Saturday, 12 May 2018

BUDI DISEMAI BAKTI DITUAI (107) INDAHMU BAK BINTANG DI LANGIT SAHABATKU


BUDI DISEMAI BAKTI DITUAI (107) INDAHMU BAK BINTANG DI LANGIT SAHABATKU

berkongsi foto.
TV3 Malaysia
Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Tun Dr Mahathir Mohamad, yang telah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-7 yang baharu.

KAU LAKSANA BINTANG DI LANGIT MALAM
SIARAN LANGSUNG ISTIADAT MENGANGKAT SUMPAH YAB TUN DR MAHATHIR MOHAMAD DARI ISTANA NEGARA
Kredit : Awani 501
#SejarahTercipta...
Teruskan Membaca
Scienze Fanpage
Costellazione di Orione 

    Dengan segala hormat dan takzimnya seluruh seniman malaysia ingin mengucapkan setinggi tinggi tahniah kpd YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad sempena pelantikan beliau sebagai PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-7. 
    SukaTunjukkan lagi reaksi
    Komen
    Ratu Rimba Niagara berkongsi siaran.
    13 jam
    Wan Azizah Angkat Martabat Wanita Jadi Timbalan Perdana Menteri Wanita Pertama Dalam Sejarah Malaysia
    SukaTunjukkan lagi reaksi
    Komen
    SukaTunjukkan lagi reaksi
    Komen
    Komen

    Barisan pemimpin PAKATAN HARAPAN pilihan hati rakyat Malaysia TELUS IKHLAS PENYAYANG BERTANGGUNGJAWAB CINTAKAN AGAMA BANGSA DAN NEGARA! Moga dibalas Syurga Firdaus atas kebaikan hatimu pada seluruh rakyat Malaysia. Aamiin.
    Moga Malaysia maju jaya di bawah pemerintahan barisan kabinet PAKATAN HARAPAN yang diterajui Tun Mahathir. Aamiin.

