KITA TETAP SAUDARA SEISLAM SEBAB KITA SALING MEMAHAMI
Joshua Josyffa
Yang pastinya ku kan kehilanganmu...
·
Ratu Rimba Niagara Aku redha jika kau kehilangan ku
kerana kita sama-sama faham
kita ditemukan bukan untuk menjadi rakan seperjuangan
tapi untuk menjadi saudara seislam ...
apapun moga sukses dunia akhiratmu
maaf zahir batin
RATU RIMBA NIAGARA
1 Zulkaedah 1434H
7 September 2013Ratu Rimba Niagara shared a status update.
TEATER BANGSAWAN DIRAJA, 'TUHAN BERIKAN AKU HIDAYAH'
YANG AKU CARI
Yang kucari sahabat akhirat
bukan kawan dunia
Kenapa?
Apa bezanya
sahabat akhirat dengan kawan dunia?
Memang banyak bezanya
Seperti langit dengan bumi
Apa maksudnya?
Kawan dunia membuat hati jadi leka
sahabat akhirat menjadi
penghubungku ke akhirat
Hidup semuanya
berdasarkan akhirat
kerana mahu tidak mahu
hidup di dunia
akan menuju akhirat
Sebab itu pentingnya
sahabat akhirat
menjadi pendampingku
agar hidup ini
terarah ke akhirat
Ya Allah kami bersahabat
dan bertalisiraturrahim
semuanya keranaMU
agar kami saling ingat
mengingat tentang negeri
yang kekal abadi
negeri akhirat
Selagi nafas ini
dipinjamNya
hari-hari fikirkan akhirat
hari ini apa yang terlalai
Selalu salahkan diri sendiri
Kenapa aku masih lalai?
Kenapa harus fikirkan dunia lagi?
Kenapa tak mahu berubah?
Sedangkan negeri akhirat
selangkah lagi akan kutempuhi
kerana aku tidak mahu
penyesalan tanpa tertebus!
Amat malang kiranya
sampai ke negeri akhirat
tanpa amalan yang dikira
di sisi Allah Taala dan kalau
ada amalan tetapi ditolak
tanpa disedari
rugi juga
yang penting setiap
amalan ikhlas
kerana Allah Taala
Ya Allah terimalah amalanku,
ahli keluargaku, sahabat-sahabatku
dan orang-orang Islam samada hidup
dan yang telah meninggal dunia.
Amin Ya Rabbal A’ lamin.
Karya Ratu Rimba Niagara
1 Zulkaedah 1434H
7 September 2013M
AKU SI JAHIL MAHUKAN ILMU KEMANISAN IMAN
Aku cemburu
orang yang solat
sebab aku tak solat
aku cemburukan
orang yang berqiamulail
sebab aku tak tahu apa itu qiamulail
aku cemburukan
orang yang pandai mengaji
sebab aku tak pandai
aku cemburukan
orang yang berpuasa
sebab aku tak pernah berpuasa
aku cemburukan
orang yang pergi haji
sebab aku belum pergi
aku cemburukan
mereka yang bersedekah
sebab aku bakhil
aku cemburukan
mereka yang berzakat
sebab aku tak berzakat
biarpun harta melimpah ruah
aku cemburukan
mereka yang suka berbuat baik
sebab aku anti kebaikan
sukakan kejahatan
aku cemburukan
mereka yang suka berkata yang baik
sebab aku suka mengumpat mengeji
menyakiti hati orang
aku rasakan akulah yang kaya
akulah yang berkuasa
akulah yang mempunyai segala yang
manusia idamkan kemewahan hidup di dunia ini
baru aku tahu kini
sebenarnya aku terpedaya dengan
keegoaanku sendiri yang leka dan lalai
salah aku juga
punca aku cemburu kepada mereka
kerana aku tak tahu
apa itu
syahadah
solat
puasa
zakat
menunaikan haji di Mekah
Rukun Islam
yang mesti diamalkan
dan diimani oleh semua
orang Islam selagi
hidup mesti dilakukan
kerana taatkan perintah Allah.
Ya Allah ...aku jahil
aku tak tahu semua ilmu
yang patut kutahu
mulai
detik ini
saat ini
sampai bila-bila pun
aku mahu belajar
ilmu yang patut aku tahu
ilmu kemanisan iman.
Ya Allah...bukakan
hatiku seluasnya
untuk
mencari
dan
memiliki
ilmu kemanisan iman.
