SASTERAKU ANUGERAH-NYA TERINDAH (271) PERTAHANKAN KEMERDEKAAN NEGARA KERANA ALLAH
1 ZULKAEDAH 1434H
7 SEPTEMBER 2013
- Alhamdulillah.. Rupanya Tengku dr keluarga yg berjiwa pemimpin.. Terbaiklah teruskn Usaha mencurahkn bakti Utk negara kita .
JAMBANGAN UCAPAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA KESATRIA SEMUA.
TERIMA KASIH DUHAI KESATRIA DIRAJA NUSANTARAKU,
SOKONGANMU MEMANG KUNANTIKAN,
KERANA KAU PENIUP OBOR API PERJUANGANKU,
TANPA SOKONGANMU SASTRAKU DI PINGGIRAN.
KETULUSAN HATIMU AMAT KUHARAPKAN,
CINTA IBU PERTIWI BUKAN GURAUAN,
KUBERBAKTI BUKAN HARAP BALASAN,
HANYA SEGUGUS DOA TANDA INGATAN.
DI TUGU INGATAN CINTA KITA BERSEMI,
JURAIAN AIR MATA BERGUGURAN,
DIIRINGI DOA RESTU TANDA MENCINTAI,
PADA KESATRIA YANG GUGUR DALAM PERJUANGAN.
HIDUP ADALAH SATU PERJUANGAN,
TAKKAN BERHENTI SELAGI NYAWA ADA,
KEPADA SEMUA JASAMU DALAM KENANGAN,
KULIPAT KEMAS DIHATI SELAGI HAYAT KU ADA.
(PETIKAN DARIPADA GALERI KESATRIA SASTRA DIRAJA NUSANTARA PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
28 Syawal 1434H
4 September 2013M
28 Syawal 1434H
4 September 2013M
- Ratu Rimba Niagara BERSAMA REALITIKAN CITA MOYANG HULUBALANG KITA
Duhai hulubalangku...
Sudah lama ku nantikan kedatanganmu
Allah telah memakbulkan doaku
Mengirimkan rakan seperjuangan
Untuk susah senang bersama
Duhai hulubalangku
Adakah kau ingat sumpah setia
Moyang hulubalangmu moyang hulubalangku
Agar jangan sesekali aku dan kau menjadi
Pendekar derhaka kepada Raja Bugis
Tidak akan izinkan mana-mana rakyat
Menjadi rakyat derhaka yang pasti membawa padah
Makanya jangan sesekali kau mahu berpaling tadah
Dalam perjuangan yang penuh berliku ini
Duhai hulubalangku
Jangan kau herankan perjuanganku
Aku sudah terbiasa berjuang kesendiriaan
Mencapaikan hasrat nenek moyangku yang tak tercapai
Tapi andainya kau sanggup
Melupakan kepentinganmu demi merealitikan
Hasrat dan cita-cita moyang hulubalangmu
Sudilah bersamaku
Susah senang kita bersama
Andainya aku gugur dulu sebelummu
Kau teruskanlah perjuangan ini
Aku setiasa bersamamu
Kerana setiap langkah perjuanganmu
Adalah bayanganku
Roh perjuanganku telah bersemadi di jiwamu
Bersemadi juga di jiwa anak bangsa....
Kerana kau dan aku telah ditakdirkan
Untuk mencapaikan hasrat moyang hulubalang kita...
Rakan seperjuanganmu,
PUTRI RIMBA NIAGARA
AKULAH SANG PUTERI YANG DIKATAKAN HILANG ITU
AYUH BERSAMAKU TERUSKAN PERJUANGAN....
4 September 2013
28 Syawal 1434H - Joshua Josyffa Telah hadir moyang hulubalang di sekeliling ku
Membawa dingin deru angin laut
pendekar Raja Bugis tdk akn pernah mnderhaka
Disisip semangat waja
Yg dikendong dr zaman ke zaman..
Mncari seluruh keturanan
Derap langkah tak pernah sunyi
Kala deru angin semangat laut mnyapa pipi
Telah lama aku mncari
Gerombolan pendekar ku yg tlh hilang..
Hadirlah puteri bintang hati
Kembali menerangi mlm sunyi
Aku hanyalh penyambung tradisi
Mngutip sisa peejuangan yg kian pasti
Kembalilah puteri belahan hati
Hiupkn kembali semangat yg hampir mati.... - Ratu Rimba Niagara Hadirlah kanda hulubalangku Daeng Anggun
Hadirlah bersama semangat juang dinda
Dinda kesendiriaan berjuang selama ini
Turunkanlah segala ilmu kependekaran kanda kepada dinda
Dinda selama ini hanya berbekal semangat juang
Tanpa ada kekuatan kependekaran seperti kanda hulubalang Daeng Anggun....
Bisakah kanda mengajar dinda yang lemah
Dalam selok belok ilmu kependekaran
Dinda mahu jadi seperti Tun Teja
Yang perkasa di medan juang
Dinda percaya kanda adalah hulubalang
Yang terhandal dalam ilmu persilatan melayu nusantara
Sebab itu kanda dilantik menjadi hulubalang Raja Bugis...
