Sunday, 12 July 2015

MARHABAN YA RAMADAN (227) YA ALLAH AKU PERLUKAN ILMU KEMANISAN IMAN


MARHABAN YA RAMADAN (227) YA ALLAH AKU PERLUKAN ILMU KEMANISAN IMAN

FROM NOTIFICATIONS
Mohon tok guru jelaskan pd hamba...
**Sy bdk baru belajar. He3!
Syahadat Proses Asal diri dari Kalimah Tauhid LAA ILAHA ILLA ALLAH MUHAMMAD RASUL ALLAH Tiada Tuhan Melainkan Allah Muhammad Utusan Allah, Dari Allah Kita berasal dan kembali kepada Allah, Inna Lillahi Wainna Ilaihi Rojiun.
Wallahu A'lam
(Arrya Sufi)
  • 17 people like this.
  • Alisya Feisal "Hakikat Insan" tinggi..takut terpesong klu x berguru yg diakui mursyid..da baik blajaq kitab al hikam...
    6 hrs · Like · 3
  • سيريه امس Martabat 7 ni ... mana boleh suka2 , nanti orang kata ko sesat .. kena cari guru betul2 guru ... nt dia bgtau semua rahsia ... rahsia bismillah tu semua .. kena bai at baru boleh bawak ni .. balajr nyusul dulu baru belajar ni .
    5 hrs · Like · 3
  • سيريه امس Tu semua x fhm x boleh .. ada tahap makam2 dia ..
    5 hrs · Like · 3
  • سيريه امس Tu sebab kalau org belajar dia tau , diri dia manusia semua ada lam alif .. rukun ehsan tu ko blajar , da tau nnt semut pun ko x berani bunuh .
    5 hrs · Like · 2
  • Inspirasi Taming Sari Betul la bro! Bila masuk wall dia, mmg dahsyat. Huhuhu...
    5 hrs · Like · 1
  • سيريه امس Haha ... org fkih x serasi bab ni , nnt jadi macam lepat .
    5 hrs · Like · 2
  • Alisya Feisal kitab al hikam pd pendapat aku baguih psl kita blajaq mengenai permasalahan hati...apa itu syirik?!! apa itu makna keakuan diri?!! dan yg paling penting "tiada daya upaya melainkan dgn izinNya..Rabb semesta alam"
    5 hrs · Like · 3
  • سيريه امس Ni kira senang faham , ada lg yg susah ... kena jalan tasauf dulu baru boleh pg hakikat lepas tu makrifat ... makam da tinggi nt ada yg x sembahyang pd pandangan org , tp sbnrye dia sembanyang dlm ghaib .. mula niat baru hidup diri , diri tu yg buat semua .,. X fhm susah ni , blh mental ..
    5 hrs · Like · 2
  • Inspirasi Taming Sari Tu yg ada blh jadi gila kan? Huhuhu
    5 hrs · Like · 2
  • Alisya Feisal hakikat kena blajaq..tp klu tanpa syariat sesat!! syariat lak klu tanpa hakikat batal..berpesan pd diri dan smua...
    5 hrs · Like · 2
  • سيريه امس Ha betul tu Alisya Feisal ... kena blajr yg tu dulu ... nnt baru dia terangkan titik ape , alif apa , ba ape ....
    5 hrs · Like · 1
  • Arin Balboll Huhuhu nie handa2 nie
    5 hrs · Like · 3
  • Alisya Feisal aku pun budak baru blajaq, itupun melalui bacaan..mohon pd Allah SWT agar diberi petunjuk dan bimbingan..2 asas mau pegang rapat Al Quran dan as sunnah!!
    5 hrs · Like · 3
  • سيريه امس Kawan belum bai at lg x blh lebih , dosa ... nt korg jumpa 1 kitab tu tulis "Allh bukan Tuhan barangsiapa yang mengatakan Allah itu Tuhan syirik baginya "
    5 hrs · Like · 2
  • Arin Balboll Hehehehe torbaikkk boss
    5 hrs · Like · 2
  • Arin Balboll Alhamdulillah akhir2 zaman nie kejar lah ilmu akhirat. .
    5 hrs · Like · 2
  • سيريه امس Gila tu klu bljrx berguru ... bljr dgn ustaz google .. Betul tu Alisya Feisal ... syariat kena buat juga ,,
    5 hrs · Like · 2
  • سيريه امس Kawan da jumpa ni , nak bai at kt singapura x lama lg .. lepas tu p riau pulau penyengat .
    5 hrs · Edited · Like · 2
  • Arin Balboll Jauhnya hehehe
    5 hrs · Like · 2
  • Arin Balboll Rsanya Inspirasi Taming Sari lagi arif tentang nie hehe
    5 hrs · Like · 3
  • Arin Balboll Kata orang arif yg bertanya lebih tao dri yg ditanya hehe
    5 hrs · Like · 3
  • سيريه امس Dia buat2 tak tau .... xpe ilmu kita kongsi2 ..
    5 hrs · Like · 3
  • Alisya Feisal smua nie gerak dari Dia..mempertemukan kita smua!! Habib Noh cucu-cicit Baginda tercinta...
    5 hrs · Like · 3
  • 5 hrs · Like · 2
  • Rabeah Binti Mohd Ali Sebaiknya kalimah Allah janganlah dipermainkan dikuatiri memakan diri sendiri...
    semasa hidup samada kita ahli ibadat atau tidak boleh melafazkan kalimah tauhid LAA ILAHA ILLA ALLAH MUHAMMAD RASUL ALLAH Tiada Tuhan Melainkan Allah Muhammad Utusan Allah
    , Dari Allah Kita berasal dan kembali kepada Allah, Inna Lillahi Wainna Ilaihi Rojiun.
    di saat nazak datang sakaratulmaut tika itu roh berada di kerongkong dengan Rahmat Kasih-Nya Allah kepada hamba-Nya
    barulah boleh melafazkan dengan lancar bagi mereka yang tak dapat melafazkan merana roh dan jasad sepanjang berada di alam barzah dan hari akhirat...nauzubillah.
    5 hrs · Like · 2
  • Alif Lam Mim Ahmad HAKIKAT.ALLAH HAKIKAT MUHAMMAD
    4 hrs · Unlike · 3
  • Rabeah Binti Mohd Ali AKU REDHA ALLAH TUHANKU
    AKU REDHA MUHAMMAD NABI DAN RASULKU
    AKU REDHA ISLAM AGAMAKU
    4 hrs · Like · 2
  • Inspirasi Taming Sari Arin Balboll, Sireh Emas, jgn ckp mcm 2... Den baru nak belajar ni... He3!
    4 hrs · Unlike · 2
  • Rabeah Binti Mohd Ali jika ekau baru nak blajor mesti serius jangan gelak-gelak nanti ilmu susah mahu masyuk dalam pikiran ekau ada paham wahai budak baru nak blajor...
    3 hrs · Like · 2
  • Inspirasi Taming Sari Bkn gelak, senyum berminat... Nak belajar, hati kena lapang... Baru timbul minat.

