Saturday, 23 November 2013

TEATER BANGSAWAN DIRAJA,'PARLIMEN BELIA MALAYSIA' Karya Ratu Rimba Niagara, YAB Dato' Seri Najib Razak & YB Dato' Seri Hishammuddin Hussein (Part 1)


TEATER BANGSAWAN DIRAJA,'PARLIMEN BELIA MALAYSIA'  Karya Ratu Rimba Niagara, YAB Dato' Seri Najib Razak & YB Dato' Seri Hishammuddin Hussein (Part 1)


    • Kerajaan sentiasa menghargai pandangan dan suara generasi muda. Saya percaya, platform yang disediakan dalam Parlimen Belia Malaysia bakal mengenengahkan pendapat anak-anak muda dalam pelbagai aspek pembangunan negara. Sertai Parlimen Belia hari ini.


  • PARLIMEN BELIA MALAYSIA,' MERDEKALAH NEGARAKU YANG TERCINTA!'

    kenapa
    salah siapa
    adakah salah sistem pendidikan negara
    salah ibubapa 
    menghasilkan belia tidak tahu bahasa
    berkata sesuka kata 
    hina menghina
    kutuk mengutuk
    sesama sendiri
    yang lebih malang sekali
    dengan orang tua 
    pemimpin negara
    yang banyak berjasa pada negara
    dikutuk juga
    kutuk sampai terduduk
    sampai terlentang tak boleh bangun KO
    pemimpin diam aje
    biarkan saja dikutuk dihina 
    tanpa menyekat suara-suara
    belia yang memprotes mereka
    terang terang belia alammaya
    sudah kurang ajar 
    tiada adap
    lagi banyak ilmu lagi tiada adap
    adakah Internet mengajar mereka tiada adap
    adakah Internet mengajar mereka kurang ajar
    adakah Internet mengajar mereka menjadi pertualang bangsa
    mahu musnahkah negara 
    mengatakan negara mesti diambil alih kuasa 
    belia yang kurang ajar seperti mereka juga 
    bayangkanlah negara ini
    dijajah oleh belia kurang ajar kurang adap
    pasti dan pasti Malaysia jadi seperti Syria
    keganasan dan peperangan
    akhirnya kehancuran...
    adakah ini yang Malaysia mahukan?
    andainya Malaysia masih lagi tidak bertindak kepada
    belia-belia yang kurang ajar 
    kerana Internet yang mengajar mereka kurang ajar
    tunggu-tunggulah Malaysia ini 
    tunggu zaman kemusnahan politik
    PRU ke-14 dijajah oleh belia kurang ajar
    kerana tidak menjadi mustahil mereka akan menang
    kerana pengaruh IT dikuasai oleh belia
    jika belia IT ini tidak diperbetulkan adap mereka
    pada yang tua dihormati 
    yang muda disayangi
    belia akan tua juga
    yang tua akan mati
    belia IT yang dah tua
    diperintah oleh semua belia yang kurang ajar
    bahasa-bahasa yang tiada adap
    sudah menjadi subjek pelajaran
    kerana guru-gurunya 
    guru belia IT menajdi guru mereka
    keganasan berada di mana-mana
    bahasa melayu bahasa kurang ajar
    bahasa cina bahasa tiada adap
    bahasa tamail bahasa pergaduhan
    semuanya kurang ajar kurang adap
    di Parlimen lagi tiada adap
    kerana pemimpin belia tua 
    yang belum mati masih dicalunkan 
    menjadi menteri belia kurang ajar
    suasana parlimen bukan tempat untuk 
    membela rakyat
    tapi tempat bergaduhan sesama sendiiri
    itu kata ini betul
    itu kata itu salah
    semuanya dia yang betul
    menteri ini sampuk 
    menteri ini menjawab
    jawab menjawab
    melenting-lenting
    sehingga baling kerusi
    tumbuk menumbuk
    hancur parlimen
    gara-gara diwarisi
    belia kurang ajar...
    menteri-menteri yang sudah mati dalam kubur
    jawablah soalan di kubur
    kenapa masa hidup tidak tinggalkan generasi
    yang beradap sepertimana 
    termaktub dalam RUKUN NEGARA
    adakah Rukun Negara itu
    saja saja tanpa dibuktikan?
    makanya sebelum terlambat bertindaklah jemaah menteriku
    buktikan transformasi yang hendak dilakukan
    jangan cakap je...
    cakap tak serupa bikin
    jika takut bertindak 
    lebih baik jemaah menteri semuanya letak jawatan
    sebab kami rakyat Malaysia 
    tidak rela negara Malaysia ini
    hancur dimusnahkan oleh
    BELIA IT KURANG AJAR TAK BERADAP
    JANGAN BIARKAN TRANSFORMASI JADI BASI
    CUMA IMPIAN BUKAN REALITI

