SASTERAKU ANUGERAH-NYA TERINDAH (282) PERJUANGAN HINGGA KE TITISAN DARAH TERAKHIR!
wwww
www
Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Ke-63.
Malaysia Prihatin dipilih menjadi tema Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini membawa maksud yang cukup mendalam kepada rakyat Malaysia selari dengan keadaan negara masih berdepan dengan pandemik COVID-19.
Gabungan perkataan 'Malaysia' dan 'Prihatin' menggambarkan seluruh rakyat di negara ini turut sama memerangi wabak itu serta kecaknaan kerajaan dengan melakukan pelbagai inisiatif merangkumi aspek ekonomi dan kebajikan demi kelangsungan hidup rakyat.
wwww
www
KERAJAAN PN KERAJAAN YANG BEKERJA UNTUK RAKYAT
PM Muhyiddin Yassin menyebut bahawa Kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak pernah berbulan madu sebaliknya terus bekerja keras untuk negara sebaik sahaja diberi amanah mentadbir Malaysia sejak Mac lalu.
Apa yang dilakukan itu bagi memastikan kerajaan PN pimpinannya dapat terus berfungsi sebaik sahaja dibentuk sebagai kerajaan yang bekerja siang dan malam untuk membela rakyat.
Jelasnya lagi, kami tiada masa untuk berbulan madu sebagai kerajaan baharu. Tidak ada tempoh bulan madu untuk kita semua. Kami bekerja sebagai pemerintah yang berfungsi dari semasa ke semasa.
Petikan ucapan PM ketika menghadiri Konvensyen Setengah Tahun Pentadbiran Perikatan Nasional PN : Pencapaian, Harapan dan Cabaran 1Mac 2020 - 1September 2020
Kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak pernah berbulan madu sebaliknya terus bekerja keras untuk negara sebaik sahaja diberi amanah mentadbir Malaysia sejak Mac lalu.
Apa yang dilakukan itu bagi memastikan kerajaan PN dapat terus berfungsi sebaik sahaja dibentuk sebagai kerajaan yang bekerja siang dan malam untuk membela rakyat.
MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT
Ternyata perkara yang dilakukan secara persetujuan semua pihak akan mendatangkan lebih banyak kebaikan.
Kemenangan calon Barisan Nasional (BN) Mohd Zaidi Aziz dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Slim membuktikan keyakinan rakyat pada parti itu serta dasar-dasar yang dilakukan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin menyebut bahawa kemenangan itu juga jelas membuktikan parti Bersatu, UMNO dan PAS dalam Muafakat Nasional (MN) mampu mewujudkan kesepakatan yang jitu untuk meraih sokongan padu pengundi.
Bak kata pepatah Melayu, 'Muafakat membawa berkat'.
Dia pemimpin yang disenangi rakyat kerana perwatakannya yang menepati citarasa rakyat marhaen. Seorang pemimpin prihatin dan mengutamakan hal2 rakyat dulu. Semestinya rakyat Malaysia akan sentiasa berdiri teguh bersama PM Muhyiddin Yassin dalam apa jua situasi kerana dia telah melaksanakan amanahnya sebagai seorang ketua kerajaan yang baik.
Betapa istimewanya Perdana Menteri Malaysia Ke-8
- Boleh membaca doa
- Pernah ketuai takbir raya
- Boleh jadi imam untuk para menteri
- Tak pernah cakap Melayu malas
- Tak kata Malaysia akan bankrap
- Tak salahkan PM sebelumnya
- Tidak menyombong diri
- Tak pernah suruh rakyat ikat perut
- Tak pernah menyakiti hati orang
- Selalu mendahulukan kepentingan rakyat dari berpolitik
DEMI PENYATUAN BANGSA MELAYU
Asas pembentukan Muafakat Nasional (MN) adalah untuk menyatupadukan orang Melayu dan membina kekuatan kelompok teras Melayu-Islam. Penyertaan BERSATU dalam MN akan memberi suntikan tambahan dalam usaha memantapkan MN selepas PM Muhyiddin memaklumkan kesediaan mereka untuk menyertai muafakat ini.
Antara kata hikmah yang pernah diungkapkan PM Muhyiddin Yassin sepanjang kariernya dalam berpolitik.
PENGORBANAN SEORANG ABAH YANG PRIHATIN
Di kaca mata rakyat sering kali melihat seseorang yang bergelar pemimpin lebih-lebih lagi jika berstatus nombor satu pastinya individu itu akan sibuk dengan urusan negara dan mana mungkin 'ambil kisah' cerita-cerita pasal rakyatnya.
Tapi berbeza pula buat PM Muhyiddin Yassin yang membuktikan walaupun beliau sibuk merencana pelbagai perancangan sepanjang pentadbirannya ditambah pula ketika negara berdepan penularan pandemik COVID-19 beliau telah berjaya membawa perwatakan seorang pemimpin yang sempoi, ambil kisah dan prihatin dengan rakyat.
