Sunday, 6 May 2018

BUDI DISEMAI BAKTI DITUAI (92) KUASA RAKYAT SEBAGAI PENENTU


BUDI DISEMAI BAKTI DITUAI (92) KUASA RAKYAT SEBAGAI PENENTU

SELAMATMENGUNDI PAKATAN HARAPAN BUAT SEMUA PERAJURIT MALAYSIA TERCINTA!

Siapa lagi nak bela negara kita melainkan tentera di barisan hadapan!

Inilah barisan kita
Yang ikhlas berjuang
Bersama PAKATAN HARAPAN memenuhi hasrat rakyat
Mencapai satu cita-cita 
Untuk mengekalkan kemerdekaan Malaysia tercinta!
Sekali merdeka! Merdeka selamanya!
Rakyat dan tentera berpisah tiada!
Tabik hormat kepada semua perajurit yang memilih PAKATAN HARAPAN!

'HARAPAN SENTIASA ADA DI TANGAN RAKYAT YANG CINTAKAN NEGARA!' 

Karya Ratu Rimba Niagara,
20 Syaaban 1439H
5 Mei 2018
(PRU 14 MENGUBAH GELOMBANG RAKYAT KE PAKATAN HARAPAN)
Uruskan


Pasukan Tentera sah bebas undi Pakatan HARAPAN!
Pasukan Tentera sah bebas undi Pakatan HARAPAN!

Foto Tak Nak BN.
Komen
Ratu Rimba Niagara Siapa lagi nak bela negara kita melainkan tentera di barisan hadapan!
Inilah barisan kita
Yang ikhlas berjuang
Bersama PAKATAN HARAPAN memenuhi hasrat rakyat
Mencapai satu cita-cita 
Untuk mengekalkan kemerdekaan Malaysia tercinta!
Sekali merdeka! Merdeka selamanya!
Rakyat dan tentera berpisah tiada!
Tabik hormat kepada semua perajurit yang memilih PH...

Jumpa saya malam ini di Padang Bola Sepak AU2, Taman Keramat, Hulu Klang malam ini.
.
Sebarkan kepada semua.
Komen
Ratu Rimba Niagara Moga penyatuan parti yang indah ini tetap bergabung untuk menerajui pemerintahan Rakyat Malaysia bersama memajukan rakyat dan Malaysia tercinta. Jangan setelah menang berpecah belah atas kepentingan kaum sendiri,'Bersumpahlah kesetiaan di bawah 1 parti PAKATAN HARAPAN bersatu dan setia selamanya demi kerana rakyat Malaysia dan negaraku yang tercinta! Insya- Allah Malaysia sudah pastinya menuju kecemerlangan aman damai hingga ke anak cucu. Aamiin.

SukaTunjukkan lagi reaksi
Komen
Jumpa saya malam ini di Padang Bola Sepak AU2, Taman Keramat, Hulu Klang malam ini.
.
Sebarkan kepada semua.
Jumpa saya malam ini di Padang Bola Sepak AU2, Taman Keramat, Hulu Kelang.
.
Sebarkan kepada semua.
SukaTunjukkan lagi reaksi
Komen
23 Komen
Komen
Ratu Rimba Niagara HARAPAN SENTIASA ADA UNTUK KITA SEMUA RAKYAT MALAYSIA DENGAN MEMILIH PAKATAN HARAPAN!
Uruskan
SukaTunjukkan lagi reaksi
Balasan10m
Ratu Rimba Niagara Rakyatlah yang memberi kuasa kepada pemimpin
justeru bila menang pemimpin jangan seperti kacang lupakan kulit
kotakan segala janji kepada rakyat 

memenuhi segala harapan rakyat
termasuk memartabatkan SASTERA RAKYAT DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT kerana perjuanganmu SASTERAKU.

RAKYATLAH KING OF THE KING!
Uruskan
SukaTunjukkan lagi reaksi
Balasan4m
Ratu Rimba Niagara Kura-kura dalam perahu,
Pura-pura buat tak tahu,
Tak lama lagi PRU,

Kuasa Rakyat sebagai penentu.

RAKYATLAH KING OF THE KING!


Bila datang musim pilihanraya ni, mesti korang akan jumpa macam-macam ragam orang yang pergi mengundi.
Tapi tak kisahlah macam mana pun ragamnya, janji korang jalankan tanggungjawab untuk mengundi!
-1:32
Jumpa saya malam ini di Padang Bola Sepak AU2, Taman Keramat, Hulu Klang malam ini.
.
Sebarkan kepada semua.
Komen
Ratu Rimba Niagara RAKYATLAH KING OF THE KING!
Uruskan
Balasan1m
Ratu Rimba Niagara Rakyatlah yang memberi kuasa kepada pemimpin
justeru bila menang pemimpin jangan seperti kacang lupakan kulit
kotakan segala janji kepada rakyat 
memenuhi segala harapan rakyat
termasuk memartabatkan SASTERA RAKYAT DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT kerana perjuanganmu SASTERAKU.

