Sunday, 8 September 2013

WARKAH UNTUK PERDANA MENTERI SEMPENA BAJET 2014 DARIPADA RATU RIMBA NIAGARA YB ALAMMAYA


BAJET UNTUK PRODUK SENI SASTERA DIJADIKAN PRODUK KHAZANAH SENI WARISAN BANGSA NEGARA.


  • Jika anda masih belum menyumbangkan saranan anda bagi #Bajet2014, anda ada masa sehingga tengah malam ini untuk melakukannya. Ayuh kongsi idea anda berkenaan isu-isu seperti kos sara hidup, perumahan, penjagaan kesihatan dan anda mungkin berpeluang melihatnya menjadi asas #Bajet2014.

    Sila kongsi berita ini dengan teman-teman dan keluarga anda, dan ikuti kami bagi maklumat terkini bit.ly/Bajet-2014 - Admin.

  • Ratu Rimba Niagara AKU REDHA AKU PENYAMBUNG WARISAN NUSANTARA

    duhai kesatria di Rajaku
    jangan berlengah lagi
    teruskan strategimu
    meneruskan merealitikan cita moyangmu
    tanpa apa alasan kau mesti bertindak segera
    ini bukan masanya bersantai-santai
    jika sudah kesiangan kelewatan
    nasi sudah menjadi bubur
    terpaksa menunggu generasi selepas kita
    mencapaikan cita leluhur moyang kita
    pasti kita rasa malu pada cucu kita
    karena atas kelalaian kita 
    menangguhkan perjuangan
    mereka terkapai-kapai kegelapan tiada arah tujuan
    mereka hidup ditindas dan tertindas
    seperti kerajaan Mesir
    musnah lantaran bangsanya tidak saling memahami
    tamak haloba 
    pentingkan pangkat kekayaan darjat kekuasaan
    masing-masing pentingkan diri sendiri
    apa sudah jadi dengan negara mereka
    bangsa sendiri menjadi pengkhianat kepada negara sendiri
    membunuh rakyat yang tak berdosa sesuka hati
    tanpa ehsan tanpa perikemanusiaan
    atas ketidaktenteraman negara 
    musuh dari luar mengambil kesempatan
    menghancur leburkan bumi mesir selumatnya
    dengan alasan menyerang Mesir kerana menggunakan senjata kimia
    sedangkan tentera Mesir tidak tahu menahu tentang senjata kimia
    mesir akan diserang 
    mesir akan berperang
    diperang oleh Amerika atas arahan Obama
    kapal perang mereka darat udara laut sedang bersiap sedia 
    menggugurkan bom kiri kanan atas bawah 
    di setiap penjuru bumi mesir
    boleh kah saudara seislamku dapat bayangkan bagaimana keadaan 
    bumi mesir ketika itu?
    kita di sini bom meletup indah di ruang angkasa meraikan kemerdekaan
    tapi bumi mesir bom-bom di gugurkan bagaikan hujan peluru tanpa henti
    pasti bergelimpangan mayat seluruh rakyat mesir tak berdosa
    pasti bumi mesir 
    bemandikan peluru bermandikan bom bermandikan darah
    mayat-mayat semuanya sudah tidak sempurna lagi 
    semuanya berkecai bersepai daging dari badan
    ALLAHU AKBAR pasti bumi mesir 
    jadi padang jarak padang terkukur
    mana perginya para pejuang fisabilillah
    adakah mereka takut mati syahid

    Duhai tentera fisabilillah
    bangkitlah semuanya
    tolong selamatkan bumi ambia
    yang menuju ke arah kehancuran
    dizalimi yahudi laknatullah
    tidakkah kau mahu Syurga
    Bidadari Syurga sedang menantimu di bumi Ambia
    kau tidak akan mati biarpun mereka anggap kamu sudah mati
    janji Allah pasti kerana DIA tidak pernah memungkiri janji
    asalkan kamu ikhlas berjuang kerana Allah Syurgalah tempatmu ...