Sifat kebapaan beliau terserlah sehingga diberi jolokan 'Abah' kerana beliau mengambil tahu bermacam-macam hal rakyat sampai lah ke hal2 di media sosial juga telah mendapat perhatiannya. Contohnya dah ada, masa ucapannya ketika beliau mengumumkan arahan PKP telah menjadi viral iaitu ke sana ke sini dan pada masa yang sama beliau boleh berseloroh dengan rakyat Malaysia mengenai hal ini. Mana nak cari PM seperti beliau kan? Tak protokol dan sentiasa merendah diri.
Begitu juga ada masa cara berpakaian beliau ketika mengumumkan sesuatu sangat santai, berkemeja biasa, singsing lengan dan ini buat kita terasa dekat, kadang-kadang rasa sedih seolah-olah beliau keletihan bekerja untuk rakyat. Itu lah abah rakyat Malaysia, seorang yang sempoi dan prihatin.
Malaysia Negaraku. Sayangi dia, berikan sepenuh jiwa & raga anda untuk mempertahankan negara tercinta dari apa jua anasir jahat. Hayati pengorbanan pejuang kemerdekaan yang telah berkorban demi negara.
Alhamdulillah
TANGGUNGJAWAB SEMUA PARA PENCINTA PATRIOTIK
Adalah tanggungjawab semua para pencinta patriotik menyubur suburkan obor api perjuangan cintakan negara pada jiwa anak bangsa...barulah MALAYSIA boleh senyum dalam kibaran Jalur Gemilang yang megah gagah...dan akan dipertahankan hingga ke titisan darah terakhir! Jangan dipersiakan peluang yang masih ada untuk mengekalkan nikmat "KEMERDEKAAN" dari satu generasi ke satu generasi dalam maju jaya aman damai dan itulah yang dimahukan oleh para pahlawan yang telah gugur di medan juang demi meraih KEMERDEKAAN untuk dihadiahkan generasi akan datang!
SELAGI ADA USAHA
SELAGI ADA KEYAKINAN
SELAGI ADA KEPERCAYAAN
SELAGI ADA KESETIAAN
MATLAMAT PERJUANGAN TERCAPAI
UNTUK DIHADIAHKAN
KEMERDEKAAN INI
PADA ANAK BANGSA
SAMPAI BILA-BILA
Ratu Rimba Niagara
19 Ogos 2020
HEBATNYA CINTA KEKASIH KEPADA PARA KEKASIH-NYA
Kekasihku...
Kekasihku Allah SWT Tuhanku
Kekasihku Nabi Muhammad SAW
Kekasihku amal penemanku di kuburan
Kekasihku adalah hamba-Nya pilihan Allah di Lauhmahfuz
Kekasihku mengajar aku erti hidup berkasih sayang kerana-Nya
Syurga ditempatkan kepada hamba-Nya
Bukanlah kerana banyaknya amalan hamba-Nya
Tapi dengan Rahmat Kasih-Nya
Yang penting sentiasa bersangka baik dengan-Nya
Beramal ikhlas semata kerana-Nya
Tiada niat lain ikhlas kerana-Nya
Kekasih segala kekasih
DIA lah Tuhanku
Yang setia
Membalas cinta hamba-Nya yang ikhlas
Janji-Nya pasti benar
Sesungguh-Nya
DIAlah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Tidak akan pernah meninggalkan hamba-Nya
Biarpun sedetik
Terlalu hampir
Kemana kita berada DIA berada
Tak pernah tidur dan lalai
Bersama kita
Sejak Azali Lagi
Hingga nafas terhenti
Syurga adalah balasan
Yang terindah buat para kekasih-Nya
Yang Dicintai
Selagi berdetak jantung
Yang tiada penghujung-Nya
Biarpun sudah bergelar roh
Begitulah
Cinta-Nya Allah kepada para kekasih-Nya
Maka berlumba-lumbalah kita untuk
Menjadi kekasih-Nya
Kerana
DIA Maha
Penyayang
Memahami
Setia
Memakbulkan doa
Janji-Nya pasti ditepati
Kita tak akan dikecewakan
Selagi mana kita beramal
Ikhlas kerana-Nya
Andainya semua hamba-Nya
Masuk ke Syurga
Masih lagi ada ruang untuk para kekasih-Nya
Menghuni Syurga
Kerana Syurga itu
Luas seluas -luas-NYa
Begitulah pemurah dan penyayang-Nya Kekasih
Membalas cinta kepada semua para kekasih-Nya
Yang hidup di muka bumi
Dari wujudnya Nabi Adam as
Hinggalah bumi ini qiamat
SUBHANALLAH BEGITU HEBATNYA CINTA KEKASIH
KEPADA PARA SEMUA HAMBA-NYA YANG BERGELAR
KEKASIH-NYA
Moga kita semua tergolong menjadi kekasih-Nya
Aamin
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
13 Ogos 2012
24 Ramadan 1433H
POHONAN PELANGI SASTRA ANUGERAH-NYA
Subhanallah ketenangan yang menenangkan jiwa.
Mencintai-Mu Allah satu ketenangan Allahu Akbar.