    Pemimpin yang telah dipilih rakyat
    jalankan tanggungjawab
    agar rakyat tak memberontak
    jangan ikut otak sendiri
    sudah menang semua nak 
    dinaikkan itulah inilah
    peliknya masa dekat pilihanraya tidak pula
    naikkan harga barang 
    bila sudah menang 
    lain pula cerita
    jangan biarkan rakyat hidup makin susah 
    hidup asyik tertekan saja
    dengan bebanan hidup yang tak terbeban lagi
    jangan biarkan yang kaya bertambah kaya
    jangan biarkan yang miskin jadi papa kedana
    betulkan pemikiran semua rakyat Malaysia
    yang sudah kaya raya bergelar jutawan
    bantu yang miskin papa kedana
    kurang sikit bebanan kerajaan
    jika semua rakyat yang senang lenang
    bantu yang susah
    kerjasama kerajaan dengan rakyat yang senang dan rakyat yang susah mampu mengatasi masalah yang berat apapun
    jadikan KERJASAMA SEMUT SEBAGAI IDOLA PERJUANGAN
    pasti semuanya memahami betapa pentingnya semua rakyat Malaysia bertolak ansur dan saling faham memahami
    MALAYSIAKU AMAN
    MALAYSIAKU DAMAI
    MALAYSIAKU CEMERLANG
    MALAYSIAKU NEGARA PENYAYANG
    MALAYSIAKU CEMERLANG GEMILANG TERBILANG
    RAKYAT DAN PEMIMPINNYA
    SATU HATI 
    SATU JIWA
    SALING MENGHORMATI
    MAKANYA PARLIMEN BELIA MALAYSIA
    DISOKONG 100%
    AGAR MALAYSIAKU MERDEKA 
    SEJAK ZAMAN BERZAMAN 
    DIWARISI ANAK CUCU
    PENUH SYUKUR DALAM NIKMAT KEMERDEKAAN
    MERDEKA MERDEKA MERDEKA 
    MERDEKALAH NEGARAKU YANG TERCINTA
    SELAGI HAYAT DI KANDUNG BADAN KAU KU CINTA

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
    MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
    19 Muharram 1435H
    23 November 2013M
  • Ratu Rimba Niagara TRANSFORMASI PLKN

    Hishammuddin Hussein Baru selesai mendengar perancangan transformasi PLKN bersama Pengerusi MLKN, Datuk @NoorEhsanuddin & @datoabdulhadi di Putrajaya

    PANTUN MENGHAYATI RUKUN NEGARA

    1) KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

    Semua benda ada penciptanya,
    Tuhanku Pencipta Semesta Alam;
    Apa dicipta penuh bijaksana,
    Demi kebaikan seisi alam.

    2) KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

    i) Ampun tuanku beribu ampun,
    khilaf patik harap diampun;
    Di setiap karya patik nyatakan,
    Rakyat kasihi tuanku sampai bila-bila pun.

    ii) Kucinta negaraku sepenuh hati,
    Rela berkorban nyawa demi negaraku;
    Pemimpin dan rakyat bersatu hati,
    1Malaysia sayangkan negaraku.

