL DUNIA...SEGALA YANG ADA DI LANGIT DAN DI BUMI ..SEMOGA SEGALA NIAT MURNI DAN DOA YANG DIUKIRKAN DI DAUNAN KASIH PUTRI RIMBA NIAGARA DIMAKBULKAN ALLAH SWT AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN
16 Jun 2012
MOGA ALLAH SWT MEREDHAI HIDUP MATIMU USTAZ
Redha perlu dicari
Bukan dinanti
Inilah kisah yang ingin kukongsikan bersama pembaca alam maya
Sebagaimana yang diceritakan oleh salah seorang ustaz kepadaku
Ceritanya bermula begini.
Ini pengalaman ustaz itu sendiri yang kerjayanya sebagai pendakwah mahu menyebarkan agama Allah Azzawajallah...apa yang dilakukan hanyalah mahu memcari Redha Allah SWT di kala dia hidup dan mati.
Pengalamannya bersama Mat Rempit.
Ustaz rela dirinya dipukul
Disepak terajang dengan besi
Hingga berdarah-darah
Bengkak-bengkak urat sarafnya
Semata ingin menjalankan tugasnya sebagai khalifah Allah SWT
Berkat kesabaran ustaz
Mat rempit itu diberi Allah SWT
Nur Hidayah Kasih-Nya
Mat rempit tersebut kini menjadi
Seorang Hafiz Al-Quran
Atas bimbingan ustaz
Pengalamannya bersama
Ketua Babi Hutan
Ustaz bersama dua tiga orang
Ingin pergi berdakwah
Disebuah perkampungan orang asli
Yang semuanya bukan menganuti agama Islam
Dalam perjalanan ke sana
Di petengahan jalan
Kenderaan mereka dihadang oleh
Sekumpulan babi hutan
Ustaz keluar dari kenderaan
Bertemu dengan ketua babi hutan
Kerana dia sudah letakkan
Hanya Allah sahaja yang ditakuti
Dengan berani dia
Berkata dengan ketua babi hutan itu
Mata bertentangan mata
Ketua babi hutan merenung mata ustaz
"Duhai babi hutan sungguh pun engkau babi
Tapi kau redha dengan asal kejadianmu
Menjadi haiwan yang dilarang dimakan dan disentuh
Oleh Pencipta-Mu...mulianya kamu biarpun kamu
Bergelar babi...sifat redhamu amat tinggi...aku salut padamu babi..."
Ketua babi hutan itu menganggukkan kepalany tanda bersyukurnya
Dia pada Penciptanya yang mentakdirkan dia menjadi babi dan dia redha. Tergenang air mata ustaz penuh mengharu birukan jiwanya di kala itu.
"Babi...kau redha dengan hidupmu yang selamanya haram
Aku mahu ke seberang sana...untuk mencari redha Allah maka berilah
aku laluan agar aku dapat menyebarkan agama Allah..."
Ketua babi hutan menganggukkan kepalanya dan memberikan isyarat kepada semua sekumpulan babi hutan yang mengerumuni kenderaan
ustaz ..agar pergi dari situ.
Ustaz selamat pergi ke perkampungan orang asli dan berjaya mengislamkan sekampung orang asil tersebut.
Syukur Alhamdulillah kepada Allah sebanyak-banyak-Nya
Kepada ustaz pendakwah yang hidupmu penuh fisabilillah
Kami doakan moga Allah SWT meredhai hidup dan matimu nanti
Aamin Aamin Aamin Ya Rabbal A'Lamin
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
25 Mei 2012
(PETIKAN DARIPADA GALERI KESATRIA SASTRA DIRAJA NUSANTARA RATU PUJANGGA CINTA 5 BENUA)
27 Syawal 1434H
3 September 2013 - NAK MARI KITA SOLAT
nak mari kita solat nak...
tanda kita cinta Allah nak
Allah sayangkan kita nak
kita solat dibalas Syurga nak
mudah solat nak
kita solat dapat Syurga nak
rugi tak solat nak
kita solat Allah akan sayang sama kita nak
bila Allah sudah sayang kita
jiwa kita tenang nak
kita tak perlu lagi
sandarkan pergantungan hidup pada orang lain nak
memadailah Allah untuk hidup dan mati kita nak
Allah yang mengatur hidup dan mati kita nak
nak mari kita solat nak
selagi kita ada hayat
kita akan solat nak
di mana pun kita berada kita akan solat nak
kita sihat kita solat
kita sakit kita solat
kita berada di medan perang pun kita solat nak
nak jangan tinggal solat nak
nanti merana hidup kita nak
betapapun kita kaya
betapapun kita miskin
solat tak boleh ditinggalkan nak tanpa apapun alasan...
nak mari kita solat nak
jangan tinggal solat ye nak
solat pendinding kita daripada sebarang kejahatan
kita tak akan fikir yang jahat-jahat nak
semuanya kita fikirkan yang baik-baik
kita mahu kawan pun dengan orang yang baik-baik
janganlah bila dah mati
minta orang doakan roh kita dimasukan di kalangan orang beriman
sedangkan semasa hidup kita tak pernah solat nak
adakah Allah hendak memakbulkan doa mereka untuk kita nak
sedih kan nak jika jadi macam tu ...
makanya nak sebelum kita mati
kita solat ye nak ye...
kita ajak kawan-kawan kita solat
kita berjemaah di masjid sama-sama
biar sama-sama masuk Syurga
pasti bahagia kita ...kan3
kita punya keluarga, rakan sahabat taulan
semuanya ahli solat
ALLAHU AKBAR bahagia roh kita nak..
aman roh kita nak
tenang roh kita nak
tenang tika berjumpa dengan Allah tika solat di dunia
tenang juga tika berjumpa Allah semasa roh kita tinggalkan jasad kita nak...
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
itulah ketenangan yang hanya kita dan Pencipta kita yang tahu
betapa tenangnya kita di kala PERTEMUAN HAMBA DENGAN ALLAH nak...
kita solat ye nak
kita sentiasa berdoa pada Allah agar kita menjadi ahli solat seumur hidup kita ye nak
AAMIIN AAMIIN AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
Karya Ratu Rimba Niagara
12 Mac 2013
(DIILHAMKAN PUISI ,'NAK MARI KITA SOLAT' istimewa mereka yang bergelar anak permata hatiku)
www
0 comments:
Post a Comment