Sunday, 30 August 2020

SASTERAKU ANUGERAH-NYA TERINDAH (266) SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE-63 'DATO' SRI ISMAIL SABRI YAAKOB



SASTERAKU ANUGERAH-NYA TERINDAH (266) SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE-63 'DATO' SRI ISMAIL SABRI YAAKOB

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke 63.
Semoga Malaysia terus kekal "merdeka" dari segi politik, ekonomi, sosial dan budaya.
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, teks yang berkata 'ISMEIL SABRI SABRIYAAKOB SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE-63 63 MALAYSIA PRIHATIN f DATO' SRI ISMAIL SABRI YAAKOB Menteri Kanan Pertahanan Naib Preside MNO Malaysia Ahli Parlimen Bera Ketua UMNO Bahagian Bera Ismail Sabri Yaakob IsmailSabri60 0m Ismailsabri60'
Anda dan 9.4K yang lain
306 Komen
151 Perkongsian
Suka
Komen
Kongsi
Komen
Paling Relevan




Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke 63.
Semoga Malaysia terus kekal "merdeka" dari segi politik, ekonomi, sosial dan budaya.
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, teks yang berkata 'ISMEIL SABRI SABRIYAAKOB SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE-63 63 MALAYSIA PRIHATIN f DATO' SRI ISMAIL SABRI YAAKOB Menteri Kanan Pertahanan Naib Preside MNO Malaysia Ahli Parlimen Bera Ketua UMNO Bahagian Bera Ismail Sabri Yaakob IsmailSabri60 0m Ismailsabri60'
Anda dan 9.4K yang lain
306 Komen
151 Perkongsian
Suka
Komen
Kongsi
Komen
Paling Relevan

