Friday, 11 May 2018

BUDI DISSEMAI BAKTI DITUAI (104) DI BULAN BONDA KIRIMKAN RINDU


BUDI DISSEMAI BAKTI DITUAI (104) DI BULAN BONDA KIRIMKAN RINDU



Ratu Rimba Niagara berkongsi siaran.
6 jam

DI BULAN IBU KIRIMKAN RINDU UNTUKMU NAK!
Jangan bersedih andai ibu tak mampu bersastera lagi....
bacalah karya sastera yang telah banyak ibu karangkan untukmu nak...
sastra yang ibu tinggalkan adalah tanda kasih sayang ibu
tanpa penghujungnya padamu nak....
jika rindu pada ibu lihatlah bulan
telah ibu kirimkan rindu pada bulan
bahawa kasih kita tak pernah terpadam buat selamanya...
di Syurga kasih kita berpadu Insya-Allah AAmiin
Ibu yang menyayangimu nak,
Ibu Ratu Rimba Niagara
23 Rejab 1436H
12 Mei 2015

WALAUPUN DUNIA TAHU IBU INI GARANG TAPI SEBENARNYA IBU ADALAH SEORANG IBU YANG PENYAYANG PADA SELURUH ANAK-ANAK DI SELURUH DUNIA....hehehe

Lambaian Rindu.
Lambaian rindumu
memanggil-manggilku
di kala aku memandang laut terbentang luas
lambaianmu beranginkan mantra sunyi
kau kirimkan sayap rindu
aku terima sayap rindu
hilang rindu
dan aku membaca matra sunyi
dengan linangan air mata
matra sunyi itu
kulemparkan ke laut
bersama sayap rindumu
kerana sayap rindumu
kerana matra rindumu
membuatkan aku bertambah rindu
rindu dalam sunyi
yang membungkam jiwa lara
yang tak bisa diubati dengan
apapun rindu
Kecuali
Rindu pada-Nya...
Pasti terbalas rindu
Tanpa ragu
Tanpa sangsi
Begitu hebatnya rindu pada-Nya...
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
19 Sept 2012
Tun M sudah angkat sumpah, bersama Harapan kita bangunkan semula negara kita! 🇲🇾👍🏼

SukaTunjukkan lagi reaksi
Komen
41 Komen
Komen
Ratu Rimba Niagara Harapan rakyat tertunai sudah apabila Tun M menjadi Perdana Menteri Malaysia Ke- 7. Rakyat berjanji untuk bersama Tun M dan barisan pemimpin PAKATAN HARAPAN sama-sama membangun negara yang sama kita cintai ini untuk dihadiahkan kepada anak cucu kita. Aamiin.
Uruskan


SukaTunjukkan lagi reaksi
Balasan20j
Ratu Rimba Niagara Barisan pemimpin PAKATAN HARAPAN pilihan hati rakyat Malaysia TELUS IKHLAS PENYAYANG BERTANGGUNGJAWAB CINTAKAN AGAMA BANGSA DAN NEGARA! Moga dibalas Syurga Firdaus atas kebaikan hatimu pada seluruh rakyat Malaysia. Aamiin.
Uruskan


SukaTunjukkan lagi reaksi
Ratu Rimba Niagara Moga Malaysia maju jaya di bawah pemerintahan barisan kabinet PAKATAN HARAPAN yang diterajui Tun Mahathir. Aamiin.

Ratu Rimba Niagara berkongsi siaran.
8 jam
Wan Azizah Angkat Martabat Wanita Jadi Timbalan Perdana Menteri Wanita Pertama Dalam Sejarah Malaysia
Berita Harian Online bersiaran langsung sekarang.
#BHTV Upacara angkat sumpah Perdana Menteri ke -7, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Mengundi dengan harapan , keputusan dengan kejayaan.Selamat datang bakal para barisan kabinet PH ke Putrajaya.Harapan rakyat tertunai sudah. Syukur alhamdulillah. Takbir Allahu Akbar!!!

