Tuesday, 12 November 2013



 PUTERA ABDUL MUNTAQIM &  PUTERI MUNEERAH MADHUL BOLKIAH MERASMIKAN TAMAN  IMPIAN  KOTA SASTRA  KANAK KANAK NUSANTARA NENDA RATU RIMBA NIAGARA'


PUTERA ABDUL MUNTAQIM &  PUTERI MUNEERAH MADHUL BOLKIAH MERASMIKAN TAMAN  IMPIAN  KOTA SASTRA  KANAK KANAK NUSANTARA NENDA RATU RIMBA NIAGARA'
'IMPIAN TAMAN KOTA SASTRA INSPIRASI KANAK KANAK  NUSANTARA  NENDA RATU RIMBA NIAGARA '

  1. SELAMAT DATANG KERABAT DIRAJA BRUNEI DARUSSLAM KE MALAYSIA  MOGA SILATURRAHIM BERTAMBAT ERAT' AAMEEN.
I Love Allah <3

Jom LIKE ->  @[414503398657860:274:Leuniey Natasha] (y)



MasyaAllah.. Agak2 karya cantik ni boleh dapat 100 likes x ? <3

Jom LIKE ->  @[440809036030373:274:Dato' Siti Nurhaliza] (y)
Akan selalu kusebut dan kusimpan dalam hati namaMu ya Allah,,, hingga nafas ini tak lagi berjalan.........!!! — at ‎اللّهُ اللّهُ اللّهُ اللّهُ اللّهُ اللّهُ اللّهُ اللّهُ اللّهُ‎.

SALAM MAAL HIJRAH 1435H

'KITA BERSAHABAT SAMPAI SYURGA '


'SALAM MAAL HIJRAH UNTUK SEMUA PEMBACA KARYA SASTERAKU'
KU SAYANG KAMU DEMI-NYA
SAYANG DUNIA AKHIRAT
MOGA KITA BERTEMU DI SYURGAWI MEMANJANGKAN SILATURRAHIM
KITA DITAKDIRKAN BERTEMU DI ALAMMAYA BUKAN UNTUK SALING MELUKAI HATI
MAKANYA MAAFKAN DAKU ANDAI KUKHILAF PADAMU
SESUNGGUHNYA AKU INSAN YANG TAK SEMPURNA
WALAUPUN TELAH KUCUBA MENJAGA KESANTUNANKU DALAM PERSAHABATAN
SUDILAH MEMAAFKAN DAKU DAN SUDILAH MEMAHAMI DUNIA SASTERAKU
KALIAN DITAKDIRKAN MENJADI SAUDARA SIISLAMKU DI ALAMMAYA
MOGA KALIAN JUGA MENJADI PEJUANG SASTERAKU
ANDAI KESIBUKAN MU MEMBUATKAN KAMU TERPAKSA SEPIKAN KARYAKU
IZINKAN AKU MENCARI PEJUANG YANG LAIN
AGAR KARYA-KARYA SASTERAKU SUDI DISAPA TIDAK DISEPIKAN...
PENGERTIAN DARIMU AMAT DIHARAPKAN

'SAMPAI KAPANPUN TETAP MENYAYANGIMU SAMPAI SYURGA AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN'
GUBAHAN BUNGA-BUNGA SASTERAKU UNTUKMU PENGHUNI ALAMMAYA...

BUNGA-BUNGA SASTERAKU KUTERBANGKAN DI SUDUT HATIMU.
INGIN KUTEMPA SASTERAKU AGAR MENJADI SERPIHAN HATI LALU MENELUSURI JIWAMU , JIKA KAU MULA MEMAHAMI DAN MERASAINYA DI SITULAH BERMULANYA DUNIA SASTERAKU DALAM JIWAMU...... ANDAINYA ADA YANG TIDAK BERKENAN DI HATIMU DALAM DUNIA SASTERAKU TEGURLAH AKU DENGAN KATA-KATA NAN INDAH KERANA KATA-KATA NAN INDAH ITULAH YANG AKAN MENGHIDUPKAN DUNIA SASTERAKU.
SETIAP HARI AKU DILIMPAHI ILHAM YANG TAK PUTUS-PUTUS DARI-NYA. KERANA KETERUJAAN ITU AKU INGIN BERKONGSI DENGAN SELURUH PENGHUNI ALAMMAYA...TIADA NIAT SEBESAR ZAHRAH PUN UNTUK BERBANGGGA DIRI.
SETIAP KALI AKU MENGARANG MENGENAI KETUHANAN, ROH, ALAM BARZAH DAN LAIN-LAIN BUKAN NIATKU UNTUK MENGAJAR SESIAPA, ITU ADALAH UNTUK MUHASABAH DIRIKU SENDIRI YANG SENTIASA LUPA TANGGUNGJAWAB SEBAGAI KHALIFAH-NYA DI MUKA BUMI INI. JIKA KAU MASIH LAGI TIDAK MEMAHAMI DUNIA SASTERAKU MAKA JANGAN CEMUH DUNIA SASTERAKU BIARKAN SASTERAKU KESENDIRIAAN BARANGKALI SASTERAKU TIDAK DAPAT BERTAHTA DI HATIMU. NAMUN BEGITU DUNIA SASTERAKU TIDAK AKAN MENGALAH AKAN TERUS BERSASTERA, AKAN KUBIARKAN CURAHAN ILHAMKU MENGALIR DI DUNIA SASTERAKU TANPA ADA SEKATAN DARIPADA MEREKA YANG TIDAK MEMAHAMINYA KERANA ITU ADALAH DUNIA SASTERAKU. AKU YAKIN SATU SAAT NANTI AKAN HADIR PENGHUNI ALAMMAYA YANG MEMAHAMI DAN MERASAI KEINDAHAN DUNIA SASTERAKU....PENGAKHIRAN AKAN HANYA ADA SATU MATLAMAT KENAPA AKU BERSASTERA,,,,,, KERANA AKU MAHUKAN MENDAPAT KEREDHAAN DARI-NYA AGAR BERSAMA MEMBINA JAMBATAN KE SYURGA IN SHAA ALLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN

