Sunday, 30 August 2020

SASTERAKU ANUGERAH-NYA TERINDAH (263) SEKALI MERDEKA ! MERDEKA SELAMANYA!


SASTERAKU ANUGERAH-NYA TERINDAH (263) SEKALI MERDEKA ! MERDEKA SELAMANYA!



Teks Ucapan Perutusan Hari Kebangsaan Ke-63.
Anda dan 1.1K yang lain
53 Komen
54 Perkongsian
Suka
Komen
Kongsi

Komen

Paling Relevan

  • JIWA PATRIOTIK MALAYSIA!
    PANTUN MENGHAYATI RUKUN NEGARA
    1) KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
    Semua benda ada penciptanya,
    Tuhanku Pencipta Semesta Alam;
    Apa dicipta penuh bijaksana,
    Demi kebaikan seisi alam.
    2) KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
    i) Raja dan rakyat berpisah tiada,
    Sehati sejiwa saling memahami;
    Negara aman tanpa sengketa,
    Cintakan negara kasih bersemi.
    ii) Kucinta negaraku sepenuh hati,
    Rela berkorban nyawa demi negaraku;
    Pemimpin dan rakyat bersatu hati,
    Seluruh rakyat sayangkan negaraku.
    3) KELUHURAN PERLEMBAGAAN
    Di parlimen tempat besidang,
    Para pemimpin pilihan rakyat;
    Masalah rakyat dan negara semua dicadang,
    Diselesaikan masalah selari kehendak rakyat.
    4) KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
    Negara aman ketangkasan polis bertindak,
    Menggadai nyawa membanteras jenayah;
    PDRM & ATM berjiwa patriotik,
    Apabila berjuang tidak pernah mengalah.
    5) KESOPANAN DAN KESUSILAAN
    i) Apabila bicara tentang Ketuhanan,
    Jiwa tenang setenang air di kali ;
    Seruan yang indah kata yang santun,
    Pasti membaca berulang kali.
    ii) Rakyat sayang Perdana Menteri,
    Galakkan rakyat bersatu padu;
    Pelbagai kaum hormat menghormati,
    Agar negara terus di mercu.
    Karya Ratu Rimba Niagara
    31 Januari 2019
    (Pantun dikarang bersempena Pemasyhuran Yang di-Pertuan Agong Ke-XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah)
    (Disiarkan Bersempena Hari Kebangsaan ke - 63
    bermula 31 Ogos 1957 - 31 Ogos 2020).
    • Suka
    • Balas
    • 8m
  • RAJA PRIHATIN RAKYAT BAHAGIA NEGARA SEJAHTERA
    PANTUN MENJUNJUNG KASIH YANG DI PERTUAN AGONG KE-16
    Menjujung kasih sekalung tahniah di atas pemilihan,
    Sultan Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong;
    Seluruh rakyat Malaysia meraikan penuh kesyukuran,
    Ke bawah Duli Yang di-Pertuan Agong.
    Yang di-Pertuan Agong ke-16 berjiwa rakyat,
    Sayangkan rakyat melebihi diri sendiri;
    Budi baik baginda sentiasa di hati rakyat,
    Moga Tuanku dilanjutkan usia dan diredhai.
    Masalah rakyat masalah baginda juga,
    Baginda fikirkan hingga tak lena beradu;
    Pertahankan negara dan rakyat hingga ke akhirnya,
    Pengorbanan Tuanku hingga rakyat rasa terharu.
    Rakyat sentiasa menjunjung kasih,
    Ke bawah Duli Yang di-Pertuan Agong,
    Rakyat sentiasa berterima kasih,
    Bersyukur kepada Allah Yang Maha Agong.
    Agong kami Raja penyayang,
    Sayangkan rakyat sayangkan negara;
    Mahukan rakyat bersatupadu dalam kasih sayang,
    Saling bantu membantu demi negara tercinta.
    Raja dan rakyat berpisah tiada,
    Sehati sejiwa mempertahankan negara;
    Seluruh rakyat mempertahankan Institusi diRaja,
    Raja-Raja sentiasa di hati rakyat Malaysia tercinta.
    Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!
    Menjunjung kasih sekalung tahniah daripada,
    Ratu Rimba Niagara
    Pujangga Nusantara Cinta 5 Benua
    31 Januari 2019
    (Pantun dikarang bersempena Pemasyhuran Yang di-Pertuan Agong ke-XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah)
    (Disiarkan Bersempena Hari Kebangsaan ke - 63
    bermula 31 Ogos 1957 - 31 Ogos 2020).
    • Suka
    • Balas
    • 10m
  • SYAIR SULTAN ABDULLAH AGONG KE-XVI
    Tersebutlah kisah Agong tersohor,
    Sultan Abdullah Raja penyabar;
    Biarpun tugas penuh mencabar,
    Agar rakyat tidak terbiar.
    Permaisuri Azizah yang bijaksana,
    Cantik rupawan bagai bulan purnama;
    Memberi sokongan kepada baginda,
    Agar rakyat terus terbela.
    Bahagia hidup keluarga diRaja,
    Dikurniakan puteri dan juga putera;
    Dibesarkan dalam adat istana,
    Ayahanda dan bonda jadi idola.
    Sultan Abdullah diputerakan,
    Disambut keputeraan penuh kesyukuran;
    Semua rakyat gembira meraikan,
    Gembira rakyat dalam perhatian.
    Pahang negeri keputeraan baginda,
    Mempunyai ilmu penuh di dada;
    Anakanda kesayangan ayahanda dan bonda,
    Raja dan rakyat berpisah tiada.
    Berbudi bahasa berhemah tinggi,
    Baginda bertitah rakyat dengari;
    Semua jemputan baginda hadiri,
    Asalkan rakyat rasa dihargai.
    Sultan Abdullah mencemar duli,
    Menziarahi rakyat bantuan diberi;
    Rakyat gembira tiada terperi,
    Kebaikan baginda lekat di hati.
    Sultan bertitah lalu memuji,
    Kebijaksanaan Memanda Perdana Menteri;
    Memerintah negara amanlah damai,
    Rakyat terbela itulah dihajati.
    Raja dan rakyat berpisah tiada,
    Masalah rakyat dikongsi bersama;
    Rakyat mengangkat Institusi diRaja,
    Raja dan rakyat rasa bahagia.
    Sultan Abdullah selalu menyeru,
    Inginkan rakyat bersatu padu;
    Buat keputusan tidak terburu,
    Aslkan rakyat terus maju.
    Sultan Abdullah percaya rancangan kerajaan,
    Mampu dinikmati segenap lapisan;
    Rakyat bersatu dalam perpaduan,
    Negara makmur dalam perpaduan.
    Raja dan rakyat amat rapat,
    Ke mana pergi rakyat diingat;
    Perbelanjaan dibuat penuh cermat,
    Tuanku datang disambut hormat.
    Sultan Abdullah Agong ke enam belas,
    Dengan rakyat berkasihan belas,
    Tidak pernah rasa malas,
    Rakyat terbela dalam keikhlasan.
    Istana Agong tersergam indah,
    Apabila tertitah penuh bermadah;
    Pangkat yang tinggi tiada diendah,
    Bersama rakyat tetap merendah.
    Bersemayam baginda dalam istana,
    Rakyat diundang pergi ke sana;
    Raja kami yang bijaksana,
    Ikatan Raja dan rakyat terus terbina.
    Masalah rakyat sama dikongsi,
    Raja dan rakyat tiadalah sangsi;
    Ikatan terus jadi serasi,
    Tercipta sejarah untuk generasi.
    Sukacita Agong negara maju,
    Pemerintahan Agong terus dipacu;
    Warkah dihantar Agong dituju,
    Mendoakan Agong terus di mercu.
    Putera kesayang ayahanda dan boda,
    Cemerlang negara amat sukacita;
    Raja dan rakyat berbipsah tiada,
    Bijaksana memerintah negara tercinta.
    Sejarah kesultanan patut dihayati,
    Dipelajari oleh generasi terkini;
    Personaliti Raja amat dikagumi,
    Ke mana pergi tetap dihormati.
    Pemerintahan Agong adil saksama,
    Cadangan rakyat semua diterima;
    Minta Perdana Menteri beri kerjasama,
    Agar negara jadi ternama.
    Sultan Abdullah Agong kesayangan rakyat,
    Ke mana pergi pentingkan rakyat;
    Memerintah adil dan saksama demi rakyat,
    Tuanku sentiasa di hati rakyat.
    Sultan Abdullah Agong ternama,
    Berjiwa rakyat adil dan saksama;
    Pentingkan rakyat walau di mana,
    Galakan rakyat sentiasa bekerjasama.
    Selamat menjalankan tugas Yang di-Pertuan Agong,
    Moga Tuanku Allah redhai kami doakan;
    Dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan,
    Dilanjutkan usia dalam keberkatan.
    Sekian sahaja syair Agong ke-XVI sentiasa di hati rakyat,
    Untuk tatapan istimewa semua Raja dan rakyat;
    Memerintah adil dan saksama demi rakyat,
    Daulat Tuanku! Tuanku sentiasa di hati rakyat.
    Ampun tuanku,
    Daulat tuanku,
    Patik merafak sembah, izinkan patik mengabadikan
    'Syair Sultan Abdullah Agong ke-XVI untuk tatapan
    seluruh rakyat Malaysia tercinta.'
    Patik percaya syair ini dapat mencetuskan rasa cinta yang amat mendalam kepada Institusi diRaja dan secara tidak langsung rakyat Malaysia akan mempertahankan Institusi diRaja hingga ke titisan darah terakhir.
    Ampun Tuanku
    Daulat Tuanku
    Dirgahayu Tuanku
    Menjunjung Kasih Tuanku
    Akhir bicara patik doakan Tuanku sekeluarga dirahmati Allah di dunia jua di akhirat
    Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin
    Karya Ratu Rimba Niagara
    31 Januari 2019
    (Syair dikarang bersempena Pemasyhuran Yang di-Pertuan Agong Ke-XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah)
    (Disiarkan Bersempena Hari Kebangsaan ke - 63
    bermula 31 Ogos 1957 - 31 Ogos 2020).
    • Suka
    • Balas
    • 12m
  • PANTUN SULTAN-SULTAN KESAYANGAN RAKYAT MALAYSIA
    Sultan Abdullah Agong berwibawa,
    Memerintah negara adil saksama;
    Rela berkorban demi rakyat tercinta,
    Ke mana pergi disayangi rakyat jelata.
    Institusi di-Raja dekat di hatiku,
    Rakyat Malaysia amat menyanjungi;
    Program bersama rakyat dekat di hati Tuanku,
    Rakyat Johor terharu lagi menyayangi.
    Negeri Sembilan Raja Berdaulat,
    Kepentingan rakyat amat dirasai;