DI BULAN IBU KIRIMKAN RINDU UNTUKMU NAK!
Jangan bersedih andai ibu tak mampu bersastera lagi....
bacalah karya sastera yang telah banyak ibu karangkan untukmu nak...
sastra yang ibu tinggalkan adalah tanda kasih sayang ibu 
tanpa penghujungnya padamu nak....
jika rindu pada ibu lihatlah bulan
telah ibu kirimkan rindu pada bulan
bahawa kasih kita tak pernah terpadam buat selamanya...
di Syurga kasih kita berpadu Insya-allah AAmiin
Ibu yang menyayangimu nak,
Ibu Ratu Rimba Niagara
23 Rejab 1436H
12 Mei 2015
SAHABAT SEPERJUANGANKU KAU TELAH PERGI MENDAHULUI KAMI
Moga ditempatkan rohnya di kalangan hamba-hamba Allah yang beramal soleh dimasukkan ke Jannah Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.
Sahabat seperjuanganku kau telah pergi mendahului kami, 
kami juga akan menyusul kemudian kerana setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Moga kau tenang dan bahagia berada di alam Syurga. AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin.
SAHABAT AKHIRAT
Aku cuma mahu tahu kau mengerti aku...aku mengerti kamu..
sentiasa jujur dalam berkata
sentiasa setia dalam persahabatan
sentiasa berkomunikasi
sentiasa berkata seiring hati
sentiasa muhasabah diri
sentiasa mahu membuat kebaikan
sentiasa berkata yang baik di Sisi-Nya
sentiasa bekerjasama dalam meraih cinta dan redhaNya
jika itu ada pada kamu ...
kamulah rakan seperjuangan
dunia akhirat yang kucari
biarpun sekadar alam maya
itu sudah memadai
dalam meneruskan
sebuah persahabatan suci
demi alam
akhiratmu akhiratku
sebuah alam
yang pasti kita tempuhi
di kala itu tiada sahabat atau sanak saudara
yang ada sahabat akhirat yang setia menemani kita
sahabat akhirat itulah amalan kita
yang dilakukan ikhlas semata kerana-Nya
moga kau dan aku dan semua
berjaya membawa sahabat akhirat
tika kita berada di alam akhirat
negeri yang kekal abadi
tempat balasan
segala kebaikan dan kejahatan
moga kita terpilih
mati dalam membuatkan kebajikan
yang diterimaNya
Aamiin Aamiin Aamiin
Ya Rabbal A 'Lamin
'ALLAH TIDAK MENGIRA BERMULANYA KAMU
ALLAH MENGIRA BERAKHIRNYA KAMU
MOGA KITA MATI DALAM KEBAJIKAN
ALLAH AZAWAJALLAH MENGIKUT PRASANGKA HAMBA-NYA
JIKA KAMU MENGEJAR DUNIA
DUNIA AKAN TINGGALKAN KAMU
JIKA KAMU MENGEJAR AKHIRAT
DUNIA TIDAK TINGGALKAN KAMU
AMALAN DUNIAMU BAWA KE AKHIRAT
SERAHKAN SAJA URUSAN HIDUP DAN MATI
KEPADA ALLAH KERANA DIALAH
YANG MENGURUSKAN HIDUP DAN MATI
HAMBA-NYA
USAHA DOA TAWAKAL PASRAH
DI MANA ADA KEMAHUAN DI SITU ADA JALAN
JALAN KE AKHIRAT
MATLAMAT SEBENAR KITA
ITULAH PERJUANGAN KITA
YANG MAHU PULANG KE PANGKUAN-NYA
MOGA SAHABAT AKHIRAT YANG KITA DAMBAKAN
TERSIMPUL KASIH SUCI MURNI
DI SYURGA-NYA
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN
YA ALLAH AKU INGIN PULANG KE PANGKUAN-MU
KAU HADIRKANLAH SAHABAT AKHIRATKU
YANG SELALU MENDORONGKU
BERAMAL SOLEH KERANA-MU
KAMI MAHU KE JALAN-JALAN SYURGA-MU
PERMUDAHKANLAH YA ALLAH
BERKAT KAMI BERSAHABAT DENGAN
SAHABAT AKHIRAT
KAMI AMAN DI ALAM BARZAH
TIDAK DIPUKUL DIPALU SEHINGGA HARI QIAMAT
KERANA SAHABAT AKHIRAT KAMI
SENTIASA MEMBELA KAMI
MELINDUNGI KAMI
DAN DENGAN RAHMAT DAN KASIH-MU
DI ALAM BARZAH ROH KAMI TENANG
SETENANG AIR DI KALI SYURGA
MAKA DARI ITU YA ALLAH
KURNIAKANLAH KAMI SAHABAT AKHIRAT
BERSAHABAT DI DUNIA
SELAMAT DUNIA AKHIRAT
TERSIMPUL KASIH SUCI MURNI DI SYURGA-MU
ITU JANJI-MU
JANJI-MU BENAR
PASTI BENAR
AKU YAKIN
YAKIN SEYAKIN-NYA
AAMIIN AAMIIN AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN
Hamba-Mu Yang Mahu Pulang Ke Pangkuan-Mu,
22 Rejab 1436H
11 Mei 2015
(YA ALLAH JIKA ADA PAHALA KARYA YANG KUTULIS INI SAMPAIKANLAH PAHALANYA KEPADA ROH SAHABATKU YANG BARU MENINGGAL DUNIA AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN)
Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohamad
Asalamuaalaikum
Al Fatihah
Raihan Sulaiman Palestine telah kembali ke ramatullah pada jam 1:15 am sebentar tadi
MENJADI SAHABAT SETIANYA TAKKAN RUGI-RUGI
Teman sejati tiada harga mati
Dialah amal peneman di kala mati
Menjadi sahabat setianya takkan rugi-rugi...