  • PANTUN MENGHAYATI RUKUN NEGARA
    1) KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
    Semua benda ada penciptanya,
    Tuhanku Pencipta Semesta Alam;
    Apa dicipta penuh bijaksana,
    Demi kebaikan seisi alam.
    2) KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
    i) Raja dan rakyat berpisah tiada,
    Sehati sejiwa saling memahami;
    Negara aman tanpa sengketa,
    Cintakan negara kasih bersemi.
    ii) Kucinta negaraku sepenuh hati,
    Rela berkorban nyawa demi negaraku;
    Pemimpin dan rakyat bersatu hati,
    Seluruh rakyat sayangkan negaraku.
    3) KELUHURAN PERLEMBAGAAN
    Di parlimen tempat besidang,
    Para pemimpin pilihan rakyat;
    Masalah rakyat dan negara semua dicadang,
    Diselesaikan masalah selari kehendak rakyat.
    4) KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
    Negara aman ketangkasan polis bertindak,
    Menggadai nyawa membanteras jenayah;
    PDRM & ATM berjiwa patriotik,
    Apabila berjuang tidak pernah mengalah.
    5) KESOPANAN DAN KESUSILAAN
    i) Apabila bicara tentang Ketuhanan,
    Jiwa tenang setenang air di kali ;
    Seruan yang indah kata yang santun,
    Pasti membaca berulang kali.
    ii) Rakyat sayang Perdana Menteri,
    Galakkan rakyat bersatu padu;
    Pelbagai kaum hormat menghormati,
    Agar negara terus di mercu.
    Karya Ratu Rimba Niagara
    31 Januari 2019
    (Pantun dikarang bersempena Pemasyhuran Yang di-Pertuan Agong Ke-XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah)
    (Disiarkan Bersempena Hari Kebangsaan ke - 63
    bermula 31 Ogos 1957 - 31 Ogos 2020).
    • Suka
    • Balas
    • 1m
  • HARGAI KEMERDEKAAN! MERDEKA SELAMANYA!
    Rakyat Malaysia Yang Berjiwa Patriotik Kusanjungi,
    Alangkah bahagia negara ini jika rakyat sepertimu;
    Menghargai Kemerdekaan Negara yang dikecapi,
    Merdeka! Merdeka! Merdeka! Dilafazkan tanpa jemu.
    Salam Kemerdekaan dariku untukmu
    dan untuk semua rakyat Malaysia yang cintakan negara ini!
    Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!
    Dilaungkan sebanyak 7 kali oleh Tunku Abdul Rahman
    Bapa Kemerdekaan Negara Kita pada 31 Ogos 1957 dan
    diteruskan oleh semua Perdana Menteri Malaysia.
    Laungan Keramat ini akan bergema setiap kali
    Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia .
    "Hargai Kemerdekaan Merdeka Selamanya!"
    Selagi Ada Bulan Dan Matahari Negaraku Terus Merdeka!"
    Karya Ratu Rimba Niagara
    31 Ogos 2020
    (Disiarkan Bersempena Hari Kebangsaan ke - 63
    bermula 31 Ogos 1957 - 31 Ogos 2020).
    • Suka
    • Balas
    • 2m
  • GAGAH SETIA
    Kau pahlawan Allah
    Kau pahlawanku
    Kau pahlawan semua
    Kau pahlawan rakyat Malaysia
    Kau pahlawan gagah perkasa
    Kau pahlawan setia
    Kau rela korbankan dirimu
    Demi mempertahankan Ibu Pertiwi
    Kami hargai
    Kami sanjungi
    Kami berbangga punyai pahlawan
    Sepertimu
    yang gagah
    yang setia
    kepada agama bangsa dan negara
    ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR!
    Jasamu pahlawan
    Akan kami letak di taman hati
    Taman hati berbunga Kebangsaan Negara
    Bunga Raya berkelopak Lima:
    KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
    KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
    KELUHURAN PERLEMBAGAAN
    KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
    KESOPANAN DAN KESUSILAAN
    Yang sentiasa ada di jiwa semua rakyat Malaysia
    Dengan segala prinsip Rukun Negara itulah
    Maka hidup seluruh rakyat Malaysia
    Dalam kesejahteraan dan kerahmatan dari Ilahi
    Moga Malaysia
    CEMERLANG GEMILANG TERBILANG
    Berkat kesetiaan gagah perkasa
    Semua pahlawan negara
    ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH
    Syukur kami pada-Mu Tuhan
    Mengurniakan kami pahlawan-pahlawan yang gagah setia
    Sentiasa bersiap sedia membela Ibu Peritiwi
    Rahmatilah hidup dan mati semua pahlawan kami
    Yang berjasa pada Ibu Pertiwi
    Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin
    Karya Ratu Rimba Niagara
    31 Ogos 2020
    (Disiarkan Bersempena Hari Kebangsaan ke - 63
    bermula 31 Ogos 1957 - 31 Ogos 2020)
    • Suka
    • Balas
    • 3m
  • MALAYSIAKU BERDAULAT TANAH TUMPAHNYA DARAHKU!