    Raja Negeri Sembilan kesayangan rakyat,
    Sejak generasi dahulu hingga kini.
    DYM Sultan Selangor raja dihormati,
    Dasanjungi rakyat kerana banyak berbudi;
    Budi disemai Allah berkati,
    Moga amalan dibalas di akhirat nanti.
    Seluruh rakyat menyayangi Sultan Pahang,
    Kebajikan rakyat amat diutamakan;
    Bertuah sungguh rakyat Pahang,
    Mempunyai Raja suka kebajikan.
    Sultan Nazrin Shah berjiwa rakyat,
    Galakkan rakyat berjiwa patriotik;
    Berbudi pekerti tinggi mensyukuri nikmat,
    Tuanku disanjung rakyat Perak.
    Sultan Kedah amat dihormati,
    Menabur budi tidak terhingga;
    Ke mana pergi rakyat mentaati,
    Rakyat Kedah amat berbangga.
    Tuanku Syed Sirajuddin Raja prihatin,
    Kepentingan rakyat amat dijaga;
    Masalah rakyat diberi perhatian,
    Bersyukurnya rakyat Perlis tidak terhingga.
    Sultan Kelantan berhemah tinggi,
    Memerintah Kelantan adil saksama;
    Rakyat Kelantan takkan rugi,
    Raja dan rakyat bekerjasama.
    Negeri Terengganu pesat membangun,
    Di bawah pemerintahan Raja yang bijaksana;
    Sultan Mizan bersopan santun,
    Rakyat Terengganu amat terpesona.
    Karya Ratu Rimba Niagara
    31 Januari 2019
    (Pantun dikarang bersempena Pemasyhuran Yang di-Pertuan Agong Ke-XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah)
    YA ALLAH PERKENANKAN DOA KAMI
    Ya Allah, Ya Karim, dengan berkat kebesaran Asmaul Husna, dengan berkat kemuliaan nama-nama Mu, hamba Mu ini memohon doa ke hadrat Mu, semoga di bawah naungan pemerintahan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, rakyat berbilang kaum berbilang agama, berbilang budaya - berbilang bahasa, cekal berpadu, hidup saling menghormati antara satu sama lain.
    Semoga tanah air kami dalam sejahtera dan makmur serta dilindungi oleh Mu Ya Allah, Ya Tuhan ku dari mala petaka dan sebarang bencana... Aamiin....
    Doa rakyat membawa rahmat... insy-Allah...Like dan Share sebagai tanda doa kepada kesejahteraan Negara..
    MERCU KEDAULATAN NEGARA TANAH AIR.
    Perkara 32(1) Perlembagaan Persekutuan yang antara lain memperuntukkan: “Maka hendaklah ada seorang Kepala Utama Negara bagi Persekutuan digelarkan Yang di-Pertuan Agong, yang mengambil keutamaan mengatasi segala orang dalam Persekutuan...”
    Fasa Kepala Utama Negara di bawah Perkara 32(1) itu tanpa sebarang keraguan atau kesamaran meletakkan Raja bagi Persekutuan Malaysia sebagai peneraju utama bagi negara ini.
    Jawatan Kepala Utama Negara seperti yang terdapat pada Perkara 32(1) pada mulanya dicadangkan oleh Suruhanjaya Reid sebagai Yang di-Pertuan Besar – sesuatu yang mencerminkan cadangan Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri pertama Malaysia susulan pengamatan Tuanku Abdul Rahman selepas meneliti sistem Raja bergiliran di Negeri Sembilan. Sebagaimana dimaklum, di Negeri Sembilan Undang Yang Empat sebagai ‘Rulers’ atau Pembesar-pembesar Memerintah tempatan memilih seorang Raja bagi negeri itu mengikut peraturan adat di Negeri Sembilan.
    Seri Paduka Yang Dipertuan Agong adalah mercu perlambangan Ketua Negara yang paling tinggi ladan Kepala Utama Negara merupakan mercu Kedaulatan Malaysia.
    Semua rakyat tanpa mengira kaum, latar belakang agama, kebudayaan atau kepercayaan sedia terpanggil untuk memberi penghormatan dan pengiktirafan terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan merupakan adalah Raja bagi Negara Malaysia dan rakyatnya.
    (Disiarkan bersempena Pemasyhuran Yang di-Pertuan Agong Ke-XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Skesejahteraan hah Al-Musta'in Billah)
    (Disiarkan Bersempena Hari Kebangsaan ke - 63
    bermula 31 Ogos 1957 - 31 Ogos 2020).
    • Suka
    • Balas
    • 16m
  • KULAUNGKAN MERDEKA SENDIRIAN
    Setiap kali merdeka
    kulaungkan merdeka sendirian
    kulaungkan di teratakku
    di kelilingi gambar semua Perdana Menteri Malaysia
    di seluruh dinding teratakku
    di penuhi Jalur Gemilang
    Setiap kali detik 12 malam 31 Ogos setiap tahun
    kulaungkan merdeka sebanyak 7 kali
    Jalur Gemilang di dinding teratakku berkibar megah
    apabila kulaungkan merdeka
    kulaungkan sepenuh hati penuh syahdu
    kubayangkan ketika kulaungkan
    ke semua Perdana Menteri
    yang telah berjasa pada Malaysia
    melaungkan bersamaku...
    mereka bergandingan tangan
    sambil menitiskan air mata syahdu
    Terima kasih Bapa Kemerdekaan Tunku Abdul Rahman
    Terima kasih Bapa Perpaduan Tun Abdul Razak
    Terima kasih Bapa Patriotisme Tun Hussein Onn
    Terima kasih Bapa Pemodenan Tun Mahathir Muhammad
    Terima kasih Bapa Minda Kelas Pertama Tun Abdullah
    Terima kasih Bapa 1Malaysia Dato' Seri Najib
    Terima kasih Tun Mahathir Perdana Menteri ke- 7
    Terima kasih Bapa Kebajikan Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin.
    Syukur Alhamdulillah dengan Izin-Nya jua ku telah berjaya
    mengarangkan buku teristimewa ke semua Perdana Menteri
    Malaysia untuk tatapan seluruh rakyat Malaysia.
    Jasamu duhai ke semua Perdana Menteri Malaysia
    tak dapat kami balas
    moga Allah SWT saja yang dapat membalas
    dengan balasan Syurga Insya-Allah Aamiin.
    Walaupun sendirian kulaungkan merdeka
    tapi kurasakan
    aku paling bahagia
    kerana aku tak kesendirian
    setiap kali kulaungkan merdeka
    teratakku yang berdekatan dengan persisir pantai
    bergema di seluruh pantai
    Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka! Merdeka!
    Ahh! Bahagia tanpa penghujung
    Syukur Alhamdulillah
    Negaraku telah merdeka 63 tahun!
    Karya Ratu Rimba Niagara
    31 Ogos 2020
    (Disiarkan Bersempena Hari Kebangsaan ke - 63
    bermula 31 Ogos 1957 - 31 Ogos 2020).
    • Suka
    • Balas
    • 19m
  • MALAYSIAKU BERDAULAT TANAH TUMPAHNYA DARAHKU!
    di sini tanah tumpahnya darahku
    tak akan kubiarkan
    biarpun seinci diceroboh musuh durjana
    akan aku pertahankan
    biarpun nyawaku jadi taruhan
    di sini tanah tumpahnya darahku
    cintaku pada ibu pertiwi
    setulus cinta tanpa ada pendustaan cinta
    tak akan kubiarkan ibu pertiwiku
    dizalimi oleh mana-mana musuh durjana
    siapa yang berani menentang
    akan aku tentang
    akan aku lawan
    biarpun nyawa jadi taruhan
    di sini tanah tumpahnya darahku
    demi ibu pertiwi
    aku rela dihujani peluru
    bermandikan darah
    asalkan ibu pertiwiku aman sejahtera
    daripada segala ancaman musuh durjana
    di sini tanah tumpahnya darahku
    Angkatan Tentera Darat Malaysia...
    sentiasa bersiap siaga
    mempertahankan ibu pertiwi
    kami tak takut mati bila berada di medan juang
    kami berjuang...berjuang...berjuang....
    hingga ke titisan darah terakhir
    untuk berundur di medan juang tidak sama sekali
    sekali kami melangkah ...langkah kami adalah langkah seorang pejuang
    Duhai rakyat Malaysia di luar sana
    Jangan bimbang
    Jangan takut
    Keselamatan negara masih terkawal
    Angkatan Tentera Malaysia...
    Sentiasa berjaga-jaga ..memantau...
    Di setiap inci bumi Malaysia
    Masuh datang kami tentang
    Kami lawan
    Kami perang habis-habisan
    Kami tak takut mati pabila berada di medan perang
    Kami pasukan tentera yang berani mati
    Demi kerana agama bangsa dan negara
    Kami Angkatan Tentera Malaysia
    Semuanya terlatih mahir dalam berperang
    Kami dilatih untuk berani mati
    Tak akan ada rasa gentar bila berhadapan dengan musuh
    Semangat kami sentiasa bergelora untuk menghapuskan mereka !
    Andainya kami gugur di medan juang...
    Taburkan bunga-bunga ibu pertiwi
    Dan kirimi doa restu
    Agar kami aman di Sana...
    Duhai musuh durjana
    Jangan kamu fikir kami relakan negara kami dijajah olehmu
    Ketahuilah kamu ...
    Sekali benderaku berkibar dengan laungan
    Merdeka!Merdeka!Merdeka! Oleh Bapa Kemerdekaan Malaysia
    Selamanyalah kekal merdeka...
    Tak akan siapa berani menurunkan dan mengantikan bendera lain
    Jika kamu berani silakan....
    Angkatan Tentera Malaysia
    Tak akan biarkan....
    Sekalipun bumi Malaysia ini bermandikan lautan darah
    Tak akan kami biarkan....
    Akan kami perjuangkan hingga ke titisan darah terakhir
    Kami pertahankan bukan untuk kepentingan kami
    Semua-Nya demi cinta kami pada Tuhan, Raja Dan Rakyat Malaysia tercinta
    Makanya bila-bila masa sentiasa bersiap siaga dan sentiasa bersedia
    Berada di medan juang
    Kami mahu mati dalam perjuangan
    Perjuangan demi cintakan-Nya
    Matlamat kami mati syahid di medan perang...
    Moga Allah makbulkan doa kami
    Aamiin Ya Rabbal Lamin
    Karya Ratu Rimba Niagara
    31 Ogos 2020
    (Disiarkan Bersempena Hari Kebangsaan ke - 63
    bermula 31 Ogos 1957 - 31 Ogos 2020).