Foto Rabeah Binti Mohd Ali.
AMBILKAN BULAN
 ...Teruskan Membaca

TEATER BANGSAWAN DIRAJA KARYA RATU RIMBA NIAGARA DI PENTASKAN DI PANGGUNG ISTANA SERI PURNAMA MERAK KAYANGAN DISAKSIKAN OLEH RAKYAT SELURUH DUNIA
TEATER BANGSAWAN DIRAJA,'AMBILKAN BULAN DAN BINTANG,' Karya Ratu Rimba Niagara, Laksamana Mas & Alam Pren Adni Mpn
AMBILKAN BULAN
Bulan jatuh ke riba tidak mustahil bagi Allah. Kuasa Allah mengatasi segala yang ada di langit dan di bumi.
Ratu Rimba Niagara shared Laksamana Mas's status update.
Laksamana Mas
" Ambilkan Bulan "
Ambilkan bulan bu,
Ambilkan bulan Bu
yang selalu bersinar dilangit
Dilangit bulan benderang
Cahyanya sampai ke bintang
Ambilkan bulan Bu
untuk menerangi,
tidurku yang lelap
Dimalam gelap
Beningnya suara mu menggetarkan seluruh tubuh ku,.....
"Dewi Arum Ayu Laksimi Laksitarukmi Kusumoningrat "
- Dewi Sekar Tanjung -
kebahagiaan selalu ada bersama mu,.
Amin...amin..amin..Ya Rabbalalamin......
BULAN UNTUK DEWI SEKAR TANJUNG
Dewi Sekar Tanjung tersayang
ini bulan untukmu sayang
Dengan keringat air mata darah
bu usahakan sampai berjaya
demi kebahagian dunia akhiratmu sayang
Bu pertaruhkan nyawa
di setiap penjuru waktu
untuk menggapainya
sehingga berjaya sayang
Dari segi lojik
dalam usia selewat begini
mana bisa mampu
bu menggapainya sayang
tapi demi kekuatan cinta
yang tak pernah padam padamu sayang
bu usahakan sehingga berjaya
biarpun hati bu remuk redam
luka parah membarah
pedih perih
jerih memerihkan
sakit menyakitkan
bu teruskan jua perjuangan ini
demi mu sayang...
tak apalah
apalah ada kebahagiaan di dunia ini
yang cuma sementara saja
jika dibandingkan dengan
kebahagiaan hakiki
di negeri abadi sayang...
makanya jagalah
bulan hadiah tulus ikhlas daripada bu sayang
Bu memberi hadiah yang
paling berharga padamu sayang
tiada niat mengharap
balasan apa-apa darimu sayang
cukuplah sekadar
menjaga kemerdekaan ibu pertiwimu
agar tidak jatuh
ke tangan musuh durjana
jagalah sampai kapanpun!
selagi ada bulan dan matahari!
Jangan lupa di setiap kali
bulan mengambang
jika rindu pada bu
pandanglah senyuman bu di sana
pasti hilang rindumu sayang...
Karya Ratu Rimba Niagara
14 Jun 2012
'APABILA BINTANG LAUT MENJADI BINTANG.'
Sejak berkurun lamanya bintang laut
yang berada di dasar lautan cuma nampak bebayang
bintang-bintang di langit disimbahi cahaya rang bulan.
“ Alangkah bahagianya jika aku menjadi bintang!
Tiada bezanya aku dengan bintang
cuma aku di dasar lautan
tidak berkedipan!
Bolehkah aku menjadi bintang?
Bolehkahkah? Bolehkah? Bolehkah?
Di dasar lautan ini aku tidak berguna
kepada penghuni laut
sedangkan aku ingin hidup
menyinari hidupku dan menyinari
hidup mereka yang memerlukan
kerdipan sinarku.”
Bintang Laut mula menyedari kejahilannya.
Dia telah bercita-cita untuk menjadi seperti bintang di langit.
Setiap hari Bintang Laut
terus mengeluh...
meratapi nasib diri…
mencemburui kegemerlapan bintang
seolah-olah mereka menghinanya
kerana bermimpi hendak
menjadi bintang.
“Kau siapa?
jalan pun lambat tanpa boleh berbuat apa-apa?
lainlah aku boleh ke sana ke mari dengan pantas
dan ramai terpesona dengan kegagahan dan
kebijaksanaan aku.. jangan nak bermimpilah!
