Saturday, 23 May 2015

SASTRA ANUGERAH ILAHI (266) PUISI RATU RIMBA NIAGARA DISIARKAN SEMPENA HARI ULANG TAHUN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI (ABDB) KE 54



SASTRA ANUGERAH ILAHI (266) PUISI RATU RIMBA NIAGARA DISIARKAN SEMPENA HARI ULANG TAHUN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI (ABDB) KE 54
(BAHAGIAN 1)

Maju terus wahai tentera tentera sultan al fatih.. We proud of you
Unlike · Comment ·  · 33514
  • Share in a group
    Group:

13 hrs · 
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Majlis Santap Malam Beradat Sempana Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang ke 54 Tahun bertempat di Mess Pegawai Berakas Garison
Unlike · Comment ·  · 1,6295068
  • Rabeah Binti Mohd Ali
    Write a comment...
  • Rabeah Binti Mohd AliPERSEMBAHAN BANGSAWAN DIRAJA GURINDAM JIWA UNTUK PARA KESATRIA DIRAJA SENUSANTARA

    PERMATA SYURGA-MU


    Bunda...
    Nanda rindukan ayahanda

    Sabarlah nanda...
    Ayahandamu pergi di medan juang
    Membela ibu pertiwi

    Nanda...
    Sudah dewasa nanti jadilah seperti
    Ayahanda membela nusa dan bangsa
    Demi kesejahteraan rakyat jelata

    Bunda...
    Adakah nanda dilahirkan kedunia ini
    Untuk menjadi kesatria seperti ayahanda

    Iya nanda...
    Sudah dewasa nanti
    Nanda mesti jadi seperti ayahanda
    Seorang kesatria berjiwa rakyat
    Kehidupannya didambakan untuk rakyat

    Bunda...
    Tidakkah bunda rasa kesepian
    Tanpa ayahanda dan nanda nanti
    Jika nanda juga jadi kesatria
    Seperti ayahanda...bunda...

    Duhai nanda...
    Kerana ayahandamu
    Seorang kesatrialah
    Bunda jatuh cinta padanya

    Bunda...
    Apakah itu namanya cinta bunda...
    Ditinggalkan seperti tidak dimiliki cinta bunda...

    Nanda...
    Itulah namanya cinta sejati
    Biarpun terpisah jauh dengan ayahanda
    Tapi hatinya telah menyatu di hati bunda
    Hingga ke nafas terakhir ...nanda....

    Bunda...
    Sungguh suci hati bunda...
    Bertuah ayahanda
    Memiliki cinta seperti bunda
    Yang meletakkan cinta kepada
    Kehidupan rakyat mengatasi segalanya
    Percayalah bunda cinta bunda...
    Nanda janji tidak akan nanda
    Persiakan...nanda bersumpah akan
    Meneruskan percintaan bunda
    Mematrikan cinta bunda dan ayahanda
    Dengan kehidupan nanda juga seperi ayahanda
    Akan nanda dambakan kepada
    Kehidupan rakyat yang harus dibela
    Selagi jantung kesatria nanda berdetak
    Sehingga ke tetesan darah terakhir!
    Itulah lambang cinta bunda pada ayahanda?

    Nanda...
    Nandalah sebenarnya lambang cinta
    Bunda dan ayahanda
    Makanya nandalah
    Permata Syurga
    Kurniaan Allah
    Untuk ayahanda dan bunda syukuri

    Syukur Ya Alllah
    Atas Kurniaan
    Permata Syurga-Mu
    Untuk semua keluarga kesatria
    Di bumi-Mu ini

    KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
    10 Jun 2012

    PETIKAN GALERI KESATRIA SASTRA DIRAJA NUSANTARA PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
    1 Muharram 1435H
    5 November 2013M
  • Rabeah Binti Mohd AliMENYAHUT PANGGILAN SEMBOYAN PERJUANGAN IBU PERTIWI MU!