    • PANTUN MALAYSIAKU BERDAULAT! TANAH TUMPAHNYA DARAHKU
      JANGAN BERPAYUNG DI BAWAH MENTARI,
      JIKA TAK BERANI MEMIJAK BARA DI BUMI;
      HANG TUAH RELA KORBANKAN DIRI SENDIRI,
      DEMI SYAHIDNYA KE JALAN ILAHI.
      BERPANTANG MAUT SEBELUM AJAL,
      ITU PRINSIP HANG JEBAT HANG TUAH;
      HANG TUAH HANG JEBAT RELA BERDEPAN AJAL,
      ASALKAN BUMI PERTIWI TIDAK DIJAJAH MUSUH.
      AYUH PAHLAWAN MELAYU BERSIAP SIAGA,
      MENENTANG MUSUH DURJANA;
      DI MANA-MANA MUSUH SENTIASA ADA,
      MENUNGGU MASA MERAMPAS KUASA.
      JANGAN LEKA JANGAN LALAI,
      DUHAI SEMUA PAHLAWAN NEGARA;
      KERANA MUSUH TAK PERNAH LALAI,
      SENTIASA MENCARI PELUANG MEMERINTAH NEGARA.
      NEGARA INI KITA YANG PUNYA,
      MOYANG KITA TINGGALKAN UNTUK KITA;
      TAK SEMUDAH ITU MEREKA NAK AMBILNYA,
      LANGKAH MAYATKU DULU SEBELUM NIATMU BERMULA.
      BIARPUN BUMI MALAYSIA INI BERMANDIKAN DARAH,
      AKAN KUTUNTUT BIARPUN SEINCI TANAH MOYANGKU;
      DI SELURUH BENUA INI AKAN KURENCISKAN TINTA BERDARAH,
      AGAR MEREKA TAHU BETAPA AKU CINTA AKAN TANAHAIRKU.
      SUDAH LAMA AKU HIDUP DI DUNIA INI,
      TIADA APA SEMAI BAKTIKU PADA NEGARA TERCINTA;
      KAN KUPERAH KERAHKAN OTAKKU INI;
      MENIUPKAN BARA PERJUANGAN SEMUA WIRA TERCINTA.
      PERJUANGAN INI TIDAK AKAN PERNAH PADAM DI HATIKU,
      BIARPUN SELURUH PENDEKAR TIDAK MENDENGAR PUISIKU;
      BERJUANGLAH DIKAU DENGAN KEPERKASAANMU,
      SIAPALAH AKU HENDAK DIBANDINGKAN KEPAHLAWANANMU ITU.
      CUMA HARAPAN KU SATU,
      JANGAN KAU LUPA PESANAN HANG TUAH;
      MELAYU ITU CUMA SATU;
      MAKANYA TAK AKAN HILANG MELAYU DI BUMI BERTUAH.
      MARILAH KITA BERSATU DEMI KEPENTINGAN MELAYU,
      MARILAH KITA BERSATU HATI DEMI TUNTUTAN ISLAM;
      BERKONGSI KUASALAH DEMI ANAK CUCU MELAYU,
      KERANA BEGITU INDAH-NYA KESUCIAN ISLAM.
      KURA-KURA DALAM PERAHU,
      PURA-PURA BUAT TAK TAHU;
      SUDAH SAAT TIBANYA PRU,
      KUASA RAKYAT SEBAGAI PENENTU.
      MALAYSIA INI NEGARA DEMOKRASI,
      SENTIASA AKUR DENGAN PILIHAN RAKYAT;
      DARI DULU HINGGA SEKARANG TAK PERNAH BASI,
      SEGALANYA YANG MENENTUKAN KUASA ADALAH RAKYAT.
      MAKANYA PEMIMPIN JANGAN MUDAH LUPA,
      BILA BERJANJI HARUS DITEPATI;
      MUNAFIK JADINYA JIKA JANJI SENGAJA DILUPA,
      JANJI DENGAN RAKYAT JIKA DILUPA AKAN MEMAKAN DIRI SENDIRI.
      SEMUA PARTI HENDAK MENANG DALAM PILIHANRAYA,
      SEMUA PARTI SANGGUP TURUN PADANG MEMENANGI HATI RAKYAT;
      JIKA HARI-HARI SEMUA PEMIMPIN SEMANGAT BEGINI PASTI RAKYAT SUKA,
      JANGAN SELEPAS PILIHANRAYA TERUS SEPIKAN JANJI KEPADA RAKYAT.
      RAKYAT PUNYA IMPIAN KEPADA PEMIMPIN,
      MAHUKAN PEMIMPIN MENCEMERLANGKAN RAKYAT;
      BILA RAKYAT CEMERLANG NEGARA MAJU DALAM PEMBANGUNAN,
      BARULAH NEGARA INI MENJADI WADAH PERJUANGAN RAKYAT.
      PEMIMPIN DI MALAYSIA INI DIPILIH OLEH RAKYAT,
      KUASA RAKYATLAH YANG MENENTUKAN PEMIMPIN;
      JADINYA PEMIMPIN MESTI UTAMAKAN RAKYAT,
      KEPENTINGAN RAKYAT ADALAH PERJUANGAN PEMIMPIN.
      RAKYAT CUMA MAHU PEMIMPIN YANG IKHLAS BERJUANG,
      MEMBELA NASIB MEREKA AGAR ANAK CUCU TAK MERANA;
      MAKANYA RAKYAT TIDAK BEGITU SEWENANG-WENANG,
      MEMBERI KUASA KEPADA PEMIMPIN NIAT MEMUSNAHKANNYA.
      RAKYAT RELA PERTARUHKAN NYAWA DEMI NEGARA,
      PEMIMPIN JUGA SAYANGKAN NEGARA TERCINTA;
      PAHLAWAN BENTENG PERTAHANAN NEGARA,
      SEMUANYA KERANA ANAK CUCU TERCINTA.
      KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN RUKUN NEGARA PERTAMA,
      KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA RUKUN NEGARA KEDUA;
      SEMUANYA BERMATLAMAT YANG SAMA,
      MAHUKAN MALAYSIA INI AMAN DAMAI SELAMA-LAMA.
      SEMOGA BUMI BERTUAH MALAYSIA INI SENTIASA DIBERKATI,
      DIPERINTAH RAJA YANG EHSAN PADA RAKYATNYA;
      DIKUASAI PEMIMPIN BERHATI SEMURNI SYURGAWI,
      RAKYAT BERSATU MEREALISASIKAN IMPIAN ANAK CUCU TERCINTA.
      KARYA RATU RIMBA NIAGARA
      20 April 2013
      (PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK RAJA,PEMIMPIN, PAHLAWAN ,SELURUH RAKYAT MALAYSIA YANG DIKASIHI & ANAK CUCU TERCINTA)
      SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIATERCINTA!'
      'KUCINTA DAN SAYANGIMU SAMPAI NYAWA TERAKHIRKU!
      ' NYAWAKU INI JADI TARUHAN DEMI CINTAKU PADAMU'
      'INILAH HADIAHKU UNTUK GENERASI KINI DAN AKAN DATANG MALAYSIA'
      Disiarkan Bersempena Hari Kebangsaan ke - 63
      bermula 31 Ogos 1957 - 31 Ogos 2020)
      • Suka
      • Balas
      • 41m
    • UNDIMU PENENTU MASA DEPAN NEGARA
      Katak puru tetap katak puru,
      Tak akan jadi buah katak puru;
      Semua ternanti-nantikan PRU,
      Dah menang baru tahu.
      Masa memangkah jangan terburu-buru,
      Fikir dulu jangan keliru;
      Dah habis fikir tekadkan hatimu,
      Agar tepat parti pilihan di kalbu.
      Kita hidup mesti ada keputusan,
      Segala keputusan mesti menenangkan iman;
      Jangan dah memangkah baru perasan,
      Kenapa aku tidak memangkah parti yang aman.
      Rakyat hanya perlu parti yang aman damai,
      Tak ada rusuhan kaum semuanya bersatu hati;
      Kalah menang adat bertanding dalam parti,
      Jika kalah jangan sakit hati jika menang senang hati.
      Hari-hari pergi berkempen,
      Kempen sana kempen sini;
      Semuanya satu hati dalam berkempen,
      Murninya perjuangan partiku ini.
      Aku berkempen pada semua rakyatku,
      Mereka suka dengar aku berkempen;
      Katanya pasti memangkah partiku,
      Aduhai berbaloi aku pergi berkempen.
      Masa berkempen ada juga yang marah-marah,
      Aku senyap buat tak tahu saja masih tersenyum juga;
      Tengok aku senyum mereka tak jadi marah,
      Aku bersalaman agar silaturahim sentiasa terjaga.
      Perderiaan lain-lain,
      Parti juga lain-lain;
      Matlamat tetap bersamaan,
      Ingin hidup dan mati dalam iman.
      Dulu lain sekarang lain,
      Dulu parti bintang sekarang parti kejora;
      Mahu berazam menjadikan Malaysia ku aman,
      Kerana rakyat penentu masa depan negara.
      Kura-kura dalam perahu,
      Pura-pura buat tak tahu;
      Sudah tiba masanya PRU,
      Kuasa rakyat sebagai penentu.
      Undi jangan tak undi,
      Setiap undi amat berharga;
      Keluarlah pergi mengundi,
      Undimu penentu masa depan negara.
      Karya Ratu Rimba Niagara
      20 April 2013
      Disiarkan Bersempena Hari Kebangsaan ke - 63
      bermula 31 Ogos 1957 - 31 Ogos 2020)
      • Suka
      • Balas
      • 45m
    • PM TSMY TERUSKAN PERJUANGAN RAKYAT DEMI KEBAJIKAN RAKYAT SENTIASA MENYOKONG KERANA KEMENANGANMU KEMENANGAN RAKYAT!
      SELAMAT HARI JADI PM KESAYANGAN RAKYAT
      MALAYSIA
      Selamat hari jadi ke-73 PM yang baik budi
      terima kasih sudi menjadi PM kami
      terima kasih bantu kami di kala diuji
      walaupun kau dihina dikeji
      kau tak kesahi
      asalkan rakyat diambil peduli
      sifatmu terpuji
      rakyat dipentingi
      daripada kepentingan sendiri
      kini
      kau tak sendiri
      pengorbananmu di hargai
      PRU 15 dinanti
      kau kekal menjadi PM kami
      kerana kau pemimpin sejati
      kita sehati
      demi Malaysia dicintai
      moga Allah merahmati
      di dunia kita diredhai
      di Syurga kita dirai
      oleh Ilahi
      Aamiin moga Allah makbuli
      Karya Ratu Rimba Niagara
      15 Mei 2020
      (Puisi dikarang istimewa untuk PM kesayangan rakyat Malaysia moga dapat bertabah hati sepanjang menjadi PM kami dalam membela nasib rakyat Malaysia, Allah sentiasa bersama perjuanganmu)
      Disiarkan Bersempena Hari Kebangsaan ke - 63
      bermula 31 Ogos 1957 - 31 Ogos 2020)
      • Suka
      • Balas
      • 49m
    • PERDANA MENTERI DAMBAAN RAKYAT
      SUSAH SENANG KITA BERSAMA
      Kami tak hiraukan tohmahan hina terhadapmu duhai Perdana Menteri kesayangan kami...
      yang kami tahu kau adalah Perdana Menteri anugerahNya yang terindah kami syukuri sepanjang hayat memahami masalah rakyat di segenap sudut
      sehabis kudrat pemikiranmu memikirkan rakyat
      tanpa menabur janji manis
      kau buktikan kemampuanmu