    Klau serius sgt, muka jd masam, ilmu takut nak dtg. smile emoticon
    3 hrs · Like · 1
  • Rabeah Binti Mohd Ali Tak caya lihat sendiri wajah Hang Nadim tu serius jer mana ada senyum....itu baru namanya pahlawan melayu berjiwa Islam....'senyumku ada di bulan...,;
    3 hrs · Like · 1
  • Inspirasi Taming Sari Mlm ni bulan x muncul2, hamba pun guna lampu minyak tanah je...
    3 hrs · Like · 1
  • سيريه امس Bulan sedih tgk kl perang ..
    3 hrs · Like · 1
  • Rabeah Binti Mohd Ali Mana tahu malam ni malam Lailatul Qadar...jika beribadah nilainya sama dengan seribu bulan bersamaan 83 tahun...Subhanallah walaupun lampu minyak tanah tapi hati terang macam rang bulan.
    3 hrs · Like · 2
  • Inspirasi Taming Sari Bijak puan Rabeah Binti Mohd Ali dlm mberi kata2 semangat! smile emoticon
    3 hrs · Unlike · 2
  • Rabeah Binti Mohd Ali Allahau Akbar sahabat sejati adalah sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat walaupun saat-saat nyawa di hujung tanduk. In-sya Allah kita di grup ini semuanya sahabat sejati dunia akhirat. Aamiin.
    3 hrs · Like · 2
  • 2 hrs · Unlike · 2
  • Azwan Zuhairi Tuan2 sekalian. Eloklah belajar ilmu2 agama itu drp mrk yg bertauliah. Asas kpd Islam adalah AlQuran dan AsSunnah, kemudian Ijma' dan Qias. Jgn dipeningkan kepala, sempurnakan Syariat kemudian barulah disulami dgn Tasauf. Tiada solat ghaib, solat daim tiada langsung... jalan Rasulullah SAW adalah yg terbaik. Jangan dibingungkn... sedangkan Rasulullah SAW bersolat sehingga bengkak kaki baginda, maka apakah alasan bagi mrk yg mendustakan Sunnah? Perbanyakkanlah mghadiri Majlis Ilmu, belajar dgn pelbagai guru dan alim ulama. Campurilah masyarakat dan berpegang teguh kepada Sunnah Wal Jamaah. Wallahualam
    2 hrs · Unlike · 4
  • Inspirasi Taming Sari Terima kasih tuan Azwan Zuhairismile emoticon
    2 hrs · Unlike · 1
  • Rabeah Binti Mohd Ali Apa yang dikatakan Azwan Zuhairi itu benar sebab itu penting adanya mereka yang tahu agama mengajar mereka yang tak berapa pandai seperti saya dan kawan-kawan grup sebab itu awal-awal lagi Inspirasi Taming Sari tolong ajarkan saya kerana saya budak baru belajar. Merendah diri adalah lebih baik daripada mengaku pandai agama tapi diam membisu tanpa bicara walhal celik agama. Walaupun cuma alam maya apa salahnya kita saling berkongsi ilmu apa yang kita tahu selepas itu mana yang tak berapa betul diperbetulkan dalam suasana yang harmonis. Bukan saling menunding jari. Apapun Islam itu indah. Saling membantu dalam apa jua masalah saudara seislamnya.

