Sunday, 13 April 2014

MH370 KESEDIHANMU KESEDIHANKU JUA


  1. UH -1Y tiba di DSA 2014
    2Unlike ·  · 
    • You and 239 others like this.
    • Ratu Rimba Niagara
    • Ratu Rimba Niagara Alahai bro janganlah skema sangat...bukan selalu pun siarkan karya...sebagai simpati kehilangan pada MH370
      takkan tak boleh. Cuba bayangkan MH370 ada keluarga bro tentu bro dalam kesedihan hingga saat ini kan3...kalau bro tak suka delete je ok...
    • Ratu Rimba Niagara YA ALLAH JADIKAN CINTA-MU DAN CINTA RASULULLAH MENJADI MATLAMAT HIDUPKU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
    • Ratu Rimba Niagara KAMI BERKONGSI KESEDIHAN DENGANMU MH370

      andai benarlah yang dijumpai itu MH370...

      kusampaikan AL-FATIHAH untuk semua penumpang dan anak kapal
      yang beragama Islam
      ucapan takziah kepada semua keluarga mereka
      yang bukan agama Islam moga bersabar menerima berita sedih ini
      kami penghuni dunia berkongsi kesedihan dengan kalian
      setitis air mata kalian
      kami pun menangis
      hati kalian remuk redam
      kami juga dapat merasai kesedihanmu
      semua-Nya sudah tertulis
      sabar ya....
      barangkali ada hikmah di sebalik-Nya...
      kami doakan keluargamu yang tersayang pergi meninggalkanmu
      dimasukkan Allah swt ke Jannah Aamiin

      "KAMI SEMUA SENTIASA BERSAMAMU SUDI BERKONGSI KESEDIHAN
      APA YANG DIRASAI OLEH SEMUA KELUARGA MH 370"

      DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS DARIPADA,

      RATU RIMBA NIAGARA
      PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA
      MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
      202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA
      18 Jamadilawal 1435H
      20 Mac 2014

      "We should never, ever give up hope" kata Datuk Seri Hishamuddin di Sidang Media #MH370 sebentar tadi. Biar apa pun kemungkinan yang berlaku, sama-sama sentiasa #DoakanMH370
    • Ratu Rimba Niagara MH 370 KEMBALILAH!

      MH 370 KEMBALILAH

      KAMI MENUNGGUMU
      PENUH RINDU
      PENUH HARAP

      SETIAP HARI 
      MENGHARAP TERUS MENGHARAP KEPULANGANMU
      SETIAP KALI BERITA TENTANGMU
      KAMI SENTIASA MENANTIKAN KESELAMATANMU 
      AGAR KAU DITEMUKAN DENGAN SELAMAT

      SEMUA AHLI KELUARGA
      TELAH KERING AIR MATA
      MENANGIS TANPA HENTI
      MENGINGATKANMU 
      TERUS MENANGIS...
      MENANGIS PENUH SEDU SEDAN
      DIRASAKAN DUNIA INI
      KELAM TENGGELAM DALAM KABUS MEGA SENJA

      MH 370 KAMI TAK MAHU KEHILANGANMU
      SEMUA AHLI KELUARGA MENYAYANGIMU
      MALAH SELURUH DUNIA MENYAYANGIMU
      BERDOA KEPADA TUHAN KAU PULANG DENGAN SELAMAT

      YA ALLAH
      SEGALA DI LANGIT DAN DI BUMI
      ADALAH DALAM GENGGAMAN-MU
      KAU YANG BERKUASA ATAS SEGALA-NYA
      BERILAH PERTUNJUK 
      DI MANA BERADANYA MH 370
      KALAU ADA DI LANGIT TURUNKANLAH
      KALAU ADA DI DARAT TUNJUKKANLAH
      KALAU ADA DI LAUT TIMBULKANLAH
      APAPUN TAKDIR KAMI TERIMA DENGAN REDHA