    di sini tanah tumpahnya darahku
    tak akan kubiarkan
    biarpun seinci diceroboh musuh durjana
    akan aku pertahankan
    biarpun nyawaku jadi taruhan
    di sini tanah tumpahnya darahku
    cintaku pada ibu pertiwi
    setulus cinta tanpa ada pendustaan cinta
    tak akan kubiarkan ibu pertiwiku
    dizalimi oleh mana-mana musuh durjana
    siapa yang berani menentang
    akan aku tentang
    akan aku lawan
    biarpun nyawa jadi taruhan
    di sini tanah tumpahnya darahku
    demi ibu pertiwi
    aku rela dihujani peluru
    bermandikan darah
    asalkan ibu pertiwiku aman sejahtera
    daripada segala ancaman musuh durjana
    di sini tanah tumpahnya darahku
    Angkatan Tentera Darat Malaysia...
    sentiasa bersiap siaga
    mempertahankan ibu pertiwi
    kami tak takut mati bila berada di medan juang
    kami berjuang...berjuang...berjuang....
    hingga ke titisan darah terakhir
    untuk berundur di medan juang tidak sama sekali
    sekali kami melangkah ...langkah kami adalah langkah seorang pejuang
    Duhai rakyat Malaysia di luar sana
    Jangan bimbang
    Jangan takut
    Keselamatan negara masih terkawal
    Angkatan Tentera Malaysia...
    Sentiasa berjaga-jaga ..memantau...
    Di setiap inci bumi Malaysia
    Masuh datang kami tentang
    Kami lawan
    Kami perang habis-habisan
    Kami tak takut mati pabila berada di medan perang
    Kami pasukan tentera yang berani mati
    Demi kerana agama bangsa dan negara
    Kami Angkatan Tentera Malaysia
    Semuanya terlatih mahir dalam berperang
    Kami dilatih untuk berani mati
    Tak akan ada rasa gentar bila berhadapan dengan musuh
    Semangat kami sentiasa bergelora untuk menghapuskan mereka !
    Andainya kami gugur di medan juang...
    Taburkan bunga-bunga ibu pertiwi
    Dan kirimi doa restu
    Agar kami aman di Sana...
    Duhai musuh durjana
    Jangan kamu fikir kami relakan negara kami dijajah olehmu
    Ketahuilah kamu ...
    Sekali benderaku berkibar dengan laungan
    Merdeka!Merdeka!Merdeka! Oleh Bapa Kemerdekaan Malaysia
    Selamanyalah kekal merdeka...
    Tak akan siapa berani menurunkan dan mengantikan bendera lain
    Jika kamu berani silakan....
    Angkatan Tentera Malaysia
    Tak akan biarkan....
    Sekalipun bumi Malaysia ini bermandikan lautan darah
    Tak akan kami biarkan....
    Akan kami perjuangkan hingga ke titisan darah terakhir
    Kami pertahankan bukan untuk kepentingan kami
    Semua-Nya demi cinta kami pada Tuhan, Raja Dan Rakyat Malaysia tercinta
    Makanya bila-bila masa sentiasa bersiap siaga dan sentiasa bersedia
    Berada di medan juang
    Kami mahu mati dalam perjuangan
    Perjuangan demi cintakan-Nya
    Matlamat kami mati syahid di medan perang...
    Moga Allah makbulkan doa kami
    Aamiin Ya Rabbal Lamin
    Karya Ratu Rimba Niagara
    31 Ogos 2020
    (Disiarkan Bersempena Hari Kebangsaan ke - 63
    bermula 31 Ogos 1957 - 31 Ogos 2020).
    • Suka
    • Balas
    • 5m
  • SYAIR BAPA KEMERDEKAAN MALAYSIA
    Tersebutlah kisah seorang putera,
    Tunku Abdul Rahman diberi nama;
    Dikasihi semua rakyat jelata,
    Baik budinya tidak terkira.
    Menyayangi rakyat sepenuh hati,
    Perjuangannya tidak pernah terhenti;
    Disambung oleh pemimpin terkini,
    Cintakan perjuangan tidak bertepi.
    Sokongan rakyat Tunku gembira,
    Rela berkorban harta dan nyawa;
    Demi kerana negara tercinta,
    Asalkan rakyat hidup bahagia.
    Bersama Tun Razak Tunku ke London,
    Untuk bincangkan tentang kemerdekaan;
    Penat dan lelah tidak dihiraukan,
    Asalkan pulang membawa kejayaan.
    Tanggal 31 Ogos 1957 diumumkan kemerdekaan,
    Disambut penuh dengan kegembiraan;
    Ribuan rakyat ceria bersorakkan,
    Tersenyum Tunku tanda kepuasan.
    Tunku laungkan merdeka penuh membara,
    Rakyat menyambut laungan membara-bara;
    Demi kerana negara merdeka,
    Untuk diwarisi rakyat jelata.
    Kemerdekaan dituntut bukannya mudah,
    Penuh dengan penat dan lelah;
    Walaupun tiada pertumpahan darah,
    Agar generasi dapat berteduh.
    Pemimpin dan rakyat harus bersatu,
    Pertahankan negara tanpa jemu;
    Rakyat aman sudahlah tentu,
    Generasi mendatang mendapat restu.
    Tanpa diduga komunis bertandang,
    Menceroboh masuk terus meradang;