  • Rabeah Binti Mohd Ali AKU SI JAHIL MAHUKAN ILMU KEMANISAN IMAN

    Aku cemburu 
    orang yang solat
    sebab aku tak solat

    aku cemburukan
    orang yang berqiamulail
    sebab aku tak tahu apa itu qiamulail

    aku cemburukan 
    orang yang pandai mengaji
    sebab aku tak pandai 

    aku cemburukan
    orang yang berpuasa
    sebab aku tak pernah berpuasa

    aku cemburukan 
    orang yang pergi haji
    sebab aku belum pergi

    aku cemburukan
    mereka yang bersedekah
    sebab aku bakhil

    aku cemburukan 
    mereka yang berzakat
    sebab aku tak berzakat
    biarpun harta melimpah ruah

    aku cemburukan
    mereka yang suka berbuat baik
    sebab aku anti kebaikan
    sukakan kejahatan

    aku cemburukan 
    mereka yang suka berkata yang baik
    sebab aku suka mengumpat mengeji 
    menyakiti hati orang 
    aku rasakan akulah yang kaya
    akulah yang berkuasa
    akulah yang mempunyai segala yang
    manusia idamkan kemewahan hidup di dunia ini

    baru aku tahu kini
    sebenarnya aku terpedaya dengan
    keegoaanku sendiri yang leka dan lalai

    salah aku juga 
    punca aku cemburu kepada mereka
    kerana aku tak tahu
    apa itu 
    syahadah
    solat 
    puasa
    zakat
    menunaikan haji di Mekah
    Rukun Islam
    yang mesti diamalkan 
    dan diimani oleh semua
    orang Islam selagi 
    hidup mesti dilakukan
    kerana taatkan perintah Allah.

    Ya Allah ...aku jahil
    aku tak tahu semua ilmu
    yang patut kutahu
    mulai 
    detik ini
    saat ini
    sampai bila-bila pun
    aku mahu belajar 
    ilmu yang patut aku tahu
    ilmu kemanisan iman.

    Ya Allah...bukakan
    hatiku seluasnya
    untuk
    mencari
    dan
    memiliki 
    ilmu kemanisan iman.

    Ya Allah...bukakan
    hati bakal guru-guruku
    mengajarku dengan setulusnya keranaMu
    biar ilmu yang dicurahkan
    meresap terus ke dalam 
    roh dan jasadku.

    Yang aku tahu
    neraka tempat yang mengerikan
    dan menakutkan
    segala azab sengsara akan
    dibalas kepada orang yang lalai
    lalai berpunca kerana tak berilmu
    jahil kenapa aku dihidupkan di dunia ini
    aku tak mahu menjadi si jahil yang ego
    rugi dunia akhirat!

    Yang aku tahu
    Syurga tempat segala nikmat yang mengasyikkan
    dihadiahkan kepada orang yang taat kepada Allah
    orang yang semasa hidup di dunia ini 
    merasai kemanisan iman.

    Ya Allah aku perlukan Ilmu Kemanisan Iman
    agar aku dapat mencintaiMu dengan setulus hatiku.

    Ya Allah terimalah taubatku
    kerana aku si jahil yang sombong
    hidupku selama ini menyeksakan 
    rohku sendiri
    kesian rohku yang terseksa... 
    berduka di atas kejahilanku.

    Duhai roh maafkan aku 
    biarkanmu terseksa dan berduka
    aku terlalai untuk
    menunaikan keperluanmu
    iaitu ilmu Kemanisan Iman
    akan ku belajar dan memiliki
    Ilmu Kemanisan Iman
    tanpa jemu dan bosan
    sehingga terhenti nafasku!

    Karya Ratu Rimba Niagara
    20 Jun 2011



PETIKAN WALL GRUP KEBANGKITAN BANI JAWI NUSANTARA &
PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
26 RAMADAN 1436H
13 JULAI 2015

0 comments:

Post a Comment

 
;