Dinda amat hargai jasa baik kanda
Dinda mahu benar-benar mengusai ilmu kependekaran
Selama ini dinda cuma mengarangkan pantun. gurindam, puisi , Syair kependekaran...dalam karya dinda ...dinda bayangkan Dindalah pendekarnya....makanya dinda mencabar diri dinda Sendiri mahu menjadi pendekar seperti kanda...bisakah kanda hulubalang Daeng Anggun? - Joshua Josyffa menjadi hulubalang tdk semudah kata
darah yg mngalir hendaklh dikota
bkn hanya puisi syair dan gurindam mnjadi senjata
hadirkn lah dlm hatimu
duhai dinda
semangat pendekar pahlawan kita
Raja Bugis tak pernah mnyimpan penderhaka
andai malu dimuka
matilah natijahnya
kini perjuangan kita brdua
seiring semangat indera mahkota
bangkit lah hadirlah seluruh semangat waja
dinda tidak lg sendirian bersenjata
kanda kan brsama mngajar dinda
mnjadi hulubalang trkemuka..andai itu
harapan dan cita cita.... - Ratu Rimba Niagara terima kasih kanda hulubalang
kerana sudi turunkan ilmu kependekaran pada dinda
kependekaran kanda memang menjadi kebanggaan dinda
tidak salah dinda memilih kanda sebagai rakan seperjuangan
tapi sebelum kanda menurunkan ilmu kependekaran kanda pada dinda
kanda hendaklah bertarung dengan dinda dulu
menjawab semua pantun , syair . gurindam dan puisi
kerana syair, gurindam , puisi pantun bertemakan kependekaran
jika lulus ujian kanda bertarung di medan juang pantun kependekaran
barulah kanda boleh turunkan ilmu kependekaran kanda pada dinda
barulah win win iya kan kanda hulubalangku Daeng Anggun yang tercinta
buah hati pengarang jantungku di kala sepi mencengkam jiwa.... - Ratu Rimba Niagara GURINDAM & PANTUN RAJA DENGAN HULUBALANG RAJA (Bhg 1)
RAKYAT SENTIASA MENJUNJUNG KASIH DITAATI SEGALA TITAH
Daulat Tuanku...
Raja adil raja disanjung
Raja mengasihi rakyat raja disayang
Rakyat sentiasa menjunjung kasih
Ditaati segala titah
Raja dan rakyat tak akan terpisah
Saling bekerjasama demi memakmurkan
Hidup dalam negara yang aman lagi permai
Elok rupa elok bahasa
Bahasa istana penuh santun
Raja dan rakyat saling berbahasa
Membudayakan sentiasa bahasa nan santun
Raja dan rakyat berpisah tiada
Saling kasih mengasihi demi meraih Rahmat Ilahi
Aman damailah negeri diperintah
Raja yang mementingkan rakyat
Daripada kepentingan sendiri
Moga Allah merahmati hidup dan mangkat tuanku
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin
Sembahan gurindam dari patik,
Ratu Rimba Niagara
Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua
Malaysia/Indonesi/Brunei/Singapura/Thailand
24 Jun 2013 - Ratu Rimba Niagara HULUBALANG MELAYU AKAN PERTAHANKAN INSTITUSI DIRAJA
Takkan hilang melayu di dunia,
Itu sumpah Laksamana Hang Tuah;
Bersatulah Melayu sedunia,
Itulah jiwa Laksamana Hang Tuah.
Pendekar melayu menjadi sanjungan,
Dulu kini dan selamanya;
Perdekar melayu tak akan diperlekehkan,
Disanjungi kerana kekuatan makrifatullahnya.
Melayu sakit semuanya sakit,
Kerana jiwa melayu berakar umbi;
Bersatu berpadu melayu hilanglah sakit,
Itulah bukti melayu sudah satu hati.
Melayu pencetus kebangkitan ummah,
Jiwa islam mahu mati fisabilillah;
Pendekar melayu akan satukan ummah,
Kerana mahu mati dalam fisabilillah.
Jiwa pendekar melayu tak takut mati,
Anak jantan melayu pantang dicabar;
Akan bertarung tak undur walaupun seinci,
Nyawa jadi taruhan jika dicabar.
Melayu hina melayu kepantang melayu,
Pahlawan melayu akan turun ke gelanggang;
Bermandikan darah hebatnya pahlawan melayu,
Nyawa jadi taruhan tanda kasih dan sayang.
Melayu kuat kerana bersatu,
Kutuk mengutuk hina menghina;
Bukan jiwa pendekar melayu,
Yang ada membela yang teraniaya.
Institusi Raja melayu dipertahankan rakyat,
Raja sekarang selalu muafakat;
Muafakat Raja bersama rakyat,
Raja dan rakyat hidup penuh berkat.
Hulubalang sultan sedia berbakti,
Pada raja berjiwa hamba-Nya;
Rela pertaruhkan nyawa demi raja dikasihi,
Laksamana lambang kepahlawanan sejati.
Nusantara bumi bertuah dihuni bangsa melayu,
Raja dan rakyat saling menyanjungi;
Kata sepakat semua rumpun melayu,
Barulah mengundang Rahmat Kasih Ilahi.