RAKYATLAH KING OF THE KING!
Ratu Rimba Niagara Kura-kura dalam perahu,
Pura-pura buat tak tahu,
Tak lama lagi PRU,
Kuasa Rakyat sebagai penentu.

RAKYATLAH KING OF THE KING!


SAJAK UNTUK TUN M

Tun M...

apa yang terbuku di hatimu
kami seluruh rakyat Malaysia faham
betapa kau rela korbankan dirimu
demi kerana sayangkan rakyat dan negara

Tun M...
walaupun usiamu melewati senja
kau tetap bersemangat seperti seorang wira
walaupun kudratmu tinggal hanya sisa-sisa
kau terus kuat 
sedangkan jiwamu terseksa
luka yang terlalu dalam
kau bebat lukamu sendiri
agar sentiasa kuat demi rakyat 
yang kau kasihi sepenuh jiwa ragamu

Tun M...
kau ketepikan segala kepentingan sendiri
sedangkan kau boleh saja beristirahat bersama isteri tercinta
yang lebih menyayat hati
kau mengaku kesilapanmu
memohon maaf kepada semua kawan-kawan seperjuanganmu
dan seluruh rakyat Malaysia
air matamu tertumpah di hati kami

Tun M...
kerana kerendahan hatimu
kami seluruh rakyat Malaysia
bangkit bersama citamu
untuk menebus segala kekhilafan yang dilakukan
pemimpin terkini...
inilah masanya kita hidupkan 
gelombang rakyat
dengan memberi kemenangan kepada PAKATAN HARAPAN

Tun M...
senyumlah...
gerhana di hatimu 
kami balas dengan pelangi indah
seindah pelangi di malam hari
senyummu dan senyum seluruh rakyat Malaysia 
terpatri hingga ke Syurga
insya-Allah Aamiin

Karya Ratu Rimba Niagara
19 Syaaban 1439H
4 Mei 2018
(Sajak dikarangkan istimewa untuk Tun M yang dikasihi dunia akhirat)
Uruskan
SukaTunjukkan lagi reaksi
Balasan1hari
SukaTunjukkan lagi reaksi
Balasan1hari
Ratu Rimba Niagara Nurmawati Zaman tangisanmu tangisanku jua mewakili tangisan seluruh rakyat malaysia yang sayangkan tun m dan negara tercinta.
Uruskan
SukaTunjukkan lagi reaksi
Balasan1hari
Nurmawati Zaman Rabeah , glad to know you thru fb. Mungkin Allah nak kita berjumpa melalui Tun. Syg sangat kat ayahnda Tun😢😢😢May Allah bless him😍
Uruskan
SukaTunjukkan lagi reaksi
Balasan9j
SukaTunjukkan lagi reaksi
Balasan7j
Mat Sharif Ismail Kasihan ayahnda Tun. Agaknya dah berapa lama tak cukup tidur dan tak ade rehat. Dalam usia sebegini pun masih cergas ke merata tempat untuk membela rakyat dan melepaskan Malaysia dari cengkaman penjajah alaf baru hasil ciptaan MO1 sendiri. Rasanya orang muda pun tak sehebat tuu. Semuga ayahnda Tun M dalam pemeliharaan Allah dan kemenangan berpihak pada ayahnda. Saya di pihak Tun M.

PAKATAN HARAPAN MENYATUKAN SEMUA KAUM DI MALAYSIA!
Ratu Rimba Niagara17:31 Alangkah indahnya jika 3 kaum bersatu hati untuk bersama kongsi kuasa tanpa ada rasa iri hati , sifat perkauman tiada langsung wujud di hati semua rakyat Malaysia, Tahniah PH!
Kenny TeohSaudari Rabeah,

Tq for your kind words.

Sebenarnya utk kaum Cina, kami lebih suka berniaga daripada menyertai politik. Sebab tu saudari boleh nampak majoriti kedai2 yang dibuka adalah perniagaan kaum tiong hua. Yang join politik tu pun tak seramai yg bukak bisnes. 
Hakikatnya, kami masyarakat cina tak berkira banyak sangatlah siapa yg jadi wakil kami dalam kerajaan. Kami berpuas hati kalau wakil tersebut boleh mewakili SEMUA rakyat Malaysia.

