Saturday, 23 November 2013

EATER BANGSAWAN DIRAJA,'PARLIMEN BELIA MALAYSIA' Karya Ratu Rimba Niagara, YAB Dato' Seri Najib Razak & YB Dato' Seri Hishammuddin Hussein (Part 3)




TEATER BANGSAWAN DIRAJA,'PARLIMEN BELIA MALAYSIA' Karya Ratu Rimba Niagara, YAB Dato' Seri Najib Razak & YB Dato' Seri Hishammuddin Hussein (Part 3)

Kerajaan sentiasa menghargai pandangan dan suara generasi muda. Saya percaya, platform yang disediakan dalam Parlimen Belia Malaysia bakal mengenengahkan pendapat anak-anak muda dalam pelbagai aspek pembangunan negara. Sertai Parlimen Belia hari ini.

PANTUN BELIA HARAPAN NEGARA

Menteri Belia Dan Sukan menteri produktif,
Menganjurkan program pelbagai aktiviti;
Maju negara kerana belia positif,
Belia cemerlang itulah yang dihajati.

Hari belia disambut penuh gemilang,
Belia gembira pergi ke sana;
Pergi ke sana merebut peluang,
Masa depan tercerna negara terbina.

Program diatur mengikut citarasa belia.
Asalkan belia jadi cemerlang;
Program diatur dikawal selia,
Agar belia terus gemilang.

Setiap 15 Mei Hari Belia Negara.
Untuk memperingati belia berjasa;
Sayangkan belia sayangkan negara,
Pemimpin hargai setiap belia.

Hari ini belia diraikan,
Dalam suasana penuh ceria;
Jasamu belia tidak dilupakan,
Kerana dirimu harapan negara.

Pelbagai program di hari belia,
Hingga belia rasa teruja;
Tiada belia rasa kecewa,
Kerana minat belia semuanya ada.

Wajah belia berseri-seri,
Belia negara raikan hari belia;
Usaha belia tetap dihargai,
Kerana dirimu harapan negara.

Di hari belia mendapat ilham,
Mendapat ilham menjadi ahli belia;
Di usia muda melabur saham,
Agar tak rugi di hari tua.

Bila menjadi ahli belia,
Hidup berubah merebut peluang;
Belia kreatif majulah negara,
Belia cemerlang negara terbilang.

Menteri Belia Dan Sukan banyak idea,
Ingin membangunkan belia Malaysia;
Program dianjurkan dengan jaya,
Cemerlang belia untuk negara.

Belia produktif negara cemerlang,
Usaha dibina atas keringat;
Jasamu menteri takkan hilang,
Ke mana kau pergi terus diingat.

Bertuahnya hidup belia Malaysia,
Sentiasa dihargai oleh kerajaan;
Rebutlah peluang selagi ada,
Pastinya dikau menempa kejayaan.

Negara lahirkan ahli sukan,
Ramai sudah menjadi ternama;
Di mata dunia mengharumkan nama negara,
Pingat dirangkul negara berbangga.

Belia bersukan belia cergas,
Segala aktiviti berjalan lancar;
Belia lemah patut bertegas,
Wajah berseri terus terpancar.

Belia digalak aktif bersukan,
Badan sihat minda cergas;
Mahu berjaya tiada alasan,
Tetapkan matlamat biar jelas.

Belia aktif kerana mendapat sokongan,
Diberi sokongan keluarga dan kerajaan;
Belia lemah terus ada kemajuan,
Diberi galakan juga bantuan.

Belia dan kerajaan saling memerlukan,
Kerana belia tiang negara;
Belia berkualiti lagi berwawasan,
Pastinya cemerlang belia 1Malaysia.

Tanpamu menteri siapalah belia,
Harapan belia terpikul di bahumu;
Jasamu menteri tidak dilupa,
Akan dihargai bila bertemu.

Belia kreatif penentu pembangunan negara,
Negara terus gilang gemilang;
Majulah belia majulah negara,
Tercipta sudah belia cemerlang.

Sukanya hati belia berjaya,
Keluarga tersayang turut gembira;
Semuanya gembira tidak terkira,
Kerana belia harapan negara.

