Sunday, 12 July 2015

MARHABAN YA RAMADAN (224) MATLAMATNYA MENUJU JALAN-JALAN KETUHANAN


MARHABAN YA RAMADAN (224) MATLAMATNYA MENUJU JALAN-JALAN KETUHANAN
FROM NOTIFICATIONS
BANGSA ARAB DAN BANGSA MELAYU
Kajian populasi manusia 2009, umat islam seluruh dunia berjumlah lebihkurang 1.57 billion. Bangsa Arab hanya 20 peratus daripada jumlah itu.
Kajian team Al khawater, Bangsa Arab dikenali dengan TIGA PERKARA ini pada zaman ini.:-
1~SHISHA
2~TARIAN GELEK
3~MAKANAN ARAB
Bahasa Arab ~ Bahasa Ilmu
Bahasa Melayu ~ Bahasa Ketuhanan
Bahasa Asal ~ Bahasa Arab dari Bahasa Melayu.
Nak tahu Islam = Belajar dengan Arab
Nak faham Islam = Belajar dengan Melayu...
Tapi orang melayu sekarang dah ramai yang diarabkan...
grin emoticon

FROM NOTIFICATIONS
TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY
Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary merupakan seorang ahli perniagaan dan usahawan Melayu yang terkaya di Malaysia. Menurut majalah Malaysian Business beliau mempunyai harta bernilai RM2.93 billion pada 2005 seterusnya menjadi orang ketujuh terkaya di Malaysia pada 2005.
Beliau dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 1951 Beliau memulakan perniagaannya sebagai seorang pengusaha daging pada tahun 1970.
Beliau yang juga merupakan pemilik Yayasan al-Bukhary terlibat dalam perniagaan berasaskan perladangan, pembinaan, kejuruteraan, infrastruktur dan pelabuhan.
Pada tahun 80-an, Syed Mokhtar telah beralih ke bidang pengangkutan yang telah membawa tuah kepadanya sehingga menjadi seorang antara tokoh korporat bumiputera yang terkaya di Malaysia.
Karier perniagaannya mula dikenali pada awal 90-an di Johor semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Menteri Besar. Beliau yang amat meminati bidang pengurusan dan pembangunan pelabuhan adalah salah seorang manusia yang bertanggungjawab menjadikan Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor menjadi terkenal di mata dunia dalam tempoh yang sebentar.
Tidak lama kemudian, Syed Mokhtar telah mengasaskan Yayasan (Islam) Al-Bukhary yang telah membina dan menguruskan Muzium Kesenian Islam bernilai RM70 juta di Kuala Lumpur selain banyak menjalankan kerja-kerja amal dan kebajikan terutamanya sekitar Negeri Kedah dan Perak.
Syed Mokhtar juga merupakan pemilik kepada Syarikat Gulf International Investment Group Capital (GIIG) yang mempunyai kepentingan dalam Projek Hidro Elektrik Bakun. Di samping itu, beliau mempunyai kepentingan dalam beberapa buah firma terkenal Malaysia seperti Malaysia Mining Corporation Berhad (MMC), PERNAS, Padiberas Nasional Berhad, Malakoff Berhad, Seaport Terminal Johor Sdn. Bhd., Johor Port Berhad, Impian Teladan Sdn. Bhd., Indra Cita Sdn. Bhd. dan banyak lagi.
MMC telah bergabung dengan Gamuda Berhad dan berjaya mendapatkan projek landasan keretapi berkembar bernilai RM14.5 billion sebelum ianya dibekukan oleh kerajaan kerana faktor pemulihan ekonomi. Syed Mokhtar juga dikatakan telah membeli kepentingan majoriti dalam Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor.
  • Sejarah kegemilangan melaka membuktikan melayu itu hebat digeruni oleh mereka yang ingin menguasai melaka pada ketika itu.
    Moga sejarah kegemilangan melaka berulang kembali di abad ke 21. Aamiin.
  