    Duhai nanda pertiwiku

    Biarpun bunda bukan lahir di bumi bertuah Indonesia dan Brunei
    Tapi bunda ditakdirkan untuk menyayangi negaramu dan Brunei
    Bunda tak tahu kenapa
    Darah yang mengalir ditubuh bunda ini
    Serasa denyut nadinya seiring dengan ibu pertiw mu
    Serasa roh pertiwimu memanggil-manggil bunda
    Untuk menyahut semboyan perjuangan di bumimu
    Roh-roh suci pejuang negaramu yang telah lama bersemadi
    Hidup dalam jiwa bunda
    Mahu bunda teruskan perjuangan mereka
    Bersama-sama dengan para pejuang di bumimu
    Mahu bunda lupakan panggilan semboyan perjuangan itu
    Lagi bunda ingin memadamkan
    Lagi membara-bara gelora api perjuangan
    Biarpun bunda tidak ditakdirkan lahir di bumi Indonesia dan brunei
    Tapi bunda ditakdirkan untuk menyahut panggilan ibu pertiwimu
    Dan bunda redho karena itu takdir-Nya
    Biarpun bunda tidaklah segagah pahlawan-pahlawan di medan juang
    Izinkan bunda berpena bertintakan darah dan air mata bunda
    Untuk sama-sama berbakti kepada ibu pertiwimu
    Moga perjuangan suci bunda ini jangan sekali disalah artikan
    Dan sudilah terima perjuangan suci bunda ini sesuci perjuangan
    Para pejuangmu yang masih hidup atau yang telah mati di medan juang!

    Karya Putri Rimba Niagara
    24 Mei 2012

    Andi Surya:

    Bundaku adalah ibu pertiwi
    Digenggam rembulan dan matahari
    Tak pamrih memberi
    Inspirasi dan motivasi
    Membangun negari
    Hingga kini
    Di sini
    Di hati
    Pertiwi...

    PETIKAN GALERI KESATRIA SASTRA DIRAJA NUSANTARA PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
    1 Muharram 1435H
    5 November 2013M
  • Rabeah Binti Mohd AliMA'AL HIJRAH MENUJU CINTA-MU

    Ya Allah ...

    Aku sepi tanpa perhatian-Mu
    Aku pilu tanpa hidayah-Mu
    Amalanku pasti tak bersinar
    Sepertimana mahu-Mu
    Malanglah aku jika begitu
    Kerana terpedaya
    Dengan diri sendiri
    Betapa taksubnya aku dengan amalan tak bererti
    Kerana kebanggaan memakan amalanku

    Ya Allah...
    Pakaian kebanggaan
    Pakaian kesombongan
    Hanyalah layak untuk-Mu
    Bukan untukku
    Hinanya aku Ya Allah...
    Menjadi hamba-Mu
    Yang baru diberi
    Setitis ilmu sudah sombong
    Diberi kekayaan sudah bongkak
    Diberi darjat lagilah aku sombong bongkak

    Ya Allah...
    Aku hamba-Mu
    Yang tak sempurna Ya Allah...
    Pesona dunia
    Darjat...
    Kekayaan...
    Kebijaksanaan..
    Telah memperdayakan imanku yang tandus...

    Ya Allah...
    Aku datang kepada-Mu Ya Allah..
    Merayu pada-Mu
    Agar Kau ampunkan
    Segala kekhilafanku pada-Mu
    Jika Kau tak ampunkan
    Tiadalah bererti lagi hidupku ini
    Kerana
    Darjatku kekayaanku kebijaksanaanku
    Telah menzalimi diriku sendiri
    Sedangkan darjat kekayaan kebijaksanaan
    Adalah untuk bertambah zuhudku pada-Mu

    Ya Allah...
    Aku sudah sedar kekhilafanku
    Menjadi seorang hamba-Mu
    Sepertimana mahu-Mu
    Makanya ampunkan segala
    Kekhilafanku

    Ya Allah...
    Sempena Maal Hijrah 1435H..
    Dengan Rahmat Kasih-Mu Tanpa Batas...
    Kau bersihkan catatan buku amalanku
    Yang akan diangkat ke langit ke tujuh
    Disimpan menjadi saksi di Neraca Timbangan nanti
    Di hari itu segala darjat kekayaan kebijaksanaan
    Sudah tidak bererti dan membantu walau sebesar zahrahpun
    Yang ada amalan yang Kau terima walaupun sebesar zahrah
    Makanya dengan amalanku yang sebesar zahrah ini
    Kau pandanglah dengan Belas Kasihan dan Rahmat Kasih-Mu
    Ampunkan aku
    Ampunkan keluargaku
    Ampunkan sahabat-sahabatku
    Ampunkan pembaca karya-karyaku
    Ampunkan semua saudara seislamku
    Samada yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia
    Semoga kami semua diberi buku amalan diterima dengan tangan kanan
    Dan ringan timbangan buku amalan kami
    Insya-Allah Aamiin