Puisi Belia Harapan Negara

Beliaku…
Negara perlukanmu…
Justeru… Bangunlah dari lenamu…
Sedarlah dari lekamu…
Sedarlah dari lalaimu..
Mari kubimbingmu... Menuju kejayaan!

Jangan ada rasa rendah diri…
Jangan ada rasa kecewa…
Berubahlah demi…
Dirimu… Keluargamu… Negaramu… Pewarismu nanti.

Aku percaya kau boleh berjaya…
Jika semangat kentalmu datang…
Aku menantimu di sini…
Bersama azammu untuk berjaya…
Justeru daftarlah sekarang untuk menjadi ahli belia.
Segalanya akan berubah! Percayalah!
Kerana kau adalah harapan negara!

Karya: RAtu Rimba Niagara
15 Mei 2010
(Sempena Hari Belia Negara )

PANTUN BELIA HARAPAN NEGARA DISIARKAN DI YOUTH ONE STOP CENTRE
PENASIHATNYA YBHG DATUK MOHD JEFFRY ROSMAN
MOGA IMPIAN BELIAU UNTUK MEMAJUKAN SABAH DAN BELIA SABAH MENJADI KENYATAAN AMIN YA RABBAL A'LAMIN
28 Ogos 2011
28 Ramadhan 1432H

TRANSFORMASI PLKN

Hishammuddin Hussein Baru selesai mendengar perancangan transformasi PLKN bersama Pengerusi MLKN, Datuk @NoorEhsanuddin & @datoabdulhadi di Putrajaya

PANTUN PLKN GENERASI PATRIOTIK

Generasi patriotik impian kerajaan,
Lalu tercetuslah program khidmat Negara;
Program khidmat Negara adalah satu perjuangan,
Mempertahankan Negara bersemangat membara.

Program PLKN amat berfaedah lagi menyeronokkan,
Tiada sifat penderaan ataupun hukuman;
Proses pembelajaran tidak membosankan,
Apabila tamat menjadi kenang- kenangan.

Menyemarakkan semangat patriotisme objektif PLKN,
Generasi muda biar cergas penuh keyakinan;
Menempuh cabaran dengan kebijaksanaan,
Agar generasi terdidik semangat patriotik dan kesukarelaan.

Setiap aktiviti dijalankan penuh muhibbah,
Hormat menghormati walaupun pelbagai kaum;
Memegang senjata tidak menggelabah,
Dilakukan dengan bangga dan kagum.

Setiap pelatih diajar semangat waja,
Berdisplin dan berkeyakinan tinggi;
Budaya bekerjasama terpupuk di kalangan remaja,
Tercapailah sudah motif memupuk nilai-nilai murni.

PLKN memupuk perpaduan kaum,
Integrasi nasional menjadi fokus;
Agar tiada berlaku perselisihan kaum,
Sememangnya berpadu dalam suasana harmonis.

Dilaksanakan PLKN ala Malaysia,
Bermatlamat mencapai keperluan Negara;
Segala ilmu dituntut tidak menjadi sia,
Disemai dan diamalkan bersemangat membara.

Bukan mudah mengajar erti perjuangan,
Perjuangan membela dan mencintai Negara;
Asalkan terpupuk semangat pejuang berpanjangan,
Sanggup pertaruhkan nyawa demi kerana cintakan Negara.

Guru mengajar penuh minat dalam kesabaran,
Asalkan peserta PLKN mendapat ilmu yang ditimba;
Antara guru dan pelatih saling sefahaman,
Barulah peserta menimba ilmu berlumba-lumba.

Modul fizikal memberi kemahiran dan ketahanan mental,
Serta ketahanan emosi spiritual dan fizikal;
Memupuk perpaduan wira-wirawati bersemangat kental,
Pasti PLKN terus menjadi terkenal.

Para pelatih diajar bekerja dalam satu pasukan,
Berkemahuan dan bersemangat setiakawan;
Sentiasa ingin menabur jasa dalam kesukarelaan,
Hanya semata kerana rakyat dan Negara diutamakan.

Peserta digalakkan berpewatakkan positif,
Menerapkan nilai-nilai kepimpinan di jiwa peserta;
Semasa berkawad sentiasa aktif,
Berdisplin sentiasa setiap peserta.

