Tuesday, 19 November 2013

BERTEMU DI ALAMMAYA BERTEMU DI SYURGA



TEATER BANGSAWAN DIRAJA, 'BERTEMU DI ALAMMAYA BERTEMU DI SYURGA' 
Karya Ratu Rimba Niagara & Bendoro Raden Ayu Kedatun 

OMBAK RINDU KU RINDUKAN KAMU!
AKU TAK JEMU MENUNGGU BAYANGANMU

Assalamualaikum wr wb...
Ombak rindu
Aku rindukanmu
Aku kehilangan cintamu
Aku rindu bayangan mu selalu
Di pantai ombak rindu
Aku tak jemu menunggu bayanganmu
Tapi tidak juga muncul dikau
Duhai ombak rindu
Adakah kau merajuk ombak rindu
Baru aku gila bayang dengan mu
Kau menghilang entah di mana
Apa salahku ombak rindu yang tercinta
Candamu selalu ada di hatiku
Dan aku senang banget
Kita saling bergurau senda
Seperti dulu lagi...
Tapi entahlah
Ini entah apa mimpimu kau muncul
Sejujurnya aku tak tega kehilangan mu ombak rindu
Jika aku ada kesalahan puisiku padamu ombar rindu
Aku mohon dimaafi ye...
Aku mengaku kesalahanku
Kerana aku insan yang tak pernah sempurna
Duhai ombak rindu
Kalau nak merajuk jangan lama-lama ye...
Nanti saya tak tahan menanggung beban rindu...
Aku rindu mu ombak rindu

Kawan-kawan ombak rindu maafkan aku ye
Kerana telah melukakan hati kalian semua
Di bulan Rejab yang mulia ini
Aku mohon dimaafkan
Segala kesalahanku
Samada sengaja atau
Tak sengaja...
Percayalah dalam hati ku ini
Cuma ada kamu
Yang sentiasa kurindu
Salam teramat kasih dariku
Putri Rimba Niagara
25 Mei 2012

PASTI KAU MERINDUINYA SELALU

Mereka bilang...
Apakah ahli group ombak rindu ini semuanya jiwang-jiwang belaka?
Kujawab iya...
Takkanlah dah berkeluarga masih lagi jiwang-jiwang ye?
Selagi namanya manusia takkan lari dari jiwang-jiwang
Mereka ketandusan kasih ke? Justru mereka sepi?
Habis kasih mu dah sempurna ke? Dan hidupmu tak pernah sepi ke?
Detik...hatiku mereka yang jiwang-jiwang ni ...fikiran mereka mesti menerawang...
Maksud kau?
Menerawang di dunia fantasi bukan realiti
Ah! Kau apa tahu bahasa kalbu bahasa jiwa bahasa hati...
Yang kau tahu cakap buat orang sakit hati bawa ke mati...malangnya nasib diri...
Kenapa kau cakap aku macam tu apa maksudmu,....
Mana satu kau nak pilih bahasa menempa dosa atau bahasa mengundang hidayah-Nya
Pastilah bahasa mengundang hidayah-Nya
Justru jadilah ahli group Ombak Rindu...pasti kau merindu-Nya selalu.
Aamin Ya Rabbal A'Lamin

PUTRI RIMBA NIAGARA
28 Mei 2012

KATA-KATA INDAH YANG TERAKHIR...

Di ombak rindu bukan untuk luahkan semua yang sakit di hati tapi di ombak rindu membuang segala sakit hati dan kecewa di hati dengan bahasa yang menenangkan hati tanpa prasangka pada sesama....anggaplah kita semua seperti ahli Syurga...mana tahu kita benar menjadi ahli Syurga dengan Ehsan dan Izin-Nya Aamin. Justeru jika kita anggap inilah kata-kata indah yang terakhir kutinggalkan kepada rakan-rakanku yang tersayang dan terkasih kerana-Nya...pasti bahagia setelah kita tiada di dunia ini....percayalah ku sayang kalian kerana-Nya justru hargailah kasih sayangku ini...duhai yang terkasih di kalbu di ombak rindu ... di benua sana dan di benua sini...

Asalkan ombak rindu tidak menjadi tsunami sudahlah... moga dijauhkan dari segala iri hati dan hasad dengki sesama...adatlah manusia mulanya menjadi murni akhirnya luka melukakan....kerana soal hati hanya DIA yang mengerti...berkatalah dari hati yang ikhlas pasti menenangkan hati yang mendengarnya....apapun ombak rindu pencetus inspirasiku berkarya agar terus rindu....rindu...serindunya pada ikatan suci kerana-Nya.

Tak salah ramai sahabat malah mengundang rahmat-Nya Insya-Allah asalkan ada hati nan ikhlas...ada taman bunga-bunga cinta kerana-Nya.

