Tuesday, 20 September 2016

HIDUP SATU PERJUANGAN (413) PERANCANGAN STRATEGIK YANG BERKESAN PASTI MEMBUAHKAN KEJAYAAN DENGAN IZIN ALLAH


HIDUP SATU PERJUANGAN (413) PERANCANGAN STRATEGIK YANG BERKESAN PASTI MEMBUAHKAN KEJAYAAN DENGAN IZIN ALLAH

Rabeah Binti Mohd Ali telah berkongsi foto Tenku Iskandar.
ALLAH ENGKAU RAJAKU ALLAH ENGKAU KEKUATANKU


Datuk Haji Faiz berkongsi kiriman Rabeah Binti Mohd Ali.
Moga mendapat haji mabrur. Aamiin.
"Perancangan strategik yang berkesan pasti akan membuahkan kejayaan dengan izin Allah."
ALLAH ENGKAU RAJAKU ALLAH ENGKAU KEKUATANKU
Allah Kau Penciptaku
Allah Kau Rajaku
Raja Yang Menguasai Kerajaan Langit dan Bumi
Raja Yang Menguasai Di Hari Pembalasan Hari Akhirat
kusembah-Mu kerana Kau Tuhanku
kusembah-Mu kerana Kau Rajaku
hanya Engkau saja yang layak disembah
hanya Engkau saja yang layak memakai pakaian kesombongan
kerana segala yang hidup di muka bumi ini Engkaulah yang ciptakan
seindah kejadian dan Engkaulah yang berkuasa mematikan yang hidup
sehebat manapun manusia tidak layak disembah kerana manusia
tidak berupaya mencipta walaupun seekor nyamuk
dan manusia akan mati
Segala takdir manusia dalam genggaman-Mu
sebab itu Engkau Pengurus takdir hidup matiku
yang terbaik ...
takdirkan hidup matiku ke jalan yang Kau redhai
agar hidup matiku dalam kebaikan
beramal dalam redha-Mu...
mencurahkan bakti kepada manusia ikhlas hati kerana-Mu...
bukan untuk dibanggakan bukan untuk mendapat pujian manusia...
Allah hanya Engkau tempat aku meminta pertolongan
Allah hanya Engkau tempat aku meminta segala hajat
sebelum aku dijemput-Mu abadi di alam akhirat...
berilah aku kesempatan menjadi hamba-Mu...
sepertimana sumpah setiaku ketika aku berada
di alam rahim ibuku
mengaku Engkau Tuhanku
hanya Engkau saja yang layak disembah
Tiada Tuhan lain kecuali Engkau
apa saja yang Engkau takdirkan padaku aku redha
dengan harapan Engkau redhai hidup matiku
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin
...................................................................
aku hamba-Mu Allah Engkau Tuhanku Engkau Rajaku
9 Syawal 1435H
5 Ogos 2014
aku ummatmu yang mencintaimu demi-Nya Ya Rasulullah Kekasih Allah
25 Syawal 1435H
21 Ogos 2014
Datuk Haji Faiz di ‎الكعبة بيت الله الحرام‎‎‎.
( Mengimbas Sirah Dakwah Rasulullah SAW di Kota Makkah )
Pada 17 Ramadhan bersamaan 6 Ogos 610 masihi, Nabi Muhammad s.a.w menerima
wahyu yang pertama Surah Al – Alaq ayat 1- 5 daripada Malaikan Jibrail, ini bermakna dengan rasminya Nabi Muhammad diangkat menjadi Rasul dan era Islam akan bermula yang seterusnya akan menghancurkan era zaman jahiliah.Turunnya wahyu ke dua surah Al Muddathir ayat 1-7 menjadi permulaan episod dakwah Nabi Muhammad s.a.w, kepada penduduk Makkah bagi memberi peringatan kepada manusia tentang azab Allah bagi mereka yang ingkar dan syurga bagi mereka yang taat kepada perintah Allah.
Dakwah secara sulit disampaikan kepada mereka yang karib dan kenalan rapat dengan baginda selama 3 tahun dengan penuh waspada agar matlamat dakwah tercapai terutamanya apabila umat Islam belum ada kekuatan disamping bilangan anggotanya amat sedikit. Rumah Al – Arqam bin Abi Al – Arqam dijadikan markan untuk Nabi Muhammad s.a.w memberi penerangan, tunjuk ajar serta bimbingan kepada orang Islam. Hasilnya lebih kurang 40 orang telah menerima Islam. Seterusnya apabila Nabi Muhammad menerima wahyu Allah dalam Surah Al – Hijr ayat 94 yang bermaksud “ sampaikanlah oleh mu secara terang – terangan segala apa yang diterangkan dan berpalinglah oleh mu secara terang – terangan. Dermulalah dakwah secara berterangan yang disampaikan oleh Rasullah kepada kaum kerabatnya Bani Hashim dan mengumpulkan orang ramai di Bukit Safa yang terdiri daripada bani Fihr dan Bani Adi. Rasullah telah menyeru orang Arab supaya menyembah Allah yang esa dan meninggalkan penyembahan berhala dan tegas mengingatkan bahawa azab Allah s.a.w sangat hebat dan dahsyat bagi orang yang tidak beriman.
Pihak Quraisy mula menentang
1. Ingin mengekalkan kuasa dan pengaruh. Sebelum kepimpinan Kota Mekah terletak di tangan Hashim, moyang Nabi Muhammad dan Abd. Mutalib. Setelah itu berpindah ke tangan Abu Talib, bapa saudara baginda. Besar kemungkinan kepimpinan itu akan diwarisi oleh Nabi Muhammad kerana keupayaannya yang luar biasa itu. Jika mereka memeluk Islam dan mengikut baginda bermakna kepimpinan itu akan terus berada di tangan Bani Hashim.