MENJADI SAHABAT SETIANYA TAKKAN RUGI-RUGI
Teman sejati tiada harga mati
Dialah amal peneman di kala mati
Menjadi sahabat setianya takkan rugi-rugi
Tak rugi dunia tak rugi akhirat
Semuanya untung...untung ...tak rugi-rugi..
Asalkan ikhlas semata keranaNya Insya-Allah Syurga menanti. Amin
Karya Putri Rimba Niagara
12 Mei 2012
Raden Abdurrahman Rahman:
Sahabat
Saya sangat tahu siapa diriku...
Sebelumnya aku bagaikan seorang musafir
Yang terlunta-lunta tanpa sahabatku semua aku bukanlah siapa-siapa
Terlalu banyak jurang, lembah gunung, sungai-sungai yang telah kulalui
Tuk mencari sahabat-sahabat ku yang redha,
Ikhlas mendengarkan ratapan dan rintihanku
Lelah, capek, pegal-pegal tulangku sudah tak kurasakan lagi...
Dalam usahaku mencari sahabat sejati...
Terima kasih sahabat semua.
TIADA APA YANG DAPAT DIUNGKAPKAN MELAINKAN
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR
Sahabat...
Kau muncul bagaikan indahnya pelangi di waktu malam
Kau menyerikan lagi malam yang berbulan berbintang
bercahaya-cahaya membuatkan alam berpesta cahaya
bergemerlapan di angkasa raya...
penghuni alam dan semerta alam berzikir memuji
Kebesaran Tuhan betapa indahnya malam yang
berpelangi
berbulan
berbintang
Bintang pelbagai warna dan bentuk
diserikan cahaya bulan bercahaya-cahaya
adanya pelangi lagi mengindahkan malam
tiada apa yang dapat diungkapkan melainkan
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Sahabat....
pada lojik akal mana bisa mungkin kukenalmu
kerana
kau di benua sana
aku di benua sini
dan kita tidak pernah ketemu
di alam realiti atau fantasi
tapi bilamana
Allah sudah aturkan pertemuan
kita bisa kenal
walaupun cuma di alam maya
tapi besar ertinya
seperti kita sudah lama dikenalkan
sejak azali lagi
tiada apa yang dapat diungkapkan melainkan
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Sahabat...
Allah mengurniakan darjat padamu yang tinggi
di muka muka ini ...pastinya untuk menyebarluaskan
kesucian Islam di muka bumi ini dan kau telah buktikan
sedaya upayamu biarpun nyawa jadi taruhan...
darahmu untuk rakyat...
harta benda untuk membela rakyat yang tertindas
sanjungan bukan kau letak tempat utama
yang ada di fikiranmu
rakyat....rakyat...rakyat...
Berjuang demi rakyat tersayang
Berjuang demi negara tercinta
Berjuang demi Agama Allah dicintai
tiada apa yang dapat dilungkapkan melainkan
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Sahabat...
biarpun dirimu berketurunan Raja Yang Mulia
hamba cumalah insan biasa yang tak punya apa-apa
ibarat langit dengan bumi
ibarat enggang dengan pipit
dan tidak pernah tefikirpun hamba akan hadir dalam
hidup hamba seorang sahabat yang berdarah diRaja yang
bakal menjadi pewaris tahta diRaja Jambi
sudi menjadi sahabat hamba yang kerdil ini
terkedu!
terharu!
syahdu!
lalu syukur hamba dalam sujud pada-Nya
PadaNya tiada yang tak lojik jika Dia perkenankan
tiada apa yang dapat diungkapkan melainkan
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Karya Putri Rimba Niagara
18 Febuari 2012
Raden Abdurrahman Rahman:
Sahabat...
Ya Allah...Ya Rob...
Sahabat sejati adalah sahabat yang takkan pernah mementingkan diri sendiri
Tak akan ada beza antara sahabat dengan saya yang keturunan ningrat Dihadapannya yang membezakan dengan saya hanyalah amal jariah
Ya..Rozak ... inikah sahabat yang engkau janjikan?
Sahabat yang bagaikan tempayan lebar tuk menampung keluh kesah saya
Sebelum saya mengadukan kegalauan hati saya kepada-Mu. Rahmatilah dia sahabat dia sahabatku ...Ya Allah...Bila jauh tariklah dan dekatlah dia di sisi-Mu...
Letakkan dia dalam genggaman-Mu...agar dia menjadi seorang yang selalu bersujud, bersyukur kepada-Mu ..tuk menjadikan dia sahabatku seorang yang sholehah dan menjadikan bak karang di tengah lautan yang tetap kokoh tegak berdiri dari terjangan ombak dan angin yang menghantam...agar menjadikan sahabatku ini seorang yang teguh, handal menghadapi cobaan yang menimpa. Allah....kumohonkan jagalah sahabatku ini..... sebagai auah dan ibuku menjagaku... AMIN YA ROBBAL 'ALAMIN.
Putri Rimba Niagara:
AAMIN YA RABBAL A'LAMIN
BERBAKTI SESAMA INSAN DAN SAYANG DEMINYA
Duhai sahabat yang kunanti,
Bersahabat sepenuh jiwa sepenuh hati;
Kita berkongsi ilmu berkongsi isi hati,
Moga kita menjadi sahabat paling sejati.
Menjadi sahabat sehati sejiwa,
Itu yang kuidami sejak dulu lagi;
Kasih sayang sentiasa di jiwa,
Ingin kujauhi persahabatan yang rugi.
Suka duka kita bersama,
Gelak ketawa penawar duka;
Diizinkan Allah kita keluar bersama,
Mengeratkan talisiraturahim hatiku pun suka.
Jangan ada dengki di antara kita,
Kerana itu meretakkan hubungan kita;
Sayang menyayang sesama kita,
Bawa ke mati kasih sayang kita.
Kita saling percaya mempercayai,
Tidak mudah mengalah mempertahankan ikatan suci;
Apapun dugaan kita akan lalui,
Demi hubungan suci yang sejati.
Air matamu air mataku penawar duka,
Gelakmu gelakku menceriakan suasana;
Kita sama-sama suka,
Menjalani hidup bahagia selamanya.
Jika ada salahku segeralah maafkan,
Kerana aku cuma insan biasa;
Atas segala salah kesilapan,
Akan kuperbaiki asalkan kau bahagia.
Kita sama-sama suka sama-sama sayang,
Hidup dalam berkasih sayang demiNya;
Ikatan suci jangan mudah melayang,
Penyesalan menyusul alangkah ruginya.
Hidup di dunia bagaikan di Syurga,
Tiada lain difikirkan melainkan cuma satu;
Berbakti sesama insan dan sayang demiNya,
Moga kasih kita terpatri di hatiku di hatimu.
Andai kata ku pergi dulu sebelummu,
Janganlah kau bersedih kasihku;
Di pintu Syurga kunantimu tanpa jemu,
Jangan lupa kirimkan doa untukku.
Karya Putri Rimba Niagara
17 Febuari 2012
(PETIKAN DARIPADA WALL PUTRI RIMBA NIAGARA)
12 Mei 2012
1
Komen
TAK KENAL MAKA TAK CINTA

