Saturday, 16 November 2013

PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU


PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU

SEJAK AZALI SERASI BERSAMA SEHINGGA KE SYURGAWI


TEMAN ALAMMAYAKU...
KITA TIDAK PERNAH MENGENAL
KERANA KAU HARGAI SASTERAKU
KITA SALING MENGENAL
ENGKAU KENAL AKU
AKU KENAL ENGKAU
KAU SAPA SASTERAKU
PASTI AKU CERIA
KAU DAN SASTERAKU
SALING BERKOMUNIKASI
SEBARIS AYAT KAU SAPA
BERBARIS-BARIS ILHAM DATANG
SASTERAKU PUISIKU
ILHAM PUN
BERTAMBAH-TAMBAH BERCAMBAH-CAMBAH
DAUNAN-DAUNAN KERING SASTERA
TERUS MENGHIJAU
BERTUNAS-TUNAS
BERBUNGA-BUNGA
BERBUAH-BUAH
MELEBAT BUAH SASTERA
SEHINGGA MENCECAH BUMI
POHONAN SASTERAKU
BERDAUN LEBAT
BERBUNGA LEBAT
BERBUAH LEBAT
SEHINGGA MENCECAH BUMI
LALU DIPETIK PENGHUNI BUMI
BILA SEORANG MEMETIK
BUAH PEPOHON SASTERAKU
LAGI BERBUAH TIDAK BERKURANGAN SEDIKITPUN
SUDAHLAH BERBUAH LEBAT
BERBUAH SEPANJANG MUSIM
BIARPUN YANG MENANAM YANG MEMBAJAI  YANG MENYIRAMI
TELAH  TIADA DI DUNIA INI
PEPOHON SASTERA TETAP HIDUP TERUS MERIMBUN
MALAH BERANAK PINAK DI SERATA BUMI
SELURUH PENGHUNI BUMI BOLEH MENIKMATI
BUAH PEPOHON SASTERA
LEBIH MENGAGUMKAN
AKAR PEPOHON SASTERA
MENJALAR KE TUJUH PETALA BUMI
MENJALAR KE TUJUH PETALA LANGIT
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
PENGHUNI BUMI MENIKMATI DALAM IMAN
PENGHUNI ROH MENSYUKURI DALAM KERAHMATAN-NYA
BENARLAH RAHMAT KASIH ALLAH TIADA BATAS TIADA PENGHUJUNG

ALLAHU AKBAR
INDAHNYA PEPOHON SASTERAKU
INILAH PEPOHON SASTERA YANG AKU DAMBAKAN
YANG SELALU ADA DALAM IMAGINASIKU
DALAM ANGANKU DALAM MIMPIKU
MAKANYA AKU USAHA SELAGI DAYA SEIKHLAS HATI
AKU DIUJI DI SETIAP PENJURU
DIHINA DIKUTUK DIJELEK
AKU SUDAH TERLALI
TAPI TAK AKAN KUBIARKAN
ADA YANG CUBA MENCANTAS
PEPOHON SASTERAKU
SEKALIPUN NYAWAKU JADI TARUHAN
SEBELUM DIA MENCANTAS AKU AKAN MENCANTASNYA DULU
JIKA AKU TIDAK MENCANTAS KERANA AKU TIDAK TAHU RAHSIA HATINYA
AKU PASTI ALLAH SWT MELINDUNGI AKU
KERANA DIA BERSAMA-SAMA DENGAN HAMBA-NYA YANG MAHU MENUJU
KE JALAN JALAN CINTA-NYA
BERJALAN AKU MENUJU-NYA
BERLARI DIA KE AKU
SEDETIK AKU MENGINGATI-NYA
DIA LEBIH DEKAT DARI APA YANG AKU FIKIRKAN
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
MAKA AKU TIDAK PERLU BIMBANG
ALLAH SENTIASA BERSAMAKU

