Sunday, 12 July 2015

MARHABAN YA RAMADAN (229) KOLEKSI KARYA SASTERA RATU RIMBA NIAGARA SEMPENA AIDILFITRI 1436H



MARHABAN YA RAMADAN (229) KOLEKSI KARYA SASTERA RATU RIMBA NIAGARA  SEMPENA AIDILFITRI 1436H


KOLEKSI KARYA SASTERA RATU RIMBA NIAGARA SEMPENA AIDILFITRI 1436H
Like   Comment   
  • Rabeah Binti Mohd Ali
    Write a comment...

News Feed

20 hrs · Edited · 
Salam dihulur...maaf dipinta...andai terdapat silap & kata....maaf zahir batin...Salam Kemeriahan Aidilfitri 1436-H...hati-hati memandu pulang ke desa di musim perayaan...ingatlah yang tersayang....minal aidil walfaizin....Senandung Kemeriahan Syawal
Like   Comment   

KOLEKSI KARYA SASTERA RATU RIMBA NIAGARA
SEMPENA AIDILFITRI 1436H

SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN


Salam Aidilfitri!
Moga Syawal Membawa Kerahmatan
Amiin Ya Rabbal A'Lamiin

AKU SAYANG KAMU ANAK KECIL

Anak kecil...
Apa yang kau takutkan?
Adakah kau takut digugurkan bom-bom peperangan?
Jangan takut anak kecil...
Allah sentiasa bersamamu

Biarpun kau tak punya ibu dan ayah....
Tapi kamu dikelilingi keluarga angkat yang sentiasa menyayangimu...
Sudah jangan menangis lagi...
Mari kudendangkan lagu,'Aku Sayang Kamu Anak Kecil.'

Karya Ratu Rimba Niagara
6 Syawal 1432H
4 September 2011

Like · · Unsubscribe · 4 hours ago near Kuala Lumpur


Datuk Mohd Jeffry Rosman and Princess Adeq Que like this.

Caesario D Kriiss nie post ka ni atau pantun...

3 hours ago via mobile · Like

Rabeah Mohd Ali:

Ini bukan pantun...ini puisi...

Pantun kena ada rhima
Puisi luahan rasa kalbu penulis

Selalu baca lama-lama faham sayang hihihi

Dengar pantun kucipta untukmu:

Terima kasih Caesario D Kriiss,
Kerana menyokong karyaku;
Persahabatan terjalin akan kubalas,
Terpatri persahabatan kau dan aku.

3 hours ago · Like

Caesario D Kriiss ehm maaf ye....bukan saya sokong karya awak,
kerana tak berminat langsung  post atau puisi macam awak maksudkan
tu.....

2 hours ago via mobile · Like

Rabeah Mohd Ali:

Terima kasih Datuk Mohd Jeffry Rosman. Sokonganmu, Datuk Jem dan
Dato Seri' Zaleey Jazz pada karyaku membuatkan aku terharu sehingga
terbawa ke alam mimpi. Sekarang ni kucuba ingat apa yang kukarang
dalam mimpi tersebut.

SOKONGAN 3 SAHABAT SETIA PADA KARYAKU BUAT KU TERHARU

Terima kasih duhai 3 sahabat di sana
Biarpun ku tak mengenali kalian
Dan kalian tak mengenaliku di sini
Alam maya telah menyatukan hati-hati kita

Biarpun perjuangan kalian berbeza
Kerjaya kalian berbeza
Bertaraf VIP
Berkelayakan tinggi
Melalui karyaku
Hilang segala prasangka ku pada kalian
Yang selama ini beranggapan golongan atasan
Hidupnya adalah kebanggaan dirinya
Tapi setelah mengenali kalian
Aku menangis dalam sendu
Bersyukur pada Allah
Kerana biarpun siapa dirimu
Kau tetap menganggap hamba Allah
Allahu Akhbar

Semoga Allah membalas segala budi baikmu
Kepada semua hambaNya yang telah kau berbuat baik.
Amin Ya Rabbal A'Lamin.


Karya Ratu Rimba Niagara
6 Syawal 1432H
4 September 2011


Rabeah Mohd Ali:

Kalau tak minat tak apa...kerana ada orang lain yang minat ye...
dan kalau orang lain tak minat pun tak apa...takkan berkecil hati...
kerana aku menulis bukan kerana untuk mencipta nama tapi kerana
kasih sayangku pada semua manusia yang hidup di muka bumi ini.

