Thursday 12 February 2015

SASTERA ITU INDAH (66) HOPE ALLAH TAKE HIM IN JANNATUL FIRDAUS AAMIIN


SASTERA ITU INDAH (66) HOPE ALLAH TAKE HIM IN JANNATUL FIRDAUS AAMIIN


RECENT ACTIVITY

Unlike · 
FROM NOTIFICATIONS
TEATER BANGSAWAN DIRAJA, 'DARI ALLAH KITA DATANG DARI ALLAH KITA DIKEMBALIKAN,' Karya Ratu Rimba Niagara, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nikmat, Kdymm Sultan Kelantan, PM Najib Razak & Lang Kelana
"BERIBADATLAH SEPERTI KITA AKAN MATI ESOK"
"Kita kena ingat mati, supaya perasaan untuk mengejar ilmu di dunia dan akhirat akan sentiasa menjadi keutamaan.
Beribadahlah seperti kita akan mati esok." - Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nikmat
Tuanku Sultan sedang membaca Surah Yaasin semasa baginda melawat Tok guru Nik Aziz.... Allahu Akhbar - Kdymm Sultan Kelantan
"Innalillahiwainnailaihirajiun. Saya amat sedih mendengar berita kepulangan Tok Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat ke rahmatullah. Hari ini Malaysia telah kehilangan seorang pemimpin dan ilmuwan Islam yang banyak berjasa.
Walaupun kami berbeza pendapat dan pandangan, tetapi kami berkongsi impian untuk Malaysia kekal sebuah negara Islam yang aman dan makmur. Saya doakan semoga roh Allahyarham Nik Aziz dikurniakan husnul khotimah dan ditempatkan bersama para syuhada di Syurga Al-Jannah. Al-Fatihah." -PM Najib Razak
MOGA MATI DALAM KHUSNOL KHOTIMAH
Mengingati mati adalah guru untuk muhasabah diri
akan terhakis segala keegoan diri
semasa hidup semua dimiliki sudah tiada
gagah perkasa jadi kaku
berkuasa jadi beku
petah bicara jadi bisu
hebat kecantikan bakal menjadi kenduri ulat kubur
siapa pun status darjat setinggi-tinggi hingga serendah-rendah
semuanya bakal menjadi tengkorak
sekelip mata yang dibanggakan semasa hidup tiada lagi setelah mati
jadi apa yang hendak dihairankan dengan kehidupan sementara ini
Aku kamu dan semua akan mati
tapi tak tahu bila
bila-bila masa boleh mati
tua muda
kaya miskin
semuanya mati
pasti mati
tapi tak tahu bila
selagi belum mati
selagi itu TUHAN
masih beri peluang untuk memiliki Syurga-Nya...
'Allah tidak mengira bermulanya kamu
Allah mengira berakhirnya kamu,'
Andai hidup kamu diawali dengan amal soleh
tapi di akhir hidup kamu di akhiri dengan kejahatan
maka nerakalah tempat kamu
Andai hidup kamu diawali dengan kejahatan
tapi diakhirnya hidup dalam kebaikan
maka Syurgalah tempat kamu
tapi jika kamu dimasukkan ke Syurga
sedangkan di awalnya kamu tidak taat kepada TUHAN
walaupun di masukkan ke Syurga
pasti menyesal kerana tidak puas beribadat kepada TUHAN
cuma di saat-saat akhir saja
begitulah indah-Nya beribadat dari awal hingga ke akhirnya
hidup dalam khusnol khotimah
kebaikan...kebaikan...kebaikan
hanya kerana-Nya hanya untuk-Nya...
Ketika jasad ditanya soalan kubur
gagal menjawab soalan kubur
terseksalah jasad
menanggung azab
terbuka pintu neraka
bahang api neraka
terus ke kubur
lalu tanah kubur menghimpit
hingga ke tujuh petala bumi
menanggung azab kubur
sehingga HARI KEBANGKITAN
Kepada ahli kubur
yang berjaya menjawab soalan kubur
di buka pintu langit Syurga...
terus ke kubur
bercahaya...cahaya..cahaya...
di luaskan seluasnya
menjadi taman Syurgawi
nan indah
beradu bagaikan
bidadara (ahli kubur hamba Allah soleh)
bidadari (ahli kubur hamba Allah soleha)
