Saturday, 14 February 2015

SASTERA ITU INDAH (71) FENOMENA LUAR BISA DI PENGKEBUMIAN TUAN GURU NIK AZIZ



SASTERA ITU INDAH (71) FENOMENA LUAR BISA DI PENGKEBUMIAN TUAN GURU NIK AZIZ



Fenomena luar biasa di pengkebumian Nik Aziz

Madiha Abdullah - Saturday, February 14, 2015
fenomena-luar-biasa-di-pengkebumian-nik-aziz
Pemergian Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat ditangisi bukan sahaja rakyat Kelantan yang pernah berada di bawah naungan pentadbirannya, tetapi juga seluruh umat Islam. Masakan tidak, Allahyarham dikenali dan dihormati kerana ketinggian peribadi dan akhlak, pegangan agama dan curahan ilmu yang bukan sedikit.

Di laman sosial, pelbagai cerita yang dikongsi tentang Allahyarham; segala kebaikan dan tunjuk ajarnya. Namun apa yang dikongsikan seorang pengguna Facebook dengan nama Engku Seri Kelantan ini, mungkin juga petunjuk betapa besar kekuasaan Allah, mengangkat darjat mereka yang dikehendakiNya.

Menurut cerita Engku Seri Kelantan;

1. Cuaca ketika majlis pengkebumian Allahyarham sangat panas. Namun, ketika Allahyarham yang diusung dalam keranda tiba di tanah perkuburan, awan tebal mula menutupi hanya kawasan perkuburan. Ketika itu udara di dalam khemah di mana jenazah diturunkan ke liang lahad, sangat sejuk seperti berada di dalam penghawa dingin.

2. Sejurus jenazah diturunkan ke liang lahad, ramai dapat melihat dan merasai angin bertiup keluar dari arah khemah dengan membawa bersama udara sejuk.





Seorang lagi pengguna Facebook dengan nama Norrihan Mat Rahik turut berkongsi cerita tentang dua ekor burung yang terbang dalam bulatan, di atas keranda Almarhum ketika diusung ke tanah perkuburan. Seperti Engku Seri Kelantan, dia turut bercerita tentang rasa sejuk seperti berada dalam penghawa dingin di kawasan perkuburan.

Manusia mati meninggalkan nama, dan nama yang ditinggalkan Allahyarham begitu harum dan akan terus menjadi wadah inspirasi, khususnya buat seluruh umat Islam.

Foto: The Star, rakyatnews, negarakita.com

Kredit Facebook Engku Seri Kelantan, Norrihan Mat Rahik











































w
BAHAGIAKU ADALAH MENGGAPAI SEBANYAK MANA BINTANG DI LANGIT KE TUJUH LALU DIBAGI-BAGIKAN KEPADA SELURUH PENGHUNI BUMI TERCINTA. ALLAHU AKBAR AAMIIN.
KITA SERASI BERSAMA DALAM KEIMANAN DEMI CINTA PADA-NYA AGAR DAPAT DISEBAR LUASKAN DI SERATA DUNIA ALLAHU AKBAR AAMIIN
ALLAH IZINKAN AKU MENGINGATI-MU DALAM APA JUA KEADAAN KERANA AKU MAHU MATI DALAM IMAN AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
 ...Continue Reading

As-Salam semua. Mulakan hari dengan Bismillah. #SalamMuslim #PencetusUmmah #SeruDenganHikmah
As-Salam semua. Mulakan hari dengan Bismillah. ‪#‎SalamMuslim‬‪#‎PencetusUmmah‬ ‪#‎SeruDenganHikmah‬
Like ·  · 

0 comments:

Post a Comment

 
;