      YA ALLAH 
      DENGAN BELAS KASIHAN-MU
      SEMUA AHLI KELUARGA MH 370 
      AMAT MENYAYANGI DAN MERINDUI AHLI KELUARGA
      YANG HILANG...BELUM PUAS MERASA KASIH SAYANG 
      MEREKA YANG HILANG
      BERILAH PELUANG AGAR DIPINJAMKAN KASIH SAYANG MEREKA LAGI
      SESUNGGUH-NYA KAU MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG
      ANDAI ADA REZEKI UNTUK BERHIDUP BERKASIH SAYANG DENGAN 
      MEREKA SEMULA AMATLAH DISYUKURI 
      ANDAI TIADA HILANG TANPA DIKESAN
      KAMI REDHA YA ALLAH
      PASTI APA YANG KAU TAKDIRKAN 
      PADA YANG HILANG DAN YANG HIDUP
      ADA HIKMAH-NYA
      BERILAH KETEGUHAN IMAN KEPADA SEMUA AHLI KELUARGA MH 370
      AGAR MENERIMA TAKDIR INI DENGAN REDHA 
      SAMBUNGKANLAH KASIH SAYANG 
      ANTARA AHLI KELUARGA DAN YANG HILANG DI SYURGA
      AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN

      'KEHILANGANMU MENAUTKAN KASIH SAYANG SEDUNIA'

      KARYA RATU RIMBA NIAGARA
      PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA
      MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
      202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA
      10 Jamadilawal 1435H
      12 Mac 2014M
    • Ratu Rimba Niagara WARKAH PENGANTIN DARI SYURGA

      Bismillahirrahmanirrahim

      Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
      Kepada semua keluarga di bumi-Nya yang disayangi dunia akhirat...
      terima kasih kerana sudi mencari kami 
      terima kasih kerana sudi merindui kami
      terima kasih kerana sudi ambil perhatiaan pada kami

      Sememangnya kami merancang untuk berbulan madu di Beijing
      tapi apakan daya
      kami merancang Tuhan juga merancang
      benarlah perancangan Tuhan yang mesti kami imani

      Perancangan Tuhanlah yang terbaik untuk kami berdua
      Dunia kita berbeza kini
      SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
      kami berada di suatu tempat yang amat indah
      indahnya yang tak terjangkau di pemikiran kami
      cukuplah kami katakan pada kalian
      jika keindahan di dunia ini kamu melihat cantik itu hanya 1% saja
      99% ada di Syurga
      kami berada di Syurga
      bulan madu kami di Syurga
      kami bersyukur sebanyak-banyak-Nya ...
      musibah yang ditimpakan kepada kami
      berkat kami percaya dan yakin
      sabar serta redha akan janji-NYa Tuhan itu pasti
      bagi hamba-Nya yang mahukan ke jalan-Nya...
      maka Allah swt balas keikhlasan kami menuju ke Jalan-Nya
      kami pernah berjanji mahu sehidup semati bersama
      mahukan percintaan kami dapat diteruskan sampai ke Jannah

      SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
      ALLAH MAKBULKAN SUMPAH SETIA KAMI
      JANJI ALLAH ITU PASTI KAMI YAKIN ITU
      KINI KAMI TENANG DAMAI DI SYURGA-NYA 
      MENDAPAT REZEKI DARI-NYA TIDAK PUTUS-PUTUS
      MATI KAMI ADALAH MATI SYAHID
      ITULAH TAKDIR CINTA KAMI NAN INDAH DARI-NYA HADIAH DARI-NYA
      SUBHANALLAH ALHAMDULILAH ALLAHU AKBAR
      KEPADA KELUARGA TERSAYANG DI BUMI
      JANGANLAH BIMBANG KEHILANGAN KAMI YA...
      BERSANGKA BAIKLAH DENGAN ALLAH
      PASTI JIWAMU TENANG
      JIKA KALIAN SENTIASA BERSANGKA BAIK DENGAN ALLAH
      ALLAH AKAN MENENANGKAN JIWAMU
      REDHAKAN KEHILANGAN KAMI 
      PERCAYALAH KAMI MEMBAWA RINDU DAN KASIH SAYANG 
      KALIAN BERSAMA KAMI DI SYURGA
      KITA KAN BERTEMU DI SYURGA 
      KAMI MENANTI KALIAN DI PINTU SYURGA
      IN SHAA ALLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN

      KARYA RATU RIMBA NIAGARA
      4 JAMADILAKHIR 1435H
      4 APRIL 2014
      (PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK KELUARGA PENGANTIN SABARLAH YA TERIMALAH KETENTUAN DARI-NYA DENGAN REDHA YA)
    • Muhamad Firdaus hahaha lagi power watermark , ambik kau sape nk curi gambar ni hahaha .. Afiq Daniel ni yg buat aku tergila2 ngan heli , kalau dpt shoot mcm abg shah ni memang cantik mcm heli aku tu hehehe
      Like · Reply · 7 · 5 hours ago
    • N.S.Shah Image Utk Ratu Rimba Niagara kindly kurangkan post sajak yg tak berkaitan kat thread saya. Kalau ada kaftan Takpe. Kalau nk post.juga buka thread baru. Tq
      Like · Reply · 1 · about an hour ago · Edited
    • Like · Reply · 1 · 5 hours ago
    • Ahmad Mahzan Borhan Ini patut dipertimbangkan untuk pembelian bagi melengkapkan PUTD, TUDM, TLDM, APMM atau Marin.
      Like · Reply · 3 · 4 hours ago
    • Rambo Johnrambo I was remember this pic in time in war in vietnam...1970.
      Like · Reply · 2 · 4 hours ago
    • Wan Humaizi Gee Venom ke ni
      Like · Reply · 1 · 2 hours ago
    • Marzuq Ismail real deal ka full scale replica ?
      Like · Reply · 1 · 2 hours ago

    • Mohd Haikal Isa Cmon la ratu rimba, be mature.
    • Faralisa Damia Bosan la ado sajak gapo..ni thread sajak menyajak ke ..thread bcg pertahanan.
    • Pak Chuck Saya berpendapat kita stick to the topic of discussion la... Jenuh scroll nak dapatkan info petbincangan ttg heli ni
    • Mohd Fairuz Zainal Assalam, tuan untuk DCA event, pengunjung awam boleh masuk x? Ada tarikh utk pengunjung awam masuk? Terima Kasih
    • Mohd Hafizuddin Super huey...
    • Rambo Johnrambo Many of my army..dieds in wars.
    • Rambo Johnrambo Very good servicing..in wars vietnam.
    • Blacck Spectre Bell Huey.
    • Noor Hazri Ade lg heli ni?? Ingat dah x buat dah
    • Loong Deng Guang Malaysia nak beli ke? Package skali ngan Viper, huhu
    • Rosdeen Bassri Memang 4 bilah ye kipasnya???
    • Mohd Khairul Kamalludin Nampak lalu kat subang semalam ...
    • Arif Iskandar DSA ni dimana ye?
    • Kazo Orihime Huey....
    • Brad Megat Br td nampak terbang puas le fikir betul ke huey
    • SCorpene Knight viper tak singah ker tuan
    • SCorpene Knight viper x dating ker tuan
    • Ratu Rimba Niagara KEHILANGAN HULUBALANG RATU RIMBA NIAGARA 

