DIRGAHAYU NEGARAKU DIRGAHAYU NEGARAMU (226) KITA SEMUA HAMBA TUHAN
KITA SEMUA HAMBA TUHAN
siapapun kita
kita adalah hamba Tuhan
bermatlamat jelas
bercita-cita menjadi penguhi Syurga-Nya,
selagi hidup
selagi itu ada peluang menempah tiket ke Syurga-Nya,
bila mati segala peluang terhenti
cukup setakat itu amalan kita
amalan banyak tidak diterima
amalan sedikit diterima
sikit atau banyak yang penting diterima-Nya,
bila sudah masuk ke alam barzah
urusan roh bukan urusan kita lagi
semua-Nya urusan Tuhan
si hidup tidak akan tahu
di manakah tempat roh si mati
itu semua rahsia TUHAN
moga Allah swt redhoi hidup dan mati kita
bila Allah swt redhoi hidup mati kita
In Shaa Allah Syurgalah tempat kita
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin
Karya Ratu Rimba Niagara
8 Syawal 1435H
4 Agustus 2014
0 comments:
Post a Comment