Ha…ha…ha…” Hina naga laut sambil memperlihatkan
kejadiannya yang unik mempersonakan
seluruh penghuni laut kerana itu naga laut
popular dan dihormati .
“Engkau jangan menghina
cita-cita aku. Akan kubuktikan!
lihatlah nanti!” Jerit Bintang Laut
memecah ketenangan malam itu.
Laut yang tenang tiba-tiba mengaum di sertai
dengan gelombang ombak mengganas!
gerakkan dasar laut telah membawa
Bintang Laut ke dalam gelombang
ombak mengganas! Lalu menghempasnya
ke pantai.
Kini Bintang Laut berada di pantai
di sinari cahaya pagi yang menyegarkan!
seakan mimpi Bintang Laut
berjalan ke sana ke mari
menari-nari.
Bila malam tiba Bintang Laut
menikmati suasana malam sambil
memerhatikan kegemerlapan
bintang-bintang di langit di sinari
sinaran cahaya bulan.
Sungguh jelas permandangan ketika itu
tidak perlu samar-samar lagi
tika berada di dasar lautan.
“Bolehkah aku menjadi bintang?
Bolehkah? Bolehkah?
Bintang aku ingin berkawan denganmu?
Aku ingin menjadi sepertimu.”
“Bintang :Laut, kau boleh menjadi
seperti kami jika kau yakin dengan
kebolehanmu! Percayalah!
Kami menunggu kau di sini!
Kau boleh! Pasti boleh!”
Kata perangsang bintang kepada
Bintang Laut pada malam itu.
“Pelik ya macam mana bintang boleh
mendengar suaraku?
sedangkan
jarak dengannya…
dia di langit aku dibumi
komunikasi aku dengan bintang
satu keajaiban!”
Tiba-tiba kedengaran
gauman entah dari mana datangnya
memecah ketenangan malam
pepasir di pantai berterbangan.
UFO rupanya sedang mendarat
dua makhluk asing datang
menghampiri Bintang Laut.
“Bintang Laut mahu ke engkau
ikut kami?” tanyanya.
Ke mana?”
“Úntuk merealitikan cita-cita kau menjadi bintang?”
“Nak! Nak! Nak! Rugilah aku kalau tak nak!”
Malam itu mimpi Bintang Laut menjadi kenyataan!
dia telah menjadi bintang!
disambut bintang-bintang yang
bergemerlapan! Berkedipan! Berkilauan
yang menakjubkan Bintang Laut!
Siapa sangka impian Bintang Laut menjadi kenyataan?
tidak sia-sia impiannya selama ini!
barulah dia tahu tiada yang pelik di dunia
ini jika digunakan keajaiban minda!
“Aku berjanji kegemerlapan yang kumiliki ini
akan kukongsi bersama mereka yang ingin
menjadi sepertiku!” Janji Bintang Laut pada dirinya.
Karya : Ratu Rimba Niagara
(23.1.2011)
August 10 at 5:26am ·
Alam Pren Adni Mpn likes this.
Alam Pren Adni Mpn maka sasteramu apapun bisa dijadikan,bila Allah berkehendak..maka bintang laut bisa dijadikan buku buku sastera alam rimba niagaranya,atas inspirasi dan solusi modernisasi beriman sejatinya,apa yang tidak mungkin,,semua mungkin terjadi di dalam Ilmu Allah,dan kemampuan manusia berimajinasi sastera sejagat nya.semoga Allah memakbulkan dan memberikannya,untuk kemulian semuanya,ilmu ilmuan temu temuan sastera rimba niagaranya
Alam Pren Adni Mpn Bulan Sastera Ratu Rimba Niagara, jiwa mempersatukan bangsa sejagatnya NUSANTARA..SASTERA Ratu Rimba Niagara ini,meyatupadukan semua elemen manusia NUSANTARA..DAN SEMUA ANAK BANGSA Indonesia Malaysia Singapura Thailand dan Brunei Darussalam,,,dan lainya semua sastera disatukan dijiwanya semua perjuangan nasional hingga internasional penjuru dunia pun tahu,bahawa sastera kejiwaaan Ratu Rimba Niagara adalah penyatuan Kebangsaan Melayu dan Asean.....atau dunia ....dan semuanya, imajinasi modernisasi sastera ratu dan sejagat raja rimba niagara,bangga atas prestasi ratu rimba niagara sejagat dan sejiwa....salam Kesusasteraan Melayu Nusantara Seluruh Dunia.