      membela nasib rakyat tanpa seorangpun tercicir
      semuanya dibantu
      rakyat bersyukur
      terharu atas kepemurahanmu membantu rakyat.
      Kau tak hiraukan segala tohmahan hina terhadapmu dengan niat untuk menjatuhkanmu dari tampuk pemerintahan.
      Dengar sini yang tak puas hati dengan Perdana Menteri kami seandainya dibubarkan parlimen kerana mengikut kehendak kamu , kami yakin kedudukan Perdana Menteri kami tidak akan terjejas Perdana Menteri kami akan menang percayalah...kemenanganmu adalah kemenangan rakyat justeru Perdana Menteri kami mesti menang!
      Perdana Menteri kami
      bukan seperti pemimpin lain
      turun padang bertemu rakyat
      setiap kali Pilihan Raya
      untuk memancing undi!
      Sebelum Pilihan Raya
      baru sebulan menjadi Perdana Menteri
      di kala negara ditimpa bencana Covid-19
      telah membantu rakyat
      sedaya upayanya
      bersama jemaah menterinya.
      Terima kasih YDP Agong
      kerana merestui perjuangan Perdana Menteri
      dan Allah izinkan menjadi Perdana Menteri kami
      syukur Alhamdulillah
      Karya Ratu Rimba Niagara
      5 Jun 2020
      (Puisi diilhamkan istimewa untuk Perdana Menteri
      kesayangan rakyat Malaysia)
      (Disiarkan Bersempena Hari Kebangsaan ke - 63
      bermula 31 Ogos 1957 - 31 Ogos 2020)
      • Suka
      • Balas
      • 52m
    • PANTUN TERIMA KASIH PERDANA MENTERI TSMY
      Terima kasih Perdana Menteri,
      Sudi menjadi Perdana Menteri kami;
      Pengorbananmu rakyat hargai,
      Namamu indah tersemat di hati.
      Perjuanganmu setulus ikhlas,
      Membela rakyat pelbagai kaum;
      Budi ditabur tiada harap dibalas,
      Bangganya rakyat penuh kagum.
      Jasamu Perdana Menteri rakyat hargai,
      Turun ke padang tak kira masa;
      Setiap masalah rakyat cuba difahami,
      Agar rakyat hidup sempurna.
      Tiada istilah penat dan jemu,
      Sentiasa fikirkan masalah negara;
      Masalah negara difikirkan tanpa jemu,
      Diselesaikan agar rakyat hidup sejahtera.
      Hidupmu penuh dengan kebaktian,
      Berbakti kepada rakyat juga negara;
      Bersyukur rakyat mempunyai pemimpin,
      Pemimpin berjiwa rakyat pembela negara.
      Pemimpin berjiwa rakyat pembela negara,
      Mahukan negara terus maju;
      Semangat perjuangan terus membara,
      Negara dipacu rakyat terus maju.
      Negara dipacu rakyat terus maju,
      Negara maju rakyat berinovasi;
      Negara maju dunia terpukau,
      Hasil negara terus dikongsi.
      Rakyat pelbagai kaum dalam perpaduan,
      Bermuafakat bersatu hati;
      Bersatu hati untuk merealisasi,
      Setiap usaha pasti jadi kenyataan.
      Setiap usaha pasti jadi kenyataan,
      Asalkan rakyat dan pemimpin bersatu hati;
      Bersatu hati saling memberi kepercayaan,
      Kepercayaan berdasarkan keikhlasan hati.
      Kejujuran hati membentuk kerajaan,
      Kerajaan cekap dan amanah;
      Rakyat sentiasa diberi perhatian,
      Pemerintahan dilaksana secara berhemah.
      Pemerintahan dilaksana secara berhemah,
      Tiada perkecilkan mana-mana parti;
      Nasib rakyat dan negara terpikul amanah,
      Kesejahteraan rakyat dan negara sudahlah pasti.
      Perdana Menteri kaulah pertiwi,
      Perjuanganmu tak terhenti;
      Semangatmu membara kami kagumi,
      Budimu indah mewangi di hati .
      Terima kasih Perdana Menteri,
      Nasihatmu sentiasa kami ingati;
      Pengorbananmu kami sanjungi,
      Budi baikmu sentiasa kami hargai.
      Terima kasih Perdana Menteri,
      Tan Sri Muhyiddin kesayangan kami;
      Moga sentiasa dirahmati,
      Dirahmati ketika hidup dan mati.
      Malaysia tersenyum kesejahteraan tercipta,
      Pemimpin dan rakyatnya sehati sejiwa;
      Saling faham memahami di antara mereka,
      Demi kerana negara tercinta.
      Karya Ratu Rimba Niagara
      29 April 2020
      (Pantun dikarang untukmu Perdana Menteri kesayangan rakyat Malaysia terima kerana sudi menjadi Perdana Menteri kami moga Allah merahmatimu Aamiin)
      (Disiarkan Bersempena Hari Kebangsaan ke - 63
      bermula 31 Ogos 1957 - 31 Ogos 2020)
      • Suka
      • Balas
      • 56m
      • Telah disunting
    • TERIMA KASIH PM KE-8 TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN
      Sekalung tahniah kepada YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin atas perlantikan sebagai Perdana Menteri
      ke-8.
      Kehadiranmu tepat pada masanya di kala rakyat amat memerlukan seorang Perdana Menteri berjiwa rakyat.
      "Duli Yang Maha Mulia Tuanku telah berkenan
      melantik saya sebagai Perdana Menteri.
      Ini adalah kebijaksanaan Duli Yang Maha Mulia
      Tuanku sebagai Ketua Negara yang menjalankan
      fungsi baginda selaras dengan Perlembagaan
      Persekutuan.
      Saya sedar bahawa pelantikan saya bukanlah
      melalui pilihanraya. Sebaliknya, saya dilantik setelah mendapat sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat.
      Saya adalah Perdana Menteri untuk semua rakyat
      Malaysia dari Perlis hingga ke Sabah.
      Baik saudara orang Melayu, saudara orang Cina,
      saudara orang India, Sikh, Iban, Kadazan, Dusun,
      Murut, orang asal, atau apa jua kaum dan etnik,
      saya adalah Perdana Menteri saudara.
      Saya tawarkan jiwa dan raga saya untuk rakyat
      dan negara.
      Terus mencurah bakti kepada rakyat, walaupun saya
      bukan pilihan rakyat tapi saya dan semua jemaah menteri di bawah pemerintahan saya, akan cuba sedaya mampu membantu rakyat tanpa seorang pun dipinggirkan semuanya akan mendapat perhatian!"
      Baharu saja menyandang jawatan Perdana Menteri
      tanpa diduga berlakunya penularan wabak COVID-19 justeru kerajaan mewajibkan rakyat mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memutuskan rantaian COVID -19. Jika perintah ini tidak dipatuhi, segala tindakan akan menjadi sia- sia. Setiap nyawa rakyat Malaysia terlalu berharga justeru kerajaan melindungi daripada terkena jangkitan wabak COVID-19.Kerana memahami kesusahan rakyat akibat
      penularan wabak COVID-19 pelbagai pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat dilancarkan di mana semua golongan rakyat dibantu tanpa tanpa seorangpun dipinggirkan.
      Subhanallah baru menyandang jawatan Perdana Menteri sudah membuktikan kemampuan membantu dan memperjuangkan nasib rakyat.
      Dalam ujian ada rahmat, rakyat menerima bantuan dalam rasa syukur dan gembira.
      Syukur Alhamdulillah dikurniakan seorang Perdana Menteri pemurah, bertangggungjawab, mengasihi dan mementingkan rakyat daripada kepentingan sendiri.
      Rakyat terpegun dengan keluhuran budi dan pengorbananmu. Kaulah Perdana Menteri yang didambakan rakyat.
      Moga dipanjangkan usia untuk terus menerajui tampuk pemerintahan kini dan akan datang.
      Terima kasih Perdana Menteri kerana sudi menjadi
      Perdana Menteri kami, menabur bakti bersama
      Jemaah Menterimu.
      Sebagaimana kau mengasihi rakyat dan prihatin setiap masalah rakyat kami juga menyayangimu.
      Didoakan setiap budimu dibalas Syurga tertinggi
      sebaris para nabi kekasih Allah kerana pemimpin
      yang adil dan amanah. Insya-Allah Aamiin.
      Karya Ratu Rimba Niagara
      18 April 2020
      (Puisi diilhamkan istimewa untuk PM ke-8 dan seluruh rakyat Malaysia tercinta)
      "Moga semua usahawan yang telah menerima bantuan kerajaan bagi merancakkan ekonomi rakyat apabila berjaya nanti dapat membantu kerajaan pula agar Malaysia terus Cemerlang! Gemilang! Terbilang! Dalam negara dan antarabangsa itulah matlamat Kerajaan Perikatan Nasional memberi bantuan kepada rakyat. Terima kasih Perdana Menteri, terima kasih Menteri Kewangan dan terima kasih para Jemaah Menteri yang bertungkus lumus menggalas tanggungjawab membela nasib rakyat dengan jayanya. Tahniah semuanya."
      (Disiarkan Bersempena Hari Kebangsaan ke - 63
      bermula 31 Ogos 1957 - 31 Ogos 2020)
      • Suka
      • Balas
      • 59m
    • GAGAH SETIA
      Kau pahlawan Allah
      Kau pahlawanku
      Kau pahlawan semua