BismillahirRahmanirRahim...

Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh
Buat rakan pujanggaku yang dikasihi
Terima kasih kerana sudi berkawan denganku
Terima kasih kerana sudi membaca karyaku
Terima kasih memberi sokongan padaku
Terima kasih kerana sudi mendoakanku
Terima kasih kerana sudi memaafkanku
Aku senang banget menjadi rakanmu pujanggaku
Biarpun ku tak mengenalimu
Namun perkenalan kita adalah kehendak-Nya dan izin-Nya
Moga perkenalan di alam maya ini
Membawa keberkatan dunia akhirat
Aamin Ya Rabbal A'Lamin
Like · · Unfollow Post · April 27 at 8:27am

Zairi Erie and Zulfahmi Se like this.

Zairi Erie:

Tak kenal maka tak sayang
Tak sayang maka tak cinta
Tak cinta maka tak kaseh
Tak kasih maka tak....... (sambung .com)

Putri Rimba Niagara:

Tak kasih maka tak berkat
Kerana kasih ku ucapkan salam
Kerana kasih ku ucapkan terima kasih
Pada mu tuan di sana yang kucinta lagi kurindui selalu...huhuhu

KERANA KASIH KUKIRIMKAN SALAM

Padamu tuan lama sudah kumenanggung rindu
Kupendamkan saja biarpun kau tak tahu
Mujurlah di sini dapat kusebarkan rindu
Rindu padamu tuan tak pernah jemu...

Jika ada salah diriku pada mu tuan,
Ku cuma insan biasa;
Maafkan daku duhai tuan,
Kasihku padamu takkan hilang ditelan masa.

Kerana kasih kukirimkan salam,
Padamu tuan yang ada sana;
Jangan lupa sebarkan salam,
Kerana salam membawa bahagia.

Senyum mu tuan keikhlasan budi,
Menyebarkan salam uhkhuwah sejati;
Terima kasih tuan yang baik budi,
Budi mu tuan ku bawa mati.