April 19 at 8:26pm ·
Ratu Rimba Niagara Insya-Allah Aamiin.
April 19 at 8:39pm ·
Alam Pren Adni Mpn amin salam sukses ratu nusantara ..salam sukses ratu rimba niagara,alam sejagat alam dunia dan akhirat ,,sukses selalu sastera ratu rimba niagara,,aamiin
April 19 at 8:39pm ·
Ratu Rimba Niagara AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin.
April 19 at 9:40pm
Ratu Rimba Niagara shared Maharaja Kutai Mulawarman's photo.
May 9 at 6:58pm
RATU RIMBA NIAGARA PUJANGGA MELAYU 1001 ZAMAN DIANUGERAHKAN OLEH KDYMM MAHARAJA KUTAI MULAWARMAN
SASTERA ANUGERAH ILAHI YANG DISYUKURI,
DENGAN IZIN-NYA JUA DIBUKAKAN HATI HAMBA-NYA,
MENGURNIAKAN ,' RATU RIMBA NIAGARA PUJANGGA MELAYU 1001 ZAMAN,' SUBHANALLAH SEGALA-NYA DIA YANG BERKUASA ATAS SETIAP SESUATU.
'BERUSAHA BERDOA TAWAKAL PASRAH,'
Ratu Rimba Niagara shared a photo to Maharaja Kutai Mulawarman's Timeline.
·
CITA-CITAKU MEMARTABATKAN SASTERA DIRAJA NUSANTARA SEHINGGA
KE PERINGKAT ANTARABANGSA INSYA-ALLAH AAMIIN.
TERIMA KASIH BUAT SEMUA PEJUANG SASTERA RATU RIMBA NIAGARA
DI SELURUH DUNIA KALIAN ADALAH PELANGI SASTERAKU YANG TERINDAH AGAR AKU TERUS BERKARYA SEHINGGA TERHENTI NAFAS TERHENTILAH PENA.
Maharaja Kutai Mulawarman was with Ratu Rimba Niagara.
·
Maharaja Kutai Mulawarman's photo.
You, Alam Pren Adni Mpn and 41 others like this.
Alam Pren Adni Mpn
Miandad Ghanghro Congratulations witrespect.h
WARKAH UNTUK KDYMM MAHARAJA KUTAI MULAWARMAN,
'ATAS PENGURNIAN DATO' SERI RABEAH BINTI MOHD ALI,'
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Terima kasih atas pengurnian Dato' Seri Rabeah Binti Mohd Ali,
amatlah tidak disangka begitu sekali tuanku menghargai patik .
Pengurnian yang diberikan kepada patik adalah hadiah untuk seluruh anak cucu Nusantara tercinta bahawa pengorbanan moyang sastera mereka dihargai oleh seluruh Raja Nusantara dan rakyat Nusantara tercinta.
Apapun diucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada Kdymm Maharaja Kutai Mulawarman yang selama ini mendukung perjuangan Sastra DiRaja Nusantara Ratu Rimba Niagara yang tidak berbelah bahagi dulu hingga kini.
RAJA DAN RAKYAT BERPISAH TIADA
RAJA MEMAYUNGI RAKYAT
RAKYAT MEMARTABATKAN INSTITUSI DIRAJA
TAK HILANG INSTITUSI DIRAJA NUSANTARA
PENGORBANAN RAJA SENTIASA DI HATI RAKYAT
DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!
BERTAHTALAH MEMAYUNGI NEGARA DEMI RAKYAT TERCINTA.
ALLAHU AKBAR AAMIIN
#BiarSekalipunBergantiLangitDanBumiBiarpunTanahMenelanHambaHidupHidup AkanHambaPastikanMELAYU Akan TerusBertakhtaDiBumiBerdaulatIni!!!"
Ratu Rimba Niagara Perjuangan tuan hamba tak kesendirian , semua pendekar melayu berjiwa Laksamana Hang Tuah Hang Jebat akan bersamamu percayalah!!!!
Sekian . Wassalam.
Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Daripada,
RABEAH MOHD ALI @ RATU RIMBA NIAGARA
SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @
PUJANGGA SRIBU JAMAN @
PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
19 REJAB 1436H
8 MEI 2015

