BINTANG SASTRA PELANGI KASIH ANAK BANGSA IBU PERTIWI NUSANTARA
Wiraku di mana kamu
kamu bilang mahu petikkan bintang untukku
agar aku bisa senyum sampai ke bulan
kau mahu aku senyum
kau mahu aku bahagia
semangatku mula membara
dalam degupan cinta anak bangsa
ibu pertiwimu ibu pertiwiku
"Duhai ratu pujangga cinta 5 benua
teruslah berkarya...berkaryalah selagi dayamu
aku adalah pendukungmu nan setia
karya sastramu kan ku sebarluaskan di serata benua
biar mereka tahu kaulah pujangga anak bangsa
ibu pertiwi di 5 benua...teruslah berkarya...
kan kucoba memetik bintang untukmu
walaupun nyawaku jadi taruhan...
perjuanganmu adalah perjuangan anak bangsa
ibu pertiwi nusantara
aku dan para kesatria rimba niagara
telah bersumpah akan mendukung dan menjayakan
cita-cita sastra anak bangsa yang kau dambakan dan perjuangkan menjadi realiti itu sumpah kami pada Tuhan
jua pada anak bangsa ibu pertiwi nusantara
selagi tidak berjaya kami tidak akan pulang
dari medan juang sastra anak bangsa ibu pertiwi nusantara itu janji kami
janji sudah diikrarkan menjadi sumpah
andai kata kami melanggar sumpah
rela kami mati!
kami kesatria bila berkata bukan ikut hati
kami berkata mengikut mata hati selari dengan iman
sekali kami melangkah di medan juang
kami tidak akan berundur
kami akan perjuangkan hingga ke tetesan darah terakhir
makanya jangan ratu pujangga bimbang akan kesetiaan kami teruslah berkarya...teruslah bersastra anak bangsa ibu pertiwi nusantara
sastra ratu rimba adalah sumber kekuatan kami kesatria
berjuang terus berjuang... berjuang sampai berjaya
andai kami gugur di medan juang
redhokan pemergiaan kami
dan maafkan kami
kami udah usahakan selagi mampu
untuk memetik bintang sastra untukmu ratuku
KUASA TUHAN MENGATASI SEGALA-NYA
bersiap sedialah untuk kau redho pemergiaanku nanti"
Wiraku di mana kamu menghilang
aku menunggumu penuh sabar
aku kini tiada teman seperjuangan
untuk setia meniupkan semangat
membaraku terus berkarya sastra
anak bangsa ibu pertiwi nusantara
aku resah gelisah tanpamu
kembalilah untuk meniupkan keazamanku bersastra
ceria berpelangi kasih cinta abadi anak bangsa ibu pertiwi nusantara
masih ingatkah janjimu wiraku?
kau mahu petikkan bintang
kau mahu hiaskan pelangi kasih
mengelilingi bintang yang telah berjaya kau petik itu
biar bintang pelangi kasih
sentiasa menjadi kenangan abadi
andainya kita telah tiada di dunia ini
agar anak bangsa ibu pertiwi nusantara
sentiasa mencintai dan menghargai ibu pertiwi nusantara
sebagaimana kita kasih dan sayang kepada ibu pertiwi nusantara
SUBHANALLAH mulianya cita-citamu Kesatria Sastra diRaja Nusantaraku moga di mana pun kamu dan rakan-rakan kesatriamu berada di saat ini
aku doakan kau selamat dan bahagia dengan Dilimpahi Rahmat Kasih Ilahi
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin
Wiraku di mana kamu...
adakah kamu sedang berjuang atau kamu telah gugur di medan juang
andai kamu sedang berjuang untuk memetik bintang sastra pelangi kasih aku doakan moga kamu tabah dan sabar
andainya kamu gugur di medan juang
SUBHANALLAH ALLAHU AKBAR
berilah aku ketabahan berjuang tanpa kesatria sastraku
masukkanlah semua kesatria sastra anak bangsa ibu pertiwi nusantara ke dalam Syurga-Mu sebagai balasan pejuang Fisabilillah
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.
Karya Ratu Rimba Niagara
19 Zulkaedah 1434H
25 September 2013M
(PUISI INI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK KESATRIA SASTRA DIRAJA NUSANTARA RIMBA NIAGARA PANGLIMA SASTRA DIRAJA NUSANTARA DAN RAKAN-RAKAN PANGLIMA KESATRIANYA YANG LAIN, RATU RIMBA NIAGARA AMAT MENGHARGAI DAN SANJUNGI JASA BAKTI PANGLIMA SASTRA ANAK BANGSA IBU PERTIWI NUSANTARA SEMUA MOGA ALLAH SWT MEMBALAS KEBAIKAN KALIAN DENGAN SYURGA AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN)
(PETIKAN GALERI KESATRIA DIRAJA NUSANTARA PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
10 Muharram 1435H
14 November 2013M
(SALAM KEMAAFAN SALAM 10 MUHARRAM 1435H UNTUK SEMUA YANG SUDI MEMBERI SOKONGAN PERJUANGAN SASTRA RATU RIMBA NIAGARA)
10 Muharram 1435H
14 November 2013M.
0 comments:
Post a Comment