Tuesday, 10 December 2013

PENDEKAR MELAYU AKU MENGAGUMIMU (1)


PENDEKAR MELAYU AKU MENGAGUMIMU (1)

Kepada Allah berserah......
 · 11 · 46 minutes ago · 
Star Samu Samu commented on this.

PEMBERITAHUAN KEPADA SELURUH AHLI GROUP
"RAJA AND SULTANATE OF NUSANTARA NATIONAL GATHERING"

Assalamu'alaikum, Wr, Wb;
Salam Sejahtera;...Continue Reading
Unlike ·  · 23 hours ago · 
  • You and 9 others like this.
  • Agus Supriyanto Waalaikumussalam YM Star Samu Samu... benar YM... hal-hal tersebut terjadi karena jiwa-jiwa yang merasa lebih baik dari orang lain, merasa lebih mulia dari orang lain, merasa lebih banyak amalnya dari orang lain... dan merasa-merasa lainnya. Padahal itu semua topeng untuk menutupi kekurangan diri dihadapan orang lain. Ah.... alangkah indahnya bila kita sibuk tiap hari mencari kemualiaan dihadapanNya bukan dihadapan makhlukNya yang lemah... Selamat malam YM... eh selamat menjelang pagi dink.... 
    23 hours ago · Like · 1
  • Star Samu Samu Terima kasih saudara'ku YM. Agus Supriyanto, salam hormat buat keluarga ya,; eittt.....beta masih ada Undangan HARI NUSANTARA 2013, yang akan dibuka WAPRES, pada hari Minggu, 15 Desember 2013, jam.08.00l.WITA, di Pantai Talise - Kota Palu, SUlawesi Tengah,; bila YM. Agus berminat kebetulan besok siang beta da di Istana WAPRES, biar beta siapkan buat YM. Agus jua e. Wassalam
    23 hours ago · Like · 2
  • Agus Supriyanto Terima kasih sekali undangan kehormatan ini... pas bentrok dengan yang lain YM Star Samu Samu... kalau boleh cerita gembiranya dibagi ya....Sungguh senang saya bisa kenal dengan YM yang terus menebar kebaikan. Biarkan Allah yang memberi bonusnya... terserah Dia kapan dan bagaimana bonusNya diberi buat hamba2nya yang terus menebar kebaikan... salam takzim saya YM... Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh... 
  • Star Samu Samu Terima kasih dan Salam hormat. Wasaalamu'alaikum, Wr, Wb;
    23 hours ago · Like · 1
  • Ustadz Azmi Ulim Adalah Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam memerintahkan umatnya agar membalas kebaikan orang lain, sebagaimana sabdanya:

    “Barangsiapa diperlakukan baik (oleh orang), hendaknya ia membalasnya. Apabila ia tidak mendapatkan sesuatu untuk membalasnya, hendaknya ia memujinya. Jika ia memujinya, maka ia telah berterima kasih kepadanya; namun jika menyembunyikannya, berarti ia telah mengingkarinya…” (HR. Al-Bukhari)
    20 hours ago · Like · 3
  • Agus Supriyanto Terima kasih tausiahnya YM al Ustadz Azmi Ulim... Hanya Allah yang kuasa membalas kebaikan berbagi ini...
    18 hours ago · Like · 1
  • Ustadz Azmi Ulim YM Agus Supriyanto apatah yang kita miliki, sebagai makhluk yang lemah dan tak berdaya, hanyalah keluhuran budi dan kelembutan tingkah laku... akan mencerminkan kualitas diri. Salah satu Perhiasan diri pada seorang muslim adalah Ar-Rifq (Sifat Lemah Lembut).

    Ar-Rifq adalah sifat lemah lembut di dalam berkata dan bertindak serta memilih untuk melakukan cara yang paling mudah. 

    Sudah sepantasnya bagi seorang muslim untuk berhias dengan sifat yang sangat mulia tersebut, karena ia merupakan bagian dari sifat-sifat yang dicintai oleh Allah subhanahu wa ta’ala. Dengannya pula merupakan sebab seseorang dapat meraih berbagai kunci kebaikan dan keutamaan. Sebaliknya, orang yang tidak memiliki sifat lemah lembut, maka ia tidak akan bisa meraih berbagai kebaikan dan keutamaan.
    18 hours ago · Like · 2
  • Ratu Rimba Niagara PANTUN ORANG BERBUDI KITA BERBAHASA

    Orang berbudi kita berbahasa,
    Orang memberi kita merasa;
    Indahnya budi kerana bahasa,
    Bahasa jelek hati terasa.