Hari tu DSN kata cina kena undi BN baru ada perwakilan dalam kerajaan. Bagi kami lah... kalau sesuatu kerajaan itu kena ada perwakilan daripada kaum tersebut baru dapat menjaga hal ehwal kaum itu, maka itu bukanlah kerajaan yg bagus.

Anyway, this is just my personal opinion lah. Take care and God bless!  

Salam.


Kenny Teoh terima kasih atas komen yang mantap sejujurnya sis dapat merasai keakraban kaum dalam suasana muhibbah sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sekolah kami melayu disatukan dengan sekolah cina ketika itu kami saling berkenalan jalan beriringan bersama sambil gelak ketawa terasa muhibbah yang terlalu indah tiada rasa perkauman kaum yang ada saling sayang dan menghormati bila PAKATAN HARAPAN dapat bergabung terasa kenangan indah semasa sekolah dulu berulang kembali.



www

Layari website ini untuk nyatakan sokongan anda kepada Pakatan Harapan.
KLIK di sini 👉🏼 https://www.sayasokongph.my dan berdiri teguh bersama Pakatan Harapan pada 9 Mei 2018.


Bersama-sama kita membina negara, memenuhi harapan
SAYASOKONGPH.MY

SukaTunjukkan lagi reaksi
Komen
Komen
SAJAK UNTUK TUN M

Tun M...

apa yang terbuku di hatimu
kami seluruh rakyat Malaysia faham
betapa kau rela korbankan dirimu
demi kerana sayangkan rakyat dan negara

Tun M...
walaupun usiamu melewati senja
kau tetap bersemangat seperti seorang wira
walaupun kudratmu tinggal hanya sisa-sisa
kau terus kuat 
sedangkan jiwamu terseksa
luka yang terlalu dalam
kau bebat lukamu sendiri
agar sentiasa kuat demi rakyat 
yang kau kasihi sepenuh jiwa ragamu

Tun M...
kau ketepikan segala kepentingan sendiri
sedangkan kau boleh saja beristirahat bersama isteri tercinta
yang lebih menyayat hati
kau mengaku kesilapanmu
memohon maaf kepada semua kawan-kawan seperjuanganmu
dan seluruh rakyat Malaysia
air matamu tertumpah di hati kami

Tun M...
kerana kerendahan hatimu
kami seluruh rakyat Malaysia
bangkit bersama citamu
untuk menebus segala kekhilafan yang dilakukan
pemimpin terkini...
inilah masanya kita hidupkan 
gelombang rakyat
dengan memberi kemenangan kepada PAKATAN HARAPAN

Tun M...
senyumlah...
gerhana di hatimu 
kami balas dengan pelangi indah
seindah pelangi di malam hari
senyummu dan senyum seluruh rakyat Malaysia 
terpatri hingga ke Syurga
insya-Allah Aamiin

Karya Ratu Rimba Niagara
19 Syaaban 1439H
4 Mei 2018
(Sajak dikarangkan istimewa untuk Tun M yang dikasihi dunia akhirat)


PAKATAN HARAPAN!
ada peluang
ada harapan
suara rakyat
tak disepikan
akan digemakan
oleh semua pemimpin Pakatan Harapan
untuk memenuhi segala harapan rakyat!
'TELUS ADIL PENYAYANG'
Karya Ratu Rimba Niagara
6 Mei 2018


Kami seluruh rakyat Malaysia sayang Tun M dan mahukan Tun M menjadi Perdana Menteri Ke - 7 setuju tak rakyat Malaysia?

Inilah yang diimpikan oleh semua rakyat Malaysia apabila semua pemimpin boleh bersatu hati dalam PAKATAN HARAPAN! tabik spring untuk semua!

Lihat saja senyuman Tun M terus rasa sayangkan Malaysia! Moga Tun M sihat dan dipanjangkan umur untuk bersama memerintah negara ini dengan adil dan saksama! Aamiin.

Pertahankan warisan anak cucu, pertahankan negara dan pertahankan PAKATAN HARAPAN!

Tun M lambang pemimpin sejati pilihan hati rakyat Malaysia!


Inilah yang dicita-citakan oleh Tunku Abdul Rahman kepada semua rakyat Malaysia bersatu hati untuk terus mengekalkan kemerdekaan!



SEPAKAT MENGUNDI PAKATAN HARAPAN!
ANDA TAK AKAN MENYESAL MEMBUAT PILIHAN YANG TEPAT!


MALAYSIA KITA PUNYA KITALAH YANG MEMENUHI HARAPANNYA!