Melayu oh! melayu
Perwira oh! perwira
Pahlawan oh! pahlawan
Pendekar oh! pendekar
Laksamana oh! laksamana
Hulubalang oh! hulubalang
Berjuanglah kalian
Hingga ke titisan darah terakhir
Fisabilillah lah kamu jangan jemu
Syahidmu di medan juang
Allah sayang padamu
Syurga Firdausi tempatmu
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Syukurlah olehmu kerana Allah memilihmu
Syahid ke jalan-Nya
Pendekarku kau adalah TENTERA ALLAH
Aku bangga denganmu
Sekalung bunga Syurga kukirimkan padamu
Percayalah bidadari menantimu di Syurga Firdausi
Balasan syahidmu ikhlas kerana-Nya
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
25 Jun 2013
(PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA KEPADA SEMUA YANG BERGELAR TENTERA FISABILILLAH YANG RELA SYAHID KE JALAN-NYA) - Ratu Rimba Niagara REVOLUSI BERTANJAK
Revolusi bertanjak
Raja bertanjak
Pemimpin bertanjak
Tak akan berlaku revolusi
jika cuma Raja dan pemimpin bertanjak
Suka tak suka
akan berlaku revolusi
jika sekiranya
seluruh rakyat bertanjak
dan memahkotakan
tanjak yang terbaik
bertahtakan
kekuasaan rakyat memilih
siapakah pemimpin yang terbaik untuk mereka
dan memartabatkan Raja
untuk mengukuhkan lagi
sesebuah negara
yang sentiasa mengutamakan rakyat
daripada kepentingan sendiri
kerana kekuasaan rakyat
sentiasa dijunjung pada
tanjak anugerah rakyat
untuk pemimpin dan Raja
itulah revolusi yang sebenarnya!
jika itu terealiti
makanya
antara rakyat pemerintah dan Raja
berpisah tiada
kerana senada seirama
memajukan negara
dalam suasana
aman harmoni
tanpa
mengundang
ketidakadilan
dalam memegang tampuk kekuasaan
kekuasaan adalah milik semua
dan semua berhak
untuk hidup dalam
negara sendiri yang merdeka!
Revolusilah rakyat
Revolusilah pemerintah
Revolusilah Raja
Revolusilah negara
Barulah negaraku akan terus merdeka
Dalam ertikata yang sebenarnya
Negaraku yang merdeka dan berdaulat!
Merdeka!Merdeka!Merdeka!
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
31 Ogos 2012
(PUISI DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-55 TAHUN PADA 31 OGOS 2012/INDONESIA 17 AGUSTUS 2012 & MEMBERI SOKONGAN KEPADA INSTITUSI DIRAJA DAN SEMUA PAHLAWAN MELAYU RUMPUN NUSANTARA) - Ratu Rimba Niagara TENTERA GERILA RIMBA NIAGARA BERANI MATI DI MEDAN JUANG!
PUTRA ARJUNA DATANGMU DI MEDAN PERANG SASTRA NUSANTARAKU DATANG DISAMBUT DIRAIKAN OLEH GERILA TENTERA GORILA RIMBA NIAGARA TENTERA-TENTERA GERILA, KOMANDO KU SUDAH DILATIH TERLATIH DALAM ILMU
PERANG...SETIAP HARI KAMI ADA KOMANDO-KOMANDO TENTERA MELATIH PASUKAN TENTERA KAMI...TENTERA KAMI SEMUANYA HATI KERING TAK TAKUT MATI...JIKA SEINCIPUN BUMI RIMBA NIAGARA DICEROBOH MUSUH DURJANA SENGAJA MAHU MEMBUAT BENCANA BERARTI MAUT SEDANG MENUNGGU MEREKA. MEREKA BILANG MEREKA BERANI MATI DAN TENTERA KAMI PUN BERANI MATI.....MATI MEREKA MATI KATAK...TAPI MATI KAMI MATI SYAHID ...ITU BEZANYA KAMI DENGAN MEREKA WALAUPUN KAMI DAN MEREKA BERAGAMA ISLAM...BUKAN KAMI TAK AJAK BERUNDING CARA BAIK CARA PALING SANTUN TAPI MEREKA TERGAMAK MEMBUNUH TENTERA GERILA KAMI BEGITU KEJAM! TAHAP KESABARAN KAMI HILANG...DAN KAMI BUKAN PENGECUT...MAKANYA KAMI ISTIHARKAN PERANG SYAHID....TENTERA RIMBA NIAGARA SEMUANYA PAKAR DALAM PENGGUNAAN SENJATA CANGGIH...SETAKAT TENTERA MEREKA YANG ADA ITU...IN SHAA ALLAH MEREKA AKAN MENYERAH DIRI DALAM MASA TERDEKAT INI...JIKA MEREKA MASIH BERDEGIL TIDAK MAHU TINGGALKAN RIMBA NIAGARA BERARTI MAUT MENANTI MEREKA...!
MULAI HARI INI DAN DETIK INI...KAMU ADALAH SALAH SEORANG DISAHKAN MENJADI TENTERA GERILA KAMI...JIKA KAMU SUDAH MASUK DI KEM TENTERA KAMI JANGAN NGGAK-NGGAK KAMU CUBA PERSENDAKAN SETIAP SYARAT-SYARAT YANG TELAH RATU RIMBA NIAGARA KENAKAN ATAS KAMU...JIKA KAMU MELANGGARNYA MAKANYA HUKUMAN PANCUNG SAMPAI PUTUS LEHERMU...ADAKAH KAMU SANGGUP DUHAI PUTRA ARJUNA? JIKA KAMU NGGAK SANGGUP LEBIH BAIK KAMU MUNDUR SEKARANG!
RATU RIMBA NIAGARA
RATU YANG MEMERINTAH RIMBA NIAGARA
6 Mac 2013
· - Ratu Rimba Niagara TELAH TERCATAT SEJAK AZALI AKU PEJUANG SYAHID DEMI-NYA
BERSAMA MEMPERTAHANKAN NEGARA DENGAN APA CARA SEKALI PUN....." BERAT SAMA DIPIKUL , RINGAN SAMA DIJINJING " PERPADUAN ASAS KEUTUHAN NEGARA
By: Khai Noor
SIAPA BERANI MEMUSUHI IBU PERTIWIKU
MERIAM INI AKAN TAK HENTI BERDENTAM DENTUM MEMBUNUHMU
KALAU BERANI SILAKAN....