TV3 Malaysia
Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Tun Dr Mahathir Mohamad, yang telah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-7 yang baharu.
Ratu Rimba Niagara berkongsi siaran.
8 jam
Dr. Mahathir bin Mohamad
21 jamInstagram
Hari pertama bekerja... sekali lagi.

BERSAMA MEMBINA NEGARA DEMI ANAK CUCU KITA!
RAKYAT LAH KING OF THE KING!
Ratu Rimba Niagara Rakyatlah yang memberi kuasa kepada pemimpin justeru bila menang pemimpin jangan seperti kacang lupakan kulit

kotakan segala janji kepada rakyat
memenuhi segala harapan rakyat
termasuk memartabatkan SASTERA RAKYAT DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT kerana perjuanganmu SASTERAKU.
RAKYAT LAH KING OF THE KING!
Ratu Rimba Niagara Kura-kura dalam perahu,
Pura-pura buat tak tahu,
Tak lama lagi PRU,
Kuasa Rakyat sebagai penentu.
RAKYATLAH KING OF THE KING!
Dr. Mahathir bin Mohamad
17hb April jam 9.16 ptg ·
Layari website ini untuk nyatakan sokongan anda kepada Pakatan Harapan.
KLIK di sini 👉🏼 https://www.sayasokongph.my dan berdiri teguh bersama Pakatan Harapan pada 9 Mei 2018.
HARAPAN SENTIASA ADA UNTUK KITA SEMUA RAKYAT MALAYSIA DENGAN MEMILIH PAKATAN HARAPAN!
SAJAK UNTUK TUN M
Tun M...
apa yang terbuku di hatimu
kami seluruh rakyat Malaysia faham
betapa kau rela korbankan dirimu
demi kerana sayangkan rakyat dan negara
Tun M...
walaupun usiamu melewati senja
kau tetap bersemangat seperti seorang wira
walaupun kudratmu tinggal hanya sisa-sisa
kau terus kuat
sedangkan jiwamu terseksa
luka yang terlalu dalam
kau bebat lukamu sendiri
agar sentiasa kuat demi rakyat
yang kau kasihi sepenuh jiwa ragamu
Tun M...
kau ketepikan segala kepentingan sendiri
sedangkan kau boleh saja beristirahat bersama isteri tercinta
yang lebih menyayat hati
kau mengaku kesilapanmu
memohon maaf kepada semua kawan-kawan seperjuanganmu
dan seluruh rakyat Malaysia
air matamu tertumpah di hati kami
Tun M...
kerana kerendahan hatimu
kami seluruh rakyat Malaysia
bangkit bersama citamu
untuk menebus segala kekhilafan yang dilakukan
pemimpin terkini...
inilah masanya kita hidupkan
gelombang rakyat
dengan memberi kemenangan kepada PAKATAN HARAPAN
Tun M...
senyumlah...
gerhana di hatimu
kami balas dengan pelangi indah
seindah pelangi di malam hari
senyummu dan senyum seluruh rakyat Malaysia
terpatri hingga ke Syurga
insya-Allah Aamiin
Karya Ratu Rimba Niagara
19 Syaaban 1439H
4 Mei 2018
(Sajak dikarangkan istimewa untuk Tun M yang dikasihi dunia akhirat)

