Assalamualaikum WMHWRKT & Salam Hormat Salam Sejahtera kepada rakan2 grup sekalian Yang Mulia Mulia ini, daripada Pentadbir; DEWAN ISTIADAT SAORAJA ADAT KARAENG (DISAKA) MALAYSIA.
PENGERTIAN ADAT ISTIADAT DALAM ADAT KARAENG BAGI WANGSA BUGIS MELAYU.
Di Malaysia, lazimnya Adat Istiadat bagi Wangsa Bugis Melayu yang diguna pakai ialah Adat Karaeng, iaitu bermula dari tahun 1722 dalam masa pemerintahan Tun Abbas ibni Sultan Abdul Jalil IV iaitu Raja Bendahara Pahang. Maksud ADAT ialah kebiasaan turun temurun yang dipakai dan diikuti atau dilakukan berulangkali, beberapa lama oleh sesuatu suku iaitu kaum keluarga dan kaum kerabat sehingga dijadikan kebiasaan, seperti adat perkahwinan, menyambut kelahiran bayi, berkhatan dan lain-lain. Manakala ISTIADAT pula ialah sesuatu kebiasaan yang diambil dan dipilih daripada adat resam, diatur dan disusun sehingga tercipta sempurna dan lengkap menjadi istiadat yang dikhaskan untuk upacara-upacara ritual pertabalan pemerintah adat seperti Raja Pesaka Adat, Penghulu Pesaka Adat dan Penggawa Pesaka yang diketahui daripada sejak dahulu menjadi ketua adat istiadat dan jua ketua kepada orang besar yang dikurniakan gelar adat oleh Lembaga Adat Karaeng, menurut adat istiadatnya. Mereka juga menjadi ketua agama islam kepada kaum keluarga dan kaum kerabat dan umumnya masyarakat pengamal Adat Karaeng. Adat Istiadat dalam Adat Karaeng adalah hak dan kepunyaan mutlak Wangsa Bugis Melayu, dan Pemerintah Adat berkuasa menitahkan (mengarahkan) sama ada adat istiadat itu hendak dipakai dan dijalankan dengan sepenuhnya atau tidak, pada mana-mana majlis istiadat yang diadakan untuk menzahirkan kebesaran dan kemuliaan darjat dan darjah golongan Pemerintah Adat Karaeng. Adat istiadat itu dipelihara, dilindungi dan dilestarikan kesempurnaannya oleh Lembaga Adat Karaeng sejak dahulu kala. Adat Istiadat Karaeng ini adalah diwarisi daripada pusaka nenek moyang (leluhur) bagi Wangsa Bugis Melayu. Diperjelaskan seperti berikut:-
Tingkat-Tingkat Gelar Adat Dan Kuasa Mutlak Sebagai Pemerintah Adat Karaeng Iaitu:
Pertama (1) :
Yang Teramat Mulia (Y.T.M.) Raja Pesaka Adat adalah bergelar Y.T.M. Tuan Sri Paduka Sri Pemangku Adat (Sri Pemangku Adat).
Kedua (2) :
Yang Amat Mulia (Y.A.M.) Penghulu Pesaka Adat adalah bergelar Y.A.M. To' Sri Paduka Pemangku Adat (Pemangku Adat).
Ketiga (3) :
Yang Mulia (Y.M.) Penggawa Pesaka Adat adalah bergelar Y.M. To' Paduka Mangku Adat (Mangku Adat).
Gambar2 yang dipamerkan sekadar informasi sahaja.
0 comments:
Post a Comment