PUTRI RIMBA NIAGARA
28 Mei 2012

OMBAK RINDU AKAN KUNANTIKAN KARYAMU

Duhai rakan group yang disanjungi
Maafkan aku kerana tak dapat setia denganmu
Aku cuba pertahankan kesetiaan
Untuk setia selamanya denganmu
Tapi tak tahu entah badai mana
Yang datang hingga aku tak tega
Mempertahankan kesetiaan

Ketahuilah kalian
Sekali tangan berjabat salam
Selamanya akan setia
Sesetia ombak pada pantai

Aku tak tega terjangan ombak
Teramat dahsyat
Hingga aku dilambungkan tinggi
Lalu dihempaskan
Tanpa ehsan

Kecederaan di tubuhku
Masih lagi aku boleh bertahan
Tapi luka parah di hatiku
Bagaikan ditoreh-toreh
Hancur berkecai
Hingga aku tak mampu
Untuk mengungkapkan
Kata-kata bermadah
Pujangga pada kalian

Aku tak tahu
Apa khilafku
Hingga ombak
Yang mengaku setia pada awalnya
Telah berubah
Madu yang kuberi
Racun yang dibalas

Ombak bicaralah padaku....
Apa salahku padamu?

Kenapa kau mengundangku
Untuk merinduimu
Tapi setelah kuberikan hati setulusnya
Ini balasan yang kau berikan padaku?
Bilang samaku? Bilang? Bilang?

Jikalah terjanganmu itu boleh
Memuaskan hatimu
Karna ingin membalas dendam
Tapi kenapa aku????

Apa dosaku padamu?
Jahat sangat ke aku
Hinggga kau lukakan
Hatiku sebegini rupa

Air mataku yang mengalir deras ini
Lukaku yang parah ini...
Boleh membuatkan kau ketawa puas
Silakan...
Jika kau rasa tak bersalah silakan

Karna aku tak tahu apa salah aku
Padamu...
Biarlah pena bisu ini menjadi saksi
Yang aku telah buangkan namamu
Di ombak rindu
Biarpun hatiku menafikan
Aku kena akur
Yang kau bukanlah kawan
Yang boleh menjanjikan bahagia
Untuk aku berkarya bersamamu...

Ketiadaan aku... berkaryalah semahumu
Percayalah dari jauh aku sentiasa
Menyokong kamu berkarya
Karna dunia karyamu adalah duniaku

Maafkan aku rakan group
Kerna terpaksa berpisah denganmu
Tanpa pintaku
Moga kalian bahagia di samping
Teman-teman kalian yang hebat
Berpuisi...
Apapun aku ucapkan terima kasih
Pada kalian yang telah mengundang aku
Ke group kalian untuk berkarya...
Salam kemaafan puisi
Salam perpisahan untukmu
Cuma satu harapanku sudi doakan aku
Kebahagiaan dunia akhirat untuk aku
Setiap karya kalian sentiasa
Tersemat di hati ku
Biarlah aku selamanya menjadi
Pungguk rindukan rang bulan
Di ombak rindu kan ku nantikan
Karyamu ...

Karya Putri Rimba Niagara
28 Mei 2012

(PETIKAN GALERI SASTERA PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
19 November 2013
(PETIK
Like · · Share · Unfollow Post
Bunda Ratu Negari I, Andri Bayuardi and 4 others like this.

Bendoro Raden Ayu Kedatun · 2 mutual friends
Salam budaya .....Rahayu...
4 hours ago · Unlike · 1