2 hours ago · Like · 1 person

Rabeah Mohd Ali:

Pecah kaca pecah gelas,
Lepas baca kasih sayang terbalas.


CINTAKU BERSEMI DI UFUK SENJA
by Rabeah Mohd Ali on Sunday, September 4, 2011 at 6:49am

CINTAKU BERSEMI DI UFUK SENJA

Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akhbar
Keindahan ciptaanMu ini buat hatiku bertambah rindu padaMu
Aku taksub dalam cintaku padaMu Ya Allah
Pancaran sinar mentari di ufuk senja kulihat jelas namaMu Ya Allah
Pacaindera kalbuku kulihat pancaran ufuk senja memancarkan namaMu
berada dalam batu berlian ...
Allahu Akhbar aku memujaMu tanpa hentiNya!
Di ufuk senja cintaku bersemi
MemujiMu MemujaMu tanpa jemu hingga ke penghujung hayatku...
MencintaiMu adalah satu kebahagian dan ketenangan abadi
Balaslah cintaku Ya Allah
Amin Ya Rabbal A'Lam

Karya Ratu Rimba Niagara
6 Syawal 1432H
4 September 2011

CAHAYA MENUJU KE 7 PETALA  LANGIT DAN 7 PETALA BUMI


Subhanallah...
sungguh indah ciptaanMu
awan biru tetap bercahaya biarpun awan kelabu cuba menutupinya
sedaya kudrat awan biru tetap melawan dan terus melawan
akhirnya dengan izin Allah awan biru menang!
buktinya cahaya awan biru terus menuju ke 7 petala langit dan 7 petala bumi
menembusi awan kelabu! Masya-Allah betapa besar kuasaMu Ya Tuhanku.

Karya Ratu Rimba Niagara
6 Syawal 1432H
4 September 2011


BERMIMPI TENTANG AWAN BIRU

BERMIMPI TENTANG AWAN

Aku selalu bermimpi tentang awan ciptaanNya
Tika itu suasana pagi di awan seakan berpesta
Pelbagai objek kulihat...aku teruja melihat objek
Sukar hendak kuceritakan perasan taksub aku di kala itu
Syukur Alhamdulillah kerana bermimpi tentang pelbagai objek di awan biru!

Karya Ratu Rimba Niagara
6 Syawal 1432H
4 September 2011

Like · · Unsubscribe · 38 minutes ago near Kuala Lumpur

Yantzen Peace likes this.


KESYAHDUAN DI KUBURAN DI PAGI SYAWAL

KESYAHDUAN DI KUBURAN DI PAGI SYAWAL
by Rabeah Mohd Ali on Wednesday, August 31, 2011 at 5:02am

Awal pagi Aidilfitri menziarahi kubur keluarga tercinta
Bapa , abang dan kakakku .


Teringat kenangan manis pernah berhidup dengan mereka yang tercinta.
Lagi diingat lagi memilukan hati...rasa ingin diulangi masa silam ...mahu
berhidup bersama mereka. Takdir mesti diterima dengan redha dalam iman.


Di tanah perkuburan aman...damai....tenteram....saujana mata memandang
pacakan batu nisan. Ramai keluarga membacakan doa untuk mereka yang
sudah bergelar aruah. Ada yang membawa jambangan bunga kek wa putih untuk
diletakkan di kuburan keluarga mereka yang tersayang.


Aku membacakan surah Yasin untuk disedekahkan pahalanya kepada bapa ,
abang dan kakakku. Tanpa ditahan-tahan air mata berjuaraian. Puteri sulungku
membaca doa dikirimkan kepada aruah datuknya yang tidak pernah dilihatnya
ketika dia dilahirkan ke dunia ini.


Selesai ibuku membaca doa....ditaburkan bunga-bungaan disirami air di kubur
aruah suami dan anaknya.

Ibu memagang nisan aruah suaminya sambil berkata sesuatu dalam hatinya.
Kulihat air mata ibu mengalir deras...barangkali ibu merindui bapaku
yang telah puluhan tahun meninggalkannya.

Ibu memegang batu nisan abangku Ramli sambil berkata,
"Nak...emak dah ampunkan segala dosamu nak...Ya Allah Kau masukkan roh suami dan kedua-dua anakku ini ke dalam SyurgaMu. Jika aku mati nanti masukkan aku ke SyurgaMu agar aku dapat bertemu dengan suami dan anak-anakku yang telah lama kurindui, Amiin Ya Rabbal A'Lamiin.



