SASTERAKU ANUGERAH-NYA TERINDAH (272) SEHATI SEJIWA KEKALKAN KEMERDEKAAN
SELAMAT HARI KEBANGSAAN 2020 MALAYSIA SEHATI SEJIWA DARIPADA PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
Beberapa jam lagi, kita akan menyambut hari yang bersejarah, hari kebangsaan. Keranamu kita bangsa merdeka! #sehatisejiwa
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA TERCINTA! (BHG 1)
TABURAN BUNGA-BUNGA CINTA KEMERDEKAAN!
Ingin kutaburkan benih-benih cinta kemerdekaan
di serata pelosok bumi Malaysia
Biarpun kumengerti menempuh gelombang
ombak mengganas! Lalu menghempas ke pantai!
Tergiang bapa kemerdekaan tercinta berpesan,
“Jagalah kemerdekaan ini sampai bila-bila
untuk anak cucu kita menumpang teduh!
Terima kasih Bapa Kemerdekaan!
Akan kuingat pesananmu itu!
Akan kusebarkan bunga-bunga cinta kemerdekaan
di lubuk sanubari rakyat Malaysia tercinta!
Demi cintaku pada Malaysia
akan kuperjuangkan untuk mempertahankanmu
hingga ke titisan darah terakhir!
Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!
Merdeka!
Karya Ratu Rimba Niagara
31 Ogos 2007
(Sempena Meraikan Hari Kemerdekaan Malaysia Tercinta Yang Ke-55
Pada 31 Ogos 2012)
Rakyat Malaysia yang berjiwa patriotik kusanjungi,
Alangkah bahagia negara ini jika rakyat sepertimu;
Menghargai kemerdekaan negara yang dikecapi,
Merdeka! Merdeka! Merdeka! Dilafazkan tanpa jemu.
Salam Kemerdekaan dariku untukmu
dan untuk semua rakyat Malaysia yang cintakan negara ini
Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!
dilaungkan sebanyak 7 kali oleh Tunku Abdul Rahman
Bapa Kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos 1957 dan
diteruskan oleh semua Perdana Menteri Malaysia.
Laungan keramat ini akan bergema setiap kali
Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia .
"Hargai Kemerdekaan Merdeka Selamanya!"
Selagi Ada Bulan Dan Matahari Negaraku Terus Merdeka!"
Karya Ratu Rimba Niagara
29 Ogos 2012
(SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA NEGARAKU YANG TERCINTA YANG KE-55 PADA 31 OGOS 2012)
SYAIR BAPA KEMERDEKAAN MALAYSIA TUNKU ABDUL RAHMAN
Tersebutlah kisah seorang putera,
Tunku Abdul Rahman diberi nama;
Dikasihi semua rakyat jelata,
Baik budinya tidak terkira.
Menyayangi rakyat sepenuh hati,
Perjuangannya tidak pernah terhenti;
Disambung oleh pemimpin terkini,
Cintakan negara tidak bertepi.
Sokongan rakyat Tunku gembira,
Rela berkorban harta dan nyawa;
Demi kerana negara tercinta,
Asalkan rakyat hidup bahagia.
Bersama Tun Razak Tunku ke London,
Untuk bincangkan tentang kemerdekaan;
Penat dan lelah tidak dihiraukan,
Asalkan pulang membawa kejayaan.
Tanggal 31 Ogos 1957 diumumkan kemerdekaan,
Disambut penuh dengan kegembiraan;
Ribuan rakyat ceria bersorakkan,
Tersenyum Tunku tanda kepuasan.
Tunku laungkan merdeka penuh membara,
Rakyat menyambut laungan membara-bara;
Demi kerana negara merdeka,
Untuk diwarisi rakyat jelata.
Kemerdekaan dituntut bukannya mudah,
Penuh dengan penat dan lelah;
Walaupun tiada pertumpahan darah,
Agar generasi dapat berteduh.
Pemimpin dan rakyat harus bersatu,
Pertahankan negara tanpa jemu;
Rakyat aman sudahlah tentu,
Generasi mendatang mendapat restu.
Tanpa diduga komunis bertandang,
Menceroboh masuk terus meradang;
Tunku memikir merasa bimbang,
Keselamatan negara tidak tergoyang.
Tunku berbincang secara aman,
Dengan Chin Peng membuat keputusan;
Komunis berundur dengan aman,
Terima kasih Tunku Abdul Rahman.
Jepun menyerang ke negara kita,
Ingin berkuasa merebut tahta;
Kekejaman Jepun rakyat sengsara,
Makan dan minum berair mata.
Sana sini mayat bergelimpangan,
Jepun mengganas tanpa kemanusiaan;
Asalkan hati penuh kepuasan,
Kerana hati bertuhankan syaitan.
Para perajurit ramai terkorban,
Mempertahankan negara habis-habisan;
Nyawa di badan jadi taruhan,
Asalkan negara menjadi aman.
Perajurit dibantu tentera Inggeris,
Jepun terus bermuka bengis;
Berlawan mereka terus menerus,
Gugurnya perajurit terus ditangis.
Pergilah perajuritku dengan aman,
Perjuanganmu menjadi kenangan;
Kau gugur dalam kemenangan,
Kuingat dikau di tugu kepahlawanan.
Jepun mengalah lalu berundur,
Hiroshima dan Nagasaki bom digugur;
Sudah terlambat Jepun nak sedar,
Rakyat mereka ramai yang gugur.
Tunku hargai jasa perwira,
Pertahankan negara ke hujung nyawa;
Rakyat juga amat berbangga,
Kerana jasamu rakyat terbela.
Tungku memerintah penuh berhati,
Rakyat hidup bersatu hati;
Ke mana pergi Tunku dihormati,
Pengorbanamu Tunku terus diingati.
Sekian sahaja kisah Bapa Kemerdekaan,
Memerdekakan negara demi keamanan;
Agar generasi turut pertahankan,
Menjadi warisan sejak berzaman.
Karya: Ratu Rimba Niagara
31 Ogos 2011
(PUISI DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA NEGARAKU YANG TERCINTA KE -55 TAHUN PADA 31 OGOS 2012)
PANTUN SULTAN-SULTAN KESAYANGAN RAKYAT 1MALAYSIA
Sultan Abd Halim Mua'dzam Shah Agong berwibawa,
Memerintah negara adil saksama;
Rela berkorban demi rakyat tecinta,
Ke mana pergi disayangi rakyat jelata.
Intitusi di-Raja dekat di hatiku,
Rakyat Malaysia amat menyanjungi;
Program bersama rakyat dekat di hati Tuanku,
Rakyat Johor terharu lagi menyanyangi.
Negeri Sembilan Raja Berdaulat,
Kepentingan rakyat amat dirasai;
Raja Negeri Sembilan kesayangan rakyat,
Sejak generasi dahulu hingga kini.
DYM Sultan Selangor Raja dihormati,
Disanjungi rakyat kerana banyak berbudi;
Budi disemai Allah berkati,
Moga amalan dibalas di akhirat nanti.
Sultan Ahmad Shah Sultan Pahang,
Kebajikan rakyat amat diutamakan;
Bertuah sungguh rakyat Pahang,
Mempunyai Raja sentiasa membuat kebajikan.
Sultan Azlan Shah berjiwa rakyat,
Galakkan rakyat berjiwa patriotik;
Berbudi pekerti tinggi mensyukuri nikmat,
Tuanku disanjungi dan disayangi rakyat Perak.