Tun abdul rahman - bapa kemerdekaan
Tun abdul razak - bapa pembangunan
Tun hussein onn - bapa perpaduan
Tun mahathir - bapa pemodenan
Tun Abdullah - bapa modal insan
Dato' Sri Najib - bapa 1Malaysia
Tun Mahathir - Perdana Menteri Malaysia Ke-7 kali kedua tahniah!

Tun mahathir - bapa ku pulang dari kota, bapaku pergi Putrajaya.
Kuasa rakyat jelata.... Bapaku pulang dari kota, bapaku menuju ke istana... 

MINDA YANG SIHAT TIADA SEMPADAN MASA ATAU USIA

Mengundi dengan harapan, keputusan dengan kejayaan.Selamatdatang bakal para barisan kabinet PH ke Putrajaya.Harapan rakyat tertunai sudah. Syukur Alhamdulillah. Takbir Allahu Akbar!!

KUSAMPAIKAN SALAM SILATURRAHIMKU DI BALIK BAYU MEGA SENJA ALAMMAYA!
Indahnya Islam
saling menggalakkan hamba-Nya saling bekerjasama
dalam hati yang penuh dengan belas kasihan dan berkasih sayang berpadu kasih sayang sejati semuanya Lillahi Taala
tiada niat sebesar zarrah pun untuk menganiayai atau menzalimi
yang ada sama-sama hidup berukhuwah talisiraturrahim dalam kasih sayang sebab itu salah satu soalan di kubur ditanyakan
siapakah saudara kamu
jika kita tidak dapat menjawabnya
karena semasa hidup kita tidak peka dengan pentingnya silaturrahim amatlah rugi sama sekali perjuangan semasa kita berhidup sebab itu setiap daripada kita mesti pasakkan di jiwa
saling bertalisiraturrahim kerana Allah Taala
TALISIRATURRAHIM SAMPAI MATI TALI SIRATURRAHIM SAMPAI KUBUR TAILIRATURRAHIM SAMPAI SYURGA IN SHAA ALLAH AAMIIN
Tiada alasan untuk kita menafikan talisiraturrahim
walaupun hati terluka dilukai kecewa
kita dengan terbuka hati mahu memaafkan
dan sentiasa meminta maaf...
Ini yang saya takuti jika talisiraturrahim saya terputus atau diputuskan saudara seislam saya di alam realiti atau di alam maya....
Saya tertanya-tanya diri saya
adakah saya tergolong daripada hamba-Nya yang menjaga talisiraturrahim atau yang selalu memutuskan talisiraturrahim?
Tidak akan bau Syurga bagi mereka yang memutuskan talisiraturrahim beramal banyak mana sekalipun tidak akan masuk Syurga kerana tidak menjaga talisiraturrahim
Dalam hal ini saya selalu muhasabah diri saya
persoalan itu membelenggu diri saya sendiri...
Soalan yang saya tanya pada diri saya sendiri,
"Kau bilang..kau menyanjungi silaturrahim
tapi kau sendiri memutuskan silaturrahim dan
tidak menerima mereka yang mahu bertalisiraturrahim denganmu