    Budi dibalas racun berbisa,
    Lagi berbahasa lagi berbisa;
    Berkatalah pada reti bahasa,
    Nggak faham bisulah bahasa.

    Sejambak budi sejambak bahasa,
    Indahnya budi meresap ke hati;
    Tiada kata seindah bahasa,
    Bahasa indah harum di hati.

    Bahasa kukait dengan cinta,
    Budi kuhargai hingga ke mati;
    Indahnya bahasa kerana cinta,
    Indahnya cinta setulus hati.

    Hari-hari berbahasa indah,
    Serasa berada di taman Syurga;
    Semua temanku bermadah-madah,
    Madah pujangga bak penghuni Syurga.

    Bahasa mu indah menguntum senyuman,
    Senyuman berseri bak bulan purnama;
    Dalam hati kau teman idaman,
    Terpatri cinta di Syurga bersama.

    Hari-hari ku petik bunga bahasa,
    Lalu kukarang sejambak bahasa;
    Kuhadiahkan sejambak bunga bahasa,
    Teman istimewa tahu bahasa.

    Bahasa...oh! bahasa...oh! bahasa,
    Bahasa indah hadirlah di hati;
    Kuungkapkan indahnya bahasa,
    Bahasa hati pada yang mengerti,

    Duniaku dunia bahasa,
    Karyaku karya bahasa;
    Indahnya karya bahasa,
    Berartinya karya bahasa.

    Bahasa indah terkuntum senyuman,
    Setiap bahasa sentiasa dijaga;
    Kata-kata indah terukir senyuman,
    Pahala dibawa hingga ke Syurga. 

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    22 Oktober 2012
    (DISIARKAN DI WALL H.H HAJI HASSANAL BOLKIAH & PRINCE ABDUL MALIK & GROUP PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
    22 Oktober 2012
    October 22 at 12:52pm · Like · 2

    Ratu Rimba Niagara TERIMA KASIH KDYMM SULTAN HASSANAL BOLKIAH KERANA SUDI MEMBACA KARYA PATIK DAN SUDI IZINKAN KARYA PATIK BERSIARAN DI WALL TUANKU. MOGA ALLAH SWT SAJA YANG DAPAT MEMBALAS KEBAIKAN TUANKU. AAMIIN.

    MENULIS DAN BERBAGI KARYA APA YANG DITULIS ADALAH MINAT PATIK.

    (PETIKAN DARIPADA WALL H.H. HAJI HASSANAL BOLKIAH)
    11 Muharram 1434H
    25 November 2012M

    Like · · November 25 at 8:43pm near Kuala Lumpur ·

    (PETIKAN GALERI KESATRIA SASTRA DIRAJA NUSANTARA PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA & WALL KDYMM SULTAN HASSANAL BOLKIAH & PRINCE ABDUL MALIK)
    PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
    MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
    7 Safar 1435H
    10 Disember 2013M
    18 hours ago · Like · 3
  • Ratu Rimba Niagara WARKAH BALASAN UNTUK KDYMM STAR SAMU SAMU ADMIN GROUP RAJA AND SULTANATE OF NUSANTARA NASIONAL GATHERING 