Karya: Ratu Rimba Niagara
1 Syawal 1432H


SALAM SYAWAL UNTUK SEMUA


Salam Syawal buat sahabatku,
Kukirimkan jutaan ampun di angin lalu;
Salah tutur bicara maafkan daku,
Biarpun di pagi Syawal kita tak ketemu.

Di pagi Syawal kita tak ketemu,
Bersama sanak saudara bermaaf-maafan;
Takbir di pagi Aidilfitri mendayu-dayu,
Buat hatiku terharu sendu sedan.

Hatiku terharu sendu sedan,
Teringatkan permergiaan keluarga tercinta;
Kubacakan Yassin di kuburan,
Pengubat rindu buat mereka yang tiada.

Pengubat rindu mereka yang tiada,
Moga dicucuri rahmat roh yang tercinta;
Moga Allah ampunkan segala dosa,
Menerima segala amalan ketika hidupnya.

Pergi ke masjid berwangi-wangian,
Bertakbir Raya Di Aidilfitri;
Takbir Raya didengar penuh penghayatan,
Kesyahduan takbir menusuk hati.

Takbir Raya menusuk hati,
Air mata mengalir meninggalkan Ramadhan;
Pergi Ramadhan selalu dirindui,
Moga berjumpamu lagi di tahun hadapan.

Wajah berseri-seri pakaian serba baru,
Meraikan Syawal penuh kesyukuran;
Pelbagai juadah untuk tetamu,
Bersalam salaman penuh keceriaan.

Bersalam-salaman penuh keceriaan,
Saling bermaaf-maafkan di antara kita;
Mengundang rahmat dari Tuhan,
Dosa tersimpan terampun buat hatiku lega.

Sambil bersalaman bermuhasabah diri,
Jangan diulangi kesilapan lalu;
Tutur bicara perlu dikaji,
Agar ianya tidak memakan diri.

Selesai bersalaman kita dijamu juadah,
Pelbagai jenis terhidang sudah;
Semuanya ramah tamah,
Di pagi Syawal sememangnya indah.

Senyuman Syawal semanis kurma,
Kedatangan Syawal dari Tuhan untuk hambaNya;
Moga amalan kita diterimaNya,
Berkat kesabaran menahan segala cabarannya.

Senyuman Syawal semanis kurma,
Senyuman hambaNya mengundang keberkatan;
Bermaafan kita dalam redhaNya,
Bertalisiraturrahim penuh keberkatan.

Moga Allah cucuri rahmat kepada kita semua,
Begitu juga setelah mati mendapat rahmatNya;
Syukurku kita bertalisiraturrahim di alam maya,
Bertukar pandangan berkongsi ilmu demiNya.

Selamat Aidilfitri kepada semua sahabatku,
Salah dan silap harap maafkan daku;
Mana tahu ada tutur kataku yang menguriskan hatimu.
Kuhulurkan salam memohon maaf darimu.

Karya: Ratu Rimba Niagara
21 Ramadhan 1432H
21 Ogos 2011
Like · · Unsubscribe · August 28 at 2:07am

 Princess Adeq Que and 2 others like this.


MENJELANG SYAWAL
by Rabeah Mohd Ali on Saturday, August 20, 2011 at 6:18am
Your note has been created.

Duhai teman fb yang dikasihi lagi dihormati...
Tak lama lagi kita akan menyambut Syawal
Kita akan tinggalkan Ramadhan bulan yang penuh kemuliaan
Moga segala amalan kita semua diterimaNYa
Moga kita ada berkesempatan menemui Ramadhan tahun seterusnya
Agar dapat mengumpulkan saham akhirat yang tak pernah putus Insya-Allah
Aku sebagai hamba yang tidak pernah sempurna
Biarpun aku cuba sedaya upaya menyempurnakan sebaik mungkin
Tetap juga ada kekhilafan

Dalam soal-soal menjaga tutur bicara yang kurang enak didengar
Soal-soal yang yang terselindung terguris
Siapalah aku duhai sahabatku untuk menjadi insan yang sempurna....
Justeru dengan rasa terlalu kerdil...
Maafkan segala kesalahanku