adakah kamu layak masuk Syurga Allah duhai hamba Allah?"
Menangis aku hiba
memang benar kata-kata soalan itu..
Hampir seribu orang yang add untuk menjadi rakan fbmu
kenapa kamu tak terima saja?
semua orang suka ramai kawan tapi kamu tidak
malah kawan fb kamu yang ada kamu removekan
tak kira mereka berdarjat apa sekalipun..engkau sewenangnya
removekan mereka...janganlah kamu berkata silaturrahim sampai mati sampai kubur ...sampai Syurga...belum sampai mati kamu sudah memutuskan talisiraturrahim....
Sejujurnya aku memang hamba-Nya yang lemah terlalu lemah...
bukan aku saja tak terima...
laman fb aku adalah medan juang aku bersastra
jadi aku cuma terima mereka yang punya niat yang sama
mahu berjuang mendukung perjuangan sastraku sahaja
jika mereka tidak memberi impak apa-apa dalam dunia sastraku
aku terpaksa mencari pejuang rakan fb yang lain
yang nawaitunya mahu membantu aku walau pun
dengan sebuah ide atau komentar yang bernas itupun sudah memadai ini bukan setakat komentar ...like pun tak mahu
bukan aku suruh dia puji melambung-lambung karya aku sampai aku terjelepuk tidak sama sekali...
sampai aku hantarkan karya-karyaku di wall mereka
masih lagi membisu seribu bahasa
seolah antara aku dan dia tiada wujudnya rakan fb
yang lebih teruk sekali...
mula-mula jadi rakan fbku beri komentar
lepas itu terus senyap aku tak tahu kenapa jadi begitu
jadi aku mengambil keputusan
mencari rakan fb yang lain
tapi dalam hati tiada niat untuk memutuskan talisiraturrahim
nauzubillah jika aku ada niat begitu...
Moga Allah ampunkan aku
dan yang pernah menjadi rakan fbku maafkan aku
percayalah di hati ini kalian masih lagi kukasihi kusayangi
kita bertalisiraturrahim sampai mati sampai kubur
In Shaa Allah sampai Syurga...
Kita cuma terpisah kasih terdinding di dindingkan oleh
bayu mega senja alam maya
tapi hati kita tetap berkasih sayang bersaudara seislam
sepertimana yang Allah mahukan ...percayalah...
Moga kuharapkan dari kalian tolong doakan aku di balik
dinding bayu mega senja alammaya agar aku
berjaya mencapai cita-citaku dalam bidang sastra yang kuminati ini
Sekian Salam Sejuta Kemaafan
Salam Ramadhan
Moga Ramadhan kita Allah terima sebagai bekalan kita di negeri Abadi AAmiin.
Rakan pujanggamu yang mahukan ketenangan jiwa,
Ratu Rimba Niagara,
27 Syaaban 1434H
6 Julai 2013M