Sultan Mizan kesayangan rakyat,
Rakyat Terengganu amat bersyukur;
Punyai Raja yang pentingkan rakyat,
Raja dan rakyat sentiasa rasa bersyukur.
Sultan Kedah amat dihormati,
Menabur budi tidak terhingga;
Ke mana pergi rakyat mentaati,
Rakyat Kedah amat berbangga.
Tuanku Syed Sirajuddin Raja prihatin,
Kepentingan rakyat amat dijaga;
Masalah rakyat diberi perhatian,
Bersyukurnya rakyat Perlis tidak terhingga.
Sultan Kelantan berhemah tinggi,
Memerintah Kelantan adil saksama;
Rakyat Kelantan takkan rugi,
Raja dan rakyat berkerjasama.
Karya: Ratu Rimba Niagara
29 Ogos 2012
(BERSEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA
NEGARAKU YANG TERCINTA YANG KE-55 PADA 31 OGOS 2012)
SALAM KEMERDEKAAN UNTUK NEGARAKU TERCINTA!
Salam Kemerdekaan Untuk Negaraku Tercinta,
Kibaran Jalur Gemilangmu tak jemu berkibar;
Tersenyum megah penuh bangga,
Kukagumi semangatmu sentiasa berkobar-kobar.
Kau tak pernah erti kalah,
Apa pun dugaan kau hadapi dengan tabah;
Di mana pun berada kau berkibar megah,
Demi mengekalkan kibaranmu rakyat harus berubah.
Berubah untuk memikirkan kepentingan negara,
Keamanan dan keharmonian matlamat utama;
Semangat rakyatnya terus membara-bara,
Menjadikan realiti impian rakyat Malaysia.
Salam Ramadhan untuk Datuk Seri,
Semoga puasa membawa keberkatan;
Jasamu sentiasa mewangi di hati,
Perjuangan terdahulu masih diteruskan.
Justeru rakyat Malaysia patut berbangga,
Mempunyai pemimpin yang tak pernah jemu,
Membela nasib rakyat di mana saja berada,
Malaysia berjaya itu yang dimahu.
Malaysia berjaya itu yang dimahu,
Rakyat Malaysia bersatu aman damai;
Negara aman rakyatnya pelbagai kaum bersatu,
Bersatu hati mengharmoniskan Malaysiaku ini.
Bersatu hati mengharmoniskan Malaysiaku ini,
Antara pemimpin dan rakyat sentiasa menghormati;
Sehati senada sejiwa saling memahami,
Akan terpancarlah kegembiraan di hati Datuk Seri.
Akan terpancarlah kegembiraan di hati Datuk Seri,
Rakyat Malaysia sentiasa bersatu hati:
Berkorban apa saja demi Malaysiaku ini,
Bahagia rakyat Malaysia aman dan damai.
Bahagia rakyat Malaysia aman dan damai,
Tiada berburuk sangka sesama sendiri;
Yang difikirkan keamanan negara ini,
Kemerdekaan Malaysia akan sentiasa dikecapi.
Kemendekaan Malaysia akan sentiasa dikecapi,
Andai rakyatnya saling sanggup berkorban;
Mempertahankan negara biarpun tsunami datang membadai,
Makanya Malaysiaku merdeka sentiasa berkekalan.
Malaysiaku kekal merdeka selamanya,
Barulah tenang roh Bapa Kemerdekaanku;
Bersyukur pemimpin dan rakyatnya,
Kemuliaan Jalur Gemilang sentiasa di hatiku.
Kemuliaan Jalur Gemilang sentiasa di hatiku,
Ingin kuajak rakyat Malaysia menghargainya;
Teringat dengan keperitan perjuangan Tunku,
Mendapatkan Kemerdekaan negara tercinta.
Selamat Menyambut Hari KeLahiran,
Buat Negaraku Malaysia tercinta:
Kumengerti keperitanmu mengharungi perjuangan,
Sabarlah kesetiaanmu kami hargai sentiasa.
Sambutan Kelahiranmu Yang Ke-55 ini kuberjanji,
Bersumpah setia mengekalkan kerharmonianmu,
Moga kau tidak akan disakiti lagi,
Oleh musuh durjana ingin menjatuhkanmu.
Salam Kemerdekaan Buat Negaraku yang dicintai,
Moga kau sentiasa gembira selalu;
Kesetiaanmu sentiasa kami sanjungi,
Berkibarlah dengan megah serta bangga tanpa jemu.
Karya: Ratu Rimba Niagara
31 Ogos 2012
(Diilhamkan Bersempena Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan
Malaysia Ke-55 Bermula 31 Ogos 1957 - 31 Ogos 2012)
(BERSEMPENA MEMPERINGATI HARI PAHLAWAN 31 Julai 2012)
SYAIR DEMI MALAYSIA TERCINTA
Tersebutlah kisah sebuah cerita,
Malaysia negaraku yang tercinta;
Rakyat pelbagai kaum hidup bersama,
Merealisasikan impian demi negara.
Saling menghormati bersatu hati,
Tolong menolong amalan murni;
Tiada rasa berdengki hati,
Semua kerana Malaysia dicintai.
Melayu Cina India dalam perpaduan,
Bersatu hati merealisasi impian;
Berganding bahu bersama kerajaan,
Jadi realiti negara berperlembagaan.
Jika negara kucar kacir,
Nasib rakyat sentiasa tercicir;
Kerajaan dibina menjadi hancur,
Angkara rakyat selalu engkar.
Ingatlah peristiwa 13 Mei,
Rusuhan kaum sentiasa diingati;
Berpadulah demi Malaysia disayangi,
Agar 13 Mei tidak berulang kembali.
Kalau diingat perjuangan Tunku,
Perjuangannya tak pernah jemu;
Kemerdekaan dicapai gembiranya Tunku,
Biarpun mengharungi perjuangan berliku.
Tunku Abdul Rahman seorang bijaksana,
Menuntut kemerdekaan gunakan minda;
Bijak berkomunikasi terpegunnya mereka,
Mereka istiharkan Malaysia Merdeka.
Begitu juga berbincang dengan komunis,
Tunku bincang dengan cara harmonis;
Hinggakan mengalah ketua komunis,
Menjadi lagenda kenangan manis.
Pemimpin berjiwa rakyat itu yang dimahu,
Biarpun lama rakyat menunggu;
Sabar menunggu tak pernah jemu,
Asalkan pembelaan rakyat tertunai itu dimahu
Bukan tak ada pemimpin berjiwa rakyat,
Sentiasa ikhlas mengurus masyarakat;
Jiwa kental sentiasa muafakat,
Berkorban apa saja demi rakyat.
Rakyat susah pemimpin ambil peduli,
Pemimpin bersara rakyat hargai;
Rakyat dan pemimpin bersatu hati,
Barulah aman negara ini.
Rakyat dan pemimpin seia sekata,
Apa masalah rakyat dikongsi bersama;
Masalah diatasi dengan bijaksana,
Barulah rakyat dan pemimpin boleh bekerjasama.
Kesusahan rakyat masalah pemimpin,
Selagi tak selesai pemimpin fikirkan;
Sanggup berpening memikirkan,
Asalkan masalah rakyat dapat diselesaikan.
Permintaan rakyat untuk rakyat,
Pemimpin usulkan di Dewan Rakyat;
Didengari semua wakil rakyat,
Apabila tertunai sukanya rakyat.
