Monday, 22 January 2018

HIJRAH (276) SASTERA BAHASA HATI DAN ROH


HIJRAH (276) SASTERA BAHASA HATI DAN ROH
SASTERA ITU BAHASA HATI DAN ROH
Sastera itu indah
karena lahir dari bahasa hati dan roh
bila hati dan roh seiring berbicara
maka tiada yang diungkapkan melainkan
memuji dan memuja Allah yang menciptakan semua makhluk
di langit dan di bumi
apa juga yang terangkum
tidak lari daripada TUHAN yang mencipta kita sebegini indah...
kenal diri kenal TUHAN
bilamana kenal TUHAN...
kita tidak akan pedulikan lagi
kata-kata negatif
karena kita mahu menjaga hati kita
agar bersih sebagaimana baru dilahirkan ke dunia ini...
agar bila saat maut menjemput, hati kita seputih kain kafan
yang membalut jasad In Shaa Allah Aamiin
......................................................
sampai kapan pun aku milik-Nya,
2 Rabiulakhir 1436H
23 Januari 2015

ALLAH MAHA MENDENGAR ALLAH MAHA MEMUJUK
Selalunya kita cinta kepada manusia ada yang akan cemburu sehingga sanggup berbunuhan kerana cemburu
jika kita cinta kepada Tuhan ada yang cemburu itu bererti rohnya sedang nazak kerana Tuhan layak dicintai oleh semua hamba-Nya tanpa syarat asalkan ikhlas dan ikhlas itu hanya Allah swt saja yang tahu.

LikeCommentShare
9 people like this.

Comments
Manda Conai Hebat kata Ratu Rimba


Ratu Rimba Niagara Allah swt memujukku di kala aku dihina mengatakan aku pendusta apabila aku menulis puisi cinta buat Allah, maka keluarlah kata-kata yang kamu bilang hebat itu sahabatku manda....Allahu Akbar Allah Maha Mendengar Allah Maha Memujuk di kala hatiku terlara disakiti oleh mereka yang cemburu aku menulis puisi cinta buat Allah.
PETIKAN WALL GRUP KITA SEMUA MILIK ALLAH SWT & GRUP PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
10 RABI'UL AKHIR 1437H
20 JANUARI 2016
Luka di dunia ini masih boleh diperbaiki tapi luka di akhirat sudah terlambat untuk disesali!

MOGA SUKSES DALAM CITA & CINTA DEMI REDHO-NYA
KATA-KATA YANG INDAH LAHIR DARI HATI YANG INDAH .
ANTARA CITA DAN CINTA,
UTAMAKAN CITA...
BERJAYA CITA DATANGLAH CINTA
KEJAYAANMU KEJAYAANKU
DERITAMU DERITAKU
BAHAGIAMU BAHAGIAKU
MOGA DIRIMU DIRIKU
BAHAGIA DAN BERJAYA
DUNIA AKHIRAT
ITULAH ARTI CITA & CINTA...
SEMOGA SEMUA
SUKSES DALAM CITA
SUKSES DALAM CINTA...
DEMI MERAIH REDHO-NYA AAMIIN
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
2 RABIULAKHIR 1436H
23 JANUARI 2015