2. Kerana persamaan taraf, agama Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad ialah agama tauhid yang menyeru kepada keadilan sosial dan persamaan taraf sesama manusia. Hal ini sangat bertentangan dengan system sosial jahiliyah yang masih dikuasai oleh kaum bangsawan Quraisy. Mereka ini masih berpegang dengan taraf dan kedudukan sosial yang berbeza. Dengan terlaksana ajaran Islam maka bermakna tidak ada beza antara ketua dan pengikut antara yang kaya dan yang miskin dan antara tuan dengan hamba. Semua manusia pada pandangan Islam adalah sama kecuali bagi orang bertaqwa.
3. Kaum Quraisy menentang dakwah Rasulullah kerana mahu pertahankan pusaka nenek moyang. Mereka akan kehilangan kedudukan dari sudut sosial dan politik serta ekonomi seperti amalan sembah berhala yang tidak lagi dibenarkan dalam Islam. Kaum Quraisy hilang punca rezeki daripada penjualan berhala dan patung berhala akan pupus. Amalan buat dan jual patung berhala adalah warisan nenek moyang dan ini sebabkan ajaran Nabi Muhammad ditentang kerana dianggap mencela agama berhala.
4. Kaum Quraisy takut hari pembalasan seperti yang dibawa oleh ajaran Islam. Konsep dosa pahala dan seksa neraka dan hari kiamat begitu menakutkan kaum Quraisy Mekah kerana mereka sedar telah banyak lakukan perkara keji dalam Islam seperti rompak dan zina. Keadaan ini berbeza dalam amalan sembah berhala kerana segala dosa dapat dihapuskan menerusi pengorbanan terhadap berhala.
5. Kaum Quraisy Mekah tentang Rasulullah kerana irihati kedudukan Nabi Muhammad s.a.w sebagai nabi dan rasul.
Langkah – langkah Yang Diambil Oleh baginda Untuk Mengatasinya.
1. Di peringkat awal penentangan rasullah dan penganut Islam lebih bersikap
sabar menghadapi segala tindakan kaum Quraisy sehingga tawaran para
Malaikat untuk membantu baginda untuk mengangkat bukit Safa untuk
ditimpakan ke atas orang – orang Taif yang menyakiti baginda pun ditolak.
Baginda terus berdoa ‘Ya Allah berilah petunjuk kepada kaumku kerana
mereka tidak tahu”.
2. Menebus hamba yang diseksa oleh tuanya dan memberikan bantuan kepada
orang – orang yang lemah yang dizalimi dan ditindas. Misalnya Bilal yang
diseksa oleh tuannya Umayyah bin Khalaf telah dibeli oleh Saidina Abu
Bakar lalu dimerdekakannya. Saidina Uthaman bin Affan dan Saidaitina
Khadijah juga banyak mengorbankan harta benda mereka untuk membantu
orang – orang Islam masa itu.
3. Melakukan hijrah ke Habsyah untuk meringankan beban kezaliman yang
dilakukan oleh orang – orang Makkah. Rasullah mencadangkan agar umat
Islam berhijrah ke Habsyah ( Ethopia ) kerana rajanya pada masa itu
beragama Nasrani dan bersikap adil. Hijrah ke Habsyah berlaku sebanyak 2
kali. Kali pertama pada tahun ke – 5 kersaulan nabi Muhammad yang terdiri
daripada 10 orang lelaki dan 5 orang perempuan. Pada kali ke dua pada tahun
ke – 7 kerasulan nabi Muhammad terdiri daripada 83 lelaki dan 18 orang
perempuan yang diketuai oleh Jaafar bin Abi Talib. Turut serta ialah Sadina
Uthman bersama isterinya Ruqaiyah puteri Rasullah, Abu Huzaifah dan isteri,
Zubir bin Al – Awwam, Mus’ab bin Umair, Abdul Rahman bin Auf dan
ramai lagi.
4. Berlindung di bawah perlindungan orang – orang Makkah yang mempunyai kedudukan terutamanya daripada Bani Hashim sendiri ( konsep jiwar ) Nabi dilindungi oleh bapa saudaranya Abu Talib. Para hamba yang telah dibeli dan dimerdekakan diberi perlindungan di bawah orang – orang yang mempunyai kedudukan. Menerusi undang – undang tetamu atau Jiran (qanun al – Jiran ) orang – orang Islam ketika itu terjamin keselamatan mereka.
5. Hijrah Rasullah s.a.w, bersama Saidina Abu Bakar ke Madinah telah
diberitahu oleh Allah ketika kaum Quraisy bersepakat mengambil tindakan
mengepung rumahnya dan hendak membunuh baginda. Hijrah yang berlaku
pada 16 julai 622 Masihi ini telah membawa sinar baru kepada seluruh umat
islam ketika itu. Kejayaan hijrah ini adalah daripada pancaran yang teliti dan
strategi yang berkesan. Kumpulan demi kumpulan umat Islam tiba di
Madinah. Dan menumpang tinggal dan kasih sayang bersama para sahabat
golongan Ansar. Akhirnya sebuah negara Islam yang kuat dan mantap dibina
dibawah pimpinan Rasullah dengan bantuan para sahabat.
6. Nabi mencari tapak yang baru dengan pergi ke Taif
7. Nabi sentiasa berdoa kepada kaumnya terutama dengan pengislaman Saidina
Umar Al-Khattab
KESIMPULAN
Kesabaran dan kekuatan iman umat Islan dalam mengadapi penentangan di samping perancangan strategik yang berkesan pasti akan membuahkan kejayaan dengan izin Allah.
Tempat bersejarahMecca, Makkah Region, Saudi Arabia
13,470 orang telah mendaftar masuk di sini