Rakyat Malaysia harus bersatu,
Demi kerana Malaysia yang satu;
Negara aman berkat bersatu,
Syukur generasi kini dan terdahulu.
Sama-sama merealisasikan impian,
Majunya Malaysia dalam pemodenan;
Semua rakyat saling memahami dalam perpaduan,
Demi kerana Malaysia mencapai kecemerlangan.
Karya Ratu Rimba Niagara
13 Mei 2011
SEJARAH BERDARAH 13 MEI 1969 TIDAK AKAN DIBIARKAN BERULANG KEMBALI!
13 Mei 1969
peristiwa berdarah
mengerikan menakutkan membinasakan
api kemarahan
tercetus
dicetus
oleh kaum cina
yang gila kuasa
bermaharaja lela
mengutuk
menghina
membunuh orang-orang melayu
sesuka hati
tanpa rasa bersalah pada Tanah Melayu
kaum cina lupa daratan
dari mana asalnya
dari mana nenek moyangnya
bertarung nyawa datang ke tanah melayu
berbondong-bondong
sehelai sepinggang
demi sesuap rezeki
sanggup tinggallkan
tanah tempat tumpah darahnya
sanggup tinggalkan sanak saudara
demi mengubah nasib diri
kaum cina lupa daratan
hari demi hari
tahun demi tahun
kekayaan dimiliki
mereka mula rasa dengki khianat
pada anak pribumi tanah melayu
mereka melaungkan
cogan kata
kami dilayan tidak adil!
makanya mahu dihapuskan melayu!
melayu dibunuh
rusuhan ada di mana-mana
mayat bergelimpangan
sungai menjadi lautan darah
gara-gara perkauman kaum
antara cina dan melayu
maka kerajaan
mengarahkan perintah berkurung
setiap 13 Mei dikenang sebagai
peristiwa berdarah
rusuhan kaum
antara cina dan melayu
amat menakutkan
amat mengerikan
ramai pejuang-pejuang melayu islam
yang tak punya ilmu kepahlawanan
berjuang kerana semangat melayu yang mendalam di jiwa
roh melayu sudah sebati di jiwa
makanya mereka
tentang kaum cina
habis-habisan
dengan menyebut kalimah
ALLAHU AKBAR
berulang kali
hingga ramai kaum cina
yang tewas di tangan orang melayu
berkat pertolongan dari Allah swt
dikirimkan tentera-tentera
fisabilillah yang tak nampak
oleh kaum cina...
Hari ini 13 Mei 2013
dikenang ....di ingat...
tak akan mudah dilupa
oleh semua melayu di Malaysia
bersumpah setia akan
mempertahankan tanah melayu ini
hingga ke titisan darah terakhir
Makanya kaum cina
jangan mudah lupa asal usulmu
dari mana datangmu
kamu sudah dilayan
cukup baik di Malaysia ini
jika kamu mahu mencabar kami
silakan...silakan...silakan....
pantang anak jantan melayu dicabar
kami tidak takut mati
kami akan sahut cabaran itu
Kami tak akan benarkan...
peristiwa berdarah 13 Mei berulang kembali
mulai detik ini
mulai saat ini
Kami bersumpah setia
bahawa kaum melayu
hak-hak keistimewaan kaum melayu
jangan ada sesiapa yang berani pertikaikan
jika berani silakan ...
kami sanggup berhadapan
walaupun nyawa akami jadi taruhannya
Duhai kaum melayu
Duhai kaum cina
Duhai kaum india
Tidak pernahkah kalian terfikir
bagaimana tiga kaum ini
bersatu hati
mahu menuntut kemerdekaan Malaysia 57 tahun yang dahulu
kerana kesepakatan dan mengikut syarat-syarat yang termaktub
Malaysia di istiharkan Merdeka pada 31 Ogos 1957
sekarang sudah 57 tahun merdeka
sudah banyak susah senang Malaysia hadapi
berkat kesabaran para pemimpin mentadbir Malaysia...
Malaysia maju cemerlang gemilang terbilang di mata dunia
Adakah kerana ketidaksefahaman tiga kaum
kita mahu melihat bumi bertuah Malaysia tercinta hancur musnah ?
dalam sekelip mata? Gara-gara.. gila kuasa...?
Ayuh rakyat Malaysia
buanglah yang keruh
ambil yang jernih
kita sama-sama mentadbirkan Malaysia ini
Dalam jiwa dan semangat Malaysia
KITA BERSATU SAYANGKAN NEGARA
KITA BERSATU MAJUKAN NEGARA
KITA BERSATU MERELISASIKAN CITA-CITA RAKYAT DAN NEGARA
AGAR MALAYSIA TERCINTA TERUS MERDEKA SAMPAI BILA-BILA
APABILA MALAYSIA MAJU DAN AMAN SEJAHTERA
ANAK CUCU KITA PASTI BERBANGGA
MENJADI RAKYAT MALAYSIA...PERCAYALAH!
Karya Ratu Rimba Niagara
13 MEI 2013
(PUISI DIILHAMKAN SEMPENA MENGINGATI PERISTIWA 13 MEI 1969
MOGA KITA BERSAMA MENGAMBIL IKHTIBAR DI ATAS SEJARAH BERDARAH YANG BERLAKU KE ATAS MALAYSIA TERCINTA)
HERO BOMBAKU MUHAMMAD ADIB
Pemergianmu masih lagi terasa
serasa macam mimpi kehilanganmu
senyumanmu sentiasa kuukir di hati
sebagaimana setiap hari kau ceriakan
hidupku dengan senyuman ikhlasmu
suka duka kita bersama sebagai rakan
seperjuangan yang menyandang jawatan
anggota bomba Malaysia.
Pekerjaan yang sama kita minati
cita-cita kau dan aku sejak
dari bangku sekolah lagi.
Membantu mereka yang ditimpa musibah
itulah yang membuatkan kita rasa bahagia
bergelar seorang khalifahNya.
Kau dan aku akan pulang ke kampungmu bersama
bagi meraikan majlis perkahwinanmu dengan
tunangmu gadis yang kau cintai sepenuh hati
aku akan menjadi pengapit pengantin lelaki,
tak sabar menanti saat bahagia kau bersanding di pelaminan
kad jemputan kahwin telahpun diedarkan kepada sanak saudara
dan sahabat handai.
"Abang ...jaga diri abang yer...janji dengan sayang abang akan
jadi suami yang soleh membimbing sayang bersama menuju jalan
ke SyurgaNya..." kata tunangmu yang membuatkan kau selalu tersenyum di kala sendirian .
Kusangkakan panas hingga ke petang tapi hujan di tengah hari.
Hati manusia mana yang tidak sedih apabila rakan karib pergi meninggalkanku terlebih dahulu, apatah lagi apabila pemergianmu berpunca daripada insiden yang tidak pernah diduga.
Ketika kau bertugas untuk memadamkan api di sebuah kuil.
Niatmu untuk membantu bertukar menjadi trajis apabila sekumpulan perusuh membelasahmu tanpa ehsan!
Akibat dari itu kau cedera parah dirawat di IJN (Institut Jantung Negara).
Dalam tenatpun kau masih sempat terseyum redha atas kesakitan yang kau alami. Ibu dan ayahmu sentiasa berada di sisimu mendoakanmu.
Tunangmu menangis dalam hiba menangis dalam sendu dan membisikan ke telingamu, "Abang segera sembuh yer untuk menunaikan janji abang menjadi suami sayang...apa pun keadaan abang, sayang terima dengan redha...segera sembuh yer bang..."
