• likes this.
    • Ratu Rimba Niagara
  • Bendoro Raden Ayu Kedatun added Ratu Rimba Niagara to the group.
    • Ratu Rimba Niagara
    • You and Bendoro Raden Ayu Kedatun like this.
    • Ratu Rimba Niagara WARKAH UNTUK GROUP,'FORUM CINTA TANAH AIR INDONESIA'

      'SAHABAT ANDAI KAU SUDI TERIMALAH AKU SEBAGAI RAKAN SEPERJUANGANMU'

      Bismillahirrahmanirrahim
      Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

      Kepada YM Bendoro Raden Ayu Kedatun
      Admin GROUP FORUM CINTA TANAH AIR INDONESIA
      terima kasih kasih kerana sudi menjemput saya ke Group yang amat
      diminati ini.

      Group ini saya minat karena misi dan visi group ini seiring dengan karya-karya sastra yang ditulis. Biarpun karya yang ditulis tidaklah sehebat pujangga dan rakyat Indonesia tapi minat berbekalkan ilham dari-Nya saya cuba tulis semampu daya yang terbaik untuk dihayati oleh rakyat Indonesia tanda saya cintakan ibu pertiwi dan rakyat Indonesia yang merupakan saudara seislam saya tanpa berbelah bahagi. 

      Andainya tersalah dalam berbahasa, fakta atau ejaan harap sudi membetulkannya karena bagi saya, saya amat mementingkan kualiti penulisan daripada keterujaan saya tika menulis. Saya tetap manusia yang lemah walaupun saya cuba mempersembahkan karya sastra sebaik mungkin tapi ada juga kekhilafan ejaan bahasa tanpa disedari. Ide dan ilham datang mencurah-curah hasil daripada pembacaan bahan-bahan yang disiarkan oleh rakan-rakan alammaya.
      Ide yang ditulis mengikut tema yang disiarkan makanya pelbagai tema ada dan saya amat teruja menulis kerana saya yakin ilham yang saya tulis itu adalah datang dari-Nya selagi ianya baik dan memberi manfaat buat diri saya dan yang membacanya, andai apa yang ditulis itu tidak baik itu adalah dari kelemahan iman saya sendiri karena tidak menjaga adap dan sopan dalam berbahasa sesama saudara seislam makanya maafkan saya. Saya amat percaya setiap yang baik itu pasti dari Tuhan dan yang lemah itu adalah dari kelemahan saya sendiri.

      Apabila saya dijemput untuk menyertai sesuatu group saya amat berbesar hati kerana group adalah tempat saya menyiarkan karya saya dan tempat saya bersilaturrahim disamping banyak ilmu yang saya tahu hasil daripada bahan bacaan yang saya baca. Saya amat berbesar hati jika karya-karya saya yang bersiaran dapat diberi komentar bernas seiring dengan tema puisi yang ditulis. Kerana komentar itu terlalu amat berharga bagi saya kerana setiap karya dan komentar rakan-rakan group akan saya bingkaikan untuk dijadikan bahan sastra warisan bangsa ibu pertiwi nusantara lima benua. Kerana saya sayangkan anak cucu nusantara saya cuba menulis sebaik mungkin terdaya mungkin dan sekali lagi saya amat alu-alukan komentar yang bernas lagi mantap seiring dengan tema karya yang ditulis.

      Dalam pengalaman saya bergroup jika dikirakan hampir seratus group yang saya sertai ada yang meremovekan saya dari group ada yang saya removekan dari group ..remove meremove sudah perkara biasa bagi saya.

      Dalam bergroup saya amat pentingkan bahasa santun hormat menghormati yang tua dihormati yang muda disayangi tapi jika tiada rasa hormat dan menggunakan bahasa yang kurang manis membuatkan hati sakit dan mengundang perbalahan sesama sendiri sejujurnya saya akan berundur...berundur tak semestinya memutuskan silaturrahim tapi demi menjaga agar tidak berpanjangan jika saya tidak suka karya saya bersiaran.

      Tujuan saya bersiaran karya untuk tenang menenangkan imanku imanmu iman semua tapi lain pula jadinya tempat meluahkan sakit hati hina menghina kutuk mengutuk jelek menjelek Allahu Akbar moga dijauhkan dari group ini.

      Sejujurnya mana-mana group yang menjemput saya ke group mereka , saya mahu bersiaran karya di samping dapat menyambungkan silaturrahim di alammaya. Lagi ramai kawan-kawan alammaya lagi saya suka kerana saya ini suka apa yang Allah suka menyambungkan silaturrahim cumanya saya minta maaf banyak banyak jika rakan alammaya yang ingin menjadi rakan fb saya ...saya belum terima bukan saya tidak mahu terima tetapi rakan fb saya terlalu terhad. Yang diterima pun mereka yang benar-benar ikhlas mahu menjadi rakan seperjuangan sastra saya dan sudi merealitikan cita cita sastra saya, andai mereka sibuk ada alasan tersendiri saya sentiasa faham dan mereka juga hendaknya faham situasi saya.

      Kepada admin dan semua rakan group FORUM CINTA TANAH AIR INDONESIA (FCTAI) moga sudi terima saya dan izinkan karya-karya saya bersiaran secara langsung di alammaya untuk turut sama dibaca oleh mereka yang meminati karya sastra saya. 

      'JIWAKU ADALAH SASTRA MAKANYA KUMENJIWAI SETIAP BAHAN SASTRA YANG KUTULIS TAPI AKU PERCAYA SETIAP YANG KUTULIS SELAGI IANYA BAIK ITU ADALAH DARI TUHANKU YANG MENGILHAMKAN AKU MENULIS-NYA 
      MENGIKUT IZIN-NYA TANPA IZIN-NYA AKU TIDAK DAPAT MENULIS WALAUPUN SEBARIS AYAT. ITULAH HEBAT-NYA ALLAH ITULAH LEMAHNYA AKU SEBAB ITU SELAGI ADA KUDRAT AKU AKAN MENULIS TERUS MENULIS SEHINGGA TERHENTI NAFAS TERHENTILAH PENA IN SHAA ALLAH AAMIIN' 

      Sekian Wassalam,

      RATU RIMBA NIAGARA
      PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
      MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/THAILAND/SINGAPURA
      17 Muharram 1435H
      21 November 2013M
    • Ratu Rimba Niagara
  • OLDER POSTS