KARYA RATU RIMBA NIAGARA
27 Zulhijjah 1434H
1 November 2013
Like ·  · 

    • Alhamdulillah...
      Sekiranya, anda belum lg mengucapkan untuk nafas hari ini... sekiranya, anda rasa xcukup itu dan ini... sekiranya, anda kecewa dan patah hati... sekiranya, anda rasa penat dan lelah diuji... sekiranya, anda rasa xdihargai... sekiranya, anda rasa disakiti dan dilukai... sekiranya, anda rasa dizalimi dan dibuli... sekiranya, anda malang dan rasa nak mati...

      Lihatlah sikecil ini... menangis syukur dengan rezeki sekeping roti disuap kaki kurniaan ya Ar-Rahim... 

      Via : Leuniey Natasha
    • 'PENTINGNYA YAKIN DENGAN KEKUATAN SENDIRI'

      JANGAN JADI SEPERTI GAJAH YANG TAK YAKIN AKAN KEKUATAN SENDIRI DIGARI KAKI DENGAN RANTAI BESI TIDAK DAPAT BERGERAK PERCAYA KARENA KAKINYA DIRANTAI MANUSIA, JIKA DIA BIJAK TAHU DIA MEMANG SUDAH ADA KEKUATAN PASTI DIA AKAN BERJAYA BERGERAK BEBAS KE RIMBA SEMULA.'

      GAJAH BOLEH DIJINAKKAN
      INIKAN PULA HATI KITA
      BOLEH KITA LEMBUTKAN
      DENGAN MUHASABAH DIRI
      IN SHAA ALLAH YAKIN BOLEH BERUBAH AAMEEN.

      RATU RIMBA NIAGARA
      6 Muharram 1434H
      10 Novembr 2013M
      Like · 
    • Bergerak untuk berfikir
      2Unlike ·  · 
      • You, Andri Bayuardi and 5 others like this.
      • Darto Popeye Bergerak tdk seimbang dgn fikiran ya akan limbung.
      • Sugeng Sempana terasa umtuk diasah tercipta untuk mencipta..karya yg indah jua aeeeeeeee
      • Ratu Rimba Niagara SENIMU SENIKU MENYATUKAN HATI SEMUA DEMI-NYA 

        SELAMAT BERGERAK UNTUK BERFIKIR BAHAWA DUNIA INI MASIH MEMERLUKAN DAYA FIKIRMU YANG KREATIF , SALAM SUKSES DARIKU UNTUKMU DUHAI SOBATKU DI BENUA SANA .


        HARI INI LEBIH BAIK DARIPADA SEMALAM ADALAH ORANG YANG BERUNTUNG
        HARI INI TIDAK BERUBAH SEPERTI SEMALAM ORANG YANG RUGI
        MOGA KITA SENTIASA BERADA DI ZON HARI INI LEBIH BAIK DARIPADA SEMALAM
        ESOK LEBIH BAIK DARI ESOKNYA
        KARENA JIKA KITA GAGAL RUGILAH USIA KITA YANG BERLALU PERGI
        MASA TIDAK DAPAT MEMBELI USIA
        USIA TIDAK DAPAT MEMBELI MASA
        USIA AKAN TERUS BERGANJAK KE GARISAN PENAMAT
        MASA MENENTUKAN BILA TAMATNYA USIA
        BILA TAMATNYA USIA 
        TIADA LAH KITA LAGI DI DUNIA INI
        YANG KITA BAWA PERGI DI DUNIA INI
        APA YANG KITA USAHAKAN KETIKA HIDUP
        ITULAH AKAN DIPERTANGGUNGJAWABKAN
        KETIKA ITULAH MENENTUKAN KITA 
        TERMASUK GOLONGAN HAMBA-NYA YANG BERUNTUNG
        ATAU YANG RUGI...
        MOGA KITA TERGOLONG DI KALANGAN HAMBA-NYA YANG BERUNTUNG
        BERKAT KITA MENGAMALKAN KETIKA HIDUP
        'HARI INI LEBIH BAIK DARIPADA SEMALAM'
        AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.

        'SENIMU SENIKU MENYATUKAN HATI-HATI SEMUA DEMI-NYA'

        DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS DARIPADA RAKAN SEPERJUANGANMU,
        RATU RIMBA NIAGARA
        PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
        MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
        6 Muharram 1435H
        10 November 2013M
        (PUISI DIKARANGKAN ISTIMEWA UNTUK RAKAN SEPERJUANGANKU FASMADHY DEDDI PRODUCER FILM YANG BAKAL MENGARAHKAN KARYA-KARYA SASTRA NUSANTARA PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA IN SHAA ALLAH AAMIIN)
      • Ratu Rimba Niagara
    • Hasil riset film tematik Grassroot and Soccer di Lahat -Sumsel, Gajah mengcoaching pikiran anak.
      Unlike ·  · 
      • You and 10 others like this.
      • Ratu Rimba Niagara JANGAN JADI SEPERTI GAJAH YANG TAK YAKIN AKAN KEKUATAN SENDIRI DIGARI KAKI DENGAN RANTAI BESI TIDAK DAPAT BERGERAK PERCAYA KARENA KAKINYA DIRANTAI MANUSIA, JIKA DIA BIJAK TAHU DIA MEMANG SUDAH ADA KEKUATAN PASTI DIA AKAN BERJAYA BERGERAK BEBAS KE RIMBA SEMULA.'
      • Ratu Rimba Niagara GAJAH BOLEH DIJINAKKAN
        INIKAN PULA HATI KITA
        BOLEH KITA LEMBUTKAN 