Hati mana yang tak remuk redam apabila tunang yang tercinta berada dalam keadaan kritikal...baru semalam mendengar suaranya tapi hari ini terlantar koma. Kejamnya manusia budi yang diberi racun yang dibalas.
Selepas 20 hari bertarung nyawa, sahabatku Muhammad Adib
akhirnya kembali menemui Ilahi, sebak sayu hatiku malah
seluruh rakyat Malaysia turut berduka atas kematiannya.
Tenanglahmu duhai sahabatku...kau pergi meninggalkan kami
tanpa sempat mengucapkan selamat tinggal kepada kami,
tanpa sempat meraikan majlis perkahwinanmu...takdir Tuhan
mengatasi segalanya, Allah adalah perencana takdir yang terbaik
buat kita semua.
Terima kasih buat yang dikasihi Timbalan Perdana Menteri Datuk
Seri Wan Azizah yang akan memberi jaminan bahawa kematian
Muhammad Adib akan mendapat pembelaan yang seadilnya agar
mereka yang bersalah tidak terlepas daripada hukuman atas kesalahan
yang telah dilakukan.
Moga Syurga Firdaus tempatmu atas balasan kebaikan yang telah
kau baktikan kepada seluruh rakyat Malaysia. Kaulah hero bombaku
Muhammad Adib. Namamu sentiasa terpahat di hati seluruh rakyat
Malaysia!
Karya Ratu Rimba Niagara
11 Rabiul ' Akhir 1440H
18 Disember 2018
(Puisi dikarangkan istimewa buat seluruh keluarga, tunang Nurul Najihah dan semua sahabat bomba Allahyarham Muhammad Adib. Moga Syurga Firdaus sebagai balasan pengorbananmu pada seluruh rakyat Malaysia. Aamiin)
MALAYSIAKU BERDAULAT TANAH TUMPAHNYA DARAHKU!
di sini tanah tumpahnya darahku
tak akan kubiarkan
biarpun seinci diceroboh musuh durjana
akan aku pertahankan
biarpun nyawaku jadi taruhan
di sini tanah tumpahnya darahku
cintaku pada ibu pertiwi
setulus cinta tanpa ada pendustaan cinta
tak akan kubiarkan ibu pertiwiku
dizalimi oleh mana-mana musuh durjana
siapa yang berani menentang
akan aku tentang
akan aku lawan
biarpun nyawa jadi taruhan
di sini tanah tumpahnya darahku
demi ibu pertiwi
aku rela dihujani peluru
bermandikan darah
asalkan ibu pertiwiku aman sejahtera
daripada segala ancaman musuh durjana
di sini tanah tumpahnya darahku
Angkatan Tentera Darat Malaysia...
sentiasa bersiap siaga
mempertahankan ibu pertiwi
kami tak takut mati bila berada di medan juang
kami berjuang...berjuang...berjuang....hingga ke titisan darah terakhir
untuk berundur di medan juang tidak sama sekali
sekali kami melangkah ...langkah kami adalah langkah seorang pejuang
Duhai rakyat Malaysia di luar sana
Jangan bimbang
Jangan takut
Keselamatan negara masih terkawal
Angkatan Tentera Malaysia...
Sentiasa berjaga-jaga ..memantau...
Di setiap inci bumi Malaysia
Masuh datang kami tentang
Kami lawan
Kami perang habis-habisan
Kami tak takut mati pabila berada di medan perang
Kami pasukan tentera yang berani mati
Demi kerana agama bangsa dan negara
Kami Angkatan Tentera Malaysia
Semuanya terlatih mahir dalam berperang
Kami dilatih untuk berani mati
Tak akan ada rasa gentar bila berhadapan dengan musuh
Semangat kami sentiasa bergelora untuk menghapuskan mereka !
Andainya kami gugur di medan juang...
Taburkan bunga-bunga ibu pertiwi
Dan kirimi doa restu
Agar kami aman di Sana...
Duhai musuh durjana
Jangan kamu fikir kami relakan negara kami dijajah olehmu
Ketahuilah kamu ...
Sekali benderaku berkibar dengan laungan
Merdeka!Merdeka!Merdeka! oleh Bapa Kemerdekaan Malaysia
Selamanyalah kekal merdeka...
Tak akan siapa berani menurunkan dan mengantikan bendera lain
Jika kamu berani silakan....
Angkatan Tentera Malaysia
Tak akan biarkan....
Sekalipun bumi Malaysia ini bermandikan lautan darah
Tak akan kami biarkan....
Akan kami perjuangkan hingga ke titisan darah terakhir
Kami pertahankan bukan untuk kepentingan kami
Semua-Nya demi cinta kami pada Tuhan, Raja Dan Rakyat Malaysia tercinta
Makanya bila-bila masa sentiasa bersiap siaga dan sentiasa bersedia
Berada di medan juang
Kami mahu mati dalam perjuangan
Perjuangan demi cintakan-Nya
Matlamat kami mati syahid di medan perang...
Moga Allah makbulkan doa kami
AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
6 Syawal 1434H
13 Ogos 2013M
(PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SEMUA WIRA NEGARA YANG RELA SYAHID DI MEDAN PERANG)
ANGKATAN TENTERA DIRAJA MALAYSIA & POLIS DIRAJA MALAYSIA SETIASA BERSIAP SIAGA MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN NEGARA
Rakyat Malaysia berasa bertuah kerana mempunyai Angkatan Tentera diRaja Malaysia dan Polis DiRaja Malaysia yang sanggup mempertaruhkan nyawa demi kerana Agama, bangsa dan negara.
Seperti yang ada terkandung dalam rukun negara yang kedua, ' SETIA KEPADA RAJA DAN NEGARA'. Semua rakyat Malaysia tanpa terkecuali mesti mentaati apa yang terkandung dalam rukun negara.
Sebab itu jika ada di antara rakyat Malaysia yang tidak memahami rukun negara , mereka tiada rasa jiwa cintakan negara. Menganggap negara mereka tidak penting hingga sanggup memperlekehkan Institusi DiRaja tanpa memikirkan impak daripada akan ketidaksetiaan mereka kepada raja dan negara mereka sendiri.
Moga Rukun Negara menjadi salah satu subjek matapelajaran wajib lulus di semua sekolah rendah dan menengah mahupun IPTA/IPTS.
Jika sekiranya semua rakyat Malaysia berjiwa patriotik mencintai negara mengatasi kepentingan sendiri , In Shaa Allah Malaysia aman, sejahtera dan dapat mengekalkan kemerdekaan untuk diwariskan kepada generasi kini dan akan datang.
Tidaklah menjadi seperti yang berlaku di Mesir di mana ada pencanggahan rakyat dengan pihak tentera Mesir yang tidak mengistiharkan hak rakyat melalui sistem demokrasi memilih pemimpin mereka Mohammed Morsi sebagai presiden Mesir yang digulingkan oleh Tentera Mesir. Ini menyebabkan kebangkitan rakyat Mesir untuk mempertahankan pemimpin mereka hingga berlakulah pertumpahan darah di bumi Mesir tanpa ehsan.
Yang menjadi mangsa yang tidak berdosa adalah rakyat Mesir...selepas digulingkan ,"PINTU RAFFAH" telah ditutup yang mana pintu Raffah ini adalah jalan keluar masuk bantuan makanan dan perubatan ke GAZA. Bayangkan apa akan terjadi kepada rakyat GAZA jika pintu yang menghubungkan ke GAZA ditutup.