Ya Allah...bukakan
hati bakal guru-guruku
mengajarku dengan setulusnya keranaMu
biar ilmu yang dicurahkan
meresap terus ke dalam
roh dan jasadku.
Yang aku tahu
neraka tempat yang mengerikan
dan menakutkan
segala azab sengsara akan
dibalas kepada orang yang lalai
lalai berpunca kerana tak berilmu
jahil kenapa aku dihidupkan di dunia ini
aku tak mahu menjadi si jahil yang ego
rugi dunia akhirat!
Yang aku tahu
Syurga tempat segala nikmat yang mengasyikkan
dihadiahkan kepada orang yang taat kepada Allah
orang yang semasa hidup di dunia ini
merasai kemanisan iman.
Ya Allah aku perlukan Ilmu Kemanisan Iman
agar aku dapat mencintaiMu dengan setulus hatiku.
Ya Allah terimalah taubatku
kerana aku si jahil yang sombong
hidupku selama ini menyeksakan
rohku sendiri
kesian rohku yang terseksa...
berduka di atas kejahilanku.
Duhai roh maafkan aku
biarkanmu terseksa dan berduka
aku terlalai untuk
menunaikan keperluanmu
iaitu ilmu Kemanisan Iman
akan ku belajar dan memiliki
Ilmu Kemanisan Iman
tanpa jemu dan bosan
sehingga terhenti nafasku!
Karya RAtu Rimba Niagara
1 Zulkaedah 1434H
7 September 2013M
10 minutes ago · Like
Ratu Rimba Niagara PANTUN MUHASABAH DIRI
Orang bijak ingat mati,
Setiap amalan fikirkan akhirat;
Keikhlasan beramal itu dihajati,
Tiada bererti melainkan saham akhirat.
Upah dari manusia untuk dunia,
Upah dari Allah untuk dunia akhirat;
Orang dunia memburu upah hingga hujung dunia,
Orang beriman memburu saham akhirat.
Hati panas semua akan menjauhimu,
Justeru sejukkan hatimu dengan wuduk;
Akan terpancar ketenangan di wajahmu,
Biasakan dirimu menjadi tawaduk.
Biar miskin harta,
Jangan miskin iman dan budi;
Miskin harta orang tak kata,
Kaya budi bawa ke mati.
Bumi musnah angkara manusia,
Kerana tidak menghargai bumi;
Apabila bumi berbicara,
Bencana datang menyembah bumi.
Hidup adalah suatu pengambaraan,
Pabila mati pengembaraan baru bermula;
Amalan diredhai menjadi bekalan,
Roh dan jasadmu tenang di alam Syurga.
Rohmu tidur lena di kuburan,
Lenamu tidur bagaikan ahli Syurga;
Permandangan Syurga dilihat penuh kesyukuran,
Berbahagialah dikau tidur dalam bauan Syurga.
Ya Tuhan kucintamu bukan kerana SyurgaMu,
Tapi ingin mendapat keredhaanMu;
Tabahkan hatiku tidaklah jemu,
MencintaiMu tika hidup hingga matiku.
Jantung berdegup seratus ribu kali sehari,
Kutangisi apabila tidak mengingatiMu;
Ya Allah sinarkan hidayahmu kepada kami,
Berzikir dalam senyap itu yang dimahu.
Berzikir dalam senyap itu mahuku,
Agar jantung berdegup seiring roh memujiMU;
HambaMu yang hina ini merayu padaMu,
Di akhirat nanti terimalah rayuanku.
Ya Allah berilah aku peluang dan ruang,
Untuk melakukan kebaikan yang Kau redhai;
Jangan biarkan syaitan mengambil peluang,
Mempengaruhi aku hingga ke mati.
Aku cemburu orang mengingati Allah,
Kenapa aku tidak begitu;
Hati tenang mengingati Allah,
Justeru aku mahukan begitu.
Hidup memang menyilaukan,
Kerana kita memerlukan kilauan iman;
Balasan Syurga atas kesabaran,
Itulah yang diharapkan orang beriman.
Duhai kekasih Allah di cintai,
Balaslah cinta kami ini;
Pilihlah kami mendapat Syafaatmu nanti,
Perjuanganmu sentiasa kami ingati.
Betapa tulus cintamu kepada kami,
Seharusnya kami balasi;
Perjuanganmu kami tangisi,
Shafaatmu di Mahsyar perkenankan nanti.