PAKATAN HARAPAN ADA HARAPAN MENANG SELAGI RAKYAT MALAYSIA BERSATU HATI DAN BERANI MEMANGKAH PAKATAN HARAPAN!

Penyatuan semua kaum dalam Parti PAKATAN HARAPAN, saya dapat merasai keakraban kaum dalam suasana muhibbah sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sekolah kami melayu disatukan dgn sekolah cina ketika itu kami saling berkenalan jalan beriringan bersama sambil gelak ketawa terasa muhibbah yang terlalu indah tiada rasa perkauman kaum yang ada saling sayang dan menghormati! bila semua pemimpin dan rakyat PAKATAN HARAPAN dapat bergabung terasa kenangan dulu berulang kembali. Tahniah!
demi negara dan anak cucu tercinta PAKATAN HARAPAN MESTI MENANG! kerana yang memberi kuasa kepada pemimpin adalah rakyat! Rakyat penentu masa depan negara dan seluruh rakyat Malaysia tercinta!


Andai PAKATAN HARAPAN menang sekalipun brim tidak diteruskan tidak mengapa asalkan
GST dihapuskan, harga petrol dikawal, tol dikurangkan, pelajar IPTA/IPTS diberikan biasiswa,
semua usahawan diberi sokongan dan bantuan (bukan sahaja kerajaan menyokong tetapi usahawan yang berjaya membantu usahawan yang tidak berjaya) Bila ekonomi rakyat naik dengan sokongan kerajaan pasti rakyat yang telah berjaya secara tidak langsung dapat membantu kerajaan.
Mari kita sama-sama selamatkan negara dan selamatkan semua rakyat Malaysia tanpa terkecuali!
PAKATAN HARAPAN mesti menang! Siapa sokonga like ok!

Hal yang paling membanggakan adalah ketika mencapai sesuatu yang menurut orang lain tidak mungkin. Pegang terus Impianmu jangan biarkan si pencuri impian mengambilnya.



SYAIR BAPA KEMERDEKAAN TUNKU ABDUL RAHMAN
Tersebutlah kisah seorang putera,
Tunku Abdul Rahman diberi nama;
Dikasihi semua rakyat jelata,
Baik budinya tidak terkira.
Menyayangi rakyat sepenuh hati,
Perjuangannya tidak pernah terhenti;
Diteruskan oleh pemimpin terkini,
Cintakan perjuangan tidak bertepi.
Sokongan rakyat Tunku gembira,
Rela berkorban harta dan nyawa;
Demi kerana negara tercinta,
Asalkan rakyat hidup bahagia.
Bersama Tun Razak Tunku ke London,
Untuk bincangkan tentang kemerdekaan;
Penat dan lelah tidak dihiraukan,
Asalkan pulang membawa kejayaan.
Tanggal 31 Ogos 1957 diumumkan kemerdekaan,
Disambut penuh dengan kegembiraan;
Ribuan rakyat ceria bersorakkan,
Tersenyum Tunku tanda kepuasan.
Tunku laungkan merdeka penuh membara,
Rakyat menyambut laungan membara-bara;
Demi kerana negara merdeka,
Untuk diwarisi rakyat jelata.
Kemerdekaan dituntut bukannya mudah,
Penuh dengan penat dan lelah;
Walaupun tiada pertumpahan darah,
Agar generasi dapat berteduh.
Pemimpin dan rakyat harus bersatu,
Pertahankan negara tanpa jemu;
Rakyat aman sudahlah tentu,
Generasi mendatang mendapat restu.
Tanpa diduga komunis bertandang,
Menceroboh masuk terus meradang;
Tunku memikir merasa bimbang,
Keselamatan negara tidak tergoyang.
Tunku berbincang secara aman,
Dengan Chin Peng membuat keputusan;
Komunis berundur dengan aman,
Terima kasih Tunku Abdul Rahman.
Jepun menyerang ke negara kita,
Ingin berkuasa merebut tahta;
Kekejaman Jepun rakyat sengsara,
Makan dan minum berair mata.
Sana sini mayat bergelimpangan,
Jepun mengganas tanpa kemanusiaan;
Asalkan hati penuh kepuasan,
Kerana hati bertuhankan syaitan.
Para perajurit ramai terkorban,
Mempertahankan negara habis-habisan;
Nyawa di badan jadi taruhan,
Asalkan negara menjadi aman.
Perajurit dibantu tentera Inggeris,
Jepun terus bermuka bengis;
Berlawan mereka terus menerus,
Gugurnya perajurit terus ditangis.
Pergilah perajuritku dengan aman,
Perjuanganmu menjadi kenangan;
Kau gugur dalam kemenangan,
Kuingat dikau di tugu kepahlawanan.
Jepun mengalah lalu berundur,
Hiroshima dan Nagasaki bom digugur;
Sudah terlambat Jepun nak sedar,
Rakyat mereka ramai yang gugur.
Tunku hargai jasa perwira,
Pertahankan negara ke hujung nyawa;
Rakyat juga amat berbangga,
Kerana jasamu rakyat terbela.
Tunku memerintah penuh berhati,
Rakyat hidup bersatu hati;
Ke mana pergi Tunku dihormati,
Pengorbanamu Tunku terus diingati.
Sekian sahaja kisah Bapa Kemerdekaan,
Memerdekakan negara demi keamanan;
Agar generasi turut pertahankan,
Menjadi warisan sejak berzaman.
Karya Ratu Rimba Niagara
31 Ogos 2011