Jiwa kepimpinan dicerna begitu terperinci,
Membuat keputusan penuh yakin;
Penerokaan diri untuk mengenal pasti diri sendiri,
Agar nilai-nilai murni dapat diterapkan.

Perhubungan individu didalam kumpulan,
Bekerjasama berkumpulan diutamakan;
Kecekapan cara bertindak diserlahkan,
Agar mengatasi masalah dalam kumpulan.

Modul khidmat komuniti diajarkan,
Bertujuan menyemai semangat kesukarelaan;
Kepada alam sekitar masyarakat dan kejiranan,
Agar terbentuk komuniti yang dibanggakan.

Modul kenegaraan diajarkan juga,
Agar terpupuk semangat patriotik dan cintakan Negara,
Mengenal Negara dan mempertahankannya,
Biarpun pertaruhkan nyawa demi Negara tercinta.

Apabila datang ancaman dari dalam dan luar Negara,
Akan dipertahankan di segenap penjuru;
Sentiasa bersiap sedia membela Negara,
Rela bermandikan darah dihujani peluru.

Sayangkan rakyat jua sayangkan Negara,
Demi pewaris yang bakal ditinggalkan;
Semangatmu sentiasa membara-bara,
Jika kau tiada jasamu sentiasa dikenang-kenangkan.

Selamat berjuang wira-wirawatiku,
Moga semangat keperwiraanmu tak pernah jemu;
Mengalah dan berundur tak pernah bertamu,
Jasamu mewangi meresap ke jantung hatiku.

Karya: Ratu Rimba Niagara
30 Mei 2011


PANTUN MENGHAYATI RUKUN NEGARA

1) KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

Semua benda ada penciptanya,
Tuhanku Pencipta Semesta Alam;
Apa dicipta penuh bijaksana,
Demi kebaikan seisi alam.

2) KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

i) Ampun tuanku beribu ampun,
khilaf patik harap diampun;
Di setiap karya patik nyatakan,
Rakyat kasihi tuanku sampai bila-bila pun.

ii) Kucinta negaraku sepenuh hati,
Rela berkorban nyawa demi negaraku;
Pemimpin dan rakyat bersatu hati,
1Malaysia sayangkan negaraku.

3) KELUHURAN PERLEMBAGAAN

Di parlimen tempat besidang,
Para pemimpin pilihan rakyat;
Masalah rakyat dan negara semua dicadang,
Diselesaikan masalah selari kehendak rakyat.

4) KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

Negara aman ketangkasan polis bertindak,
Menggadai nyawa membanteras jenayah;
PDRM & ATM berjiwa patriotik,
Apabila berjuang tidak pernah mengalah.

5) KESOPANAN DAN KESUSILAAN

i) Apabila bicara tentang Ketuhanan,
Jiwa tenang setenang air di kali ;
Seruan yang indah kata yang santun,
Pasti membaca berulang kali.

ii) 1Malaysia idea Perdana Menteri,
Galakkan rakyat bersatu padu;
Pelbagai kaum hormat menghormati,
Agar negara terus di mercu.

KARYA RATU RIMBA NIAGARA
16 April 2013

(PETIKAN WALL PERDANA MENTERI MALAYSIA , MENTERI PERTAHANAN MALAYSIA & GALERI KESATRIA SASTERA DIRAJA NUSANTARA PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
17 Muharram 1435H
21 November 2013M


SYAIR SASTERA PEJUANG RAKYAT MALAYSIA

Tersebutlah kisah suatu cerita,
Malaysia negaraku yang tercinta;
Rakyat pelbagai kaum hidup bersama,
Merealisasikan impian demi Negara.

Saling menghormati bersatu hati,
Tolong menolong amalan murni;
Tiada rasa berdengki hati,
Semua kerana Malaysia dicintai.

Melayu Cina India dalam perpaduan,
Bersatu hati merealisasi impian;
Berganding bahu bersama kerajaan,
Jadi realiti Negara berperlembagaan.

Jika Negara kucar kacir,
Nasib rakyat sentiasa tercicir;
Kerajaan dibina menjadi hancur,
Angkara rakyat selalu engkar.