        DENGAN MUHASABAH DIRI
        IN SHAA ALLAH YAKIN BOLEH BEROBAH.
      • Ratu Rimba Niagara
    • Seekor Gajah di Lahat SUMSEL mengcoaching pikiran anak manusia bagaimana bermain sepakbola
      Unlike ·  · Unfollow Post · 
'IMPIAN  TAMAN KOTA SASTRA KANAK KANAK NUSANTARAKU'

ANDAINYA SEMUA IMPIAN SASTRAKU MENJADI REALITI SEMUA USAHA DAGANGNYA INI AKAN KUJADIKAN PRODUK SASTRAKU UNTUK DIJUAL DI KOTA TAMAN SASTERA NUSANTARAKU  AAMEEN.
November 8 at 10:22am ·

PRODUK PERMAINAN USAHAWAN INI SEMUA ADA DALAM KARYA SASTRA YANG KUTULIS UNTUK BUKU CERITA KANAK-KANAK KERANA DUNIA KANAK-KANAK ADALAH SASTRAKU.
November 8 at 10:24am ·

DUNIA IMAGINASI KREATIF KANAK-KANAK ADALAH IMAGINASI SASTRAKU DAN AKU MEMAHAMI DUNIA IMAGINASI KANAK-KANAK YANG PENUH FANTASI ...AKU MENCINTAI KANAK-KANAK KERANA KANAK-KANAK ADALAH BAKAL CUCU-CUCUKU YANG AKAN AKU TINGGALKAN BILA SAMPAI SAATNYA NANTI.
November 8 at 10:27am ·

RATU RIMBA NIAGARA
PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
7 Muharram 1435H
11 NOVEMBER 2013
(SEMPENA MERAIKAN HARI KANAK-KANAK SEDUNIA 11 NOVEMBER 2013. ' INSPIRASI KANAK-KANAK SASTERAKU)

    • walau dagang mainan sebagai side job ...utk kebutuhan , masih ada harapan sebuah dream some day directing a movie
      2Unlike ·  · Unfollow Post · 
      • You, Andri Bayuardi and 3 others like this.
      • Ratu Rimba Niagara ANDAINYA SEMUA IMPIAN SASTRAKU MENJADI REALITI SEMUA USAHA DAGANGNYA INI AKAN KUJADIKAN PRODUK SASTRAKU UNTUK DIJUAL DI KOTA SASTERAKU DUNIAKU SASTRAMU MINATKU' AAMIIN.
      • Ratu Rimba Niagara PRODUK PERMAINAN USAHAWAN INI SEMUA ADA DALAM KARYA SASTRA YANG KUTULIS UNTUK BUKU CERITA KANAK-KANAK KERANA DUNIA KANAK-KANAK ADALAH SASTRAKU.
      • Ratu Rimba Niagara DUNIA IMAGINASI KANAK-KANAK ADALAH IMAGINASI SASTRAKU DAN AKU MEMAHAMI DUNIA IMAGINASI KANAK-KANAK YANG PENUH FANTASI ...AKU MENCINTAI KANAK-KANAK KERANA KANAK-KANAK ADALAH BAKAL CUCU-CUCUKU YANG AKAN AKU TINGGALKAN BILA SAMPAI SAATNYA NANTI.
      • Ratu Rimba Niagara PUISI IMAGINASI KANAK-KANAK MINDA KREATIF NUSANTARA

        KIKI

        Kiki suka berada di bulan.
        Di bulan Kiki main sorok-sorok dengan awan.
        Kiki ada sayap.
        Kiki terbang ke sana ke mari
        bermain dengan bintang.
        Di kepulan awan biru Kiki meniup seruling
        sambil menyanyi lagu, ‘Ibu Oh! Ibu’.

        BULAN DAN BINTANG

        Bulan tersenyum melihat anak burung
        berbulu biru terbang mencari rezeki.
        Bulan suka tengok gelagat tiga ekor
        kucing yang suka bermain dengan bintang,
        duduk di pelangi dan seekor lagi
        duduk di tunggul kayu berangan bermain
        sorok-sorok dengan bintang dan bulan.

        HARI JADI JOHN

        Setiap tahun John meraikan hari jadi.
        Hari ini hari jadi John yang kesembilan.
        Ayah John membeli kek tiga tingkat.
        Hari jadi John sungguh meriah kerana
        diadakan di sebuah taman bunga
        di kelilingi rama-rama pelbagai warna.

        TIKAR AJAIB

        Puteri Aliya dengan Putera Aliba
        sangat gembira kerana dapat terbang
        dengan ‘Tikar Ajaib’.

        Mereka dapat terbang setelah terjumpa
        dengan ‘Pelita Ajaib’ yang boleh memberi
        kesaktian kepada si pemiliknya.

        Apabila penat mereka pulang berehat
        di Istana Kayangan yang indah
        lagi permai.

        NINA SAYANGKAN BAYI DINOSAUR

        Nina tinggal di sebuah pulau bersama
        bayi Dinosaur. Mereka berdua
        berkawan baik.
        Nina sangat sayangkan bayi
        Dinosaur.

        Bayi Dinosaur sangat comel.
        Telinganya panjang seperti arnab.
        Kukunya tajam seperti harimau.