Aku terpegun alam ciptaanMu,
Kesyahduan pemandanganNya hatiku sayu;
Subhanallah Maha KebesaranMu,
Kekuasaan!Kebanggaan! Hanya milikMu.
Allah Maha indah seindah 99 namaNya,
Seindah dan semerdu KalamNya;
Apabila menyebut namaNya bergetar jiwa,
Pabila lupakanNya roh merintah jasad merana.
Jiwaku meruntun membaca KalamNya,
Wangian cintaNya meresap dalam roh dan jasadku;
Terus menangis kerinduan padaNya,
Balasan cintaNya amat kutunggu.
Pandanglah aku di dunia ini itu mahuku,
Wahai Tuhan Semesta Alam;
Kutakut di akhirat Kau tidak memandangku,
Tiada berguna tangisan seisi alam.
Ya Allah berkatilah hidup kami,
Berilah peluang dan ruang beramal keranaMu;
Kami mahu bertemu denganMu dalam Kau redhai,
Moga di akhirat nanti mendapat ihsanMu.
Karya RAtu Rimba Niagara
1 Zulkaedah 1434H
7 September 2013M
PANTUN MUHASABAH DIRI SENDIRI
Tidurku lena yang panjang;
Terkeduku bila terjaga dari lena;
Aku menyesal memanjang,
Alam barzah menantiku dari lena.
Aku ketakutan pabila jaga dari lena,
Air mata penyesalan sudah tiada erti;
Lenaku di dunia membawaku ke sini,
Alam barzah yang sedia menanti.
Datang ke sini tanpa bekalan,
Aku menyesal terlepas peluang;
Peluang yang diberiNya kubiarkan,
Matilah aku dalam bekalan yang kosong.
Tuhan hidupkan aku ke dunia semula,
Mahuku berbuat segala amalan;
Berbuat baik pada Allah jua manusia,
Agar dapat kutebus segala penyesalan.
Tapi apakan daya nasibku malang,
Aku yang menempah nasibku begini;
Bukan Allah tidak memberiku peluang,
Ketika hidup aku orang yang rugi.
Menyesal aku sendiri,
Merana aku sendiri;
Kini aku menyendiri,
Alam barzah meranaku sendiri.
Oh! Tuhan di pagi yang penuh berkat ini
Kau masih memberi aku peluang untuk aku merebut segala
peluang amalan sebagai bekalan ke alam barzah.
Dengan Belas-EhsanMu Tanpa Batas Kau Limpahkan
Sinar Nur Hidayah KasihMu padaku hingga ke nafas terakhirku agar aku dapat membawa bekalan yang Kau Redhai.
Amin Ya Rabbal ALamin.
Karya Ratui Rimba Niagara
8 Safar 1434H
21 Disember 2012M
AKU MAHU HIDUP DAN MATI DALAM REHDA ILAHI
SAHABAT DUNIA AKHIRATKU...
Bagiku tiada apa yang lebih membahagiakan ...
jika sekiranya hidup matiku dalam redha Ilahi...
jika disuruh beri pilihan samada darjat , kuasa , harta
atau segala gudang harta duniawi kupilih jalan-jalan redha Ilahi...
jika boleh setiap masa yang tersisa hendak kupergunakan
masa yang dalam redha Ilahi....
berkata yang ada Nilaian Di Sisi-NYa
hari-hari ...yang difikirkan
apa yang boleh kubaktikan kepada rohku
apa yang boleh kubaktikan kepada roh-roh keluargaku dan
semua yang membaca karya-karyaku
aku mahu roh ku yang masih ada di jasad ini selalu mengajak jasadku ke arah kebaikan yang ada Nilaian di Sisi-Nya...
rohku tarbiyahkan jasadku...
