Friday, 6 September 2013

CINTAKU PADA BRUNEI DARUSSALAM & MALAYSIA TERCINTA






H.H Haji Hassanal Bolkiah added 14 new photos to the albumPengiran Anak Sarah. — in Bandar Seri Begawan, Brunei.
Unlike ·  · 




      • Admin: Ucapan YAB TPM semasa Pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
        Unlike ·  · 4 hours ago · 
        • You and 162 others like this.
        • Hidzier Cwada Semoga berjaya..
          4 hours ago · Unlike · 1
        • Fadzalih Mahmud Jangan kesampingkan kami di sekolah luar bandar!
          3 hours ago · Unlike · 1
        • RobestYong Hackerpreneur Good to see that the Education ministry is putting emphasis on 'Thinking Skills' into the education system. Just hope that they will be well implemented and successfully conducted.
          3 hours ago · Unlike · 1
        • Gana Bawan Hardstyle Convoy Cycle Club kami menyokong rancangan ini....
          3 hours ago · Unlike · 1
        • Mohd Zulhelmi Mansor Mengapa PM tidak rasmikan... Bukan YAB PM DS Najib yang patut lancarkan... Adakah kehangatan pemilihan UMNO?
        • Zaffuan Zainudin ............5 Tahun = 2013
          3 hours ago · Unlike · 1
        • Usaha Sepakat Sebelum ini terbukti, akan datang sudah pasti. Terbaik Menuju Kemajuan & pembangunan Ummah.
          3 hours ago · Unlike · 1
        • Samsudin Rahman Harap berintegriti dalam perlaksanaan. Penat dah dengan cakap tak serupa bikin, indah khabar dari rupa, dsbya. Ini masa depan anak bangsa.......
          3 hours ago · Unlike · 1
        • Mohd Azuwan Teruskan usaha TS dalam membina bangsa Malaysia yang berjaya, kami menyokong
          2 hours ago · Unlike · 1
        • Safiah Mohd Rancangan yg baik utk siapa???...
        • Ratu Rimba Niagara MOGA MEMBERI IMPAK YANG BESAR KEPADA GENERASI KINI DAN AKAN DATANG BERJIWA PATRIOTIK MENCINTAI NEGARA MELEBIHI KEPENTINGAN SENDIRI.
        • Ratu Rimba Niagara TEATER BANGSAWAN DIRAJA ,'BAKTIKU UNTUK ANAK CUCU NUSANTARAKU TERCINTA'

          BERSAMA REALITIKAN CITA MOYANG HULUBALANG KITA

          Duhai hulubalangku...
          Sudah lama ku nantikan kedatanganmu
          Allah telah memakbulkan doaku
          Mengirimkan rakan seperjuangan
          Untuk susah senang bersama

          Duhai hulubalangku
          Adakah kau ingat sumpah setia
          Moyang hulubalangmu moyang hulubalangku
          Agar jangan sesekali aku dan kau menjadi
          Pendekar derhaka kepada Raja Bugis
          Tidak akan izinkan mana-mana rakyat
          Menjadi rakyat derhaka yang pasti membawa padah
          Makanya jangan sesekali kau mahu berpaling tadah
          Dalam perjuangan yang penuh berliku ini

          Duhai hulubalangku
          Jangan kau herankan perjuanganku
          Aku sudah terbiasa berjuang kesendiriaan
          Mencapaikan hasrat nenek moyangku yang tak tercapai
          Tapi andainya kau sanggup
          Melupakan kepentinganmu demi merealitikan
          Hasrat dan cita-cita moyang hulubalangmu
          Sudilah bersamaku
          Susah senang kita bersama
          Andainya aku gugur dulu sebelummu
          Kau teruskanlah perjuangan ini
          Aku sentiasa bersamamu
          Kerana setiap langkah perjuanganmu
          Adalah bayanganku
          Roh perjuanganku telah bersemadi di jiwamu
          Bersemadi juga di jiwa anak bangsa....
          Kerana kau dan aku telah ditakdirkan
          Untuk mencapaikan hasrat moyang hulubalang kita...

          Rakan seperjuanganmu,
          PUTRI RIMBA NIAGARA
          AKULAH SANG PUTERI YANG DIKATAKAN HILANG ITU
          AYUH BERSAMAKU TERUSKAN PERJUANGAN....

          4 September 2013
          28 Syawal 1434H
        • Ratu Rimba Niagara BULAN DAN BINTANG HADIAH NENDA RATU PUJANGGA CINTA 5 BENUA ALLAH MAKBULKAN AAMIIN
          (Antara puisi, ' Pemikiran Kritikal @ 'Critical Thinking')

          Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.
          In Sha Allah Aamiin.
          Terima kasih atas sokongan padu daripada Kesatria Sastra diRaja Nusantara Panglima Iwan Tirta...
          Sesungguhnya beta amat terharu
          di kala hati tak sabar menggapai bintang-bintang yang kian hampir...beta teruja taksub memiliki bintang kejora
          di antara yang terindah daripada bintang-bintang lain
          Kejora senyum....
          Kejora bersyukur beta kian memilikinya
          tapi dalam taksub untuk memilikinya
          beta terlupa akan ada yang cuba menggagalkannya
          lalu beta jadi kelu
          putus asa beta jadinya....
          beta terdengar suara-suara anak cucu beta berkata...
          "Nenda...Nenda...Nenda Ratu Pujangga Cinta 5 Benua
          percaya dengan usaha ....perjuangan nenda untuk kami...harapan dan doa kami sentiasa mengiringi perjuangan nenda menggapai bintang untuk kami....
          kami hargai semua pengorbanan nenda ratu
          kami sayangi nenda sebagaimana nenda sayangi kami
          nenda sanggup berkorban apa saja untuk kami
          rela korbankan segala perasaan, harta dan nyawa untuk kami yang nenda tahu segala cinta kasih dan sayang untuk kami rela sanggup hadapi semuanya
          semata-mata mahu menghadiah bulan dan bintang untuk kami ALLAHU AKBAR
          nenda ratu...percayalah dengan janji Allah
          Allah bersama dengan perjuangan suci nenda
          Allah suka mereka yang berkasih sayang , ehsan, perikemanusiaan sesama insan pasti Allah makbulkan doa-doa semua rakyat Nusantara untuk nenda walaupun kami belum dilahirkan ke dunia menyaksikan perjuangan suci nenda
          roh-roh kami telah menyatu di jiwa nenda
          sebab itu nenda dapat rasakan semangat kami di jiwa semangat nenda semangat roh kami menyatu pada semangat roh nenda
          biarpun seribu tahun nenda telah tiada
          kami anak cucu nenda selalu mendoakan nenda tenang abadi di Syurga bersama dengan roh-roh para Syuhada
          Bidadara bertemu dengan Bidadari...
          SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
          Rahsia Allah pada setiap takdir yang ditakdirkan pada hamba-NYa Hanya DIA yang tahu
          kami tidak tahu...nenda tidak tahu dan semua hamba-Nya tidak tahu...takdir itu menjadi tidak rahsia
          apabila doa dimakbulkan Tuhan itulah takdir terindah
          untuk nenda...Para Kesatria Sastera diRaja Nusantara
          seluruh Rakyat Nusantara dan seluruh kerabat diRaja Nusantara....yang terindah sekali....kewujudan kami selepas seribu tahun ketiadaan nenda takdir terindah itu dapat kami nikmati dengan rasa Syukur pada Ilahi
          kami sayangi nenda sebagaimana nenda sayangi kami...
          bulan dan bintang yang nenda hadiahkan untuk kami
          kami akan jaga sepenuh jiwa raga kami
          kami akan pertahankan semua karya-karya nenda tanpa terkecuali biarpun kami terpaksa berkorban harta dan nyawa
          tak akan kami izinkan karya nenda dipersendakan dinjak-injak sesuka hati...
          kerana karya-karya nenda
          ADA CINTA ALLAH KEPADA SEMUA HAMBA-NYA TANPA TERKECUALI
          ADA CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TANPA TERKECUALI
          ADA CINTA SESAMA INSAN SEMUANYA KERANA ALLAH
          ADA CINTA PERDAMAIAN DUNIA
          ADA CINTA RAJA KEPADA RAKYAT
          ADA CINTA RAKYAT KEPADA RAJA
          ADA CINTA MOYANG KEPADA ANAK CUCU

          CINTA....CINTA...CINTA...
          sebuah perjuangan cinta yang suci murni semuanya kerana ALLAH TAALA
          SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
          kami bersumpah atas nama ALLAH AZZAWAJALLAH akan meneruskan
          PERJUANGAN ANAK BANGSA
          sebuah perjuangan yang suci murni agar dapat kami wariskan
          Bumi Allah swt ini dalam aman dan sejahtera sehingga bumi ini kiamat moga perjuangan suci murni ini dibalas Allah dengan SYURGA FIRDAUSI
          agar kasih semua pejuang-pejuang anak bangsa cintakan IBU PERTIWI dapat bersama kesemuanya berkumpul di Syurga yang seluas langit dan bumi
          bersama memandang WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH
          AAMIIN AAMIIN AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN

          .........................................................
          NENDA RATU RIMBA NIAGARA
          Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua
          Malaysia/Indonesia/Brunei/Singapura/Thailand
          23 Syawal 1434H
          30 Ogos/Agustus 2013M

          Ratu Rimba Niagara Terima kasih atas sokongan padu daripada Kesatria Sastra diRaja Nusantara Panglima Iwan Tirta.....

          Iwan Tirta Amin Allahuma Amin , Nah Begitu Barulah Para Kesatria-Kesatria Akan Lebih Bersemangat Dan Kuat Kerana Sang Ratu Akan Tersenyum Indah Menawan .. Air Laut Biru Warnanya Tampak Terlihat Akan Tetapi Belumlah Tentu Adalah Warna Air Sebenarnya.. Bisa saja Fatamorgana.. Tetap Semangat, "JUJUR SUDAH PASTI BENAR NAMUN KEBENARAN ITU BELUMLAH TENTU SEBUAH KEJUJURAN,". "KEBENARAN YANG BERLANDASAN DASAR DARIPADA KEJUJURAN ITU ADALAH SUATU KEHORMATAN YANG TIADA DAPAT DINILAI YANG NILAINYA ADALAH MELAMPAUI SEGALA PANGKAT, KEDUDUKAN, BAHKAN JABATAN DAN ATRIBUT APAPUN YANG ADA DIDUNIA INI.'' Amin Amin Allahuma Amin, Amin Amin Yaa Robbal A'lamiin.

          Ratu Rimba Niagara AAMIIN AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.

          friends posted on Ratu's timeline on her birthday.
          August 13

          Badar Al-ahmadi wrote on your timeline.
          August 13 at 11:09pm
          Selamat Ulang Tahun Tuanku Ratu...Teruskan usaha memperjuangkan Sastera-sastera Tuanku...Semoga Sihat & mendpt perlindungan dri Allah s.w.t....Drp patik pacal yg hina Badar Al-ahmadi Kesatria Kemuliaan

          Ratu Rimba Niagara Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin

          Ratu Rimba Niagara SEKALUNG BUNGA CINTA IBU PERTIWI KEPADA SEMUA WIRA NEGARA YANG RELA GUGUR DI MEDAN JUANG...SELAMAT BERJUANG HINGGA KE TETESAN DARAH TERAKHIR! TANPAMU SIAPALAH KAMI ...PASTI SEMUA RAKYAT NUSANTARA TINGGAL DI BUMI NUSANTARA DALAM KEADAAN TIDAK AMAN MAKA DARI ITU SETITIS KERINGATMU DAN DARAH PERJUANGANMU YANG GUGUR KE BUMI AMAT KAMI HARGAI MOGA SYURGALAH TEMPATMU ATAS SEGALA PENGORBANANMU PADA SEMUA RAKYAT NUSANTARA YANG TERCINTA. AAMEEN
          ·
        • Ratu Rimba Niagara GENAP LIMA RATUS TAHUN NENDAKU PERGI KE ALAM BAQA
          MOGA TEREALITI KASIH KITA SAMPAI SYURGA AAMIIN

          Genap lima ratus tahun
          sejak hari ini
          akan kuganti pandangan hidup
          pandangan hidup budi pekerti aku sebar di tanah Jawa

          Siapa tak mau menerapkan
          niscaya ku rusak semua
          ku berikan untuk makanan cucu ku
          yg galak-ganas dan sejenisnya

          Belum lega hati ini
          bila belum hancur yg menghalangi !!
          By: Budi Raharjo & Purwodhowo Kediri

          MOGA TEREALITI KASIH KITA SAMPAI SYURGA AAMIIN

          Genap lima ratus tahun nenda ku pergi
          akulah cucunya yang menghargai kasih sayangnya
          nenda korbankan dirinya untuk kami cucu nusantaranya
          nenda sanggup berendam air mata
          nenda sanggup dihina
          nenda sanggup susah 
          nenda tidak pedulikan kepentingan sendiri
          nenda sanggup menjadikan dirinya lilin 
          membakar diri sendiri demi kebahagiaan cucu nusantaranya
          kata nenda, " duhai cucuku jangan cucu bimbang nenda akan kuat walaupun nenda tak kuat ...demi pertahankan cinta nenda pada cucu nenda kena kuat ...nendak mesti semangat bagaikan pahlawan...nenda rela menyamar pelbagai watak yang baik-baik walaupun dikeji dan dihina oleh kawan-kawan nenda...nenda tak kesah asalkan niat nenda Allah tahu ...niat nenda baik pada semua dan niat nenda baik untuk anak cucu nenda...bila nenda tiada nanti cucu akan bahagia mendiami dunia ini dengan berbekalkan keazaman yang tinggi untuk mengaman damaikan bumi ini dengan kasih sayang setulus hati kerana-Nya ..masing-masing tahu akan tanggungjawabnya kepada Tuhan dan kepada manusia yang dipimpin yang diperintah dan sebagai rakyat mesti sentiasa taat setia kepada raja mereka kerana raja mereka adalah Kurniaan Allah swt untuk memimpin mereka dengan adil lagi saksama penuh kasih sayang.
          Semuanya hidup berbudi pekerti tinggi
          tiada budaya fitnah menfitnah
          hina menghina
          kutuk mengutuk
          mementingkan diri sendiri
          pemurah untuk menderma ke arah kebaikan
          walaupun tak mampu berderma memadai sedekahkan senyuman
          segala memberi manfaat pada manusia dan alam 
          akan diberi sokongan/dukungan sehabis daya
          segala yang baik-baik di Sisi Allah Taala akan dilakukan dengan ikhlas segala yang mendatangkan kemurkaan Allah swt akan dijauhkanbarulah bumi ini berkat kerana penghuninya pun berkat
          semua rezeki yang diperolehi berkat-berkat belaka 
          tiada rasuah tiada ambil hak orang lain tiada menipu
          semua yang dibuat dengan hati jujur dan ikhlas semata kerana Allah Taala...