    3) KELUHURAN PERLEMBAGAAN

    Di parlimen tempat besidang,
    Para pemimpin pilihan rakyat;
    Masalah rakyat dan negara semua dicadang,
    Diselesaikan masalah selari kehendak rakyat.

    4) KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

    Negara aman ketangkasan polis bertindak,
    Menggadai nyawa membanteras jenayah;
    PDRM & ATM berjiwa patriotik,
    Apabila berjuang tidak pernah mengalah.

    5) KESOPANAN DAN KESUSILAAN

    i) Apabila bicara tentang Ketuhanan,
    Jiwa tenang setenang air di kali ;
    Seruan yang indah kata yang santun,
    Pasti membaca berulang kali.

    ii) 1Malaysia idea Perdana Menteri,
    Galakkan rakyat bersatu padu;
    Pelbagai kaum hormat menghormati,
    Agar negara terus di mercu.

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    16 April 2013

    (PETIKAN WALL MENTERI PERTAHANAN MALAYSIA & GALERI KESATRIA SASTERA DIRAJA NUSANTARA PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
    MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
    17 Muharram 1435H
    21 November 2013M
  • Ratu Rimba Niagara PANTUN PLKN GENERASI PATRIOTIK

    Generasi patriotik impian kerajaan,
    Lalu tercetuslah program khidmat Negara;
    Program khidmat Negara adalah satu perjuangan,
    Mempertahankan Negara bersemangat membara.

    Program PLKN amat berfaedah lagi menyeronokkan,
    Tiada sifat penderaan ataupun hukuman;
    Proses pembelajaran tidak membosankan,
    Apabila tamat menjadi kenang- kenangan.

    Menyemarakkan semangat patriotisme objektif PLKN,
    Generasi muda biar cergas penuh keyakinan;
    Menempuh cabaran dengan kebijaksanaan,
    Agar generasi terdidik semangat patriotik dan kesukarelaan.

    Setiap aktiviti dijalankan penuh muhibbah,
    Hormat menghormati walaupun pelbagai kaum;
    Memegang senjata tidak menggelabah,
    Dilakukan dengan bangga dan kagum.

    Setiap pelatih diajar semangat waja,
    Berdisplin dan berkeyakinan tinggi;
    Budaya bekerjasama terpupuk di kalangan remaja,
    Tercapailah sudah motif memupuk nilai-nilai murni.

    PLKN memupuk perpaduan kaum,
    Integrasi nasional menjadi fokus;
    Agar tiada berlaku perselisihan kaum,
    Sememangnya berpadu dalam suasana harmonis.

    Dilaksanakan PLKN ala Malaysia,
    Bermatlamat mencapai keperluan Negara;
    Segala ilmu dituntut tidak menjadi sia,
    Disemai dan diamalkan bersemangat membara.

    Bukan mudah mengajar erti perjuangan,
    Perjuangan membela dan mencintai Negara;
    Asalkan terpupuk semangat pejuang berpanjangan,
    Sanggup pertaruhkan nyawa demi kerana cintakan Negara.

    Guru mengajar penuh minat dalam kesabaran,
    Asalkan peserta PLKN mendapat ilmu yang ditimba;
    Antara guru dan pelatih saling sefahaman,
    Barulah peserta menimba ilmu berlumba-lumba.

    Modul fizikal memberi kemahiran dan ketahanan mental,
    Serta ketahanan emosi spiritual dan fizikal;
    Memupuk perpaduan wira-wirawati bersemangat kental,
    Pasti PLKN terus menjadi terkenal.

    Para pelatih diajar bekerja dalam satu pasukan,
    Berkemahuan dan bersemangat setiakawan;
    Sentiasa ingin menabur jasa dalam kesukarelaan,
    Hanya semata kerana rakyat dan Negara diutamakan.

    Peserta digalakkan berpewatakkan positif,
    Menerapkan nilai-nilai kepimpinan di jiwa peserta;
    Semasa berkawad sentiasa aktif,
    Berdisplin sentiasa setiap peserta.