MALAYSIA TANAH AIR IBU PERTIWI

Jangan berpayung di bawah mentari,
Jika tak berani memijak bara di bumi;
Hang Tuah rela korbankan diri sendiri,
Demi syahidnya ke jalan Ilahi.

Berpantang maut sebelum ajal,
Itu prinsip Hang Jebat Hang Tuah;
Hang Tuah Hang Jebat rela berdepan ajal,
Asalkan Ibu Pertiwi tidak dijajah.

Ayuh pahlawan melayu bersiap siaga,
Menentang musuh durjana;
Di mana-mana musuh durjana,
Menunggu masa merampas kuasa.

Jangan leka dan lalai,
Duhai semua pahlawan Negara;
Kerana musuh tak pernah lalai,
Sentiasa mencari peluang memerintah Negara.

Negara ini kita yang punya,
Moyang kita tinggalkan untuk kita;
Tak semudah itu mereka nak ambilnya,
Langkah mayatku dulu sebelum niatmu bermula.

Biarpun bumi Malaysia ini bermandikan darah,
Akan kutuntut biarpun seinci tanah moyangku;
Di seluruh benua ini akan kurenciskan tinta berdarah,
Agar mereka tahu betapa aku cinta tanah airku.

Sudah lama aku berhidup di dunia ini,
Tiada apa semai baktiku pada Negara tercinta;
Akan kuperah perahkan otakku ini,
Meniupkan bara api perjuangan wira tercinta.

Perjuangan ini sentiasa membara di hatiku,
Biarpun seluruh pendekar tak menyokongku;
Berjuanglah dikau dengan keperkasaanmu,
Siapalah aku dibandingkan kepahlawananmu.

Cuma harapanku satu,
Jangan kau lupa pesan Hang Tuah;
Melayu itu cuma satu,
Tak akan hilang melayu di bumi bertuah.

Marilah kita bersatu demi kepentingan melayu,
Marilah bersatu hati demi tuntutan Islam;
Berkongsi kuasalah demi anak cucu melayu,
Kerana begitu indahnya Islam.

Kura-kura dalam perahu,
Pura-pura buat tak tahu;
Sudah saat tibanya PRU,
Kuasa rakyat sebagai penentu.

Malaysia ini negara demokrasi,
Sentiasa akur pilihan rakyat;
Dari dulu hingga sekarang tak pernah basi,
Yang menentukan kuasa adalah rakyat.

Makanya pemimpin jangan mudah lupa,
Bila berjanji mesti ditepati;
Munafik jika janji sengaja dilupa,
Jika janji tinggal janji akan makan diri sendiri.

Semua parti hendak menang ,
Menteri turun padang menambat hati rakyat;
Jika hari-hari begini parti mesti menang,
Sudah menang jangan lupakan rakyat.

Rakyat punyai impian pada pemimpin,
Mahukan pemimpin mencemerlangkan rakyat;
Negara maju dalam pembangunan,
Menjadi wadah perjuangan rakyat.

Pemimpin Malaysia dipilih olah rakyat,
Kuasa rakyat yang menentukan pemimpin;
Makanya pemimpin mesti utamakan rakyat,
Kepentingan rakyat adalah perjuangan pemimpin.

Rakyat mahukan pemimpin ikhlas berjuang,
Membela nasib rakyat agar anak cucu tak merana;
Makanya rakyat tidak begitu sewenang-wenang,
Memberi kuasa pemimpin niat memusnahkannya.

Rakyat rela pertaruhkan nyawa demi negara,
Pemimpin juga sayangkan negara tercinta;
Perwira benteng pertahanan negara,
Semuanya kerana anak cucu tercinta.

Kepercayaan kepada Tuhan rukun Negara pertama,
Kesetiaan kepada raja dan Negara rukun kedua;
Semuanya bermatlamat yang sama,
Mahukan Malaysia aman damai selamanya.

