Thursday, 16 July 2015

MARHABAN YA RAMADAN (257) SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI BUAT YM KEDATON KRATON WAHYU UTAMA


MARHABAN YA RAMADAN (257) SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI BUAT YM KEDATON KRATON WAHYU UTAMA


15 hrs · 
YA ALLAH KAMI RINDUKAN RAMADAN
Ya Allah malam ini adalah malam terakhir ramadan
ramadan akan pergi meninggalkan kami
ramadan bulan yang Engkau muliakan
balasan pahala berlipat kali ganda yang Engkau
berikan kepada hamba-Mu yang ikhlas dalam beribadat kerana-Mu,
Pahala yang berganda-ganda Engkau berikan
tapi kami tidak merebut peluang sebanyak-banyaknya
kami masih lagi terpengaruh dengan godaan duniawi
leka lalai malas masih tamak haloba
bersedekah sekadar adanya sedangkan rezeki yang Engkau
berikan kepada kami melimpah ruah tapi kami masih bakhil
untuk menginfak ke jalan-Mu kerana takut miskin
sedangkan tidak pernah orang yang menderma menjadi miskin
sedangkan ahli kubur jika diizinkan hidup kembali mahu
bersedekah setiap hari Masya-Allah begitu besarnya ganjaran pahala
orang yang suka bersedekah.
Ya Allah jadikan kami hamba-Mu yang pemurah
yang suka membantu saudara seislam kami yang didalam kesusahan
kikiskanlah sifat tamak haloba dan pentingkan diri sendiri
Ya Allah kami akan berpisah dengan ramadan
kami akan merindukan ramadan
janganlah jadikan ini ramadan yang terakhir bagi kami
jadikan ramadan yang seterusnya dapat kami lalui
kerana kami malu membawa amalan yang sedikit ini
untuk dipersembahkan kepada-Mu nanti
Dosa kami lebih banyak daripada amalan soleh
Mengaji sedikit
solat sekadar fardhu
masih dahulukan urusan dunia daripada akhirat
masih mengumpat mengeji menfitnah saudara kami
moga berkat beribadat di bulan ramadan
Engkau buangkan segala sifat yang tercela pada diri kami
Engkau sinarkanlah hati kami dengan Nur Hidayah Kasih-Mu sehingga ke
akhir hayat kami kerana kami mahu mati bertemu-Mu dalam segala dosa
kami yang sudah Engkau ampunkan hati kami putih bersih seputih kain kafan yang membaluti jasad kami.
Ya Allah jangan jadikan ramadan hamba kepada kami
kerana selepas ramadan kami tidak meneruskan ibadah yang dibuat
di bulan ramadan, kami mahu selepas ramadan kami akan terus melakukan ibadah yang Engkau redhai sehingga ke akhir hayat kami kerana kami mahu menjadi hamba-Mu yang sentiasa taat dalam ikhlas melakukan ibadah.
Ibadah kami bukan untuk dibanggakan kepada manusia tapi ibadah kami hanya kerana-Mu hanya untuk-Mu.
Ya Allah Engkau Maha Pengampun
Ampunkan dosaku
dosa kedua orang tuaku
dosa semua ahli keluargaku
dosa guru-guru yang mengajar ilmu dunia dan akhirat
dosa jiran tetanggaku
dosa sahabatku di alammya mahupun di alam nyata
dosa semua muslimin muslimat yang hidup atau yang telah meninggal dunia
Ya Allah jika di kala ini ahli keluargaku dan sahabatku yang telah meninggal dunia menerima azab kubur seperti berada lubang-lubang dari api neraka
Engkau gantikan kuburnya yang Indah Taman-Taman Syurgawi.
Ya Allah kami juga akan mati kerana mati itu pasti
jadikanlah kubur kami Taman-Taman Syurgawi
yang Engkau redha akan kami sebagai hamba-Mu.
Moga Engkau perkenankanlah doa kami Ya Allah
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin

.............................................................
kami hamba-Mu berstatus khalifah-Mu sehingga akhir hayat
29 Ramadan 1436H
16 Julai 2015
Like   Comment   
  • Kedaton Kraton Wahyu Utama Salam Kasih penuh kedamaian nan abadi mohon maaf lahir bathin selamat Hari Raya Idul Fitri Penuh Kasih kedamaian dan kebahagian lahir batin .... Dalam Gema Puisi kedamaian dunia ahirat serial karya Sang Ratu Pujanga Nusantara 
    Rabeah Binti Mohd Ali Kerabat Agung Kedaton kraton Wahyu Utama - Laboratorium Pesona Wisata Dunia - di Malesia - yang kami kagumi - selamat berkarya dan berkarya penuh cahaya kedamaian dan ke agungan .... setiap sat selalu sempatkan kami baca karya karya YM dan kami pilih untuk kami Expo dan terbitkan - sebagai Karya Pesona - Para Ratu dan Raja Pujangga Nusantara Kedaton kraton Wahyu Utama Laboratorium Pesona Wisata dunia - Pesona Cahaya Keasih Kedamain Dunia - ahirat nan abadi
    Unlike · Reply · 1 · 4 hrs
    • Rabeah Binti Mohd Ali UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI BUAT YM KEDATON KRATON WAHYU UTAMA.

      SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR

      Selamat Hari Raya Aidilfitri buat yang dikasihi dan disanjungi kekanda YM Kedaton Kraton Wahyu Utama sekeluarga dan seluruh Kerabat Agung Kedaton Kraton Wahyu Utama.

      SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR

      Rasa syukur dan terharu atas keprihatinan YM Kekanda Kedaton Kraton Wahyu Utama untuk membaca dan menerbitkan karya-karya Ratu Rimba Niagara. 
      Moga segala usaha kekanda dan seluruh kerabat Agung Kedaton Wahyu Utama berjaya dan diberkati Allah swt dunia akhirat. AAmiin.

      SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR

      Pertemuan silaturahmi di alammaya atas perancangan-Nya membawa arti yang amat besar kepada Indonesia dan Malaysia secara tidak langsung menyatupadukan hubungan silaturahmi di antara kerabat diRaja Malaysia dan Indonesia juga kerabat diRaja Brunei Darussalam.
      Sesuatu yang terlalu indah yang Allah swt aturkan dan rancangan untuk memberi manfaat dunia akhirat kita semua. 

      KITA MERANCANG ALLAH JUGA MERANCANG
      PERANCANGAN ALLAH LAH YANG TERBAIK UNTUK KITA
      TERBAIK DUNIA AKHIRAT AAMIIN.

      SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR 

      Gema Takbir Raya Aidilfitri disambut penuh syukur berpanjangan sehingga ke hari akhirat...
      di mana setiap kebajikan begitu bermakna agar terselamat daripada siksaan api neraka....
      moga dijauhkan daripada siksaan api neraka 
      moga berkat kebajikan semasa hidup di dunia mendapat balasan Syurga di mana jauh setiap satu Syurga sejauh langit dan bumi Allahu Akbar begitu hebat-Nya Syurga Allah bertambah hebat seseorang hamba itu apabila dapat melihat WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH berdekatan dengan RASULULLAH itulah yang menjadi dambaan dan cita-cita semua yang bergelar hamba ALLAH. Moga kita terpilih menjadi penghuni Syurga Firdausi In-sya Allah AAmiin.

      SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR

      Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Bathin

      DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS DARIPADA,

      RATU RIMBA NIAGARA
      TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
      202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
      29 RAMADAN 1436H
      16 JULAI 2015
      (Ya Allah Moga Galeri & Perpustakaan
      di alam maya
      di alam realiti
      dengan izinMu Kau realitikan
      dengan Kau kirimkan hamba-Mu untuk membuktikan
      bahawa Engkaulah Yang Maha Berkuasa Atas Kehendak-Mu,
      Allahu Akbar pada-Mu kupasrah)
      29 Ramadan 1436H
      16 Julai 2015
    • Rabeah Binti Mohd Ali Hari Raya Aidil Fitri

      Sunat bertakbir 1 hari - bermula waktu Maghrib malam 1 Syawal, 'Isyak, Subuh, Dzuhur & 'Asar.
      Tamat sebaik masuk maghrib 2 Syawal.
      Hari Raya Aidil Adha / Hari Raya Haji

      Sunat bertakbir 4 hari - bermula maghrib 10 Dzulhijjah (malam raya) sehingga hujung asar 13 Dzulhijjah.
      Lafaz Takbir Hari Raya (disunatkan membaca sebanyak 3x)

      Sebagaimana di sebut dalam kitab-kitab fiqh ialah:

      (3 Kali)

      Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar, Laa-ilaaha-illallaahu wallaahu akbar, Allahu akbar walillaahil-hamd. 3x

      Ertinya:

      “Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah dan Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan segala puji-pujian hanya bagi Allah.”