    Bismillahirrahmanirrahim
    Waalaikumussalam Warahmatullahi Wabarakahtuh

    Kepada yang dimuliakan Tuanku Star Samu Samu...
    sebelum dimulakan bicara izinkan patik mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingganya kepada tuanku selaku admin group RAJA AND SULTANATE OF NUSANTARA NASIONAL GATHERING membenarkan patik menyiarkan karya-karya di group yang mulia ini sebanyak mana yang patik mampu. Patik amat terharu walaupun karya patik tidak di like dan diberi komentar tidak mengapa kerana tujuan patik menyiarkan karya bukanlah untuk mencipta nama atau untuk berbangga diri kerana menghasilkan karya yang banyak, tapi sebagai rakan FB dia sebagai pejuang sastra patik dan jika dia tidak mahu bekerjasama dengan patik sejujurnya patik terpaksa mencari pejuang yang lain bukan untuk memutuskan talisiraturrahim. Itulah bedanya rakan group dan rakan FB. Moga yang pernah menjadi rakan FB patik sudi maafkan patik ...patik tetap saudara seislamnya sampai ke Syurga In Shaa Allah Aameen. 
    Hingga sekarang rakan fb patik boleh dibilang dengan jari bukan tidak mahu terima sebagai rakan fb tapi fb patik adalah medan juang patik berkarya pelbagai tema andainya rakan fb patik tidak sudi memberi kerjasama pada patik tiada semangat setiakawan patik amat sedih dan lagilah sedih patik terpaksa berundur darinya kerana patik tiada masa hendak menanti sebuah persahabatan yang lesu kaku bisu tanpa bicara ....
    biarlah dia dengan kerjaya kesibukannya
    biarlah patik dengan kerjaya penulisan patik
    dia sibuk patik pun sibuk
    asalkan dia memaafkan patik
    asalkan patik maafkan dia
    asalkan dia faham siapa dia
    dia faham siapa patik
    bila sama-sama paham 
    tidak akan ada saling berdendam
    atau saling terasa hati
    bila tiada terasa hati
    di akhirat nanti tidaklah saling menuntut di hadapaan Allah swt 
    'YA ALLAH AKU MAHUKAN PAHALANYA YA ALLAH KERANA DIA SUDAH MENYAKITKAN HATIKU KETIKA DI DUNIA DULU' 
    Allahu Akbar jika inilah skrip yang akan dituntut di akhirat nanti amatlah rugi menjadi 'MUFLIS AKHIRAT' semua pahala yang dibuat dituntut oleh orang yang kita sakiti hati, mengumpat, menfitnah, mengeji, membuat onar dan suka berbahasa jelek, hina menghina seolah diri sendiri yang paling sempurna di dunia ini. 
    Moga Allah swt kurniakan patik rakan fb yang jiwanya SETIAKAWAN SAMPAI MATI SAMPAI SYURGA IN SHAA ALLAH AAMEEN.

    Tika nama patik dimasukkan ke group yang mulia ini, patik rasa teruja untuk menyiarkan karya-karya patik bertemakan diRaja samada dongeng atau realiti. Sejak dari dulu lagi patik memang suka mengarangkan tema diRaja sehingga mereka bilang patik adalah keturunan raja dan berdarah diRaja. Mereka bilang lagi jika bukan berdarah diRaja atau bangsawan tidak akan boleh berbahasa istana. Mereka tidak percaya bilamana patik bilang itu cumalah karya memegang watak ratu untuk menghayati watak raja dan ratu. Mereka tidak percaya ....sehingga ada yang bilang patik adalah keturunan Raja Mataram Kuno....Allahu Akbar tidak terpikir pun patik keturunan Raja Mataram Kuno.

    Walaupun patik bukan dilahirkan di Indonesia atau di Brunei dan tidak tahu sejarah Indonesia dan Brunei tapi patik terpanggil untuk mengarangkan kisah diRaja, Pemimpin, Kesatria dan Rakyat tapi mengikut ilham yang Allah swt Kurniakan.

    Yang lebih mengujakan dalam berkarya ...lagi patik siarkan karya kepada group group yang patik sertai lagi banyaklah ilham datang bertali arus sehinggakan patik tak tahu mana satu yang hendak didahulukan. Semuanya patik mahu karangkan . Andainya patik ini robot mahu patik menulis tanpa henti tapi robot pun pernah memberi amaran pada patik katanya ,"AWAK BUKAN ROBOT OK!" begitulah terujanya patik dalam dunia karya pujangga patik.

    Sebab itu patik percaya jika kita bersyukur nikmat Allah SWT akan ditambah lagi berganda ganda ALLAHU AKBAR Maha Pemurah-Nya Allah swt pada patik dan pada semua hamba-Nya jika tahu nikmat Syukur.

    Pengalaman patik di group ini jika tidak kerana dukungan dari tuanku barangkali patik sudah lama berundur diri bukan mengalah tapi sejujurnya patik tidak tega karya-karya patik dipersendakan dengan bahasa-bahasa yang jelek jelek...kenapa mereka mahu jelekkan karya sastera patik sedangkan patik tidak kenal pun mereka sedangkan karya patik tidak menjelekkan mereka ...karya yang patik karangkan adalah ilham dari Tuhan apa pun tema patik tulis dengan izin-Nya jua tanpa izin-Nya patik pasti tak bisa menulis walaupun sebaris ayat. Andai ada juga bahasa yang jelek juga patik tulis itulah adalah dari kelemahan patik sendiri dan patik amat percaya dan yakin jika bahasa yang baik patik tulis itu semua-Nya dari Allah swt sebab itu selagi karya yang baik, patik amat bersyukur sangat-sangat tanda patik hargai Kurniaan Ilham dari Allah swt.