    Jiwa kepimpinan dicerna begitu terperinci,
    Membuat keputusan penuh yakin;
    Penerokaan diri untuk mengenal pasti diri sendiri,
    Agar nilai-nilai murni dapat diterapkan.

    Perhubungan individu didalam kumpulan,
    Bekerjasama berkumpulan diutamakan;
    Kecekapan cara bertindak diserlahkan,
    Agar mengatasi masalah dalam kumpulan.

    Modul khidmat komuniti diajarkan,
    Bertujuan menyemai semangat kesukarelaan;
    Kepada alam sekitar masyarakat dan kejiranan,
    Agar terbentuk komuniti yang dibanggakan.

    Modul kenegaraan diajarkan juga,
    Agar terpupuk semangat patriotik dan cintakan Negara,
    Mengenal Negara dan mempertahankannya,
    Biarpun pertaruhkan nyawa demi Negara tercinta.

    Apabila datang ancaman dari dalam dan luar Negara,
    Akan dipertahankan di segenap penjuru;
    Sentiasa bersiap sedia membela Negara,
    Rela bermandikan darah dihujani peluru.

    Sayangkan rakyat jua sayangkan Negara,
    Demi pewaris yang bakal ditinggalkan;
    Semangatmu sentiasa membara-bara,
    Jika kau tiada jasamu sentiasa dikenang-kenangkan.

    Selamat berjuang wira-wirawatiku,
    Moga semangat keperwiraanmu tak pernah jemu;
    Mengalah dan berundur tak pernah bertamu,
    Jasamu mewangi meresap ke jantung hatiku.

    Karya: Ratu Rimba Niagara
    30 Mei 2011

    PETIKAN GALERI KESATRIA SASTERA DIRAJA NUSANTARA PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
    MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
    16 Muharram 1435H
    20 November 2013M
  • Ratu Rimba Niagara SYAIR 1MALAYSIA SAYANGKAN NEGARA

    Tersebutlah kisah sebuah negara,
    Malaysia digelar diberi nama;
    Perdana Menteri bekerja bersama-sama,
    Agar Malaysia jadi ternama.

    Satu Malaysia ilham Perdana Menteri,
    Galakkan rakyat bersatu hati;
    Demi kerana negara dicintai,
    Moga hidupmu terus diberkati.

    PM mengajak rakyat bersatu,
    Pelbagai kaum bersatu padu;
    Memupuk minda generasi baru,
    Demi kerana Malaysia yang satu.

    PM bekerja tak kira masa,
    Pentingkan rakyat dari segala;
    Kerahkan menteri beri kerjasama,
    Asalkan rakyat hidup bahagia.

    PM dan menteri kerja bersungguh,
    Demi rakyat negara teguh;
    Petah bicara bila berhujah,
    Agar rakyat dapat berteduh.

    PM kita pencetus revolusi,
    Galakkan rakyat berkreativiti;
    Minda penuh daya imaginasi,
    Lahirkan produk berinovasi tinggi.

    Menteri kabinet beri perhatian,
    Ikut arahan dalam panduan;
    Ada kuasa jangan disia-siakan,
    Hilang kuasa dalam penyesalan.

    Apalah ada pada kuasa,
    Salah guna bawa binasa;
    Jalankan tugas hati yang waja,
    Hidupmu pasti rasa bahagia.

    Rakyat perlu pemimpin berjasa,
    Menabur jasa sudahlah biasa;
    Ramah tamah tak gila kuasa,
    Moga hidupmu aman sejahtera.

    Melayu Cina India janganlah iri,
    Segala usaha tidak menjadi;
    Bila bersatu wajah berseri,
    Pelbagai bangsa jadi menteri.

    Sabah Sarawak tidak dilupakan,
    Sama rata diberi peruntukan;
    Justeru itu kekalkan perpaduan,
    Pasti hidup dalam kesejahteraan.

    Mari semua hidup berdamai,
    Fikirkan negara amanlah damai;
    Indah sungguh hidup yang permai,
    Segala budi sama disemai.