        Nina suka cium Bayi Dinosaur.
        Bayi Didosaur tersenyum malu.
        Bayi Dinosaur sangat gembira.
        Hidupnya hari-hari ceria.

        Dia gembira kerana keluarganya
        sangat baik dengan keluarga
        angkatnya.
        Walaupun dia cumalah haiwan
        dan keluarga angkatnya manusia
        tetapi mereka saling hormat
        menghormati dan sayang
        menyanyangi di antara satu
        sama lain.
        Nina adalah kakak angkat yang
        sangat sayangkan ‘Bayi Dinosaur’.

        BERMIMPI JADI ANAK GERGASI

        Pada suatu hari Ramasamy pergi
        berkelah di sebuah pulau.
        Dia membawa bekalan.
        Ramasamy tertidur kekenyangan.
        Dia tidur dengan nyenyaknya,
        ditiup angin sepoi-sepoi bahasa.
        Ketika tidur Ramasamy bermimpi
        menjadi anak gergasi.

        CITA-CITA SAYA

        Cita-cita saya hendak menjadi
        seorang doktor.
        Saya mesti belajar bersungguh-
        sungguh.
        Apabila sudah menjadi doktor
        nanti, saya boleh nasihatkan
        pesakit saya supaya amalkan
        makan makanan sihat seperti
        sayur-sayuran dan buah-buahan.

        TAMAN BUNGA IBU SAYA

        Ibu saya suka tanam pokok bunga.
        Halaman rumah saya penuh dengan
        pokok-pokok bunga.

        Setiap petang saya menyiram pokok-
        pokok bunga.

        Halaman rumah saya seperti taman
        bunga yang sangat indah di pandang
        mata.

        Ibu dan ayah saya suka hati melihat
        pokok-pokok bunga yang segar dan
        cantik.
        Ibu saya kata,‘Taman bunga
        membuatkan hatinya berasa aman
        dan tenang.’

        BERSAMBUNG
      • Ratu Rimba Niagara KERETA TERBANG

        Pagi Ahad itu Ah Chong bangun pagi.
        Dia sangat gembira sambil menghirup
        udara segar di jendela.

        Setelah mendapat kebenaran ibu dan
        ayahnya, dia terbang ke awan biru.
        Ah Chong sangat gembira kerana
        tanpa sokongan kedua orang tuanya
        Ah Chong tidak akan dapat terbang
        di awan biru bersama dengan kereta
        terbang ciptaannya.

        KEINDAHAN TAMAN BUNGA

        Sungguh indah taman bunga yang
        menghijau ini.

        Menghidu bauan bunga-bungaan
        yang mewangi setiap pagi.

        Dihiburkan dengan kicauan burung-
        burung seolah-olah sedang menyanyi-
        nyanyi lagu merdu.

        Diindahkan lagi dengan Sang Rama-Rama
        yang berwarna-warni.
        Sungguh indah!
        Sungguh aman!
        Buat hati rasa tenang!

        KAMBING GURUN AJAIB

        Ini Kambing Gurun Ajaib.
        Kambing Gurun Ajaib ini namanya Lito.
        Lito boleh terbang ke mana dia suka.
        Lito suka bermain dengan bintang-bintang
        yang bergemerlapan di langit malam.

        Kadang-kadang dia menanduk bintang.
        Bintang suka berkawan dengan Lito.
        Lito baik hati dan tidak pandai bercakap
        bohong.

        HARIMAU KEMBAR SIAM

        Ini Harimau Kembar Siam.
        Mereka telah selamat menjalani
        pembedahan pemisahan semasa
        bayi lagi.

        Kini Harimau Kembar Siam telah
        dewasa.

        Ke mana pergi mereka selalu
        bersama.

        Setiap petang, Harimau
        Kembar Siam pergi ke sebuah
        tasik untuk menghilangkan
        dahaga.

        Harimau Kembar Siam sayang
        menyayangi di antara satu sama lain.

        KELUARGA ZIRAFAH

        Ini sekumpulan keluarga zirafah.
        Keluarga zirafah ini sangat bahagia.
        Ke mana pergi mereka berkumpulan
        bersama.

        Ibubapa mereka penyayang dan
        bertanggungjawab.

        Anak-anak dididik supaya hormat
        menghormati di antara satu
        sama lain.

        Mereka hidup aman damai dan
        berkasih sayang selamanya!

        KUDA BELANG

        Kesian sungguh dengan sekumpulan
        kuda belang ini.

        Mereka berlari sekuat hati daripada
        ditembak oleh manusia yang tiada
        perasaan belas kasihan.

        Manusia kejam itu hanya mahu
        mengaut keuntungan sahaja.

        Mereka akan menjual kulit kuda
        belang dengan harga yang tinggi.

        Kuda belang akan pupus di muka
        bumi ini jika tidak dibanteras
        jenayah membunuh kuda belang.

        ZOO NEGARA

        Saya suka pergi ke Zoo Negara.
        Di Zoo Negara ada pelbagai
        haiwan hidupan liar.

        Singa senyum kepada saya.
        Anak zirafah sangat comel.

        Saya suka tengok anak gajah
        pakai topi. Sungguh comel!
        Anak gajah senyum kepada saya.

        Saya sangat sayang semua haiwan
        yang ada di Zoo Negara.

        Nanti ada peluang saya akan
        datang lagi ke Zoo Negara.

        IKAN LUMBA-LUMBA

        Ikan Lumba-Lumba sangat cerdik.
        Perangainya suka melompat-lompat
        sambil menyumpit air.
        Sungguh melucukan!

        Saya suka sangat dengan ikan lumba-lumba.
        Saya pernah bermimpi, saya duduk
        di belakang ikan lumba-lumba.