Makanya warga dunia yang beragama Islam mesti bersatu untuk menyelamatkan rakyat GAZA yang menuju di ambang derita akibat kerakusan kuasa yang sudah menepikan rasa kemanusiaan sesama manusia.
Peristiwa yang terjadi di Mesir haruslah menjadi iktibar kepada semua rakyat Malaysia jika kita sengaja membiarkan negara kita hidup dalam mengadu domba agar negara Malaysia yang aman damai ini menjadi kucar kacir.Tidak tenteram pastilah akan berlaku sepertimana yang berlaku di Mesir. Tapi bezanya di Malaysia , Angkatan Tentera DiRaja Malaysia tidak akan menjadi seperti Tentera Mesir yang berpaling tadah demi ketamakan kuasa untuk memerintah ...mereka telah menyelewengi amanah rakyat kepada mereka.
Angkatan Tentera DiRaja Malaysia sanggup mempertaruhkan nyawa demi mempastikan rakyat dilindungi daripada sebarang ancaman musuh.Contoh sepertimana yang berlaku pertistiwa berdarah di Lahad Datu di mana Anggota Polis DiRaja Malaysia dibunuh kejam oleh musuh negara. Angkatan Tentera DiRaja Malaysia bergabung dengan Polis DiRaja Malaysia pergi ke Lahad Datu memerangi musuh sehingga semua musuh berjaya ditumpaskan.
Inilah bukti betapa Angkatan Tentera DiRaja Malaysia dan PDRM mementingkan keselamatan semua rakyat Malaysia terjaga di sebilang masa. Mereka sentiasa bersiap siaga mempertahankan KEDAULATAN NEGARA. Makanya rakyat Malaysia mesti bersyukur atas pengorbanan yang diberikan oleh ATM dan PDRM.
Di atas pengorbanan semua anggota keselamatan negara samada yang masih hidup dan gugur di medan juang kami rakyat Malaysia mengucapkan sekalung doa 'Moga Allah Azzawajalla membalas segala kebaikan semua samada ketika hidup dan meninggal dunia sentiasa diRahmati Allah swt Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.
OLEH RATU RIMBA NIAGARA
2 Ramadhan 1434H
11 Julai 2013M
(KARYA DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SEMUA RAKYAT MESIR PENYOKONG SETIA PRESIDEN MOHAMMED MORSI, RAKYAT GAZA, ANGKATAN TENTERA DIRAJA MALAYSIA & POLIS DIRAJA MALAYSIA DAN SEMUA RAKYAT MALAYSIA YANG CINTAKAN KEAMANAN DAN KESEJAHTERAAN NEGARA)
SEHATI SEJIWALAH MELAYU MENYELAMATKAN TANAH MELAYU
Selama 446 tahun Tanah Melayu dijajah
sudah banyak nyawa yang terkorban
jalan-jalan dilalui penuh berliku
setiap hari memijak duri
memijak bara
dipijak-pijak penjajah
disembelih dibakar dipancung
dipaksa menjadi buruh hamba abdi penjajah
keringat dan air mata darah
sudah tidak diherankan lagi
yang ada di jiwa
pejuang bangsa melayu
adalah membebaskan
Tanah Melayu daripada kezaliman penjajah
itu yang ada di jiwa nenek moyang melayu terdahulu
mereka mahu anak cucu melayu
tinggal di negara sendiri
aman sejahtera
bebas daripada penjajah
itulah dicita-citakan oleh nenek moyang melayu
Kini bila sudah 58 tahun merdeka
senang-senang saja
tanah melayu hendak dilepaskan pada bangsa asing
oh! tidak
tidak akan dibiarkan walau nyawa jadi taruhan!!!
Duhai bangsa melayu
bangkitlah sedarlah
tanah melayu mu
kini berada di hujung tanduk
retak menunggu belah
melayu pun berpecah belah
tunggu boleh belah lah
sebelum bangsa asing kata boleh belah
dari tanah melayu
bersatulah demi melayu
tanah melayu anak cucu melayu
jangan biarkan bangsa asing
bermaharaja di tanah melayu
jangan biarkan mereka mengambil semua hak melayu
kemudian mengambil tanah melayu menjadi hak mutlak mereka
sampai menyuruh kita boleh belah lah dari tanah melayu...
Satu saja cara untuk menyelamatkan tanah melayu ini
daripada bangsa asing
semua melayu bersatu
semua pengkhianat bangsa melayu dihapuskan
diusir daripada tanah melayu
semua parti politik dibubarkan
tanah melayu ini diperintah oleh sistem beraja
Raja-Raja melayu yang memerintah tanah melayu
yang menjadi benteng pertahanan tanah melayu
adalah hulubalang, kesatria dan pahlawan melayu
Pasti sudah tiada lagi pecakaran parti politik
perebutan kuasa semua hendak berkuasa
tapi perebutan untuk menggalas amanah rakyat hancur musnah
hari-hari rakyat tertekan
bukan pemimpin membela rakyat
tapi pemimpin membela pemimpin
Jika benar sehati sejiwa ...
ayuh bangsa melayu
sehati sejiwalah pertahankan tanah melayu
sehati sejiwalah membela bangsa melayu yang teraniaya
jika itu ada di jiwa melayu
melayu tak akan jatuh di tangan bangsa asing
Andai ditakdirkan mati ...
anak cucu melayu
bersyukur mendoakan moyang mereka
menyelamatkan tanah melayu daripada bangsa asing
sejahteralah semua roh-roh pejuang tanah melayu terdahulu dan kini
AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin
Karya Ratu Rimba Niagara,
16 Zulkaedah 1436H
31 Ogos 2015
SELAMAT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA TERCINTA!'
'KUCINTA DAN SAYANGIMU SAMPAI HUJUNG NYAWA!
' NYAWAKU INI JADI TARUHAN DEMI CINTAKU PADAMU'
'INILAH HADIAHKU UNTUK GENERASI KINI DAN AKAN DATANG MALAYSIA,
UCAPAN TULUS IKHLAS SEMPENA MERAIKAN HARI KEPUTERAAN KDYMM SULTAN HASSANAL BOLKIAH KE 69 , HARI KELAHIRAN PUJANGGA RATU RIMBA NIAGARA CINTA 5 BENUA 13 OGOS 2O15, DIRGAHAYU KEMERDEKAAN INDONESIA 17 AGUSTUS 2015 DIRGAHAYU KEMERDEKAAN MALAYSIA 31 OGOS 2015'
KH. Abdullah Gymnastiar
·
Pastikan kita selalu berterima kasih atas sehalus apapun kebaikan orang, dan jangan berharap terima kasih atas sebesar apapun amal kita
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
16 ZULKAEDAH 1436H
31 OGOS 2015
Muhyiddin Yassin sedang bersama Utusan Melayu dan 3 others.
PERUTUSAN HARI KEBANGSAAN KE-58
YB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
TIMBALAN PRESIDEN UMNO
30 OGOS 2015
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu’alaikum warahmatullahi wa barakatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia.
Negara kita telah merdeka selama 58 tahun. Telah banyak kemajuan yang dicapai oleh negara kita selama ini dan Malaysia berdiri megah sebagai sebuah negara yang berdaulat, bermaruah dan dihormati di persada dunia.