kenapa masih mahu buang masa
kenapa masih mahu marah-marah
kenapa masih mahu berdendam
kenapa masih mahu mengumpat
kenapa masih mahu menfitnah
kenapa masih mahu iri hati sakit hati melihat kelebihan orang
kenapa tak mahu bersyukur dengan nikmat yang Allah swt berikan iaitu masih diberikan nafas masih berhidup sedangkan roh-roh yang telah meninggal dunia merayu-rayu pada Allah swt untuk dipulangkan ke dunia agar digunakan masa untuk berbuat segala amalan yang Allah swt redha kerana mereka telah yakin seyakinnya bahawa alam akhirat ini adalah benar bukan dongengan seperti mana yang mereka faham ketika hidup.Jikalah mereka tahu betapa besarnya nikmat ganjaran orang yang bersedekah ....mahu hari-hari mereka bersedekah jariah...harta mereka yang bertimbun ...geran tanah yang bergulung-gulung banyaknya telah menjadi rebutan pewarisnya. Allahu Akbar menangis air mata darahpun tak berguna lagi. Yakin setelah mati memang tak berguna kerana segala pintu taubat telah ditutup walaupun hanya sekadar mahu menyebut ALLAHU AKBAR.
Alangkah bahagianya jika diberi peluang masih hidup pasti si roh akan meratap menangis kerana setitis air mata yang mengalir kerana mengingatkan KEBESARAN ALLAH TAALA sudah boleh memadamkan api neraka ALLAHU AKBAR betapa berniainya air mata ketika masih hidup tidak setelah mati walaupun selautan air mata darah pun tidak bermakna lagi...itulah bezanya orang yang hidup dan orang yang sudah mati.
Orang yang hidup ada peluang berminit-minit...berjam-jam...berbulan-bulan.....bertahun-ta hun selagi tak mati boleh beramal soleh sebanyak-banyak-Nya...alangkah beruntungnya jika kita boleh gunakan masa dalam redha Ilahi. Orang yang sudah mati bukan seminit bahkan sesaat pun sudah tiada peluang lagi. Yang ada rugi...rugi...rugi...menyesal. ..menyesal..menyesal...nasi sudah menjadi bubur...sedangkan masa sehari di dunia adalah seribu tahun di akhirat Allahu Akbar betapa bezanya masa di dunia dan di akhirat bagaikan langit dan bumi. Ketika hidup tak terfikir pun di benak fikiran yang difikirkan duniawi...duniawi...duniawi... segala yang Allah tak suka dibuat yang Allah suka dibenci....malah mencabar Tuhan ...mana ada Tuhan kalau ada Tuhan pasti aku nampak Tuhan tak nampak pun...sehingga sanggup mengaku diri adalah pengikut Syaitan dan Iblis Nauzubillah moga diberi hidayah.
Masa hidup suka ketawakan orang
masa hidup suka hina orang
masa hidup suka hina orang miskin
sudahlah tak ada ehsan dengan orang miskin
dikutuk habis-habis macamlah orang miskin hendak kikis hartanya
ha sekarang dah mati macam mana rasa
mesti dah rasa sakitnya sakaratulmaut
pasti masa itu dah tak mampu hendak ketawakan orang
dah tak mampu nak hina orang
sakit segala sakit di dunia ini
adalah sakit sakaratulmaut
ALLAHU AKBAR
pasti saat-saat yang paling huru-hara tika itu
semuanya menakutkan menggerunlkan
tika hidup akulah pahlawan yang terhandal
akulah pemidato yang terhebat sekali
tengok kekuatan aku sebagai pahlawan boleh ke lawan
malaikat maut ...boleh ke lawan malaikat penyoal kubur...
tak dapat jawab soalan kubur ...pastinya sekali pukulan hancur jasad dan roh selepas itu dihidupkan kembali untuk terus terusan diseksa kubur sehingga tunggu hari Qiamat dan tika itu di seksa di Hari Akhirat pula....ALLAHU AKBAR semua yang dilalui adalah seksa...seksa...seksa...terseksa roh dan jasad...
sebab itu pentingnya tika hidup roh dijasad dijaga betul-betul dibekalkan iman yang kukuh sekukuh seumpama akar tunjang yang boleh menerobos hingga ke tujuh petala bumi dan pohon imannya menerobos ke tujuh petala langit...itulah yang mahu didambakan oleh roh yang masih hidup di jasad.
