SASTERAKU ANUGERAH-NYA TERINDAH (275) MERDEKA TERUS MERDEKA!
- 2 Balasan
Muhyiddin Yassin sedang bersama Utusan Melayu dan 3 others.
SASTERA POPULARKAN SEJARAH!
Aku bukan ahli Sejarah
tapi aku peminat Sejarah
aku mahu menghargai Sejarah
dengan caraku sendiri.
Aku ingin mengolah Sejarah
jadikan puisi syair pantun dan gurindam
cara baru untuk mempopularkan Sejarah
di jiwa anak cucu Rumpun Melayu
agar mereka menghargai
Sejarah moyang mereka
yang bersusah payah
memerdekakan Negara tercinta
agar anak cucu dapat menumpang teduh
dengan aman sejahtera
tanpa ada permusuhan
yang akan membuatkan
Negara moyangku dijajah semula
Aku tak mahu sampainya jadi begitu
maka
kurela
keringat dan darahku ini dijadikan tinta
pena untukku menulis
dengan air mata dan darah
takkan kuhiraukan lagi
segala penghinaan mereka ke aku
kerana aku berpena bukan
untuk dipandang mereka
aku menulis
demi pandangan-Nya
demi anak cucu Rumpun Melayu tercinta!
Aku tak berhajat apa-apa dari kalian
tapi tolong jangan sepikan karya-karyaku ini
kerana ianya lahir dari hati dan kasih sayang nan suci moga Allah sahaja yang dapat membalas sokonganmu itu
tolong doakan aku agar dapat berpena
sehingga terhenti nafas
terhentilah pena!
Karya Ratu Rimba Niagara
31 Ogos 2020
(Disiarkan Bersempena Hari Kebangsaan ke - 63
bermula 31 Ogos 1957 - 31 Ogos 2020).
SYAIR BAPA KEMERDEKAAN MALAYSIA
Tersebutlah kisah seorang putera,
Tunku Abdul Rahman diberi nama;
Dikasihi semua rakyat jelata,
Baik budinya tidak terkira.
Menyayangi rakyat sepenuh hati,
Perjuangannya tidak pernah terhenti;
Disambung oleh pemimpin terkini,
Cintakan perjuangan tidak bertepi.
Sokongan rakyat Tunku gembira,
Rela berkorban harta dan nyawa;
Demi kerana negara tercinta,
Asalkan rakyat hidup bahagia.
Bersama Tun Razak Tunku ke London,
Untuk bincangkan tentang kemerdekaan;
Penat dan lelah tidak dihiraukan,
Asalkan pulang membawa kejayaan.
Tanggal 31 Ogos 1957 diumumkan kemerdekaan,
Disambut penuh dengan kegembiraan;
Ribuan rakyat ceria bersorakkan,
Tersenyum Tunku tanda kepuasan.
Tunku laungkan merdeka penuh membara,
Rakyat menyambut laungan membara-bara;
Demi kerana negara merdeka,
Untuk diwarisi rakyat jelata.
Kemerdekaan dituntut bukannya mudah,
Penuh dengan penat dan lelah;
Walaupun tiada pertumpahan darah,
Agar generasi dapat berteduh.
Pemimpin dan rakyat harus bersatu,
Pertahankan negara tanpa jemu;
Rakyat aman sudahlah tentu,
Generasi mendatang mendapat restu.
Tanpa diduga komunis bertandang,
Menceroboh masuk terus meradang;
Tunku memikir merasa bimbang,
Keselamatan negara tidak tergoyang.
Tunku berbincang secara aman,
Dengan Chin Peng membuat keputusan;
Komunis berundur dengan aman,
Terima kasih Tunku Abdul Rahman.
Jepun menyerang ke negara kita,
Ingin berkuasa merebut tahta;
Kekejaman Jepun rakyat sengsara,
Makan dan minum berair mata.
Sana sini mayat bergelimpangan,
Jepun mengganas tanpa kemanusiaan;
Asalkan hati penuh kepuasan,
Kerana hati bertuhankan syaitan.
Para perajurit ramai terkorban,
Mempertahankan negara habis-habisan;
Nyawa di badan jadi taruhan,
Asalkan negara menjadi aman.
Perajurit dibantu tentera Inggeris,
Jepun terus bermuka bengis;
Berlawan mereka terus menerus,
Gugurnya perajurit terus ditangis.
Pergilah perajuritku dengan aman,
Perjuanganmu menjadi kenangan;
Kau gugur dalam kemenangan,
Kuingat dikau di tugu kepahlawanan.
Jepun mengalah lalu berundur,
Hiroshima dan Nagasaki bom digugur;
Sudah terlambat Jepun nak sedar,
Rakyat mereka ramai yang gugur.
Tunku hargai jasa perwira,
Pertahankan negara ke hujung nyawa;
Rakyat juga amat berbangga,
Kerana jasamu rakyat terbela.
Tunku memerintah penuh berhati,
Rakyat hidup bersatu hati;
Ke mana pergi Tunku dihormati,
Pengorbanamu Tunku terus diingati.
Sekian sahaja kisah Bapa Kemerdekaan,
Memerdekakan negara demi keamanan;
Agar generasi turut pertahankan,
Menjadi warisan sejak berzaman.
Karya Ratu Rimba Niagara
31 Ogos 2020
(Disiarkan Bersempena Hari Kebangsaan ke - 63
bermula 31 Ogos 1957 - 31 Ogos 2020)
SEJARAH BERDARAH 13 MEI 1969 TIDAK AKAN DIBIARKAN BERULANG KEMBALI!