    Tunku memikir merasa bimbang,
    Keselamatan negara tidak tergoyang.
    Tunku berbincang secara aman,
    Dengan Chin Peng membuat keputusan;
    Komunis berundur dengan aman,
    Terima kasih Tunku Abdul Rahman.
    Jepun menyerang ke negara kita,
    Ingin berkuasa merebut tahta;
    Kekejaman Jepun rakyat sengsara,
    Makan dan minum berair mata.
    Sana sini mayat bergelimpangan,
    Jepun mengganas tanpa kemanusiaan;
    Asalkan hati penuh kepuasan,
    Kerana hati bertuhankan syaitan.
    Para perajurit ramai terkorban,
    Mempertahankan negara habis-habisan;
    Nyawa di badan jadi taruhan,
    Asalkan negara menjadi aman.
    Perajurit dibantu tentera Inggeris,
    Jepun terus bermuka bengis;
    Berlawan mereka terus menerus,
    Gugurnya perajurit terus ditangis.
    Pergilah perajuritku dengan aman,
    Perjuanganmu menjadi kenangan;
    Kau gugur dalam kemenangan,
    Kuingat dikau di tugu kepahlawanan.
    Jepun mengalah lalu berundur,
    Hiroshima dan Nagasaki bom digugur;
    Sudah terlambat Jepun nak sedar,
    Rakyat mereka ramai yang gugur.
    Tunku hargai jasa perwira,
    Pertahankan negara ke hujung nyawa;
    Rakyat juga amat berbangga,
    Kerana jasamu rakyat terbela.
    Tunku memerintah penuh berhati,
    Rakyat hidup bersatu hati;
    Ke mana pergi Tunku dihormati,
    Pengorbanamu Tunku terus diingati.
    Sekian sahaja kisah Bapa Kemerdekaan,
    Memerdekakan negara demi keamanan;
    Agar generasi turut pertahankan,
    Menjadi warisan sejak berzaman.
    Karya Ratu Rimba Niagara
    31 Ogos 2020
    (Disiarkan Bersempena Hari Kebangsaan ke - 63
    bermula 31 Ogos 1957 - 31 Ogos 2020)
    • Suka
    • Balas
    • 7m
  • SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA TERCINTA!
    Salam kemerdekaan Malaysia tercinta,
    Kibaran Jalur Gemilang megah berkibar;
    Tersenyum megah penuh bangga,
    Kukagumi semangatmu berkobar-kobar.
    Kau tak pernah kenal erti kalah,
    Apapun dugaan kau hadapi dengan tabah;
    Di mana pun berada kau berkibar megah,
    Demi kekalkan kemerdekaan rakyat mesti berubah.
    Berubah untuk memikirkan kepentingan negara,
    Keamanan dan keharmonian matlamat utama;
    Semangat rakyatnya terus membara-bara,
    Menjadikan realiti impian rakyat Malaysia.
    Salam Prihatin untuk Perdana Menteri,
    Semoga hidupmu membawa keberkatan;
    Jasamu sentiasa mewangi di hati,
    Perjuangan terdahulu masih diteruskan.
    Justeru rakyat Malaysia patut berbangga,
    Mempunyai pemimpin tak pernah jemu,
    Membela nasib rakyat di mana saja berada,
    Malaysia Prihatin itu yang dimahu.
    Malaysia Prihatin itu yang dimahu,
    Rakyat Malaysia bersatu aman damai;
    Negara aman rakyatnya pelbagai kaum bersatu,
    Bersatu hati mengharmoniskan Malaysiaku ini.
    Bersatu hati mengharmoniskan Malaysiaku ini,
    Antara pemimpin dan rakyat sentiasa menghormati;
    Sehati senada sejiwa saling memahami,
    Terpancar kegembiraan Perdana Menteri.
    Terpancar kegembiraan Perdana Menteri.
    Rakyat Malaysia sentiasa bersatu hati:
    Berkorban apa saja demi Malaysiaku ini,
    Bahagia rakyat Malaysia aman dan damai.
    Bahagia rakyat Malaysia aman dan damai,
    Tiada berburuk sangka sesama sendiri;
    Yang difikirkan keamanan negara ini,
    Kemerdekaan Malaysia akan sentiasa dikecapi.
    Kemerdekaan Malaysia akan sentiasa dijaga,
    Rakyatnya saling sanggup berkorban;
    Pertahankan negara daripada musuh durjana,
    Malaysiaku merdeka sentiasa berkekalan.
    Malaysiaku kekal merdeka selamanya,
    Barulah tenang roh Bapa Kemerdekaanku;
    Bersyukur pemimpin dan rakyatnya,
    Kemuliaan Jalur Gemilang sentiasa di hatiku.
    Kemuliaan Jalur Gemilang sentiasa di hatiku,
    Ingin kuajak rakyat Malaysia menghargainya;
    Teringat dengan keperitan perjuangan Tunku,
    Mendapatkan Kemerdekaan negaraku yang tercinta.
    Selamat Menyambut Hari Kelahiran,
    Buat Negaraku Malaysia tercinta;
    Kumengerti keperitanmu mengharungi perjuangan,
    Sabarlah kesetiaanmu kami hargai sentiasa.
    Ulang Tahun Kemerdekaanmu kuberjanji,
    Bersumpah setia mengekalkan kerharmonianmu,
    Moga kau tidak akan disakiti lagi,
    Oleh musuh durjana ingin menjatuhkanmu.
    Salam Kemerdekaan buat negaraku yang dicintai,