Murba Terpinggir
PENGENALAN RINGKAS HAMZAH FANSURI.
Dilahirkan di Barus atau Fansur Singkel pada abad ke 16. Beliau banyak mengembara dan mendapat pendidikan di Sumatera, Makkah, Madinah,Baghdad dan lain-lain. Hamzah dianggap sebagai seorang Ulama' dan pengarang yang terkenal pada zaman tersebut. Beliau menganut tarekat Qadiriah juga dipengaruhi ajaran lbn Arabi dan al-Hallaj. Satu daripada ajarannya ialah Wahdatul Wujud yang ditentang oleh Nurudin al-Raniri dan Abdul Rauf Singkel yang beraliran Wahdatul Syuhud. Atas nasihat Nurudin , Sultan lskandar Thani telah memerintahkan karya Hamzah Fansuri dibakar dan ajarannya dituduh menyalahi ajaran lslam. Beliau mati dibunuh pada zaman Mahkota Alam kerana ajaran tasawufnya.
Antara karyanya:
1. Asyarabul-Asyikin wa Zinatuk Muwahhiddin.
2.Asrarul Ariffin fi IImis Suluk wat Tauhid.
3. Al-Muntahi.
4.Ruba'i Hamzah Fansuri.
Karya berbentuk puisi atau kesusasteraan ialah:
1.Syair Burung Pingai.
2.Syair Perahu
3. Syair Dagang.
    CERITA TERKINI
    BICARA SEMPOI III: UNSUR DIDAKTIK DALAM KARYA DAKWAH
    Karya dakwah bukan sahaja menekankan estetika tetapi juga menghantar mesej berunsur didaktik atau pengajaran dalam karya susastera. Ianya bukan karya berlandas kemabukan rasa semata-mata.
    Di samping tetap meraikan apa-apa teori yang menjadikan sebuah karya yang baik, ia menghantar secara berseni betapa kebenaran perlu dimenangkan dan kebatilan perlu dicegah serta diyakini membawa musibah kepada manusia.Menurut Muhammad Qutb, keindahan adalah hakikat alam tercipta manakala kebenaran adalah puncak keindahan.
    Bersambung..
    MURBA TERPINGGIR
    Kuala Lumpur.
    Suka
    Komen
    Komen
    Rabeah Binti Mohd Ali PENYAMPAIAN SEMPOI KARYA DAKWAH YANG BERKESAN...

    AKU SI JAHIL MAHUKAN ILMU KEMANISAN IMAN

    Aku cemburu
    orang yang solat
    sebab aku tak solat

    aku cemburukan
    orang yang berqiamulail
    sebab aku tak tahu apa itu qiamulail

    aku cemburukan
    orang yang pandai mengaji
    sebab aku tak pandai

    aku cemburukan
    orang yang berpuasa
    sebab aku tak pernah berpuasa

    aku cemburukan
    orang yang pergi haji
    sebab aku belum pergi

    aku cemburukan
    mereka yang bersedekah
    sebab aku bakhil

    aku cemburukan
    mereka yang berzakat
    sebab aku tak berzakat
    biarpun harta melimpah ruah

    aku cemburukan
    mereka yang suka berbuat baik
    sebab aku anti kebaikan
    sukakan kejahatan

    aku cemburukan
    mereka yang suka berkata yang baik
    sebab aku suka mengumpat mengeji
    menyakiti hati orang

    aku rasakan akulah yang kaya
    akulah yang berkuasa
    akulah yang mempunyai segala yang
    manusia idamkan kemewahan hidup di dunia ini

    baru aku tahu kini
    sebenarnya aku terpedaya dengan
    keegoaanku sendiri yang leka dan lalai

    salah aku juga
    punca aku cemburu kepada mereka
    kerana aku tak tahu
    apa itu
    syahadah
    solat
    puasa
    zakat
    menunaikan haji di Mekah
    Rukun Islam
    yang mesti diamalkan
    dan diimani oleh semua
    orang Islam selagi
    hidup mesti dilakukan
    kerana taatkan perintah Allah.

    Ya Allah ...aku jahil
    aku tak tahu semua ilmu
    yang patut kutahu
    mulai
    detik ini
    saat ini
    sampai bila-bila pun
    aku mahu belajar
    ilmu yang patut aku tahu
    ilmu kemanisan iman.

    Ya Allah...bukakan
    hatiku seluasnya
    untuk
    mencari
    dan
    memiliki
    ilmu kemanisan iman.

    Ya Allah...bukakan
    hati bakal guru-guruku
    mengajarku dengan setulusnya keranaMu
    biar ilmu yang dicurahkan
    meresap terus ke dalam
    roh dan jasadku.

    Yang aku tahu
    neraka tempat yang mengerikan
    dan menakutkan
    segala azab sengsara akan
    dibalas kepada orang yang lalai
    lalai berpunca kerana tak berilmu
    jahil kenapa aku dihidupkan di dunia ini
    aku tak mahu menjadi si jahil yang ego
    rugi dunia akhirat!

    Yang aku tahu
    Syurga tempat segala nikmat yang mengasyikkan
    dihadiahkan kepada orang yang taat kepada Allah
    orang yang semasa hidup di dunia ini
    merasai kemanisan iman.

    Ya Allah aku perlukan Ilmu Kemanisan Iman
    agar aku dapat mencintaiMu dengan setulus hatiku.

    Ya Allah terimalah taubatku
    kerana aku si jahil yang sombong
    hidupku selama ini menyeksakan
    rohku sendiri
    kesian rohku yang terseksa...
    berduka di atas kejahilanku.

    Duhai roh maafkan aku
    biarkanmu terseksa dan berduka
    aku terlalai untuk
    menunaikan keperluanmu
    iaitu ilmu Kemanisan Iman
    akan ku belajar dan memiliki
    Ilmu Kemanisan Iman
    tanpa jemu dan bosan
    sehingga terhenti nafasku!