ALLAHU AKBAR
BARU AKU TAHU
KENAPA KETIKA AKU MENANAM PEPOHON SASTERA
AKU TERUS DIUJI DAN DIUJI
KERANA SEJUJURNYA AKU TIDAK MAMPU MEMBIAYAI
PEPOHON SASTERA
SEMUANYA PERLUKAN PEMBIAYAAN
AKU BUKANNYA ADA SUMBER PENDAPATAN
KERANA AKU BEKERJA BUKAN DIBAYAR GAJI
UNTUK MENDAPATKAN PEMBIAYAAN
SAMALAH AKU MENGGONCANG POKOK YANG
TAK BERDAUN TAK BERBUAH
TAPI AKU GEGARKAN JUGA POHON ITU
KERANA AKU PASTI AKAN ADA REZEKI UNTUKKU
JIKA AKU YAKIN
DENGAN KEKUASAAN-NYA
POHON ITU GUGURKAN BUAH
BUAH YANG GUGUR ITULAH KUKUTIP
BEGITULAH KEYAKINKU KEPADA REZEKI DARI ALLAH
BIARPUN NAMPAK TAK LOJIK
TAPI JIKA ALLAH KATA LOJIK
YANG TAK LOJIK BISA JADI LOJIK
AKU AMAT YAKIN DENGAN KEKUASAAN ALLAH
MENGATASI SEGALA YANG ADA DI LANGIT DAN DI BUMI

ALLAHU AKBAR
SEBAB ITU
SETIAP RAKAN FBKU
AMAT BERMAKNA BAGIKU
MEREKALAH PERMATA SYURGA
KIRIMAN ALLAH UNTUKKU SYUKURI
MEREKALAH YANG AKAN BERSAMAKU
BEKERJASAMAKU SEIKHLAS HATI
MEREALITIKAN CITA-CITA PEPOHON SASTERAKU
ANDAI DIA TIADA NIAT SEBESAR ZARAHPUN UNTUK
MENJAYAKAN MISI DAN VISI CITA-CITA SASTERAKU
WUJUD MACAM TAK WUJUD
MENGANGGAP CITA CITA SASTERAKU
CUMALAH DONGENGAN YANG TIDAK AKAN JADI NYATA
TIDAK PERCAYA AKAN TAKDIR ALLAH MENDAHULUI PENGETAHUAN HAMBA-NYA
MOGA DIJAUHKAN AKU RAKAN ALAMMAYA SEPERTI ITU
MOGA ALLAH KETEMUKAN RAKAN ALAMMAYA
YANG FAHAM ERTI QADA DAN QADAR
MENGAPA ALLAH BUKAKAN HATINYA MENJADI RAKAN ALAMMAYAKU
BUKANLAH HANYA SEKADAR WUJUD TAPI TAK WUJUD
MEMBERI SEDIKIT IDEA PUN TIDAK LIKE PUN TIDAK
SEDANGKAN JIKA DIA LIKE DAN DIBERIKAN SEDIKIT IDEA
TIDAK RUGI PUN
JIKA LIKE , KOMENTAR PUN PELIT BIN BAKHIL
APA LAGI MAHU MENGELUARKAN DANA BAGI MEMBIAYAI
PEPOHON SASTERAKU
PERNAH AKU TERDESAK
UNTUK MENYELAMATKAN PEPOHON SASTERAKU
MATI KERANA TIADA PEMBIAYAAN
AKU TERLALU TERDESAK TIKA ITU
SELAMA INI JIKA TERDESAK
ADA HARTA BERHARGA KUCAGARKAN
ITULAH YANG MENYELAMATKAN PEPOHON SASTERAKU
MAKANYA KERANA SUDAH TIADA
AKU BERANIKAN UNTUK MEMOHON BANTUAN DARI
RAKAN ALAMMAYAKU
YANG AKU YAKIN DIA BISA MEMBANTU
SEJUTA ALASAN YANG DIBERIKAN
KERANA AKU TIDAK MAHU MENYUSAHKAN MEREKA
AKU REMOVEKAN MEREKA
KERANA AKU TIDAK MAHU MENYUSAHKAN MEREKA
PASTI MEREKA BILANG PADAKU
'MENGAMBIL KESEMPATAN DALAM KESEMPITAN'
MOGA ALLAH JAUHKAN AKU BERTEMU DAN BERKAWAN
MEREKA YANG PELIT  BIN BAKHIL
BIARLAH MEREKA YANG PELIT BIN BAKHIL
BERKAWAN DENGAN SEKUFU DENGANNYA
SAMA-SAMA PELIT LIKE
SAMA-SAMA PELIT KOMENTAR
SAMA-SAMA PELIT HARTA
PASTI MEREKA BAHAGIA DAN TENANG MENENANGKAN
BERKAWAN SERASI BERSAMA
TIADA YANG MENGANGGU KETENANGAN MEREKA
AKU TAK AKAN MENANTI DAN TERNANTI-NANTI