6 TAHUN YANG LALU PADA HARI INI
Dengan izin Allah pastinya kau boleh menulis teman
Yakin dengan kurniaaanNya padamu yang tidak diberikan pada hambaNya yang lain makanya pergunakan kelebihanmu itu menulis yang ada nilai di SisiNya agar menjadi bekalanmu di negeri pasti yang harta dunia tidak bermakna lagi.
INILAH CARA DBP BEKERJA UNTUK MENAIK TARAFKAN PERBUKUAN NEGARA
Terima kasih kepada saudara Naga Pamungkas atas beberapa teguran dan cadangan yang membina pada mana-mana syarikat penerbitan buku agar dapat menghasilkan buku yang berkualiti dan diminati ramai.
Kepada saudara Idrisboi Boiboi...seharusnya bersyukur kerana dua manuskrip novelnya telah terpilih untuk diterbitkan oleh DBP satu badan penerbitan yang tersohor dan terbukti kualiti buku yang diteribitkan kerana ianya ditapis oleh pakar-pakar bahasa yang sudah diiktiraf kepakaran mereka. Justeru buku karya saudara memang berkualiti. Tahniah saya ucapkan! Mana mungkin ada campur tangan politik...kalau ada campur tangan politik karya saudara mungkin tidak akan diterima cuba fikir secara mendalam dalam hal ini...dan saya rasa tajuk novel saudara, 'Puteri Santubong dan Sayang Sarawak" pun sudah membuktikan DBP mempertabatkan karya saudara kerana bersangkut paut dengan negeri Sarawak secara tidak langsung mengajak rakyat Malaysia mengenali Sarawak secara lebih dekat melalui karya saudara. Mana tahu karya saudara jadi bahan bacaan di edarkan ke seluruh perpustakaan di Malaysia atau menjadi dijadikan mata pelajaran sastera untuk pelajaran keusasteraan melayu...pasti saudara juga akan mendapat tempiasnya juga dengan pembayaran royalti yang terjamin bayarannya. Inilah caranya DBP bekerja untuk menaik tarafkan kualiti Perbukuan Negara Malaysia. Justeru bersyukurlah karya saudara terpilih dan sekali lagi saya ucapkan tahniah!
Rha NS
23 Januari 2012
Teman...berindulah denganNya kerana rindumu itu pasti dibalasNya
dengan memberi ketenangan pada jiwamu di kala kau hidup dan mati.
CINTA MANUSIA YANG TAK MEMBAWA KE SYURGANYA
Cintaku berada dalam bara gelombang ombak mengganas!
Ku tak pasti aku masih bertahan atau ngak!
Menghadapi cinta sedemikian rupa
Lagi kuberi cinta suci lagi dia menggulung aku dalam bara itu
Lalu dihempaskan ke pantai
Lalu hatiku hancur bersepai-sepai
Lantaran setega itu cinta yang teramat kejam
Kurela lupakan untuk selamanya!
Kerana kupercaya Allah masih sayangkanku
Yang setia dengan cintaNya biarpun diuji dengan cinta manusia cuma sementara yang tak boleh membawa aku ke SyurgaNya!
Rha NS
23 Januari 2012
Rindulah padaNya pasti rindumu tak akan pernah padam hingga ke akhir hayatmu kerana Dia sentiasa membalas rindumu dengan CintaNya yang boleh membawamu ke SyurgaNya.
BIARPUN SENYUMKU DITARIK BARA OMBAK MENGGANAS
Duhai sahabat penyejuk mata penyejuk jiwaku...
Ku yang berceramuk dek dukaku yang panjang
Yang ditarik senyumku oleh bara ombak mengganas
Biarpun senyumku ditelan tsunami
Kutetap senyum
Kerana kutahu
Senyuman itu ada nilaianNya di Sisi Tuhanku
Biarpun orang tak tahu
Asalkan
Aku dan Tuhanku Tahu
Sebab Dia Maha Tahu
Sebesar apapun detik hatiku
PadaNya aku datang
PadaNya aku dikembalikan
Karya: Rha NS
11 Ramadhan 1432H
11 Ogos 2011
DEMI KASIH DAN SAYANG
Dulu...aku tak pernah menghargai diriku
Yang kutahu berkorban untuk demi sebuah kehidupan
Demi kasih dan sayang
Tapi apa yang kukorbankan tak ada yang sudi hargai
Hatiku dilanda duka
Cermin bisulah menjadi sahabat setiaku
Ada kalanya terdetik hatiku
Agar Allah ambil saje nyawaku
Kerana kasih yang kuberi
Tersisih disisih
Namun kuterus bersabar bertahun lamanya
Seakan berabad lamanya
Demi sebuah kebahagian yang dicarinya
Kuundur diri
Lalu ku menyendiri
Bermuhasabh diri
Bermunajat pada Tuhanku
Redha atas takdirNya
Aku yakin Allah sentiasa bersamaku
Walaupun hidupku
Tidak dipenuhi kasih dan sayang
Allah Maha berkuasa
Mengilhamkan padaku
Untuk menyemai benih-benih
Kasih sayang
Di hati-hati yang kudus kasih sayang
Melalui karyaku...
Aku mencurahkan kasih sayang
Melalaui karyaku...
Yang dibaca mereka menerima kasih sayang
Kasih sayang yang kesemai
Hidup merimbun di serata pelosok dunia
Itulah impianku
Itulah kepuasanku
Kasih sayang yang kupupuk:
Kasih sayang sesama insan
Kasihkan haiwan
Kasihkan alam
Kasihkan Allah dengan sentiasa muhasabah diri sendiri
Kini barulah aku hargai diri sendiri
Syukurku dalam sujudku.
DEMI KASIH DAN SAYANG II
Itulah dugaan kehidupanku...
Itulah harapanku
Demi meraih
Cinta Allah
Kasih sayang manusia seluruhnya
Moga apa yan dikarang dari dalam kalbuku ini
Boleh membuatkan sahabatku
Menyayangi dirimu
Dirimu amat berharga!
Sayangilah ia
Kerana kita akan tempuh
Alam di Sana yang kekal abadi
Bidadari Syurga menunggumu di Sana Insya-Allah
Dan bilamana kau memiliki Cinta Allah berkat kesabaranmu
Tentu kau bersyukur dengan ujian yang diberikan kepadamu
Duhai sahabatku!
Kita saling muhasabah diri ...
Kerana kita sentiasa tidak sempurna
Dalam menuju ke jalanNya
Yang penting ikhlas apa yang dilakukan
Bukan mahu pandangan manusia
Tapi mahukan pandangan Allah
Moga berkat keyakinan kita kepadaNya
Allah membalas CintaNya untuk kita
Amin Ya Rabbal A'Lamin
Karya: Rha NS
13 Ramadhan 1432H
13 Ogos 2011
CERMIN KAU TETAP BISU
Cermin...
Kau tak pernah menipu
Bagaimana wajahku
Begitulah kau
Seiras saling tak tumpah
Walaupun sama saling tak tumpah
Kau tak ada hati dan perasaan
Bila ku tiada kau pun hilang
Bila kulihat mu baru kau ada
Yang kukagumi dengan kau
satu aje cermin
kau tetap setia menampakkan wajahku
aku boleh berkata-kata
kau ikut apa yang kukata
tapi kau tak boleh berkata-kata
Setiap hari kulihat cermin
tapi kau tak pernah tahu apa
yang kumahukan dalam hidup ini?
Tak apalah kalau aku cakap dengan engkau pun
tak guna sebab kau bisu tak boleh beri
sedikitpun pandangan...
Yang ku mahukan cermin...
Agar aku sentiasa mencermin diriku
agar aku tidak karam dengan kelalaian duniawi
moga Allah Sinarkan Nur Hidayah KasihNya
tanpa batas padaku dan semua keluargaku
dan semua sahabat-sahabatku yang kukasihi.
dunia dan akhirat.
Ya Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Kau Perkenankan doaku ini.
Amin Ya Rabbal A'Lamin
Karya: Rha NS
11 Ramadhan 1432H
11 Ogos 2011