    Karya Ratu Rimba Niagara
    20 Jun 2011
    Rabeah Binti Mohd Ali
    Tulis komen...
Karya Ratu Rimba Niagara
20 Jun 2011
Rabeah Binti Mohd Ali
Tulis komen...
REMBULAN KUTAHU RASA HATIMU
Rembulan
kutahu rasa hatimu
kau merenungku
penuh kasih di awan syahdu
rasa cinta kita bersapa
dikala purnama
menjejak selalu.
MURBA TERPINGGIR
Kuala Lumpur.
Suka
Komen
Komen
Rabeah Binti Mohd Ali PUNGGUK KITA SALING TAHU

Pungguk

yang kutahu
kau selalu memanggilku
di kala aku berselindung di balik awan 

apabila pungguk berlagu rindu
menjelmalah rembulan 
membalas renunganmu
membalas cinta dan rindumu

kita saling serasi bersama
walaupun purnama sentiasa 
menjejaki di mana saja keberadaanku...

andai cinta kita tak kesampaian
izinkan kugapaikan bintang
agar terealiti citamu pungguk... 

Karya Ratu Rimba Niagara,
17 Dzulhijjah 1437H
19 September 2016
SukaBalasan123 jam
Murba Terpinggir FIRASAT PUNGGUK DIJEJAK MALAM

Lantaran pungguk sering sendirian

menunggu rembulan dijejak malam 
riadah rohani sering berayun di jiwa pungguk
firasatnya makin menepati pepohon benar
dia melihat elusan mesra rasa cinta
dirinya dengan rembulan
rembintang hanya saksi
cinta setia pungguk dan rembulan 
sejak berzaman.
Tak SukaBalasan123 jamTelah disunting
Rabeah Binti Mohd Ali PERTEMUAN REMBULAN ATAS PERANCANGAN-NYA.

Pertemuan atas perancanganNya pasti indah

kerana ada hikmah di sebalikNya 
ingin difahami pungguk dan rembulan 
semuaNya indah yang tak terlafaz...
Alhamdulillah atas pertemuan nan indah ini 
untuk merealiti cinta dan cita sejak berzaman

RATU RIMBA NIAGARA,
17 Dzulhijjah 1437H
19 September 2016
SukaBalasan123 jam
Rabeah Binti Mohd Ali
Tulis balasan...
Siti Salmah Usah d asak hati.. kelak bertakung airmatamu..
SukaBalasan123 jam
Siti Salmah Usah kasih d selam durja
SukaBalasan123 jam
Murba Terpinggir Betul tuu, biar rembulan terima cinta dengan kerelaan..sahabat Siti Salmah.

    Murba Terpinggir Betul tuu, biar rembulan terima cinta dengan kerelaan..sahabat Siti Salmah.
    Rabeah Binti Mohd Ali
    Tulis balasan...
    Rabeah Binti Mohd Ali
    Tulis komen...
    BICARA SEMPOI II ; SUSASTERA DAKWAH HARUS BAGAIMANA?
    Polemik susastera lslam sekitar 80-an dan awal 90-an membariskan beberapa nama besar dalam persada kesusasteraan tanah air. SN Shahnon Ahmad dan Kassim Ahmad berpolemik panjang dalam merumuskan takrifan terhadap susastera lslam.
    Nama-nama lain seperti S. Othman Kelantan, Azizi Haji Abdullah, Nahmar Jamil, Djazlan Zainal, Mohd Affandi Hassan, Shafie Abu Bakar dan lain-lain. Ada di antara mereka menghasilkan gagasan dan teori susastera lslam yang boleh diaplikasi masyarakat dalam menghasilkan karya susastera berunsur lslam. Umpamanya Mohd Affandi Hassan dan Shafie Abu Bakar.
    Sebenarnya karya sebagai medium dakwah telah terhasil di rantau Melayu sebelum Malaya merdeka lagi. Ini dapat ditinjau melalui kajian pengkaji sejarah yang menyebut karya Raji Ali Haji(1808-1872) seperti karyanya Tuhfat al-Nafis. Penulis di era merdeka yang menghasilkan karya berunsur lslam ialah Shahnon Ahmad seperti Al-Syaqaq I(1985), Kembara Seorang Hamba(2010), Abdullah Husain novel Imam (1995) ,Anas K. Hadimadja dengan novel Muhammad Akhir(1996) , Faisal Tehrani novel Tuhan Manusia(2007) dan ramai lagi penulis yang menghasilkan karya berunsur lslam seperti Nahmar Jamil, Azizi Haji Abdullah, Suhaimi Haji Muhammad, Mana Sikana dan lain-lain.
    Karya-karya dihasilkan mereka merupakan wahana dakwah ke arah menyedarkan masyarakat melalui karya fiksyen dan bahasa puitis.
    Bersambung..
    Sekadar tumpang bicara.
    MURBA TERPINGGIR
    Kuala Lumpur.
    Suka
    Komen
    Komen
    Rabeah Binti Mohd Ali
    Tulis komen...
    BICARA SEMPOI: ANTARA ILMU, DAKWAH DAN SUSASTERA.
    Mukadimah
    Bukanlah menjadi tujuan tulisan ini mengupas secara mendalam tajuk ini. lanya akan disapa sepintas lalu sekadar sama-sama meraikan alam maya. Persoalan ilmu, dakwah dan susastera adalah persoalan besar yang tentunya tidak sesuai dalam ruangan terbatas ini.
    Konsep ilmu
    Dikalangan cendikiawan lslam, mereka membahagikan ilmu kepada dua iaitu ilmu hakiki dan ilmu idafi.
    Ilmu hakiki ialah ilmu Allah S.W.T yang bersifat qadim, kekal, mutlak dan tidak berubah. Manakala ilmu idafi ialah ilmu yang dianugerahkan Allah S.W.T kepada manusia.
    Cendikiawan lslam membahagikan ilmu idafi kepada tiga bahagian; ilmu badihi(intuisi), ilmu daruri(perlu) dan ilmu istidlali(deduksi).
    Ilmu badihi ialah ilmu kerohanian yang berkaitan hati manusia yang cenderung kepada kesucian batin. Ilmu ini berkaitan dhauq atau naluri, intuisi dan cita rasa atau wijdan.
    Ilmu daruri ialah ilmu bersandarkan wahyu( al-Qur'an dan al-Hadith), merangkumi ilmu-ilmu agama seperti tauhid, fekah dan Hadis. Ilmu ini dianugerah Allah S.W.T melalui perantaraan RasulNya. Dinamakan juga 'Ulum naqliyyah.
    Ilmu ketiga ilmu istidlali adalah ilmu melibatkan akal. Cendikiawan lslam membahagikan istidlali kepada tiga pula;
    (i) 'Ulum ilahiyyah(ilmu metafizik)
    Melibatkan perbahasan ilmu
    tauhid dan ilmu kalam.
    (ii) 'Ulum insaniyyah(sains sosial
    dan kemanusiaan)
    Melibatkan ilmu sains sosial
    dan kemanusiaan ini terdapat ilmu
    seperti ilmu sejarah, sosiologi,
    antropologi, psikologi
    geografi dll..
    (iii)'Ulum kauniyyah(ilmu sains
    tabii atau sains tulen)
    Ilmu seperti fizik, biologi
    botani, kimia dll.
    (Sengaja diturunkan konsep ilmu secara ringkas dalam perbincangan "sempoi" ini supaya dapat dikaitkan dengan susastera sebagai wahana dakwah dalam perbincangan seterusnya).
    Bersambung..
    Sekadar diskusi.
    MURBA TERPINGGIR
    Kuala Lumpur.
    Suka
    Komen
    Komen
    Murba Terpinggir Maaf Sabar, hamba pinjam istilah "sempoi" tuan hamba untuk tajuk ini. Hamba dah suka istilah sempoi tersebut..hihi. Sabariah Aziz .
    Ahmad Nazrin lama tak jumpa Tuan.
    Murba Terpinggir Ya, moga sahabat Ahmad Nazrin sihat-sihat selalu.
    Rabeah Binti Mohd Ali