      Disunatkan selepas bertakbir tiga kali itu membaca:

      Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbaru kabiiraa, Walhamdulillaahi katsiraa, Wasubhaanallaahi bukrataw-wa ashilaa, Laa-ilaaha illallaahu walaa na’budu illaa iyyahu, Mukhlishiina lahuddiina walau karihal- kaafiruun, Laa-ilaaha-illallaahu wahdah, Shadaqa wa’dah, Wanashara ‘abdah, Wa-a’azza-jundah, Wahazamal- ahzaaba wahdah, Laa-ilaaha illallahu wallaahu akbar, walillaahil hamd.

      Ertinya:

      "Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar Yang Teramat Besar, Segala Puji bagi Allah Yang Teramat Banyak, Maha suci Allah pada waktu siang dan malam, tiada Tuhan melainkan Allah, dan Tidak ada lain yang kami sembah melainkan Dia, kami ikhlas kepadaNya (mengikuti ajaran agama Islam) meskipun dibenci oleh orang-orang kafir, tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa, Yang Menepati janjiNya, Yang Menolong hambaNya, dan Yang Memuliakan tenteraNya dan Dia telah menghancurkan semua kumpulan (penentang) dengan kekuasaanNya. Tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar dan segala puji-pujian hanya bagi Allah.”

      TAKBIR RAYA AIDIL FITRI KEAGUNGAN HANYA UNTUK ALLAH TUHAN SEKALIAN ALAM

      ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR SEGALA PUJI-PUJIAN HANYA UNTUK-MU
      YA ALLAH JADIKANLAH AKU ROH SUCI YANG KAU MAHUKAN YANG AKU DAMBAKAN

      TAKBIR RAYA AIDIL FITRI KE-ANGUNGAN HANYA UNTUK ALLAH
      TUHAN SEKALIAN ALAM
      TUJUH PETALA LANGIT
      TUJUH PETALA BUMI
      BERGEMA LANTUNAN
      TAKBIR RAYA AIDILFITRI
      HARI KEMENANGAN HAMBA-NYA YANG BERPUASA

      TAKBIR RAYA AIDIL FITRI
      DARI ARASY ALLAH SWT
      HINGGA SELURUH ALAM
      TAKBIR AIDILFITRI
      DILAFAZKAN DENGAN PENUH KEINSAFAN RATAPAN
      MENDAYU-DAYU....SAYU...SYAHDU...HIBA....
      BETAPA HANYALAH ALLAH SEGALA PERGANTUNGAN HIDUP DAN MATI
      MENGAKU SEPENUH HATI TIADA TUHAN LAIN YANG DISEMBAH MELAINKAN DIA
      ALLAHU AKBAR...ALLAHU AKABAR....ALLAHU AKBAR
      ALLAH MAHA BESAR
      ALLAH MAHA BESAR
      ALLAH MAHA BESAR
      ALLAH MAHA BESAR YANG TERAMAT BESAR
      SEGALA PUJI BAGI ALLAH YANG TERAMAT BANYAK
      MAHA SUCI ALLAH WAKTU PAGI DAN PETANG
      TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH
      DAN TIADA LAIN YANG KAMI SEMBAH KECUALI DIA
      KAMI IKHLAS KEPADA-NYA
      MESKIPUN DIBENCI OLEH ORANG-ORANG KAFIR
      TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH YANG MAHA ESA
      YANG MENEPATI JANJI-NYA
      YANG MENOLONG HAMBA-NYA
      DAN YANG MEMULIAKAN TENTERA-NYA
      DAN DIA TELAH MENGHANCURKAN SEMUA KUMPULAN (PENENTANG)
      DENGAN KEKUASAAN-NYA
      TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH
      ALLAH MAHA BESAR
      SEGALA PUJI-PUJIAN HANYA BAGI ALLAH"