INI ANAK JANTAN DARI KERABAT DIRAJA JEMBAL
RELA MATI DEMI MEMPERTAHANKAN AGAMA BANGSA & NEGARA...
By: Ratu Rimba Niagara
MALAYSIA SELAMANYA MERDEKA SELAGI DUNIA BELUM KIAMAT!
TIADA PEMIMPIN TIADA NEGARA
TIADA NEGARA TIADA RAKYAT
TIADA RAKYAT TIADA TENTERA
TENTERA BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT & PEMIMPIN
SALING SOKONG MENYOKONG KE ARAH NEGARA SEJAHTERA
TANPA SESIAPAPUN BERANI MENCEROBOH KEDAULATAN NEGARA TERCINTA! MERDEKALAH MALAYSIA SELAMANYA SELAGI DUNIA BELUM KIAMAT..
IN SHAA ALLAH AAMEEN.
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
5 Mac 2013 - Ratu Rimba Niagara MOGA KAMU SEJAHTERA DI DUNIA SENJAHTERA DI SYURGA
PANTANG ANAK JANTAN MELAYU DICABAR...
MAKANYA TIADA MASA MENUNGGU MEREKA YANG PENGECUT
PEJUANG FISABILILLAH SENTIASA BERSIAP SIAGA DI MEDAN PERANG DEMI MENYAHUT SEMBOYAN IBU PERTIWI!
DUHAI PERWIRA-PERWIRA MALAYSIA
KAMI RAKYAT MALAYSIA SENTIASA BERSAMA PERJUANGANMU
KAMU BERJUANG DEMI KESEJAHTERAAN KAMI
KAMI SYUKUR
KAMI TERHARU
KAMI DOAKAN KAMU SEJAHTERA JUGA
SEJAHTERA DI DUNIA SEJAHTERA DI SYURGA...AAMEEN.
RATU RIMBA NIAGARA
5 Mac 2013 - Ratu Rimba Niagara HARIMAU PERANG TAK TAKUT MATI DI MEDAN PERANG!
demi tanahairku yang tercinta
aku akan perang habis-habisan
darahku
nyawaku
perjuanganku
hidup matiku hanya untuk Allah
tak akan aku gentar
walau beribu datang menyerang
akan aku tentang habis-habisan
aku hidup untuk Allah
aku mati untuk Allah
aku berjuang kerana Allah
aku cumalah hamba Allah
yang dipilih Allah untuk ke jalan-Nya
perjuangan demi kerana Agama Bangsa & Negara adalah duniaku
makanya aku tak takut mati jika aku mati di medan juang
aku adalah tentera Allah yang berani mati demi-Nya
aku redha hidupku sebagai seorang pejuang
sudah tercatat di Azali aku seorang pejuang-Nya
aku syukur sebanyak-banyak-Nya
kerana aku berjuang demi agama bangsa dan tanahair
untuk meraih cinta-Nya
moga perjuanganku dibalas syahid...
AAmeen Ya Rabba A'Lameen.
Karya Ratu Rimba Niagara
5 Mac 2013
(PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK HARIMAU PERANG & SEMUA TENTERA FISABILILLAH YANG MAHU SYAHID KE-JALAN-NYA)
· - Ratu Rimba Niagara SYAHIDMU MEWANGI SAMPAI SYURGA
Duhai malam...
Bisakah kau mengerti
Denyut nadiku
Seakan terhenti
Memikirkan kenapa menjelmanya malam
Sedangkan aku masih mahu mencintai ibu pertiwi sepenuh hati
Memohon datangnya ilham dari-Nya
Agar aku terus menarikan jemariku ini
Dengan syair puisi nan indah
Untuk kukarangkan pada perwira-perwiraku
Yang sedang berjuang di medan perang
Tanpa memikirkan keselamatan diri sendiri
Rela pertaruhkan nyawa demi ibu pertiwi
SUBHANALLAH
Betapa suci murni cinta perwiraku pada ibu pertiwi
Duhai perwiraku
Setitis keringatmu
Setitis darahmu
Yang gugur di bumi
Menjadi saksi syahidmu di medan juang
Teruskan perjuanganmu
Jangan kamu mundur biarpun setapak
Jika kamu cuba mundur berarti rakan seperjuanganmu akan
Menembakmu karna pantang anak jantan mundur di medan perang...
Duhai perwiraku...aku tahu kau tak akan mundur
Karna matlamatmu jelas dalam perjuangan
Mahu mati dimedan juang
Demi agama bangsa dan negara...
Di kala kau mencari musuh
Nyawamu sudah berada di hujung tanduk
Tapi itu tidak kau hiraukan
Kau biarkan tubuhmu dihujani peluru
Kau biarkan tubuhmu bermandikan darah
Sambil tersenyum
Memandang ke langit ke tujuh
Bidadari Syurga sedang menantimu di pintu Syurga
Selamat berbahagia dikau duhai perwiraku
Atas syahidmu ke jalan-Nya
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR...
Setitis keringat dan darahmu
Ada Nilaian Di Sisi-Nya...
Perjuangan syahidmu mewangi sampai di Syurga
AAMEEN YA RABBAL A'LAMEEN
Karya Ratu Rimba Niagara
5 Mac 2013
(DIILHAMKAN PUISI,'SYAHIDMU MEWANGI SAMPAI SYURGA' ISTIMEWA UNTUK PARA PERWIRA YANG SEDANG BERJUANG DI MEDAN PERANG) - Ratu Rimba Niagara ASKARKU SI BAJU HIJAU...