    Budi bahasa tuanku STAR SAMU SAMU melayani semua ahli group amatlah patik kagumi dan rasa lebih terharu dengan sikap santun dan rendah dirinya tuanku kepada semua ahli group, tuanku anggap seperti saudara sendiri begitu juga dengan yang bukan beragama islam . Tuanku jalinkan ikatan persaudaraaan dalam persahabatan ALLAHU AKBAR moga Rahmat Kasih Allah swt melimpah ruah kepada tuanku sekeluarga Aameen. 
    Sejujurnya patik salute akan budi bahasa tuanku yang menghormati semua orang tidak kira siapapun mereka dan sentiasa menjaga hubungan silaturrahim Allahu Akbar moga Syurgalah tempat tuanku Aameen. Allah swt suka hamba-Nya yang berkasih sayang dan berkasihan belas kerana Allah Taala. Bagi patik memang layaklah tuanku dimartabatkan sebagai Raja yang berdaulat In Shaa Allah Aameen. Rakyat nusantara beruntung mempunyai seorang Raja yang berjiwa hamba Allah bukan meletakkan keduniaan di tempat yang pertama. Bukan keduniaan menjadi matlamat hidup yang sementara ini.

    Moga group yang tuanku wujudkan ini memberi manfaat dunia akhirat kepada semua ahli group dan memperteguhkan silaturrahim dalam iman sehingga akhir hayat dipertahankan . Aameen Ya Rabbal A'Lameen.

    RAJA DAN RAKYAT BERPISAH TIADA,
    RAJA MENGASIHI RAKYAT JELATA,
    RAKYAT MEMARTABATKAN INSTITUSI DIRAJA,
    KASIH RAJA DAN RAKYAT SAMPAI SYURGA.

    Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Daripada,

    RATU RIMBA NIAGARA
    PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
    MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
    AHLI GROUP RAJA AND SULTANATE OF NUSANTARA NASIONAL GATHERING
    7 Safar 1435H
    10 Disember 2013M
    16 hours ago · Edited · Like · 2
  • Steward Samu Samu "Sei hale hatu, hatu hale ei; Sei resi sou, sou resi ei." Kapata Ina Ama. (Siapa yang balik batu, batu akan balik dia; siapa yang salah bicara, ia akan dihakimi oleh pembicaraannya sendiri).
    16 hours ago · Unlike · 4
  • Ratu Rimba Niagara hehehe pandainya baby steward samu samu berkata-kata sambil baling batu ye...adui...sakitnya balingan batumu itu baby ...waduh besar nanti pasti kamu jadi putra yang ganteng berjiwa rakyat ye...sebab pandai berbicara sesantun ayahandamu ye....hehehe
    15 hours ago · Like · 3
  • Orgun Zaki Kebersamaan n Kegotong Royong'lh untk mengikt. Tali Persaudr'n Kita smua.... Sejahat-jht'y ap'pn Tuhn msh sja Mema'afkn!!!
    15 hours ago · Unlike · 2
  • Milton Samusamu ya aba ampunilah dia sebab dia lupa apa yg dia katakan.......
    14 hours ago · Unlike · 2
  • Steward Samu Samu Terimalah hormat dari ananda, Yang Mulia nan Bijak, Ratu Rimba Niagara. Yang Mulia Ratu Rimba Niagara, yang wajahnya bertampil di foto profil ini adalah bayi perempuan. Sekiranya tabiat putra melekat di wajah bayi ananda ini adalah semata-mata rahmat dari ALLAH, Sang Pencipta. Kiranya segala berkah hikmat dan kebijaksanaan dari ALLAH, Sang Pencipta senantiasa beserta Yang Mulia Ratu Rimba Niagara. Solo Hua....
    13 hours ago · Unlike · 2
  • Ratu Rimba Niagara Duhai bayi perempuan bila besar nanti jadi putri kesayangan ayahanda dan bunda ...moga dapat jadi putri soleha permata hati Rakyat Nusantara....sentiasa ambil peduli masalah rakyat yang dizalimi ya...Aamiin. Sayang putri soleha sampai kapanpun...selagi hayat di kandung badan....sampai Syurga kita berkasih sayang ya....Aamiin.
    11 hours ago · Edited · Like · 3
  • Steward Samu Samu Amin ya Amin ya Amin ya Amin. Asupu pine boka ra Ratu. Somba au ina sama anayan Upu Latu Samu Samu. na hurai yuri lete ra Ratu Rimba Niagara. Solo Hua... (Terima kasih Yang Mulia Ratu. Pujian beta keturunan Raja Besar Samu Samu. Segala kebesaran dari Aras Ketinggian melingkupi Yang Mulia Ratu Rimba Niagara. Terpujilah ALLAH...
    11 hours ago · Unlike · 3
  • Ratu Rimba Niagara Aamiin Aamiin Aamiin 
    Moga suatu saat nanti kita bisa ketemu di alam realiti menyambungkan talisiraturrahim di alammaya ya putriku nan comel dan baik hatinya Semurni Syurga....Aamiin.
    11 hours ago · Unlike · 1
  • Ratu Rimba Niagara Lupa mahu tanya nama putri siapa ya dan steward samu samu itu siapa pula ya dan nama bunda putri sapa ya...YM Star Samu Samu itu siapa pula pada putri ya...sekadar pengen berkenalan lebih dekat lagi ya putri...sayangku teruntuk untukmu putriku...
  • Dato' Eddie Napa tak buat bulan januari????
  • KuIntan Sari salam kanda.. dn seluruh kaum kerabat disana... semoga sihat semuanya.. _/\_ junjung kasih
  • Star Samu Samu Terima kasih dinda, salam hormat beta buat dinda serta keluarga di Sabah ya. Wassalam
  • Star Samu Samu Buat dinda. Ratu Rimba, biar cepat jelasnya:Steward Samu Samu,; adalah cucu beta, dan Bunda Putri,; adalah putri dari Steward Samu Samu (cicit beta). demikian dinda. Ratu Rimba Niagara.; Wassalam
  • Star Samu Samu dan Milton Samu Samu + Samu Samu Victoradalah cucu-cucu beta yang tinggal di Ambon. Demikian info sekilas buat dinda. Ratu Rimba Niagara. Wassalam

Belia Bangkit added a new photo.

Like ·  ·  · 22920242 · 13 hours ago · 

Sri Pemangku Adat was tagged in a photo.

wuhhh..handssome pK Den..
when you come to my house? because you have not been to my home
Unlike ·  ·  · about an hour ago · 
  • You and Azhari Ahmad like this.
  • Ratu Rimba Niagara PENDEKAR MELAYU AKU MENGAGUMIMU!

    PENDEKAR MELAYU AKU MENGAGUMIMU

    DEMI MENYOKONG PERJUANGANMU
    KAN KURENJISKAN TINTA BERDARAH
    DI SELURUH BENUA TANAH MELAYU NUSANTARA
    AGAR SEMUA PENDEKAR MELAYU TIDAK LAYU SEMANGATNYA
    SEBELUM TIBA MASA UNTUK BERJUANG DI MEDAN JUANG
    AYUH TERUSKAN API PERJUANGANMU MEMARTABATKAN
    INSTITUSI DIRAJA KESULTANAN MELAYU
    DENGAN KEGAGAHANMU SEBAGAI PENDEKAR MELAYU
    'LAKSAMANA HANG TUAH PERNAH BERSUMPAH
    TAK AKAN HILANG MELAYU DI DUNIA'
    MAKANYA TUGASMULAH DUHAI PENDEKAR MELAYU NUSANTARA
    MEREALITIKAN SUMPAH KERAMAT ITU MENJADI KENYATAAN !!!!!'
    SETIAP LANGKAH PERJUANGANMU
    ADALAH LANGKAH PERJUANGANKU JUA....
    ANDAI AKU GUGUR DI MEDAN JUANG...
    KESEMUA TINTAKU TERSIMPAN RAPI
    TUGASMU MENJAGA TINTA TINTA PENDEKAR YANG KUKARANGKAN INI
    DI JIWA SEMUA PENDEKAR MELAYU NUSANTARA
    AKU AMAT MENGHARAPKAN
    KAU GALAS AMANAHKU INI DENGAN IKHLAS
    DEMI TANAH MELAYU NUSANTARA TERCINTA
    DEMI ANAK BANGSA NUSANTARA YANG DIKASIHI DUNIA AKHIRAT

    BERKATA DENGAN MATA HATI AGAR TINGGI AKAL BUDI,
    PERJUANGANMU PERJUANGANKU,
    TAK AKAN TERHENTI,
    SEHINGGA KE TITISAN DARAH TERAKHIR KAU DAN AKU.