        Dalam mimpi tersebut ikan lumba-
        lumba membawa saya mengembara
        ke dasar laut yang indah lagi permai.

        Ibu kata saya tidur sambil tersenyum.
        Saya ceritakan mimpi saya kepada ibu
        saya. Ibu pun tersenyum geli hati.

        Sungguh indah permandangan di dasar aut.
        Di penuhi dengan batu karang, ikan pelbagai
        jenis dan warna, tapak sulaiman, siput dan
        bermacam-macam lagi.

        Mereka hidup bersatupadu tanpa ada
        pergaduhan. Masing-masing mencari
        rezeki tanpa mengambil hak penghuni
        lain.

        Saya suka dengan kehidupan penghuni
        laut yang aman, damai dan permai.

        HADIAH WAU

        Ayah membeli wau untuk saya.
        Wau saya cantik.

        Saya suka melihat wau saya terbang tinggi.
        Wau saya terbang tinggi ditiup angin.
        Saya gembira.
        Ayah suka hati.
        Ibu senang hati.

        Wau! Sukanya hati saya hari ini.
        Hendaknya kegembiraan saya ini
        dapat dikongsi bersama dengan
        rakan-rakan yang seusia dengan saya.

        Ibu-ibu …Bapa-bapa…Di luar sana
        hadiahkan wau untuk anak kesayangan
        anda!

        Mereka pasti gembira.
        Percayalah cakap saya.
        Tak percaya cubalah!
        Anak anda pasti gembira seperti saya.

        SAYA WARGA DUNIA YANG SAYANGKAN SEMUA
        YANG HIDUP DI MUKA BUMI INI TANPA TERKECUALI
        SAYA SAYANG KERANA SAYA ADALAH KHALIFAH 
        ALLAH DI BUMI-NYA INI

        Karya : RATU RIMBA NIAGARA
        4 Muharram 1435H
        8 November 2013M
        (PUISI-PUISI IMAGINASI KANAK-KANAK KREATIF INI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SEMUA KANAK-KANAK DI SELURUH NUSANTARA & DUNIA YANG TERCINTA SEPENUH JIWA DAN RAGA)
      • Ratu Rimba Niagara PANTUN DINOSAUR SAYA BERNAMA DINO

        Hari-hari saya ke sekolah,
        Pergi ke sekolah bersama dinosaur;
        Sukanya hati cikgu tak marah,
        Kerana saya berkawan dengan dinosaur.

        Dinosaur saya bernama Dino,
        Saya berkawan sejak dulu;
        Pergi sekolah bersama Dino,
        Melintas jalan Dino dahulu.

        Dino tunggu di pintu sekolah,
        Saya belajar penuh semangat;
        Beg saya bewarna merah,
        Guru mengajar saya mengingat.

        Saya kenalkan Dino dengan kawan,
        Kawan gembira tidak terkata;
        Di waktu rehat dibelanja kawan,
        Dino tersenyum tersebar berita.

        Tersebar berita berkawan dengan dinosaur,
        Kedatangan Dino disambut mesra;
        Dino diberi makan sayur,
        Kemesraan mereka amat ketara.

        Dino sakit saya bimbang,
        Diberi ubat sembuh sakitnya;
        Menyayangi Dino bukan kepalang,
        Tidak ke sekolah kawan bertanya.

        Masa cuti berkelah di pantai,
        Semasa di pantai ramai berkerumun;
        Meminati Dino yang bijak pandai,
        Ramah tamah Dino mereka terpegun.

        Semasa mandi-manda kami gembira,
        Seakan berpesta besar-besaran;
        Gembiranya hati tidak terperi,
        Kerana Dino dapat kenalan.

        Peminat Dino ramai tidak terkata,
        Memberi hadiah tanda persahabatan;
        Dino terima dengan hati terbuka,
        Terima undangan tidak keberatan.

        Hari-hari hidup gembira,
        Kerana Dino sentiasa lucu;
        Pergi ke sekolah membara-bara,
        Ilmu ditimba terus maju.

        Seekor kucing melintas jalan,
        Dino selamatkan dari dilanggar;
        Syukurlah kerana dapat berjalan,
        Dibawa pulang saya bersyukur.

        Kucing diberi nama Si Seberang,
        Kerana tidak pandai menyeberang;
        Baiknya kucing tidak menyerang,
        Bahagianya kami dahulu hingga sekarang.

        Dino tidak bersikap garang,
        Walaupun Si Seberang ganas dengannya;
        Dari dahulu hingga sekarang,
        Dino bersabar dengan kerenahnya.

        Si Seberang tidak lalu makan,
        Risaunya saya bukan kepalang;
        Berjumpa doktor Dino nasihatkan,
        Sembuh terus sakit Si Seberang.

        Kami ketawa terbahak-bahak,
        Apabila Si Seberang dipakai baju;
        Sakit perut ketawa terbahak-bahak,
        Dino nasihatkan makanlah keju.

        Sudah enam tahun kami berkawan,
        Kehidupan kami amat membahagiakan;
        Dino ke sungai menangkap ikan,
        Si Seberang makan saya pun makan.

        Kami bertiga tidak pernah bergaduh,
        Kami bergurau setiap hari;
        Tiada keluar perkataan bodoh,
        Kasih sayang kami tidak terperi.

        Bersiar di padang kami bertiga,
        Si Seberang dengan saya sangat gembira;
        Dibawa Dino berjaga-jaga,
        Agar kami terus gembira.

        Ikatan kami amat mesra,
        Kami gembira hidup begini;
        Bersenda gurau gembira sentiasa,
        Saling sayang menyayangi sesama sendiri.