      Kau pahlawan rakyat Malaysia
      Kau pahlawan gagah perkasa
      Kau pahlawan setia
      Kau rela korbankan dirimu
      Demi mempertahankan Ibu Pertiwi
      Kami hargai
      Kami sanjungi
      Kami berbangga punyai pahlawan
      Sepertimu
      yang gagah
      yang setia
      kepada agama bangsa dan negara
      ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR!
      Jasamu pahlawan
      Akan kami letak di taman hati
      Taman hati berbunga Kebangsaan Negara
      Bunga Raya berkelopak Lima:
      KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
      KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
      KELUHURAN PERLEMBAGAAN
      KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
      KESOPANAN DAN KESUSILAAN
      Yang sentiasa ada di jiwa semua rakyat Malaysia
      Dengan segala prinsip Rukun Negara itulah
      Maka hidup seluruh rakyat Malaysia
      Dalam kesejahteraan dan kerahmatan dari Ilahi
      Moga Malaysia
      CEMERLANG GEMILANG TERBILANG
      Berkat kesetiaan gagah perkasa
      Semua pahlawan negara
      ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH
      Syukur kami pada-Mu Tuhan
      Mengurniakan kami pahlawan-pahlawan yang gagah setia
      Sentiasa bersiap sedia membela Ibu Peritiwi
      Rahmatilah hidup dan mati semua pahlawan kami
      Yang berjasa pada Ibu Pertiwi
      Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin
      Karya Ratu Rimba Niagara
      31 Ogos 2020
      (Disiarkan Bersempena Hari Kebangsaan ke - 63
      bermula 31 Ogos 1957 - 31 Ogos 2020)
      • Suka
      • Balas
      • 1j
    • PERJUANGANKU!
      Perjuanganku!
      Aku bukanlah seorang perwira…
      Yang gagah perkasa bersenjata.
      Aku bukanlah hartawan untuk
      membeli keperwiraan!
      Aku tak punya apa-apa…
      cuma wanita lemah tapi
      bangkit dengan satu semangat
      juang yang tak pernah padam!
      Aku dihujani penghinaan di setiap penjuru
      hinggakan aku lemah untuk terus bangun
      dalam serba tidak berkeupayaan aku bangun
      sendiri dek terpanggil semangat juang yang tinggi.
      Suara-suara yang tidak dikenalilah yang membuatkan
      aku terus berjuang! Merekalah yang telah meyakinkan
      Aku… Aku boleh! Aku boleh!
      Terima kasih suara-suara! Aku amat menghargainya
      yang aku korbankan bukan untuk diriku tapi untuk negaraku
      untuk pewarisku yang akan mewarisi negaraku yang tercinta ini! Yang aku mahu,bila ketiadaanku nanti
      suara-suaraku masih lagi kedengaran di setiap pelosok negaraku yang tercinta ini!
      Aku pesankan kata-kata azimat buat pewarisku tercinta,
      Hargailah Kemerdekaan!
      Akan Merdeka Selamanya!
      Aku Sayang Negaraku!
      Aku Sayang Pewarisku!
      Aku tidak maafkan diriku jika negara ini dijajah semula!
      Selagi ada bulan dan matahari
      Negaraku akan terus mengibarkan Jalur Gemilang!
      Berkibarlah! Terus Berkibar!
      Dengan Megah! Gagah! Bangga!
      Karya Ratu Rimba Niagara
      31 Ogos 2020
      (Disiarkan Bersempena Hari Kebangsaan ke - 63
      bermula 31 Ogos 1957 - 31 Ogos 2020)
      • Suka
      • Balas
      • 1j
    • SYAIR MALAYSIA PRIHATIN
      Tersebutlah kisah sebuah negara,
      Malaysia diberi nama;
      Perdana Menteri bekerja bersama-sama,
      Agar Malaysia jadi ternama.
      Perdana Menteri Bapa Kebajikan,
      Semua rakyat diberi bantuan;
      Derita rakyat mendapat perhatian,
      Gembira rakyat dalam kesyukuran.
      Menteri kabinet beri perhatian,
      Ikut arahan dalam panduan;
      Ada kuasa jangan disia-siakan,
      Hilang kuasa dalam penyesalan.
      Apalah ada pada kuasa,
      Salah guna bawa binasa;
      Jalankan tugas hati yang waja,
      Hidupmu pasti rasa bahagia.
      Rakyat perlu pemimpin berjasa,
      Menabur jasa sudahlah biasa;
      Ramah tamah tak gila kuasa,
      Moga hidupmu aman sejahtera.
      Melayu Cina India janganlah iri,
      Segala usaha tidak menjadi;
      Bila bersatu wajah berseri,
      Pelbagai bangsa jadi menteri.
      Sabah Sarawak tidak dilupakan,
      Sama rata diberi peruntukan;
      Justeru itu kekalkan perpaduan,
      Pasti hidup dalam kesejahteraan.
      Mari semua hidup berdamai,
      Fikirkan negara amanlah damai;
      Indah sungguh hidup yang permai,
      Segala budi sama disemai.
      Kementerian Pelajaran iktirafkan guru,
      Guru berkualiti amat diseru;
      Biar murid berminda baru,
      Demi kerana Malaysia yang satu.
      Ilmu itu pelita hati,
      Hati gelap akan diterangi;
      Bila gagal cubalah lagi,
      Kejayaan cemerlang sedia menanti.
      Penjawat awam ubahlah minda,
      Jadikan minda kelas pertama;
      Seiring dengan kehendak arus perdana,
      Kerajaan dan rakyat pasti berjaya.
      Usahawan cemerlang negara terbilang,
      Azam bersungguh tak pernah hilang;
      Usahakan hati terang benderang,
      Barulah usaha jadi terbilang.
      Budi bahasa budaya kita,
      Adab sopan apabila bicara;
      Bila begitu ramai yang suka,
      Hidup pasti lebih ceria.
      Sifat jujur haruslah ada,
      Ke mana pergi senanglah rasa;
      Takkan ada rasa kecewa,
      Hati pun bersih hasad pun tiada.
      Bertuahnya hidup di bumi Malaysia,
      Berkat kepimpinan yang bijaksana;
      Di bawah pemerintahan Agong adil dan saksama,
      Rakyatnya hidup aman dan sejahtera.
      Pos Malaysia lambang merdeka,
      Kerana terpanggil untuk berjasa;
      Demi kerana Negara tercinta,
      Moga jasamu dikenang hingga bila-bila.
      PM mahu PDRM berintegriti,
      Jalankan tugas penuh teliti;
      Agar rakyat rasa dilindungi,
      Jasa baktimu tetap dihargai.
      Seluruh Malaysia sayangkan negara,
      Rasa cinta terus membara;
      Teruskan perjuangan walau di mana,
      Biarpun terpaksa berkorban nyawa.
      Sekian sahaja syair Malaysia Prihatin,
      Rakyat sentiasa mendapat perhatian;
      Terima kasih Bapa Kebajikan,
      Moga hidupmu dalam keberkatan.
      Karya Ratu Rimba Niagara
      31 Ogos 2020
      (Disiarkan Bersempena Hari Kebangsaan ke - 63
      bermula 31 Ogos 1957 - 31 Ogos 2020)
      • Suka
      • Balas
      • 1j
    • PANTUN MALAYSIA PRIHATIN
      Malaysia Prihatin kehendak Perdana Menteri,
      Galakkan rakyat bersatu hati;
      Demi kerana negara dicintai,
      Moga hidupmu terus diberkati.
      Perdana Menteri mengajak rakyat bersatu,
      Pelbagai kaum bersatu padu;
      Memupuk minda generasi baru,
      Demi kerana Malaysia yang satu.
      Perdana Menteri bekerja tak kira masa,
      Pentingkan rakyat dari segala;
      Kerahkan menteri beri kerjasama,
      Asalkan rakyat hidup bahagia.
      Perdana Menteri kerja bersungguh,
      Demi rakyat negara teguh;
      Petah bicara bila berhujah,
      Agar rakyat dapat berteduh.
      Lambai Limbai bukan lambaian kosong,
      Melambangkan hati nurani rakyat Sabah;
      Seluruh Malaysia rakyat cemerlang,
      Akan semuanya menjadi indah.
      Negeri Sarawak terus membangun,
      Bajet pembangunan dibuat telus;
      Nasib rakyat tidak dibiarkan,
      Biar cemerlang terus menerus.
      Tentera Darat mendukung aspirasi rakyat dan negara,
      Demi rakyat dan negara tercinta;
      Rela berkorban jiwa dan raga,
      Jasamu dikenang hingga ke hujung nyawa.
      Malaysia Pritin rakyat bahagia,
      Pasti PM tersenyum bangga;
      Menabur jasa untuk negara,
      Biarpun terkorban jiwa dan raga.
      Malaysia ini milik semua,
      Rakyat hidup dalam sejahtera;
      Tercipta sudah negara bangsa,
      Pemimpin dan rakyat seiring sekata.
      Seluruh Malaysia rakyat patriotik,
      Bersatu padu bersatu hati;
      Rakyat sejahtera tanpa konflik,
      Negara makmur Malaysia dihormati.
      Karya Ratu Rimba Niagara
      31 Ogos 2020
      (Disiarkan Bersempena Hari Kebangsaan ke - 63
      bermula 31 Ogos 1957 - 31 Ogos 2020)
      • Suka
      • Balas
      • 1j
      • Telah disunting
    • SYAIR BAPA KEMERDEKAAN MALAYSIA
      Tersebutlah kisah seorang putera,
