SASTERA ITU INDAH (42) KITA SERUMPUN
FROM NOTIFICATIONS
Oleh Abdul Rahim Haji Ismail, Salawati Haji Yahya, Hajah Saemah Kepli & Ampuan Irma Susanti Ampuan Hussain
Gambar oleh James Kon, Salawati Haji Yahya & Hajah Saemah Kepli
BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Feb – Pengibaran bendera negara bagi seluruh rakyat dan penduduk serta sektor awam dan swasta di negara ini, sempena sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-31 bagi tahun 2015, bermula hari ini dengan Upacara Menaikkan Bendera Besar di Kawasan Lapang Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah di ibu negara.
Hadir selaku tetamu kehormat di upacara itu ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd Yusof.
Turut hadir ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah, Timbalan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datin Paduka Hajah Adina binti Othman, ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, para setiausaha tetap, timbalan setiausaha, pegawai-pegawai daerah, wakil jabatan kerajaan dan swasta, para penghulu mukim serta ketua kampung.
Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dato Paduka Dr Haji Affendy bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin selaku pengerusi bersama majlis, ketika menyampaikan ucapan alu-aluan di majlis berkenaan berkata tanggungjawab untuk mengibarkan bendera pada hari-hari kebesaran negara, seperti sambutan Hari Kebangsaan, tidak sepatutnya dipandang ringan atau tidak diambil endah.
Ini kerana bendera kebangsaan adalah keagungan bangsa, simbol kedaulatan, penghormatan dan martabat bagi sesebuah negara yang patut dijunjung dan dijaga nilai-nilai kemurniannya dengan mewujudkan rasa bangga dan menanamkan semangat patriotik terhadap bendera negara yang menjadi identiti kebangsaan.
Menurut beliau, setiap orang yang bernaung di bumi Negara Brunei Darussalam harus berbangga kerana bendera negara berkibar dengan megah mewarnai suasana kehidupan yang aman damai dan harmoni.
Menurut beliau, setiap orang yang bernaung di bumi Negara Brunei Darussalam harus berbangga kerana bendera negara berkibar dengan megah mewarnai suasana kehidupan yang aman damai dan harmoni.
Kenikmatan itu juga melambangkan keagungan syiar Islam dengan mendukung konsep Melayu Islam Beraja, katanya sambil menambah, perkara ini sesuai dengan cogan kata yang ditulis dalam panji-panji yang bermaksud “sentiasa membuat kebajikan dengan petunjuk Allah” dengan penuh pengertian bahawa sebagai rakyat dan penduduk di negara ini, kita sentiasa berkhidmat, berbakti dan berjasa kepada raja, agama, bangsa dan negara dengan bimbingan serta petunjuk Allah.
Beliau seterusnya menjelaskan mengenai rasional tema ‘Generasi Berwawasan’ dikekalkan lagi bagi sambutan tahun ini yang menggambarkan penekanan dan tumpuan semua pihak terhadap penghayatan tema berkenaan dalam mengajak semua orang menjunjung taat setia kepada raja, bangsa dan agama sambil menanamkan rasa cinta dan kasih kepada generasi akan datang.
Sementara itu, Yang Berhormat Pehin Haji Hazair dalam perutusan sempena upacara itu berkata, Upacara Menaikkan Bendera Besar sangat sinonim dengan permulaan kepada acara-acara sempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam sebagai satu penzahiran rasa cinta dan semangat patriotisme seluruh rakyat terhadap negara.
Beliau menegaskan, biarpun acara itu disambut setiap tahun, namun semangat mengibarkan bendera harus sentiasa dibaharui dan dizahirkan dengan penuh semangat patriotisme yang sejati.
Upacara telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan doa selamat oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, Mudim Haji Amran bin Haji Mohd Salleh.
Sejurus itu, para hadirin menyaksikan perarakan masuk anggota Tentera Laut Diraja Brunei bagi upacara penyerahan dan penerimaan bendera besar Negara Brunei Darussalam kepada tetamu kehormat majlis, disusuli dengan upacara menaikkan bendera besar diiringi nyanyian lagu kebangsaan ‘Allah Peliharakan Sultan’ oleh kumpulan koir serta pancaragam Pasukan Polis Diraja Brunei.
Pengibaran bendera sempena sambutan Hari Kebangsaan merupakan sesuatu yang simbolik dan platform untuk seluruh rakyat dan penduduk dalam menyatakan dan menzahirkan perasaan cinta dan semangat patriotik mereka kepada raja, negara, bangsa dan agama.
Amalan itu juga merupakan kesatuan dan perpaduan dalam mempertahankan kemerdekaan, kedaulatan dan identiti bangsa.
Selepas upacara menaikkan bendera besar di ibu negara, majlis menaikkan bendera dan pengagihan bendera negara peringkat daerah turut diadakan di keempat-empat daerah.
News Feed
RECENT ACTIVITY
PINNED POST
News Feed
FROM NOTIFICATIONS
- Today
- Yesterday
Rabeah Binti Mohd Ali shared Alam Pren Adni Mpn's post.
2 hrs ·
NANDA ALAM PREN ADNI MPN KAMULAH WIRA NUSANTARA PEMIMPIN ABAD KE-21 YANG DINANTI-NANTIKAN KARENA SUKSESMU ADALAH SUKSES UNTUK SEMUA ANAK-ANAK NUSANTARA. MOGA TERUS SEMANGAT UNTUK SUKSES DUNIA AKHIRAT. AAMIIN.
NANDA ALAM PREN ADNI MPN KAMULAH WIRA NUSANTARA PEMIMPIN ABAD KE-21 YANG DINANTI-NANTIKAN KARENA SUKSESMU ADALAH SUKSES UNTUK SEMUA ANAK-ANAK NUSANTARA. MOGA TERUS SEMANGAT UNTUK SUKSES DUNIA AKHIRAT. AAMIIN.
saya doakan-indonesia memiliki pemimpin yang anak muda perkasa di masa depan-amin---- pemuda -kaulah orangnya=liker juga----semoga kaliyan menjadi pemimpin masa depan indonesia kita- muda-mudanya-mudahan muda mudahan kita memilikinya-amin-sejara bicara indah-indonesia semoga memiliki pemimpin muda- salam kedewasaan kepemimpinan dan kejiwaan -kepemudahan yang tanggu pula masadepan indonesia harus tanggu-salam sukses
PETIKAN WALL GRUP SRI PEMANGKU ADAT, ODAN ANAK BATU BARA YANG SETIA, ALAM PREN ADNI MPN, RATU RIMBA NIAGARA & GRUP PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
20 RABIULAKHIR 1436H10 FEBRUARI 2015
0 comments:
Post a Comment