Rahsia Orang Melayu
orang melayu adalah bangsa yang menerima islam secara baik,
orang melayu boleh sebut bahasa Arab dengan Fasih,
orang melayu menggunakan bahasa Arab dalam percakapan walaupun ia tidak sedar seperti sabar,kubur,sihat,mati,mayat,dan lain2 lagi,kenapa? sebab kita berasal dari bangsa Arab yang hilang dalam peperangan kerajaan Sargon lama sezaman nabi Ibrahim,dan keturunan nenek kita lari ke semenanjung emas selepas dibadai ombak kapal di hanyut,kalau dari darat,india,burma ,dan siam ,baru sampai ke semenanjung emas ,tetapi kita asal dari belayar,bukan datang dari darat.
Saidina Ali Karamahwajhah telah berkata ketika nazak selepas ditikam ibnu Muljan semasa waktu subuh,katanya pergilah wahai saudaraku leparkan belanti ku ke sungai Furat kerana bansa Arab tiada ada kesatuan sehingga kiamat melainkan ada satu kaum yang hilang akan kembali pada satu bendera mereka berada di timur,sebab itu Muauwiyah telah menghantar utusan ketanah melayu dan jawa,untuk melihat apa agamanya,dan begitu juga para pendakwah dari seluruh arab,yaman,gujrat,datang ke semenanjung Emas dan Jawa.
BANI JAWI @ BANGSA JAWI / MELAYU
Tanah Jawi – ialah gelaran kepada Tanah Melayu
Orang Jawi – ialah gelaran orang Arab kepada orang Melayu
Tulisan Jawi – ialah tulisan yang digunakan oleh orang Melayu
Masuk Jawi – berkhatan iaitu salah satu amalan yang diajar Nabi Ibrahim dan menjadi amalan orang jawi zaman berzaman.
Ketahuilah sesungguhnya terdapat satu kajian bahawa bangsa Melayu adalah berasal dari keturunan Nabi Ibrahim dari isteri ketiga yang bernama Siti Qaturah@Keturah. Sebelum meninggal dunia Nabi Ibrahim AS telah mewasiatkan kepada anak-anaknya untuk mencari sekeping tanah semenanjung di hujung dunia. Kerana di sana nanti akan lahir dari keturunan ini satu Raja akhir zaman bernama al Mahdi.
Diceritakan juga al Mahdi akan pulang semula ke tanah asal bersama kaumnya dan akan memusnahkan bangsa Yahudi. Wasiat ini dilaksanakan oleh anak-anak Nabi Ibrahim dan kisah ini dicatit dalam kitab-kitab Yahudi. Sejarah berlalu zaman berzaman. Kisah ini juga diceritakan oleh Rasulullah SAW kepada para sahabat. 60 para sahabat mengembara ke Timur mencari Bani Jawi.
Akhirnya Bani Jawi menerima Islam tanpa peperangan. Bani Jawi terkenal dengan akhlak dan kelemah lembutan mereka kerana mereka berdarah bangsawan dan kesatria perang yang dihormati. Jawi atau Jiwi ikut bahasa sanskrit Ji=satu & Wi=Tuhan. yakni maksud nya bangsa yg percaya kpda 1 Tuhan (mentauhidkan Tuhan). Dimanakah negara dihujung dunia ini yang masih beramal dengan mempercayai adanya Tuhan yang satu??
Wahai Bani Jawi, wahai keturunan kaum yang hilang. Rahsia bangsa misteri ini masih terpelihara di dalam Kotak Tabut rahsia sejak beribu-ribu tahun. Tiada siapa yang tahu dari mana asalnya bangsa ini. Bagaimana bangsa ini boleh wujud di tanah paling selatan benua Asia, ’di penghujung dunia.’ Wallahualam
PETIKAN WALL GRUP KEBANGKITAN BANI JAWI NUSANTARA &
PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
25 RAMADAN 1436H
12 JULAI 2015

0 comments:

Post a Comment

 
;