        Indahnya hidup setiap hari,
        Moga bahagia milik kami bertiga;
        Berkasih sayang antara kami,
        Hari-hari berbunga cinta Syurga.

        Karya Ratu Rimba Niagara
        15 April 2013
        (PANTUN DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SELURUH KANAK-KANAK DI SELURUH DUNIA MOGA TERHIBUR DAN CERIA TIKA MEMBACANYA TANDA NENDA SAYANG PADA KAMU SEMUA.... HINGGA KAPANPUN SAYANG SAMA KAMU DI KALA NENDA HIDUP BIARPUN NENDA SUDAH TIADA DI DUNIA INI LAGI)
      • Ratu Rimba Niagara Puisi Cakarawala Sumber Inspirasi Saya

        Saya suka kepada bulan kerana
        bulan suka senyum kepada saya.
        Saya suka bintang kerana
        bintang tak jemu bersinar.

        Saya suka matahari kerana
        tanpa matahari hidup saya
        gelap gelita.

        Saya suka pelangi kerana
        pelangi menceriakan hidup saya.

        Saya suka semua yang ada di cakarawala
        kerana semuanya telah memberi inspirasi
        kepada saya untuk menghargai Pencipta saya!

        Saya Bahagia
        Hidup saya indah…
        Seindah bulan di langit.
        Hidup saya terang
        Seterang bintang bergemerlapan.
        Hidup saya ceria…
        Seceria pelangi yang berwarna-warni.

        Hidup saya bahagia...
        Sebahagia matahari yang memancarkan
        sinar untuk penghuni bumi.

        Hidup saya setia...
        Sesetia pengedaran bumi berputar
        mengikut paksinya.

        Hidup saya aman...
        Seaman planet di galaksinya yang
        berputar mengelilingi matahari mengikut
        orbit masing-masing.

        Kalau planet tidak mengikut orbit masing-masing
        sudah pasti berlakulah pelanggaran planet-planet
        di cakarawala. Akan musnahlah segalanya.

        Justru saya tidak mahu begitu!
        Yang saya mahu penghuni bumi ini bahagia!
        Dan sentiasa bersyukur kepada
        Tuhan saya Pencipta Semesta Alam!

        Karya Ratu Rimba Niagara
        23 Disember 2012
      • Ratu Rimba Niagara GAJAH
        Karya Ratu Rimba Niagara

        Hari itu satu mesyuarat agong KUBITAK
        diadakan. KUBITAK adalah singkatan
        nama kumpulan Binatang Tasik Kenyir.
        KUBITAK telah diwujudkan dua puluh
        dua tahun yang lalu.

        Selama sudah dua puluh dua tahun
        bermesyuarat agong, pada kali ini
        pemilihannya begitu sengit. Ketua
        Satu KUBITAK selama ini tidak pernah
        tercabar tetapi pada kali ini benar-
        benar tercabar.

        Rata-rata mengatakan Ketua Satu KUBITAK
        tidak ada harapan untuk menang justeru
        mereka secara peribadi berjumpa dengan
        Ketua Satu KUBITAK.

        "Maafkan saya... saya ingin memberikan
        cadangan kepada tuan hamba agar meletakkan
        jawatan sebagai Ketua Satu KUBITAK secara
        terhormat daripada gugur di mesyuarat Agong
        kelak.Pihak kami akan memberi saguhati yang
        amat berharga tanda terima kasihnya kami
        terhadap pengunduran tuan hamba," kata wakil
        KUBITAK.

        "Tidak...! Hamba tidak akan mengundur diri
        walau apapun yang disogokkan. Hamba
        berjuang bukanlah kerana material tapi
        adalah minat yang terlalu mendalam,"
        tegas Ketua Satu KUBITAK.

        "Tapi... tuan hamba telah memegang jawatan
        Ketua Satu KUBITAK sejak bermula KUBITAK
        ditubuhkan, banyak rungutan daripada
        para ahli yang didengari iaitu tiada
        membaharuan dalam KUBITAK masih di takuk
        lama, tuan hamba kena faham itu.Tuan hamba
        pun sudah tua, janganlah terlalu tamak...
        berilah peluang kepada ahli lain untuk
        menerajuinya."

        "Tidak! Hamba akan tetap bertanding walaupun
        hamba kalah dalam pengundian kelak. Tapi
        hamba yakin hamba boleh menang."

        Ketua Satu KUBITAK sedar kedudukannya kini
        tegang kerana dia terpaksa bersaing dengan
        wakil dari RASAKSA iaitu kumpulan gajah.

        Desas desus yang didengari bahawa besar
        kemungkinan wakil RASAKSA akan menang kerana
        dalam banyak perkara RASAKSA banyak membantu
        kumpulan binatang lain dari segi material.

        Dalam zaman sekarang idea saja tidak mencukupi
        jika tiada kekuatan yang kukuh. Telah banyak
        jasa yang ditaburkan oleh Ketua Satu RASAKSA
        kepada ahli-ahli bawahannya. Begitu juga
        kepada ahli-ahli binatang yang lain.

        Mesyuarat Agong KUBITAK dirasmikan oleh
        Yang Mulia Merak. Sebelum Yang Mulia berucap
        Ketua Satu KUBITAK memberi ucapan.

        Ucapan kali ini amat berbeza sekali jika
        dibandingkan ucapan tahun-tahun sebelumnya.
        Ucapannya banyak berbaurkan sindiran sinis!
        Memuji diri dari apa yang telah dikorbankan
        selama ini, kekecewaan kerana ada pencabarnya
        lebih-lebih lagi jika dia tewas bererti tewasnya
        nanti sebagai mati seorang pejuang. Ucapannya
        hampir memakan masa empat puluh lima minit.