Aku mendapat ilham bagaikan mengutip Permata Syurga berguguran dengan banyaknya lagi kukutip lagi banyak tak terkata . Allahu Akbar. Syukur Alhamdulillah. Aamiin
POHONAN PELANGI SASTRA ANUGERAH-NYA YANG TERINDAH INI KUHADIAHKAN TERISTIMEWA UNTUK SELURUH PENGHUNI BUMI TERCINTA
SAKSIKAN KEINDAHAN ALAM DENGAN IMAN PASTI KAMU AKAN PERCAYA KEWUJUDAN TUHAN
ALLAH KUCINTA MUHAMMAD KUKASIH
ALLAH KUCINTA MUHAMMAD KUKASIH
MOGA CINTA DAN KASIH INI
MENGUNDANG RINDU MEMBARA
TANPA JEMU TANPA NOKHTAH
HINGGA KE AKHIR HAYATKU MENCINTAI-NYA
DI PADANG MAHSYAR MENDAPAT
SYAFAAT NABI MUHAMMAD SAW
DI SYURGA BERSAMA NABI MUHAMMAD SAW
DAN SELURUH UMMAT RASULULLAH BERSAMA
MEMANDANG WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
LIHATLAH KEBESARAN TUHAN SUBHANALLAH
'hamba-Ku yang mencintaimu adalah kekasih-Ku,'
KU MILIK ORANG YANG BERSELAWAT KE ATASMU
Ketika di Mikraj di Sidratul Muntaha, Allah swt bertanya kepada Nabi saw, Milik siapakah seluruh langit ini? Nabi saw menjawab, milikMu Ya Allah. Allah swt bertanya lagi kepada Rasulullah saw, Milik siapakah dirimu? Nabi saw menjawab, MilikMu Ya Allah. Kemudian, Allah swt bertanya lagi, Milik siapakah diriKu? Nabi saw diam tersipu-sipu tidak menjawab. Kemudian Allah swt sendiri menjawabnya, Sesungguhnya Aku milik orang yang berselawat ke atasmu.
Allahummassolli wa sallim wa baarik alaih!
Allahumma solli wa sallim 'alaih
Maha Suci Tuhan Pemilik langit dan Bumi, Tuhan Pemilik ‘Arsy, dari apa yang mereka sifatkan itu.’
(QS. Az-Zukhruf: Ayat 82)
MAKRIFAT CINTA
Makrifat cinta bermakna saling menyayangi kerana Allah SWT membuatkan hati ada taman berbunga iman menjadi hamba-Nya yang bertaqwa.
Ikatan silaturrahim dalam persahabatan sentiasa ikhlas dengan niat bersama menuju jalan-jalan ke SyurgaNya.
Sentiasa redha apa jua takdirNya percaya setiap takdir pasti ada hikmahNya yang indah.
Jika hati dilukai tak akan ada rasa kecewa kerana yakin Allah akan menggantikan yang lebih baik.
Lalui hidup dengan sentiasa bersangka baik dengan Allah Azzawajalla kerana Allah SWT mengikut prasangka hambaNya memahami apa rencanaNya di situlah adanya Makrifat Cinta.
"ALLAH TIDAK MEMBERI APA YANG KITA MAHUKAN TAPI ALLAH MEMBERI APA YANG KITA PERLUKAN,"
TAK ADA KEJADIAN KEBETULAN SEMUA HANYA BISA TERJADI DENGAN IZIN ALLAH
HIKMAH
Tak ada kejadian kebetulan
Tak ada kejadian sia-sia
Semua hanya bisa terjadi dengan izin Allah
Dan semuanya pasti penuh hikmah
Hikmah tak akan terbaca
Oleh orang yg sarat emosi
Sibuk memanjakan perasaan
Cinta dunia, senang dengan penilaian makhluk
Langka berzikir
Tak mau sungguh-sungguh tafakur
Hikmah yg terbaca
akan merubah suasana hati
Akan mudah merubah perilaku
Dari pedih menjadi syukur
Dari melankolis menjadi semangat
Hikmah mudah terbaca oleh orang yang berhati bersih,
Buah dari kecerdasan akal, Ketulusan hati Dan kesungguhan mencintai Allah diatas segalanya.
JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA ALLAH KITA AKAN BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT TAPI JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA MANUSIA DIA SENDIRI TIDAK BISA MENJAMINKAN KEBAHAGIAAN UNTUKNYA APA TAH LAGI KITA .
ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA DAN MEMBANTU KITA WALAUPUN DI SAAT KITA DISISIHKAN OLEH SEMUA MANUSIA.
BILAMANA ALLAH MEMBANTUMU TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG-NYA SAMADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT YAKINLAH JANJI ALLAH ITU PASTI !
SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surah Al Fajr
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati.”
Wahai jiwa yang tenang (27), Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya (28). Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu (29) dan masuklah ke dalam SyurgaKu (29) - (Al Fajr:27, 28, 29)
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLA
Ertinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajalla: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Ertinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)
·
Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya merentasi benua....aamiin
Ratu Rimba Niagara Aamin Ya Rabbal A'Lamiin
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA
@ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/
THAILAND, 202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
2 September 2020
14 Muharam 1442H
0 comments:
Post a Comment