AKU TABIK HORMAT DENGAN KEBERANIAN BERANI MATIMU DEMI AGAMA BANGSA & NEGARA...MOGA SYAHIDMU DITERIMA ALLAH SWT AAMEEN.
SEKALUNG BUNGA CINTA IBU PERTIWI KEPADA SEMUA WIRA NEGARA YANG RELA MATI DI MEDAN JUANG...SELAMAT BERJUANG HINGGA KE TITISAN DARAH TERAKHIR!
TANPAMU SIAPALAH KAMI ...PASTI SEMUA RAKYAT MALAYSIA TINGGAL DI BUMI SENDIRI DALAM KEADAAN TIDAK AMAN MAKA DARI ITU SETITIK KERINGATMU DAN DARAH PERJUANGANMU YANG GUGUR KE BUMI AKU AMAT HARGAINYA. MOGA SYURGALAH TEMPATMU ATAS SEGALA PENGORBANANMU PADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA YANG TERCINTA. AAMEEN YA RABBAL A'LAMEEN.
By Ratu Rimba Niagra - Ratu Rimba Niagara TANDA AKU CINTA PADA IBU PERTIWI
INILAH BARISAN KITA
YANG RELA BERJUANG
TAK TAKUT MATI TIKA BERJUANG
DEMI AGAMA BANGSA DAN NEGARA
SENTIASA SIAP SIAGA
SENTIASA GAGAH
SENTIASA PERKASA
SENTIASA BERTEGAS PADA MUSUH DURJANA
TAK AKAN BERUNDUR BIARPUN SETAPAK
BIAPUN AKU DIHUJANI PELURU
BERMANDIKAN DARAH
AKU RELAKAN
ASALKAN NEGARAKU
SEJAHTERA BUAT SELAMANYA
TANDA AKU CINTA PADA IBU PERTIWI
PADA TUHAN AKU MERAYU
AGAR AKU MATI SYAHID
ITULAH MATLAMATKU
YANG KUDAMBAKAN DALAM WIRAKU PADA NEGARA
IN SHA ALLAH AAMEEN YA RABBAL A'LAMEEN.
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
21 Rabiulakhir 1434H
3 Mac 2013M
PERWIRAKU BERJUANGLAH DIKAU HINGGA KE TITISAN DARAH TERAKHIR...MOGA SYAHIDLAH TEMPATMU AAMEEN.
By: Ratu Rimba Niagara
TENTERA DARAT UDARA LAUT POLIS & SEMUA PERTUBUHAN PAHLAWAN NEGARA MALAYSIA AKAN BERGABUNG DAN SETIASA BERSIAP SIAGA MEMPERTAHANKAN DARIPADA SEGALA ANCAMAN MUSUH NEGARA BIARPUN NYAWA JADI TARUHAN! - Ratu Rimba Niagara DEMI-NYA BERJUANG HINGGA KE TITISAN DARAH TERAKHIR
di sini tanah tumpah darahku
tak akan kubiarkan
biarpun seinci diceroboh musuh durjana
akan aku pertahankan
biarpun nyawaku jadi taruhan
di sini tanah tumpah darahku
cintaku pada ibu pertiwi
setulus cinta tanpa ada pendustaan cinta
tak akan kubiarkan ibu pertiwiku
dizalimi oleh mana-mana musuh durjana
siapa yang berani menentang
akan aku tentang
akan aku lawan
biarpun nyawa jadi taruhan
di sini tanah tumpah darahku
demi ibu pertiwi
aku rela dihujani peluru
bermandikan darah
asalkan ibu pertiwiku aman sejahtera
daripada segala ancaman musuh durjana
di sini tanah tumpah darahku
Angkatan Tentera Darat Malaysia...
sentiasa bersiap siaga
mempertahankan ibu pertiwi
kami tak takut mati bila berada di medan juang
kami berjuang...berjuang...berjuang....hingga ke titisan darah terakhir
untuk berundur di medan juang tidak sama sekali
sekali kami melangkah ...langkah kami adalah langkah seorang pejuang
Duhai rakyat Malaysia di luar sana
Jangan bimbang
Jangan takut
Keselamatan negara masih terkawal
Angkatan Tentera Malaysia...
Sentiasa berjaga-jaga ..memantau...
Di setiap inci bumi Malaysia
Masuh datang kami tentang
Kami lawan
Kami perang habis-habisan
Kami tak takut mati pabila berada di medan perang
Kami pasukan tentera yang berani mati
Demi kerana agama bangsa dan negara
Kami Angkatan Tentera Malaysia
Semuanya terlatih mahir dalam berperang
Kami dilatih untuk berani mati
Tak akan ada rasa gentar bila berhadapan dengan musuh
Semangat kami sentiasa bergelora untuk menghapuskan mereka !
Andainya kami gugur di medan juang...
Taburkan bunga-bunga ibu pertiwi
Dan kirimi doa restu
Agar kami aman di Sana...
Duhai musuh durjana
Jangan kamu fikir kami relakan negara kami dijajah olehmu
Ketahuilah kamu ...
Sekali benderaku berkibar dengan laungan
Merdeka!Merdeka!Merdeka! oleh Bapa Kemerdekaan Malaysia
Selamanyalah kekal merdeka...
Tak akan siapa berani menurunkan dan mengantikan bendera lain
Jika kamu berani silakan....