    Duhai rakyat mesir yang dizalimi
    yang sedang diuji Allah
    kami saudara seislammu
    merasa simpati akan nasibmu di sana
    serasa jasad dan roh kami sudah berada di sana
    kami doakan agar datang pertolongan dari Allah
    dengan dikirimkan tentera-tentera fisabilillah pilihan-Nya
    untuk membantu kamu
    andai tentera fisabilillah tidak datang
    kerana alasan yang diciptakan sendiri
    saudara seislammu yang ada di seluruh dunia
    membaculkan diiri melihat saja 
    negaramu dibedil di setiap penjuru
    Kiamatlah dunia ini kerana 
    bumi sedang membara-bara marahnya 
    kerana dihuni oleh semua manusia 
    yang berhatikan kebinatangan
    malah binatang lebih mulia lagi
    sesama sendiri tolong menolong bantu membantu
    untuk mempastikan rimba mereka aman dan sejahtera

    Ya Allah Kau bukakan hati para Tentera Fisabilillah-Mu
    tak kira di mana mereka berada untuk membela 
    saudara seislamku di bumi Mesir Bumi Para Ambia
    AAmiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin

    RATU RIMBA NIAGARA
    1 Zulkaedah 1434H
    7 September 2013
    (PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK PEJUANG-PEJUANG FISABILILLAH DI SELURUH DUNIA AGAR TERBUKA HATI UNTUK MENYELAMATKAN BUMI MESIR BUMI PARA AMBIA YANG TERCINTA AAMIIN AAMIIN AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN)·
  • Ratu Rimba Niagara WARKAH UNTUK PERDANA MENTERI SEMPENA BAJET 2014 DARIPADA RATU RIMBA NIAGARA YB ALAMMAYA

    Datuk Seri, 
    Saya sokong kementeriaan pendidikan sedang menuju kelas bertaraf dunia dengan menfokuskan para pelajar yang dihasilkan oleh kementeriaan pendidikan membudayakan kecemerlangan budaya berfikir secara global, kritis, intelek, bijaksana dan mempunyai tahap pemikiran bertaraf dunia .
    untuk menjayakan hasrat ini perlukan tenaga pengajar yang mempunyai daya fikir disamping usaha yang berlipat ganda jika mahu merealitikannya tanpa ada tindakan yang dibuat secara serius.

    Kalau dulu peringkat rendah , menengah mahu pun universiti banyak kepada belajar cara semuanya bergantung kepada penghafalan dan bukan menggunakan daya fikir. Apa yang cikgu ajar salin ajelah...lepas hafal. Kerana punca inilah makanya kerajaan mengambil langkah drastik mahu membuat sistem pelajaran bagi memantapkan lagi sistem pelajaran di Malaysia agar rakyat Malaysia berfikiran global, jatidiri yang kukuh jiwa patriotik dan berbudaya santun dalam apa jua keadaan.

    Kerajaan memartabatkan Bahasa Melayu wajib lulus di samping tidak menepikan bahasa ibunda dan kerajaan mencyarakat Bahasa Inggeris juga wajib lulus .

    Di sini saya cadangkan untuk di peringkat darjah satu hingga tiga
    pelajar hendaklah dimestikan mahir menulis, membaca . mengira , bahasa melayu dan inggeris dapat dikuasai ketika darjah tiga. Akhir tahun darjah tiga diadakan uian lisan dan percakapan membaca dan menulis. Andai pelajar tidak lulus makanya tidak di naikkan ke tahun empat..mereka mengulang pelajaran.

    Jika dalam peperiksaan pada hujung tahun darjah tiga didapati ramai yang tak lulus dan terpaksa mengulang ini bemakna guru-guru di sekolah tersembut patut ditukarkan ke tempat lain dan digantingkan guru-guru lain yang lebih pakar dalam mengajar..membaca, menulis, mengira, bahasa melayu dan bahasia inggeris.

    Biarlah dari sekolah rendah mengulangi untuk masuk ke darjah empat daripada tergadai masa depan murid bila sudah masuk menengah masih tidak tahu membaca dan menulis jauh sekali mahu mengusai bahasa melayu dan bahasa inggeris pastinya usaha yang sia-sia apabila tamat saja tingkatan lima mereka gagal bahasa melayu (bahasa malaysia) dan bahasa inggeris kerana tidak tahu membaca dan menulis.

    Disamping itu subjek khas iaitu subjek , "JIWA PATRIOTIK" di ajar tika darjah 4, 5. 6 dan seterusnya hingga ke tingkatan 5. SUBJEK JIWA PATRIOTIK " menjadi subjek mesti lulus jika tidak lulus tidak diiktirafkan sijil SPM nya.