          Nenda yang kami sayang sepenuh iman sepenuh jiwa raga kami
          biarpun sudah 500 tahun nenda pergi mengadap Ilahi
          kami cucu nenda rasakan nenda hidup ada di sisi kami
          berkata-kata dengan kami
          kata-kata dengan bahasa yang menyejukkan iman kami
          kata-kata yang tak pernah membuatkan kami rasa hati kami disakiti malah kata-kata nenda menaikkan semangat kami untuk terus berjuang dan berjuang membela agama , bangsa dan tanah air nusantara tercinta nenda amat pentingkan silaturrahim
          bagi nenda silaturrahim membuatkan kita kuat seperti akar tunjang yang menjalar ke tujuh petala bumi ke tujuh petala langit begitu hebatnya talisiraturrahim yang nenda dambakan
          biar bagaimana kuatnya falsafah talisiraturrahim nenda
          nenda tetap juga dikatakan pemutus talisiraturrahim
          nenda dikatakan sombong ..bongkak..
          ramai yang ingin menjadi rakan nenda ...nenda tak terima
          yang sudah jadi rakan nenda ...nenda remove 
          adakah itu talisiraturrahim yang nenda agungkan?

          ALLAHU AKBAR cucuku
          simpang malaikat empat puluh empat jika nenda mahu memutuskan silaturrahim
          sedangkan nenda berkarya mahu bertalisiraturrahim seramai yang mungkin jika semua penghuni bumi ini mahu menjadi sahabat nenda akan nenda terima semuanya tanpa terkecuali kerana nenda menulis ingin menyebar dan mendapat kasih sayang semurni hati semurni Syurga...
        • Ratu Rimba Niagara Cucuku...ketahulilah cucuku
          hidup nenda adalah cita-cita dan perjuangan
          macam-macam yang nenda hendak capaikan cita-cita sebelum terpejam mata selamanya...
          makanya laman muka buku nenda adalah medan perjuangan nenda bersastera
          sastera itulah perjuangan nenda...
          nenda berjuang menulis terus menulis 
          bermatian matian
          makanya nenda pastikan kawan-kawan fb nenda juga adalah yang berjiwa pejuang juga ...nenda sokong perjuangannya apa yang diperjuangkan dalam hidupnya sebelum mati...begitu juga mereka akan sokong perjuangan nenda. Mereka faham nenda, nenda faham mereka. Jika mereka tak sanggup atas alasan sendiri...nenda tak akan kecil hati...asalkan tiada dendam di hati dan mengatakan nenda pemutus silaturrahim kerana nenda terlalu takut sangat jika dikatakan begitu. Silaturrahim tetap terjaga indah cumanya dia beri peluang kepada nenda mencari pejuang lain sebagai ganti ditempat mereka yang mana mereka sibuk dengan kerjaya mereka. Itulah pengertian yang nenda harapkan daripada mereka. Saling faham memahami saling memaafkan tanpa ada luka di hati. Nenda terlalu takut sakitkan hati mereka ...luka di hati mereka gara-gara tidak memahami ...membuat Allah murka ..sebelum Allah murka lebih baik nenda terus terang dengan mereka walaupun pahit untuk dikatakan tapi demi akhirat dan demi kejayaan mencapai cita-cita cucu tercinta nenda sanggup melafazkan ucapan meminta maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.

          Nenda Ratu Pujangga Cinta 5 Benua kesayangan kami....
          terima kasih nenda atas segala pengorbanan nenda 
          kami terharu dalam syukur
          diKurniakan Allah swt 
          yang rela menjadikan dirinya lilin demi kebahagiaan dunia akhirat semua kami tahu Syurga itu adalah rahsia Allah swt kepada setiap hamba-Nya
          dan kami tahu bukan kerana banyaknya amalan seseorang itu dimasukkan Syurga jika ditimbang sebiji bola mata dengan 500 amalan manusia tetap tidak sama dengan nikmat sebiji bola mata yang Allah Kurniakan pada manusia
          tapi Syurga itu ditempatkan kepada mereka atas Rahmat Kasih-Nya Allahu Akbar moga dengan Rahmah Kasih Allah swt kepada nenda atas segala pengorbanan nenda
          kepada semua yang nenda telah curah jasa baktikan dibalas dengan Syurga dan kita bersama berkumpul di Syurgawi memandang Wajah Allah Azzawajallah
          Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.

          Terima kasih nenda Ratu Pujangga Cinta 5 Benua
          semua karya sastra nenda
          kami sudah sebar luaskan di seluruh dunia dengan terjemahan pelbagai bahasa setiap rumah di untukkan khas untuk perpustakaan di ruang tamu,
          diberi nama, "PERPUSTAKAAN PUJANGGA RATU RIMBA NIAGARA"
          mereka minat sangat-sangat karya nenda 
          kanak-kanak lagilah suka dengan cerita-cerita karya nenda bila siarkan di layar perak atau di kaca TV mereka tak berganjak walaupun seminit dalam mereka terhibur mereka dapat banyak pengajaran selepas menonton hasil karya nenda
          mereka menjadi seorang anak
          yang bertanggungjawab
          pada keluarga, agama, bangsa dan ibu pertiwi
          itulah yang hendak nenda sampaikan pun

          Universiti/universitas nenda dibina dengan hasil keuntungan karya sastra nenda
          ramai yang menunggu untuk menjadi pelajar walaupun bahasa penghantarnya dalam Bahasa Melayu. Dengan hasil karya nenda perjuangkan BAHASA MELAYU telah diiktirafkan sebagai BAHASA DUNIA kerana mereka minati karya nenda dan ramai juga yang minat menganuti Agama Islam. Segalanya sudah berhasil nenda dengan berkat usaha nenda bersama kesatria DiRaja Nusantara nenda yang tak pernah arti jemu dan lelah semuanya diperjuangkan kerana mahu melihat hasilnya cemerlang di dunia cemerlang juga di Akhirat In Shaa Allah Aamiin.

          'KOTA SASTRA DIRAJA NUSANTARA RATU RIMBA NIAGARA' tersergam indah di lima benua, bila hujung minggu di situlah tempat menjadi tumpuan pelancong dalam negeri dan di luar negara berkunjung membawa keluarga masing-masing.

          Nenda Ratu Rimba Niagara ...Ratu Pujangga Cinta 5 Benua yang kami sayangi sepenuh iman sepenuh jiwa raga...baru kami faham mengapa nenda berjuta kali mengatakan mahu hadiahkan bulan dan bintang kepada kami... cita-cita nenda yang menjadi kenyataan inilah hadiah yang hendak nenda hadiahkan kepada kami cucu kesayangan nenda. Syukur kami sebanyak-banyak-Nya kepada Tuhan kerana doa nenda, doa para kesatria diRaja Nusantara dan semua yang membaca karya nenda dimakbulkan Allah SWT walaupun sudah menjangkau 500 tahun pemergian nenda RATU RIMBA NIAGARA....nendalah pencetus Inspirasi Kami Untuk Mengaman Damaikan Bumi Allah Azzawajallah Dengan Kasih Sayang Semurni Hati Semurni Syurga. Aamiin AAmiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.

          KARYA NENDA RATU RIMBA NIAGARA
          30 Syawal 1434H
          6 September 2013M
          (KARYA DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SEMUA UNTUK ANAK CUCUKU PADA 500 TAHUN YANG AKAN DATANG MOGA TEREALITI KASIH KITA SAMPAI SYURGA IN SHAA ALLAH AAMIIIN YA RABBAL A'LAMIIN)
        • Ratu Rimba Niagara الـســــــّٓـلام علـيـــــــكم ورحمــــــــــة الله وبركاته

          HIKMAH :
          KEHEBATAN DO'A

          Sabda Rasulullah s.a.w : “Doa itu adalah anak kunci pintu rahmat” (HR. Ad-Dailami)

          Kali pertama bumi diciptakan, bumi selalu bergoyang, bergoncang dan tidak berputar dengan stabil malah tidak berputar pada paksinya. Pekara ini merungsingkan para malaikat lalu para malaikat menghadap Allah SWT;

          “Wahai Rabb Yang Maha Mengetahui, mengapa bumi ini bergoyang?” Tanya para malaikat.

          “Kerana belum dipaku.” Jawab Allah singkat.

          “Lalu, bagaimana Engkau memaku bumi Wahai Rabb?” Tanya malaikat lagi.

          “Aku akan menciptakan gunung-ganang.” Jawab Allah.

          Setelah itu, Allah terus menciptakan gunung-ganang di berbagai belahan bumi. Apa yang terjadi adalah sememangnya benar setelah diciptakannya gunung-ganang, bumi pun diam kemudian berputar sesuai paksinya. Maka kemudian gunung dikenali sebagai paku bumi yag diciptakan Allah SWT.

          Setelah Allah menciptakan paku bumi yaitu gunung-ganang, kemudian para malaikat pun bertanya lagi;

          “Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari paku?”

          “Ada!” Jawab Allah. “Yaitu api, yang dengan panasnya dapat melelehkan besi.”

          “Adakah yang lebih kuat lagi selain api, Ya Rabb?” Tanya malaikat.

          “Ada! Yakni air yang dapat memadamkan api.” Jawab Allah lagi.

          “Jadi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari air?” Sambung malaikat.

          “Ada! Yaitu angin, yang kerananya dapat membawa air ke mana pun ia berhembus.” Jawab Allah lagi.

          “Tapi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat daripada semua itu (gunung, api, air dan angin)?” Malaikat bertanya lagi.

          “Ada! Yaitu nafas hamba-Ku yang berdoa kepada-Ku. Kerana sesungguhnya doa itu mampu mengubah takdir-Ku.” Demikian Allah SWT menjelaskan..

          Hikmah dari cerita di atas: Gunakan kehebatan doa untuk mengubah nasib kita!

          Jangan lupa duha dan berdo'a
          Jum'at..... . Mubaarokah.............................. ({}) 
          اَلْحَمْدُلِلّهِ رَبّ الْعَالَمِيْ
        • Ratu Rimba Niagara JIWA PENDEKAR TIDAK PERNAH BERPUTUS ASA

          Panglima Pangeran Nur Aduka commented on his own status.

          Panglima Pangeran Nur Aduka
          Adat manusia, Bila baik dari kaca mata kita, disanjung. Bila buruk dari kaca mata kita, dikeji. Kesimpulannya, Tak perlu puji atau keji melampaui batas. Kita hamba Allah, sudah pasti terlalu banyak kekurangan dan kelemahan...

          * Allah sebaik baik pelindung dunia dan akhirat *
          Unlike · · Share · 13 hours ago · 
          You and 105 others like this.

          Tengku Mahkota Alam Amin Amin Amin Ya Rabbil Alamin Alhamdulillah InsyaAllah
          13 hours ago via mobile · Like · 3

          Ratu Rimba Niagara BIARLAH KASIH KITA BERSEMI DI SYURGA NANTI

          BILA AKU PEGANG CERMIN KULIHAT WAJAHMU SENYUM PADAKU TAPI HAKIKATNYA KAMU TAK PUN PERNAH SENYUM PADAKU KARYA-KARYAKU TAK PERNAH KAU SAPA DENGAN IDEAMU KAU LUKAKAN HATIKU BUKAN SEKALI 
          BANYAK KALI
          AKU KECEWA DENGAN KAMU
          JIKA KAU TAK SUKA DENGAN KARYAKU BILANG SAJA TAK SUKA
          TAK PERLU LAGI KITA PURA-PURA 
          BIAR SAMA-SAMA SUKA KURA-KURA
          KERANA KURA-KURA TAK SUKA BERPURA-PURA...
          MAAFKAN DAKU KAWAN
          ANDAI KARYA KU MERAJUK PERGI DARIMU
          IZINKAN AKU PERGI TANPA MENUNGGU PENANTIAN YANG HAMPA MENGHAMPAKAN
          TANYA SAMA POKOK APA ASAL SAYANG
          NANTI JAWAB POKOK KASIH DAH MELAYANG
          APA NAK BUAT ORANG TAK SUDI
          JADI KAWAN SEJATI SAMPAI MATI
          HANYALAH ILUSIKU SEMATA
          KAWAN SEJATI TAK AKAN BERI ALASAN UNTUK SALING BEREHSAN MENGIKATKAN KASIH SAYANG
          TAK APALAH AKU TAK MAHU LAGI MENJADI PERAYU KASIH
          MENGUJA KASIH ...KASIH TERSISIH DIPERSISIH
          BERKAWAN DENGANKU SAJA CANDA-CANDA
          BUKAN SERIUS MAHU SUSAH SENANG DENGANKU
          KALAU BEGITU BUAT APA MENJADI KAWAN
          JIKA DALAM HATI TIADA NIAT UNTUK MENJADI KAWAN SEJATI
          JIKA KERANA DARJATMU MEMBUATKAN KAMU RASA MENYEKAT TALI KASIH KITA
          TAK APALAH KURELA TERPUTUS KASIH
          KERANA KITA DI SISI ALLAH SAMA SAJA 
          TIADA BEDANYA
          KU BERKAWAN DENGANMU
          KERANA TELAH DITAKDIRKAN KAU KAWANKU AKU KAWANMU
          KITA SAMA-SAMA KAWAN
          UNTUK SAMA-SAMA SALING MENYOKONG PERJUANGAN SUCI MURNI KAU SOKONG PERJUANGANKU 
          AKU SOKONG PERJUANGANMU
          DALAM SUASANA IKHLAS BERKASIH SAYANG
          BUKAN MENGUJA KEEGOAN SENDIRI
          JIKA BEGITU ITU LEBIH BAIK KITA BUAT HALUAN SENDIRI
          LAGI PUN SEMENJAK AKU MENJADI KAWANMU
          KAU WUJUD MACAM TAK WUJUD
          HENDAK MENDENGAR SAPAAN DARIMU SEPATAH PUN SUSAH
          LAGI MENYEDIHKAN AKU NAK SHARE KARYAKU DI WALL MU
          DENGAN HARAPAN KAU SUDI MENYAPA KARYAKU
          TAPI HAMPA MENGHAMPAKAN
          SEDIH BILA KU TAK DAPAT SHARE KARYAKU
          JIKA KAMU BEGITU SEJUJURNYA
          AKU TAK TEGA MENANGGUNG DERITA MENJADI KAWANMU
          AKU INGIN MENJADI KAWANMU
          SEBAB AKU INGIN MENJADI KAWAN SEJATIMU
          TAPI GIMANA AKU SAJA YANG NIAT BEGITU TIDAK DENGAN ENGKAU MAKANYA MAAFKAN AKU JIKA KARYAKU PERGI
          SELAMA INI PUN KAU TAK SAPA KARYAKU
          KAU BACA KARYAKU
          KAU BUAT TAK TAHU SAJA
          SEDANGKAN KARYAKU
          BAGAIKAN SI PUNGGUK RINDUKAN BULAN
          MERINDU SAPAAN KAWAN SEJATINYA
          KAWAN SEJATINYA MENOLAK KASIH TERSISIH
          DIPERSISIHKAN ATAS ALASAN SENDIRI
          YANG AKU TAK TAHU APAKAH SEBABNYA JADI BEGITU
          MAKANYA MAAFKAN DAKU SEKALI LAGI
          KITA DITAKDIRKAN UNTUK BERTEMAN DI ALAMMAYA
          TAPI TIDAK DITAKDIRKAN MENJADI KAWAN SEJATI
          ATAS PILIHAN KEHENDAK SENDIRI KITA TERPISAH KASIH...
          BIARLAH KASIH KITA BERSEMI DI SYURGA NANTI AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN

          KARYA RATU RIMBA NIAGARA
          30 Syawal 1434H
          6 September 2013M
        • Ratu Rimba Niagara Chewan Rusli Panglima seorang yg hebat sbenarnya sbb 2 ada yg dengki dn menabur fitnah mungkin takut hilang pengaruh hikmahnya dr sini panglima dpt mngenali siapa sbenarnya kawan n lawan

          Ratu Rimba Niagara Duhai panglima merangkap rakan seperjuanganku. Moga aku bukan termasuk golongan sipenfitnah itu. Jika aku tergolong dalam si penfitnah yang dikatakan itu aku rela Allah mencabut nyawaku sekarang... kerana lebih baik mati daripada berperasangka sampai mati. Bagi seorang pahlawan tidak menjadi kudis apabila difitnah asalkan mereka berada dipihak yang benar. Makanya panglimaku teruskan saja perjuangan sebenarmu tanpa memikirkan kata-kata nagetif kepada kamu jika kamu mahu terus berjaya. Siarkan saja wallmu dengan ilmu persilatan yang telah kau pelajari ..setidak-tidaknya semakin hari kamu semakin bersemangat dan yang mendengar pun semangat untuk teruskan perjuangan. SALAM PERJUANGAN DARIKU UNTUK MU DUHAI RAKAN SEPERJUANGANKU PANGLIMA PANGERAN NUR ADUKA. MOGA SUKSES DUNIA AKHIRAT . AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
          15 minutes ago · Edited · Like · 2

          Panglima Pangeran Nur Aduka Allahuakhbar!!!
          5 hours ago via mobile · Unlike · 1

          Ratu Rimba Niagara BALASLAH SIRATURAHIM KAMI DENGAN RAHMAT KASIH-MU SAMPAI SYURGA AAMIIN

          SABARLAH ADUHAI PANGLIMA AYAHANDA PANGERAN NUR ADUKA
          TANDA ORANG BERJAYA 
          DIA PASTI DIUJI
          SAMADA BOLEH SABAR ATAU TIDAK
          MAKANYA AMBILLAH JALAN KESABARAN
          ALLAH BERSAMA DENGAN ORANG YANG SABAR
          YANG PANGLIMA AYAHANDA MESTI FOKUSKAN 
          ADALAH MATLAMAT AYAHANDA DALAM HIDUP SEBELUM TERPEJAM MATA BUAT SELAMANYA
          MAKANYA AMBILLAH SEGALA PELUANG YANG BAIK 
          KE ARAH SEGALA KEBAIKAN
          CANTAS SEGALA NEGATIF
          AMBIL SEGALA YANG POSITIF
          ANGGAPLAH MEREKA YANG DENGKI KHIANAT DENGAN 
          PANGLIMA AYAHANDA ADALAH SAHABAT YANG MAHU SEGERA KTIA BERJAYA KERANA DIA YANG NAMPAK KELEMAHAN KITA KAWAN BAIK TAK AKAN NAMPAK KELEMAHAN KITA SEMUANYA MEMUJI DAN TAK SEMUA PUJIAN ITU IKHLAS KERANA KEIKHLASAN HANYA ALLAH YANG TAHU KITA DAN SEMUA ORANG TAK TAHU ASALKAN KITA SENTIASA BERSANGKA BAIK SAJA DENGAN MEREKA SEMUA
          SEKARANG NI FIKIRKAN STRATEGI BARU BAGAIMANA MAHU BERUBAH UNTUK MENJADI KHALIFAH ALLAH YANG LEBIH BERMAKNA DI SISI-NYA DAN SALING BERBUAT KEBAJIKAN DENGAN SEMUA HAMBA-NYA
          PASTI TENANG JIWA PANGLIMA AYAHANDA PANGERAN ADUKA SETENANG AIR DI KALI SYURGA...
          TAK PERCAYA CUBA AYAHANDA GUNAKAN BAHASA PAHLAWAN PANGLIMA AYAHANDA PANGERAN NUR ADUKA BAHASA YANG TEGAS TAPI DI DALAM NYA ADA MESEJ-MESEJ MENYAPA LEMBUT HATI YANG MENDENGARNYA BAK ANGIN SEPOI-SEPOI BAHASA DARI SYURGA. 
          INGAT TAK PANGLIMA AYAHANDA PANGERAN NUR ADUKA BERLAGU INDAH...BEGINI BUNYINYA

          TUAI PADI ANTARA NAMPAK
          ESOK JANGAN LAYU-LAYUAN
          INTAI KAMI ANTARA NAMPAK
          ESOK JANGAN RINDU-RINDUAN

          TANYA SAMA POKOK
          APA ASAL SAYANG
          NANTI JAWAB POKOK
          KASIHKU MELAYANG
          TAPI PERJUANGANKU TETAP KOKOH
          SEKOKOH POKOK KETAPANG

          NAK FITNAH AKU SILAKAN
          NAK HINA AKU SILAKAN
          NAK UMPAT KEJI AKU SILAKAN
          TERIMA KASIH KUUCAPKAN
          KERANA KAU SEORANG DERMAWAN
          MENYEDEKAHKAN PAHALAMU PADAKU
          DI AKHIRAT NANTI KU TAK TUNTUT HARTAMU
          TAPI KUTUNTUT PAHALA DARIMU ATAS PENGHINAAN
          JIKA KAU MUFLIS AKHIRAT JANGAN SALAHKAN AKU
          APAPUN KU UCAPKAN TERIMA KASIH DUHAI INSAN
          YANG BERMURAH HATI MEMBERIKU PAHALAMU 

          YA ALLAH AKU HAMBAMU YANG LEMAH
          AMPUN KAN AKU
          KERANA KEKURANGANKU MEREKA MENNGUMPATKU
          MAKANYA AMPUNKAN MEREKA JUGA KERANA 
          MEREKA JAHIL TENTANG PEMBALASAN HARI AKHIRAT
          JIKA MEREKA TAHU BETAPA BERNILAINYA PAHALA DI AKHIRAT TENTUNYA MEREKA TIDAK AKAN 
          MENFITNAHKU
          MENGUMPATKU
          MENGHINAKU
          MALAH AKAN BERTALISIRATURRAHIM DENGANKU
          KERANA TALISIRATURAHIM ADALAH PERKARA YANG KAU SUKA YANG AKAN MEWANGIKAN KUBURKU 
          MAKANYA WANGIKAN SILATURAHIM KAMI DALAM RAHMAT KASIH-MU HINGGA KE SYURGA- MU
          YA ALLAH SESUNGGUH-NYA AKU SAYANG 
          SESUNGGUH SAYANG SEMUA 
          SAUDARA SEISLAMKU TANPA TERKECUALI
          BALASLAH KASIH SAYANG KAMI INI
          DENGAN RAHMAT KASIH-MU SAMPAI SYURGA
          AAMIIN AAMIIN AAMIIN 
          YA RABBAL A'LAMIIN

          RATU RIMBA NIAGARA
          (MUHASABAH UNTUK DIRIKU SENDIRI DAN KUKONGSIKAN KEPADA SEMUA SAUDARA SEISLAMKU YANG KUSAYANGI DUNIA AKHIRAT AAMIIN AAMIIN AAMIIN YA RABBAL A'ALAMIIN)
          30 Syawal 1434H
          6 September 2013M
        • Ratu Rimba Niagara BERSAMA REALITIKAN CITA MOYANG HULUBALANG KITA

          Duhai hulubalangku...
          Sudah lama ku nantikan kedatanganmu
          Allah telah memakbulkan doaku
          Mengirimkan rakan seperjuangan
          Untuk susah senang bersama

          Duhai hulubalangku
          Adakah kau ingat sumpah setia
          Moyang hulubalangmu moyang hulubalangku
          Agar jangan sesekali aku dan kau menjadi
          Pendekar derhaka kepada Raja Bugis
          Tidak akan izinkan mana-mana rakyat
          Menjadi rakyat derhaka yang pasti membawa padah
          Makanya jangan sesekali kau mahu berpaling tadah
          Dalam perjuangan yang penuh berliku ini

          Duhai hulubalangku
          Jangan kau herankan perjuanganku
          Aku sudah terbiasa berjuang kesendiriaan
          Mencapaikan hasrat nenek moyangku yang tak tercapai
          Tapi andainya kau sanggup
          Melupakan kepentinganmu demi merealitikan
          Hasrat dan cita-cita moyang hulubalangmu
          Sudilah bersamaku
          Susah senang kita bersama
          Andainya aku gugur dulu sebelummu
          Kau teruskanlah perjuangan ini
          Aku sentiasa bersamamu
          Kerana setiap langkah perjuanganmu
          Adalah bayanganku
          Roh perjuanganku telah bersemadi di jiwamu
          Bersemadi juga di jiwa anak bangsa....
          Kerana kau dan aku telah ditakdirkan
          Untuk mencapaikan hasrat moyang hulubalang kita...

          Rakan seperjuanganmu,
          PUTRI RIMBA NIAGARA
          AKULAH SANG PUTERI YANG DIKATAKAN HILANG ITU
          AYUH BERSAMAKU TERUSKAN PERJUANGAN....

          4 September 2013
          28 Syawal 1434H
        • Ratu Rimba Niagara TABURAN BUNGA-BUNGA CINTA KEMERDEKAAN!

          Ingin kutaburkan benih-benih cinta kemerdekaan
          Di serata pelosok bumi Malaysia

          Biarpun kumengerti menempuh gelombang
          ombak mengganas!
          Lalu menghempas ke pantai!

          Tergiang bapa kemerdekaan tercinta berpesan,
          “Jagalah kemerdekaan ini sampai bila-bila pun!
          Untuk anak cucu kita menumpang teduh!

          Terima kasih Bapa Kemerdekaan!
          Akan kuingat pesananmu itu!
          Akan kusebarkan bunga-bunga cinta kemerdekaan
          Di lubuk sanubari rakyat Malaysia tercinta!

          Demi cintaku pada Malaysia
          Akan kuperjuangkan untuk pertahankanmu!
          Biarpun hingga ke titisan darah terakhir!

          Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!

          Karya: Ratu Rimba Niagara
          6 Syawal 1434H
          13 Ogos 2013

          (PUISI DIILHAMKAN BERSEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-56 PADA 31 OGOS 2013 DAN DISIARKAN BERTUJUAN MENIUPKAN ROH SEMANGAT PATRIOTIK DI JIWA ANAK BANGSA AGAR MENGHARGAI KEMERDEKAAN MALAYSIA TERCINTA!
          August 30 at 10:16pm · Like · 1
        • Ratu Rimba Niagara SALAM KEMERDEKAAN KE-56 MALAYSIA TERCINTA!

          Salam Kemerdekaan Malaysiaku tercinta,
          Kibaran Jalur Gemilangmu tak jemu berkibar;
          Tersenyum megah penuh bangga,
          Kukagumi semangatmu sentiasa berkobar-kobar.

          Kau tak pernah erti kalah,
          Apa pun dugaan kau hadapi dengan tabah;
          Di mana pun berada kau berkibar megah,
          Demi mengekalkan kibaranmu rakyat harus berubah.

          Berubah untuk memikirkan kepentingan negara,
          Keamanan dan keharmonian matlamat utama;
          Semangat rakyatnya terus membara-bara,
          Menjadikan realiti impian 1Malaysia.

          Salam Kemerdekaan untuk Datuk Seri,
          Semoga Malaysia dalam kesejahteraan;
          Jasamu sentiasa mewangi di hati,
          Teruskan obor api perjuangan.

          Justeru rakyat Malaysia patut berbangga,
          Mempunyai pemimpin yang tak pernah jemu,
          Membela nasib rakyat di mana saja berada,
          1Malaysia menjadi kenyataan itu yang dimahu.

          1Malaysia menjadi kenyataan itu yang dimahu,
          Rakyat Malaysia bersatu aman damai;
          Negara aman rakyatnya pelbagai kaum bersatu,
          Bersatu hati mengharmoniskan Malaysiaku ini.