    RAKAN SEPERJUANGANMU,

    RATU RIMBA NIAGARA
    PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
    MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
    7 Safar 1435H
    10 Disember 2013M
    13 minutes ago · Like · 1
  • Ratu Rimba Niagara  PANTUN PAHLAWAN MELAYU PANTANG DICABAR!

    Batang jerami diberi madu
    Rebung seiris dimakan kuda
    Kalau kami diberi malu
    Ujung keris menikam dada
    By: Zairi Erie

    Ratu Rimba Niagara:

    Hujung keris menikam dada,
    Rela kumati jika itu mahumu;
    Niatku kepahlawananmu terus di persada.
    Tapi api cemburumu memakan diriku.

    "Silakan ...bunuhku segera...asal damai hatimu!!!!! i

    " Pendekar yang gagah perkasa tak akan lari dari medan perjuangan...
    makanya aku akan kejar kau sampai dapat agar kau tidak boleh lari lagi ke mana!

    Orang tua jangan disanggah,
    Budi baik jadi sanjungan;
    Kepahlawananmu aku bermegah,
    Matimu dalam kenangan.

    Jika dibiarkan keris bicara,
    Makanya akal fikiran ditolak tepi;
    Adat pahlawan membara-bara,
    Pantang dimalu terbakarlah hati.

    Pantang dimalu terbakar hati,
    Sebelum menfitnah berfikir dulu;
    Jangan diikut marah di hati,
    Apapun masalah berbincanglah dahulu.

    Bukankah kita sama se guru,
    Tapi perbedaan fahaman buatku celaru;
    Kau sentiasa perkasa selalu,
    Rendah diriku tak setandingmu.

    Merendahnya aku bukan bererti aku kalah,
    Mahu kufikirkan dulu apa bicara Si Tuah;
    Pahlawan Hang Tuah patut dimegah,
    Kernanya Melayu aman di bumi bertuah.

    Tanam pisang rapat-rapat,
    Air diteguk di tepi kali;
    Bersatu hati disetiap pendapat,
    Kebalnya pahlawan menjadi lali.

    Kepahlawan melayu sudah terbilang,
    Tiada tandingan di serata dunia;
    Pewaris melayu takkan hilang,
    Nenek moyang menyayangimu sentiasa.

    Makanya duhai pahlawan melayu,
    Bangkitlah dengan semangat juang yang tinggi;
    Jangan berleka dengan fikiran bercelaru,
    Perjuangan membela anak bangsa jangan terhenti.

    Biarpun tsunami datang membadai,
    Teruskan segala niat yang murni;
    Jiwa pejuang takkan terhenti,
    Selagi ada denyutan nadi.

    Malulah pahlawan jiwanya mati,
    Semangatnya lemah pabila dikeji;
    Apapun dihina tetap berjiwa pertiwi,
    Demi anak bangsa tak pernah terhenti.

    Pandainya kamu membalas pantun,
    Buat hatiku rasa terpegun;
    Budi bahasa mu penuh bersantun,
    Marilah kita berbalas pantun.

    Hari ini kata semangat,
    Esok hilang segala semangat;
    Budaya pantun harus diingat,
    Kerna pantun lambang semangat.

    Melayu juga bergurindam jiwa,
    Hinggakan jiwa melayang-layang;
    Gurindam jiwa mengusik jiwa,
    Mengundang rindu mengundang sayang.

    Bergurindam jiwa menyambung ukhwah,
    Ukhwah kepahlawanan semangat melayu;
    Keperkasaan pahlawan sentiasa dimegah,
    Berperasangka baiklah itu dimahu.

    Kenapa perlu kata begitu,
    Kail sejengkal jangan diduga laut yang dalam;
    Orang melayu selalu begitu,
    Yang kuperlukan sokongan mendalam.