        "Ini nak berucap ke atau nak berkempen?" bisik
        salah seorang pemerhati dari kumpulan seladang.

        "Agaknya dia sudah kelewatan!" jawab rakannya.

        "Engkau agak siapa yang menang?"

        "Rata-rata mengatakan RASAKSA yang menang!
        Di akhbar-akhbarpun mengatakan RASAKSA boleh
        menang mengikut dari ramalan wakil yang
        mengundi."

        "Engkau tengok sejak dia memerintah selama
        dua puluh dua tahun mana ada perubahan dalam
        KUBITAK. Sepatutnya setiap tahun dia mesti
        menerima cadangan-cadangan para perwakilan
        tapi tidak! Cadangan perwakilan hanyalah
        mencurah ke daun keladi! Cadangannya...hanya
        untuk jenis binatang yang sealiran dengannya
        hingga dia dikurniakan darjah kebesaran."

        "Engkau dengar tu... untuk menerajui tampuk
        pemerintahan mestilah mempunyai ilmu yang
        kukuh kalau hanya gagah tidak akan sempurnalah!"

        "Mentang-menanglah dia tu kancil yang bijak
        dia tidak langsung memahami perasaaan gajah."

        "Gajah dulu bukan gajah sekarang! Gajah sekarang
        di samping mempunyai kekuatan, dia juga mempunyai
        pengaruh yang besar untuk menaikkan nama KUBITAK
        yang selama ini tidak dikenali ramai di kalangan
        manusia. Kerana daya usaha gajahlah Tasik Kenyir
        yang selama ini tidak dikenali ramai menjadi
        tumpuan para pelancong. Dulu binatang-binatang
        di sini menjadi buruan manusia tapi kini dilindungi
        dan menjadi tontonan manusia."

        Setelah Ketua Satu KUBITAK habis berucap,
        Yang Mulia Merak pula berucap.
      • Ratu Rimba Niagara Antara ucapannya sedia memberi sokongan kepada
        setiap aktiviti yang diadakan oleh KUBITAK dan
        sedia membantu jika ada masalah yang hendak
        diselesaikan. Yang Mulia dengan senang hati
        menghadiahkan kepada KUBITAK sebuah Taman Bunga
        seluas dua ratus hektar untuk ahli-ahli KUBITAK
        beristirehat tanpa diganggu oleh manusia.
        Beliau juga berharap KUBITAK akan terus maju
        untuk mengharumkan nama Tasik Kenyir.

        Mahupun pihak perwakilan dan pemerhati begitu
        resah tidak sabar-sabar lagi menantikan keputusan.
        Melihat dari suasana itu rata-rata mengatakan kancil
        akan tewas yang menang gajah. Melihat dari air muka
        kancil yang resah ternyata dia akan tewas manakala
        gajah begitu yakin akan menang kerana penyokong-
        penyokongnya begitu banyak.

        Pengundian dijalankan secara tertutup. Setelah selesai
        pembuangan undi, mereka berehat selama satu jam setengah.
        Masing-masing bercerita sesama sendiri mengatakan kancil
        akan tewas kali ini. Jika kancil tewas bererti banyaklah
        perubahan KUBITAK akan berlaku secara mendadak.

        Semua jenis binatang baik besar mahupun kecil akan sedia
        diberi bantuan baik dari segi moral mahupun materiel agar
        tidak ketinggalan untuk dikenali sebagai binatang popular.
        Itulah janji gajah sekiranya dia menang.

        Tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu pengumuman siapakah
        yang dipilih oleh perwakilan untuk menerajui Ketua Satu
        KUBITAK yang baru.

        Semuanya seperti terpaku apabila diumumkan kancil menang
        42 undi manakala kajah 15 undi, undi rosak 1. Seakan tak
        percaya dengan keputusan itu. Tapi itulah yang benar.
        Suasana yang riuh pada awalnya menjadi muram. Seakan mereka
        tidak dapat menerima dengan keputusan itu.

        Jelas terbayang di wajah masing-masing kekecewaaan.
        Yang mana kecewa lekas-lekas keluar dari situ.
        Tidak mahu lebih lama.

        Kancil tersenyum lebar apabila diumumkan sebagai pemenang.
        Tapi hatinya Tuhan saja yang tahu betapa bimbangnya dia di
        awal pertarungan. Kini dia boleh meneruskan perjuangannya
        kembali. Barangkali dia akan membuat perubahan kerana dia
        takut peristiwa ini berulang kembali.

        "Saya dari kumpulan seladang ingin mengatakan yang kalah
        tak semestinya ia tewas! Dan yang menang tak semestinya
        ia berjaya, justeru marilah kita sama-sama berganding
        bahu untuk berkerjasama di antara satu sama lain.
        Janganlah jadikan pertandingan ini sebagai jalan untuk
        menuju perpecahan sesama sendiri. Jadikan pemilihan pada
        hari ini sebagai ikhtibar di masa-masa akan datang."

        Ketua Satu RASAKSA keluar dari dewan. Di wajahnya tidak
        langsung menampakkan kekecewaan. Beberapa wartawan dari pelbagai media massa meluru kepadanya.

        "Apa pendapat tuan hamba mengenai kegagalan tuan hamba menjadi pucuk pimpinan?" Tanya merbuk dari akbar Burung.

        "Ini menandakan bahawa ahli KUBITAK tidak mahu adanya
        perubahan," jawabnya tenang.

        "Adakah tuan hamba akan memberikan kerjasama kepada KUBITAK?"
        sampuk zirafah wartawan dari majalah, "ZIRA"

        "Iya hamba akan memberikan kerjasama kepada KUBITAK
        walaubagai manapun idea yang ingin hamba serapkan kepada
        KUBITAK akan hamba serapkan kepada RASAKSA juga. Hamba buat begini asalkan dapat mempopularkan binatang-binatang
        Tasik Kenyir keseluruhannya."