    Moga kau sentiasa gembira selalu;
    Kesetiaanmu sentiasa kami sanjungi,
    Berkibar megah tanpa jemu.
    Karya Ratu Rimba Niagara
    31 Ogos 2020
    (Disiarkan Bersempena Hari Kebangsaan ke - 63
    bermula 31 Ogos 1957 - 31 Ogos 2020).
    • Suka
    • Balas
    • 13m
  • Salam Kemerdekaan buat Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob. Terima kasih atas segala pengorbanan Dato' Sri dalam menghentikan rantaian Covid-19. Moga Allah SWT membalas kebaikan Dato' Sri dengan ganjaran Syurga. Insya-Allah Aamiin.
    • Suka
    • Balas
    • 16m
    • Telah disunting
  • Selamat hari merdeka dari kami.
    Rakam anak semangat pewira.
  • Peminat Utama
    Salam keMERDEKAan utk rakyat 🇲🇾🇲🇾❤️.. Semoga Malaysia Aman Dan Makmur.. #MalaysiaPrihatin
    • Suka
    • Balas
    • 4j
    • Telah disunting
  • Salam kemerdekaan Dato' seri
    Imej mungkin mengandungi: teks yang berkata '31 OGOS Salam Merdeka Untuk seluruh Rakyat Malaysia Semoga negara Bebas dari covid 19 Aamiin NH'
    2
    • Suka
    • Balas
    • 5j
  • Terima kasih YB Dato' Sri menganugerahkan ayah saya Pingat Jasa Malaysia pada petang tadi..
    Imej mungkin mengandungi: satu orang atau lebih, orang berdiri dan sut
    12
    • Suka
    • Balas
    • 5j
    • Telah disunting
  • Peminat Utama
    Selamat Hari Kebangsaan utk Negaraku Malaysia yg Tercinta
    • Suka
    • Balas
    • 2j
  • Selamat hari kemerdekaan kepada paklong🙏 tahniah kepada paklong BN menang bertanding dalam pilihan raya di Slim River hidup BN.
    Imej mungkin mengandungi: 1 orang
    1
    • Suka
    • Balas
    • 3j
  • Imej mungkin mengandungi: 6 orang, orang berdiri, teks yang berkata 'MALAYSIA PRIHATIN YB SENATOR DATO WIRA OTHMAN BIN HJ AZIZ UMNO Bahagian Jerlun Seluruh UMNO Bahagian Jerlun Selamat mengucapkan Menyambut HARI KEBAN GSAAN KE-63'
    • Suka
    • Balas
    • 2j
  • Selamat Hari Kemerdekaan 🇲🇾
    Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks
    • Suka
    • Balas
    • 5j
  • Imej mungkin mengandungi: teks yang berkata '310GOS 31 OGOS Salam Merdeka Untuk seluruh Rakyat Malaysia Semoga negara Bebas dari covid 19 Aamiin NH'
    • Suka
    • Balas
    • 2j
  • Peminat Utama
    Salam Hari Kemerdekaan Dato
    Imej mungkin mengandungi: jalur
    • Suka
    • Balas
    • 5j
  • Salam kemerdekaan buat Pak Long Mail dan rakyat Malaysia yang disayangi.🇲🇾🇲🇾💝💝💝
    Tiada penerangan foto disediakan.
    1
    • Suka
    • Balas
    • 4j
  • Merdeka kah kita? Merdeka cuma negara tidak di jajah oleh negara lain.. tapi hakikat nye kita sedang dijahah oleh bangsa pendatang.. cina india nepal bangla indon.
    Ini lah yg di laungkan oleh si najib jendul.. 1msia.. #ismailsabriyaakob
    2
    • Suka
    • Balas
    • 3j
  • Kehadiran DSIS dlm kabinet peralihan kerajaan tidak d jangkakan .
    Tetapi DS lah penjaga keselamatan negara ketika rakyat kecelaruan.Rakyat rasa selamat dlm lindungan kerajaan yg perihatin rakyat.
    Semoga Allah permudahkan segala urusan.Sentiasa d rahmati dn d peliharakan keselamatan DSIS.
    SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 63 THN.
    2
    • Suka
    • Balas
    • 3j
  • Peminat Utama
    Imej mungkin mengandungi: teks yang berkata '31 OGOS Salam Merdeka Untuk seluruh Rakyat Malaysia Semoga negara Bebas dari covid 19 Aamiin NH'
    • Suka
    • Balas
    • 4j
  • Imej mungkin mengandungi: 4 orang, teks
    • Suka
    • Balas
    • 2j
  • Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan ke -63 kepada DSIS dan sekeluarga MERDEKA MERDEKA MERDEKA
    • Suka
    • Balas
    • 5j
  • Peminat Utama
    terbaik yb dato sri kerana selamat kan kami dari covid19..
    1
    • Suka
    • Balas
    • 5j
  • Sya dri negar indonesia mengucapkan Selamat menyambut hari kemerdekaan untuk negara malaysia semoga slalu dlm lindungan Allah swt. Merdeka merdeka
    1
    • Suka
    • Balas
    • 3j
  • Semoga negara kita aman & terus maju ke hadapan ...salam merdeka 63 thn ...
    • Suka
    • Balas
    • 4j
  • Imej mungkin mengandungi: teks yang berkata 'Selamat Hari Kemerdekaan Ke-63 SB Slope Works Structural Works'
    • Suka
    • Balas
    • 4j
  • Peminat Utama
    halo pak long! slmt hari kebangsaaan ke 63!! merdeka ! merdeka ! merdeka !!!!
    • Suka