Semoga Malaysia sentiasa diberkatiNya,
Diperintah Raja yang ihsan pada rakyatnya;
Dikuasai pemimpin berhati semurni Syurga,
Rakyat bersatu merelitikan impian anak cucu tercinta.

Karya Ratu Rimba Niagara
20 April 2013
(Puisi diilhamkan istimewa untuk Raja, Pemimpin, Pahlawan, Seluruh Rakyat Malaysia dan Anak Cucu Tercinta!)





SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA TERCINTA!

Salam Kemerdekaan Untuk Negaraku Tercinta,
Kibaran Jalur Gemilangmu tak jemu berkibar;
Tersenyum megah penuh bangga,
Kukagumi semangatmu sentiasa berkobar-kobar.

Kau tak pernah erti kalah,
Apa pun dugaan kau hadapi dengan tabah;
Di mana pun berada kau berkibar megah,
Demi mengekalkan kibaranmu rakyat harus berubah.

Berubah untuk memikirkan kepentingan negara,
Keamanan dan keharmonian matlamat utama;
Semangat rakyatnya terus membara-bara,
Menjadikan realiti impian 1Malaysia.

Salam Ramadhan untuk Datuk Seri,
Semoga puasa membawa keberkatan;
Jasamu sentiasa mewangi di hati,
Dulu hingga kini masih teruskan perjuangan.

Justeru rakyat Malaysia patut berbangga,
Mempunyai pemimpin yang tak pernah jemu,
Membela nasib rakyat di mana saja berada,
1Malaysia menjadi kenyataan itu yang dimahu.

1Malaysia menjadi kenyataan itu yang dimahu,
Rakyat Malaysia bersatu aman damai;
Negara aman rakyatnya pelbagai kaum bersatu,
Bersatu hati mengharmoniskan Malaysiaku ini.

Bersatu hati mengharmoniskan Malaysiaku ini,
Antara pemimpin dan rakyat sentiasa menghormati;
Sehati senada sejiwa saling memahami,
Akan terpancarlah kegembiraan di hati Datuk Seri.

Akan terpancarlah kegembiraan di hati Datuk Seri,
Rakyat Malaysia sentiasa bersatu hati:
Berkorban apa saja demi Malaysiaku ini,
Bahagia rakyat Malaysia aman dan damai.

Bahagia rakyat Malaysia aman dan damai,
Tiada berburuk sangka sesama sendiri;
Yang difikirkan keamanan negara ini,
Kemerdekaan Malaysia akan sentiasa dikecapi.

Kemendekaan Malaysia akan sentiasa dikecapi,
Andai rakyatnya saling sanggup berkorban;
Mempertahankan negara biarpun tsunami datang membadai,
Makanya Malaysiaku merdeka sentiasa berkekalan.

Malaysiaku kekal merdeka selamanya,
Barulah tenang roh Bapa Kemerdekaanku;
Bersyukur pemimpin dan rakyatnya,
Kemuliaan Jalur Gemilang sentiasa di hatiku.

Kemuliaan Jalur Gemilang sentiasa di hatiku,
Ingin kuajak rakyat Malaysia menghargainya;
Teringat dengan keperitan perjuangan Tunku,
Mendapatkan Kemerdekaan Negaraku yang tercinta.

Selamat
 Menyambut Hari KeLahiran,
Buat Negaraku Malaysia tercinta:
Kumengerti keperitanmu mengharungi perjuangan,
Sabarlah kesetiaanmu kami hargai sentiasa.

Sambutan Kelahiranmu Yang Ke-60 ini kuberjanji,
Bersumpah setia mengekalkan kerharmonianmu,
Moga kau tidak akan disakiti lagi,
Oleh musuh durjana ingin menjatuhkanmu.

Salam Kemerdekaan Buat Negaraku yang dicintai,
Moga kau sentiasa gembira selalu;
Kesetiaanmu sentiasa kami sanjungi,
Berkibarlah dengan megah serta bangga tanpa jemu.