          Bersatu hati mengharmoniskan Malaysiaku ini,
          Antara pemimpin dan rakyat sentiasa menghormati;
          Sehati senada sejiwa saling memahami,
          Akan terpancarlah kegembiraan di hati Datuk Seri.

          Akan terpancarlah kegembiraan di hati Datuk Seri,
          Rakyat Malaysia sentiasa bersatu hati:
          Berkorban apa saja demi Malaysiaku ini,
          Bahagia rakyat Malaysia aman dan damai.

          Bahagia rakyat Malaysia aman dan damai,
          Tiada berburuk sangka sesama sendiri;
          Yang difikirkan keamanan negara ini,
          Kemerdekaan Malaysia akan sentiasa dikecapi.

          Kemendekaan Malaysia akan sentiasa dikecapi,
          Andai rakyatnya saling sanggup berkorban;
          Mempertahankan negara biarpun tsunami datang membadai,
          Makanya Malaysiaku merdeka sentiasa berkekalan.

          Malaysiaku kekal merdeka selamanya,
          Barulah tenang roh Bapa Kemerdekaanku;
          Bersyukur pemimpin dan rakyatnya,
          Kemuliaan Jalur Gemilang sentiasa di hatiku.

          Kemuliaan Jalur Gemilang sentiasa di hatiku,
          Ingin kuajak rakyat Malaysia menghargainya;
          Teringat dengan keperitan perjuangan Tuanku,
          Mendapatkan Kemerdekaan Negaraku yang tercinta.

          Selamat Menyambut Hari KeLahiran,
          Buat Negaraku Malaysia tercinta:
          Kumengerti keperitanmu mengharungi perjuangan,
          Sabarlah kesetiaanmu kami hargai sentiasa.

          Sambutan Kelahiranmu Yang Ke-56 ini kuberjanji,
          Bersumpah setia mengekalkan kerharmonianmu,
          Moga kau tidak akan disakiti lagi,
          Oleh musuh durjana ingin menjatuhkanmu.

          Salam Kemerdekaan Buat Negaraku yang dicintai,
          Moga kau sentiasa gembira selalu;
          Kesetiaanmu sentiasa kami sanjungi,
          Berkibarlah dengan megah serta bangga tanpa jemu.

          Karya: Ratu Rimba Niagara
          6 Syawal 1434H
          13 Ogos 2013

          (PUISI DIILHAMKAN BERSEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-56 PADA 31 OGOS 2013 DAN DISIARKAN BERTUJUAN MENIUPKAN ROH SEMANGAT PATRIOTIK DI JIWA ANAK BANGSA AGAR MENGHARGAI KEMERDEKAAN MALAYSIA TERCINTA!

          "MALAYSIAKU BERDAULAT TANAH TUMPAHNYA DARAHKU'
          August 30 at 10:19pm · Like · 1
        • Ratu Rimba Niagara SAYA WARGANEGARA MALAYSIA

          Saya warganegara Malaysia
          yang mengamalkan rukun negara
          sentiasa mendaulatkan Institusi diRaja
          oleh semua rakyat Malaysia
          rakyat Malaysia setia kepada Raja
          setia kepada negara
          termasuk rukun negara yang kedua
          rakyat negara saya terdiri daripada
          pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina dan
          India. Walaupun berbeza agama,
          bahasa, budaya dan warna kulit, kami hidup
          aman damai tanpa sebarang sengketa.

          Kami hidup bersatupadu, tolong
          menolong dan hormat menghormati.

          Perdana Menteri saya yang ke-6
          namanya YAB Dato' Sri Mohd Najib
          Bin Tun Haji Abd Razak.

          Saya menghargai Perdana Menteri
          saya kerana dapat mencetuskan
          Gagasan 1Malaysia iaitu,
          1Malaysia Rakyat Didahulukan
          Pencapaian Diutamakan.
          Saya percaya Gagasan 1Malaysia
          akan berjaya! Ini membuatkan negara
          saya aman makmur selamanya!
          Saya sayang negara saya!

          KARYA RATU RIMBA NIAGARA
          6 Syawal 1434H
          13 OGOS 2013
          (PUISI-PUISI DIIHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SEMUA KANAK-KANAK MALAYSIA YANG CINTAKAN NEGARA AGAR DAPAT MENCINTAI NEGARA SEJAK DARI KECIL LAGI)

          SELAMAT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA TERCINTA!'
          'KUCINTA DAN SAYANGIMU SAMPAI NAFAS TERAKHIR!
          ' NYAWAKU INI JADI TARUHAN DEMI CINTAKU PADAMU'
          'INILAH HADIAHKU UNTUK GENERASI KINI DAN AKAN DATANG MALAYSIA, ,
          UCAPAN TULUS IKHLAS SEMPENA MERAIKAN ULANG TAHUN KELAHIRAN PUJANGGA RATU RIMBA NIAGARA 13 OGOS 2O13, HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA 31 OGOS 2013 & SAMBUTAN HARI MALAYSIA (SABAH & SARAWAK PADA 16 SEPTEMBER 2013)
          KUHADIAHKAN BULAN & BINTANG UNTUKMU MALAYSIA, SABAH & SARAWAK TER CINTA! MOGA SUDI HARGAI KASIH SETULUS HATIKU INI SEMUANYA KERANA ALLAH TAALA MOGA DI SYURGAWI KASIH KITA TERSIMPUL MATI BERSAMA MEMANDANG WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH BERKAT KITA SALING MENJALINKAN TALISIRATURAHIM DALAM SEMANGAT BERGOTONG ROYONG MEREALISASIKAN CITA-CITA ANAK CUCU MALAYSIA TERCINTA. AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.

          RATU RIMBA NIAGARA
          Pujangga Ratu Rimba Cinta Benua
          MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
          6 Syawal 1434H
          13 Ogos 2013M

          (PUISI DIILHAMKAN BERSEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-56 PADA 31 OGOS 2013 DAN DISIARKAN BERTUJUAN MENIUPKAN ROH SEMANGAT PATRIOTIK DI JIWA ANAK BANGSA AGAR MENGHARGAI KEMERDEKAAN MALAYSIA TERCINTA!
          August 30 at 10:21pm · Like · 1
        • Ratu Rimba Niagara MALAYSIAKU BERDAULAT TANAH TUMPAHNYA DARAHKU!

          di sini tanah tumpahnya darahku
          tak akan kubiarkan
          biarpun seinci diceroboh musuh durjana
          akan aku pertahankan
          biarpun nyawaku jadi taruhan

          di sini tanah tumpahnya darahku
          cintaku pada ibu pertiwi
          setulus cinta tanpa ada pendustaan cinta
          tak akan kubiarkan ibu pertiwiku
          dizalimi oleh mana-mana musuh durjana
          siapa yang berani menentang
          akan aku tentang
          akan aku lawan
          biarpun nyawaku jadi taruhan

          di sini tanah tumpahnya darahku
          demi ibu pertiwi
          aku rela dihujani peluru
          bermandikan darah
          asalkan ibu pertiwiku aman sejahtera
          daripada segala ancaman musuh durjana

          di sini tanah tumpahnya darahku
          Angkatan Tentera Darat Malaysia
          sentiasa bersiap siaga
          mempertahankan ibu pertiwi
          kami tak takut mati bila berada di medan juang
          kami berjuang...berjuang...berjuang....
          hingga ke titisan darah terakhir
          untuk berundur di medan juang tidak sama sekali
          sekali kami melangkah ...
          langkah kami adalah langkah seorang pejuang

          Duhai rakyat Malaysia di luar sana
          Jangan bimbang
          Jangan takut
          Keselamatan negara masih terkawal
          Angkatan Tentera Malaysia
          Sentiasa berjaga-jaga ...memantau...
          Di setiap inci bumi Malaysia
          Masuh datang kami tentang
          Kami lawan
          Kami perang habis-habisan
          Kami tak takut mati pabila berada di medan perang
          Kami pasukan tentera yang berani mati
          Demi kerana agama bangsa dan negara

          Kami Angkatan Tentera Malaysia
          Semuanya terlatih mahir dalam berperang
          Kami dilatih untuk berani mati
          Tak akan ada rasa gentar bila berhadapan dengan musuh
          Semangat kami sentiasa bergelora untuk menghapuskan mereka !
          Andainya kami gugur di medan juang...
          Taburkan bunga-bunga ibu pertiwi
          Dan kirimi doa restu
          Agar kami sejahtera di Sana...

          Duhai musuh durjana
          Jangan kamu fikir kami relakan negara kami dijajah olehmu
          Ketahuilah kamu ...
          Sekali benderaku berkibar dengan laungan
          Merdeka!Merdeka!Merdeka! oleh Bapa Kemerdekaan Malaysia
          Selamanyalah kekal merdeka...
          Tak akan siapa berani menurunkan dan mengantikan bendera lain
          Jika kamu berani silakan....
          Angkatan Tentera Malaysia
          Tak akan biarkan....
          Sekalipun bumi Malaysia ini bermandikan lautan darah
          Tak akan kami biarkan....
          Akan kami perjuangkan hingga ke titisan darah terakhir
          Kami pertahankan bukan untuk kepentingan kami
          Semua-Nya demi cinta kami pada Tuhan, Raja Dan Rakyat Malaysia tercinta
          Makanya bila-bila masa sentiasa bersiap siaga dan sentiasa bersedia
          Berada di medan juang
          Kami mahu mati dalam perjuangan
          Perjuangan demi cintakan-Nya
          Matlamat kami mati syahid di medan perang...
          Moga Allah makbulkan doa kami
          AAmeen Ya Rabbal A'Lameen

          KARYA RATU RIMBA NIAGARA
          PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
          MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
          6 Syawal 1434H
          13 Ogos 2013M
          (PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SEMUA WIRA NEGARA YANG RELA SYAHID DI MEDAN PERANG)

          ANGKATAN TENTERA MALAYSIA TIDAK AKAN MENJADI PENGKHIANAT PADA BANGSANYA SENDIRI! RAKYAT MALAYSIA BERBANGGA DAN MENGHARGAI ATM SELAGI NYAWA DI KANDUNG BADAN!

          PUISI DIILHAMKAN BERSEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-56 PADA 31 OGOS 2013 DAN DISIARKAN BERTUJUAN MENIUPKAN ROH SEMANGAT PATRIOTIK DI JIWA ANAK BANGSA AGAR MENGHARGAI KEMERDEKAAN MALAYSIA TERCINTA!)
          August 30 at 10:26pm · Like · 1
        • Ratu Rimba Niagara GAGAH SETIA

          Kau pahlawan Allah
          Kau pahlawanku
          Kau pahlawan semua
          Kau pahlawan rakyat 1Malaysia

          Kau pahlawan yang gagah perkasa
          Kau pahlawan yang setia

          Kau rela korbankan dirimu
          Demi mempertahankan ibu pertiwi

          Kami hargai
          Kami sanjungi

          Kami berbangga punyai pahlawan
          Sepertimu
          yang gagah
          yang setia
          kepada agama bangsa dan negara

          ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR!

          Jasamu pahlawan
          Kan kami letak di taman hati
          Taman hati berbunga kebangsaan negara
          Bunga Raya
          Yang berkelopak Lima:
          KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
          KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
          KELUHURAN PERLEMBAGAAN
          KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
          KESOPANAN DAN KESUSILAAN
          Yang sentiasa ada di jiwa semua rakyat Malaysia
          Dengan segala prinsip rukun negara itulah
          Makanya hidup seluruh rakyat Malaysia
          Dalam kesejahteran dan kerahmatan dari Ilahi

          Moga Malaysia
          CEMERLANG GEMILANG TERBILANG

          Berkat kesetiaan gagah perkasa
          Semua pahlawan negara

          ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH
          Syukur kami pada-Mu Tuhan
          Mengurniakan kami pahlawan-pahlawan yang gagah setia
          Setiasa bersiap sedia membela ibu peritiwi
          Makanya Rahmatilah hidup dan mati semua pahlawan kami
          Yang berjasa pada ibu pertiwi
          Aamin Aamin Aamin Ya Rabbal A'Lamin

          KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
          31 Julai 2013
          (DIILHAMKAN SEMPENA MENYAMBUT HARI PAHLAWAN DI MALAYSIA
          PADA 31 Julai 2013)

          (PUISI DIILHAMKAN BERSEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-56 PADA 31 OGOS 2013 DAN DISIARKAN BERTUJUAN MENIUPKAN ROH SEMANGAT PATRIOTIK DI JIWA ANAK BANGSA AGAR MENGHARGAI KEMERDEKAAN MALAYSIA TERCINTA!)
          August 30 at 10:30pm · Like · 1
        • Ratu Rimba Niagara SYAIR TUNKU ABDUL RAHMAN BAPA KEMERDEKAAN MALAYSIA

          Tersebutlah kisah seorang putera,
          Tunku Abdul Rahman diberi nama;
          Dikasihi semua rakyat jelata,
          Baik budinya tidak terkira.

          Menyayangi rakyat sepenuh hati,
          Perjuangannya tidak pernah terhenti;
          Disambung oleh pemimpin terkini,
          Cintakan perjuangan tidak bertepi.

          Sokongan rakyat Tunku gembira,
          Rela berkorban harta dan nyawa;
          Demi kerana negara tercinta,
          Asalkan rakyat hidup bahagia.

          Bersama Tun Razak Tunku ke London,
          Untuk bincangkan tentang kemerdekaan;
          Penat dan lelah tidak dihiraukan,
          Asalkan pulang membawa kejayaan.

          Tanggal 31 Ogos 1957 diumumkan kemerdekaan,
          Disambut penuh dengan kegembiraan;
          Ribuan rakyat ceria bersorakkan,
          Tersenyum Tunku tanda kepuasan.

          Tunku laungkan merdeka penuh membara,
          Rakyat menyambut laungan membara-bara;
          Demi kerana negara merdeka,
          Untuk diwarisi rakyat jelata.

          Kemerdekaan dituntut bukannya mudah,
          Penuh dengan penat dan lelah;
          Walaupun tiada pertumpahan darah,
          Agar generasi dapat berteduh.

          Pemimpin dan rakyat harus bersatu,
          Pertahankan negara tanpa jemu;
          Rakyat aman sudahlah tentu,
          Generasi mendatang mendapat restu.