Ratu Rimba Niagara
JANJI-MU PASTI KARNA ITU HANYA ENGKAU SAJALAH TEMPAT
KUSANDARKAN HARAPAN!
Ketika aku menyeberangi sungai
batu kerikil yang kupijak nggak pun simpati denganku
karna aku tak mampu membeli sepatu untuk alas kakiku
Kuteruskan perjalanan tanpa sepatu tuk menyeberangi sungai
yang jauhnya cuma dalam imaginasiku
Sepanjang perjalanan tanpa sepatu
aku tinggalkan tapak kaki berdarah
Sepanjangan perjalanan ke sungai
sakit emangnya sakit tak terperi
di tahankan juga
Semak samun berduri terpaksa kuredah
tanpa ehsan melukakankan seluruh tubuhku
ku pertahankan juga demi menuju ke sungai
Sesudah itu terlalu banyak persimpangan
hingga aku tak tahu mana satukah persimpangan
yang boleh sampai ke sungai yang hendak di tuju
Semua persimpangan mengajakku melalui simpangnya
karna simpang mereka itulah yang benar untuk sampai ke sungai
setiap persimpangan yang menjanjikan akan berjaya sampai ke sungai
aku ikut persimpangan itu karena percaya dengan janjinya
tapi janji tinggal janji semuanya janji palsu
tiada pun sungai yang kutemui
bila aku keluar balik dari persimpangan yang menipu itu
persimpangan itu ketawakan aku
"Aku cuma menabur janji kosong dengan kamu....karna
hidupku memang suka berjanji kosong ...walaupun dunia tahu aku yang menepati janji"
"Ketawalah kau dengan janji palsu mu itu...aku pasti satu saat nanti kau akan rasain
apa yang aku rasa ...betapa harap dan kecewanya jika janji tidak ditepati....dasar...
sebenarnya kau bukan petunjuk jalan untuk kusandarkan harapan demi masa hadapan...aku boleh menghadapi masalah tapi aku tak tega berhadapan dengan masalah orang seperti kamu yang lupa akan janji yang tak tepati janji....dan aku tak perlukan orang-orang seperti kamu lagi karna kepercayaan aku telah hilang padamu....
makanya menepi kamu! mundur kamu! dalam hidupku...namamu telah kupadam dalam senarai perjuanganku untuk pergi ke sungai itu...aku tak kisah mereka bilang
aku kesendiriaan berjuang daripada berjuang dengan mereka yang tak jujur dalam menunjukkan jalan dan tak tepati janji ...."
Sekarang aku teruskan perjalanan tanpa siapa-siapa lagi...bagiku
aku tak perlu lagi menangis di hadapan mereka , merayu-rayu kepada manusia mohon simpati agar membantu aku menunjukkan sungai yang hendak dituju lagi aku menangis di hadapan mereka
lagi hatinya keras tanpa ehsan sedikit pun
lebih baik aku tetap senyum biarpun hatiku terluka parah
Air mataku ini hanya untuk Allah Azzawajallah yang menduga aku begini hebat DIA duga aku tanda DIA cintakan aku
DIA duga aku mengikut kemampuan aku menghadapi ujian-Nya
Makanya aku yakin aku pasti jumpa sungai yang hendak di tuju itu
Tuhanku bila DIA berjanji pasti ditepati
Akan tiba saatnya nanti aku akan tiba bertemu sungai yang di tuju
Karna matlamatku satu mahu meraih cinta-Nya
menjadi kekuatanku menuju ke sungai
biarpun telah ribuan kesan tapak kaki berdarah kutinggalkan
mereka melihat kesan tapak kaki berdarah ku semuanya
tak dapat membantuku malah cukup mengatakan ,"kasihan dia"
Aku pun tak perlu kasihannya orang
daripada orang-orang yang hanya mementingkan diri sendiri
yang berkata seiring hati
hatinya tetap membatu terdinding
didindingkan bayu mega senja alammaya...
Tanpa kusadar...
rupanya aku hampir sampai ke sungai
yang selama ini begitu perih ...perit aku mencarinya....
sampai di sungai aku medadah tangan
"SYUKUR YA ALLAH DENGAN IZIN-MU KAU TEMUKAN AKU SUNGAI
YANG KUCARI SELAMA INI.. WALAUPUN DALAM KEADAAN SERBA
MENCABAR....KESABARANKU UNTUK BERTEMUNYA....KARNA AKU
YAKIN JANJI-MU ADALAH PASTI...MAKANYA BERTEMULAH AKU
SUNGAI NAN INDAH INI ....AIR NYA TENANG SETENANG AIR DI KALI SYURGA."
Karya Ratu Rimba Niagara
26 Syaaban 1434H
5 July 2013


PETIKAN PERPUSTAKAAN ALAM MAYA RATU RIMBA NIAGARA.
25 Sya'ban 1439H
12 Mei 2018

0 comments:

Post a Comment

 
;