SUBHANALLAH TERLALULAH INDAH CIPTAAN-MU TUHAN
Sociedad Argentina de Horticultura sedang bersama Soccorsa Iannola dan 45 yang lain.
Buenos Días amigos de SAH!
Sociedad Argentina de Horticultura
Desde 1936 al Servicio de la Comunidad
Komen
May Angkar Dee perhatikan perubahan antara siang dan malam, perubahan malam menjadi siang pergerakan itu klw dicermati dqn mata bathin akan terihat / terasa sesuatu hanya memperhatikan yg tahu
Urus
3y
SukaTunjukkan lagi reaksi
ALHAMDULILLAHU ALLAHU AKBAR
INDAHMU BULAN


Sejujurnya aku terharu denganmu bulan
kau terlalu setia denganku
biarpun kau tanpa suara
cuma suara bisu
tapi kau selalu memberi sumber inspirasiku berkarya

Aku sedih kau gembirakan aku
aku gembira kau bahagia
susah senang kita bersama

Dari dulu hingga sekarang
aku tak punya kawan
hidupku kesendiriaan
bila pergi ke pantai cinta ombak rindu
kulihatmu tersorok di balik awan
kau melambaikan tanganmu
sambail berkata...
"Duhai hamba Allah janganlah bersedih....
biarlah semua orang tak suka berkawan denganmu
asalkan Allah suka dengan kamu....
apalah ada dengan cinta manusia
Cinta Allah adalah lebih bermakna...
tak apalah mereka tak mahu kawan denganmu
aku sudi menjadi kawanmu
kawan sampai mati....
tapi kau harus ingat aku tak mati
selagi dunia belum kiamat
Itulah perjanjianku dengan Tuhan yang menciptakan aku
aku menjadi kawanmu sampai akhir hayatmu
setelah kau menjadi roh...
aku sedia menjadi cermin wajahmu
agar wajahmu dapat ku sinarkan pada penghuni bumi yang rindu sama kamu

Mengapa penghuni bumi hendak rindu sama aku ya...
sedangkan semasa aku hidup mereka tak sudi berkawan dengan aku gara-gara aku mahukan komentar daripada mereka

Semasa engkau hidup Allah mahu duga kamu kawan...
kamu menulis karena Allah atau manusia
ternyata kamu menulis karena Allah
bukan mahukan habuan duniawi
makanya mereka yang benar-benar menghayati karya-karya kamu
mereka faham kenapa kamu menulis 
semuanya ada yang tersirat dan tersurat...
kamu telah menunjukkan hasil kerja kamu 
pada penghuni bumi dan langit
betapa kamu sayangkan semua makhluk Tuhan tanpa terkecuali
tiada dendam sedikit pun di hatimu
makanya aku pancarkan wajahmu kepada semua penghuni bumi
yang rindukan kamu duhai ratu pujangga penghuni bumi dan langit

Duhai bulan aku tak terfikir sampai ke situ kamu fikir
yang aku fikir kaulah sahabat dunia akhiratku
sanggup susah senang bersamaku hingga aku mati
yang membuatkan aku terharu sekali 
apabila aku berada dalam gelombang lautan asid bergelora
kau masih sudi selamatkan aku daripada mereka yang tak sudi berkawan denganku
terima kasih bulan atas kebaikanmu
Syukur Ya Allah kau kurniakan bulan ciptaan-MU
untuk menjadi teman dunia akhiratku...

KARYA RATU RIMBA NIAGARA
1 Rejab 1434H
11 Mei 2013 

'SALAM CINTA KASIH DAN SAYANG UNTUK PERDAMAIAN SELURUH DUNIA.'

Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Daripada,

Ratu Rimba Niagara Pujangga Seribu Zaman,
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
Srikandi Sastera Raja-Sultan Nusantara @ Pujangga Nusantara
Cinta 5 Benua Malaysia,Indonesia, Brunei, Singapura, Thailand,
202 Negara Dunia & Seluruh Dunia Kecuali Israel,
2 Rabiulakhir 1436H
23 Januari 2015
Urus
3y
SukaTunjukkan lagi reaksi
SINARANKU DENGAN KEIZINAN-NYA

itu bulan ke?

ya ini bulan
indahmu bulan
biarpun malam berlalu pergi
kau masih indah di situ
di balik awan
di simbahi cahaya mentari pagi
keindahan mu di malam hari
sampai ke pagi masih terbias di siang hari
indah...terlalu indah bulan
biar pun kau di balik awan sana
tembusan sinar cahayamu
terbias di kalbu hatiku
yang berjerubu dek awan kelabu
sekelabu awan kelabu yang ingin menghalangmu
untuk kulihat kelibatmu dengan jelas
di mana pun kau berada
tak kira di waktu
malam pagi petang siang dan malam
sinar purnamamu terlalu indah
jika ada yang cuba menghalang
kau menyinarkan sinarmu
berusahalah sedaya upaya
terus berjuang untuk
menyinarkan sinarmu bulan
kami di bumi amat menantikan
sinar indahmu itu
kerana kami tahu
kau bersinar seindah itu
atas kehendak Tuhanmu
Tuhanmu
Tuhanku jua
Tuhanmu menciptakanmu
Tuhanku menciptakanku
kau dan aku
Tuhan yang sama
Pencipta yang sama
dengan izinNya
kau dapat bersinar
tak kira
malam siang pagi petang siang dan malam
kau terus bersinar...dan terus bersinar...
katamu aku bersinar
tanda menghargai Kurniaan Tuhanku
indah hidupmu bulan
setiap hari bersinar...sinar...
kau tidak sedikitpun tamak akan sinarmu
kau berbagi sinarmu dengan semua yang sudi
katamu apa hendak dikisahkan yang tak sudi
kau akan terus bersinar...dan bersinar
biarpun setiap kali kau bersinar
ada yang cuba menghalangi
tapi kau tabah dalam sendu
sendumu
dirasai seluruh penghuni bumi
yang menyayangimu bulan
penghuni langit sendu juga bulan
kerana sendumu mendayu-dayu
merayu-rayu kepada Tuhanmu Tuhanku
hingga bumi menangis langit pun menangis
bila bumi menangis langit menangis
tiada apa yang dilafazkan
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
sendumu bulan
Allah Azzawajallah balas segala kebaikanmu
di kala kau hidup dan di kala kau mati
dan kami pun mahu besama-samamu
hidup dan mati hanya untuk Allah Azzawajallah
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

Karya Ratu Rimba Niagara
14 Disember 2012
Urus
3y
SukaTunjukkan lagi reaksi
AMBILKAN BULAN
Karya Ratu Rimba Niagara & Laksamana Mas


Ratu Rimba Niagara shared Laksamana Mas's status update.

Laksamana Mas
" Ambilkan Bulan "

Ambilkan bulan bu,
Ambilkan bulan Bu
yang selalu bersinar dilangit

Dilangit bulan benderang
Cahyanya sampai ke bintang

Ambilkan bulan Bu
untuk menerangi,
tidurku yang lelap
Dimalam gelap

Beningnya suara mu menggetarkan seluruh tubuh ku,.....
"Dewi Arum Ayu Laksimi Laksitarukmi Kusumoningrat "
- Dewi Sekar Tanjung -
kebahagiaan selalu ada bersama mu,.
Amin...amin..amin..Ya Rabbalalamin......

SERI BULAN INDAH HADIAH UNTUKMU
DEWI SEKAR TANJUNG

Dewi Sekar Tanjung Tersayang
Ini seri bulan indah tuk mu sayang

Dengan keringat air mata darah
Bu usahakan sampai berjaya
Demi kebahagian dunia akhiratmu sayang

Bu pertaruhkan nyawa
Di setiap penjuru waktu
Demi menggapainya
Hingga berjaya sayang

Dari segi lojik
Dalam usia selewat begini
Mana bisa mampu
Bu menggapainya sayang
Tapi demi kekuatan cinta
Yang tak pernah padam padamu sayang
Bu usahakan sehingga berjaya
Biarpun hati bu remuk redam
Luka parah membarah
Pedih perih
Jerih memerihkan
Sakit menyakitkan
Bu teruskan jua perjuangan ini
Demi mu sayang...
Tak apalah
Apalah ada kebahagiaan di dunia ini
Yang coma sementara saja
Jika dibandingkan dengan
Kebahagiaan hakiki
Di negeri abadi sayang...