          Tanpa diduga komunis bertandang,
          Menceroboh masuk terus meradang;
          Tunku memikir merasa bimbang,
          Keselamatan negara tidak tergoyang.

          Tunku berbincang secara aman,
          Dengan Chin Peng membuat keputusan;
          Komunis berundur dengan aman,
          Terima kasih Tunku Abdul Rahman.

          Jepun menyerang ke negara kita,
          Ingin berkuasa merebut tahta;
          Kekejaman Jepun rakyat sengsara,
          Makan dan minum berair mata.

          Sana sini mayat bergelimpangan,
          Jepun mengganas tanpa kemanusiaan;
          Asalkan hati penuh kepuasan,
          Kerana hati bertuhankan syaitan.

          Para perajurit ramai terkorban,
          Mempertahankan negara habis-habisan;
          Nyawa di badan jadi taruhan,
          Asalkan negara menjadi aman.

          Perajurit dibantu tentera Inggeris,
          Jepun terus bermuka bengis;
          Berlawan mereka terus menerus,
          Gugurnya perajurit terus ditangis.

          Pergilah perajuritku dengan aman,
          Perjuanganmu menjadi kenangan;
          Kau gugur dalam kemenangan,
          Kuingat dikau di tugu kepahlawanan.

          Jepun mengalah lalu berundur,
          Hiroshima dan Nagasaki bom digugur;
          Sudah terlambat Jepun nak sedar,
          Rakyat mereka ramai yang gugur.

          Tunku hargai jasa perwira,
          Pertahankan negara ke hujung nyawa;
          Rakyat juga amat berbangga,
          Kerana jasamu rakyat terbela.

          Tungku memerintah penuh berhati,
          Rakyat hidup bersatu hati;
          Ke mana pergi Tunku dihormati,
          Pengorbanamu Tunku terus diingati.

          Sekian sahaja kisah Bapa Kemerdekaan,
          Memerdekakan negara demi keamanan;
          Agar generasi turut pertahankan,
          Menjadi warisan sejak berzaman.

          Karya: Ratu Rimba Niagara
          31 Julai 2013
          (DIILHAMKAN SEMPENA MEMPERINGATI HARI PAHLAWAN)

          (PUISI DIILHAMKAN BERSEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-56 PADA 31 OGOS 2013 DAN DISIARKAN BERTUJUAN MENIUPKAN ROH SEMANGAT PATRIOTIK DI JIWA ANAK BANGSA AGAR MENGHARGAI KEMERDEKAAN MALAYSIA TERCINTA!)
          August 30 at 10:35pm · Like · 1
        • Ratu Rimba Niagara TUN ABDUL RAZAK 'BAPA PERDAMAIAN'

          Tun Abd Razak dibesarkan di sebuah perkampungan
          yang sangat miskin. Dia ke sekolah berjalan kaki
          tanpa kasut kerana ingin merasakan dirinya sama
          taraf dengan rakan-rakan yang pergi ke sekolah
          tanpa kasut.

          Dia seorang murid yang sentiasa merendah diri,
          baik budi pekerti dan suka membantu rakan-rakan
          nya yang kebanyakan terdiri daripada keluarga
          yang miskin. Tiada wujud membangga diri
          walaupun dia seorang anak keluarga yang berada.

          Berkat ketekunannya dalam pelajaran Tun Abdul
          Razak telah berjaya melanjutkan pelajarannya
          ke luar negara dengan lulusan undang-undang.

          Tun Abdul Razak adalah sahabat baik kepada
          Tunku Abdul Rahman. Mereka berdua bersama-
          sama telah pergi ke London untuk menuntut
          Kemerdekaan Malaysia yang ketika itu dikenali
          sebagai Tanah Melayu.

          Hasil pertemuan tersebut pada tanggal 31 Ogos
          1957 Malaysia telah diistiharkan kemerdekaan
          dan di sambut penuh meriah oleh seluruh rakyat
          Malaysia untuk meraikan kemerdekaan yang
          dinanti-nantikan sejak sekian lama. Rakyat
          Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum.

          Tunku Abdul Rahman telah melantik Tun
          Abdul Razak sebagai Timbalan Perdana Menteri.
          Mereka berdua saling berkerjasama dan saling
          hormat menghormati di antara satu sama lain.

          Pada 13 Mei 1969 telah berlaku satu rusuhan
          kaum di antara kaum Cina dan Melayu.
          Tun Abdul Razak meminta kaum Melayu
          supaya bertenang tetapi rusuhan kaum
          tetap juga berlaku di Kampung Melayu.

          Kerajaan telah mengarahkan perintah
          berkurung untuk meredakan keadaan
          yang amat membimbangkan pada
          ketika itu. Segala tugas Tunku serahkan
          kepada Tun Abdul Razak untuk
          menyelesaikannya. Akhirnya kembali
          tenang buat seketika.

          Memandangkan semua tugas Perdana
          Menteri dipertanggungjawabkan kepada
          Tun Abdul Razak, rakyat mahu Tun
          Abdul Razak menjadi Perdana Menteri.
          Tun Abdul Razak menolak permintaan
          rakyat tanda menghormati Tunku
          Abdul Rahman yang telah dianggap
          sebagai bapa dan sahabat yang paling
          disayangi.

          Pada 1971 Tunku Abdul Rahman menyerahkan
          Jawatan Perdana Menteri kepada Tun Abdul
          Razak demi kepentingan rakyat dan negara.
          Tun Abdul Razak menerima jawatan tersebut
          dan sanggup berkorban apa sahaja demi
          rakyat dan negara tercinta.

          Ketika menyandang jawatan Perdana Menteri
          Yang Ke-2 Tun Abdul Razak berazam untuk
          membasmi kemiskinan yang kebanyakkannya
          terdiri daripada kaum Melayu. Beliau
          membuat Dasar Ekonomi Baharu untuk
          menaik tarafkan hidup orang Melayu tetapi
          ini tidak disenangi kaum Cina.

          Hakikatnya Tun Abdul Razak mahu semua
          rakyat di negara ini menikmati kekayaan
          negara sama dikongsi oleh semua kaum
          Cina, Melayu mahupun India. Tun Abdul
          Razak berfikir bagaimana untuk menyatu-
          padukan tiga kaum ini.

          Tanpa pengetahuan rakyat, Tun Abdul
          Razak telah pergi ke Cina untuk membuat
          lawatan persahabatan di antara Malaysia
          dengan Cina.

          Tanpa diduga Tun Abdul Razak telah
          mendapat sambutan di luar dugaan
          oleh rakyat cina dan para pemimpin
          yang mengalu-alukan kedatangan
          Tun Abdul Razak ke negara mereka.
          Ketika Tun Abdul Razak pulang dari negera China
          tanpa diduga beliau telah disambut oleh
          ribuan rakyat Malaysia yang terdiri daripada
          pelbagai kaum. Tun Abdul Razak melaungkan,
          “Kita Berjaya! Kita Berjaya! Kita Berjaya!”
          Teriakkan beliau disambut penuh gembira
          oleh seluruh rakyat pada ketika itu.

          Tidak sia-sialah permegian Tun Abdul Razak ke
          negara China kerana visinya untuk menyatupadukan
          kaum Cina dan Melayu berjaya akhirnya. Beliau
          sangat berasa gembira yang tidak dapat digambarkan
          dengan kata-kata.

          Rakyat terus aman dan harmoni tanpa perselisihan
          kaum lagi. Hidup saling hormat menghormati
          di antara satu sama lain dan saling berkerjasama.
          Rakyat terus mengecapi arus pembangunan Negara.

          Pada tahun 1976 Tun Abdul Razak tidak dapat
          menahan kesakitan lagi yang mana selama ini
          beliau merahsiakan penyakit lukimea yang
          telah dihidapi sejak bertahun lamanya daripada
          pengetahuan keluarga mahupun rakyat tercinta.
          Tun Abdul Razak pergi ke luar negara
          tanpa pengetahuan rakyat untuk
          mengubati penyakitnya tetapi penyakit
          yang ditanggungnya sudah sampai ke
          tahap kritikal. Doktor memberitahu
          kepada keluarga Tun Abdul Razak
          bahawa Tun tidak dapat diselamatkan
          lagi dan dibawa pulang ke tanah air.
          Dalam saat-saat genting Tun tidak
          mahu dibawa pulang kerana tidak
          mahu rakyat kuatir nanti.

          Tun Abdul Razak menghembuskan
          nafas terakhir pada 1976 di pangkuan
          keluarganya yang tercinta.

          Jenazah Tun Abdul Razak dibawa pulang
          ke Tanah Air diratapi ribuan rakyat
          terdiri daripada pelbagai kaum.
          Rakyat begitu sedih kerana telah
          kehilangan seorang pemimpin berjiwa
          Rakyat yang sanggup bersusah payah
          demi rakyat. Rakyat menggelar Tun
          Abdul Razak. “Bapa Perdamaian”
          Visi Tun Abdul Razak telah diwarisi
          oleh anakandanya YAB Datuk Seri Mohd Najib
          Perdana Menteri Malaysia Yang Ke-6 dengan visi
          Gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian
          Diutamakan.

          Karya Ratu Rimba Niagara.
          31 Julai 2013
          (BERSEMPENA MEMPERINGATI HARI PAHLAWAN - 31 Julai 2013)

          (PUISI DIILHAMKAN BERSEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-56 PADA 31 OGOS 2013 DAN DISIARKAN BERTUJUAN MENIUPKAN ROH SEMANGAT PATRIOTIK DI JIWA ANAK BANGSA AGAR MENGHARGAI KEMERDEKAAN MALAYSIA TERCINTA!)
          August 30 at 10:38pm · Like · 1
        • Ratu Rimba Niagara PANTUN TUN HUSSEIN ONN, ' BAPA PERPADUAN'

          Tun Hussein Onn anakanda Dato’ Jaafar,
          Bondanya Datin Halimah Hussein;
          Memerintah negara penuh sabar,
          Tidak pernah bosan dalam perjuangan.

          Di masa muda ilmu penuh di dada,
          Menyertai pasukan tentera sebagai kadet;
          Mengharumkan nama negara di persada,
          Mengamalkan keadilan dalam politik.

          Menyertai Rejemen Hyderabad semasa peperangan,
          British melantik pengajar Latihan Polis Malaya;
          Berjiwa patriotik jauh pandangan,
          Ingin melihat Malaysia Berjaya.

          Pulang ke Tanah Air dilantik sebagai komandan,
          Berkhidmat di Depoh Polis Johor Bahru;
          Melaksanakan tugas penuh beradap sopan,
          Menyandang jawatan tak pernah jemu.

          Pernah juga menjadi pegawai daerah,
          Bertugas di Klang dan Kuala Selangor;
          Menjalankan tugas penuh amanah,
          Galakkan pekerja bersikap jujur.

          Semangat nasionalisme menebal di jiwa.
          Berasal keluarga yang kuat berpolitik;
          Meletakkan jawatan kerajaan demi Negara.
          Ke mana pergi berjiwa patriotik.

          Tahun 1949 menjadi Ketua Pemuda,
          Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu;
          Berjiwa patriotik nampak muda,
          Perjuangan sentiasa mendapat restu.

          Tahun 1968 kembali berpolitik,
          Tahun 1969 menjadi Menteri Pelajaran;
          Ingin memupuk masyarakat majmuk,
          Rakyat bersatu dalam perpaduan.

          2 Ogos 1973 menjadi Timbalan Perdana Menteri,
          15 Januari 1976 menjadi PM setelah kematian Tun Abd Razak;
          Menjadi Perdana Menteri sudah terpatri,
          Bertambah kukuh kuasa politik.

          Ketegasan memupuk semangat perpaduan,
          Keseimbangan ekonomi rakyat menjadi perhatian;
          Antara kaum biarlah kesamarataan,
          Barulah masyarakat harmoni berpanjangan.

          Tun Hussein Onn kenalkan konsep Rukun Tetangga,
          Agar rakyat hidup aman harmoni;
          Keadilan memerintah amat dijaga,
          Pelbagai kaum bersatu hati.

          Diperjuangkan juga ancaman terhadap dadah,
          Itulah asas benteng Negara;
          Belia negara janganlah musnah,
          Hidup rakyat aman sejahtera.

          Angkatan bersenjata Malaysia diperbesarkan,
          Dipermodenkan dengan senjata canggih;
          Untuk melindungi Negara daripada ancaman,
          Musuh yang datang terus disanggah.

          1971 Tun Hussein menjalani pintasan koronari,
          Meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri;
          Faktor kesihatan mengundur diri,
          Demi rakyat dan Negara berkorban diri.

          Jawatan diambil oleh Tun Mahathir,
          Dilepaskan jawatan denngan rela hati;
          Ramai menteri datang hadir,
          Titisan air mata terharu bekas Perdana Menteri.

          Selepas bersara memberi sumbangan,
          Kepada pertubuhan-pertubuhan kebajikan;
          Biar perjuangan terus berpanjangan,
          Demi rakyat dan Negara tidak diabaikan.

          29 Mei 1990 Tun Hussein Onn menghembus nafas terakhir,
          Sewaktu berusia 68 tahun;
          Rakyat tangisi pemimpin bersifat jujur,
          Diingati jasa sepanjang zaman.

          Disemadikan pada hari Jumaat,
          Di Makam Pahlawan Masjid Negara Kuala Lumpur;
          Didoakan tergolong hamba yang taat,
          Bunga-bunga kemboja terus ditabur.

          Tun Husssein Onn pernah berpesan,
          Jangan ditangisi permegiaannya nanti;
          Mahukan anakanda teruskan perjuangan,
          Demi kerana negara amat dicintai.

          Anakanda Hishamuddin mewarisi bakat,
          Kepimpinan ayahanda Tun Hussein Onn;
          Berjiwa patriotik berjiwa rakyat,
          Agar negara pesat membangun.