Asas yang membina kemerdekaan dan kemajuan negara kita ialah kepercayaan. Sebelum merdeka dahulu, penduduk negara ini yang berbilang kaum dan agama mempunyai rasa sangsi antara satu sama lain. Namun, berkat kebijaksanaan pemimpin kita yang terdahulu, mereka telah berjaya memupuk kepercayaan masyarakat majmuk di negara ini bahawa Malaysia adalah milik semua warganegara tanpa mengira kaum dan agama. Semua warganegara mempunyai hak yang dijamin oleh Perlembagaan dan semua mereka bertanggugjawab untuk memelihara keamanan, keselamatan dan keharmonian negara dengan memupuk perasaan saling mempercayai dan menghormati antara satu sama lain.
Kepercayaan juga terbentuk antara pemimpin pelbagai kaum. Pemimpin Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, Dusun, Murut dan lain-lain boleh duduk semeja untuk berbincang mengenai kepentingan semua kaum dan merancang kemajuan negara kerana mereka mempercayai antara satu sama lain. Memang sepanjang negara ini ditadbir oleh Barisan Nasional, terdapat beberapa masalah yang wujud antara masyarakat pelbagai kaum, tetapi semua masalah ini dapat diatasi kerana pemimpin Barisan Nasional percaya bahawa perundingan dan kerjasama adalah jalan terbaik untuk mencari penyelesaian yang menguntungkan semua pihak.
Rakyat juga mempercayai kerajaan yang memerintah. Mereka percaya bahawa kerajaan bertanggungjawab untuk memerintah secara adil dan saksama, melaksanakan pembangunan demi kesejahteraan rakyat, memacu kemajuan ekonomi, menyediakan pendidikan yang berkualiti, mewujudkan peluang-peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf hidup rakyat. Kerana itu, selama 58 tahun merdeka, rakyat di negara kita tidak pernah bertindak melampau untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara demokratik menerusi pilihanraya yang bebas dan adil.
Para pelabur dan komuniti perniagaan juga selama ini mempunyai kepercayaan yang tinggi terhadap negara kita. Mereka yakin bahawa dengan kestabilan politik, keharmonian kaum dan kecekapan kerajaan mengurus negara, pelaburan dan perniagaan mereka di negara kita adalah terjamin. Dengan keyakinan ini, Malaysia merupakan antara penerima pelaburan langsung asing yang tertinggi di rantau ini dan saban tahun mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang positif.
Sekiranya kita dapat mengekalkan, malah memperkukuhkan kepercayaan antara sesama pemimpin, antara sesama rakyat, antara rakyat dan pemimpin, antara kerajaan dan rakyat, antara pelabur, komuniti perniagaan dan institusi ekonomi negara, maka saya yakin negara kita akan terus berada pada landasan yang betul dan bersedia untuk mencipta lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.
Namun, pada masa ini ramai pihak berpandangan bahawa negara kita sedang menghadapi masalah defisit kepercayaan (trust deficit) yang parah. Kepercayaan rakyat kepada kerajaan sudah semakin longgar. Kepercayaan pelabur dan komuniti perniagaan kepada ekonomi negara juga sudah luntur.
Ringgit kita kian merudum terutamanya berbanding Dollar Amerika dengan nilainya sekarang yang paling rendah dalam tempoh 17 tahun. Pasaran saham jatuh, rizab negara merosot dan sentimen pengguna adalah paling rendah dalam tempoh 7 tahun.
Benar, faktor luaran seperti kejatuhan harga komoditi mempengaruhi pasaran kewangan dan ekonomi, tetapi prestasi kita antara yang paling rendah dalam kalangan negara-negara serantau. Inilah realiti yang harus kita terima dan mesti diatasi dengan segera.
Saya menyambut baik kenyataan Gabenor Bank Negara bahawa asas ekonomi negara kita kukuh. Ini adalah satu perkembagan yang amat baik untuk kita membina semula kepercayaan masyarakat dunia terhadap ekonomi dan politik negara kita. Yang perlu kita atasi ialah sentimen rakyat, pelabur dan masyarakat antarabangsa terhadap negara kita yang agak negatif disebabkan oleh beberapa isu politik yang sedang melingkari kita hari ini.
Rakyat semakin resah apabila hari demi hari prinsip integriti dan akauntabiliti kelihatan semakin terhakis dalam pentadbiran negara. Pegawai-pegawai kerajaan yang dedikasi dalam melaksanakan tugas ditamatkan perkhidmatan, ditukar, diugut dan diambil tindakan.
Kebebasan institusi-institusi penting negara seperti Jabatan Peguam Negara, Polis DiRaja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Bank Negara Malaysia seolahnya semakin disekat.
Tidak dapat dibayangkan dalam sejarah perkhidmatan awam negara kita, terdapat pegawai-pegawai kanan kerajaan yang berdedikasi sanggup bersuara lantang menentang pihak atasan yang cuba mencabuli prinsip perkhidmatan awam yang adil, tegas dan berkecuali.
Ada juga sesetengah pemimpin politik yang mengugut untuk menyekat kebebasan rakyat daripada menyuarakan pandangan terutamanya di media sosial kerana tidak sanggup lagi mendengar kritikan dan teguran rakyat yang semakin hari semakin lantang.
Selain itu, mereka yang menegur tindak tanduk pemimpin digelar sebagai pengkhianat dan dituduh hendak menggulingkan kerajaan. Mereka ini jelas tidak dapat membezakan antara menegur pemimpin dengan menggulingkan kerajaan adalah dua perkara yang berlainan. Betapa ramai pemimpin negara sebelum ini yang menerima teguran, tetapi kerajaan terus kekal, malah bertambah kukuh.
Atas segalanya, kredibiliti pemimpin semakin dipersoalkan. Institusi demokrasi yang ada dilihat sudah tidak dapat lagi berfungsi dengan baik untuk melakukan perubahan kerana ditekan dan dikawal dengan ketat oleh mereka yang berkuasa.
Saya bimbang selagi kemelut besar kepimpinan ini tidak dapat diselesaikan, maka selagi itulah negara dan kerajaan akan terus dibebani dengan masalah defisit kepercayaan yang semakin parah.
Bagi saya, isu kepercayaan ini akan dapat diselesaikan jika negara kita kembali dipimpin berlandaskan prinsip integriti, akauntabiliti dan penanggungjawaban kepada rakyat. Prinsip ini jugalah yang dituntut oleh Islam ke atas setiap pemimpin sebagaimana hadis Rasululullah s.a.w:
Kullukum ra’in wa kullu ra’in mas’ulun ‘an ra’iyyatih
Yang bermaksud:
“Setiap daripada kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin bertanggungjawab ke atas orang yang dipimpinnya”.
Sesuai dengan tema sambutan Hari Kebangsaan tahun ini, iaitu “Sehati Sejiwa”, marilah kita bersama-sama membentuk kesatuan hati atau “wahdatul qulb” untuk membina semula kepercayaan terhadap negara kita dengan mengembalikan kepimpinan yang berintegriti, berakauntabiliti dan bertanggungjawab.
Yakinlah bahawa Malaysia adalah tanah air kita yang berdaulat dan bermaruah, dan kita sebagai rakyat bertanggungjawab untuk terus memelihara kedaulatan dan maruah negara kita. Saya berdoa agar negara kita terus kekal aman, maju dan berdaulat.
Selamat menyambut Hari Kebangsaan ke-58.