Ratu Rimba Niagara HIKMAH DI SEBALIK KITA DITEMUKAN DI ALAMMAYA

Salam Sejahtera
salam budaya
pada Bendoro Raden Ayu Kedatun
terima kasih atas sapaaan budaya
moga kita dapat bersilaturrahim 
dalam menjayakan budaya indah
yang mengindahkan lagi suasana hati
yang ingin mensucikan hati
dari segala prasangka yang bersangkut paut dengan hati
berkata selari dengan hati
dengan bahasa-bahasa hati nan indah-indah
andai bahsa hati tidak dapat juga mengindahkan hati
bererti kita tidak ditakdirkan menjadi rakan seperjuangan
yang memuliakan bahasa hati 
hanya yang mengerti bahasa hati
andai sepatah dikatakan bahasa hati
akan berbunga-bungalah bahasa hatiku
bercambah-cambah setiap tangkai
berkudup
bergugus gugus bunganya
berkembang indah 
mewangi mengharum semerbak
di hatimu di hatiku
kau dan aku 
bagaikan bidadari Syurga
berkata nan indah indah
seindah Syurga
Semurni Hati Syurga
Allahu Akbar 
sahabat yang begitulah yang aku dambakan
yang aku igaukan dalam mimpiku
kawansetiakawanku
mengajakku mentarbiyahkan aku
penuh kasih sayang
aku tidak mengenal Tuhan 
jadi kenal Tuhan
jadi jatuh cinta dengan Tuhan
bersahabat kerana Allah
sekali tangan berjabat salam silaturrahim
dibawa sampai mati sampai Syurga kita bersahabat setia
di dunia kita berkata-kata nan indah
berkat kata-kata nan indah selari dengan hati
mengundang rahmat kasih-Nya 
dengan belas kasihan-NYa...
Allah temukan kita di alammaya 
Allah temukan kita di Syurga
di dunia biarpun tak ketemu di alam realiti
di Syurga kita ketemu
sesuatu nan indah untuk diterangkan dengan kata-kata
barangkali kita sama-sama tersenyum 
sambil mengucapkan salam sejahtera duhai sahabat dunia akhiratku
masih ingat lagi tak bicara kita tika di alam maya dulu
walaupun kita bicara dengan gambar bisu 
tapi suara hatimu dapat kudengar dan kufahami dengan jelas
suaramu yang bersiaran secara langsung di alammaya
rupanya menjadi saksi malaikat pencatat kebaikan, 'RAQIB' 
menulis terus menulis tanpa henti apa yang kita komunikasikan
walaupun di alammaya
kerana kata-kata kau dan aku
tidak pernah ada bahasa
prasangka pada orang 
tiada iri hati pada orang
tiada membuat onar pada orang
tiada menfitnah orang
tiada mengumpat keji orang
tiada menyuruh orang berbuat kejahatan
tiada niat jahat pada orang
yang ada mahu saling berbuat kebaikan kerana Allah Taala
selalu memaafkan orang yang telah melukakan hati kita
moga satu saat nanti dia juga sudi maafkan kita
sebab selagi namanya manusia 
tidak lari daripada kekhilafan dalam berbicara alammaya
diam pun salah
tak cakap pun salah
yang penting tahu apa makna persahabatan kerana mahu
mendapat redha Allah Taala
redha semasa hidup 
redha semasa mati
andai kita bersahabat di alammaya
saja saja 
suka-suka
canda canda
berbual kosong
sepi menyepi
kita berkawan sajalah dengan yang suka menyepikan diri sendiri
kerana bukankah kita yang sendiri pilih kawan kita
kenapa setelah kita berkawan
kita tidak hargai kawan kita
like pun tidak
komentar pun tidak
wujud macam tak wujud
kita sudah matikan suara yang memberi kita saham akhirat
jika kita tidak berpeluang lagi hendak bersuara
sudahlah semasa hidup di alam nyata kita hanya tahu akulah yang sibuk dengan dunia kerjayaku
tapi buka akauan fbpun tidak mahu bersuara
simpan suara 
makanya simpanlah sampai bawa mati suara itu
moga rakan-rakan alammaya
yang telah menjadi rakan fbku faham dengan duniaku
sudi memahami bahasa hatiku
kenapa aku mahu berkomunikasi dengannya
berkomunikasi selari dengan hati sesuci hati Syurga
walau pun siapa mereka itu
aku sokong perjuangannya
dia dukung perjuanganku
saling sokong menyokong
bukan hanya wujud tapi tak wujud
bisu membisu tanpa memberi impak
walaupun dengan hanya sebuah ide/idea
yang bernas untuk aku berjuang dan untuk dia berjuang
tentang arti sebuah kehidupan 
yang bakal ditempuh di alam barzah alam akhirat
yang mana semua tanggungjawab sebagai khalifah di dunia dulu
akan dipertanggungjawabkan dihitung 
walaupun sebesar zarrah kebaikan dan kejahatan
semuanya menjadi timbangan 
samada kita ditentukan,( bukan lagi namanya takdir)
tapi atas kehendak kita sendiri amalan kita tika di dunia dulu
masuk Syurga ke atau ke neraka
moga berkat amalan kita di dunia dulu
semasa di Neraca Timbangan
kita dimasukkan Ke Syurga Firdausi
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin
Itulah hikmah di sebalik kenapa Allah temukan kita di alammaya ini
Hanya DIA yang tahu akan semua perkara.

'HIDUP DI DUNIA CUMA MIMPI
AKHIRATLAH REALITI
MOGA KITA SAMA-SAMA REALITIKAN
AKHIRAT KITA BAHAGIA ABADI 
BERSAMA KELUARGA DAN SAUDARA SEISALAM KITA TERCINTA AAMEEN'

RATU RIMBA NIAGARA
SAHABAT DUNIA AKHIRATMU
16 Muharram 1435H
20 November 2013


WWW

0 comments:

Post a Comment

 
;