Duhai roh ku yang masih ada di jasadku
serulah aku
bersahabat baiklah denganku
engkau adalah kembarku
jika kau rajin menyeru aku
rajinlah aku beramal soleh
beramal soleh bukan untuk menunjuk pada orang
akulah yang kuat beribadat
pasti kebanggaan itu akan membakar segala amalanku
kerana Allah tidak terima amalan orang yang riak nauzubillah
Duhai rohku yang masih ada di jasadku
serulah aku agar aku yakin seyakin-yakinnya
Allah itu wujud
sebagaimana aku di jadikan bermula dari roh ditiupkan
ke benih ayah dan ibuku dari air mani yang hina
kemudian menjadi segumpal darah dari segumpal darah dijadikan tulang belulang dari tulang belulang dibalutkan dengan daging...ditiupkan roh ketika kandungan berusia empat bulan..ditiupkan roh setelah mengaku TIADA TUHAN LAIN YANG DISEMBAH KECUALI ENGKAU YA ALLAH, AKU DIJADIKAN UNTUK MENJADI KHALIFAH DI BUMI-MU INI."
Begitu hebat-Nya Allah swt menjadikan manusia dan hinanya manusia sehebat mana pun dia tidak dapat mencipta walaupun seekor nyamuk. Sebab itu segala pakaian kesombongan hanyalah milik Allah Taala. Sebab itu Syurga tiada tempat orang yang sombong. Moga kita tiada tergolong dalam orang-orang yang sombong lagi bongkak.
Merasakan diri terlalu sempurna sehingga hidup hanyalah untuk menyakiti hati saudara seislam tiada langsung ehsan di hati.
Duhai rohku yang masih ada di jasad
serulah aku untuk taat dan patuh kepada Tuhan
tanpa ada apa alasan pun
selagi perkara itu memberi keuntungan dunia akhirat
tak perlu fikir lakukan segera
jika perkara itu mendatang musibah kepada iman
jauhi seperti mana kamu benci untuk dimasukkan ke neraka
ALLAHU AKBAR
Tiada daya upayaku melakukan segala kebaikan di dunia ini
tanpa Nur Hidayah Kasih-Mu
maka belas kasihanlah padaku
untuk aku menyediakan segala bekalan Akhirat yang Kau Redhai
kerana aku mahu hidup dan mati dalam Redha-Mu
Aamiin Aamiin Aaamin Ya Rabbal A'Lamiin.
............................................................ .........
SAMPAI NAFAS TERAKHIR TETAP BERSTATUS HAMBA-MU
1 Zulkaedah 1434H
7 September 2013M
(PUISI INI ADALAH UNTUK TARBIYAH DIRIKU SENDIRI DAN TARBIYAH INI INGIN KUKONGSIKAN/BAGIKAN KEPADA SAUDARA SEISLAMKU YANG KUKASIHI DUNIA AKHIRAT MOGA MEMBERI MANFAAT BUAT DIRIKU DAN SEMUA YANG MEMBACA KARYA-KARYAKU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN).
likes this.
Muhammad Jefrey asm bunda janganlah merasa sendiri di dunia ini .teruskan lah perjuangan bunda melalui karya -karya bunda karena jangan lah merasa karya bunda tidak berharga .karena bunda menciptakan karya 2x tersebut untuk diamalkan dan ikhlas karna allah swt. karena allah bersama orang 2x yg sabar. itu lebih baik dan berharga dari pada dunia dan isinya. smg bunda selalu mengingat nya di kala sedih mau pun bahagia karena allah swt akan lebih menyayangi bunda. salam dari nanda maaf bunda bukan nanda menggurui .karena kt sm
December 21, 2012 at 7:59pm via mobile · Unlike · 1
Ratu Rimba Niagara Waalaikummussalam nanda terima kasih atas pandangan nanda bunda amat hargai.
Setiap karya yang dihasilkan bukanlah dari bunda kerana tanpa izinNYa bunda tak bisa berkarya...Karya yang berunsur kerohanian dan kebaikan semua datang dariNya...bunda sekadar mengolahkan
Mengikut ilham yang datang di minda...setiap ilham yang datang bunda kena gapai secepat yang mungkin jika lambat akan terlepas...kerana setiap ilham karya dariNya lebih berharga dari alam dan seisiNya.