Karya: Putri Rimba.
27 April 2012

SALAM MENYATUKAN HATI

Ingin kukirim rindu 
Di ombak rindu
Takut tak terbalas rindu

Ingin kukirim kasih
Takut tak terbalas kasih
Lalu tersisih

Ingin kukirim salam
Pasti terjawab salam

Salam menyatukan hati
Menyatukan rindu
Menyatukan kasih
Kasih tak tersisih

Zairi Erie:

Ingin Ku kirim Cinta.
Takut tak diterima
Ingin ku kirim sayang
Takut Terbuang
Ingin ku kirim diriku
Tapi tak laku......

Putri Rimba:

Dirimu memang tak laku
Tapi cinta mu terlalu mahal
Harganya melambung di bursa saham
Hingga tak mampu nak dimiliki....

KARYA PUTRI RIMBA & ZAIRI ERIE )
27 April 2012
Uruskan
6y
SukaTunjukkan lagi reaksi
PASTI HIDUPMU TENANG SETENANG AIR DI KALI SYURGA

Ahmad Tajuddin was tagged in Hasmy Shaari's photo. — with Mohd Jamil and 48 others.


BISMILLAHIRAHMANIRAHIM ORANG HASAD : SAKIT JIWA Sahabat.. Janganlah ada HASAD dalam diri... HASAD membuat hidup MERUGI... Dia akan selalu SENDIRI... Hidup tidak DINIKMATI... Hanya ada dalam SEPI... Orang lain BERBAHAGIA... Diapun MERANA penuh KECEWA.... Orang lain BERSEDIH... Diapun TERTAWA penuh MURKA... HASAD menjadikan HIDUP SENGSARA Si HASUD sesungguhnya SAKIT JIWA Maka obatilah dengan IMAN dan CINTA ~ya Allah jauhikan kami dari mempunyai sikap hasad dengki sebegini,aamiin

PASTI HIDUPMU TENANG
SETENANG AIR DI KALI SYURGA

Hasad buat hati jadi sakit jika dia melebihi kita
Hasad buat hati jadi benci jika dia berjaya
Hasad buat hati jadi suka jika dia tersungkur

Aku benci dia berjaya
Aku suka dia tersungkur

Aku takkan tenang kalau dia berjaya dan bahagia
Dan aku tenang bila dia kalah dan dia derita menunggu mati
Kalau dia mati lagi aku suka 
Tiada siapa yang hendak menyakitkan hati aku lagi
Akulah juara segala hasad dengki
Dengki...Dengki...Dengki...
Itulah yang suka berhasad dengki

Duhai pendengki yang mendengki
Baik kau buang saja jauh-jauh hasad dengkimu itu
Kalau tidak... kau pasti akan merana
Merana di dunia 
Merana di akhirat
Sebesar mana amalan yang kau bawa
Allah pasti tidak akan menerima
Kecuali kau sudah bertaubat
Allah penerimba taubat
Makanya bertaubatlah sekarang...
Sebelum terlambat...

Kalau kau ada hasad dengan aku..
Aku dah maafkan...
Tapi kalau kau hasad dengan orang lain
Pergilah minta maaf dengan mereka
Mereka pun akan memaafkan kau
Kerana mereka tiada mempunyai hasad dengki denganmu
Sebagaimana engkau berdengki dengan mereka

Bila kau dengar mereka berjaya ucapkan tahniah!
Bila mereka tak berjaya beri sokongan pada mereka 
Agar mereka berusaha hingga diizinkan Allah berjaya
Jika itu kau dapat lakukan
Pasti hidupmu tenang
Setenang 
Air di kali Syurga

Karya Putri Rimba.
25 April 2012

(PETIKAN DARIPADA WALL HASMY SHAARI & AHMAD TAJUDDIN & PUTRI RIMBA)
25 April 2012
i
HANTARKAN KE DERMAGA...MENUJU KEPULANGAN AKHIR 

Achmad Zoelham

Hantarkan kedermaga,, menuju kepulangan akhir..., 
simpan semua kenangan masa lalu juga titip hati ini buat renungan sang pewaris. agar mereka tau dari usia ke-usia hidup adalah pilihan...!

Putri Rimba:

USIA YANG TERSISA AMATLAH BERHARGA!

Pabila usia ke-usia hidup adalah pilihan...
Maka pilihan itu adalah tepat untuk 
menghabiskan usia yang tersisa itu 
kerna usia yang tersisa itu terlalu amat berharga 
kernanyalah menentukan pilihan ke Syurga atau ke neraka...
Tepuk dada tanyalah iman....!