Makanya jagalah
Hadiah seri purnama malam
Tulus ikhlas daripada bu sayang

Bu memberi hadiah yang
Paling berharga padamu sayang
Tiada niat tuk mengharap
Balasan apa-apa darimu sayang
Coma cukuplah sekadar
Menjaga kemerdekaan ibu pertiwimu
Agar tidak pernah jatuh
Ke tangan musuh durjana
Jagailah sampai kapanpun!
Selagi ada bulan dan matahari!

Jangan lupa di setiap kali
Purnama malam mengambang
Jika rindu pada bu
Tataplah senyuman bu di sana
Pasti hilang rindumu sayang...

Bu yang menyayangimu dunia akhirat
Dewi Sekar Tanjung
Tulus Ikhlas Daripada Bunda Permaisuri Rimba Niagara
Istana Rimba Niagara
MALAYSIA
14 Jun 2012
Urus
3yDisunting
SukaTunjukkan lagi reaksi
Ratu Rimba Niagara BAYANGAN BLOK-BLOK AIS MENGAMBANG 

bayangan balok2 es mengambang dan di dasar laut, dalam air yang sangat tenang da..


bayangan balok2 es mengambang dan di dasar laut, dalam air yang sangat tenang dan tidak ada gelombang.
Kutub Utara.

By: Kar Yus

BAYANGAN BLOK-BLOK AIS MENGAMBANG

SUBHANALLAH
Keindahan yang mengagumkan
Terpesona mata memandang
Kepingan-kepingan blok ais di Kutub Utara

Tak terjangkau di fikiran betapa keindahan panorama
Kepingan-kepingan blok air seperti berada
Di dunia fantasi tapi realiti

Bayangan blok-blok ais mengambang
Di dasar laut airnya sangat tenang...
Tiada apa yang dapat dilafazkan melainkan
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR

KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
13 Jun 2012
Urus
3y
SukaTunjukkan lagi reaksi
May Angkar Dee Yaah sbenarnya kembali kpd muslimah, dr awal mqenal aksara sasramu, apa yg sy respon "ini bhs sufi"; inilah slh satunya "srti ungkapan" mencermati limpahan sastra mu terus meqalir sy trbatas untuk menangkapnya hanya berdoa untuk dpt petunjuk; nah itu setitik dr yg kemarin "tersembunyi" pasti jwbnya maaf ya
Urus
3yDisunting
SukaTunjukkan lagi reaksi
Ratu Rimba Niagara patutlah muslimin tak like karyaku karena tak faham ya...gak apa...hehehe.
Urus
3y
SukaTunjukkan lagi reaksi
May Angkar Dee Karya tulisan spt air laut naik ke awan menetes kebumi meqalir kesungai kembali ke laut tdk henti-2, klw diukur panjang sudah brp lilitan keliling bumi
Urus
3y
SukaTunjukkan lagi reaksi
Ratu Rimba Niagara Ilmu Allah swt jika lautan dijadikan tinta masih lagi tidak mencukupi untuk ditulis lagi ditulis lagi banyak sebanya-Nya...Masha Allah hebat-Nya Maha Agung-Nya Allah di sebilang masa dan ketika. SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR.
Urus
2y
SukaTunjukkan lagi reaksi
May Angkar Dee selamat berkarya, insha allah bermanfaat bagi umat, sy mw takziah dulu
Urus
2y
SukaTunjukkan lagi reaksi
Ratu Rimba Niagara Makasih muslimin Aamiin.
Urus
2y
SukaTunjukkan lagi reaksi