    Tak kenal maka tak cinta,
    Dah cinta baru tahu;
    Bangsa melayu sentiasa kucinta,
    Dalamnya cintaku kau tak tahu.

    Aku berkarya berpantun sepenuh hati,
    Berkarya bukan sesuka hati;
    Jangan dipersendakan sama sekali,
    Rela kujauhkan dirimu jika diulangi.

    Kerna kurindu aku menulis,
    Kerna kusayang aku berkarya;
    Sayangku pada anak cucu setulus ikhlas,
    Makanya fahami aku bila aku berkarya.

    Jika benar kau pejuang bahasa melayu,
    Ayuh mari kita turun ke gelanggang;
    Gelanggang pantun budaya melayu,
    Bersama memartabatkan agar tak hilang.

    Bahasa melayu tak akan hilang,
    Jika bersatu hati mempertabatkannya:
    Ditutur dan ditullis jangan ikut senang,
    Moga menghasilkan kejayaan akhirnya.

    Duhai rakan seperjuanganku kita ke sini,
    Sekadar teman sehati sejiwa;
    Bagi menyokong segala yang murni,
    Bersama jalinkan ukhuwah sehati sejiwa.

    Duhai sahabat yang bijak berpantun,
    Jadilah dikau budayawan bangsa;
    Bakat yang ada jangan dipendamkan,
    Taburlah bakti pada anak bangsa.

    Terima kasih rakan seperjuanganku,
    Kerna sudi berkongsi karyamu;
    Syukur kau sudi berjuang bersamaku,
    Moga ikatan ukhuwah harum di kalbu.

    Karya Ratu Rimba Niagara
    7 November 2012

    (PETIKAN GALERI SASTERA PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
    MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
    25 Muharram 1435H
    29 November 2013M
    Photo
    Photos from Silat Pengantin's post in Sri Pemangku Adat
    Mohon dengan izin YTM � bahawa kami dari PERGURUAN SENI SILAT PENCAK BENTARA SELANGOR menyampaikan ucapan setinggi-tinggi TERIMA KASIH atas kehadiran YTM memberi derma dan sokongan kepada Persatuan kami, di cawangan Meru, Klang, Selangor, Malaysia. AMIN AMIN YA ALLAH.
    By: Silat Pengantin

    (PETIKAN DARIPADA GROUP SRI PEMANGKU ADAT , GROUP RAJA AND SULTANATE OF NUSANTARA NASIONAL GATHERING & GALERI KESATRIA SASTRA PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
    6 Safar 1435H
    9 Disember 2013M
  • أباه ايمان Batang jerami ambil dihulu, rebung sebatang dimakan kera.. tak ada maksud nak bagi malu,,kami datang nak jadi saudara..
  • Ratu Rimba Niagara Dari dulu sampai sekarang,
    Pahlawan melayu tak sudi berteman denganku;
    Dia pahlawan keris aku cuma pengarang,
    Makanya kegagahan pahlawan buatku malu.
    3 minutes ago · Like · 1

  1. TEATER BANGSAWAN DIRAJA.'AKU PENDEKAR DIRAJA BUGIS, 'KASIH RAJA PADA RAKYAT SAMPAI SYURGA'


    KASIH RAJA PADA RAKYAT SAMPAI SYURGA

    Rakyat berkorban demi raja,

    Raja berkorban demi rakyat;
    Raja dan rakyat berpisah tiada,
    Saling berbakti sepanjang hayat.

    ALLAHU AKBAR
    SESUNGGUHNYA ALLAH AZZAWAJALLAH AMAT SUKA
    HAMBA-NYA YANG BERKASIHAN BELAS
    SALING BANTU MEMBANTU TANPA MENGIRA SIAPAPUN DARJAT SESEORANG SEMUANYA SAMA DI SISI ALLAH SWT. BEGITU INDAHNYA ISLAM MENGAJAR KITA ARTI PERIKEMANUSIAAN
    'BERAT SAMA DIPIKUL RINGAN SAMA DIJINJING'
    ITULAH KEBAHAGIAAN DUNIA AKHIRAT

    SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
    SEGALA PUJIAN HANYALAH UNTUK ALLAH TUHAN SEMESTA ALAM.

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
    MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
    7 Safar 1435H
    10 Desember 2013M




























0 comments:

Post a Comment

 
;