    Kementerian Pelajaran iktirafkan guru,
    Guru berkualiti amat diseru;
    Biar murid berminda baru,
    Demi kerana Malaysia yang satu.

    Ilmu itu pelita hati,
    Hati gelap akan diterangi;
    Bila gagal cubalah lagi,
    Kejayaan cemerlang sedia menanti.

    Penjawat awam ubahlah minda,
    Jadikan minda kelas pertama;
    Seiring dengan kehendak arus perdana,
    Kerajaan dan rakyat pasti berjaya.

    Majikan perlukan pekerja ikhlas,
    Sungguh-sungguh melakukan tugas;
    Janganlah ada bersikap malas,
    Majikan pun tidak akan bertegas.

    Usahawan cemerlang negara terbilang,
    Azam bersungguh tak pernah hilang;
    Usahakan hati terang benderang,
    Barulah usaha jadi terbilang.

    Budi bahasa budaya kita,
    Adab sopan apabila bicara;
    Bila begitu ramai yang suka,
    Hidup pasti lebih ceria.

    Sifat jujur haruslah ada,
    Ke mana pergi senanglah rasa;
    Takkan ada rasa kecewa,
    Hati pun bersih hasad pun tiada.

    Bertuahnya hidup di bumi Malaysia,
    Berkat kepimpinan yang bijaksana;
    Di bawah pemerintahan Agong adil dan saksama,
    Rakyatnya hidup aman dan sejahtera.

    Pos Malaysia lambang merdeka,
    Kerana terpanggil untuk berjasa;
    Demi kerana Negara tercinta,
    Moga jasamu dikenang hingga bila-bila.

    PM mahu PDRM berintegriti,
    Jalankan tugas penuh teliti;
    Agar rakyat rasa dilindungi,
    Jasa baktimu tetap dihargai.

    Satu Malaysia sayangkan negara,
    Rasa cinta terus membara;
    Teruskan perjuangan walau di mana,
    Biarpun terpaksa bekorban nyawa.

    Sekian sahaja syair Malaysia kusayang,
    Rakyatnya hidup tolong menolong;
    Budi yang baik tak akan hilang,
    Moga negaraku terus gemilang.

    Karya Ratu Rimba Niagara
    30 Mei 2011
    (31 Ogos 2010 Bersempena Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia Ke-53)

    PETIKAN GALERI KESATRIA SASTERA DIRAJA NUSANTARA PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
    MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
    16 Muharram 1435H
    20 November 2013M
  • Ratu Rimba Niagara PANTUN 1 MALAYSIA PATRIOTIK 

    Nabi Muhammad S.A.W lambang perpaduan,
    Berbudi pekerti mulia berhemah tinggi;
    Semasa hidup memberi panduan,
    Akhir kalam umatnya disayangi lagi diingati.

    Sultan Mizan Agong berwibawa,
    Memerintah negara adil saksama;
    Rela berkorban demi rakyat tercinta,
    Ke mana pergi disayangi rakyat jelata.

    Tunku Abdul Rahman PM pertama,
    Digelar rakyat Bapa Kemerdekaan;
    Impian Tunku telah terlaksana,
    Menjadikan Malaysia pesat membangun.

    Allahyarham Tun Abdul Razak PM kedua,
    Mohd Najib anak kesayangan;
    Matlamat perjuangan tidak berbeza,
    Rakyat DiDahulukan Pencapaian DiUtamakan.

    Tun Hussein Onn PM ketiga,
    Tertib sungguh bila berbicara;
    Masalah rakyat diurus dijaga,
    Agar rakyat hidup terbela.

    Malaysia maju idea Tun Mahathir,
    Digelar rakyat Bapa Pemodenan;
    Pejuangan beliau tidak berakhir,
    Malaysia maju dalam pembangunan.

    Tun Abdullah Ahmad Badawi PM kelima,
    Pentingkan rakyat berminda kelas pertama;
    Satu Malaysia bermuafakat bersama,
    Menjadi warga dunia yang teristimewa.

