MARHABAN YA RAMADAN (252) YA ALLAH KAMI RINDUKAN RAMADAN
RECENT ACTIVITY
YA ALLAH KAMI RINDUKAN RAMADAN
Ya Allah malam ini adalah malam terakhir ramadan
ramadan akan pergi meninggalkan kami
ramadan bulan yang Engkau muliakan
balasan pahala berlipat kali ganda yang Engkau
berikan kepada hamba-Mu yang ikhlas dalam beribadat kerana-Mu,
Pahala yang berganda-ganda Engkau berikan
tapi kami tidak merebut peluang sebanyak-banyaknya
kami masih lagi terpengaruh dengan godaan duniawi
leka lalai malas masih tamak haloba
bersedekah sekadar adanya sedangkan rezeki yang Engkau
berikan kepada kami melimpah ruah tapi kami masih bakhil
untuk menginfak ke jalan-Mu kerana takut miskin
sedangkan tidak pernah orang yang menderma menjadi miskin
sedangkan ahli kubur jika diizinkan hidup kembali mahu
bersedekah setiap hari Masya-Allah begitu besarnya ganjaran pahala
orang yang suka bersedekah.
Ya Allah jadikan kami hamba-Mu yang pemurah
yang suka membantu saudara seislam kami yang didalam kesusahan
kikiskanlah sifat tamak haloba dan pentingkan diri sendiri
Ya Allah kami akan berpisah dengan ramadan
kami akan merindukan ramadan
janganlah jadikan ini ramadan yang terakhir bagi kami
jadikan ramadan yang seterusnya dapat kami lalui
kerana kami malu membawa amalan yang sedikit ini
untuk dipersembahkan kepadaMu nanti
Dosa kami lebih banyak daripada amalan soleh
Mengaji sedikit
solat sekadar fardhu
masih dahulukan urusan dunia daripada akhirat
masih mengumpat mengeji menfitnah saudara kami
moga berkat beribadat di bulan ramadan
Engkau buangkan segala sifat yang tercela pada diri kami
Engkau sinarkanlah hati kami dengan Nur Hidayah Kasih-Mu sehingga ke
akhir hayat kami kerana kami mahu mati bertemu-Mu dalam segala dosa
kami yang sudah Engkau ampunkan hati kami putih bersih seputih kain kafan yang membaluti jasad kami.
Ya Allah jangan jadikan ramadan hamba kepada kami
kerana selepas ramadan kami tidak meneruskan ibadah yang dibuat
di bulan ramadan, kami mahu selepas ramadan kami akan terus melakukan ibadah yang Engkau redhai sehingga ke akhir hayat kami kerana kami mahu menjadi hamba-Mu yang sentiasa taat dalam ikhlas melakukan ibadah.
Ibadah kami bukan untuk dibanggakan kepada manusia tapi ibadah kami hanya kerana-Mu hanya untuk-Mu.
Ya Allah Engkau Maha Pengampun
Ampunkan dosaku
dosa kedua orang tuaku
dosa semua ahli keluargaku
dosa guru-guru yang mengajar ilmu dunia dan akhirat
dosa jiran tetanggaku
dosa sahabatku di alammya mahupun di alam nyata
dosa semua muslimin muslimat yang hidup atau yang telah meninggal dunia
Ya Allah jika di kala ini ahli keluargaku dan sahabatku yang telah menginggaldunia menerima azab kubur seperti berada lubang-lubang dari api neraka
Engkau gantian kuburnya yang Indah Taman-Taman Syurgawi.
Ya Allah kami juga akan mati kerana mati itu pasti
jadikanlah kubur kami Taman-Taman Syurgawi
yang Engkau redha akan kami sebagai hamba-Mu.
Moga Engkau perkenankanlah doa kami Ya Allah Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin
.............................................................
kami hamba-Mu berstatus khalifah-Mu sehingga akhir hayat
29 Ramadan 1436H
16 Julai 2015
0 comments:
Post a Comment