Murba Terpinggir Ya, moga sahabat Ahmad Nazrin sihat-sihat selalu.
Rabeah Binti Mohd Ali
Tulis balasan...
Rabeah Binti Mohd Ali
Tulis komen...
AKU MENYIDAI HARAPAN
Aku menyidai harapan
pada merah senja mentari
dikala unggas mula berlagu sayu
aku berpamitan bersama beburung pulang
hingga aku tidak pasti
masih adakah mentari pagi..
MURBA TERPINGGIR
Kuala Lumpur.
Suka
Komen
DAILOG REMBULAN DAN REMBINTANG
(Sekadar interpretasi cuma. Jangan ambil serius)
Maka sebermula rembulan mengadu pada rembintang;
Teman sering hairan
mengapa gerangan abang pungguk sering menjejak hamba setiap purnama menjelang
jelitakah hamba saudaraku rembintang..?
Apa pandangan mike?
Maka jawab rembintang:
Adapun pungguk itu
nasabnya daripada para biduanda yang mengalun cinta sepanjang zaman
daerah mereka punya alam dimana lembah yang permai tidak berperi
pepohon yang redup penuh kesyahduan membaja cinta sepanjang musim
kedamaian itu menyuburkan rasa cinta melimpah di perdu hati mereka
duhai rembulan
mike beruntung dirindui oleh pungguk
yang terkenal amat di jagat percintaan
mike beruntung dicintai
olehnya..
MURBA TERPINGGIR
Kuala Lumpur.
Suka
Komen
Komen
Delaila Hanni Woww! Dialog yg menarik.. Baru hamba tahu rupanya bulan dan bintang itu dari Perak..hihi(jgn serius)
Murba Terpinggir Haaa..haa..benar, jangan serius sahabat Delaila Hanni.
Rabeah Binti Mohd Ali
Tulis balasan...
Nor Azah Bahrim hantar  jak naaa...
Murba Terpinggir Terima kasih Nor Azah hadirnya di sini.
Nor Azah Bahrim In shaa Allah..punya luang pasti menatap baca post2 sahabat2..walau dlm diam mahupun titipkan komen
Rabeah Binti Mohd Ali
Tulis balasan...
Siti Robiah Ismail Hihi... entah2 pungguk tuu tak rindu pun kat rembulan tuu...
Murba Terpinggir Pungguk sanggup sampai ke puncak meranti menunggu rembulan ,mana mungkin tak rindu Cik gu Siti Robiah lsmail.
    Murba Terpinggir Pungguk sanggup sampai ke puncak meranti menunggu rembulan ,mana mungkin tak rindu Cik gu Siti Robiah lsmail.
    Rabeah Binti Mohd Ali
    Tulis balasan...
    Rabeah Binti Mohd Ali
    Tulis komen...
    BAHAGIANYA BERJIWA SEMPOI
    Pakaian ringkas jer
    baju dan seluar
    berjenama boleh
    tidak berjenama juga boleh
    sepatu yang mahal okey
    kalau pergi jalan-jalan
    selipar juga boleh
    diskusi biasa-biasa boleh
    ilmiah juga boleh
    bicara kedai kopi boleh
    atau debat politik juga boleh
    ertinya hidup sempoi mudah saja
    tidak perlu ribut-ribut
    santai saja
    sempoi punya
    hidup mudah punya!
    MURBA TERPINGGIR
    Kuala Lumpur.
    Suka
    Komen
    Komen
    RAhmad Raina Secara hipsternya disebut 'minimalist' 
    Murba Terpinggir Ya. Terminologi yang menarik. Minimalist..
    Nor Azah Bahrim Ya, mudah kan 
    lontar ke mana saja bisa hidup
    Murba Terpinggir Benar. Mudah dan lasak. Hidup ini tidak perlu dirumitkan sangat Nor Azah.
    Nor Azah Bahrim Yup.. yang mudah di permudahkan
    Yang susah terus saja jalani .. tak ada yang mati kerna susah kan malah ada ketabahan dalamnya
    Murba Terpinggir Ya, ujian hidup mematangkan kita. Bagi penyair, ianya bahan untuk berkarya.
    Rabeah Binti Mohd Ali
    Tulis balasan...
    Sabariah Aziz Naik keta mewah bole... naik keta biasa pun bole..... naik bas pun bole... tapi trcampak hhiii...tu ade org tuu... hhii...mkn kat tempat mewah bole.... mkn kat tepi jln xbole...sakit perut...hhii.... tapi pe el sempoi
    Murba Terpinggir Yang penting sempoi Sabar. Jiwa sempoi yang utama. Hamba perhatikan di alam maya Sabar sempoi dan bersahaja..hi hi.
    Sabariah Aziz dah ready tuan murba.... andai satu hari nnti xmmpu mcm masa ni... xmo malu atau segan... trima seadanya diri....
    Murba Terpinggir Benar tuu sabar, latih diri untuk semua keadaan. Tenang dan sempoi..
    Rabeah Binti Mohd Ali
    Tulis balasan...
    Rabeah Binti Mohd Ali
    Tulis komen...
    BUNGA-BUNGA KUBURAN
    Bunga-bunga kuburan
    peneman setia di daerah kesepian
    menatap jenazah yang datang
    akhirnya kisah kehidupan insan
    di daerah kefanaan
    ke daerah keabadian
    kita datang
    untuk berpergian
    kita bernama insan.
    MURBA TERPINGGIR
    Kuala Lumpur.
    Suka
    Komen
    Komen
    Rabeah Binti Mohd Ali
    Tulis komen...
    DAKWAH DAN SUSASTERA