      Tunku Abdul Rahman diberi nama;
      Dikasihi semua rakyat jelata,
      Baik budinya tidak terkira.
      Menyayangi rakyat sepenuh hati,
      Perjuangannya tidak pernah terhenti;
      Disambung oleh pemimpin terkini,
      Cintakan perjuangan tidak bertepi.
      Sokongan rakyat Tunku gembira,
      Rela berkorban harta dan nyawa;
      Demi kerana negara tercinta,
      Asalkan rakyat hidup bahagia.
      Bersama Tun Razak Tunku ke London,
      Untuk bincangkan tentang kemerdekaan;
      Penat dan lelah tidak dihiraukan,
      Asalkan pulang membawa kejayaan.
      Tanggal 31 Ogos 1957 diumumkan kemerdekaan,
      Disambut penuh dengan kegembiraan;
      Ribuan rakyat ceria bersorakkan,
      Tersenyum Tunku tanda kepuasan.
      Tunku laungkan merdeka penuh membara,
      Rakyat menyambut laungan membara-bara;
      Demi kerana negara merdeka,
      Untuk diwarisi rakyat jelata.
      Kemerdekaan dituntut bukannya mudah,
      Penuh dengan penat dan lelah;
      Walaupun tiada pertumpahan darah,
      Agar generasi dapat berteduh.
      Pemimpin dan rakyat harus bersatu,
      Pertahankan negara tanpa jemu;
      Rakyat aman sudahlah tentu,
      Generasi mendatang mendapat restu.
      Tanpa diduga komunis bertandang,
      Menceroboh masuk terus meradang;
      Tunku memikir merasa bimbang,
      Keselamatan negara tidak tergoyang.
      Tunku berbincang secara aman,
      Dengan Chin Peng membuat keputusan;
      Komunis berundur dengan aman,
      Terima kasih Tunku Abdul Rahman.
      Jepun menyerang ke negara kita,
      Ingin berkuasa merebut tahta;
      Kekejaman Jepun rakyat sengsara,
      Makan dan minum berair mata.
      Sana sini mayat bergelimpangan,
      Jepun mengganas tanpa kemanusiaan;
      Asalkan hati penuh kepuasan,
      Kerana hati bertuhankan syaitan.
      Para perajurit ramai terkorban,
      Mempertahankan negara habis-habisan;
      Nyawa di badan jadi taruhan,
      Asalkan negara menjadi aman.
      Perajurit dibantu tentera Inggeris,
      Jepun terus bermuka bengis;
      Berlawan mereka terus menerus,
      Gugurnya perajurit terus ditangis.
      Pergilah perajuritku dengan aman,
      Perjuanganmu menjadi kenangan;
      Kau gugur dalam kemenangan,
      Kuingat dikau di tugu kepahlawanan.
      Jepun mengalah lalu berundur,
      Hiroshima dan Nagasaki bom digugur;
      Sudah terlambat Jepun nak sedar,
      Rakyat mereka ramai yang gugur.
      Tunku hargai jasa perwira,
      Pertahankan negara ke hujung nyawa;
      Rakyat juga amat berbangga,
      Kerana jasamu rakyat terbela.
      Tunku memerintah penuh berhati,
      Rakyat hidup bersatu hati;
      Ke mana pergi Tunku dihormati,
      Pengorbanamu Tunku terus diingati.
      Sekian sahaja kisah Bapa Kemerdekaan,
      Memerdekakan negara demi keamanan;
      Agar generasi turut pertahankan,
      Menjadi warisan sejak berzaman.
      Karya Ratu Rimba Niagara
      31 Ogos 2020
      (Disiarkan Bersempena Hari Kebangsaan ke - 63
      bermula 31 Ogos 1957 - 31 Ogos 2020)
      • Suka
      • Balas
      • 1j
    • TABURAN BUNGA-BUNGA CINTA KEMERDEKAAN
      Ingin kutaburkan benih-benih cinta kemerdekaan
      di serata pelosok bumi Malaysia.
      Biarpun kumengerti menempuh gelombang
      ombak mengganas! Lalu menghempas ke pantai!
      Tergiang bapa kemerdekaan tercinta berpesan,
      “Jagalah kemerdekaan ini sampai bila-bila
      untuk anak cucu kita menumpang teduh!"
      Terima kasih Bapa Kemerdekaan
      akan kuingat pesananmu itu
      akan kusebarkan bunga-bunga cinta kemerdekaan
      di lubuk sanubari rakyat Malaysia tercinta!
      Demi cintaku pada Malaysia
      akan kuperjuangkan untuk mempertahankanmu
      hingga ke titisan darah terakhir!
      Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka!
      Merdeka! Merdeka! Merdeka!
      Karya Ratu Rimba Niagara
      31 Ogos 2020
      (Disiarkan Bersempena Hari Kebangsaan ke - 63
      bermula 31 Ogos 1957 - 31 Ogos 2020)
      • Suka
      • Balas
      • 1j
    • SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA TERCINTA!
      Salam kemerdekaan Malaysia tercinta,
      Kibaran Jalur Gemilang megah berkibar;
      Tersenyum megah penuh bangga,
      Kukagumi semangatmu berkobar-kobar.
      Kau tak pernah kenal erti kalah,
      Apapun dugaan kau hadapi dengan tabah;
      Di mana pun berada kau berkibar megah,
      Demi kekalkan kemerdekaan rakyat mesti berubah.
      Berubah untuk memikirkan kepentingan negara,
      Keamanan dan keharmonian matlamat utama;
      Semangat rakyatnya terus membara-bara,
      Menjadikan realiti impian rakyat Malaysia.
      Salam Prihatin untuk Perdana Menteri,
      Semoga hidupmu membawa keberkatan;
      Jasamu sentiasa mewangi di hati,
      Perjuangan terdahulu masih diteruskan.
      Justeru rakyat Malaysia patut berbangga,
      Mempunyai pemimpin tak pernah jemu,
      Membela nasib rakyat di mana saja berada,
      Malaysia Prihatin itu yang dimahu.
      Malaysia Prihatin itu yang dimahu,
      Rakyat Malaysia bersatu aman damai;
      Negara aman rakyatnya pelbagai kaum bersatu,
      Bersatu hati mengharmoniskan Malaysiaku ini.
      Bersatu hati mengharmoniskan Malaysiaku ini,
      Antara pemimpin dan rakyat sentiasa menghormati;
      Sehati senada sejiwa saling memahami,
      Terpancar kegembiraan Perdana Menteri.
      Terpancar kegembiraan Perdana Menteri.
      Rakyat Malaysia sentiasa bersatu hati:
      Berkorban apa saja demi Malaysiaku ini,
      Bahagia rakyat Malaysia aman dan damai.
      Bahagia rakyat Malaysia aman dan damai,
      Tiada berburuk sangka sesama sendiri;
      Yang difikirkan keamanan negara ini,
      Kemerdekaan Malaysia akan sentiasa dikecapi.
      Kemendekaan Malaysia akan sentiasa dijaga,
      Rakyatnya saling sanggup berkorban;
      Pertahankan negara daripada musuh durjana,
      Malaysiaku merdeka sentiasa berkekalan.
      Malaysiaku kekal merdeka selamanya,
      Barulah tenang roh Bapa Kemerdekaanku;
      Bersyukur pemimpin dan rakyatnya,
      Kemuliaan Jalur Gemilang sentiasa di hatiku.
      Kemuliaan Jalur Gemilang sentiasa di hatiku,
      Ingin kuajak rakyat Malaysia menghargainya;
      Teringat dengan keperitan perjuangan Tunku,
      Mendapatkan Kemerdekaan negaraku yang tercinta.
      Selamat Menyambut Hari Kelahiran,
      Buat Negaraku Malaysia tercinta;
      Kumengerti keperitanmu mengharungi perjuangan,
      Sabarlah kesetiaanmu kami hargai sentiasa.
      Ulang Tahun Kemerdekaanmu kuberjanji,
      Bersumpah setia mengekalkan kerharmonianmu,
      Moga kau tidak akan disakiti lagi,
      Oleh musuh durjana ingin menjatuhkanmu.
      Salam Kemerdekaan buat negaraku yang dicintai,
      Moga kau sentiasa gembira selalu;
      Kesetiaanmu sentiasa kami sanjungi,
      Berkibar megah tanpa jemu.
      Karya Ratu Rimba Niagara
      31 Ogos 2020
      (Disiarkan Bersempena Hari Kebangsaan ke - 63
      bermula 31 Ogos 1957 - 31 Ogos 2020).
      • Suka
      • Balas
      • 1j
    • HARGAI KEMERDEKAAN! MERDEKA SELAMANYA!
      Rakyat Malaysia Yang Berjiwa Patriotik Kusanjungi,
      Alangkah bahagia negara ini jika rakyat sepertimu;
      Menghargai Kemerdekaan Negara yang dikecapi,
      Merdeka! Merdeka! Merdeka! Dilafazkan tanpa jemu.
      Salam Kemerdekaan dariku untukmu
      dan untuk semua rakyat Malaysia yang cintakan negara ini
      Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!
      Dilaungkan sebanyak 7 kali oleh Tunku Abdul Rahman
      Bapa Kemerdekaan Negara Kita pada 31 Ogos 1957 dan
      diteruskan oleh semua Perdana Menteri Malaysia.
      Laungan Keramat ini akan bergema setiap kali
      Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia .
      "Hargai Kemerdekaan Merdeka Selamanya!"
      Selagi Ada Bulan Dan Matahari Negaraku Terus Merdeka!"
      Karya Ratu Rimba Niagara
      31 Ogos 2020
      (Disiarkan Bersempena Hari Kebangsaan ke - 63
      bermula 31 Ogos 1957 - 31 Ogos 2020).
      • Suka
      • Balas
      • 2j