          Karya Ratu Rimba Niagara.
          31 Julai 2013
          (BERSEMPENA MEMPERINGATI HARI PAHLAWAN - 31 Julai 2013)

          (PUISI DIILHAMKAN BERSEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-56 PADA 31 OGOS 2013 DAN DISIARKAN BERTUJUAN MENIUPKAN ROH SEMANGAT PATRIOTIK DI JIWA ANAK BANGSA AGAR MENGHARGAI KEMERDEKAAN MALAYSIA TERCINTA!)
          August 30 at 10:42pm · Like · 1
        • Ratu Rimba Niagara TUN MAHATHIR , 'BAPA PEMODENAN'

          Malaysia maju idea Tun Mahathir,
          Digelar rakyat Bapa Pemodenan;
          Perjuangan beliau tidak berakhir,
          Malaysia maju dalam pembangunan.

          Karya: Ratu Rimba Niagara.
          31 Julai 2013
          (SEMPENA MEMPERINGATI HARI PAHLAWAN 31 Julai 2013)

          (PUISI DIILHAMKAN BERSEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-56 PADA 31 OGOS 2013 DAN DISIARKAN BERTUJUAN MENIUPKAN ROH SEMANGAT PATRIOTIK DI JIWA ANAK BANGSA AGAR MENGHARGAI KEMERDEKAAN MALAYSIA TERCINTA!)
          August 30 at 10:45pm · Like · 1

          Ratu Rimba Niagara TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI , 'BAPA MINDA KELAS PERTAMA'

          Tun Abdullah Ahmad Badawi PM kelima,
          Pentingkan rakyat berminda kelas pertama;
          Satu Malaysia bermuafakat bersama,
          Menjadi warga dunia yang teristimewa.

          Karya Ratu Rimba Niagara.
          31 Julai 2013
          (BERSEMPENA MEMPERINGATI HARI PAHLAWAN - 31 Julai 2013)

          (PUISI DIILHAMKAN BERSEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-56 PADA 31 OGOS 2013 DAN DISIARKAN BERTUJUAN MENIUPKAN ROH SEMANGAT PATRIOTIK DI JIWA ANAK BANGSA AGAR MENGHARGAI KEMERDEKAAN MALAYSIA TERCINTA!)
          August 30 at 10:45pm · Like · 1
        • Ratu Rimba Niagara DATUK SRI NAJIB BAPA TRANSFORMASI RAKYAT 1MALAYSIA

          Kau seperti sebutir bintang
          yang turun ke bumi menyinari
          hidup setiap rakyat Malaysia!

          Kau kata,"1Malaysia, Rakyat Didahulukan
          Pencapaian Diutamakan." kata-kata itu
          membakar semangat setiap rakyat
          yang lesu dan bisu sekian lama.

          Setiap butiran kata-katamu
          menjadi keramat setiap
          yang mendengar...
          Mereka terpaku!
          Bukan kaku!
          Mereka terus bangun dari lamunan mimpi
          yang kini bukan mimpi tapi realiti!

          Kau menggerakkan barisan kabinetmu
          agar memberi khidmat bakti kepada rakyat
          tak kira penat lelah asalkan nasib rakyat terbela.

          Kau arahkan semua pentadbiran kerajaan
          memahami denyut nadi rakyat!
          Kata-kata itu bukan kata-kata kosong
          Akan dibuktikan! Lihatlah nanti!

          Telah tercatat Di Sana, kau adalah
          pewaris bangsa yang dinanti-nantikan
          sejak sekian lama.

          Kau pembawa pemikiran di luar kotak.
          Bakat kepimpinan yang kau warisi
          daripada ayahanda Tun Abdul Razak
          Perdana Menteri Kedua telah sebati
          dalam jiwamu.

          Kau mahu rakyat dan kerajaan
          bersatupadu merealisasikan sebuah
          kerajaan yang aman makmur bersatu
          demi kepentingan rakyat dan negara
          tercinta!

          Kau peka dengan setiap masalah rakyat,
          masalah rakyat adalah menjadi masalahmu
          dan ingin diselesaikan agar tiada satu pun
          yang tercicir daripada arus pembangunan.

          Siapa sangka kau yang mempunyai kuasa kerajaan
          memerintah nombor satu mempunyai sikap seperti
          rakyat biasa yang tak punyai apa-apa.
          Menyelami dan memahami keluh kesah rakyat adalah
          satu perkara yang mahu kau kongsi dan tangani
          bersama.

          Demi rakyat tercinta , kau gunakan segala kudrat
          yang ada untuk terus berkhidmat dengan senyum
          gagah seorang perwira yang sedia berjuang dan
          membantu!

          Setiap keluh kesah rakyat membuatkan
          kau gelisah dan bukan kosong mendengar
          tetapi membantu selagi mampu.

          Jerih perih rakyat adalah bebanan yang
          kau pikul untuk dikongsi bersama.
          Senyuman rakyat adalah satu
          kepuasan buatmu!

          Pening! Memang pening...
          Bagaimana hendak memikirkan
          setiap masalah rakyat yang ingin
          dikongsi bersama tapi berkat
          kesepakatan barisan kabinetmu kau
          pasti berjaya! Insya-Allah.

          Lihatlah rakyat Malaysia!
          Siapakah PM ke-6 ini?
          Yang berhati waja lagi mulia
          yang sedia mendengar setiap
          rintihan kalbu rakyat Malaysia
          tak kira kaum,"1Malaysia, Rakyat Didahulukan
          Pencapaian Diutamakan".

          Bersyukurlah banyak-banyak kerana kita
          dikurniakan seorang pemimpin
          yang memahami setiap denyut nadi rakyat Malaysia.

          Terima kasih PM ke-6.
          Pasti nanti negara tercinta ini
          mempunyai rakyat yang bersatu padu
          dalam ungkapan,'1Malaysia,
          Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan'.

          Karya: Ratu Rimba Niagara.
          31 Julai 2013
          (BERSEMPENA MEMPERINGATI HARI PAHLAWAN - 31 Julai 2013)

          (PUISI DIILHAMKAN BERSEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-56 PADA 31 OGOS 2013 DAN DISIARKAN BERTUJUAN MENIUPKAN ROH SEMANGAT PATRIOTIK DI JIWA ANAK BANGSA AGAR MENGHARGAI KEMERDEKAAN MALAYSIA TERCINTA!)
          August 30 at 10:49pm · Edited · Like · 1
        • Ratu Rimba Niagara PANTUN 1MALAYSIA RAKYAT PATRIOTIK

          Nabi Muhammad S.A.W lambang perpaduan,
          Berbudi pekerti mulia berhemah tinggi;
          Semasa hidup memberi panduan,
          Akhir kalam umatnya disayangi lagi diingati.

          Sultan Mizan Agong berwibawa,
          Memerintah negara adil saksama;
          Rela berkorban demi rakyat tercinta,
          Ke mana pergi disayangi rakyat jelata.

          Tunku Abdul Rahman PM pertama,
          Digelar rakyat Bapa Kemerdekaan;
          Impian Tunku telah terlaksana,
          Menjadikan Malaysia pesat membangun.

          Allahyarham Tun Abdul Razak PM kedua,
          Mohd Najib anak kesayangan;
          Matlamat perjuangan tidak berbeza,
          Rakyat DiDahulukan Pencapaian DiUtamakan.

          Tun Hussein Onn PM ketiga,
          Tertib sungguh bila berbicara;
          Masalah rakyat diurus dijaga,
          Agar rakyat hidup terbela.

          Malaysia maju idea Tun Mahathir,
          Digelar rakyat Bapa Pemodenan;
          Pejuangan beliau tidak berakhir,
          Malaysia maju dalam pembangunan.

          Tun Abdullah Ahmad Badawi PM kelima,
          Pentingkan rakyat berminda kelas pertama;
          Satu Malaysia bermuafakat bersama,
          Menjadi warga dunia yang teristimewa.

          Transformasi kerajaan idea PM keenam,
          Rakyat letakkan harapan yang tinggi;
          Saling bertoleransi biarpun pelbagai kaum,
          Agar semuanya saling hormat menghormati.

          Lambai Limbai bukan lambaian kosong,
          Melambangkan hati nurani rakyat Sabah;
          Satu Malaysia rakyat cemerlang,
          Akan semuanya menjadi indah.

          Negeri Sarawak terus membangun,
          Bajet pembangunan dibuat telus;
          Nasib rakyat tidak dibiarkan,
          Biar cemerlang terus menerus.

          Tentera Darat mendukung aspirasi rakyat dan negara,
          Demi rakyat dan negara tercinta;
          Rela berkorban jiwa dan raga,
          Jasamu dikenang hingga ke hujung nyawa.

          PLKN generasi patriotik,
          Itulah asas benteng negara;
          Tiada terlibat agenda politik,
          Hanya semata untuk negara.

          Rosmah pencetus Permata Negara,
          Bagi membentuk generasi berjasa;
          Cita-cita dipupuk terus membara,
          Memahat nama di antarabangsa.

          Tahun Baharu Cina disambut meriah,
          PM dan rakyat beramah mesra;
          Idea pembangunan kian bercambah,
          Demi kepentingan rakyat dan negara.

          Hari Thaipusam tidak dilupakan,
          PM datang menyerikan majlis;
          Kaum India gembira sakan,
          Kerana PM berwajah manis.

          Kerajaan dan media rakan kongsi,
          Masalah rakyat dikongsi bersama;
          Gagasan 1Malaysia akan direalisasi,
          Malaysia pasti jadi ternama.

          Karya seni warisan negara,
          Kerajaan hargai rakyat banggai;
          Pelancong yang datang dilayan mesra,
          Produk terkenal berkualiti tinggi.

          Rakyat faham Satu Malaysia,
          PM tersenyum tanda gembira;
          Mari kita pakat sama-sama,
          Gemilangkan Malaysia di persada dunia.

          Satu Malaysia jadi kenyataan,
          Pasti PM tersenyum bangga;
          Menabur jasa janganlah bosan,
          Biarpun terkorban jiwa dan raga.

          Malaysia ini milik semua,
          Rakyat hidup dalam sejahtera;
          Tercipta sudah negara bangsa,
          Pemimpin dan rakyat seiring sekata.

          Satu Malaysia rakyat patriotik,
          Bersatu padu bersatu hati;
          Rakyat sejahtera tanpa konflik,
          Negara makmur Malaysia dihormati.

          Karya: Ratu Rimba Niagara
          31 Ogos 2013
          (Bersempena Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia Ke-56)

          (PUISI DIILHAMKAN BERSEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-56 PADA 31 OGOS 2013 DAN DISIARKAN BERTUJUAN MENIUPKAN ROH SEMANGAT PATRIOTIK DI JIWA ANAK BANGSA AGAR MENGHARGAI KEMERDEKAAN MALAYSIA TERCINTA!)
          August 30 at 10:53pm · Like · 1
        • Ratu Rimba Niagara SYAIR 1MALAYSIA SAYANGKAN NEGARA

          Tersebutlah kisah sebuah negara,
          Malaysia digelar diberi nama;
          Perdana Menteri bekerja bersama-sama,
          Agar Malaysia jadi ternama.

          Satu Malaysia ilham Perdana Menteri,
          Galakkan rakyat bersatu hati;
          Demi kerana negara dicintai,
          Moga hidupmu terus diberkati.

          PM mengajak rakyat bersatu,
          Pelbagai kaum bersatu padu;
          Memupuk minda generasi baru,
          Demi kerana Malaysia yang satu.

          PM bekerja tak kira masa,
          Pentingkan rakyat dari segala;
          Kerahkan menteri beri kerjasama,
          Asalkan rakyat hidup bahagia.

          PM dan menteri kerja bersungguh,
          Demi rakyat negara teguh;
          Petah bicara bila berhujah,
          Agar rakyat dapat berteduh.

          PM kita pencetus revolusi,
          Galakkan rakyat berkreativiti;
          Minda penuh daya imaginasi,
          Lahirkan produk berinovasi tinggi.

          Menteri kabinet beri perhatian,
          Ikut arahan dalam panduan;
          Ada kuasa jangan disia-siakan,
          Hilang kuasa dalam penyesalan.

          Apalah ada pada kuasa,
          Salah guna bawa binasa;
          Jalankan tugas hati yang waja,
          Hidupmu pasti rasa bahagia.

          Rakyat perlu pemimpin berjasa,
          Menabur jasa sudahlah biasa;
          Ramah tamah tak gila kuasa,
          Moga hidupmu aman sejahtera.

          Melayu Cina India janganlah iri,
          Segala usaha tidak menjadi;
          Bila bersatu wajah berseri,
          Pelbagai bangsa jadi menteri.

          Sabah Sarawak tidak dilupakan,
          Sama rata diberi peruntukan;
          Justeru itu kekalkan perpaduan,
          Pasti hidup dalam kesejahteraan.

          Mari semua hidup berdamai,
          Fikirkan negara amanlah damai;
          Indah sungguh hidup yang permai,
          Segala budi sama disemai.

          Kementerian Pelajaran iktirafkan guru,
          Guru berkualiti amat diseru;
          Biar murid berminda baru,
          Demi kerana Malaysia yang satu.

          Ilmu itu pelita hati,
          Hati gelap akan diterangi;
          Bila gagal cubalah lagi,
          Kejayaan cemerlang sedia menanti.

          Penjawat awam ubahlah minda,
          Jadikan minda kelas pertama;
          Seiring dengan kehendak arus perdana,
          Kerajaan dan rakyat pasti berjaya.

          Majikan perlukan pekerja ikhlas,
          Sungguh-sungguh melakukan tugas;
          Janganlah ada bersikap malas,
          Majikan pun tidak akan bertegas.

          Usahawan cemerlang negara terbilang,
          Azam bersungguh tak pernah hilang;
          Usahakan hati terang benderang,
          Barulah usaha jadi terbilang.

          Budi bahasa budaya kita,
          Adab sopan apabila bicara;
          Bila begitu ramai yang suka,
          Hidup pasti lebih ceria.

          Sifat jujur haruslah ada,
          Ke mana pergi senanglah rasa;
          Takkan ada rasa kecewa,
          Hati pun bersih hasad pun tiada.

          Bertuahnya hidup di bumi Malaysia,
          Berkat kepimpinan yang bijaksana;
          Di bawah pemerintahan Agong adil dan saksama,
          Rakyatnya hidup aman dan sejahtera.

          Pos Malaysia lambang merdeka,
          Kerana terpanggil untuk berjasa;
          Demi kerana Negara tercinta,
          Moga jasamu dikenang hingga bila-bila.