    Di zaman pra-lslam, wujud ahli susastera waktu itu seperti Amru al-Qais, Zuhair, Labib dan lain-lain. Acara sayembara puisi menjadi acara tahunan di Pasar Ukaz. Karya yang dianggap bermutu waktu itu ditulis dengan tinta emas (al-Sab'at al-Mu'allaqat). Genre susastera waktu itu ialah Ghazal(sajak cinta), ritha'(sajak ratapan), madh(sajak pujian) dan al-haja'(sajak sindir/cerca).
    Apabila lslam menguasai Semenanjung Arab, susastera berkembang sebagai kegiatan seni yang saling menyempurnakan di antara keindahan dan kebenaran.
    Susastera turut menjadi saluran dakwah di jazirah Arab, Eropah dan Nusantara juga. Tokoh penyair terbilang yang turut menjadi puisi medan dakwah seperti Maulana lqbal, Jalaluddin al-Rumi, Hamzah Fansuri dan lain-lain.
    Di alam Melayu Nusantara ada sebahagian sasterawan menjadikan susastera sebagai medium dakwah seperti dalam bentuk puisi dan hikayat. Antaranya Hamzah Fansuri melalui puisi Syair Burung Pingai, Syair Perahu, Syair Sidang Fakir, Syair Dagang, dan Syair Burung Pungguk. Di samping karya penulis lain dalam bentuk hikayat seperti Hikayat Nur Muhammad, Hikayat Nabi Wafat, Hikayat Nabi dan Anaknya Fatimah dan lain-lain.
    Di kalangan penyair kontemporari Nusantara, lahir sasterawan seperti Buya Hamka, Emha Ainon Naghib dan ramai lagi. Di Malaysia sasterawan yang menjurus kepada karya berunsur lslam seperti Shahnon Ahmad, Anas K. Hadimadja, Hasanuddin Md. Isa, Shafie Abu Bakar, Faisal Tehrani, Kamala, Suhaimi Haji Muhammad, A. Samad Said(antologi puisi panjangnya Al-Amin) dan lain-lain.
    Kelahiran karya peringkat ini melibatkan antologi puisi berunsur lslam, novel dan kritikan Sastera lslam.
    Bersambung..
    MURBA TERPINGGIR
    Kuala Lumpur.
    Suka
    Komen
    Komen
    Sabariah Aziz Share la syair burung pungguk tu tuan murba... xpernah trbaca pun
    Murba Terpinggir Karya Hamzah Fansuri banyak di bakar zaman pemerintahan lskandar Thani. lni disebabkan pertikaiannya dengan Nurudin al-Raniri yang rapat dengan pemerintah waktu itu. Tajuk-tajuk buku Hamzah Fansuri saya dapat daripada catatan semasa dalam kelas yang dihuraikan Ustaz yang mengajar saya dulu. Pastinya syair Burung Pungguk karya Hamzah Fansuri karya sufistik yang tinggi. Bukan pungguk yang duka lara rindukan rembulan.. Sabar, karya al-Rumi mudah didapati di kedai buku. Karya Hamzah sukar didapati.
    Sabariah Aziz Tuan Murba Terpinggir ... tu yg tringin tau tu... hhii
    Sabariah Aziz Timekaseh pencerahan nya.....
    Sabariah Aziz Tuan Murba Terpinggir ... nak tanya sikit,Hamzah Fansuri ni benar2 bersalah ker?
    Sabariah Aziz ade pertikaian lah yer.... penulisan nye tuan murba ade baca ker?.... maaf byk bertanya....
    Murba Terpinggir Sukar untuk menjelaskan. la melibatkan perbincangan kesufian yang perlu ketelitian dan pendedahan ilmu yang mendalam. Dalam ruang yang terbatas saya bimbang kesalahtanggapan akan membawa masalah pada orang lain. Elok rujuk Ustaz atau Ustazah yang arif secara bersemuka. Walaupun saya terdedah pembelajaran secara formal perkara ini, saya tidak mahu membincangkan secara terbuka dalam ruang yang terbatas ini. Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia yang ada Fakulti Pengajian lslam ada menerbitkan buku yang membincangkan aliran tassawuf dalam sejarah perkembangàn kesufian lslam. Terima kasih Sabar atas responnya.
    Sabariah Aziz alhamdulillah ...saya faham....
    Sabariah Aziz Ape yg saya ingat...penerangan ustaz di mjlis ilmu... utk beramal kita kena berhati2....lebih selamat kita merujuk mjlis2 ilmu yg di sedia kan di masjid lebih2 lagi bagi org2 yg kurang ilmu dan dahaga kan ilmu...
    Murba Terpinggir Itu benar. Kita kena berguru dengan guru yang terkenal di kalangan masyarakat setempat sebagai ajaran yang benar. Begitu juga, tidak salah membaca buku-buku agama, namun elok juga hadiri majlis ilmu di Masjid atau di mana saja. Umpamanya, kalau membaca kitab Hikam karya lbn Atha'illah as-Sakandari secara sendiri, mengikut fahaman sendiri, dibimbangi maksud kitab tersebut difahami secara salah. lni kerana tulisan dalam Hikam merupakan kata-kata hikmah Ibn Atha'illah yang punya maksud memdalam. Elok membaca sambil berguru.
    Murba Terpinggir Tak salah membaca tetapi sambil hadiri majlis ilmu.
    Rabeah Binti Mohd Ali
    Tulis balasan...
    Rabeah Binti Mohd Ali