    Jika rakyat Malaysia berjiwa patriotik tak akan ada rakyatnya yang hanay mementingkan diri sendiri termasuk pemimpinnya lebih mementingkan rakyat dan negara daripada kuasa yang dimiliki. Tengok saja pemimpin Jepun walaupun maju rakyatnya utamakan Bahasa Jepun dan sentiasa santun kepada semua orang benar-benar mengamalkan budaya timur yang patut dicontohi oleh rakyat Malaysia. Ini tidak belajar sampai universiti dalam negeri dan luar negeri tapi bila berbahasa Ya Allah macam tak takut mati main hentam kromo saja...budaya hina menghina ...kutuk mengutuk sudah sebati di jiwa mereka..memberi idea kepada pemimpin penuh dengan bahasa-bahasa yang kurang kurang ajar.. ini bermakna sistem pelajaran di Malaysia telah gagal mendidik rakyatnya berjiwa santun dan patriotik ..mereka bukan sahaja kurang ajar tapi menjadi pengkhianat kepada bangsanya sendiri. Saya yakin jika kerajaan tidak mengambil langkah untuk berubah agar budaya mengutuk kerajaan tidak dibendung tidak mustahil negara ini akan menjadi seperti kerajaan mesir...tengok saja di mesir secara contoh depan mata , rakyat dan pemimpin berbalah hingga berbunuhan musuh menyusup masuk...dan sekarang ini tunggu masa untuk di istiharkan perang kepada mesir. Pasti akan banyak rakyat tak berdosa menajdi mangsa perang. Pasti mesir menuju kehancuran.

    Adakah itu yang kita mahu terjadi kepada Malaysia. Tak perlulah kita nak fikirkan proejek mega itu projek mega ini kerana semuanya sudah tersedia disediakan oleh Tun Mahathir. Sekarang ini yang mesti difikirkan bagaimana membasmi kemiskinan rakyat agar tak merempat di negara sendiri. 

    Cara DAto Seri memerintah kerajaan Malaysia memang saya salute habis tapi tanpa sedar dato seri membahayakan kerajaan kerana yang kaya bertambah kaya yang susah bertambah susah. 

    Contohnya datok seri beri rakyat ikan tapi tidak memberi rakyat pancing bagaimana hendak mendapatkan ikan untuk meneruskan kehidupan itulah yang silapnya datok seri. Saya tidak mengajar dato seri ini cuma pandangan daripada seorang rakyat yang tak punya apa-apa kuasa jauh sekali pangkat atau apapun ..saya bekerja sebagai YB alam maya tidak dibayar gaji oleh sesiapa. Saya tidak mendapat keuntungan daripada sesiapa. Makanya jangan tuduh saya hendak ambil kesempatan atau apanya...cadangan saya untuk kerajaan terima kertas kerja saya untuk memartabatkan hasil sastera saya sampai sekarang ditolak oleh kerajaan sedangkan saya sertakan kajiselidik dari rakyat jelata yang mana mereka menyokong usaha saya untuk kerajaan menerima idea saya memartabatkan produk seni sastera karya saya sabagai warisan bangsa seni sastera negara. Kerana saya menulis bukan kerana nama dan mahukan sanjungan saya terima kerajaan menolak kertas kerja cadangan yang telah saya hantar kepada dato' seri.

    Ini cumalah cadangan saya kepada dato seri. Jika dato seri tidak terima tak apa. Kerana usaha dan gaji saya di bayar oleh Allah Taala.
    "APAPUN SAYA SAYANGKAN MALAYSIA DAN SAYA SAYANGKAN SEMUA RAKYAT MALAYSIA TANPA TERKECUALI WALAUPUN MEREKA DARI PARTI PIHAK PEMBANGKANG"

    Sekian. Wassalam .

    Yang benar,

    Ratu Rimba Niagara
    Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua
    MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA /THAILAND
    2 Zulkaedah 1434H
    8 September 2013M



    • Jika anda masih belum menyumbangkan saranan anda bagi #Bajet2014, anda ada masa sehingga tengah malam ini untuk melakukannya. Ayuh kongsi idea anda berkenaan isu-isu seperti kos sara hidup, perumahan, penjagaan kesihatan dan anda mungkin berpeluang melihatnya menjadi asas #Bajet2014.