Angkatan Tentera Malaysia
Tak akan biarkan....
Sekalipun bumi Malaysia ini bermandikan lautan darah
Tak akan kami biarkan....
Akan kami perjuangkan hingga ke titisan darah terakhir
Kami pertahankan bukan untuk kepentingan kami
Semua-Nya demi cinta kami pada Tuhan, Raja Dan Rakyat Malaysia tercinta
Makanya bila-bila masa sentiasa bersiap siaga dan sentiasa bersedia
Berada di medan juang
Kami mahu mati dalam perjuangan
Perjuangan demi cintakan-Nya
Matlamat kami mati syahid di medan perang...
Moga Allah makbulkan doa kami
AAmeen Ya Rabbal A'Lameen
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
23 Rabiulakhir 1434H
5 Mac 2013M
(PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SEMUA WIRA NEGARA YANG RELA SYAHID DI MEDAN PERANG)
SEKALUNG BUNGA CINTA IBU PERTIWI KEPADA SEMUA WIRA NEGARA YANG RELA MATI DI MEDAN JUANG...SELAMAT BERJUANG HINGGA KE TITISAN DARAH TERAKHIR!
TANPAMU SIAPALAH KAMI ...PASTI SEMUA RAKYAT MALAYSIA TINGGAL DI BUMI SENDIRI DALAM KEADAAN TIDAK AMAN MAKA DARI ITU SETITIK KERINGATMU DAN DARAH PERJUANGANMU YANG GUGUR KE BUMI AKU AMAT HARGAINYA. MOGA SYURGALAH TEMPATMU ATAS SEGALA PENGORBANANMU PADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA YANG TERCINTA. AAMEEN YA RABBAL A'LAMEEN.
By: Ratu Rimba Niagara
4 Mac 2013 - Ratu Rimba Niagara PERWIRAKU PERGILAH DIKAU DENGAN AMAN SEJAHTERA
Perwiraku pergilah dikau dengan aman sejahtera
Pemergiaanmu kutangisi
Dalam sedu sedan
Kaulah perwiraku
Yang rela gugur di medan juang
Demi kesejahteraan rakyat Malaysia
Perwiraku pergilah dikau dengan aman sejahtera
Hatimu Semurni Syurga...
Tanpa mementingkan diri sendiri
Kau rela dihujani peluru
Bermandikan darah
Demi membela nusa dan bangsa yang tercinta
Perwiraku pergilah dikau dengan aman senjahtera
Setitis peluhmu
Setitis darahmu
Yang gugur ke bumi
Akan kami bela
Tak akan kami biarkan kamu mati tanpa dibela
Perwiraku pergilah dikau dengan aman sejahtera
Tika kalian dibunuh dengan kejam oleh pengganas Sulu...
Syurga sedang tersenyum menantimu
Kami di sini bagaikan ditoreh disiat-siat hati kami
Alangkah bahagianya jika kami ada di saat itu...
Kita berjuang bersama-sama
Bersama dihujani peluru
Bersama bermandikan darah
Sambil melaungkan
Takbir
ALLAHU AKBAR
Allah kami datang kepada-Mu Allah...
Kami sedang bermati-matian untuk-Mu Allah...
Untuk-Mu kurela berkorban apa saja demi-Mu
ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR
Waktu paling indah kita berzikir membesarkan Nama Allah...
Di saat-saat dihujani peluru bermandikan darah...
ALLAHU AKBAR syahdunya di kala itu
Terlalulah indah tak dapat hendak dibayangkan
Bagi kami yang dambakan mati syahid...
Perwiraku pergilah dikau dengan aman sejahtera
Kami di sini rakan seperjuanganmu akan menyusulmu
Tunggulah kami di pintu Syurga Firdausi...
Menikmati kemenangan Islam di bumi Allah tercinta demi-Nya
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
5 Mac 2013
(PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SEMUA PERWIRA YANG GUGUR DI MEDAN JUANG & PERWIRA YANG SEDANG BERJUANG DI MEDAN PERANG)
2.8KAnda dan 2.8K yang lain
389 Komen
84 Perkongsian
Suka
Komen
Kongsi
- TANGGUNGJAWAB SEMUA PARA PENCINTA PATRIOTIKAdalah tanggungjawab semua para pencinta patriotik menyubur suburkan obor api perjuangan cintakan negara di jiwa anak bangsa, barulah MALAYSIA boleh senyum dalam kibaran Jalur Gemilang yang megah gagah dan akan dipertahankan hingga ke titisan darah terakhir! Jangan dipersiakan peluang yang masih ada untuk mengekalkan nikmat "KEMERDEKAAN" dari satu generasi ke satu generasi dalam maju jaya aman damai dan itulah yang dimahukan oleh para pahlawan yang telah gugur di medan juang demi meraih KEMERDEKAAN untuk dihadiahkan generasi akan datang!SELAGI ADA USAHASELAGI ADA KEYAKINANSELAGI ADA KEPERCAYAANSELAGI ADA KESETIAANMATLAMAT PERJUANGAN TERCAPAIUNTUK DIHADIAHKANKEMERDEKAAN INIPADA ANAK BANGSASAMPAI BILA-BILARatu Rimba Niagara30 Ogos 2020
- Suka
- · Balas
- · 5j