    MURBA TERPINGGIR
    Kuala Lumpur.
    Suka
    Komen
    Komen
    Rabeah Binti Mohd Ali
    Tulis komen...
    Rembulan
    Rembulan
    jangan dirimu menyangka
    pungguk akan melupaimu
    dirimu dan pungguk
    akan berkisah
    perihal kesetiaan
    selamanya.
    MURBA TERPINGGIR
    Kuala Lumpur.
    Sangat suka
    Komen
    Komen
    Rabeah Binti Mohd Ali Pungguk

    Pungguk

    berkisah kesetiaan

    rembulan 
    berkisah kejujuran

    andai kesetiaan dan kejujuran
    tak seiring

    jadilah pungguk rindukan bulan
    hanya anganan cinta dan rindu 
    selamanya di bayangan mimpi...

    RATU RIMBA NIAGARA,
    15 Dzulhijjah 1437H
    17 September 2016
    Murba Terpinggir Pungguk meneruskan
    kesetiaan berzaman
    mana mungkin tiada kejujuran

    bukankah setia itu
    karib kejujuran
    pada rembulan
    ketulusan pungguk
    persembahkan
    (Cuma rembulan sering menghilang).
Rabeah Binti Mohd Ali Duhai pungguk
rembulan menghilang bukan di sengajakan
tapi bila tiba masanya siang menjelma rembulan akur kehendakNya...

peredahan bumi adalah kehendakNya aturanNya yang diakur
namun bila malam rembulan kan menjelma lagi 
itu pun dengan izinNya jua...
moga pungguk setialah menanti menjelmanya rembulan...
Murba Terpinggir Pungguk akan menanti malam ini
di pepohon meranti
setia menanti

sahabat Ratu Niagara.
Rabeah Binti Mohd Ali Duhai pungguk yang setia menanti...
pastikan dahannya tidak rapuh dimakan anai
dikuatiri pungguk jatuh 

rembulan pun sekadar tersenyum tanpa dapat membantu...
hehehe
Rabeah Binti Mohd Ali


AKU TERASING DI DAERAH RAMAI
Aku terasa sunyi
dengan kebisingan
ada riuh yang sepi
berkata yang bisu
mendengar yang tuli
kebenaran menjadi asing
bila kebatilan bermastautin
di mercu muara
retorik cuma
mereka berbicara
tanpa suara
kuasa meraja segala
sunyinya kebisingan mereka
tunggulah pilihan raya
akan jelas
sunyinya
bising mereka!
MURBA TERPINGGIR
Kuala Lumpur.
Suka
Komen
Komen
Rabeah Binti Mohd Ali
Tulis komen...
PEJUANG DATANG DAN PERGI
Pejuang datang dan pergi
menghiasi bumi
biar mewangi
pengganti datang
dan pergi
datang
dan pergi
ulama' pewaris para Nabi
akan terus
menghiasi bumi
ke arah masyarakat madani
kehidupan lslami.
MURBA TERPINGGIR
Kuala Lumpur.
Suka
Komen
KAU TAHU
Kau tahu
aku gagah melangkah
bersama kasih padamu.
MURBA TERPINGGIR
Kuala Lumpur.
Suka
Komen
Komen
Murba Terpinggir Malam tadi 
rembulan seperti selalu
mengintai di sebalik awan.
Nor Azah Bahrim Cukup dia masih mengintai 
tanda kasihnya masih lagi
Rabeah Binti Mohd Ali
Tulis balasan...
Sabariah Aziz alhamdulillah....aamiin
Murba Terpinggir aku tetap pelihara
rasa kasih ini
biarpun rembulan

jinak merpati..
Sabar Aziz.