    Transformasi kerajaan idea PM keenam,
    Rakyat letakkan harapan yang tinggi;
    Saling bertoleransi biarpun pelbagai kaum,
    Agar semuanya saling hormat menghormati.

    Lambai Limbai bukan lambaian kosong,
    Melambangkan hati nurani rakyat Sabah;
    Satu Malaysia rakyat cemerlang,
    Akan semuanya menjadi indah.

    Negeri Sarawak terus membangun,
    Bajet pembangunan dibuat telus;
    Nasib rakyat tidak dibiarkan,
    Biar cemerlang terus menerus.

    Tentera Darat mendukung aspirasi rakyat dan negara,
    Demi rakyat dan negara tercinta;
    Rela berkorban jiwa dan raga,
    Jasamu dikenang hingga ke hujung nyawa.

    PLKN generasi patriotik,
    Itulah asas benteng negara;
    Tiada terlibat agenda politik,
    Hanya semata untuk negara.

    Rosmah pencetus Permata Negara,
    Bagi membentuk generasi berjasa;
    Cita-cita dipupuk terus membara,
    Memahat nama di antarabangsa.

    Tahun Baharu Cina disambut meriah,
    PM dan rakyat beramah mesra;
    Idea pembangunan kian bercambah,
    Demi kepentingan rakyat dan negara.

    Hari Thaipusam tidak dilupakan,
    PM datang menyerikan majlis;
    Kaum India gembira sakan,
    Kerana PM berwajah manis.

    Kerajaan dan media rakan kongsi,
    Masalah rakyat dikongsi bersama;
    Gagasan 1Malaysia akan direalisasi,
    Malaysia pasti jadi ternama.

    Karya seni warisan negara,
    Kerajaan hargai rakyat banggai;
    Pelancong yang datang dilayan mesra,
    Produk terkenal berkualiti tinggi.

    Rakyat faham Satu Malaysia,
    PM tersenyum tanda gembira;
    Mari kita pakat sama-sama,
    Gemilangkan Malaysia di persada dunia.

    Satu Malaysia jadi kenyataan,
    Pasti PM tersenyum bangga;
    Menabur jasa janganlah bosan,
    Biarpun terkorban jiwa dan raga.

    Malaysia ini milik semua,
    Rakyat hidup dalam sejahtera;
    Tercipta sudah negara bangsa,
    Pemimpin dan rakyat seiring sekata.

    Satu Malaysia rakyat patriotik,
    Bersatu padu bersatu hati;
    Rakyat sejahtera tanpa konflik,
    Negara makmur Malaysia dihormati.

    Karya: RAtu Rimba Niagara
    (31 Ogos 2010)
    (Bersempena Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia Ke-53)

    PETIKAN GALERI KESATRIA SASTERA DIRAJA NUSANTARA PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
    MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
    16 Muharram 1435H
    20 November 2013M
  • Ratu Rimba Niagara PANTUN SATRIA

    Hajat hati nak jadi perwira,
    Tiada kudrat apalah dayaku;
    Namun begitu bersemangat satria,
    Relaku mati demi negaraku.

    Kata ibu datukku seorang pahlawan,
    Keturunan hulubalang Raja Bugis;
    Aku bersyukur berdarah pahlawan,
    Kutiupkan roh patriotik di jiwa pewaris.

    Rupanya aku tidak keseorangan,
    Di luar sana menyokong perjuanganku;
    Sokong menyokong atas dasar perjuangan,
    Di perjuangkan habis-habisan demi negaraku.

    Takkan hilang melayu di dunia,
    Ini sumpah pahlawan Hang Tuah;
    Melayu bersatu bermuafakat bersama,
    Itulah matlamat pewaris Hang Tuah.

    Berjuang tetaplah berjuang jua,
    Pantang undur sebelum berjuang;
    Kepahlawanan melayu terkenal di serata dunia,
    Gagahnya pahlawan terus gilang-gemilang.