  • Alhamdulillah.. Rupanya Tengku dr keluarga yg berjiwa pemimpin.. Terbaiklah teruskn Usaha mencurahkn bakti Utk negara kita .


Imej mungkin mengandungi: satu orang atau lebih, teks yang berkata 'Salam Merdeka larha R Morhabshi MALAYSIA PRIHATIN Penyokong Setia YDPA'
Anda dan 2.8K yang lain
389 Komen
84 Perkongsian
Suka
Komen
Kongsi
Komen
Lihat komen terdahulu

  • TANGGUNGJAWAB SEMUA PARA PENCINTA PATRIOTIK
    Adalah tanggungjawab semua para pencinta patriotik menyubur suburkan obor api perjuangan cintakan negara di jiwa anak bangsa, barulah MALAYSIA boleh senyum dalam kibaran Jalur Gemilang yang megah gagah dan akan dipertahankan hingga ke titisan darah terakhir! Jangan dipersiakan peluang yang masih ada untuk mengekalkan nikmat "KEMERDEKAAN" dari satu generasi ke satu generasi dalam maju jaya aman damai dan itulah yang dimahukan oleh para pahlawan yang telah gugur di medan juang demi meraih KEMERDEKAAN untuk dihadiahkan generasi akan datang!
    SELAGI ADA USAHA
    SELAGI ADA KEYAKINAN
    SELAGI ADA KEPERCAYAAN
    SELAGI ADA KESETIAAN
    MATLAMAT PERJUANGAN TERCAPAI
    UNTUK DIHADIAHKAN
    KEMERDEKAAN INI
    PADA ANAK BANGSA
    SAMPAI BILA-BILA
    Ratu Rimba Niagara
    30 Ogos 2020
    • Suka
    • Balas
    • 5j