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
YB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
Timbalan Presiden UMNO
SYAIR DEMI MALAYSIA TERCINTA
Tersebutlah kisah suatu cerita,
Malaysia negaraku yang tercinta;
Rakyat pelbagai kaum hidup bersama,
Merealisasikan impian demi Negara.
Saling menghormati bersatu hati,
Tolong menolong amalan murni;
Tiada rasa berdengki hati,
Semua kerana Malaysia dicintai.
Melayu Cina India dalam perpaduan,
Bersatu hati merealisasi impian;
Berganding bahu bersama kerajaan,
Jadi realiti Negara berperlembagaan.
Jika Negara kucar kacir,
Nasib rakyat sentiasa tercicir;
Kerajaan dibina menjadi hancur,
Angkara rakyat selalu engkar.
Ingatlah peristiwa 13 Mei,
Rusuhan kaum sentiasa diingati;
Berpadulah demi Malaysia disayangi,
Agar 13 Mei tidak berulang kembali.
Kalau diingat perjuangan Tunku,
Perjuangannya tak pernah jemu;
Kemerdekaan dicapai gembiranya Tunku,
Biarpun mengharungi perjuangan berliku.
Tunku Abdul Rahman seorang bijaksana,
Menuntut kemerdekaan gunakan minda;
Bijak berkomunikasi terpegunnya mereka,
Mereka istiharkan Malaysia Merdeka.
Begitu juga berbincang dengan komunis,
Tunku bincang dengan cara harmonis;
Hinggakan mengalah ketua komunis,
Menjadi legenda kenangan manis.
Pemimpin berjiwa rakyat itu yang dimahu,
Biarpun lama rakyat menunggu;
Sabar menunggu tak pernah jemu,
Asalkan pembelaan rakyat tertunai itu dimahu
Bukan tak ada pemimpin berjiwa rakyat,
Sentiasa ikhlas mengurus masyarakat;
Jiwa kental sentiasa muafakat,
Berkorban apa saja demi rakyat.
Rakyat susah pemimpin ambil peduli,
Pemimpin bersara rakyat hargai;
Rakyat dan pemimpin bersatu hati,
Barulah aman Negara ini.
Rakyat dan pemimpin seia sekata,
Apa masalah rakyat dikongsi bersama;
Masalah diatasi dengan bijaksana,
Barulah rakyat dan pemimpin boleh bekerjasama.
Kesusahan rakyat masalah pemimpin,
Selagi tak selesai pemimpin fikirkan;
Sanggup berpening memikirkan,
Asalkan masalah rakyat dapat diselesaikan.
Permintaan rakyat untuk rakyat,
Pemimpin usulkan di Dewan Rakyat;
Didengari semua wakil Rakyat,
Apabila tertunai sukanya rakyat.
Rakyat Malaysia harus bersatu,
Demi kerana Malaysia yang satu;
Negara aman berkat bersatu,
Syukur generasi kini dan terdahulu.
Sama-sama merealisasikan impian,
Majunya Malaysia dalam pemodenan;
Semua rakyat saling memahami dalam perpaduan,
Demi kerana Malaysia mencapai kecemerlangan.
Karya Ratu Rimba Niagara
13 Mei 2011
(SYAIR ,'DEMI MALAYSIA TERCINTA,' DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEBANGSAAN 2015' - MALAYSIAKU MERDEKA SUDAH 58 TAHUN MOGA TERUS KEKAL MERDEKA AAMIIN)
(Rumah Usang)
Kata orang negara itu tanah, air, angin, gunung, hutan, sungai dan lautan;
Tapi sebenarnya,
Negara itu rumah,
Dan rakyat ahli keluarganya…
Mungkin rumah kita ini sudah usang,
58 tahun usianya, dan ada yang bertanya
Apa perlunya diagungkan rumah yang usang?
Barangkali kita lupa,
Zaman kita dibodohkan oleh british,
Kata-kata manis, taburan janji,
kita dihina di tanah sendiri.
Mungkin juga kita lupa,
Pada kemarau yang dibawa
Dari terik matahari jepun.
Kita menjadi abdi ditanah sendiri,
Betapa peritnya bila difikirkan kembali.
Dan kita terlupa,
Setelah terbenam si matahari,
13 malam kita lalui,
Gelap gelita semuanya,
Yang kelihatan, hanya 3 butir bintang,
Dari sinaran itu, Seribu derita seribu bencana kita merasa,
Hanya dari 3 butir bintang…
Mungkin benar, rumah kita sudah usang,
Tapi dirumah usang inilah segala mimpi menjadi nyata,
jangan kita lupa,
Rumah usang ini dibina dari darah keringat,
Air mata dan derita.
Kata orang, melayu mudah lupa,
Tapi sebenarnya,
Melayu, Cina India,
Kita semua memang mudah lupa.
(TRAGEDI DULU
KINI KIAN HALUS MERAPATI KITA)
Bumi ini pernah diulit tragedi
mimpi ngeri berdarah
deritanya hingga ke tulang sendi
Anak-anak dulu takut pada pedang
dari Matahari Terbit
Anak-anak dulu gementar pada senapang
dari Barat yang jauh
Kini semua ini
usahkan gentar
malah menjadi suatu kebanggaan
terucap di lidah
pada tubuh-tubuh
pada mata dan budaya
Jika dahulu mereka menjajah fizikal kita
kita tentang dengan minda merdeka
Namun hari ini,
mereka menjajah minda anak-anak kita
Tanpa minda merdeka, mampukah fizikal kita
menjadi benteng kemerdekaan?
Tragedi dahulu,
kini perlahan-lahan
halus, diam, merapati kita
bersahabat dengan minda anak-anak kita
Rakyat Malaysia berbangga semangat patriotik di jiwa Datuk Faiz.
Tabik Hormat 3 kali untuk Datuk Faiz.
Merdeka ! Merdeka ! Merdeka ! ( Sehati Sejiwa )
SALAM KEMERDEKAAN KE-58 MALAYSIA TERCINTA!
Salam Kemerdekaan Malaysia Tercinta,
Kibaran Jalur Gemilangmu tak jemu berkibar;
Tersenyum megah penuh bangga,
Kukagumi semangatmu sentiasa berkobar-kobar.
Kau tak pernah kenal erti kalah,
Apa pun dugaan kau hadapi dengan tabah;
Di mana pun berada kau berkibar megah,
Demi mengekalkan kibaranmu rakyat harus berubah.
Berubah untuk memikirkan kepentingan negara,
Keamanan dan keharmonian matlamat utama;
Semangat rakyatnya terus membara-bara,
Menjadikan realiti impian 1Malaysia.
Salam Kemerdekaan untuk Datuk Seri,
Semoga hidupmu penuh keberkatan;
Jasamu sentiasa mewangi di hati,
Perjuangan terdahulu masih diteruskan.
Justeru rakyat Malaysia patut berbangga,
Mempunyai pemimpin yang tak pernah jemu,
Membela nasib rakyat di mana saja berada,
1Malaysia menjadi kenyataan itu yang dimahu.
1Malaysia menjadi kenyataan itu yang dimahu,
Rakyat Malaysia bersatu aman damai;
Negara aman rakyatnya pelbagai kaum bersatu,
Bersatu hati mengharmoniskan Malaysiaku ini.
Bersatu hati mengharmoniskan Malaysiaku ini,
Antara pemimpin dan rakyat sentiasa menghormati;
Sehati senada sejiwa saling memahami,
Akan terpancarlah kegembiraan di hati Datuk Seri.