      YA ALLAH DI PAGI SYAWAL PENUH BERKAT INI
      KAU AMPUNKAN AKU
      KAU TERIMALAH TAUBATKU
      SESUNGGUH-NYA AKU HAMBA-MU YANG HINA TAMPA PENGAMPUNAN DARI-MU
      YA ALLAH JADIKANLAH AKU HAMBA-MU
      DI MANA DARI AWAL KEJADIAN AKU ADALAH ROH SUCI PENUH TUNDUK TAWAUDUK
      MAHU MENJADI HAMBA-MU YANG PATUH DAN TAAT KEPADA SEMUA PERINTAH-MU
      MENGAKU SEBENAR-BENAR MENGAKU KAU ADALAH TUHANKU TIADA TUHAN LAIN SELAIN ENGKAU...HANYA ENGKAU SAHAJA YANG LAYAK DISEMBAH
      MAKA DARI ITU AKU MAHU MENJADI HAMBA-MU SEPERTI KEJADIAN ASALKU
      ROH SUCI YANG TAWADUK

      YA ALLAH YANG MAHA MEMAKBULKAN SEGALA PERMINTAAAN
      WUJUDKANLAH ROH SUCI KEJADIAN ASALKU DIJIWAKU YANG MASIH BERNAFAS INI
      SEHINGGALAH NAFAS TERAKHIRKU NANTI
      KAU TERIMALAH AKU SEBAGAI ROH SUCI YANG TENANG LAGI KAU REDHAI
      ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR
      SEGALA PUNYA HANYALAH UNTUK-MU
      KAU MAHA MENEPATI JANJI
      MAKANYA JADIKANLAH AKU ROH SUCI YANG KAU MAHUKAN DAN AKU DAMBAKAN
      TIADA APA YANG KUINGINI DI DUNIA INI LAGI
      HANYALAH MAHU KE JALAN-JALAN-MU
      ITU SAJALAH YANG MENENANGKAN JIWAKU DI KALA INI, SUMPAH SETIA ROH SUCI
      ITULAH YANG HENDAK KUPASAKKAN
      DI JIWA DI KALBU AGAR AKU BENAR SEBENAR IKHLAS MENGOTAKAN SUMPAH SETIAKU PADA-MU
      BIARPUN DIBENCI OLEH ORANG-ORANG KAFIR
      AKU TETAP MENGAJAK TENTERA-TENTERA-MU
      BERJUANG BERMATI-MATIAN UNTUK MENYEBAR LUASKAN AGAMA SUCI-MU
      DI SERATA BENUA BUMI-MU INI.....DI MANA MANUSIA BERHIDUP DI SITULAH
      TENTERA-TENTERA-MU AKAN MEMPERJUANGKAN-MU
      AGAR SEMUA MANUSIA DI BUMI INI TAKUT DENGAN-MU, AKUR DENGAN PERINTAH-MU
      MEMBESARKAN-MU
      MENG-AGUNGKAN-MU
      DI SEBILANG MASA DAN KETIKA
      ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR
      ALLAH MAHA BESAR ALLAH MAHA BESAR ALLAH MAHA BESAR, SEGALA PUJI-PUJIAN HANYA UNTUK-MU
      KAU MAKBULKAN SEGALA DOA YANG KUPINTA
      AAMIIN AAMIIN AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN

      .........................................................
      (HAMBA-MU YANG KERDIL DI SISI-MU)
      1 Syawal 1436H
      17 Julai 2015.
      Like · 3 mins
    • Rabeah Binti Mohd Ali SALAM SYAWAL NAN INDAH DI PAGI AIDIL FITRI 1436H

      SALING MEMAAFKAN KITA SAUDARA SEISLAM
      AGAR TALISILATURRAHIM SENTIASA MEWANGI
      SEWANGI AMBAR KASTURI
      MOGA SENYUMAN SYURGA MENANTI DI PAGI SYAWAL NAN INDAH DENGAN TAKBIR RAYA MENG-AGUNGKAN NAMA ILAHI
      AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.

      SALAM SILATURRAHIM
      SALAM AIDILFITRI
      SALAM SAMPAI KE KUBUR
      SALAM SAMPAI KE SYURGA

      "SELAMAT AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATHIN'

      LAFAZ TULUS IKHLAS DARIPADA,

      RATU RIMBA NIAGARA
      Syawal 1436H
      17 Julai 2015.
    • Rabeah Binti Mohd Ali



PETIKAN WALL YM KEDATON KRATON WAHYU UTAMA & RATU RIMBA NIAGARA
29 RAMADAN 1436H
16 JULAI 2015

0 comments:

Post a Comment

 
;