CINTAILAH AKU SEPERTI SETIANYA OMBAK PADA PANTAI
Kasih yang terkasih
Aku tak tahu gimana hendak kuluahkan hatiku ini
Sejujurnya kukatakan aku amat mencintaimu
Biarpun kutahu terlalu amat payah untuk kau membalas kasihku
Mungkin kau masih tercari-cari cinta yang sebenar siapakah yang
Layak bertahta di hatimu ...
Begitu lama aku menanti jawapanmu itu
Ombak rindulah yang menyaksikan penantian yang amat menyeksakan!
Aku cemburu pada pantai
Aku cemburu pada ombak
Biarpun ombak mendera pantai
Tapi pantai masih setia pada ombak
Pantai bilang...
Duhai ombak...
Seksalah aku semahumu! Kalau itu boleh membahagiakan mu...
Percayalah aku tetap setia padamu....
Selagi kau mendera aku
Selagiku itulah kau heret rinduku bersamamu
Dan aku terharu apabila mendengar deruanmu ombak
Aku tahu kau membalas cintaku
Kalau tak masakan kau membawa rinduku sekali bersamamu...
Biarpun kita terpisah kasih
Namun deruan rindumu rinduku
Tak akan terpisah selamanya
Tahulah aku yang kau kasih dan sayangkan aku
Makanya terimalah senyuman ku untukmu duhai ombak yang kucinta..
Justru duhai kasih
Berjanjilah padaku yang kau akan cintai aku
Seperti setianya ombak pada pantai...
Ke mana kau pergi bawalah rinduku bersamamu
Biarpun aku sudah tiada di dunia ini...
Kenang daku dalam doamu.
Karya Ratu Rimba Niagara
12 Muharram 1434H
INDAHNYA PURNAMA MALAM
Kekasihku yang bernama purnama malam
Indahmu menawan kalbu
Aku terpesona keindahanmu
Dari dulu aku memujimu
Aku jatuh cinta padamu
Sejak kau senyum padaku
Senyummu menikam tangkai jantung hatiku
Selagi aku menatap wajah serimu
Selagi itu jantungku berdetak kencang
Biarpun kau tanpa suara
Tapi bicaramu yang indah itu
Selalu mengundang rinduku padamu
Sehari kau tak menjelma
Seakan seribu tahun aku kehilanganmu
Makanyanya menjelmakan dikau
Sepanjang malam...
Sepanjang malam itulah aku
Setia menanti kemunculanmu penuh sabar
Agar dapat kudengar bicaramu
Nan indah-indah
SUHBANALLAH
Melihat keindahanmu bercahaya-cahaya
Terus aku memuji Tuhan betapa Tuhan
Menjadikanmu begini indah!
Dan aku bersyukur kepada Tuhan
Kurniakan aku cinta untuk aku
Terus menerus mencintaimu
Seumur hidupku
Di kala aku sepi begini
Memandang wajahmu
Sudah cukup membahagiakan
Hilang segala sepi dan rindu
Biarpun kau jauh di langit sana
Tapi biasmu di tasik cinta rindu ini
Boleh aku capai dengan tanganku
Dan bila kucapai dengan tanganku
Bias cahaya serimu rasa kau membalas cinta suciku...
Sepi dan rinduku hilang
Bahagia sepanjang malam
Kau sudi menemani sepiku
Duhai kekasihku purnama malam
Serasa tak mahu berpisah denganmu
Tapi aku harus akur
Kau akan tinggalkan aku
Karna sudah kehendak Tuhan
Kau akan lenyap
Bila sampai waktunya
Aku redho
Esok aku akan tunggu dikau
Di tempat yang sama
Moga kau sudi menjelma lagi
Untuk meneman sepiku
Dan mengubat rinduku
Padamu duhai...purnama malam
SUBHANALLAH indahnya kamu
Terlalu indah dan terus aku
Mencintai-Nya mengatasi segala-Nya
Dan mencintaimu selagi izin-Nya
Dan doakan moga
Allah merestu cinta kita
Duhai purnama malam
Kekasih yang kucinta dan kupuja
Dari dulu hingga kini
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
28 Mei 2013




KAU PERMATA SYURGA KURNIAAN ILAHI YANG AKU SYUKURI
SYUKURKU PADA ILAHI HADIRKAN KAU DI ALAMMAYA
MENTARBIYAHKAN AKU YANG KETANDUSAN IMAN
MAKA AKU MAHU MENJADI SAHABAT SETIAMU
AGAR KATA MUTIARA AKHIRATMU
SEBATI DI IMANKU
ANDAI SUDAH SEBATI
PASTI AKU TIDAK KESUNYIAN
DI ALAM BARZAH
KERANA KASIHMU
YANG KAU BEKALKAN TIKA AKU HIDUP
PENEMAN SETIA KETIKA AKU MATI
ILMU AL QURAN DAN HADIS
SELALU TERANGKAI DALAM SETIAP KATA MUTIARAMU
AKU AMALKAN AKU IKUTI AKU TAATI
DENGAN RASA TAKUTKU PADA TUHAN
DENGAN RASA KERDIL AKU PADA TUHAN
BERKAT PERSABATAN KITA DI ALAMMAYA
MENYATUKAN KASIH KITA DI SYURGAWI
IN SHAA ALLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
TERIMA KASIH SAUDARA SEISLAMKU
SAUDARA AKHIRATMU
PENEMAN ALAM BARZAHKU
SAHABAT DUNIA AKHIRATKU
SAHABAT DI ALAMMAYA HINGGA KE SYURGA
DI ALAM MAYA KITA TIDAK KETEMU
DI SYURGA KITA BERTEMU
INDAH DI SAAT ITU KITA SALING
MEMBICARAKAN APA YANG KITA PERNAH BICARAKAN
TIKA DI ALAMMAYA ...
ALLAHU AKBAR
BESAR-NYA KUASA ALLAH
KUASA ALLAH MENGATASI SEGALA-NYA
BERKAT KITA SENTIASA SYUKUR
ALLAH KURNIAKAN SAHABAT ALAMMAYA SEBAIKMU
KAU PERMATA SYURGA KURNIAAN ILAHI YANG AKU SYUKURI
INDAHMU BAGAIKAN PELANGI DI MALAM HARI
MOGA ALLAH MERAHMATI PERSAHABATAN KITA DI ALAMMAYA INI,
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
SAHABAT ALAMMAYAMU RATU RIMBA NIAGARA
26 RABI'UL AWAL 1437H
7 Januari 2015
Ratu Rimba Niagara posted 5 updates.
Ratu Rimba Niagara shared Sucikan Hati Dari Penyakit Hati'sphoto.
YA ALLAH.. Tunjukan jalan-Mu,beri aku kemudahan atas semua masalah-masalahku, janganlah KAU biarkanku pergi terlalu jauh dari-Mu, hanya kepada-Mu ku memohon dan bersimpuh berserah meminta jalan untuk ridho-Mu,.
Aamiin ya Rabbal'alamiin..
YA ALLAH TANPA CINTA DAN KASIH-MU
AKU BAGAIKAN BURUNG PATAH SAYAPNYA
AKU KEHILANGAN ARAH TUJUAN HIDUP INI
MAKANYA BANTULAH AKU
MENUJU JALAN-JALAN-MU
AGAR AKU TIDAK SESAT DAN DISESATKAN
OLEH MEREKA YANG DENGKI APABILA MENDENGKI
TIDAK SENANG AKU MENUJU KE JALAN JALAN-MU
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN

LikeShow more reactions
Comment



YA ALLAH
LURUSKAN NIATKU
LURUSKAN JALANKU
JALAN-JALAN MENUJU KE JANNAH
JADIKAN AL-QURAN DAN HADIS PEGANGANKU
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
             
Ratu Rimba Niagara CITA-CITAKU MEMARTABATKAN SASTRA DIRAJA NUSANTARA SEHINGGA KE PERINGKAT ANTARABANGSA INSYA-ALLAH AAMIIN.
Dewata Majnun Aamiin
DUHAI PEJUANG SASTERAKU DI SELURUH DUNIA NAMAMU KUUKIR INDAH DI DAUNAN KASIH SASTERA RATU RIMBA NIAGARA AGAR DUNIA TAHU KAULAH PEJUANG SASTERAKU!!! DENGAN SOKONGANMU MOGA TEREALITI CITA-CITA SASTERAKU. INSYA-ALLAH AAMIIN.

Foto Scienze Fanpage.
Scienze Fanpage
La luna piena brilla sulle piramidi!

RATU RIMBA NIAGARA
PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
3 Muharram 1435H
7 November 2013

Foto Gaza, Aqsa Aku Datang.
Gaza, Aqsa Aku Datang
berbalam-balam, bumi Palestin yang dirampas Israel...
Komen
OMBAK CANTIK MU OMBAK
KAU SEDANG MEMBALAS RINDUMU PADA PANTAI
DENGAN LEMBUT KAU MENYAPA

AKU CINTA PADAMU DUHAI PANTAI
MAKA BALASLAH DENGAN RASA 
SYUKURMU PADA ILAHI 
HATIKU HANYA UNTUK KAMU
AKU CINTA SESUNGGUH CINTA
PADAMU KERANA-NYA...