    • Sekali merdeka ...merdeka selamanya!
      • Suka


  • Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yg ke 63.Saya sayang negaraku Malaysia
    • Suka
    • Balas
    • 2j
    2 Balasan
  • Imej mungkin mengandungi: satu orang atau lebih, teks yang berkata 'MALAYSIA PRIHATIN SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN Malaysia ke-63'
    • Suka
    • Balas
    • 2j
  • Tolong jaga org melayu..kami semakin ditindas
    • Suka
    • Balas
    • 2j
  • Imej mungkin mengandungi: teks yang berkata 'Happy Day Indepinataysia Bü MALAYSIA INDEPENDENCE DAY 1AUGUST PMFA extends felicitations to the Government and People of Malaysia on the 63rd ndependence day and extends best wishes for its continued progress and prosperity Shahid Jawed Qureshi President Pakistan Malaysia Friendship Association'
    • Suka
    • Balas
    • 2j
  • SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA YANG KE 63 KEPADA PM TSMY DAN KERAJAAN PERIKATAN NASIONAL TERUS KAN PERJUANGAN TERIMA KASIH 💝💝💝💝💝💝💝💝💝💝💝💝💝💝💝

  • Terima kasih Perdana Menteri Malaysia
    1
    • Suka
    • Balas
    • 2j
    1 Balasan
  • Apa itu hari kebangsaan?
    • Suka
    • Balas
    • 2j
  • Salam merdeka pm 8
    1
    • Suka
    • Balas
    • 2j
    • Suka
    • Balas
    • 2j


  • 🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾
    Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun ini bertemakan Malaysia Prihatin. Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini membawa maksud yang cukup mendalam kepada rakyat Malaysia selari dengan keadaan negara masih berdepan dengan pandemik COVID-19.
    Gabungan perkataan 'Malaysia' dan 'Prihatin' menggambarkan seluruh rakyat di negara ini turut sama memerangi wabak itu serta kecaknaan kerajaan dengan melakukan pelbagai inisiatif merangkumi aspek ekonomi dan kebajikan demi kelangsungan hidup rakyat.
    Saya berasa bangga menjadi Anak Malaysia. Terima kasih Malaysia.
Alhamdulillah


TANGGUNGJAWAB SEMUA PARA PENCINTA PATRIOTIK
Adalah tanggungjawab semua para pencinta patriotik menyubur suburkan obor api perjuangan cintakan negara pada jiwa anak bangsa...barulah MALAYSIA boleh senyum dalam kibaran Jalur Gemilang yang megah gagah...dan akan dipertahankan hingga ke titisan darah terakhir! Jangan dipersiakan peluang yang masih ada untuk mengekalkan nikmat "KEMERDEKAAN" dari satu generasi ke satu generasi dalam maju jaya aman damai dan itulah yang dimahukan oleh para pahlawan yang telah gugur di medan juang demi meraih KEMERDEKAAN untuk dihadiahkan generasi akan datang!