Karya Ratu Rimba Niagara.
31 Ogos 2017
(Diilhamkan Bersempena Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia Ke - 60)




DI SINI TANAH TUMPAH DARAHKU!
di sini tanah tumpah darahku
tak akan kubiarkan
biarpun seinci diceroboh musuh durjana
akan aku pertahankan
biarpun nyawaku jadi taruhan
di sini tanah tumpah darahku
cintaku pada ibu pertiwi
setulus cinta tanpa ada pendustaan cinta
tak akan kubiarkan ibu pertiwiku
dizalimi oleh mana-mana musuh durjana
siapa yang berani menentang
akan aku tentang
akan aku lawan
biarpun nyawa jadi taruhan
di sini tanah tumpah darahku
demi ibu pertiwi
aku rela dihujani peluru
bermandikan darah
asalkan ibu pertiwiku aman sejahtera
daripada segala ancaman musuh durjana
di sini tanah tumpah darahku
Angkatan Tentera Darat Malaysia
sentiasa bersiap siaga
mempertahankan ibu pertiwi
kami tak takut mati bila berada di medan juang
kami berjuang...berjuang...berjuang…
hingga ke titisan darah terakhir
berundur di medan juang tidak sama sekali!
sekali melangkah ...langkah kami adalah langkah seorang pejuang
Duhai rakyat Malaysia di luar sana
jangan bimbang
jangan takut
keselamatan negara masih terkawal
Angkatan Tentera Malaysia
sentiasa berjaga-jaga dan memantau
di setiap inci bumi Malaysia
musuh datang kami tentang
kami lawan
kami perang habis-habisan
kami tak takut mati bila berada di medan perang
kami pasukan tentera yang berani mati
demi kerana Agama Bangsa dan Negara
Kami Angkatan Tentera Malaysia
semuanya terlatih mahir dalam berperang
kami dilatih untuk berani mati
tak akan ada rasa gentar bila berhadapan musuh
semangat kami sentiasa bergelora menghapuskan
musuh durjana!
andai kami gugur di medan juang
taburkan bunga-bunga ibu pertiwi
kirimi doa restu
agar kami aman di Sana
Duhai musuh durjana
jangan kamu fikir kami relakan negara kami dijajah olehmu
ketahuilah kamu
sekali benderaku berkibar dengan laungan
Merdeka!Merdeka!Merdeka!
selamanya kekal merdeka
tak akan siapa berani menurunkan
atau mengantikan bendera lain
jika kamu berani silakan
Angkatan Tentera Malaysia
tak akan biarkan!
sekalipun bumi Malaysia ini
bermandikan lautan darah
tak akan kami biarkan!
akan kami perjuangkan hingga
ke titisan darah terakhir
kami pertahankan bukan untuk kepentingan kami
semuanya demi Agama, Bangsa dan Negara
maka bila-bila masa sentiasa bersiap siaga
sentiasa bersedia berada di medan juang
kami mahu mati dalam perjuangan
perjuangan demi cintakanNya
matlamat kami mati syahid di medan perang
moga Allah makbulkan doa kami
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin
Karya Ratu Rimba Niagara
6 Syawal 1434H
13 Ogos 2013






SYAIR DEMI MALAYSIA TERCINTA
Tersebutlah kisah suatu cerita,
Malaysia negaraku yang tercinta;
Rakyat pelbagai kaum hidup bersama,
Merealisasikan impian demi Negara.
Saling menghormati bersatu hati,
Tolong menolong amalan murni;
Tiada rasa berdengki hati,
Semua kerana Malaysia dicintai.
Melayu Cina India dalam perpaduan,
Bersatu hati merealisasi impian;
Berganding bahu bersama kerajaan,
Jadi realiti Negara berperlembagaan.
Jika Negara kucar kacir,
Nasib rakyat sentiasa tercicir;
Kerajaan dibina menjadi hancur,
Angkara rakyat selalu engkar.
Ingatlah peristiwa 13 Mei,
Rusuhan kaum sentiasa diingati;
Berpadulah demi Malaysia disayangi,
Agar 13 Mei tidak berulang kembali.
Kalau diingat perjuangan Tunku,
Perjuangannya tak pernah jemu;
Kemerdekaan dicapai gembiranya Tunku,
Biarpun mengharungi perjuangan berliku.
Tunku Abdul Rahman seorang bijaksana,
Menuntut kemerdekaan gunakan minda;
Bijak berkomunikasi terpegunnya mereka,
Mereka istiharkan Malaysia Merdeka.
Begitu juga berbincang dengan komunis,
Tunku bincang dengan cara harmonis;
Hinggakan mengalah ketua komunis,
Menjadi legenda kenangan manis.
Pemimpin berjiwa rakyat itu yang dimahu,
Biarpun lama rakyat menunggu;
Sabar menunggu tak pernah jemu,
Asalkan pembelaan rakyat tertunai itu dimahu
Bukan tak ada pemimpin berjiwa rakyat,
Sentiasa ikhlas mengurus masyarakat;
Jiwa kental sentiasa muafakat,
Berkorban apa saja demi rakyat.
Rakyat susah pemimpin ambil peduli,
Pemimpin bersara rakyat hargai;
Rakyat dan pemimpin bersatu hati,
Barulah aman Negara ini.
Rakyat dan pemimpin seia sekata,
Apa masalah rakyat dikongsi bersama;
Masalah diatasi dengan bijaksana,
Barulah rakyat dan pemimpin boleh bekerjasama.
Kesusahan rakyat masalah pemimpin,
Selagi tak selesai pemimpin fikirkan;
Sanggup berpening memikirkan,
Asalkan masalah rakyat dapat diselesaikan.
Permintaan rakyat untuk rakyat,
Pemimpin usulkan di Dewan Rakyat;
Didengari semua wakil Rakyat,
Apabila tertunai sukanya rakyat.
Rakyat Malaysia harus bersatu,
Demi kerana Malaysia yang satu;
Negara aman berkat bersatu,
Syukur generasi kini dan terdahulu.
Sama-sama merealisasikan impian,
Majunya Malaysia dalam pemodenan;
Semua rakyat saling memahami dalam perpaduan,
Demi kerana Malaysia mencapai kecemerlangan.
Karya Ratu Rimba Niagara
13 Mei 2011
" Petikan Buku, 'Gema Puisi SEKALI MERDEKA! MERDEKA SELAMANYA!"
Setebal 320 muka surat berminat email raturimbaniagara2014@gmail.com
atau whatsapp 017 2559582   (Cetakan terhad pat... pat nye...nye siapa cepat dia punya....hihihi menulis kerana cintakan negara dan rakyat Malaysia tercinta)