    Ya Allah...
    Sempena Maal Hijrah 1435H
    Sinarkan Nur Hidayah Kasih-Mu
    Sehingga akhir hayat kami
    Satukan hati-hati kami
    Untuk kembali
    Ke jalan-jalan sebenar
    Menuju cinta-Mu
    Maal Hijrah Menuju Cinta-Mu

    Doa hamba-Mu yang kerdil..
    Dengan Belas Kasihan Dan Rahmat Kasih-Mu
    Makbulkanlah doaku dan doa semua yang
    Membaca karya doaku ini
    Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin.

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    1 Muharram 1435H
    5 November 2013M
  • Rabeah Binti Mohd AliPENGHIJRAHAN MUHARRAM

    HARI INI BERAKHIRNYA BUKU LAMA

    HARI INI JUGA BERMULANYA BUKU BARU
    MOGA BUKU LAMA DIPENUHI DENGAN AMALAN DITERIMA-NYA
    MOGA BUKU BARU MEWARNAI DENGAN AMALAN KE SYURGA-NYA AAMIIN.

    KITA DILAHIRKAN SESUCI HATI SYURGA
    NAMUN APAKAN DAYA SELAGI NAMANYA MANUSIA
    TIDAK TERLEPAS DARI KEKHILAFAN 
    ATAS KEHENDAK SENDIRI
    ATAU TERPEDAYA DENGAN HASUTAN IBLIS LAKNATULLAH
    SAMADA KITA SEDAR ATAU PUN TIDAK
    SESUCI MANA PUN KITA
    SEALIM MANA PUN KITA
    SYAITAN SENTIASA MEMBELENGGU HATI KITA
    SENTIASA MENGHALANG KITA BERBUAT BAIK
    JIKA BOLEH AKAN DIPENGARUHI KITA
    SEHINGGA KE AKHIR NAFAS KITA
    MENJADI PENGKIKUTNYA
    ITULAH SUMPAHNYA ITULAH JANJINYA
    NAUZUBILLAH JIKA KITA MENJADI PENGIKUTNYA
    HARI INI KITA MAHU JADI BAIK
    ESOK BELUM TENTU BAIK
    ADA SAJA DOSA MENERPA HATI KITA
    MENYURUH KITA BERBUAT DOSA TANPA SEDAR KITA
    MENGUMPAT 
    MENFITNAH
    IRI HATI
    SAKIT HATI DENGAN KELEBIHAN ORANG
    DISEPIKAN 
    DIPULAUKAN
    DIKECEWAKAN
    SEMUANYA MENGUNDANG DENDAM KESUMAT
    SEMUANYA AKHIRNYA MEMBUATKAN KITA 
    MENJADI SEORANG 
    YANG JAUH DARI BAUAN SYURGA
    DIJAUHKAN ALLAH DARI SYURGA
    KERANA PENGHUNI SYURGA
    TIDAK AKAN ADA
    YANG BERHATI JELEK
    SEMUANYA BERHATI
    SEMURNI SYURGA
    JADI ADAKAH KITA LAYAK MASUK KE SYURGA?
    KITA SENDIRI BOLEH JAWAB DI MANA KEDUDUKAN IMAN KITA
    SEHEBAT MANA PUN AMALAN KITA YANG KITA SANGKA BAIK
    BELUM TENTU SYURGA TEMPAT KITA
    KERANA SYURGA RAHSIA ALLAH UNTUK HAMBA-NYA