Karya Putri Rimba.
25 April 2012
KARYA PUTRI RIMBA & ACHMAD ZOELHAM
25 April 2012

i
ALLAH TIDAK MEMANDANG KECANTIKAN WAJAH KAMU
TETAPI ALLAH MEMANDANG HATI KAMU 

Ahmad Tajuddin was tagged in Hasmy Shaari's photo. 

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM ~Adakah engkau sudah berbuat baik kepada orang yang berbuat JAHAT kepadamu? ~Adakah engkau telah memaafkan orang yang telah MENGANIAYAIMU? Adakah engkau telah menghubungkan silaturahim kepada orang yang memutuskan hubungan denganmu? ~Adakah engkau telah menginsafkan orang yang telah MENKHIANATIMU? ~Adakah engkau telah bercakap atau menegur orang yang telah MENGUSIRMU (tidak mahu menegurmu)? "Sesungguhnya, Aku tidak memandang kepada wajah kamu dan tidak kepada kecantikan kamu akan tetapi Aku memandang kepada hati kamu...." - (Hadis Qudsi) :: BIAR ORG BUAT JAHAT PD KITA JGN KITA BALAS DGN KEJAHATAN,KALAU DIA INGAT ALLAH DAN PERCAYA PD 'KARMA..' KEHIDUPAN DIA AKAN TAKUT PD KUASA ALLAH- Hidup spt Roda kekadang di atas ada masa dibwh.. renung2kan.. ::

YA ALLAH MASUKKANLAH KAMI SEMUA KE DALAM SYURGA-MU 

Tuhan....aku hamba-Mu yang ingin ke jalan-jalan-Mu
Aku tak mahu kelemahan ku dalam menjalinkan talisiraturrahim
Sesama islam membuatkan Kau murka...
Demi kerana-Mu
Aku sudah memaafkan segala kesalahan rakan-rakanku
Yang telah melukaiku dan bukakan hati mereka juga memaafkanku
Barulah tenang jiwaku Ya Allah
Moga dengan bersatunya hati kami ini
Kau limpahkan Nur Hidayah Kasih-Mu
Padaku dan semua sahabat-sahabatku
Yang kukasihi abadi selamanya
Masukkanlah kami semua ke dalam Syurga-Mu
Aamin Ya Rabbal A'Lamin.

Karya Putri Rimba.
25 April 2012
(PETIKAN DARIPADA WALL HASMY SHAARI & AHMAD TAJUDDIN & PUTRI RIMBA )
25 April 2012
Uruskan
6y
SukaTunjukkan lagi reaksi
 CINTA TERPATRI HINGGA KE SYURGAWI 

Duhai cinta hatiku...

Di wajahmu ada ketenangan
Senyuman mu memukau kalbuku

Duhai cinta hatiku...
Di hatimu ada cinta
Sesuci embun pagi
Bicaramu selembut sutera
Aman roh dan jasadku mendengar
Setiap bait-bait katamu
Tiada membuatkan hatiku rasa diguris-guris pilu

Kau membuka mata hatiku
Tentang indahnya cinta kerana-Nya
Kau memuja-Nya
Aku memuja-Nya
Saling cinta mencintai 
Ikhlas sepenuh hati kerana-Nya
Kita sama-sama keasyikan memburu
Cinta-Nya yang tiada penghujung-Nya

Dalam kita bercinta 
Tiada sesaat pun kita melupakan-Nya
Indahnya cinta kita
Bagaikan berada di alam Syurga
Bahasamu bahasaku
Senada seirama
Menenangkan jiwa
Menenangkan roh
Lalu kita terbuai dalam alunan 
Zikir pada-Nya tiada penghujung-Nya

Biarpun bumi terbelah dua
Biarpun berbumbungkan langit
Kita akan teruskan
Percintaan ini dalam redha-Nya
Agar kita sama-sama bercinta kerana-Nya
Kerna kita berdua memahami 
Hakikat sebenar kenapa kita
Diketemukan
Bukan sia-sia
Bukan tidak disengajakan
Tapi disengajakan oleh-Nya
Atas kehendak-Nya
Kita bercinta kerana-Nya

Syukur Ya Allah
Atas Kurniaan Yang Berharga ini
Izinkan kubawa cinta pemberian-Mu ini
Hingga ke Syurgawi-Mu
Kerna aku mahu menjadi 
Bidadarinya di dunia jua di Syurga-Mu
Aamin Ya Rabbal A'Lamin