    Jasa perajurit memang tidak dilupakan,
    Jasamu mewangi hingga ke mati;
    Siap siaga demi agama dan negara dipertahankan,
    Kaulah perwira rakyat dan negara sejati.

    Pasukan Polis bersedia berkhidmat,
    Bersiap siaga setiap masa;
    Menangani jenayah begitu cermat,
    Agar negara dan rakyat aman sentiasa.

    Tentera Udara Malaysia segak bergaya,
    Berkhidmat sepenuh jiwa dan raga;
    Pertaruhkan nyawa di angkasa raya,
    Keamanan Malaysia di puncak jaya.

    TLDM tidak kurang hebatnya,
    Berada di laut bersiap siaga;
    Musuh yang datang akan ditentangnya,
    Demi keamanan negara sentiasa dijaga.

    Pasukan RELA rela berkorban,
    Berkorban masa dan juga tenaga;
    Berkhidmat dengan RELA atas dasar keikhlasan,
    Demi rakyat dan negara tercinta.

    Jasa PEKIDA tidak dilupakan,
    Matlamatnya jelas pertahankan agama dan negara;
    Kesatria di jiwa dipertaruhkan,
    Semangat perjuangan terus membara.

    PERKASA kusanjung jasamu,
    Berjuang habis-habisan demi agama dan negaramu,
    Tidak pernah berputus asa di hatimu,
    Perjuangan dipertaruhkan tiada jemu.

    PEWARIS Malaysia mempertabatkan melayu tanpa jemu,
    Roh perjuangan tepat dan jelas;
    Semangat membara-bara hidup di hatimu,
    Moga murni perjuanganmu Allah membalas.

    Seni persilatan melayu amat dikagumi,
    Kepahlawananmu tiada tandingannya;
    Generasi muda minat mempelajari,
    Ilmu persilatan melayu dekat di hatinya.

    Kebangkitan rakyat Mesir kekejaman Hosni Mubarak,
    Pemerintahan diterajui menzalimi rakyat;
    Jutaan rakyat bangkit memberontak,
    Akhirnya kemenangan menyebelahi rakyat.

    Kekejaman pemerintahan Libya terus dipertahankan,
    Jutaan rakyat bermandikan peluru dan darah;
    Pemimpinnya rakus gilakan kekuasaan,
    Kemusnahan negara dan rakyat tinggal sejarah.

    Rakyat Malaysia cintakan keamanan,
    Pemimpin Malaysia cintakan negara;
    Rakyat dan pemimpin saling sefahaman,
    Saling berkorban demi negara.

    Peristiwa Mesir dan Libya jadikan pedoman,
    Jangan dengki-mendengki rakyat dan pemimpin;
    Negara sentiasa terus aman,
    Kedaulatan negara sejak berzaman.

    Pahlawan melayu pantang berundur,
    Rela bermandikan darah dihujani peluru;
    Demi pewaris takkan berudur.
    Nyawa dipertaruhkan di setiap penjuru.

    Berkibarlah benderaku terus berkibar,
    Rakyat dan pemimpin terus pertahankan;
    Rakyat Malaysia jangan dicabar,
    Roh perjuangan meniti zaman.

    Karya: Ratu Rimba Niagara
    25 Mac 2011
    (Bersempena Memperingati Hari Polis Malaysia Ke-204 Tahun)

    PETIKAN GALERI KESATRIA SASTERA DIRAJA NUSANTARA PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
    MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
    16 Muharram 1435H
    20 November 2013M

    SIMBOLIK WARNA MERAH BUNGA KEBANGSAAN

    PEKERJA : Merahmu membara-bara...
    Bangkit dengan semangat juang untuk
    meneruskan kehidupanmu dan keluarga.

    MAJIKAN : Merahmu menyala mendapat keuntungan dan
    berkongsi sama dengan pekerja memberi
    gaji dan bonus yang sepatutnya.

    PEMIMPIN : Merahmu membara-bara untuk kemenangan bagi
    pihak rakyat yang dibela dengan seikhlasnya
    tanpa ada prejudis.