      Sila kongsi berita ini dengan teman-teman dan keluarga anda, dan ikuti kami bagi maklumat terkini bit.ly/Bajet-2014 - Admin.
      Unlike ·  ·  · 4 hours ago · 

    • MOGA PERSILATAN MELAYU MENJADI WARISAN ANAK BANGSA HARGAI DAN BANGGAI MEMPUNYAI MOYANG PENDEKAR MEREKA YANG TAK LELAH BERUSAHA MEMARTABATKAN ILMU PERSILATAN UNTUK DIWARISI ANAK CUCU NUSANTARA TERCINTA. AAMIIN. SEKALUNG TAHNIAH KEPADA SEMUA PENDEKAR-PENDEKAR. TABIK PENDEKAR 3X DARIPADA RATU RIMBA NIAGARA RAKAN SEPERJUANGANMU.
      Like ·  ·  · 4 hours ago · 


  • Saya telah melancarkan Projek Peluasan Pelabuhan Kuantan semalam.

    Saya percaya projek ini akan mengukuhkan kedudukan Wilayah Ekonomi Pantai Timur dan membawa peluang pelaburan yang lebih besar kepada negara. Dengan lokasi yang strategik, saya yakin projek ini akan dapat menjadi pelabuhan pelbagai guna bertaraf dunia untuk perdagangan serantau, Timur Jauh dan Asia Pasifik.
    Unlike ·  ·  · 5 hours ago · 

  • Ewan Hamid MCM BAKAT LIGA BOLA BUKAN MALAYSIA MENCUNGKIL BAKAT, 1GAME DAH RIBU KAH JUTA TERBUANG.. AMBIL LAH BAKAT BARU DSN.. GUNAKAN SEGALA KEPERLUAN UNTUK MENAIKAN NAMA MALAYSIA TAK KAN STADIUM KITA NAMA NEGARA LUAR YG PEGANG. YG BELAJAR TINGGI2 LUAR NEGARA TU PULANG LA MENGHARUMKAN NEGARA TURUNKAN ILMU PENGETAHUAN BUKAN PULANG TUKAR BAHASA DAI RAMBUT DAH TU DUDUK BAWA LAMPU DENGAN KERTAS TEBAL. KALAU DAH TAK LARAT TU JADI LA GURU SEKOLAH AJAR MATA PELAJARAN YG BARU. BUAT K0LEJ KAH MINTA PERUNTUKAN KERAJAAN, Ijazah 1F0KUS JA KAH MENGIKUT MINATKAN. SIAPA NAK TANGGUNGJAWAB NIE. RAMAI TAK GUNA AKAL BELAJAR LUAR NEGARA GUNA KELEBIHAN UNTUK DIRI SENDIRI JA.. APA SALAHNYA TURUNKAN ILMU MUNGKIN ADA FAEDAHNYA BAGI DIA DAPAT SESUATU YG BARU. Otak2 haha mf.
    3 hours ago · Like · 2
  • Ratu Rimba Niagara Najib Razak
    Jika anda masih belum menyumbangkan saranan anda bagi#Bajet2014, anda ada masa sehingga tengah malam ini untuk melakukannya. Ayuh kongsi idea anda berkenaan isu-isu seperti kos sara hidup, perumahan, penjagaan kesihatan dan anda mungkin berpeluang melihatnya menjadi asas #Bajet2014.

    Sila kongsi berita ini dengan teman-teman dan keluarga anda, dan ikuti kami bagi maklumat terkini bit.ly/Bajet-2014 - Admin.
    Unlike · · Share · 1,7201,09590 · about an hour ago · 
    You and 1,719 others like this.
    90 shares
    3 of 1,095
    View previous comments

    Ratu Rimba Niagara BAJET UNTUK PRODUK SENI SASTERA DIJADIKAN PRODUK KHAZANAH SENI WARISAN BANGSA NEGARA.

    Ratu Rimba Niagara
    MOGA PERSILATAN MELAYU MENJADI WARISAN ANAK BANGSA HARGAI DAN BANGGAI MEMPUNYAI MOYANG PENDEKAR MEREKA YANG TAK LELAH BERUSAHA MEMARTABATKAN ILMU PERSILATAN UNTUK DIWARISI ANAK CUCU NUSANTARA TERCINTA. AAMIIN. SEKALUNG TAHNIAH KEPADA SEMUA PENDEKAR-PENDEKAR. TABIK PENDEKAR 3X DARIPADA RATU RIMBA NIAGARA RAKAN SEPERJUANGANMU.
    Like · · Share · about an hour ago · 

    (PETIKAN WALL NAJIB RAZAK)
    8 September 2013
    3 hours ago · Like · 2

0 comments:

Post a Comment

 
;