Sebab itu bunda kena pastikan setiap rakan fb bunda mestilah yang boleh memberi impak kepada cetusan minda untuk bunda berkarya...jika bunda rasa hanay sekadar wujud tapi tak wujud bunda terpaksa undurkan diri bukan kerana mahu memutuskan talisiraturrahim...dan bunda tak boleh mengambil rakan fb yang terlalu ramai cukuplah sekadar tidak lebih daripada 50 orang ...jika 50 orang ini aktif...begitu banyak ilham-ilham baru yang akan masuk dan satu kerugian jika bunda terlepas ilham...bagi bunda semua ilham dari kawankawan fb bagaikan permata-permata Syurga yang mesti bunda kutip sebanyaknya...tapi di luar kuasa bunda mahu mengambilnay semua hananya sekadar termampu bunda....
bunda terlalu serius dlaam perkara ini...teman fb bunda penting sangat-sangat bagi bunda...mereka yang senyap itu...wujud tapi macam tak wujud...bunda terpaksa undur diri...yang penting walaupun senyap masih memberi impak bunda berkarya...ini sudahlah senyap nak like atau memberi komen pun tidak...gimana itu nanda...itu bukanlah rakan fb bunda sebenarnya...bunda cuma mahu rakan fb bunda seperti semangatnya si kunta si kunte bunda ...sentiasa tak jemu-jemu memberi semangat pada bunda berkarya... ini tidak yang tenggelam-tenggelam...yang sesekali timbul-timbul...bunda tak tahu akaun fbnya aktif atau tidak kerana kesibukan masanya...dan bunda akan bertegas juga jika mereka like pun tak mahu...komen pun tak mahu...memberi sumbangan ide pun tak mahu...habis untuk apa bunda mahu berakan fb dengan mereka...jika sekadar bisu..bunda minta maaf ekali lagi...ini temasuk juga nanda...jika nanda benar-benar mahu menyokong perjuangan bunda harap sudi beri pendapat bernas apa mesej yang cuba disampaikan...itu sebenarnya yang bundamahukan dari rakan fb...ada tu kata tak tahu...lojik ke belajar tinggi sebut tak tahu...bunda bukan buat bahasa tamil atau hidustan..bahasa melayu yang semuanya faham...dan mulai sekarang untuk pengetahuan semua rakan fb bundajika mahu teruskan persahabatan sebagai rakan fb harap sudi memberi komen yang bernas kepada karya bunda...biarpun dua perkataan...sudah memadai...ini like pun tak mahu...tulis apatah lagi...sudahlah alam maya ini bisu kaku...tak akan rakan alam maya pun kaku bisu lesu... maafkkan bunda kerana bunda jenis yang suka
berterus terang...sebab itu rakan fb bunda tak ramai...yang tinggal hanya yang memahami saja...
andai rayuan bunda mohon mereka aktif dan mereka sepikan selama seminggu dari sekarang ...makanya bunda terpaksa undur diri..bukan memaksa rakan fb memuji karya bunda ye..jangan pula salah sangka bunda cuma mahu pemikiran rakan fb di berikan kepada karya bunda itu saja...selagi rakan fb bunda diam membisu wujud tapi tak wujud makanya bunda terseksa...dan daripada terseksa biarlah bunda undur diri daripada mereka...harap nanda faham apa kemahuan bunda jika mahu terus menerus menjadi rakan fb bunda...maaf jika bunda tersalah bicara...untuk pengetahuan nanda setiap apa yang bunda komunikasi adalah karya bunda ...suatu masa nanti jika akaun bunda sudah tak aktif bermakna bunda sudah sibu untuk merealitikan karya-karya bunda di alam nyata pula...semasa ada peluang ini bunda akan gunakan semaksima mungking...makanya terlalu berharga setiap satu karya itu nanda....
Muhammad Jefrey insha allah bunda nanda akan berusaha untuk melakukan sesuai dgn kemampuan nanda. tapi kalau boleh jujur karya 2x bunda adalah cermin dari pribadi masing 2x yg sebenarnya malu pada diri sendiri .mereka semua nya sebenarnya tau bahwa apa yg di tulis bunda merupakan renungan dan peringatan buat semua orang. untuk melakukan kebaikan di dunia ini.karena itu terkadang jaman sekarang jarang orang yang mau berbagi kesedian, kesusahan,kesulitan dalam persahabatan . semoga bunda selalu di berikan kesabaran dan kshtn
Ratu Rimba Niagara Aamiin Ya Rabbal A'Lamin. Terima kasih kerana nanda sudi memahami bunda...Moga Allah SWT membalas kebaikan nanda.Aamiin Ya Rabbal A'Lamin.
(PETIKAN DARIPADA GALERI KESATRIA DIRAJA NUSANTARA RATU PUJANGGA CINTA 5 BENUA)
1 Zulkaedah 1434H
7 September 2013M
1 Zulkaedah 1434H
7 September 2013M
0 comments:
Post a Comment