Duhai sahabatku semua...
Mana tahu kesalahanku ada terselindung di balik bulan purnama hatimu itu?
Maafkan aku ya teman-teman semua
Ketahuilah kehadiran kalian telah mempelangikan hidupku
Selama ini senyuman hidupku berselindung di sebalik bulan...
Tapi kini tidak lagi duhai teman-temanku
Lihatlah bulan di situ ada senyumanku yang kuhadiahkn untuk kalian


Biarpun kita tidak pernah berjumpa di alam realiti ...
Tapi sudah memadai buatku
Dengan bahasa kalbumu itu
Melalui alam maya
Kufaham apa yang sedang kita komunikasikan
Semuanya secara tidak langsung memberi informasi padaku
Kalian semua adalah guru-guruku
Mana tidaknya
Dalam jenaka ada ilmu
Dalam bicara kata ada ilmu
Waima terguris kata pun ada ilmu
Ilmu...ilmu...ilmu...
Ilmu dunia akhirat
Terima kasih teman kehadiran kalian
Membuatkan aku lebih menghargai hidup ini
Moga rahmat dan redha Allah sentiasa bersama kalian semua

Ya Allah di penghujung Ramadhan yang penuh berkat ini
Yang akan kami tinggalkan
Yang akan kami sentiasa rindui
Yang akan kami tunggu di tahun-tahun mendatang Insya-Allah
Kau terimalah amalanku dan sahabat-sahabatku
Kau ampunkan segala dosa-dosa kami
Kau suburkanlah hati-hati kami untuk taat padaMu
Melakukan segala kebaikkan yang Kau redhai
Selama hayat kami hidup

Kau perkenankanlah semua hajat kami yang baik-baik
Yang ada nilaian di SisiMu Ya Allah
Amin Ya Rabbal A'Lamin


Karya: Ratu Rimba Niagara
20 Ramadhan 1432H
20 Ogos 2011

ILHAM KURNIAAN-NYA BAGAIKAN AIR TERJUN NIAGARA MAKANYA AKU BERSYUKUR SEBANYAK-BANYAK-NYA LALU KUKONGSIKAN/BAGIKAN KEPADA RAKAN ALAMMAYAKU TERSAYANG MOGA ALIRAN KARYA-KARYA YANG KUTULIS MENYATU HINGGA KE SUNGAI-SUNGAI SYURGAWI AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.


"Moga Kalam Allah yang dipelajari, dibaca, diajar , dihafal dan diamalkan menjadi peguam bela di alam barzah dan memberi Syafaat di hari Akhirat kita semua. Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin."


HADIAH KITA YANG PALING BERHARGA APABILA KITA DAPAT MENJAWAB SOALAN DI KUBUR JIKA ITU KITA BERJAYA MENJAWBNYA ITULAH HADIAH YANG LEBIH BERHARGA DARI ALAM DAN SEISINYA. MANALAHLAH TAHU BERKAT KITA BERTEMAN FB WALAUPUN CUMA DI ALAM MAYA YANG SERING BERBAGI ILMU DUNIA AKHIRAT DENGAN MEMADAMKAN KEEGOAAN DIRI SENDIRI YANG SENTIASA BERPERASANGKA MAZMUMAH DALAM BERTEMAN FB.DEMI-NYA KITA LUPAKAN DARJAT SIAPA PUN KITA KERANA KITA BERASAL DARI ROH DAN BERAKHIR DENGAN ROH JUGA .MOGA ROH KITA SUCI SESUCI TIKA BERSUMPAH SETIA DENGAN TUHAN BAHAWA, 'ENGKAULAH TUHAN KAMI YANG KAMI SEMBAH TIADA TUHAN SELAIN ENGKAU ,KAMI BERSUMPAH AKAN MENJADI KHALIFAH DI MUKA BUMI-MU SELARI DENGAN KEHENDAK-MU'


SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
BENARLAH APA YANG ADA DI LANGIT DAN DI BUMI MENG-AGUNGKAN-NYA
MAKHLUK CIPTAAN-NYA YANG ADA
DI TUJUH PETALA LANGIT TUJUH PETALA BUMI
MENZIKIRKAN NAMA-NYA DI SEBILANG MASA DAN KETIKA
TERLALU MAHA AGUNG-NYA MU YA ALLAH
TIADA TUHAN LAIN LAYAK DISEMBAH KECUALI ENGKAU
ENGKAU SAJA YANG DI AGUNGKAN OLEH SEMUA
MAKHLUK 7 PETALA LANGIT 7 PETALA BUMI
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHHU AKBAR


'YA ALLAH AMPUNKAN AKU
AMPUNKAN SEMUA KELUARGAKU
SEMUA SAHABAT ALAMMAYAKU
DAN SEMUA SAUDARA SEISLAMKU
TEMUKAN KAMI DI SYURGA-MU
BERDEKATAN DENGAN RASULULLAH
UNTUK BERSAMA MEMANDANG WAJAH-MU
AAMIIN YA RABBAL ALAMIIN.'