    RAKYAT : Merahmu membara mahu dibela difahami pemimpin
    agar hidup terbela di negara sendiri.

    Negara : Merahmu kepada penyatuan keharmonian pekerja,
    majikan, pemimpin dan seluruh rakyat negara
    ini yang mahu kemerdekaan dikekalkan selagi
    ada bulan dan matahari.

    Karya: Ratu Rimba Niagaral
    1 Mei 2011

    Datuk Mohd Jeffry Rosman and 5 others like this.

    RAtu Rimba Niagara

    Terima kasih semuanya kerana sudi menyokong ideaku.

    Terima kasih daun keladi,
    Nanti kutulis lagi.

    DISIARKAN DI YOUTH ONE STOP CENTRE
    28 Ogos 2011
    28 Ramadhan 1432H

    PETIKAN GALERI KESATRIA SASTERA DIRAJA NUSANTARA PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
    MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
    16 Muharram 1435H
    20 November 2013M
    Yesterday at 7:43pm · Like

    BERGAMBAR KENANGAN BERSAMA TYT DI ISTANA NEGERI SABAH

    Nampak gembira di wajah masing-masing,
    Apabila bergambar bersama TYT di Istana Negeri Sabah;
    Menjadi kenangan untuk dikenang,
    Dikenangkan juga seluruh rakyat Sabah.

    Tahniah Datuk dan semuanya,
    Moga Sabah aman sentiasa;
    Mempunyai pemimpin berhati waja,
    Sabah aman dan sejahtera.

    Tahniah Datuk dan juga rombongan,
    Teruskan perjuangan mentadbir Sabah;
    Rakyat Sabah memerlukan pembelaan,
    Membela nasib semua rakyat Sabah.

    Terima kasih Datuk Jem,
    Memberi sokongan pada Warisan Seni;
    Sama-sama ucapkan tahniah dikirim,
    Dikirimkan di alam maya tanda menghargai.

    Di alam maya menyambungkan persahabatan,
    Sahabat yang diingati disampaikan ucapan;
    Sejambak kalungan tahniah ingin disampaikan,
    Kepada para Datuk dan juga rombongan.

    Ahli perniagaan Sabah berhati murni,
    Bersama kerajaan membangunkan Sabah;
    Tiada rasa pentingkan diri sendiri,
    Keuntungan dinikmati bersama rakyat Sabah.

    Bertuahnya rakyat Sabah mempunyai pemimpin,
    Pemimpin berganding bahu dengan ahli perniagaan;
    Saling bekerjasama demi pembangunan,
    Negeri Sabah sentiasa dalam kecemerlangan.

    Apa jua masalah dikongsi bersama,
    Antara rakyat dan juga pemimpin;
    Perdana Menteri sentiasa memberi kerjasama;
    Agar Semenanjung dan Sabah sentiasa bergandingan.

    Rakyat Sabah dan Sarawak sentiasa tidak dilupakan,
    Kerajaan Malaysia amat prihatin;
    Susah senang sama ditempuhi dalam kesabaran,
    Moga 1Malaysia hidup dalam keharmonian.

    Kami Sayang Sabah Kami Sayang Malaysia,
    Jasa Raja dan Pemimpin sentiasa diingati;
    Moga 1Malaysia aman sejahtera,
    Mengekalkan Kemerdekaan dihargai hingga ke mati.

    Karya: Ratu Rimba Niagaral
    7 Julai 2011

    PETIKAN GALERI KESATRIA SASTERA DIRAJA NUSANTARA PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
    MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
    16 Muharram 1435H
    20 November 2013M

(PETIKAN DARIPADA WALL PERDANA MENTERI MALAYSIA YAB DATO' SERI NAJIB RAZAK, MENTERI PERTAHAN MALAYSIA DATO' SRI HISHAMMUDDIN HUSSEIN & RATU RIMBA NIAGARA)
19 Muharram 1435H
23 November 2013M

0 comments:

Post a Comment

 
;