Ingatlah peristiwa 13 Mei,
Rusuhan kaum sentiasa diingati;
Berpadulah demi Malaysia disayangi,
Agar 13 Mei tidak berulang kembali.

Kalau diingat perjuangan Tunku,
Perjuangannya tak pernah jemu;
Kemerdekaan dicapai gembiranya Tunku,
Biarpun mengharungi perjuangan berliku.

Tunku Abdul Rahman seorang bijaksana,
Menuntut kemerdekaan gunakan minda;
Bijak berkomunikasi terpegunnya mereka,
Mereka istiharkan Malaysia Merdeka.

Begitu juga berbincang dengan komunis,
Tunku bincang dengan cara harmonis;
Hinggakan mengalah ketua komunis,
Menjadi legenda kenangan manis.

Pemimpin berjiwa rakyat itu yang dimahu,
Biarpun lama rakyat menunggu;
Sabar menunggu tak pernah jemu,
Asalkan pembelaan rakyat tertunai itu dimahu

Bukan tak ada pemimpin berjiwa rakyat,
Sentiasa ikhlas mengurus masyarakat;
Jiwa kental sentiasa muafakat,
Berkorban apa saja demi rakyat.

Rakyat susah pemimpin ambil peduli,
Pemimpin bersara rakyat hargai;
Rakyat dan pemimpin bersatu hati,
Barulah aman Negara ini.

Rakyat dan pemimpin seia sekata,
Apa masalah rakyat dikongsi bersama;
Masalah diatasi dengan bijaksana,
Barulah rakyat dan pemimpin boleh bekerjasama.

Kesusahan rakyat masalah pemimpin,
Selagi tak selesai pemimpin fikirkan;
Sanggup berpening memikirkan,
Asalkan masalah rakyat dapat diselesaikan.

Permintaan rakyat untuk rakyat,
Pemimpin usulkan di Dewan Rakyat;
Didengari semua wakil Rakyat,
Apabila tertunai sukanya rakyat.

Rakyat Malaysia harus bersatu,
Demi kerana Malaysia yang satu;
Negara aman berkat bersatu,
Syukur generasi kini dan terdahulu.

Sama-sama merealisasikan impian,
Majunya Malaysia dalam pemodenan;
Semua rakyat saling memahami dalam perpaduan,
Demi kerana Malaysia mencapai kecemerlangan.

Karya: RAtu Rimba Niagara
13 Mei 2011


GURINDAM SEORANG PEMIMPIN BERJIWA RAKYAT

BALASLAH BAKTINYA DENGAN SYURGA-MU

Subhanallah
sejuk perut ibumu
mengandungkanmu
melahirkanmu
membesarkanmu
mendidikmu
dengan ilmu dunia
jua ilmu akhirat
kau menjadi
anak yang soleh

Alhamdulillah
Syukur padaNya
kerana dikurniakan
seorang anak
yang berjiwa pemimpin
sanggup berkorban
demi rakyatnya
suka duka bersama
derita rakyat
air mata rakyat
pemasalahan belia Sabah
ingin dikongsi bersama
lalu difikir
diselesaikan dengan
semampu mungkin
sekudrat pemikiran
diperah habis
peluh setitik
tidak dipersiakan
kerana terlalu
amat berharga
untuk rakyat tersayang
untuk negara tercinta
maka bergemalah
lagu patriotik
'Kusayaang Rakyatku DemiNya'
di setiap pelosok daerah
di bawah pimpinanmu
dan disahut penuh gemuruh
lagu rakyat untuknya
'Pemimpin Kasihmu Abadi Di Hati Kami'
Dan siapa yang mendengar
pasti mengharu-birukan kalbu
lalu menangislah
pemimpin kesayangan rakyat itu
bersama-sama dengan rakyatnya
lalu mengundang rahmat
Tuhan Yang Menguasai Langit Dan Bumi
Suasana sepi seketika
Bertafakur dalam kesyukuran padaNya

Allahu Akhbar
Dengan KebesaranMu Tuhan
Kau Kurniakan seorang pemimpin
Berjiwa Rakyat
Kami Syukuri Dalam Sujud!