Akan terpancarlah kegembiraan di hati Datuk Seri,
Rakyat Malaysia sentiasa bersatu hati:
Berkorban apa saja demi Malaysiaku ini,
Bahagia rakyat Malaysia aman dan damai.
Bahagia rakyat Malaysia aman dan damai,
Tiada berburuk sangka sesama sendiri;
Yang difikirkan keamanan negara ini,
Kemerdekaan Malaysia akan sentiasa dikecapi.
Kemendekaan Malaysia akan sentiasa dikecapi,
Andai rakyatnya saling sanggup berkorban;
Mempertahankan negara biarpun tsunami datang membadai,
Makanya Malaysiaku merdeka sentiasa berkekalan.
Malaysiaku kekal merdeka selamanya,
Barulah tenang roh Bapa Kemerdekaanku;
Bersyukur pemimpin dan rakyatnya,
Kemuliaan Jalur Gemilang sentiasa di hatiku.
Kemuliaan Jalur Gemilang sentiasa di hatiku,
Ingin kuajak rakyat Malaysia menghargainya;
Teringat dengan keperitan perjuangan Tunku,
Mendapatkan Kemerdekaan Negaraku yang tercinta.
Selamat Menyambut Hari KeLahiran,
Buat Negaraku Malaysia tercinta:
Kumengerti keperitanmu mengharungi perjuangan,
Sabarlah kesetiaanmu kami hargai sentiasa.
Sambutan Kelahiranmu Yang Ke-58 ini kuberjanji,
Bersumpah setia mengekalkan kerharmonianmu,
Moga kau tidak akan disakiti lagi,
Oleh musuh durjana ingin menjatuhkanmu.
Salam Kemerdekaan Buat Negaraku yang dicintai,
Moga kau sentiasa gembira selalu;
Kesetiaanmu sentiasa kami sanjungi,
Berkibarlah dengan megah serta bangga tanpa jemu.
Karya: Ratu Rimba Niagara
31 Ogos 2015
(Diilhamkan Bersempena Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan
Malaysia Ke-58 Bermula 31 Ogos 1957 - 31 Ogos 2015)
(BERSEMPENA MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-58 MALAYSIA TERCINTA.
(DISIARKAN PUISI SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA TERCINTA SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE- 58 ISTIMEWA UNTUK SELURUH RAKYAT MALAYSIA TERCINTA BERSAMA KITA MENCINTAI MALAYSIA AGAR TERUS KEKAL MERDEKA UNTUK DIWARISKAN KEPADA ANAK CUCU TERCINTA)
'SALAM CINTA KASIH DAN SAYANG UNTUK PERDAMAIAN SELURUH
DUNIA '
Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Daripada,
Ratu Rimba Niagara Pujangga Seribu Zaman,
Srikandi Sastera Raja-Sultan Nusantara @ Pujangga Nusantara
Cinta 5 Benua Malaysia,Indonesia, Brunei, Singapura, Thailand,
202 Negara Dunia & Seluruh Dunia Kecuali Israel,
16 Zulkaedah 1436H
31 Ogos 2015
SELAMAT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA TERCINTA!'
'KUCINTA DAN SAYANGIMU SAMPAI HUJUNG NYAWA!
' NYAWAKU INI JADI TARUHAN DEMI CINTAKU PADAMU'
'INILAH HADIAHKU UNTUK GENERASI KINI DAN AKAN DATANG MALAYSIA,
UCAPAN TULUS IKHLAS SEMPENA MERAIKAN HARI KEPUTERAAN KDYMM SULTAN HASSANAL BOLKIAH KE 69 , HARI KELAHIRAN PUJANGGA RATU RIMBA NIAGARA CINTA 5 BENUA 13 OGOS 2O15, DIRGAHAYU KEMERDEKAAN INDONESIA 17 AGUSTUS 2015 DIRGAHAYU KEMERDEKAAN MALAYSIA 31 OGOS 2015'
KH. Abdullah Gymnastiar
·
Pastikan kita selalu berterima kasih atas sehalus apapun kebaikan orang, dan jangan berharap terima kasih atas sebesar apapun amal kita
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
16 ZULKAEDAH 1436H
31 OGOS 2015
(Sejati Sejiwa)
Kita menikmati erti kemerdekaan selama 58 tahun ini, kita semua sepakat mengakui inilah kemerdekaan yang kita ucapkan, kita banggakan,
tetapi kita tidak tahu maksud sebenar apa itu kemerdekaan ?? Merdekakah kita??
Sehati sejiwa
Kita bersama rasa, seia sekata, sependapat, saling menyayangi antara dua insan,
susah sama diharungi, manis sama dikecapi dan pahit maung sama dirasai.
Kita menghayati erti kemerdekaan mengharungi hari-hari mendatang tanpa kita sedari kita lupakan perjuangan nenek moyang kita…
Sehati sejiwa…
Ku lontarkan pertanyaan ini kepada diri ku sendiri..
Dimana bangsaku, dimana kedudukan ku, dimana agama ku, di mana rakan ku??
Aku yang berpijak di bumi malaysia seperti aku yang asing di bumi ini..
Laungan satu malaysia yang ku dengari selama ini.. adakah ianya benar-benar tercapai??
Sehati sejiwa…
Lautan api sanggup direnangi genggam bara sampai jadi abu, berpantang ajal sebelum maut, itulah nenek moyang kita yang sudah pun berkorban demi anak cucu kita..
Kitalah yang menikmati bersama-sama … ibarat menanam pokok durian yang bertahun-tahun menunggu hasil nya…
Sehati sejiwa…
Biarpun kita tidak sama fahaman, ideologi,politik, agama, bangsa dan tidak satu tanah. Namun, kita semenanjung sabah dan sarawak mengakui inilah malaysia kita yang dibanggakan.
Kita memerlukan diantara satu sama lain..
Kita tidak racist, kita tidak pilih kasih, kita sehati sejiwa…
Sehati sejiwa…
Janganlah kita robohkan kota kemerdekaan yang dibina selama ini… bersatu hatilah memacu perpaduan ekonomi negara kita…
Bersatulah kita semua mengembling tenaga, jangan biarkan anasir luar menjajah kembali negara kita.
Cukuplah kita semua dijajah oleh pemikiran dan fahaman luar yang kita tidak akan dapat merdekakan ianya kembali…
Sehati sejiwa…
Akhirnya aku mengalah… inilah negara kita, tidak mampu bertahan lagi…. kerana anak bangsa ku sendiri yang merobohkan sendiri istana kemerdekaan…
- PELANGI CINTA BERBUNGA SYURGAPabila rindu dendamsudah terpadamhilang segala cinta terpendamyang ada derita di tungku hati remuk redamapi cinta terus terpadamKeyakinan menghidupkan cintaterlalu menyeksakanketabahan perludengan adanya ketulusan hatibercinta karena-Nyapasti pelangi cintaberbunga Syurgaterkuntum di kalbuserinya dipelukan rindusyahdu dalam gaun pengantinbersuterakankiriman dari Syurga Ilahibahagia dinantidi perdu rindu Syurgabagaikan pengantin diRajadari Merak Kayangancantik jelitarupawan tertawandi sejadah cintaSyukurlah pada IlahiKARYA PUTRI RIMBA NIAGARA20 Jun 2012
- 1 Balasan
0 comments:
Post a Comment