PETIKAN WALL DATUK FAIZ, RATU RIMBA NIAGARA & MURBA TERPINGGIRAMALAN PENEMAN SEPI
Tiada apa yang hendak dibanggakan lagi kecuali amalan peneman sepi
Cinta manusia ketika kita masih hidup bila kita mati cintanya pun mati tapi cinta Allah sentiasa abadi samada kita masih hidup atau sudah mati sebab itu Cinta Allah Maha Agung Allahu Akbar.
AMALAN PENEMAN SEPI
Sepi itu indah
Sepi banyak hikmahnya
Sepi yang menyepikan lagi perlu kesabaran
Tanpamu kusepi
Tanpa dia kurindu
Di musim tengkujuh
Bila sepi dihunjam terjangan tsunami
Amat menyeksakan
Amat dahsyat!
Amat menakutkan
Lalu kubuang sepi di ombak rindu
Kerana kutahu
Jika ku tak buang sepi itu
Sepi yang bersedia menantiku
Apabila sampai waktunya nanti
Pasti aku akan merana
Yang tak tertebus!
Sepi di alam barzah
Kerana amalan bukan penemanku
Di kala aku benar-benar
Perlukannya di saat itu
Menjadi peneman setiaku
Telah lari dariku
Itulah sepi
Yang menakutkan
Yang bisa aku
Gagal menjawab soalan kubur
Bila gagal
Pasti tempat aku
Nauzulbillah...
Makanya apalah
Ada artinya sepi di dunia ini
Jika dibandingkan pabila
Sepi di alam barzah
Amalan bukan peneman sepiku lagi
Makanya selagi ada peluang
Hargailah sepi ini
Dengan amalan
Peneman setia
Di alam barzah!
Moga amalan sudi menjadi
Peneman sepiku tika
Masa tersisa dan setia
Jua di alam barzah
Aamin Ya Rabbal A'Lamin
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
30 Mei 2012
NILAIANNYA SAMPAI KE ALAM BARZAH
Ratu Yang Bersemayam
aksara puisimu menderu bagaikan
angin ternado menghempaskan rasa
rindu disaat aku duduk termenung
di malam sepi terurai dalam kalbu
walaupun hanya sebatas impian kulalui
rasanya ratu perpuisian dalam aksara puisiku
menjelma bersemayam dalam setiap bait
kubacakan disaat aku menghirup udara segar
dengan cappucino panas menghangat sekujur
tubuhku sepertinya batang pohon terkesima
menantikan belaian kasih pertemanan tak
terhingga nilainya sampai alam barzah
apa gerangan ?puisi kau tuliskan dengan
ketulusan hati terlukiskan dalam hayatku
di mana aku terkapar di batu karang menjulang
di atas langit menyambut kedatangan seorang
ratu rimba niaga tercantolkan di sebuah batang
pohon di sebuah hutan belantara
sungguh kata dan kalimat terurai
terlukiskan dengan nada mengharukan hati
nan permai kucetuskan bahwa penyair
sementara terpesona akan kata semanis madu
terlupakan tidak sampai aku berjalan ke ujung dunia
siamir marulafau 27052013>puisi buat teman
TAK ADA KEJADIAN KEBETULAN SEMUA HANYA BISA TERJADI DENGAN IZIN ALLAH
"HIKMAH"
Tak ada kejadian kebetulan
Tak ada kejadian sia-sia
Semua hanya bisa terjadi dengan izin Allah
Dan semuanya pasti penuh hikmah
Hikmah tak akan terbaca
Oleh orang yg sarat emosi
Sibuk memanjakan perasaan
Cinta dunia, senang dengan penilaian makhluk
Langka berzikir
Tak mau sungguh-sungguh tafakur
Hikmah yg terbaca
akan merubah suasana hati
Akan mudah merubah perilaku
Dari pedih menjadi syukur
Dari melankolis menjadi semangat
Hikmah mudah terbaca oleh orang yang berhati bersih,
Buah dari kecerdasan akal, Ketulusan hati Dan kesungguhan mencintai Allah diatas segalanya.
JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA ALLAH KITA AKAN
BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT TAPI JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA MANUSIA DIA SENDIRI TIDAK BISA MENJAMINKAN BAHAGIA UNTUKNYA APA TAH LAGI KITA .
ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA DAN MEMBANTU KITA WALAUPUN DI SAAT KITA DISISIHKAN OLEH SEMUA MANUSIA.
BILAMANA ALLAH MEMBANTUMU TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG-NYA SAMADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT YAKINLAH JANJI ALLAH ITU PASTI !
SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surat Al-Fajr ayat 27 - 30
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..”
(wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan ikhlas dan diridhoi, masuklah kedalam golongan HambaKU, dan Masuklah kedalam SyurgaKU…).
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLAH
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajallah: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)
Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya merentasi benua....amin.
Ratu Rimba Niagara :Aamin Ya Rabbal A'Lamin
YA ALLAH DENGAN AMALAN YANG SEDIKIT INI TAK LAYAK KAMI MENJADI KEKASIH-MU TAPI BERILAH KAMI PELUANG UNTUK BERBUAT AMALAN SOLEH YANG YANG ENGKAU REDHAI SEHINGGA MATINYA KAMI DALAM KEADAAN KAU SUKA DAN REDHAI AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
"SALAM BUAT SEMUA YANG MENGENALI DIRI INI DI ALAMMAYA MAHUPUN DI DUNIA NYATA DENGAN UCAPAN MAAF ZAHIR BATIN KUSAYANG KALIAN DEMI-NYA MOGA PERTEMUAN KITA BERAKHIR DENGAN PERTEMUAN DI SYURGA BERSAMA MELIHAT WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH BERDEKATAN DENGAN RASULULLAH ITULAH MATLAMAT KITA AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN,"
18 Dzulhijjah 1437H
20 September 2016
Ya Allah kuburku sempit
Engkau luaskanlah sebagaimana Engkau luaskan karyaku seluas-luasnya
Ya Allah kuburku gelap gelita
Engkau indahkanlah sebagaimana Engkau izinkan aku berkarya yang indah-indah seindah Taman Syurga
Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Menepati Janji
Engkau luaskanlah kuburku seluas-luasnya jadikanlah kuburku Taman-Taman Syurga tempat istirahatku yang bahagia abadi sehingga hari KEBANGKITAN. Termasuk juga mereka yang menyokong perjuangan sasteraku, AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin.
KITA SEMUA TAHU HIDUP INI SEMENTARA TAPI KITA SERINGKALI LUPA TENTANG HIDUP YANG KEKAL ABADI DI NEGERI AKHIRAT. MOGA HIDUP KITA YANG SINGKAT INI BERMANFAAT UNTUK HIDUP YANG SELAMANYA DI SYURGA AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
18 Dzulhijjah 1437H
20 September 2016


0 comments:

Post a Comment

 
;