      setiap pagi hulubalangku
      si kunta si kunte
      memetik mawar merah
      di taman istana
      Ratu Rimba Niagara
      mereka berdua berebut-rebut
      memberikan mawar merah padaku
      katanya
      "Ratu....kami akan setiap pagi
      memberikan mawar merah untuk ratu...
      sebagaimana wanginya mawar merah ini
      begitu jugalah ikatan rakyat rimba dan ratu
      sentiasa mewangi di hati
      bahasa yang wangi
      hati yang wangi
      sewangi Syurga
      andai suatu saat nanti kami tidak dapat
      memberikan mawar merah lagi
      ratu tetap juga sayangkan kami ya
      jangan lupakan kami ya...
      kenapa tuan hamba kata begitu
      duhai hulubalangku
      kunta kinte yang sentiasa menyayangi beta...
      tidakkah ratu tahu
      setiap yang hidup pasti akan mati
      hari ini kita hidup
      besok belum tentu hidup
      mati itu pasti
      tapi tak tahu bila
      bila-bila boleh mati
      mati itu seperti di balik tabir
      begitu dekatnya kematian bagi kita yang berhidup
      andai kami tiada lagi di dunia ini
      ratu jangan bersedih ya...
      percayalah kasih sayang dan rindu ratu pada kami
      akan kami bawa bersama....
      Dengan tangisan hiba Ratu Rimba Niagara berkata...
      Duhai hulubalangku yang kukasihi dunia akhirat...
      kasih sayang kita tak akan berpisah
      hanya kematian memisahkan kita
      andai disuruh buat pilihan
      kekayaan dan kekuasaan dengan kasih sayang kalian
      kan kupilih kasih sayang kalian
      kerana kasih sayang kalian
      tak dapat dibandingkan dengan harta, kuasa atau darjat
      kasih sayang kalian setulus ikhlas
      tanpa ada pendustaan dalam berkasih sayang...
      kerana terlalu kasih dan sayang
      pada kalian berdua
      biarlah beta yang mati dulu
      agar beta tak terseksa
      menanggung rindu atas
      kehilangan kalian berdua nanti...
      andai itu takdirnya beta redha
      moga Allah memberikan kekuataan untuk menerima
      kenyataan ketiadaan kalian ...
      Si kunta si kunte tidak tahan sebak di hati...
      Ratu...hidup kita ini semuanya sudah ditentukan...
      sudah ditentukan kita ditemukan
      walaupun kita berlainan takdir
      tapi bila Allah Kehendaki
      Allah tentukan kita bertemu
      walaupun Ratu manusia kami haiwan
      Atas Rahmat Kasih-Nya Allah
      kita ditemukan ratu....
      pasti ada hikmah-Nya...
      maka dengan rasa saling mensyukuri
      Kurniaan Allah ...kita hidup dalam berkasih sayang sejati
      seluhur ketinggian budi
      seindah bahasa-bahasa
      yang menenangkan roh dan jiwa
      komunikasi yang indah
      membuatkan kita sentiasa hidup
      dalam bersemangat
      untuk saling berkorban
      menabur bakti kepada semua rakyat rimba niagara ini
      tanpa tiada sesiapa pun yang dilupakan
      semuanya dihargai dan disanjungi setulus hati
      saling berkasih sayang
      saling berkorban untuk membalas kebaikan
      sentiasa berbakti seolah esok hendak mati
      itulah yang membuatkan hati kita sentiasa hidup ratu...
      itulah falsafah membuatkan
      sentiasa menjaga hati
      agar tak terlara hati
      yang ada
      sayang...sayang...sayang...
      kasih...kasih...kasih...
      sayang dan kasih sepenuh hati sampai ke mati
      dengan niat dan harapan
      kasih nan suci murni ini
      ingin di bawa sampai ke Syurga...
      doakan kami ya ratu
      moga kita dapat bertemu di Syurga...
      kami yakin di Syurga nanti
      apa-apa saja bisa
      walaupun di dunia ini kami haiwan
      atas kehendak Tuhan kami boleh menjadi
      bidadara atas fisabilillah kami membantu ratu tika di dunia dulu...
      kami yakin itu ratu...
      ratu juga yang ajar kami
      ilmu fasakkan tauhid di jiwa kami
      terima kasih ya ratuku
      ratu pujangga dunia akhiratku
      yang dikasiihi dunia akhirat...
      Mendengar kata-kata si kunta si kunte
      serasa terkunci mulutku
      hujahannya dalam ilmu tauhid
      begitu tinggi hingga aku terkedu
      andai benarlah mereka yang akan pergi dulu
      daripadaku...moga Allah berikan kekuatan aku
      menerima takdir dengan redha atas kematian mereka nanti...
      Sudah hampir sepurnama mereka hilang
      di lautan cinta ombak rindu
      tika mencari mahkotaku yang hilang
      di pukul ombak ....
      hari-hari aku berendam air mata
      seolah tidak menerima hakikat kehilangan mereka berdua
      tanpa dikesan...
      puas dicari namun tidak juga ketemu
      duniaku yang dulunya berpelangi cinta
      bertukar menjadi gerhana duka
      hatiku pilu bagaikan kaca terhempas di batu
      Kerana percaya ini semua atas Ketentuan-Nya...
      kuterima dengan redho...
      ini semua adalah qada dan qadar
      Seluas mana dan sedalam mana lautan hindi
      seluas itulah kasih sayangku pada mereka berdua
      moga dengan Rahmat Kasih-Nya Allah...
      aku dapat bertemu mereka Di Syurgawi...
      AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin...