  • MERIAHNYA MALAYSIA SETIAP KALI MENJELANG HARI KEBANGSAAN!
    Setiap kali menyambut Hari Kemerdekaan seluruh rakyat Malaysia gembira tanda syukur kita telah merdeka 63 tahun lamanya. Kerajaan selalu menyeru kibarkan Jalur Gemilang tapi berapa kerat sangat yang menyahut seruan kerajaan. Lihat saja di jalan raya, boleh dikatakan 99% tidak mengibarkan Jalur Gemilang di kenderaan.
    Di negara yang bergolak seperti Palestin sanggup pertaruhkan nyawa mengibarkan bendera kerana inginkan kemerdekaan Tanah Air mereka daripada kekejaman Israel. Betapa mereka mengharapkan sangat kemerdekaan negara tanpa dijajah oleh Israel.
    Justeru untuk memupuk budaya mengibarkan Jalur Gemilang setiap kali menjelangnya Hari Kebangsaan adalah dicadangkan mana-mana kenderaan yang tidak mengibarkan Jalur Gemilang dikenakan kompaun RM100.00 Pihak polis boleh memainkan peranan. Setelah membayar kompaun Jalur Gemilang dipasangkan di kereta mereka. Begitu juga di rumah-rumah kediaman dan premis perniagaan .
    Wang kompaun boleh dimasukan ke dalam tabung , "PAHLAWAN" untuk membantu pahlawan yang telah banyak berjaya kepada negara.
    Pasti setiap kali menyambut hari Kebangsaan meriah dan bilamana pihak musuh melihat semangat patriotik di jiwa setiap rakyat Malaysia mereka pasti tidak bercita-cita untuk menjajah Malaysia.
    Ini sekadar cadangan untuk Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin pertimbangan.
    Yang Mencadang,
    Rabeah Mohd Ali @ Ratu Rimba Niagara
    30 Ogos 2020
    • Suka
    • Balas
    • 5j
  • Alhamdulilah ...Tahniah YAB TSMY PM Terbaik. Semoga Bulan Merdeka ini DiRahmati Allah SWT...Yang Terbaik. Mantap. AamiinX3 Ya Rabbal Aalamiin.
    9
    • Suka
    • Balas
    • 7j
    1 Balasan
  • YAB TSMY PM terbaik. Alhamdulillah semoga kita dipayungi rahmat dan kasih sayang Allah sepanjang hayat dikurniakan keredhaan allah Aamiin ya rabbal 🤲💖💖💖💖💖
    21
    • Suka
    • Alhamdulillah


      TANGGUNGJAWAB SEMUA PARA PENCINTA PATRIOTIK
      Adalah tanggungjawab semua para pencinta patriotik menyubur suburkan obor api perjuangan cintakan negara pada jiwa anak bangsa...barulah MALAYSIA boleh senyum dalam kibaran Jalur Gemilang yang megah gagah...dan akan dipertahankan hingga ke titisan darah terakhir! Jangan dipersiakan peluang yang masih ada untuk mengekalkan nikmat "KEMERDEKAAN" dari satu generasi ke satu generasi dalam maju jaya aman damai dan itulah yang dimahukan oleh para pahlawan yang telah gugur di medan juang demi meraih KEMERDEKAAN untuk dihadiahkan generasi akan datang!

