SASTRA ANUGERAH ILAHI (249) ADAKAH TERALITI RMK11
News Feed
6 strategi tumpuan dalam #RMK11 merangkumi setiap cabang dalam usaha kita untuk mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi.http://najibrazak.com/…/pembentangan-rancangan-malaysia-ke…/ - Admin
ADAKAH TEREALITI RMK 11
RMK11 berpaksikan rakyat...
benarkah?
jika benar kenapa di page PM Najib Razak...
rakyat bagaikan tak sejahtera
rakyat bagaikan memberontak?
jadi bagaimana RMK11 yang dirancangkan oleh kerajaan
boleh berjaya...
baru dicadangkan dan cadangan diterima rakyat tetap tak bersetuju
apa yang menyebabkan rakyat tak bersetuju
komen-komen rakyat sudah menjelaskan
kerajaan saja kata berpaksikan rakyat
tapi rakyat tetap menafikan
RMK 11 jika terlaksana
menjelang 2020 rakyat bependapatan tinggi
itulah motif kerajaan
mahukan rakyat memiliki rumah mampu milik
dengan rakyat berpendapatan RM5,000.00 sebulan
jika RM5,000.00 rakyat secara tidak langsung
BRIM tidak perlu lagi diberikan kerajaan?
adakah ini akan terealiti?
jika terealiti Syukur Alhamdulillah
impian kerajaan menjadikan Malaysia negara maju pun terlaksana
secara tidak langsung miskin tegar dapat dibasmikan
tapi sebelum RMK11
menjelangnya 2020
PRU 14 tidak menyebelahi BN lagi bagaimana?
pasti hancur semua RMK 11
apatah lagi menjelang 2020 rakyat bependapatan tinggi
Gara-gara GST BN kalah teruk...
pembangkang ambil alih kerajaan
DAP menang
PKR menang
PAS menang
BN kalah
Pemimpin BN termenung dengan impian tak kesampaian ,
negara tetap juga kucar kacir kerana masing-masing masih mahu
melobi merampas kuasa sesama sendiri....
bukan saja GST dikekalkan, klinik 1Malaysia semua diswastakan,
Rumah Prima , Letrik, Air, Pengangkutan semua swasta...siapa yang menjadi mangsa rakyat juga...
Masa tu tak usah cakaplah....
sana sini ada perhimpunan rakyat...
tapi suara rakyat tenggelam
silap haribulan jadi nasib seperti Rohingya
jika rakyat Malaysia terutama bangsa melayu jadi seperti Rohingya
nak lari negara mana?
negara mana nak melindungi
belum sampai ke negara di tengah lautan sudah diltenggelamkan
Sebelum terjadinya begini
marilah sama-sama kita fikir
baik di pihak kerajaan atau pun rakyat
adakah BN yakin boleh menang PRU14?
jika yakin salute untuk kesemua pemimpin BN,
jika tak yakin boleh menang
berilah peluang kepada pemimpin lain di kalangan BN memegang
tampuk kepimpinan
memanglah pemimpin itu penting
tapi jika rakyat tak suka pemimpin
parti akan kalah
jika parti kalah
pemimpin pun kalah
jika parti menang
pemimpin pun menang
pemimpin boleh berganti
tapi parti tak boleh berganti
jika parti berganti
RMK11 dan 2020 rakyat berpendapatan tinggi
cuma tinggal impian yang tak kesampaian....
'YANG MENCINTAI NEGARA & RAKYAT MALAYSIA DEMI-NYA'
Karya Ratu Rimba Niagara.
3 Syaaban 1436H
22 Mei 2015
(PUISI DIILHAMKAN UNTUK SEMUA PEMIMPIN & RAKYAT MALAYSIA, JIKA ANDA ADA IDEA YANG BERNAS BERILAH PENDAPAT ANDA PADA PUISI INI DENGAN BAHASA TIDAK MERENDAH-RENDAHKAN MANA-MANA PIHAK, BERBAHASA PENUH SANTUN ADALAH ADAP DAN BUDAYA RAKYAT MALAYSIA).
PETIKAN PAGE PM NAJIB RAZAK & RATU RIMBA NIAGARA
3 SYAABAN 1436H
22 MEI 2015
0 comments:
Post a Comment