merasa kenikmatan alam kubur sehingga HARI KEBANGKITAN.
Memang menakutkan bila gagal menjawab soalan kubur
Memang membahagiakan bila dapat menjawab soalan kubur
Gagal atau berjaya
bergantung kepada amalan masing-masing
kerana itu siapapun kita
tidak boleh menghukum
siapa ahli Syurga
siapa ahli neraka
kerana diri sendiri pun tidak tahu apakah lulus soalan kubur
setelah mati baru tahu lulus atau tidak menjawab soalan kubur
kita tulus atau tidak
kita tidak dapat beritahu mereka yang hidup
bagaimana kita sekarang
kerana bila sudah mati
hubungan dengan manusia yang hidup telah terputus
cuma yang mati
hanya mendapat saham kubur yang berterusan bilamana semasa hidup dia
bersedekah jariah
ilmu yang bermanfaat yang ditinggalkan
anak-anak soleh dan soleha mendoakannya...
jika semuanya tiada bergantung haraplah kepada amalannya saja...
sebab itu semasa ada peluang hidup
yang banyak harta bersedekah jariahlah
yang banyak ilmu sebar-sebarkanlah walaupun sebaris ayat
yang ada anak didiklah menjadi anak soleh dan soleha
walaupun sudah mati seribu tahun saham akhirat akan berterusan...
"BERIBADATLAH SEPERTI KITA AKAN MATI ESOK"
DITULIS UNTUK MUHASABAH DIRI SENDIRI LALU DIKONGSIKAN KEPADA SAUDARA SEISLAM YANG KUSAYANGI DUNIA AKHIRAT
JIKA DITANYA ALLAH NANTI
"DUHAI HAMBAKU ADAKAH ILMU YANG KAU KETAHUI DISEBARKAN?
HANYA ENGKAU DAN RASUL MENJADI SAKSI YA TUHANKU.... "
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
"SETIAP YANG BAIK DATANG DARI ALLAH
YANG LEMAH ITU DARI KELEMAHAN SAYA SENDIRI
MAKA SAYA MINTA MAAF ATAS SEGALA KELEMAHAN SAYA
SEPANJANG BERSIARAN KARYA."
SAHABAT DUNIA AKHIRATMU YANG INGIN SETIA DENGANMU,
AKU HAMBA ALLAH SEPERTI KAMU JUGA
SEBAGAIMANA KAMU INGIN MATI DALAM KHUSNOL KHOTIMAH
BEGITU JUGA AKU
MAKA DEMI-NYA KITA SERASI BERSAMA HINGGA JANNAH
ALLAHU AKBAR AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
30 SAFAR 1436H
23 DISEMBER 2014
SUBHANALLAH INDAH-NYA CAHAYA CINTA ALLAH UNTUK SEMUA HAMBA-NYA
Pradita Fia and Lang Kelana like this.
Lang Kelana Assalamualaikum bonda indah bercahaya meliputi ruang 7petala langit 7petala bumi.kalam bonda menusuk menikam menusuk kalbu hanya air mata berderai diribaan menjadi saksi di padang masyar nanti ingatan suci bonda amiin
Rabeah Waalaikummussalam wr wb nanda...moga Allah swt memakbulkan doa nanda dan yang membaca kalam yang bonda tulis. Dengan izin Allah jua bonda bisa menulis seindah ini...Syukur Allah syukur sebanyak-banyak-Nya. Allahu Akbar AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin.
PETIKAN WALL RATU RIMBA NIAGARA
30 SAFAR 1436H
23 DISEMBER 2014
PETIKAN PAGE PM KDYMM SULTAN KELANTAN, TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT, PM NAJIB RAZAK & RATU RIMBA NIAGARA
23 RABIULAKHIR 1436H
13 FEBRUARI 2015
(KARYA DISIARKAN PULANG KERAHMATULLAH TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT - AL FATIHAH MOGA DITEMPATKAN BERSAMA ROH-ROH YANG BERIMAN DIMASUKKAN KE JANNAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN)
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia pada 9.40 malam tadi di kediamannya di Pulau Melaka, Kelantan.
ASTROAWANI.COM
Like ·  · 
PETIKAN WALL GRUP KOMUNITAS KEDATUN KEAGUNGAN CINTA BUDARA & GRUP RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
23 RABIULAKHIR 1436H
13 FEBRUARI 2015

0 comments:

Post a Comment

 
;