KERANA AKU TAK PASTI MEREKA AKAN BERUBAH
UNTUK MENJADI SEORANG YANG PEMURAH
KERANA SIFAT PEMURAH ITU HANYA ALLAH SAHAJA
YANG DAPAT MEMBERIKAN HIDAYAH-NYA
AKU TIDAK MAHU LAGI MENJADI SI PUNGGUK
MERAYU-RAYU HINGGA TIDAK BERSUARA
DENGAN HANYA MEMINTA SIMPATI DARI SEORANG KAWAN ALAMMAYA
'DUHAI KAWAN ALAMMAYAKU TOLONGLAH AKU
AKU TIDAK BERDAYA KINI
LIKE LAH  KARYAKU
KOMENTARLAH KARYAKU
TOLONG BIAYAI KARYAKU
TOLONGLAH!TOLONGLAH !TOLONGLAH!'
BIARPUN BERJUTA KALI TETAP KAU SEPIKAN
KAU PERSENDAKAN
ADAKAH ITU KAWAN SETIAKAWAN
FAHAM BUAT BUAT TAK FAHAM
TEGA MEMBIARKAN AKU MENJADI SI PUNGGUK
YANG MALANG MENGHARAP KAWAN SETIAKAWAN
TAPI ITU CUMALAH MIMPI YANG MENGHAMPAKAN
MAKANYA DENGAN BELAS KASIHANMU
TINGGALKANLAH AKU
AKU TAK TEGA KAU SEKSA AKU BEGINI
AKU RELAKAN PERPISAHAN INI
KERANA JIWAKU HANYA HIDUP PADA KAWAN SETIAKAWAN
BUKAN KAWAN YANG MEMBUAT AKU TERSEKSA
SAMPAI AKHIR HAYATKU
AKU MERAYU PADAMU
TINGGALKAN AKU
ANDAI TIADA SEBESAR ZARAHPUN
KAMU MAHU MENJADI KAWAN SETIAKAWANKU
SELEPAS RAYUAN TERAKHRIKU INI
KAMU MASIH LAGI MEMBISU SERIBU BAHASA
TANPA ADA RESPON APA-APA
TAHULAH AKU KAMU BENAR-BENAR KAWAN
ALAMMAYA YANG BUKAN AKU HARAPKAN..
MAKANYA SUDILAH MAAFKAN AKU ANDAINYA
SASTERAKU TIADA LAGI WUJUD DI SKRINMU...
APAPUN AKU TETAP DOAKAN
AGAR KAMU SUKSES
APA YANG KAMU PERJUANGKAN DALAM HIDUP
YANG SINGKAT INI
DI DUNIA KITA TIDAK DITAKDIRKAN MENJADI KAWAN SETIA KAWAN
DI SYURGA KAULAH SAHABATKU YANG TIDAK AKAN LAGI MEMBUATKU
TERSEKSA DISEPIKAN KAMU ...DI SYURGA KITA SALING MEMBAHAGIAKAN
SALAM DIJAWAB SALAM SENYUM DIBALAS SENYUM SEMUANYA SALING  MENSEJAHTERAKAN ALLAHU AKBAR BAHAGIA ABADI DI KALA ITU
LEBIH MEMBAHAGIAKAN DI KALA KITA BERSAMA RASULULLAH MENATAP WAJAH
ALLAH AZZAWAJALLAH DI SYURGAWI SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR INDAH-NYA DI KALA ITU MOGA ALLAH MAKBULKAN PERTEMUAN KITA DI SYURGAWI  MENYAKSIKAN BERSAMA CINTA KITA BERPADU BERSAMA CINTA ALLAH TUHAN SEMESTA ALAM ALLAHU AKBAR

ALLAHU AKBAR
KERANA KETERUJAAN AKU MENCAPAI CINTA ALLAH DAN RASULULLAH
MAKANYA AKU CUMA DAMBAKAN RAKAN ALAMMAYAKU
YANG KUIBARATKAN INDAHNYA PERSAHABATANKU DENGANNYA
DIA ADALAH PERMATA SYURGAKU KURNIAAN ILAHI
INDAHNYA PERSAHABATANKU DENGANNYA SEPERTI INDAHNYA
PELANGI DI MALAM HARI
DIALAH YANG DITAKDIRKAN UNTUK AKU IMANI
BAHAWA DIA ADALAH TEMAN DUNIA AKHIRATKU
SEJAK AZALI LAGI SERASI BERSAMA SEHINGGA KE SYURGAWI
AAMIIN AAMIIN AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN


KARYA RATU RIMBA NIAGARA
13 Muharram 1435H
17 November 2013M
 



0 comments:

Post a Comment

 
;