Boleh luangkan masa anda 1 saat untuk membaca istighfar ?
Alhamdulillah, terima kasih... ||


YA ALLAH JADIKANLAH KARYA SASTERAKU MENGALIR SEPERTI AIR TERJUN NIAGARA YANG MENGALIR TERUS MENGALIR MENYATU HINGGA KE SUNGAI-SUNGAI SYURGA-MU
AKU MENULIS KERANA-MU
ILHAM YANG AKU TULIS DATANG DARI-MU
KAU HADIRKAN ILHAM TANPA HENTI PADAKU ATAS KEHENDAK-MU
AKU BERSYUKUR ILHAM DATANG TANPA HENTI-NYA
ALHAMDULILLAH SYUKUR YA ALLAH
TANPA IZIN-MU AKU TIDAK DAPAT MENULIS BIARPUN SEBARIS AYAT
ALLAHU AKBAR KEKUASAAN-MU MENGATASI SEGALA-NYA


YA ALLAH KERANA KARYA SASTRA YANG KUTULIS ADALAH DARI-MU
JADIKANLAH AKU DAN YANG MEMBACA KARYAKU
HAMBA-MU YANG SENTIASA REDHA ATAS APA YANG ENGKAU TAKDIRKAN
PERCAYA SETIAP YANG DITAKDIRKAN ITU ADA HIKMAH DI SEBALIK-NYA
YA ALLAH JADIKAN KARYA SASTERA YANG KUTULIS SESUAI DENGAN ZAMAN WALAUPUN ZAMAN TERUS BERUBAH TAPI KARYAKU SENTIASA ADA DI JIWA SEMUA MANUSIA YANG MENGHAYATINYA KERANA SASTERAKU ADALAH ILHAM DARI-MU, JIKA ILHAM DARI-MU PASTI MEMBERI KEBAIKAN PADA DIRIKU DAN PADA SEMUA YANG MEMBACA KARYAKU.
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.

'SASTERAKU ILHAM DARI-NYA'
NAMA PENAKU INI ILHAM DARI-NYA JUGA
ADA YANG TERSIRAT DI SEBALIK YANG TERSURAT
ATAS NAMA PENAKU INI

RATU SEORANG RAJA/RATU ATAU PEMIMPIN ITU YANG TERSURAT
YANG TERSIRAT MEMARTABATKAN INSTITUSI DIRAJA NUSANTARA

RIMBA AGAR SENTIASA RASA MERENDAH DIRI MEMERINTAH DI KERAJAAN RAKYAT RIMBA JADI TIADA SIAPA HENDAK CEMBURU KERANA BUKAN MEMERINTAH KERAJAAN MANUSIA ,TERSIRATNYA MAHU DAPATKAN INSPIRASI UNTUK MENJIWAI WATAK RAJA DAN PEMERINTAH UNTUK DITUANGKAN ILHAM DALAM KARYA SASTERA.

NIAGARA KARYA SASTRA YANG DIHASILKAN SEPERTI AIR TERJUN NIAGARA SENTIASA MENGALIR, SENTIASA BERSASTRA TANPA HENTI SEHINGGA NAFAS TERHENT BIARPUN NAFAS TERHENTI SASTRA YANG DITINGGALKAN TERUS TERUSAN DIBACA OLEH YANG MASIH HIDUP , MOGA ILMU SASTRA YANG DITINGGALKAN TERUS MASUK KE AKAUN SAHAM AKHIRATKU SEPERTI MENGALIR AIR TERJUNAN NIAGARA MENYATU TERUS KE SUNGAI-SUNGAI SYURGAWI
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN


KH. Abdullah Gymnastiar
·
Pastikan kita selalu berterima kasih atas sehalus apapun kebaikan orang, dan jangan berharap terimakasih atas sebesar apapun amal kita


PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
26 RAMADAN 1436H
13 JULAI 2015


0 comments:

Post a Comment

 
;