Kami sayang pemimpin kami
Hadirnya kami hargainya
Perginya kami iringi doa restuMu
Kau balaslah segala bakti ikhlasnya
Dengan SyurgaMu
Dan kami ingin bersamanya di Syurga juga
Amin Ya Rabbal A'Lamin

Karya: Ratu Rimba Niagara
24 Ramadhan 1432H
24 Ogos 2011

PETIKAN GALERI KESATRIA SASTERA DIRAJA NUSANTARA PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
16 Muharram 1435H
20 November 2013M


PEJUANG RAKYAT YANG TULEN

Duhai Pejuang Rakyat Yang Tulen....

Darahku yang mengalir adalah hak rakyat
Darahku yang mengalir juga ada semangat Melayu
Darahku yang mengalir tertulis ,'Fisabilillah'

Aku adalah hak Allah
Hamba Allah yang berjawatan hamba sampai kapanpun!
Aku adalah khalifah di muka bumi ini

Justeru siapapun mereka
Takkanku hiraukan
Biarpun berpenat berlelah
Biarpun jasadku
Dihujani peluru di setiap penjuru
Namun kuberundur tidak sekali!

Pantang Pahlawan Melayu tewas
Sebelum turun ke gelanggang!

Dulu kini dan selamanya
Aku telah pun bersedia
Membela nasib rakyat
Yang harus dibela
Biarpun aku dicerca!
Dipandang sebelah mata
Bagi mereka yang tidak berpuas hati
Cara aku membela rakyat

Aku dengan caraku
Dan kau dengan cara kau
Biarpun kita berbeza pendapat
Tapi matlamatnya tetap sama
Iaitu membela rakyat yang harus dibela

Dalam perjuangan
Mesti ada yang tidak berpuas hati
Mesti ada mengumpat mengeji
Mesti ada iri hati
Mesti ada dengki mendengki
Mesti ada tikam menikam
Jatuh menjatuh
Hingga tersungkur!
Kekuasaan menjadi rakus
Sampai memakan diri!

Kerana darahku tertulis 'Fisabilillah'
Takkan kuhiraukan semua yang memakan diri
Yang ada di hatiku darah ."Fisabilillah"
Nyawaku telah kupertaruhkan untuk:
Allah
Rakyat
Bangsa
dan negaraku tercinta!

ALLAHU AKHBAR!
BERJUANGLAH HINGGA KE TITISAN DARAH TERAKHIR
DUHAI PEJUANG TULEN RAKYAT SABAH!

Karya: Ratu Rimba Niagara
7 Ramadhan 1432H
7 Ogos 2011
(Diilhamkan Khas Untuk Pejuang Tulen Di Hati Rakyat Sabah
YBhg Datuk Mohd Jeffry Rosman)


DUHAI PEJUANG RAKYAT

Duhai pejuang rakyat
Kau mesti teruskan perjuanganmu
Biarpun tsunami datang membadai!
Biarpun hatimu hancur lulur remuk redam
Biarpun tubuhmu hancur berkecai dihujani peluru
Di mana kau berada diburu di setiap penjuru
Namun berundur tidak sekali!

Perjuanganmu membela rakyat mesti kau teruskan
Tanpa mempedulikan LIMO atau Ferari

Biarpun kau cumalah kancil
Tapi mindamu pantas daripada LIMO atau Ferari

Justeru jangan kau bimbang...
Jika Perjuanganmu benar suci
Demi rakyat
Demi Agamamu
Demi bangsamu
Demi negaramu

Berjuanglah tanpa jemu
Tanpa henti
Hingga
Nafas terhenti!

Karya: Ratu Rimba Niagara
7 Julai 2011
(Diilhamkan Khas Untuk Pejuang Sabah YBhg Datuk Mohd Jeffry Rosman)

PETIKAN GALERI KESATRIA SASTERA DIRAJA NUSANTARA PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
16 Muharram 1435H
20 November 2013M

PETIKAN DARIPADA WALL PERDANA MENTERI MALAYSIA YAB DATO' SERI NAJIB RAZAK, MENTERI PERTAHAN MALAYSIA YB DATO' SRI HISHAMMUDDIN HUSSEIN & RATU RIMBA NIAGARA)
19 Muharram 1435H
23 November 2013M


0 comments:

Post a Comment

 
;