      Yang sentiasa menyayangi hulubalang sasteraku,

      Ratu Rimba Niagara
      Pujangga Nusantara Cinta 5 Benua
      MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
      202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA
      27 JAMADILAWAL 1435H
      29 MAC 2014
    • Ratu Rimba Niagara MEDIA TAK PERNAH JEMU MENCARI MH370

      Adakah dunia sudah melupakan #MH370? Media sudah jemu?
      http://www.astroawani.com/.../sudah-lupakan-mh370-media...

      Sudah lupakan #MH370? Media sudah jemu?
      Hari ini hari ke-27, adakah benar dunia telah melupakan insiden kehilangan pesawat MH370? Adakah benar media sudah jemu menulis tentang pesawat itu? Persoalan itu dibangkitkan oleh...
      ASTROAWANI.COM

      MEDIA TAK PERNAH JEMU MENCARI MH370

      MH370 akan dicari sehingga ke lubang cacing
      kehilangannya misteri yang tak terjawab
      seluruh dunia mencari
      segala bukti gagal dibuktikan
      walaupun pelbagai usaha telah diusahakan
      segala aset dan alatan cangggih secanggihnya 
      yang digunapakai oleh kuasa dunia pun gagal dikesan
      kerajaan Malaysia terus menerus dipersalahkan
      media sampaikan yang berfakta saja 
      yang ada unsur memburukkan keadaan itu bukan media namanya
      jika media menyampaikan yang tak berfakta
      itu namanya media penipu
      media wakil suara rakyat
      tak akan pernah menipu 
      sebab itu rakyat dunia percaya pada media
      tabik hormat untuk semua media di dunia
      tugasmu memang mulia
      moga Allah swt membalas kebaikanmu AAmiin

      Kehilangan misteri MH370 
      amat misteri
      amat menyayatkan hati
      amat memilukan
      semua keluarga penumpang dan anak kapal MH370 berduka
      mereka sedih, pilu, rindu bagaikan mimpi kehilangan mereka
      semalam ada tiba-tiba hilang tanpa dikesan kemana ghoibnya
      jika mati mana kuburnya
      jika masih hidup di manakah mereka
      tanah pusara tak tahu di mana
      bukti kematian masih tak terjawab
      selagi tak jumpa selagi itu masih mengharap
      mengharap yang tersayang masih hidup
      itu harapan seluruh keluarga MH370
      setiap berita tentang MH370 amat dinanti
      dinantikan berita gembira 
      agar ada sinar pelangi cinta rindu 
      daripada keluarga yang terpisah sejak hampir sebulan
      sebulan ditunggu bagaikan seribu tahun 
      menanggung rindu tak tertanggung

      Airmata telah kering untuk ditangisi yang dirindu
      hari hari rindu...rindu...rindu...
      rindu pada yang hilang
      duhai MH370 yang dirindu 
      balasla rindu kami 
      kami rindukanmu MH370 
      balaslah rindu dan kasih sayang kami
      jangan menyepi tanpa sapaan
      TUHAN tolong kami TUHAN
      berilah pertunjuk di mana keberadaan MH370
      agar rindu kami tidak terdera terlara dalam luka pilu
      jika ada di laut timbulkanlah 
      jika ada di darat tunjukkanlah
      apa pun takdir yang KAU Tentukan
      kami redha kerana pasti ada hikmah-Nya...
      Kau mahu semua manusia di dunia ini
      tahu bahawa KUASA-MU MENGATASI SEGALA
      YANG ADA DI LANGIT DAN DI BUMI
      SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
      AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN

      Karya Ratu Rimba Niagara
      4 Jamadilakhir 1435H
      4 April 2014
      www.astroawani.com
      Hari ini hari ke-27, adakah benar dunia telah melupakan insiden kehilangan pesaw...See More
    • Ratu Rimba Niagara WARKAH PUISI UNTUK DATO' SERI HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN

      Bismillahirahmanirahim

      Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

      Yang Dihormati Dato' Seri moga selalu berada dalam Rahmat Kasih-NYa Allah swt di samping isteri tercinta. Aamiin.

      Sudah 36 hari kehilangan MH370 kehilangan yang tak dapat dikesan walaupun sudah diusahakan didayakan mencari hingga ke hujung dunia tapi tidak juga diketemui sehinggalah sekarang. Segala alatan canggih sudah digunapakai tapi masih belum berhasil.

      Berkali-kali sudah diketemui sebagai bahan bukti tapi masih lagi tidak menjadi bahan bukti yang mengesahkan itu adalah MH370. Denyutan kotak hitam katanya sudah berapa kali dapat dikesan tapi denyutan kotak hitam terus berhenti berdenyut tanpa dikesan.
      Ke mana hilangnya MH370? Amatlah misteri. Hanya DIA YANG MAHA TAHU.

      Yang duka kerana rindu terus merindu tiada penghujungnya
      yang mengharap terus mengharap agar dicari sehingga berjaya
      samada hidup atau mati mahukan jawapan yang pasti
      yang mencari terus mencari ke mana di mana ....?
      berputus asa tidak sama sekali...
      akan dicari walaupun hampir kecewa
      Oh! Tidak akan kecewa tidak sama sekali...
      demi tanggungjawab dan harapan seluruh keluarga MH370
      akan diusahakan tanpa berputus asa
      cuma yang dipohonkan kepada seluruh penghuni dunia 
      tolong doakan usaha kami agar berjaya mengesan dimanakah MH370
      Dalam usaha mencari ini janganlah membuat tohmahan , fitnah,
      merendah-rendahkan usaha kami....kami tak bersalah...
      kami pun tak tahu siapa yang patut dipersalahkan....
      bagi kami ini adalah suatu takdir yang telah ditentukan oleh Tuhan. 

      Dari-Nya kita datang dari-Nya kita dikembalikan.
      Hari ini kita hidup esok belum tentu kita akan hidup lagi. 
      Bagi yang beragama Islam akan mempercayai erti Qada & Qadar 
      tapi bagi yang bukan agama Islam pasti tidak akan dapat memahaminya. 
      cukuplah kami berkata sebagai "Takdir Yang Hilang."

      Kerana tidak mahu rasa berputus asa kami akan terus mencari dan mencari rakyat pula teruskan berdoa atas usaha pencariaan kami agar berjaya dengan izin dan ehsan-Nya. In Shaa Allah Aamiin.
      Setiap kejadian itu pasti ada hikmah-Nya. 
      dengan kehilangan MH370 seluruh dunia bergandingan berkerjasama
      membantu mencari MH370, rakyat yang dulunya tidak pernah mengenal alam langit dan dasar lautan sudah memahami-Nya secara tidak langsung mengaku KEBESARAN TUHAN MENCIPTA ALAM 
      sebegini unik, indah dan semua-Nya mengakui 
      KEBESARAN TUHAN ITULAH HIKMAHNYA kenapa TUHAN menguji kita .

      Setiap yang baik itu datangnya dari Allah swt
      yang lemah itu dari kekhilafan sendiri maka maafkan saya.

      Sekian. Wassalam.

      Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Daripada,

      Ratu Rimba Niagara
      Pujangga Nusantara Cinta 5 Benua & Seluruh Dunia.
      MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
      202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA
      13 JAMADILAKHIR 1435H
      13 APRIL 2014.

0 comments:

Post a Comment

 
;