          PM mahu PDRM berintegriti,
          Jalankan tugas penuh teliti;
          Agar rakyat rasa dilindungi,
          Jasa baktimu tetap dihargai.

          Satu Malaysia sayangkan negara,
          Rasa cinta terus membara;
          Teruskan perjuangan walau di mana,
          Biarpun terpaksa bekorban nyawa.

          Sekian sahaja syair Malaysia kusayang,
          Rakyatnya hidup tolong menolong;
          Budi yang baik tak akan hilang,
          Moga negara terus gemilang.

          Karya: Ratu Rimba Niagara
          31 Ogos 2013
          (Bersempena Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia Ke-56)

          (PUISI DIILHAMKAN BERSEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-56 PADA 31 OGOS 2013 DAN DISIARKAN BERTUJUAN MENIUPKAN ROH SEMANGAT PATRIOTIK DI JIWA ANAK BANGSA AGAR MENGHARGAI KEMERDEKAAN MALAYSIA TERCINTA!)
          August 30 at 10:56pm · Lik
        • Ratu Rimba Niagara HARGAI KEMERDEKAAN! MERDEKA SELAMANYA!

          Rakyat Malaysia Yang Berjiwa Patriotik Kusanjungi,
          Alangkah bahagia negara ini jika rakyat sepertimu;
          Menghargai Kemerdekaan Negara yang dikecapi,
          Merdeka! Merdeka! Merdeka! Dilafazkan tanpa jemu.

          Salam Kemerdekaan dariku untukmu
          dan untuk semua rakyat Malaysia yang cintakan negara ini
          Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!
          Dilaungkan sebanyak 7 kali oleh Tunku Abdul Rahman
          Bapa Kemerdekaan Negara Kita pada 31 Ogos 1957 dan
          diteruskan oleh semua Perdana Menteri Malaysia.
          Laungan Keramat ini akan bergema setiap kali
          Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia .

          "Hargai Kemerdekaan Merdeka Selamanya!"
          Selagi Ada Bulan Dan Matahari Negaraku Terus Merdeka!"

          Karya: Ratu Rimba Niagara
          31 Ogos 2013
          (Bersempena Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia Ke-56)

          (PUISI DIILHAMKAN BERSEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-56 PADA 31 OGOS 2013 DAN DISIARKAN BERTUJUAN MENIUPKAN ROH SEMANGAT PATRIOTIK DI JIWA ANAK BANGSA AGAR MENGHARGAI KEMERDEKAAN MALAYSIA TERCINTA!)
          August 30 at 11:12pm · Like

          Ratu Rimba Niagara DUHAI BRO YANG ADA DI BALIK PURNAMA,
          SUDILAH TUANG IDEAMU KARYA DISIARKAN,
          AGAR BOLEH DIBACA OLEH SEMUA ANAK BANGSA,
          MOGA SEMUA RAKYAT MALAYSIA HARGAI KEMERDEKAAN
          August 30 at 11:18pm · Like

          Ratu Rimba Niagara SELAMAT HARI KEMERDEKAAN KE-56 MALAYSIA TERCINTA

          SELAMAT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA TERCINTA!'
          'KUCINTA DAN SAYANGIMU SAMPAI NAFAS TERAKHIR!
          ' NYAWAKU INI JADI TARUHAN DEMI CINTAKU PADAMU'
          'INILAH HADIAHKU UNTUK GENERASI KINI DAN AKAN DATANG MALAYSIA, ,
          UCAPAN TULUS IKHLAS SEMPENA MERAIKAN ULANG TAHUN KELAHIRAN PUJANGGA RATU RIMBA NIAGARA 13 OGOS 2O13, HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA 31 OGOS 2013 & SAMBUTAN HARI MALAYSIA (SABAH & SARAWAK PADA 16 SEPTEMBER 2013)
          KUHADIAHKAN BULAN & BINTANG UNTUKMU MALAYSIA, SABAH & SARAWAK TER CINTA! MOGA SUDI HARGAI KASIH SETULUS HATIKU INI SEMUANYA KERANA ALLAH TAALA MOGA DI SYURGAWI KASIH KITA TERSIMPUL MATI BERSAMA MEMANDANG WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH BERKAT KITA SALING MENJALINKAN TALISIRATURAHIM DALAM SEMANGAT BERGOTONG ROYONG MEREALISASIKAN CITA-CITA ANAK CUCU MALAYSIA TERCINTA. AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.

          RATU RIMBA NIAGARA
          Pujangga Ratu Rimba Cinta Benua
          MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND

          Karya: Ratu Rimba Niagara
          31 Ogos 2013
          (Bersempena Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia Ke-56)

          (PUISI DIILHAMKAN BERSEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-56 PADA 31 OGOS 2013 DAN DISIARKAN BERTUJUAN MENIUPKAN ROH SEMANGAT PATRIOTIK DI JIWA ANAK BANGSA AGAR MENGHARGAI KEMERDEKAAN MALAYSIA TERCINTA!)
          August 30 at 11:23pm · Like
        • Ratu Rimba Niagara "Ambilkan Bulan "
          Karya: Laksamana Mas & Ratu Rimba Niagara

          Ambilkan bulan bu,
          Ambilkan bulan Bu
          yang selalu bersinar dilangit

          Dilangit bulan benderang
          Cahyanya sampai ke bintang

          Ambilkan bulan Bu
          untuk menerangi,
          tidurku yang lelap
          Dimalam gelap

          Beningnya suara mu menggetarkan seluruh tubuh ku,.....
          "Dewi Arum Ayu Laksimi Laksitarukmi Kusumoningrat "
          - Dewi Sekar Tanjung -
          kebahagiaan selalu ada bersama mu,.
          Amin...amin..amin..Ya Rabbalalamin......
          By: Laksamana Mas

          BULAN INDAH HADIAH UNTUKMU NAK!

          Nak...
          Ini bulan indah tuk mu nak...

          Dengan keringat air mata darah
          Bu usahakan sampai berjaya
          Demi kebahagiaan dunia akhiratmu sayang

          Bu pertaruhkan nyawa
          Di setiap penjuru waktu
          Demi menggapainya
          Hingga berjaya sayang

          Dari segi lojik
          Dalam usia selewat begini
          Mana bisa mampu
          Bu menggapainya sayang
          Tapi demi kekuatan cinta
          Yang tak pernah padam padamu sayang
          Bu usahakan sehingga berjaya
          Biarpun hati bu remuk redam
          Luka parah membarah
          Pedih perih
          Jerih memerihkan
          Sakit menyakitkan
          Bu teruskan jua perjuangan ini
          Demi mu sayang...
          Tak apalah
          Apalah ada kebahagiaan di dunia ini
          Yang cuma sementara saja
          Jika dibandingkan dengan
          Kebahagiaan hakiki
          Di negeri abadi sayang...

          Makanya jagalah
          Hadiah bulan ini nak
          Tulus ikhlas daripada bu...tukmu sayang...

          Bu memberi hadiah yang
          Paling berharga padamu sayang
          Tiada niat tuk mengharap
          Balasan apa-apa darimu sayang
          Cuma cukuplah sekadar
          Menjaga kemerdekaan ibu pertiwimu
          Agar tidak akan jatuh
          Ke tangan musuh durjana
          Jagailah sampai kapanpun!
          Selagi ada bulan dan matahari!

          Jangan lupa di setiap kali
          Purnama malam mengambang
          Jika rindu pada bu
          Tataplah senyuman bu di sana
          Pasti hilang rindumu sayang...

          Bu yang menyayangimu dunia akhirat
          Tulus Ikhlas Daripada Bunda Permaisuri Ratu Rimba Niagara
          Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua
          MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
          14 Jun 2012

          KARYA RATU RIMBA NIAGARA & LAKSAMANA MAS
          15 Jun 2012

          Karya: Ratu Rimba Niagara
          31 Ogos 2013
          (Bersempena Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia Ke-56)

          (PUISI DIILHAMKAN BERSEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-56 PADA 31 OGOS 2013 DAN DISIARKAN BERTUJUAN MENIUPKAN ROH SEMANGAT PATRIOTIK DI JIWA ANAK BANGSA AGAR MENGHARGAI KEMERDEKAAN MALAYSIA TERCINTA!)
          August 30 at 11:36pm · Like
        • Ratu Rimba Niagara "APABILA TAPAK SULAIMAN MENJADI BINTANG

          Sejak berkurun lamanya Tapak Sulaiman
          berada di dasar laut.

          Tiba-tiba terdetik di hati Tapak Sulaiman,
          ‘Sampai bila aku jadi begini?’

          Di dasar laut cuma nampak bebayang
          bintang-bintang disimbahi cahaya rang bulan.

          “ Alangkah bahagianya jika aku menjadi bintang!
          Tiada bezanya aku dengan bintang
          cuma aku di dasar lautan
          tidak berkedipan!
          Bolehkah aku jadi bintang?
          Bolehkahkah? Bolehkah? Bolehkah?
          Di dasar ini aku tidak berfungsi
          kepada penghuni laut
          sedangkan aku ingin hidup
          menyinari hidupku dan menyinari
          hidup mereka yang memerlukan
          kerdipan sinarku.” Tapak Sulaiman
          mula menyedari kejahilannya.
          Dia telah memasang impian.

          Setiap hari Tapak Sulaiman
          terus mengeluh...
          Meratapi nasib diri…
          Mencemburui kegemerlapan bintang
          seolah-olah mereka mengejeknya
          kerana berangan hendak
          menjadi bintang.

          “Kau siapa?
          Jalan pun terhegeh-hegeh
          di dasar laut ini… tanpa boleh berbuat apa-apa?
          Lainlah aku boleh ke sana ke mari dengan pantas
          dan ramai terpesona dengan kegagahan dan
          kebijaksanaan aku.. Jangan nak beranganlah!
          Ha…ha…ha…” Ejek naga laut sambil menayangkan
          kejadiannya yang unik mempersonakan
          seluruh penghuni laut kerana itu naga laut
          popular dan dihormati .

          “Engkau jangan memperlekehkan
          cita-cita aku. Akan kubuktikan!
          Lihatlah nanti!” Jerit Tapak Sulaiman
          memecah ketenangan malam itu.

          Laut yang tenang tiba-tiba mengaum di sertai
          dengan gelombang ombak mengganas!

          Gerakkan dasar laut telah membawa
          Tapak Sulaiman ke dalam gelombang
          ombak mengganas! Lalu menghempasnya
          ke pantai.

          Kini Tapak Sulaiman berada di pantai
          di sinari cahaya pagi yang menyegarkan!

          Seakan mimpi Tapak Sulaiman
          berjalan ke sana ke mari
          menari-nari.

          Bila malam tiba Tapak Sulaiman
          menikmati suasana malam sambil
          memerhatikan kegemerlapan
          bintang-bintang di langit di sinari
          sinaran cahaya bulan.

          Sungguh jelas permandangan tika itu
          tidak perlu samar-samar lagi
          tika berada di dasar laut.

          “Bolehkah aku menjadi bintang?
          Bolehkah? Bolehkah?
          Bintang aku ingin berkawan denganmu?
          Aku ingin menjadi sepertimu.”

          “Tapak Sulaiman, kau boleh menjadi
          seperti kami jika kau yakin dengan
          kebolehanmu! Percayalah!
          Kami menunggu kau di sini!
          Kau boleh! Pasti boleh!”
          Kata perangsang bintang kepada
          Tapak Sulaiman pada malam itu.

          “Pelik ya macam mana bintang boleh
          mendengar suaraku? Sedangkan
          Jarak dengannya…
          Dia di langit aku di bumi
          komunikasi aku dengan bintang
          satu keajaiban!”

          Tiba-tiba kedengaran
          gauman entah mana datangnya
          memecah ketenangan malam.
          Pepasir di pantai berterbangan.

          UFO rupanya sedang mendarat
          dua makhluk asing datang
          menghampiri Tapak Sulaiman.

          “Tapak Sulaiman mahu ke engkau
          ikut kami?” Tanyanya.
          Ke mana?”
          “Úntuk merealisasikan cita-cita kau menjadi bintang?”
          “Nak! Nak! Nak! Bodohlah aku kalau tak nak!”

          Malam itu mimpi Tapak Sulaiman menjadi kenyataan!
          Dia telah menjadi bintang!
          Disambut bintang-bintang yang
          Bergemerlapan! Berkedipan! Berkilauan
          yang menakjubkan Tapak Sulaiman!

          Siapa sangka impian Tapak Sulaiman menjadi kenyataan?
          Tidak sia-sia impiannya selama ini!
          Barulah dia tahu tiada yang pelik di dunia
          Ini jika digunakan keajaiban minda!
          “Aku berjanji kegemerlapan yang kumiliki ini
          akan kukongsi bersama mereka yang ingin
          menjadi sepertiku!”
          Janji Tapak Sulaiman pada dirinya.