Terima kasih cinta hatiku
Yang kudambakan kerana-Nya
Kerana sudi menerima cintaku
Untuk menaungi tulang rusuk kirimu
Dengan izin-Nya kau menyempurnakan
Cintaku yang membawa ke Syurga-Nya
Makanya jika aku pergi dulu sebelummu ...
Redhailah pemergianku nanti...
Kerna dengan redhamu
Syurga menantiku ...
Dan aku menunggumu 
Di Pintu Syurga
Kerna akulah bidadarimu
Yang Allah catatkan
Cinta kita terpatri hingga ke Syurgawi
Aamin Ya Rabbal A'Lamin

Karya Putri Rimba Niagara
25 April 2012
i
CINTA MEMBAWA KE SYURGA

Awak...
Terharu saya mendengar mengakuan awak
Sungguh ikhlas pengakuan awak pada saya
Cinta awak ke saya seperti saya 
Mendapat tiket ke Syurga
Selangkah kaki saya ke Syurga
Awak tahu tak...
Cinta yang sebeginilah yang saya dambakan
Jika orang yang mencintai saya
Cintanya mestilah cinta Allah 
Tempat Yang Teratas 
Saya tak mahu 
Cintanya ke saya
Mengheret saya dan dia 
Kelalaian daripada 
Mengingati Allah
Lalu terjebak
Dalam 
Kemurkaan Allah
Jika itu berlaku
Adakah cinta namanya?
Pastinya tidak
Itu semuanya cinta 
Palsu yang memusnahkan cinta suci
Makanya
Pabila saya mendengar mengakuan awak
Yang ikhlas itu 
Saya terus menangis kesyukuran
Di sejadah cintaNya
Mengucapkan syukur padaNya
Yang tak terucap
Kerna DiKurniakan 
Cinta dari hambaNya
Yang tulus ikhlas
Semata keranaNya
Syukur Ya Allah
Terima kasih cinta hati saya
Yang sudi melamar saya
Untuk sama-sama 
Menempah tiket ke Syurga
Moga dengan tersarungnya
Cincin Syurga ke jari manis saya
Jadilah saya bidadari awak
Bidadari yang setia
Hingga ke SyurgaNya

Awak menerima cinta saya keranaNya
Saya membalas cinta awak keranaNya
Inilah cinta yang telah tercatat di Lauhmahfuz
Wallahualam

Karya Putri Rimba.
25 April 2012
Like · · Unfollow Post · April 25 at 9:23am

CINTA KERANANYA

Cinta ungkapan terlalu mudah disebut
Untuk menjadikan cinta itu seikhlas hati
Agak sukar dimengertikan
Mula cinta jadi benci
Mula sayang akhirnya melayang
Mulanya bicara manis
Akhirnya menjadi bicara yang merosakkan hati
Lalu hati terluka
Masing-masing tidak berkenan di hati
Apakah itu namanya cinta?

Makanya sebelum melahirkan ungkapan 
Cinta dan sayang 
Tanya pada diri
Adakah aku ikhlas mencintainya?
Atau aku saja untuk menyakitkan hatinya?
Pabila dia kecewa itu adalah matlamatku....
Kalau beginilah cinta pura-pura terjadi
Amat malanglah yang empunya diri
Membalas cinta pada si pendusta cinta!
Makanya sebelum hati terlara segera putuskan
Kerna akan meracuni jiwamu

Jika hatimu terlara kerana cinta palsu
Binalah keyakinan semula
Menyatakan
Allah sayang padamu
Kerna Dia
Telah merencanakan cinta yang terbaik untukmu
Cinta yang boleh membawamu ke SyurgaNya
Jika kau sabar dengan setiap KETENTUANNYA
Pasti kebahagiaan dunia akhirat menanti
Di masa itu baru kau tahu betapa nikmatnya
Penantian cintamu keranaNya 
Bercinta keranaNYa
Membalas cinta keranaNya
Terpatri cinta dari dunia hingga ke Syurgawi
Insya-Allah Aamin

Karya Putri Rimba.
25 April 2012


PETIKAN PERPUSTAKAAN ALAM MAYA RATU RIMBA NIAGARA.
25 Sya'ban 1439H
12 Mei 2018

0 comments:

Post a Comment

 
;