- MERIAHNYA MALAYSIA SETIAP KALI MENJELANG HARI KEBANGSAAN!Setiap kali menyambut Hari Kemerdekaan seluruh rakyat Malaysia gembira tanda syukur kita telah merdeka 63 tahun lamanya. Kerajaan selalu menyeru kibarkan Jalur Gemilang tapi berapa kerat sangat yang menyahut seruan kerajaan. Lihat saja di jalan raya, boleh dikatakan 99% tidak mengibarkan Jalur Gemilang di kenderaan.Di negara yang bergolak seperti Palestin sanggup pertaruhkan nyawa mengibarkan bendera kerana inginkan kemerdekaan Tanah Air mereka daripada kekejaman Israel. Betapa mereka mengharapkan sangat kemerdekaan negara tanpa dijajah oleh Israel.Justeru untuk memupuk budaya mengibarkan Jalur Gemilang setiap kali menjelangnya Hari Kebangsaan adalah dicadangkan mana-mana kenderaan yang tidak mengibarkan Jalur Gemilang dikenakan kompaun RM100.00 Pihak polis boleh memainkan peranan. Setelah membayar kompaun Jalur Gemilang dipasangkan di kereta mereka. Begitu juga di rumah-rumah kediaman dan premis perniagaan .Wang kompaun boleh dimasukan ke dalam tabung , "PAHLAWAN" untuk membantu pahlawan yang telah banyak berjaya kepada negara.Pasti setiap kali menyambut hari Kebangsaan meriah dan bilamana pihak musuh melihat semangat patriotik di jiwa setiap rakyat Malaysia mereka pasti tidak bercita-cita untuk menjajah Malaysia.Ini sekadar cadangan untuk Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin pertimbangan.Yang Mencadang,Rabeah Mohd Ali @ Ratu Rimba Niagara30 Ogos 2020
- Suka
- · Balas
- · 5j
- Alhamdulilah ...Tahniah YAB TSMY PM Terbaik. Semoga Bulan Merdeka ini DiRahmati Allah SWT...Yang Terbaik. Mantap. AamiinX3 Ya Rabbal Aalamiin.9
- Suka
- · Balas
- · 7j
1 Balasan - YAB TSMY PM terbaik. Alhamdulillah semoga kita dipayungi rahmat dan kasih sayang Allah sepanjang hayat dikurniakan keredhaan allah Aamiin ya rabbal21
- Suka
- AlhamdulillahTANGGUNGJAWAB SEMUA PARA PENCINTA PATRIOTIKAdalah tanggungjawab semua para pencinta patriotik menyubur suburkan obor api perjuangan cintakan negara pada jiwa anak bangsa...barulah MALAYSIA boleh senyum dalam kibaran Jalur Gemilang yang megah gagah...dan akan dipertahankan hingga ke titisan darah terakhir! Jangan dipersiakan peluang yang masih ada untuk mengekalkan nikmat "KEMERDEKAAN" dari satu generasi ke satu generasi dalam maju jaya aman damai dan itulah yang dimahukan oleh para pahlawan yang telah gugur di medan juang demi meraih KEMERDEKAAN untuk dihadiahkan generasi akan datang!SELAGI ADA USAHASELAGI ADA KEYAKINANSELAGI ADA KEPERCAYAANSELAGI ADA KESETIAANMATLAMAT PERJUANGAN TERCAPAIUNTUK DIHADIAHKANKEMERDEKAAN INIPADA ANAK BANGSASAMPAI BILA-BILA Ratu Rimba Niagara19 Ogos 2020HEBATNYA CINTA KEKASIH KEPADA PARA KEKASIH-NYAKekasihku...Kekasihku Allah SWT TuhankuKekasihku Nabi Muhammad SAWKekasihku amal penemanku di kuburanKekasihku adalah hamba-Nya pilihan Allah di LauhmahfuzKekasihku mengajar aku erti hidup berkasih sayang kerana-NyaSyurga ditempatkan kepada hamba-NyaBukanlah kerana banyaknya amalan hamba-NyaTapi dengan Rahmat Kasih-NyaYang penting sentiasa bersangka baik dengan-NyaBeramal ikhlas semata kerana-NyaTiada niat lain ikhlas kerana-NyaKekasih segala kekasihDIA lah TuhankuYang setiaMembalas cinta hamba-Nya yang ikhlasJanji-Nya pasti benarSesungguh-NyaDIAlah Yang Maha Pengasih Lagi Maha PenyayangTidak akan pernah meninggalkan hamba-NyaBiarpun sedetikTerlalu hampirKemana kita berada DIA beradaTak pernah tidur dan lalaiBersama kitaSejak Azali LagiHingga nafas terhentiSyurga adalah balasanYang terindah buat para kekasih-NyaYang DicintaiSelagi berdetak jantungYang tiada penghujung-NyaBiarpun sudah bergelar rohBegitulahCinta-Nya Allah kepada para kekasih-NyaMaka berlumba-lumbalah kita untukMenjadi kekasih-NyaKeranaDIA MahaPenyayangMemahamiSetiaMemakbulkan doaJanji-Nya pasti ditepatiKita tak akan dikecewakanSelagi mana kita beramalIkhlas kerana-NyaAndainya semua hamba-NyaMasuk ke SyurgaMasih lagi ada ruang untuk para kekasih-NyaMenghuni SyurgaKerana Syurga ituLuas seluas -luas-NYaBegitulah pemurah dan penyayang-Nya KekasihMembalas cinta kepada semua para kekasih-NyaYang hidup di muka bumiDari wujudnya Nabi Adam asHinggalah bumi ini qiamatSUBHANALLAH BEGITU HEBATNYA CINTA KEKASIHKEPADA PARA SEMUA HAMBA-NYA YANG BERGELARKEKASIH-NYAMoga kita semua tergolong menjadi kekasih-NyaAaminKarya Ratu Rimba Niagara13 Ogos 201224 Ramadan 1433HPOHONAN PELANGI SASTERA ANUGERAH-NYASubhanallah ketenangan yang menenangkan jiwa.Mencintai-Mu Allah satu ketenangan Allahu Akbar.Aku mendapat ilham bagaikan mengutip Permata Syurga berguguran dengan banyaknya lagi kukutip lagi banyak tak terkata . Allahu Akbar. Syukur Alhamdulillah. AamiinPOHONAN PELANGI SASTRA ANUGERAH-NYA