    SEBAGAI HAMBA-NYA KITA TAK PERLU BERPUTUS ASA
    JANGAN MENGHUKUM KITA TIADA PELUANG MENGHUNI SYURGA
    ATAS KELALAIAN HIDUP KITA
    PINTU TAUBAT-NYA SENTIASA ADA UNTUK KITA
    ANDAI DOSA KITA SEPENUH BUMI 
    DENGAN RAHMAT KASIH-NYA 
    DIA MAHA PENGAMPUN 
    AKAN PENGAMPUNI KITA
    MAKANYA KITA TAK PERLU BERPUTUS ASA UNTUK BERAMAL SOLEH KERANA RAHMAT KASIH-NYA TANPA PENGHUJUNG-NYA
    ANDAI KITA MASIH TIDAK MAHU BERUBAH MASIH LAGI DENGAN SIFAT-SIFAT TERCELA MENDUHARKAI TUHAN 
    TUNGGULAH AZAB YANG MAHA PEDIH LAGI SENGSARA...
    JIKA ITU PILIHAN KITA AMAT RUGI KITA DUNIA AKHIRAT 
    SOMBONGNYA KITA PADA DIRI KITA SENDIRI
    TAKBURNYA KITA PADA TUHAN YANG MENCIPTA KITA
    ALLAHU AKBAR

    MOGA SEMPENA MAAL HIJRAH INI
    KITA SAMA BERTEKAD UNTUK MENJADI 
    HAMBA-NYA YANG ADA NILAI DI SISI-NYA
    BERAMAL SOLEH SEOLAH MATI ESOKNYA
    BERBAKTI SESAMA INSAN SEOLAH HIDUP SERIBU TAHUN LAGI
    AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.

    SALAM MAAL HIJRAH
    SALAM AWAL MUHARRAM
    MOGA PENGHIJRAHAN KITA 1435H
    MOGA ALLAH IZINKAN MENGGAPAI BINTANG DI LANGIT KE TUJUH LAMBANG CINTA ALLAH BERTAHTA DI HATIMU DI HATIKU...

    DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS,
    SAHABAT DUNIA AKHIRATMU
    YANG INGIN SETIA BERPUJANGGA DENGANMU
    RATU RIMBA NIAGARA
    PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
    MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
    1 Muharram 1435H
    5 November 2013M
  • Rabeah Binti Mohd AliCINTA ALLAH BERTAHTA DI HATIKU DI HATIMU

    SAHABAT PENEMAN DUNIA AKHIRATKU


    SAHABAT...
    DITEMUKAN DENGANMU ADALAH ATAS KEHENDAK-NYA
    PERTEMUAN ATAS KEHENDAK-NYA ADALAH INDAH
    SEINDAH SYURGA BERTAHTA DI HATI
    SYUKUR PADA-NYA KURNIAKAN PERMATA SYURGA
    NILAIAN YANG PALING BERHARGA DALAM HIDUP INI
    SYUKUR PERSAHABATAN SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI
    BETAPA INDAHNYA PERSAHABATAN ATAS KEHENDAK-NYA

    SAHABAT MENGASIHIMU ADALAH KETENANGAN
    SETIAP KATA-KATAMU
    MENGAJAR AKU MENGENALI DIRIKU
    MENGENALI DIRIKU 
    MENGENALI TUHANKU
    LALU AKU TERUS JATUH CINTA DENGAN TUHANKU
    MENCIPTAKAN AKU DAN ALAM SEMESTA NAN INDAH INI
    LALU AKU MENGHARGAI DIRIKU
    HANYALAH UNTUK MENGABDIKAN DIRI DENGAN TUHANKU
    BERAMAL SOLEH ATAS BERTUNJANGKAN ILMU TAUHID
    BERKAIT DENGAN ILMU MAKRIFATULLAH