        Karya Ratu Rimba Niagara
        28 April 2013

        (PETIKAN GALERI SASTERA PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
        4 Muharram 1435H
        8 November 2013M
      • Ratu Rimba Niagara PERSEMBAHAN TEATER BANGSAWAN DIRAJA PUTERA SANG KURIANG DI ZOO NEGARA

        Ratu Rimba Niagara:

        Apapun aku sangat suka dengan sang syifa, sang amsyar sang aqmar...nanti ada peluang aku mahu bawa mereka jalan-jalan ke zoo negara bersama sang kuriangku pasti ramai peminat menyerbu mereka mahu tandatangan...
        di zoo pula segala sang pun suka berkawan dengan mereka...aduh pasti gamat zoo hari itu dengan hiruk pikuk segala sang meraikan satu pesta kegembiraan kanak-kanak yang tak terhingga! Apa tidaknya yang
        berada di pentas 4 Sahabat mengadakan persembahan teater ,"PERSAHABATAN INDAH SANG KURIANG DENGAN SANG SYIFA, SANG AMSYAR DAN SANG AQMAR"
        Mereka berempat mengadakan persembahan yang begitu mantap hinggakan panggung bangsawan ZOO NEGARA...hiruk pikuk dengan tempukan paling gemuruh daripada penonton yang terdiri daripada pengunjung zoo dan segala sang di zoo negara.

        Kerana persembahan mereka begitu mantap dan tidak dapat dilupakan oleh semua yang menonton...KFC telah sudi menaja makan tengahari pada hari tersebut Amat meriah sekali.

        Haslie Umar Ratu Rimba hahaha.....mantap..memang mantap...cayalah....nanti mat kr jadi pengarah....

        Ratu Rimba Niagara Jadi...jangan tak jadi...sebab ratu rimba ni ini penuntut janji....

        PUTERA SANG KURIANG (BAHAGIAN III)

        Tersebutlah kisah di Rimba Nilam Puri telah berlaku perebutan kuasa di antara Raja Haslie Umar dengan Raja Ahmad Kamal.Raja Ahmad Kamal adalah sepupu kepada Raja Haslie Umar.

        Raja Haslie Umar berkahwin dengan Permaisuri Atekah. Mereka dikurniakan dua orang putera dan seorang puteri. Yang tua bernama Putera Sang Amsyar, Putera Sang Aqmar dan Puteri Sang Syifa. Selama ini mereka hidup aman bahagia sekeluarga.

        "Anakanda bertiga... sebentar tadi ayahada baru saja menghantar pesanan kepada sahabat ayahanda Raja Mat Kr di Rimba Niagara untuk menumpangkan anakanda bertiga di Istana Rimba Niagara. Anakanda selamat di sana...Ayahanda dan bonda akan datang menjemput anakanda setelah negari kita aman damai...sekarang dalam kucar kacir...."

        Mereka anak beranak saling berpelukan dan tangis pilu menyelubungi Istana Rimba Nilam Puri. Permaisuri Atekah mententeramkan tangisan anakanda Puteri Sang Syifa.

        "Anakanda Puteri Sang Syifa...jangan nangis ye...nanti bonda datang..." pujuk Permaisuri Atekah sambil memeluk erat Puteri Sang Syifa dengan tangisan pilu.

        Ketika sampai di Istana Niagara...Raja Mat Kr dan Putera Sang Kuriang menyambut kedatangan keluarga angkat mereka dari Istana Nilam Puri.

        Sang Kuriang menjadi sahabat baik kepada Putera Sang Amsyar, Putera Sang Aqmar dan Puteri Sang Syifa.

        Mereka 4 sahabat diajar ilmu persilatan . Setelah enam purnama mempelajari ilmu persilatan mereka mahir dalam ilmu persilatan termasuk juga dengan Puteri Sang Syifa.

        Sedang mereka duduk berehat...tanpa diduga kedatangan ayahanda Haslie Umar dan Permaisuri Atekah ke Istana Rimba Niagara.

        Suasana sudah aman kembali. Raja Ahmad Kamal tewas dalam pertarungan dengan
        Raja Haslie Umar.

        Upacara menyambut kedatangan Raja Haslie Umar bersama Permaisuri Atekah disambut besar-besaran. Ketika itu juga diistiharkan pertunangan Puteri Sang Syifa dengan Putera Sang Kuriang.

        Genap tiga bulan mengikat tali pertunangan Puteri Sang Syifa berkawin dengan Putera Sang Kuriang. Majlis amat meriah sekali disambut dengan penuh gilang gemilang.

        Karya Ratu Rimba Niagara
        3 November 2011

        Ratu Rimba Niagara Apa pendapatmu duhai Raja Rimba Nilam Puri Raja Haslie Umar
        tentang cerita Putera Sang Kuriang (Bahagian III) ini...ok tak...

        Haslie Umar terlebih ok wahai ratu rimba semester alam....buat novel pun ok gak...

        Ratu Rimba Niagara Iye ke Raja Haslie Umar Raja Rimba Nilam Puri Yang Gagah
        Perkasa Yang Mempunyai Putera & Puteri Berjiwa Pahlawan Rakyat Rimba Nilam Puri...

        (PETIKAN NOVEL TEATER BANGSAWAN DIRAJA PUTRA SANG KURIANG)
        15 April 2013

        (PETIKAN GALERI SASTERA PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
        4 Muharram 1435H
        8 November 2013M



www

0 comments:

Post a Comment

 
;