      SELAGI ADA USAHA
      SELAGI ADA KEYAKINAN
      SELAGI ADA KEPERCAYAAN
      SELAGI ADA KESETIAAN
      MATLAMAT PERJUANGAN TERCAPAI
      UNTUK DIHADIAHKAN
      KEMERDEKAAN INI
      PADA ANAK BANGSA
      SAMPAI BILA-BILA Ratu Rimba Niagara
      19 Ogos 2020

      HEBATNYA CINTA KEKASIH KEPADA PARA KEKASIH-NYA
      Kekasihku...
      Kekasihku Allah SWT Tuhanku
      Kekasihku Nabi Muhammad SAW
      Kekasihku amal penemanku di kuburan
      Kekasihku adalah hamba-Nya pilihan Allah di Lauhmahfuz
      Kekasihku mengajar aku erti hidup berkasih sayang kerana-Nya
      Syurga ditempatkan kepada hamba-Nya
      Bukanlah kerana banyaknya amalan hamba-Nya
      Tapi dengan Rahmat Kasih-Nya
      Yang penting sentiasa bersangka baik dengan-Nya
      Beramal ikhlas semata kerana-Nya
      Tiada niat lain ikhlas kerana-Nya
      Kekasih segala kekasih
      DIA lah Tuhanku
      Yang setia
      Membalas cinta hamba-Nya yang ikhlas
      Janji-Nya pasti benar
      Sesungguh-Nya
      DIAlah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
      Tidak akan pernah meninggalkan hamba-Nya
      Biarpun sedetik
      Terlalu hampir
      Kemana kita berada DIA berada
      Tak pernah tidur dan lalai
      Bersama kita
      Sejak Azali Lagi
      Hingga nafas terhenti
      Syurga adalah balasan
      Yang terindah buat para kekasih-Nya
      Yang Dicintai
      Selagi berdetak jantung
      Yang tiada penghujung-Nya
      Biarpun sudah bergelar roh
      Begitulah
      Cinta-Nya Allah kepada para kekasih-Nya
      Maka berlumba-lumbalah kita untuk
      Menjadi kekasih-Nya
      Kerana
      DIA Maha
      Penyayang
      Memahami
      Setia
      Memakbulkan doa
      Janji-Nya pasti ditepati
      Kita tak akan dikecewakan
      Selagi mana kita beramal
      Ikhlas kerana-Nya
      Andainya semua hamba-Nya
      Masuk ke Syurga
      Masih lagi ada ruang untuk para kekasih-Nya
      Menghuni Syurga
      Kerana Syurga itu
      Luas seluas -luas-NYa
      Begitulah pemurah dan penyayang-Nya Kekasih
      Membalas cinta kepada semua para kekasih-Nya
      Yang hidup di muka bumi
      Dari wujudnya Nabi Adam as
      Hinggalah bumi ini qiamat
      SUBHANALLAH BEGITU HEBATNYA CINTA KEKASIH
      KEPADA PARA SEMUA HAMBA-NYA YANG BERGELAR
      KEKASIH-NYA
      Moga kita semua tergolong menjadi kekasih-Nya
      Aamin
      KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
      13 Ogos 2012
      24 Ramadan 1433H
      POHONAN PELANGI SASTRA ANUGERAH-NYA
      Subhanallah ketenangan yang menenangkan jiwa.
      Mencintai-Mu Allah satu ketenangan Allahu Akbar.
      Aku mendapat ilham bagaikan mengutip Permata Syurga berguguran dengan banyaknya lagi kukutip lagi banyak tak terkata . Allahu Akbar. Syukur Alhamdulillah. Aamiin
      POHONAN PELANGI SASTRA ANUGERAH-NYA YANG TERINDAH INI KUHADIAHKAN TERISTIMEWA UNTUK SELURUH PENGHUNI BUMI TERCINTA
      SAKSIKAN KEINDAHAN ALAM DENGAN IMAN PASTI KAMU AKAN PERCAYA KEWUJUDAN TUHAN
      ALLAH KUCINTA MUHAMMAD KUKASIH
      ALLAH KUCINTA MUHAMMAD KUKASIH
      MOGA CINTA DAN KASIH INI
      MENGUNDANG RINDU MEMBARA
      TANPA JEMU TANPA NOKHTAH
      HINGGA KE AKHIR HAYATKU MENCINTAI-NYA
      DI PADANG MAHSYAR MENDAPAT
      SYAFAAT NABI MUHAMMAD SAW
      DI SYURGA BERSAMA NABI MUHAMMAD SAW
      DAN SELURUH UMMAT RASULULLAH BERSAMA
      MEMANDANG WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH
      AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
      LIHATLAH KEBESARAN TUHAN SUBHANALLAH
      'hamba-Ku yang mencintaimu adalah kekasih-Ku,'
      KU MILIK ORANG YANG BERSELAWAT KE ATASMU
      Ketika di Mikraj di Sidratul Muntaha, Allah swt bertanya kepada Nabi saw, Milik siapakah seluruh langit ini? Nabi saw menjawab, milikMu Ya Allah. Allah swt bertanya lagi kepada Rasulullah saw, Milik siapakah dirimu? Nabi saw menjawab, MilikMu Ya Allah. Kemudian, Allah swt bertanya lagi, Milik siapakah diriKu? Nabi saw diam tersipu-sipu tidak menjawab. Kemudian Allah swt sendiri menjawabnya, Sesungguhnya Aku milik orang yang berselawat ke atasmu.
      Allahummassolli wa sallim wa baarik alaih!
      Allahumma solli wa sallim 'alaih
      Maha Suci Tuhan Pemilik langit dan Bumi, Tuhan Pemilik ‘Arsy, dari apa yang mereka sifatkan itu.’
      (QS. Az-Zukhruf: Ayat 82)
      MAKRIFAT CINTA
      Makrifat cinta bermakna saling menyayangi kerana Allah SWT membuatkan hati ada taman berbunga iman menjadi hamba-Nya yang bertaqwa.
      Ikatan silaturrahim dalam persahabatan sentiasa ikhlas dengan niat bersama menuju jalan-jalan ke SyurgaNya.
      Sentiasa redha apa jua takdirNya percaya setiap takdir pasti ada hikmahNya yang indah.
      Jika hati dilukai tak akan ada rasa kecewa kerana yakin Allah akan menggantikan yang lebih baik.
      Lalui hidup dengan sentiasa bersangka baik dengan Allah Azzawajalla kerana Allah SWT mengikut prasangka hambaNya memahami apa rencanaNya di situlah adanya Makrifat Cinta.
      "ALLAH TIDAK MEMBERI APA YANG KITA MAHUKAN TAPI ALLAH MEMBERI APA YANG KITA PERLUKAN,"
      TAK ADA KEJADIAN KEBETULAN SEMUA HANYA BISA TERJADI DENGAN IZIN ALLAH
      HIKMAH
      Tak ada kejadian kebetulan
      Tak ada kejadian sia-sia
      Semua hanya bisa terjadi dengan izin Allah
      Dan semuanya pasti penuh hikmah
      Hikmah tak akan terbaca
      Oleh orang yg sarat emosi
      Sibuk memanjakan perasaan
      Cinta dunia, senang dengan penilaian makhluk
      Langka berzikir
      Tak mau sungguh-sungguh tafakur
      Hikmah yg terbaca
      akan merubah suasana hati
      Akan mudah merubah perilaku
      Dari pedih menjadi syukur
      Dari melankolis menjadi semangat
      Hikmah mudah terbaca oleh orang yang berhati bersih,
      Buah dari kecerdasan akal, Ketulusan hati Dan kesungguhan mencintai Allah diatas segalanya.
      JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA ALLAH KITA AKAN BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT TAPI JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA MANUSIA DIA SENDIRI TIDAK BISA MENJAMINKAN KEBAHAGIAAN UNTUKNYA APA TAH LAGI KITA .
      ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA DAN MEMBANTU KITA WALAUPUN DI SAAT KITA DISISIHKAN OLEH SEMUA MANUSIA.
      BILAMANA ALLAH MEMBANTUMU TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG-NYA SAMADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT YAKINLAH JANJI ALLAH ITU PASTI !
      SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
      'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
      MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
      'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
      As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
      WAHAI JIWA YANG TENANG
      Surah Al Fajr
      “Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati.”
      Wahai jiwa yang tenang (27), Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya (28). Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu (29) dan masuklah ke dalam SyurgaKu (29) - (Al Fajr:27, 28, 29)
      BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLA
      Ertinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajalla: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
      (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
      DUNIA YANG HINA
      Ertinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
      (Riwayat al-Tirmizi)
      ·
      Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya merentasi benua....aamiin
      Ratu Rimba Niagara Aamin Ya Rabbal A'Lamiin
      PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
      TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA
      @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/
      THAILAND, 202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
      31 Ogos 2020

0 comments:

Post a Comment

 
;