          Karya : Ratu Rimba Niagara
          3 Mei 2013
        • Ratu Rimba Niagara TIADA DAYA UPAYAKU MELAINKAN DENGAN IZIN-MU JUA

          ALLAH ALLAH ALLAH
          KAU WUJUD
          KAU ADA
          AMAT DEKAT
          TERLALU DEKAT
          DEKAT DI JIWA
          DEKAT DI KALBU

          ALLAH ALLAH ALLAH
          KAU ADA DI MANA-MANA
          KAU ADA DI HATI ADA DI KALBU
          PADA SETIAP HAMBA-MU
          YANG MEMAHAMI-MU
          MENCINTAI-MU
          SETULUS IKHLAS WUJUD-NYA MU
          DI HATI DI JIWA DI KALBU
          TERPANA DALAM DZAT-MU
          TANPA PENGHUJUNG-NYA

          ALLAH ALLAH ALLAH
          MENYEBUT NAMA-MU
          RASA TAK JEMU-JEMU
          MEMANDANG NAMA-MU
          TERUS JATUH CINTA
          LALU TERUKIR
          TERPAHAT NAMA-MU
          DI HATI
          AKU CINTAKA-MU ALLAH
          CINTA SETULUS CINTA
          MAKA DENGAN BELAS EHSAN-MU
          KAU BALASLAH CINTAKU PADA-MU
          DENGAN RAHMAT KASEH-MU
          DENGAN BELAS EHSAN-MU
          KAU BALAS CINTAKU
          ITU ADALAH LEBIH BERHARGA
          DARI ALAM DAN SEISI-NYA
          BERUNTUNGLAH AKU
          ANDAINYA AKU TERPILIH MENJADI KEKASIH-MU
          PAGI PETANG SIANG DAN MALAM AKU MENGUCAPKAN SYUKUR
          SEHINGGA TERHENTI NAFASKU
          HANYA CINTA-MU YANG ABADI DI HATI INI

          ALLAH ALLAH ALLAH
          BERIKAN AKU KEKUATAN UNTUK TERUS MENCINTAI-MU
          DI KALA AKU LEMAH TIDAK BERDAYA KAU KUATKANLAH
          KAU PERTEGUHKAN IMANKU TAUHIDKU AGAR KEKUATAN
          UNTUK TERUS MENCINTAI-MU
          MENGAJAK HAMBA-MU UNTUK SAMA
          MENCINTAI-MU
          ITULAH MATLAMAT KENAPA AKU
          MAHU TERUS BERKARYA
          BERKARYA...BERKARYA..BERKARYA
          TANPA JEMU TANPA BOSAN TANPA PENAT
          ALLAHU AKBAR TIADA DAYA UPAYAKU
          MELAINKAN SEMUA-NYA DENGAN IZIN-MU
          TANPA IZIN-MU JARIKU INI PUN TAK BISA AKU MENGGERAKKANNYA
          TANPA IZIN-MU LIDAHKU KELU UNTUK BERKATA
          WALAUPUN DENGAN HANYA MENYEBUT NAMA-MU
          SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
          BETAPA KERDILNYA AKU
          YANG TIADA DAYA UPAYA
          MELAINKAN DENGAN KUDRAT IRADAT-MU
          MAKANYA APA SAJA TAKDIR YANG KAU TAKDIRKAN PADAKU
          AKU PASRAH AKU REDHA
          KAU UJI AKU TANDA KAU CINTA
          KAU UJI AKU MENGIKUT KEMAMPUAN AKU
          JIKA AKU SABAR DENGAN SEGALA UJIAN-MU
          KAU BALAS KEMANISAN IMAN BAK MANISNYA SYURGA
          MAKANYA KAU BERILAH AKU KESABARAN
          APA JUA DUGAAN YANG DATANG
          BERILAH AKU DUGAAN YANG MAMPU AKU HADAPI
          JIKA DI LUAR KEMAMPUANKU
          KUKUATIRI AKU AKAN KEHILANGAN MANISNYA IMAN
          KEMANISAN IMAN YANG AKU DAMBAKAN SELAMA INI YA ALLAH
          BIAR AKU TIDAK MEMILIKI APA-APA YA ALLAH
          ASALKAN IMANKU TETAP TEGUH TAK KIRA DI MANA AKU BERADA ITULAH YANG AKU DAMBAKAN YA ALLAH

          YA ALLAH KERANA AKU MAHUKAN KEMANISAN IMAN
          KAU JAUHKAN AKU DARIPADA MEREKA
          YANG SENGAJA MEMBUATKAN IMANKU TERCALAR
          SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG
          YANG AKU MAHUKAN HAMBA-HAMBA-MU
          YANG MENJADI PEMBAKAR SEMANGATKU
          UNTUK AKU TERUS MENERUS MENCINTAI-MU
          DENGAN MEMBAKAR SEMANGATKU UNTUK TERUS
          BERKARYA DAN BERKARYA...
          BERAMAL...BERAMAL..BERAMAL
          DENGAN HASIL KARYA-KARYAKU NANTI
          AKU DAPAT MENYEBAR LUASKAN CINTA-MU
          DI SEGENAP PELOSOK BENUA HATI
          YANG INGIN MEMILIKI CINTA-MU
          SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
          INDAH HIDUPKU JIKA
          APA YANG KUIMPIKAN
          APA YANG DIDAMBAKAN
          DALAM DUNIA SASTERAKU MENJADI KENYATAAN
          KAULAH YANG BERHAK MEREALITIKAN
          HANYA TUNGGU KUN FAYAKUN DARI-MU
          APAPUN YANG KAU TAKDIRKAN
          AKU PASRAH DAN REDHA
          SETELAH AKU BERUSAHA SEMAMPU DAYAKU
          UNTUK MENGGAPAI APA YANG KUCITAKAN

          ALLAH ALLAH ALLAH
          KAU MAHA MELIHAT
          KAU MAHA MENDENGAR
          KAU MAHA MEMAHAMI
          KAU MAHA MENILAI
          KAU MAHA PENGASIH
          KAU MAHA PENYAYANG
          HANYA-MU KUSANDARKAN
          SEGALA PERGANTUNGAN HIDUP DAN MATIKU
          KERANA SAMPAI KAPANPUN AKU ADALAH HAMBA-MU
          TIADA DAYA DAN UPAYAKU MELAINKAN DENGAN IZIN-MU JUA

          HAMBA-MU YANG KERDIL,
          MENCINTAI-MU SAMPAI SYURGA MAHU MENATAP WAJAH-MU
          ITULAH KEMUNCAK IMAN YANG TIADA TANDINGAN-NYA AAMIIN

          ..............................................
          8 Syawal 1434H
          15 Ogos 2013M

          (PETIKAN DARIPADA GALERI SASTRA NUSANTARA PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
          8 Syawal 1434H
          15 Agustus 2013
          (PUISI DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN ULANG TAHUN KELAHIRAN PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA 13 OGOS 2013, HARI KEMERDEKAAN INDONESIA 17 AGUSTUS 2013 & KEMERDEKAAN MALAYSIA 31 OGOS 2013)
          Like · · Unfollow Post · 91 · August 15 at 3:50am

          Karya: Ratu Rimba Niagara
          31 Ogos 2013
          (Bersempena Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia Ke-56)

          (PUISI DIILHAMKAN BERSEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-56 PADA 31 OGOS 2013 DAN DISIARKAN BERTUJUAN MENIUPKAN ROH SEMANGAT PATRIOTIK DI JIWA ANAK BANGSA AGAR MENGHARGAI KEMERDEKAAN MALAYSIA TERCINTA!)
          August 30 at 11:38pm ·
        • Ratu Rimba Niagara HIDUP MATIKU HANYA KERANA-MU

          MENCINTAI-MU ALLAH
          MEMBAHAGIAKAN
          JIWA JADI TENANG
          SETENANG AIR DI KALI SYURGA

          MENYEBUT NAMA-MU
          HATI BERGELORA MEMBARA-BARA
          HIDUP MATIKU HANYA UNTUK-MU

          MEMBACA KALAM-MU
          MASYA-ALLAH BAHASA YANG TERSUSUN INDAH
          TIADA SEORANG PENYAIR DI DUNIA INI
          DAPAT MENANDINGI BAHASA-MU
          KEBIJAKSANAAN MESEJ DALAM KALAMULLAH-MU
          TERSIRAT TERSURAT
          DI LUAR KOTAK PEMIKIRAN MANUSIA
          SEGALA ILMU
          SEGALA HIKMAH
          SEGALA PENGAJARAN
          DARI SEBELUM DUNIA INI DICIPTAKAN
          SEHINGGA DUNIA INI QIAMAT
          KEINDAHAN SYURGA DAN PENGHUNINYA
          KEPEDIHAN SEGALA AZAB API NERAKA
          SEMUA-NYA JELAS
          BENARLAH TANPA RAGU
          HANYA ENGKAULAH YANG LAYAK DISEMBAH
          TIADA TUHAN LAIN DISEMBAH KECUALI ENGKAU
          ALLAHU AKBAR
          ENGKAU LAH TUHAN SEMESTA ALAM
          TUHAN YANG MENGUASAI HARI AKHIRAT
          TIADA SEORANGPUN YANG TERLEPAS
          WALAUPUN SEBESAR ZARRAH
          SEMUA-NYA DALAM PERHITUNGAN-MU
          KAU HITUNG DENGAN SEADIL-ADIL-NYA
          DI HARI PENUH PENGHARAPAN DALAM DEBARAN
          MENGHARAP SEMATA-MATA HANYA
          PERTOLONGAN-MU
          KETIKA ITU SEMUA-NYA
          BARU YAKIN SEYAKIN
          KAU MAHA BERKUASA SEGALA-GALA-NYA
          KETIKA ITU TIADA SEORANG PUN YANG DAPAT MENOLONG
          KECUALI AMALAN YANG DIBAWA
          JIKA AMALANKU TIADA APA YANG HENDAK KUCAGARKAN
          HARTA ANAK PINAK TAK AKAN DAPAT MENOLONGKU
          BIARPUN AKU PUNYA HARTA SEPENUH BUMI
          TAK AKAN DAPAT MENEBUS AKU MERINGANKAN TIMBANGANKU
          MALAH HARTA YANG AKU BANGGAKAN MENJERUMUSKAN AKU
          KE DALAM API NERAKA
          KELUARGA YANG AKU SAYANGI TIKA DI DUNIA
          MASING-MASING SUDAH TIDAK MENGENALI AKU
          MASING-MASING SALING MENYALAHKAN
          KERANA AKU GAGAL DALAM TANGGUJAWABKU
          MENDIDIK MENGAJAK MEREKA KE JALAN-JALAN-MU
          MALAH MENYALAHKAN AKU...AKU HANYA PENTINGKAN DIRI SENDIRI...AKU SAJA YANG MAHU MASUK SYURGA...DAN MEMBIARKAN MEREKA TERUS HANYUT DALAM KELALAIAN DUNIA YANG MENIPU....JIKA INI TERJADI APA YANG HENDAK KUJAWAB PADA TUHAN... MALU AKU TUHAN..ANAK PINAK KU MENGATAKAN AKU TIDAK ADIL MASUK SYURGA SEDANGKAN MEREKA MASUK NERAKA...DAN SELAGI MEREKA TIDAK DIMASUKKAN SYURGA ...AKU PUN TIDAK LAYAK DIMASUKKAN KE SYURGA...ALLAHU AKBAR! PASTI SAAT-SAAT YANG SULIT APABILA TERJADINYA SALING SALAH MENYALAH DI HADAPAN TUHAN....
          ITU BARU DENGAN TANGGUNGJAWAP PADA KELUARGA...
          PADA MANUSIA LAIN YANG AKU HUTANG DENGANYA, YANG AKU ZALIMI DENGANNYA YANG AKU SAKITKAN HATINYA YANG AKU PUTUSKAN SILATURRAHIM DENGANNYA DAN YANG AKU UMPAT KEJI DENGANNYA
          ALLAHU AKBAR TERLALULAH BANYAKNYA YANG AKAN MENJADI HITUNGAN KU DI HARI ITU
          SIAPA KATA MENJADI AHLI SYURGA ITU MUDAH
          MUDAH BAGI MEREKA YANG SUDAH TIDAK MEMANDANG DUNIA INI MATLAMAT SEBENARNYA BERHIDUP
          DUNIA INI BAGINYA ADALAH LADANG DAN KESEMPATAN UNTUK DIA BERAMAL DENGAN AMALAN YANG DIREDHAI-NYA SAJA

          JAGA PERBUATAN
          JAGA TUTUR KATA
          JAGA PERSAUDARAAN
          JAGA AMALAN
          APA YANG DIBUAT SEMUANYA KERANA ALLAH TAALA
          BUKAN UNTUK DIPANDANG DIPUJI MANUSIA

          SEGALA PERGANTUNGAN HIDUP DAN MATI
          HANYA KEPADA ALLAH 100%
          SEBANGAIMANA PERGANTUNGAN DAN PENGHARAPAN DI AKHIRAT NANTI HENDAKNYA DIRASAI KETIKA NYAWA MASIH ADA AGAR KEYAKINAN DAN PENGHARAPAN DAPAT PERHATIAN DARIPADA ALLAH UNTUK MEMAKBULKAN SEGALA HARAPAN DAN PERGANTUNGAN HIDUP DAN MATI...
          JIKA SETELAH MATI DAN KETIKA DI HARI AKHIRAT BARU HENDAK MENYESAL SUDAH TIDAK BERGUNA LAGI ALLAH TIDAK AKAN PERTIMBANGKAN MEMANDANG PUN TIDAK
          ALLAHU AKBAR PASTI AKU MENYESAL KETIKA ITU....
          YA ALLAH AKU TAK MAHU MENYESAL SESUDAH MATI
          BIARLAH TIKA HIDUP INI AKU MUHASABAH DIRIKU SENDIRI
          AGAR AKU TERTABIYAH UNTUK MENGHABISKAN USIAKU YANG TERSISA INI DENGAN PERGANTUNGAN DAN HARAPAN HANYA KEPADA -MU BUKAN MANUSIA ...JIKA AKU SANDARKAN PADA MANUSIA BERMAKNA AKU TIDAK YAKIN DENGAN JANJI-MU
          AKU TIDAK MAHIU BEGITU YA ALLAH...
          KERANA HIDUP MATIKU HANYALAH ENGKAU KUPASRAHKAN SEGALA-NYA

          KAU KUCINTA SEPENUH KEIMANAN
          SELURUH HIDUP MATIKU HANYA KERANA-MU
          AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN

          AKU YANG BERSTATUS HAMBA-MU SAMPAI AKHIR HAYATKU,

          .
          ..............................................
          24 Syawal 1434H
          31 Ogos 2013M
          21 hours ago · Unlike · 1

          (PETIKAN DARIPADA GALERI KESATRIA SASTRA NUSANTARA DIRAJA NUSANTARA PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
          25 Syawal 1434H
          1 September 2013M
          10Like · · Unfollow Post · Share
          Iwan Tirta likes this.

          Iwan Tirta Amin Allahuma Amin.

    • TEATER BANGSAWAN DIRAJA,' PENGANTIN RAJA RIMBA'

      SINOPSIS ‘PENGANTIN RAJA RIMBA’

      Mengisahkan perkahwinan harimau dengan monyet pada tahun 2020....Continue Reading
      Like ·  ·  · 2 hours ago · 


    • Kesatria Kemuliaan likes Serambi Emas.


      RELATED POST


www

0 comments:

Post a Comment

 
;