Belum menang berebut kerusi dah menang pemimpin hilang entah ke mana hilang bersama janji kepada rakyat! Moga pemimpin PAKATAN HARAPAN tak begitu!



SASTERA RAKYAT DIMARTABATKAN PARA PEMIMPIN PAKATAN HARAPAN UNTUK MEMENUHI SEGALA HARAPAN RAKYAT DAN MENGOTAKAN SEGALA YANG TELAH DIJANJIKAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA APABILA MENANG NANTI! PEMIMPIN DAN RAKYAT BERPISAH TIADA!



Rakyat bersusah payah mengundi Pemimpin PH tapi bila menang berubah hati lupakan rakyat dan lupakan segala janji hanya tinggal janji jika itu terjadi....pastinya rakyat tidak akan dapat maafkan sampai bila-bila!


Siapa yang hendak menjadi pemimpin bererti dia telah bersedia utnuk menjadi hamba kepada rakyat bukan jalan untuk mengumpulkan aset sendiri!


Setelah menang tetap bersatu hati jangan setelah menang saling berebut kuasa agar senang mengumpul aset sendiri kerana ini lah dunia politik yang mulanya murni akhirnya musnah gara-gara sifat tamak menguasai diri!


Sebelum PRU semua pemimpin tak kira pagi petang siang dan malam turun padang  bersama rakyat...tapi bila sudah menang....ghaib entah ke mana? jika begini macam mana hendak tunaikan janji kepada rakyat? harap Pemimpin PH bukan kacang lupakan kulit!




Dalam saat-saat akhir mengundi banyakkan apa yang akan dijanjikan PH pada rakyat yang telah mengundi mereka!  sebab bila sudah menang lain yang dijanjikan tapi tidak dikotakan!


Jika sudah menang harapan hanya tinggal harapan tak tertunai...rakyat sama sekali tidak akan dapat maafkan semua pemimpin PH


Saat-saat akhir ini...banyakkan merayu kepada seluruh rakyat Malaysia bukan terjerit-jerit tapi habuk pun tak dek! Dalam rayuan kepada rakyat...jika PH kalah apa  akan jadi kepada negara kita dan anak cucu kita ...pastinya menuju kehancuran....jika pemimpin bolehlah keluar dari Malaysia bersama harta karunnya tapi rakyat hendak lari di mana? sendiri fikir sendiri jawab...


Moga setelah menang tetap bersemangat untuk membela rakyat dan mengotakan segala janji kepada rakyat Malaysia!


Sembilan haribulan kita mengundi,
Kita mengundi lambang Keadilan Rakyat,
Rugi jika tak pergi mengundi,
Kerana kitalah yang memenangkan rakyat.


Bila PH menang rakyat raikan,
Senang hati hingga ke mati,
Susah-susah dulu senang-senang kemudian,
Jasamu Tun M dikenang hingga ke mati.


Ratu Rimba Niagara0:30 Hal yang paling membanggakan adalah ketika mencapai sesuatu yang menurut orang lain tidak mungkin. Pegang terus Impianmu jangan biarkan si pencuri impian mengambilnya.
ww

0 comments:

Post a Comment

 
;