1
Urus



PELUANG FISABILILLLAH SEBELUM MATI
Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Yang Berkasihan Belas Kepada Semua Hamba-Nya Tanpa Terkecuali
Menguji hamba-Nya tanda Dia cinta
Menguji mengikut kemampuan hamba-Nya
Kerana Dia Maha Tahu hamba-Nya boleh lalui segala ujian
Gaza diuji dari segenap sudut
Kiri kanan
Depan belakang
Tapi mereka tetap tabah
Harta benda mereka ranap sekelip mata redha
Keluarga mereka mati di hadapan mata redha
Jasad mereka cacat akibat keganasan yahudi redha
Redha ....redha...redha...
Mereka masih tersenyum
Biarpun tak punya
Kaki...tangan....buta...
Sekali pun badan hancur
Sedang nyawa-nyawa ikan
Masih redha...masih redha...masih redha...
Allahu Akbar ....
Betapa tinggi darjat redhamu rakyat Gaza
Duhai rakyat Gaza...
Malu kami pada Tuhan...
Kerana kami tak seredha kalian
Memang patutlah Syurga tempat kamu
Kamu redha dengan Tuhan....
Tuhan pun redha dengan kamu
Redha meredhai
Tauhidmu begitu kukuh
Hingga kau bawa ke nafas terakhirmu
Tapi cuma satu kau tak redha
Negaramu dizalimi
Yahudi laknatullah
Tanpa ehsan
Biarpun sebesar zarah
Mahu dihancurkan negaramu
Dan berazam akan menghancurkan
Seluruh negara Islam
Yang ada dimuka bumi ini
Bilamana negara islam hancur
Akan hancurlah Islam ..
Itu matlamat
Yahudi Laknatullah
Dan ini sudah termaktub
Dalam Al-Quran ...
Duhai saudara Islam
Di luar sana
Hari ini
Kami diuji kami redha
Kerana kami tahu Allah cintakan kami
Maka kami diuji mengikut kemampuan kami
Tapi tahukah kamu
Apakah ujian kamu pula
Ujian kamu
Adakah kamu membiarkan saja
Negara kami hancur
Tanpa pembelaan
Daripada saudara seislam
Kamu boleh makan seenaknya
Kamu boleh tidur seamannya
Kamu miliki keluarga bahagia sesempurnanya
Kamu miliki harta setinggi gunung
Kamu miliki negara yang aman sentosa
Hidup kamu bahagia...
Hidup kamu sentosa...
Hidup kamu cuma
Canda...canda...canda...
Ketawa...ketawa..ketawa...
Makan...makan...makan...
Tidur...tidur...tidur...
Hiburan..hiburan...hiburan...
Tapi tahukah kamu jika
Apa yang kamu miliki itu
Direntap sekelip mata gimana?
Pasti kamu akan tergamam...
Menyesal pun tak berguna
Kerana kamu tak menghargai
Rebutlah lima perkara
Sebelum datang lima perkara
Sebelum kamu miskin
Bantulah kami dengan seikhlasmu
Kerana kami amat memerlukan
Untuk membangunkan semula negara
Kami yang hancur ini sehancur hati kami
Akibat kekejaman yahudi laknatullah
Sebelum kamu mati
Tanpa status hamba Allah fisabilillah
Rugilah kamu kerana tahukah kamu
Jika kamu mati fisabilillah
Syurga tempat kamu
Biarpun mereka sangka kamu mati
Sebenarnya kamu tak mati
Kamu hidup bahagia di Syurga
Dengan rezeki yang tak putus-putus
Segala nikmat Syurga kamu dapat
Kerana mendapat rezeki yang tak putus-putus
Hingga setiap saat kamu akan rasakan
Inilah Syurga yang Allah telah janjikan pada
Kami yang syahid ke jalan-Nya
Janji Allah pasti dikotakan
Allah Maha Menepati Janji
Kerana kami terlalu bersyukur pada-Nya
Kami mohon pada-Nya
"Ya Allah hidupkan kami semula
Kami mahu fisabilillah lagi Ya Allah...
kerana kami mahu membantu
saudara seislam kami ...kami
tahu Kau pasti tak perkenankan
kerana setiap hamba-Mu diberi peluang
tika waktu masa hidup saja...
jika sudah mati habis segala peluang..."
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Karya: Ratu Rimba Niagara
7 Safar 1434H
21 Disember 2012M
(DILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK RAKYAT GAZA & SELURUH UMAT ISLAM SEDUNIA)

YA ALLAH YA RASULULLAH BETAPA INDAHNYA BILAMANA KALAMULLAH-MU DI HAYATI DI JIWA DIRESAPI DI KALBU DICINTAI DI SETIAP SAAT DAN WAKTU...ALLAHU AKBAR betapa indahnya kehidupan sebegini pasti berada bagaikan di Taman-Taman Syurgawi....
Moga Syurgalah tempatmu nenek
kepada bidadari kecil sungguh aku terkesima dengan kesungguhanmu
mengajar nenekmu penuh kasih sayang dengan kelunakkan suaramu yang memukau segenap jiwa yang mendengar lantunan suaramu membaca Al-Quran ...sesungguhnya engkaulah bidadari kecil yang dipinjamkan-Nya di bumi ini...
ALLAHU AKBAR sungguh aku terkesima syahdu hingga saat ini....
DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS,
PUJANGGA ALAMMAYA NUSANTARA & DUNIA
RATU RIMBA NIAGARA
SAUDARA SEISLAMMU YANG MENYAYANGIMU DUNIA AKHIRAT
29 MUHARRAM 1437H
11 NOVEMBER 2015
YA ALLAH YA RASULULLAH BETAPA INDAHNYA BILAMANA KALAMULLAH-MU DI HAYATI DI JIWA DIRESAPI DI KALBU DICINTAI DI SETIAP SAAT DAN WAKTU...ALLAHU AKBAR betapa indahnya kehidupan sebegini pasti berada bagaikan di Taman-Taman Syurgawi....
Moga Syurgalah tempatmu nenek
kepada bidadari kecil sungguh aku terkesima dengan kesungguhanmu
mengajar nenekmu penuh kasih sayang dengan kelunakkan suaramu yang memukau segenap jiwa yang mendengar lantunan suaramu membaca Al-Quran ...sesungguhnya engkaulah bidadari kecil yang dipinjamkan-Nya di bumi ini...
ALLAHU AKBAR sungguh aku terkesima syahdu hingga saat ini....
DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS,
PUJANGGA ALAMMAYA NUSANTARA & DUNIA
RATU RIMBA NIAGARA
SAUDARA SEISLAMMU YANG MENYAYANGIMU DUNIA AKHIRAT
29 MUHARRAM 1437H
11 NOVEMBER 2015

Foto Norhaza Manda Conai.
Norhaza Manda Conai ke Izinkan Aku ke Surga Mu ya Allah..
ASSALAMUALAIKUM WBT DUNIA ALLAH
HIDUP HANYA SEKALI MATI PASTI DATANG HANYA GAMBAR BERBICARA

PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA,
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @
PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
6 Jamadilawal 1439H
23 Januari 2018

0 comments:

Post a Comment

 
;