SELAGI ADA USAHA
SELAGI ADA KEYAKINAN
SELAGI ADA KEPERCAYAAN
SELAGI ADA KESETIAAN
MATLAMAT PERJUANGAN TERCAPAI
UNTUK DIHADIAHKAN
KEMERDEKAAN INI
PADA ANAK BANGSA
SAMPAI BILA-BILA Ratu Rimba Niagara
19 Ogos 2020

HEBATNYA CINTA KEKASIH KEPADA PARA KEKASIH-NYA
Kekasihku...
Kekasihku Allah SWT Tuhanku
Kekasihku Nabi Muhammad SAW
Kekasihku amal penemanku di kuburan
Kekasihku adalah hamba-Nya pilihan Allah di Lauhmahfuz
Kekasihku mengajar aku erti hidup berkasih sayang kerana-Nya
Syurga ditempatkan kepada hamba-Nya
Bukanlah kerana banyaknya amalan hamba-Nya
Tapi dengan Rahmat Kasih-Nya
Yang penting sentiasa bersangka baik dengan-Nya
Beramal ikhlas semata kerana-Nya
Tiada niat lain ikhlas kerana-Nya
Kekasih segala kekasih
DIA lah Tuhanku
Yang setia
Membalas cinta hamba-Nya yang ikhlas
Janji-Nya pasti benar
Sesungguh-Nya
DIAlah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Tidak akan pernah meninggalkan hamba-Nya
Biarpun sedetik
Terlalu hampir
Kemana kita berada DIA berada
Tak pernah tidur dan lalai
Bersama kita
Sejak Azali Lagi
Hingga nafas terhenti
Syurga adalah balasan
Yang terindah buat para kekasih-Nya
Yang Dicintai
Selagi berdetak jantung
Yang tiada penghujung-Nya
Biarpun sudah bergelar roh
Begitulah
Cinta-Nya Allah kepada para kekasih-Nya
Maka berlumba-lumbalah kita untuk
Menjadi kekasih-Nya
Kerana
DIA Maha
Penyayang
Memahami
Setia
Memakbulkan doa
Janji-Nya pasti ditepati
Kita tak akan dikecewakan
Selagi mana kita beramal
Ikhlas kerana-Nya
Andainya semua hamba-Nya
Masuk ke Syurga
Masih lagi ada ruang untuk para kekasih-Nya
Menghuni Syurga
Kerana Syurga itu
Luas seluas -luas-NYa
Begitulah pemurah dan penyayang-Nya Kekasih
Membalas cinta kepada semua para kekasih-Nya
Yang hidup di muka bumi
Dari wujudnya Nabi Adam as
Hinggalah bumi ini qiamat
SUBHANALLAH BEGITU HEBATNYA CINTA KEKASIH
KEPADA PARA SEMUA HAMBA-NYA YANG BERGELAR
KEKASIH-NYA
Moga kita semua tergolong menjadi kekasih-Nya
Aamin
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
13 Ogos 2012
24 Ramadan 1433H
POHONAN PELANGI SASTRA ANUGERAH-NYA
Subhanallah ketenangan yang menenangkan jiwa.
Mencintai-Mu Allah satu ketenangan Allahu Akbar.
Aku mendapat ilham bagaikan mengutip Permata Syurga berguguran dengan banyaknya lagi kukutip lagi banyak tak terkata . Allahu Akbar. Syukur Alhamdulillah. Aamiin
POHONAN PELANGI SASTRA ANUGERAH-NYA YANG TERINDAH INI KUHADIAHKAN TERISTIMEWA UNTUK SELURUH PENGHUNI BUMI TERCINTA
SAKSIKAN KEINDAHAN ALAM DENGAN IMAN PASTI KAMU AKAN PERCAYA KEWUJUDAN TUHAN
ALLAH KUCINTA MUHAMMAD KUKASIH
ALLAH KUCINTA MUHAMMAD KUKASIH
MOGA CINTA DAN KASIH INI
MENGUNDANG RINDU MEMBARA
TANPA JEMU TANPA NOKHTAH
HINGGA KE AKHIR HAYATKU MENCINTAI-NYA
DI PADANG MAHSYAR MENDAPAT
SYAFAAT NABI MUHAMMAD SAW
DI SYURGA BERSAMA NABI MUHAMMAD SAW
DAN SELURUH UMMAT RASULULLAH BERSAMA
MEMANDANG WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
LIHATLAH KEBESARAN TUHAN SUBHANALLAH
'hamba-Ku yang mencintaimu adalah kekasih-Ku,'
KU MILIK ORANG YANG BERSELAWAT KE ATASMU
Ketika di Mikraj di Sidratul Muntaha, Allah swt bertanya kepada Nabi saw, Milik siapakah seluruh langit ini? Nabi saw menjawab, milikMu Ya Allah. Allah swt bertanya lagi kepada Rasulullah saw, Milik siapakah dirimu? Nabi saw menjawab, MilikMu Ya Allah. Kemudian, Allah swt bertanya lagi, Milik siapakah diriKu? Nabi saw diam tersipu-sipu tidak menjawab. Kemudian Allah swt sendiri menjawabnya, Sesungguhnya Aku milik orang yang berselawat ke atasmu.
Allahummassolli wa sallim wa baarik alaih!
Allahumma solli wa sallim 'alaih
Maha Suci Tuhan Pemilik langit dan Bumi, Tuhan Pemilik ‘Arsy, dari apa yang mereka sifatkan itu.’
(QS. Az-Zukhruf: Ayat 82)
MAKRIFAT CINTA
Makrifat cinta bermakna saling menyayangi kerana Allah SWT membuatkan hati ada taman berbunga iman menjadi hamba-Nya yang bertaqwa.
Ikatan silaturrahim dalam persahabatan sentiasa ikhlas dengan niat bersama menuju jalan-jalan ke SyurgaNya.
Sentiasa redha apa jua takdirNya percaya setiap takdir pasti ada hikmahNya yang indah.
Jika hati dilukai tak akan ada rasa kecewa kerana yakin Allah akan menggantikan yang lebih baik.
Lalui hidup dengan sentiasa bersangka baik dengan Allah Azzawajalla kerana Allah SWT mengikut prasangka hambaNya memahami apa rencanaNya di situlah adanya Makrifat Cinta.
"ALLAH TIDAK MEMBERI APA YANG KITA MAHUKAN TAPI ALLAH MEMBERI APA YANG KITA PERLUKAN,"
TAK ADA KEJADIAN KEBETULAN SEMUA HANYA BISA TERJADI DENGAN IZIN ALLAH
HIKMAH
Tak ada kejadian kebetulan
Tak ada kejadian sia-sia
Semua hanya bisa terjadi dengan izin Allah
Dan semuanya pasti penuh hikmah
Hikmah tak akan terbaca
Oleh orang yg sarat emosi
Sibuk memanjakan perasaan
Cinta dunia, senang dengan penilaian makhluk
Langka berzikir
Tak mau sungguh-sungguh tafakur
Hikmah yg terbaca
akan merubah suasana hati
Akan mudah merubah perilaku
Dari pedih menjadi syukur
Dari melankolis menjadi semangat
Hikmah mudah terbaca oleh orang yang berhati bersih,
Buah dari kecerdasan akal, Ketulusan hati Dan kesungguhan mencintai Allah diatas segalanya.
JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA ALLAH KITA AKAN BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT TAPI JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA MANUSIA DIA SENDIRI TIDAK BISA MENJAMINKAN KEBAHAGIAAN UNTUKNYA APA TAH LAGI KITA .
ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA DAN MEMBANTU KITA WALAUPUN DI SAAT KITA DISISIHKAN OLEH SEMUA MANUSIA.
BILAMANA ALLAH MEMBANTUMU TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG-NYA SAMADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT YAKINLAH JANJI ALLAH ITU PASTI !
SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surah Al Fajr
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati.”
Wahai jiwa yang tenang (27), Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya (28). Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu (29) dan masuklah ke dalam SyurgaKu (29) - (Al Fajr:27, 28, 29)
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLA
Ertinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajalla: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Ertinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)
·
Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya merentasi benua....aamiin
Ratu Rimba Niagara Aamin Ya Rabbal A'Lamiin
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA
@ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/
THAILAND, 202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
31 Ogos 2020 12 Muharam 1442H

0 comments:

Post a Comment

 
;