Friday, 15 November 2013

HIKMAH DI SEBALIK TAKDIR AKU MENJADI PENULIS



HIKMAH DI SEBALIK TAKDIR AKU MENJADI PENULIS

APAPUN TERIMA KASIH ATAS PANDANGAN DAN TEGURAN TAPI CARA KAMU MENEGUR KU TAHU KAMU SEORANG YANG ARIF BERSASTRA , ' DIPENDEKKAN BIAR MENGENA DENGAN CIRI SASTRANYA. BERARTI SASTERA YANG KUTULIS TAK MENGENA CIRI SASTRANYA.
SEBELUM INI AKU DIKRITIK SEHINGGA BOLEH MEMBUATKAN AKU TIDAK AKAN MENULIS SELAMANYA. DAN AKU TELAH TERLALI DENGAN SETIAP KEJIAN YANG DIBERIKAN PADA SETIAP KARYA YANG KUTULIS.

1) MENULIS TERLALU BANYAK MACAM TAK ADA HARI ESOK
2) SUDAHLAH TERLALU BANYAK PANJANG PULAK TU MACAM ORANG KEMABUKAN ARAK
3) KARYA YANG DITULIS TIADA NILAIAN BAGAIKAN PASIR TAK BERHARGA
4) KERANA TERLALU PANJANG ELOK SAJA DIMAKAN ANAI-ANAI
5) KARYA YANG DITULIS BUKAN KARYA SENDIRI CURI DARI ORANG LAIN 'COPY PASTE'
6) JANGAN PERNAH MENGAKU PENULIS KERANA NAMAMU TIADA TERSENARAIPUN DI MALAYSIA JAUH SEKALI DI INDONESIA JAUH SEKALI DI BRUNEI JAUH SEKALI DI SINGAPURA JAUH SEKALI DI THAILAND
ORANG-ORANG DI GROUP ATAU DI MANA-MANA ALAMMAYA JANGAN TERPEDAYA DENGAN PENULISANNYA SEBAB COPY PASTE KARYA ORANG LAIN.
7) KARYA-KARYA YANG DITULIS BAGAIKAN SAMPAH MENGGANGGU WALL ORANG LAIN MAKANYA ELOK DIREMOVEKAN DARI GROUP KERANA MEMBAWA VAIRUS PERPECAHAN KEPADA AHLI-AHLI LAIN.

BANYAK GROUP YANG MEREMOVEKAN AKU DAN AKU MENARIK DIRI GARA-GARA KOMENTAR YANG MEMATIKAN URAT SARAFKU UNTUK BERSASTERA. PERNAH AKU MENANGIS TIGA HARI TIGA MALAM KECEWA SANGAT-SANGAT APABILA AKU DIHINA DIKUTUK SENGAJA DIMALUKAN PADA SEMUA AHLI GROUP .

ALLAH MEMUJUKKU
AKU TENANG SEMULA
DAN AKU BERAZAM AKAN TERUS MENULIS DAN MENULIS
BIARPUN DIHUJAT DIGUNJING DIHINA DIKUTUK SEHINGGA TERDUDUK
AKU SUDAH TAK KISAH
ASALKAN AKU SUKA DENGAN DUNIA SASTERAKU
ASALKAN TUHAN REDHA DENGAN PENULISANKU
ASALKAN AKU TULIS TIDAK MEMBUAT ONAR
MENFITNAH MENYAKITKAN HATI ORANG
AKU HANYA MAHU TULIS YANG BAIK-BAIK SAJA
PILIHAN ADA DI TANGANKU
OTAK ADA BOLEH BERFIKIR
MAHU TULIS YANG BAIK KE
ATAU YANG TAK BAIK
JIKA DITULIS YANG BAIK ITU DARI TUHAN MESTI TULIS
JIKA TAK BAIK DARI DIRI SENDIRI FIKIR SEBELUM TULIS

BETAPA PENTINGNYA SASTERAKU
SEBAB ITU AKU PASTIKAN RAKAN FBKU
YANG AKTIF BERKOMUNIKASI DENGAN KARYAKU
INI LIKE PUN TIDAK KOMENTAR PUN TIDAK
JAUH SEKALI HENDAK MEREALITIKAN SASTERAKU MENJADI KENYATAAN
LEBIH BAIKLAH AKU CARI RAKAN FBKU YANG SEJUJURNYA MAHU
MENDUKUNG/MENYOKONG CITA-CITA SASTERAKU MENJADI KENYATAAN...

LAMAN FBKU ADALAH MEDAN JUANGKU BERSASTRA
DI GROUP AKU DIJEMPUT MENJADI AHLI GROUP TANPA IZINKU
KERANA AKU DIJEMPUT RUGI JIKA TIDAK SIARKAN KARYAKU
SETAKAT AKU DIREMOVEKAN DARI GROUP OLEH ADMIN DAN AHLINYA
SUDAH MENJADI PERKARA BIASA BAGIKU
JIKA DULU AKU BERSEDIH
SEKARANG TIDAK LAGI
AKU DIREMOVE
AKU MEREMOVE
SUDAH TIADA JADI MASALAH LAGI BAGIKU
KERANA AKU MENULIS BUKAN KERANA MANUSIA
JIKA KERANA MANUSIA PASTI AKU TIDAK SIARKAN KARYAKU SECARA PERCUMA
LEBIH BAIK AKU SIMPAN CARI PENERBIT
BOLEH DAPAT DUIT BOLEH JADI KAYA RAYA
SEKARANG INI HENDAK TERUSKAN PERJUANGAN PUN DALAM SERBA KESULITAN DAN KEPAYAHAN
TAPI AKU TERUSKAN JUGA DENGAN SABAR
ANDAI ADA YANG BERMINAT DENGAN KARYAKU UNTUK KOLEKSI SENDIRI
TAK APA AKU IZINKAN JIKA MAHU JADIKAN PERNIAGAAN KENALAH
MINTA IZIN DARIKU DULU KEUNTUNGAN BOLEH DIFIKIRKAN BERSAMA-SAMA
UNTUNG SAMA UNTUNG
UNTUNG DUNIA AKHIRAT
ITULAH HIKMAH DI SEBALIK TAKDIR AKU MENJADI SEORANG PENULIS
MOGA ALLAH TERIMA SEGALA APA YANG KUTULIS AAMIIN.

KARYA RATU RIMBA NIAGARA
12 Muharram 1435H
16 November 2013M
·
Like ·  ·  · Unfollow Post



(PETIKAN PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
12 Muharram 1435H
16 November 2013M

0 comments:

Post a Comment

 
;