    SAHABAT KATA-KATAMU PENEMAN AKHIRATKU
    AKU MULA KENAL ALAM AKHIRAT
    NEGERI ABADI
    SEGALA PEMBALASAN 
    SYURGA BALASAN AMALAN SOLEH KERANA-NYA
    AZAB SENGSARA NERAKA ATAS DOSA TAK TERAMPUN
    SELAGI ADA HAYAT
    FIKIRLAH SENDIRI
    MAHU HIDUP DALAM REHDA-NYA
    ATAU DALAM MURKA-NYA
    MEMILIH MALAIKAT PENCATAT KEBAIKAN
    ATAU MALAIKAT PENCATAT KEJAHATAN
    JALAN LURUS ATAU JALAN BENGKOK
    JALAN KE KANAN ATAU JALAN KE KIRI
    TANYALAH IMAN
    PASTI KITA
    AKAN MEMILIH JALAN-JALAN KE SYURGA-NYA
    BILA BERAZAM MEMILIH JALAN-JALAN KE SYURGA-NYA
    PASTI KITA AKAN BERUSAHA MERAIH CINTA ALLAH 
    PASTI SEGALA SIFAT JAHAT KITA PADAM
    PASTI SEGALA SIFAT BAIK KITA AMALKAN
    BILA KEBAIKAN MENJADI AMALAN HIDUP KITA
    DUNIA INI BAGAIKAN TAMAN-TAMAN SYURGA
    UNTUK KITA BANGUNKAN 
    PERSAUDARAAN ATAS DASAR KERANA-NYA
    APABILA PERSAUDARAAN ATAS DASAR KERANA-NYA
    PASTI SALAM DISAMBUT SEMURNI HATI SYURGA
    BUNGA-BUNGA SYURGA PERDAMAIAN DALAM PERSAUDARAAN
    NAN INDAH TERAKAM DI HATIKU DI HATIMU DI HATI
    SEMUA SAUDARA SEISLAM SEDUNIA
    INDAHNYA HIDUP DI DUNIA INI
    SALING MEMAHAMI ERTI 
    PERSAUDARAAN BERKASIH SAYANG ATAS DASAR KERANA-NYA
    ANDAI TIBA SAAT-NYA DIJEMPUT ILAHI
    SEMUA SAUDARA SEISLAM 
    AKAN MEREDHAI PEMERGIAAN KITA
    KERANA KITA TINGGALAH KASIH SAYANG 
    SUCI MURNI YANG SENTIASA BERTAHTA DI HATI SEMUA
    DARI SEBUAH PERSAHABATAN
    MENJADI PERSAUDARAAN 
    MENYATUKAN PERPADUAN
    PERSAUDARAN SILATURRAHIM SEDUNIA
    MENJADIKAN DUNIA INI SYURGA SILATURRAHIM
    YANG SALING BERKAIT RAPAT MENJAYAKAN
    MISI DAN VISI MENJADI KHALIFAH DI BUMI-NYA INI
    KITA SEMUA TANPA TERTINGGAL SEORANG PUN
    BERSAMA MENGGAPAI BINTANG DI LANGIT KE TUJUH
    KEJAYAAN KITA MENGGAPAI BINTANG DI LANGIT KE TE TUJUH
    LAMBANG KEJAYAAN KITA MERAIH CINTA ALLAH AZZAWAJALLAH
    BENARLAH ALLAH MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG
    DI SITU KITA AKAN TAHU DI MANAKAH NILAI CINTA KITA DI SISI-NYA... 

    SALAM MAAL HIJRAH
    SALAM AWAL MUHARRAM
    MOGA PENGHIJRAHAN KITA 1435H
    ALLAH IZINKAN MENGGAPAI BINTANG DI LANGIT KE TUJUH
    LAMBANG CINTA ALLAH BERTAHTA DI HATIMU DI HATIKU
    AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN

    KARYA PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
    MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
    29 Zulhijjah 1434H
    3 November 2013
    (PUISI DIKARANGKAN ISTIMEWA UNTUK SELURUH SAUDARA SEISLAMKU YANG ADA DI BUMI-NYA INI ...KASIHMU SENTIASA MEWANGI DI HATI INI MOGA KASIH KITA BERPANJANGAN SAMPAI SYURGA BERSAMA MEMANDANG WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN)
  • Alam Pren Adni Mpn salam indah saya-berunei darusalam indah nya
  • Muhammad Mulyadi Semoga Datok di beri kesehatan&umur panjang oleh yg maha kuasa.saya sangat tertarik tinggal di negaqpa datok.negara baldatun warabbur ghafur.negara yg aman,damai,sejahtra&di lindungi oleh yg satu.wassalam datok.
  • Muhammad Mulyadi Semoga Datok di beri kesehatan&umur panjang oleh yg maha kuasa.saya sangat tertarik tinggal di negaqpa datok.negara baldatun warabbur ghafur.negara yg aman,damai,sejahtra&di lindungi oleh yg satu.wassalam datok.
  • Aisha Jeanny Congratulations..HAPPY ANNIVERSARY 54TH ABDB...☆☆☆☆☆
    Like · Reply · 10 hrs
  • Joselita Da Silva Stodgell I kiss his hand as well with lots of love, As he did to my hands once, i love you King bolkiahXXXX
    Like · Reply · 4 hrs
  • Qai Sara Handsame prince muhtadee....
    Like · Reply · 12 hrs
  • PoloEdel Nor Forever handsome Sultan Hassanal Bolkiah!
    Like · Reply · 6 hrs
  • Yakub Ismail Dan DPMM
    Like · Reply · 4 hrs
  • Yakub Ismail Daulat KDYMM dan
    Like · Reply · 4 hrs
  • Ilham Kode SAVE ROHINGYA !!
    Unlike · Reply · 2 · 11 hrs
    • Rabeah Binti Mohd Ali PERDANA MENTERI TURKI ENGKAULAH SAUDARA DUNIA AKHIRAT KAMI!

      "Di mana ada laungan azan di situ tanah air kami"..Perdana Menteri Turki
      Turki...Jazakallah

      Duhai hamba Allah
      Anugerah Allah 
      pada kami syukur sebanyak-banyak-Nya

      Duhai hamba Allah
      tatkala kami dilanda musibah
      ujian keimanan yang amat berat untuk ditanggung
      engkau datang 
      membalut duka
      membebat luka 
      engkau jahit luka kami
      dengan benang kasih cintamu pada kami
      demi kerana tanggungjawabmu sebagai sesama islam

      Duhai hamba Allah
      izinkan kami menangis semahunya di bahumu
      mengucapkan syukur kepada Tuhan
      betapa engkaulah hamba Allah
      berhati suci murni
      tanpa mengira siapa kami
      yang tak punya apa-apa
      untuk engkau kasih dan sayang

      Duhai hamba Allah
      engkau menolong kami Lillahi Taala
      engkau tidak pedulikan apa kata dunia
      engkau tidak takut dengan apa anggapan dunia ke kamu
      yang engkau tahu
      engkau mahu selamatkan kami
      kerana tanggungjawabmu sesama muslim
      semua yang beragama Islam di muka bumi ini adalah saudaramu

      Duhai hamba Allah
      pangkatmu yang dipinjamkan Allah
      sebagai perdana menteri
      memang tepat sekali dipilih rakyat Turki
      punyai pemimpin yang utamakan 
      agama dan rakyat melebihi kepentingan sendiri
      Allahu Akbar amat bertuah rakyat Turki punyai
      perdana menteri sepertimu

      Duhai hamba Allah
      budimu kepada kami Rohingya
      tak akan kami lupa selagi hayat di kandung badan
      moga berkat silaturrahim nan indah ini
      tatkala engkau menjawab soalan kubur
      "Siapakah saudara kamu?"
      Engkau menjawab dengan mudah,
      "Semua yang beragama Islam saudaraku,"
      InsyaAllah Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.

      Duhai Perdana Menteri Turki 
      engkaulah hamba Allah anugerah Ilahi
      yang kami syukuri sebanyak-banyak-Nya
      engkaulah saudara dunia akhirat kami
      di Syurga kita bersama memandang Wajah Allah Azzawajallah
      berdekatan dengan Rasulullah Kekasih Allah
      Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.

      Karya Ratu Rimba Niagara,
      4 Syaaban 1436H
      23 Mei 2015
      (PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK PERDANA MENTERI TURKI & SELURUH SAUDARA SEISLAMKU ROHINGYA MOGA TABAH MENGHADAPI SEGALA UJIAN DARI-NYA AAMIIN)
    • Rabeah Binti Mohd Ali
      Write a reply...
PETIKAN PAGE KDYMM SULTAN HASSANAL BOLKIAH & GRUP PUJANGGA RATU
RIMBA CINTA 5 BENUA
4 SYAABAN 1436H
23 MEI 2015

0 comments:

Post a Comment

 
;