YANG TERINDAH INI KUHADIAHKAN TERISTIMEWA UNTUK SELURUH PENGHUNI BUMI TERCINTASAKSIKAN KEINDAHAN ALAM DENGAN IMAN PASTI KAMU AKAN PERCAYA KEWUJUDAN TUHANALLAH KUCINTA MUHAMMAD KUKASIHALLAH KUCINTA MUHAMMAD KUKASIHMOGA CINTA DAN KASIH INIMENGUNDANG RINDU MEMBARATANPA JEMU TANPA NOKHTAHHINGGA KE AKHIR HAYATKU MENCINTAI-NYADI PADANG MAHSYAR MENDAPATSYAFAAT NABI MUHAMMAD SAWDI SYURGA BERSAMA NABI MUHAMMAD SAWDAN SELURUH UMMAT RASULULLAH BERSAMAMEMANDANG WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAHAAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.LIHATLAH KEBESARAN TUHAN SUBHANALLAH'hamba-Ku yang mencintaimu adalah kekasih-Ku,'KU MILIK ORANG YANG BERSELAWAT KE ATASMUKetika di Mikraj di Sidratul Muntaha, Allah swt bertanya kepada Nabi saw, Milik siapakah seluruh langit ini? Nabi saw menjawab, milikMu Ya Allah. Allah swt bertanya lagi kepada Rasulullah saw, Milik siapakah dirimu? Nabi saw menjawab, MilikMu Ya Allah. Kemudian, Allah swt bertanya lagi, Milik siapakah diriKu? Nabi saw diam tersipu-sipu tidak menjawab. Kemudian Allah swt sendiri menjawabnya, Sesungguhnya Aku milik orang yang berselawat ke atasmu.Allahummassolli wa sallim wa baarik alaih!Allahumma solli wa sallim 'alaihMaha Suci Tuhan Pemilik langit dan Bumi, Tuhan Pemilik ‘Arsy, dari apa yang mereka sifatkan itu.’(QS. Az-Zukhruf: Ayat 82)MAKRIFAT CINTAMakrifat cinta bermakna saling menyayangi kerana Allah SWT membuatkan hati ada taman berbunga iman menjadi hamba-Nya yang bertaqwa.Ikatan silaturrahim dalam persahabatan sentiasa ikhlas dengan niat bersama menuju jalan-jalan ke SyurgaNya.Sentiasa redha apa jua takdirNya percaya setiap takdir pasti ada hikmahNya yang indah.Jika hati dilukai tak akan ada rasa kecewa kerana yakin Allah akan menggantikan yang lebih baik.Lalui hidup dengan sentiasa bersangka baik dengan Allah Azzawajalla kerana Allah SWT mengikut prasangka hambaNya memahami apa rencanaNya di situlah adanya Makrifat Cinta."ALLAH TIDAK MEMBERI APA YANG KITA MAHUKAN TAPI ALLAH MEMBERI APA YANG KITA PERLUKAN,"TAK ADA KEJADIAN KEBETULAN SEMUA HANYA BISA TERJADI DENGAN IZIN ALLAHHIKMAHTak ada kejadian kebetulanTak ada kejadian sia-siaSemua hanya bisa terjadi dengan izin AllahDan semuanya pasti penuh hikmahHikmah tak akan terbacaOleh orang yg sarat emosiSibuk memanjakan perasaanCinta dunia, senang dengan penilaian makhlukLangka berzikirTak mau sungguh-sungguh tafakurHikmah yg terbacaakan merubah suasana hatiAkan mudah merubah perilakuDari pedih menjadi syukurDari melankolis menjadi semangatHikmah mudah terbaca oleh orang yang berhati bersih,Buah dari kecerdasan akal, Ketulusan hati Dan kesungguhan mencintai Allah diatas segalanya.JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA ALLAH KITA AKAN BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT TAPI JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA MANUSIA DIA SENDIRI TIDAK BISA MENJAMINKAN KEBAHAGIAAN UNTUKNYA APA TAH LAGI KITA .ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA DAN MEMBANTU KITA WALAUPUN DI SAAT KITA DISISIHKAN OLEH SEMUA MANUSIA.BILAMANA ALLAH MEMBANTUMU TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG-NYA SAMADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT YAKINLAH JANJI ALLAH ITU PASTI !SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)WAHAI JIWA YANG TENANGSurah Al Fajr“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati.”Wahai jiwa yang tenang (27), Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya (28). Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu (29) dan masuklah ke dalam SyurgaKu (29) - (Al Fajr:27, 28, 29)BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLAErtinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajalla: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)DUNIA YANG HINAErtinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."(Riwayat al-Tirmizi)·Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya merentasi benua....aamiinRatu Rimba Niagara Aamin Ya Rabbal A'LamiinPETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARATOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA@ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND, 202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL31 Ogos 2020 12 Muharram 1442H
0 comments:
Post a Comment