13 Mei 1969
peristiwa berdarah
mengerikan menakutkan membinasakan!
Api kemarahan
tercetus
dicetus
oleh kaum Cina
yang gila kuasa
bermaharaja lela
mengutuk
menghina
membunuh orang-orang Melayu
sesuka hati
tanpa rasa bersalah pada Tanah Melayu.
Kaum Cina lupa daratan
dari mana asalnya
dari mana nenek moyangnya
bertarung nyawa datang ke Tanah Melayu
berbondong-bondong
sehelai sepinggang
demi sesuap rezeki
sanggup tinggalkan
tanah tempat tumpah darahnya
sanggup tinggalkan sanak saudara
demi mengubah nasib diri.
Kaum Cina lupa daratan
hari demi hari
tahun demi tahun
kekayaan dimiliki
mereka mula rasa dengki khianat
pada anak pribumi tanah Melayu.
Mereka melaungkan
cogan kata
kami dilayan tidak adil!
makanya mahu dihapuskan Melayu!
Melayu dibunuh!
rusuhan ada di mana-mana
mayat bergelimpangan
sungai menjadi lautan darah
gara-gara perkauman kaum
antara Cina dan Melayu
maka kerajaan
mengarahkan Perintah Berkurung.
Setiap 13 Mei dikenang sebagai
peristiwa berdarah
rusuhan kaum
antara Cina dan Melayu
amat menakutkan
amat mengerikan!
Ramai pejuang-pejuang Melayu Islam
yang tak punya ilmu kepahlawanan
berjuang kerana semangat Melayu
yang mendalam di jiwa
roh Melayu sudah sebati di jiwa
maka mereka
tentang kaum Cina
habis-habisan
dengan menyebut kalimah
ALLAHU AKBAR
berulang kali
hingga ramai kaum Cina
yang tewas di tangan orang Melayu
berkat pertolongan dari Allah SWT
dikirimkan tentera-tentera
fisabilillah yang tak nampak
oleh kaum Cina.
Hari ini 13 Mei 2013
dikenang ....di ingat...
tak akan mudah dilupa
oleh semua Melayu di Malaysia
bersumpah setia akan
mempertahankan Tanah Melayu ini
hingga ke titisan darah terakhir
maka kaum Cina
jangan mudah lupa asal usulmu
dari mana datangmu
kamu sudah dilayan
cukup baik di Malaysia ini
jika kamu mahu mencabar kami
silakan...silakan...silakan....
pantang anak jantan Melayu dicabar
kami tidak takut mati
kami akan sahut cabaran itu.
Duhai kaum Melayu
yang bersengkongkol dengan kaum Cina
sedarlah siapa kamu
kamu adalah pengkhianat bangsa Melayu sendiri
cuma kamu fikir secara waras
adakah kaum Cina yang kamu sokong itu
akan memberi kamu kuasa
jika dia berkuasa?
Oh! Jangan haraplah
kamu sebenarnya telah
dikambing hitamkan kaum Cina
agar memudahkan lagi mereka
menjajah Tanah Melayu ini
untuk diistiharkan Tanah Cina merdeka
adakah itu yang kamu inginkan?
Kami tak akan benarkan...
peristiwa berdarah 13 Mei berulang kembali
mulai detik ini
mulai saat ini
kami bersumpah setia
bahawa kaum Melayu
hak-hak keistimewaan kaum Melayu
jangan ada sesiapa yang berani pertikaikan
jika berani silakan ...
kami sanggup berhadapan
walaupun nyawa kami jadi taruhan!
Duhai kaum Melayu
duhai kaum Cina
duhai kaum India
tidak pernahkah kalian terfikir
bagaimana tiga kaum ini
bersatu hati
mahu menuntut kemerdekaan Malaysia
63 tahun yang dahulu
kerana kesepakatan dan mengikut syarat-syarat
yang termaktub Malaysia di istiharkan Merdeka
pada 31 Ogos 1957
sekarang sudah 63 tahun merdeka
sudah banyak susah senang Malaysia hadapi
berkat kesabaran para pemimpin mentadbir
Malaysia maju cemerlang gemilang terbilang di mata dunia.
Adakah kerana ketidaksefahaman tiga kaum
kita mahu melihat bumi bertuah Malaysia tercinta hancur musnah ? Dalam sekelip mata? Gara-gara gila kuasa?
Ayuh rakyat Malaysia
buanglah yang keruh
ambil yang jernih
kita sama-sama mentadbir Malaysia ini
dalam jiwa,"Semangat Merdeka"
Malaysia Prihatin!
Kita bersatu sayangkan negara
kita bersatu majukan negara
kita bersatu merealisasikan
cita-cita rakyat dan negara
agar Malaysia tercinta terus kekal
merdeka sampai bila-bila
bila Malaysia maju dan aman sejahtera
anak cucu kita pasti berbangga menjadi
rakyat Malaysia ...Percayalah!
Karya Ratu Rimba Niagara
31 Ogos 2020
(Puisi diilhamkan memperingati peristiwa berdarah 13 Mei 1969,
moga kita bersama mengambil iktibar atas sejarah berdarah yang
pernah berlaku ke atas Malaysia tercinta)
(Disiarkan Bersempena Hari Kebangsaan ke - 63
bermula 31 Ogos 1957 - 31 Ogos 2020).
SYAIR DEMI MALAYSIA TERCINTA
Tersebutlah kisah suatu cerita,
Malaysia negaraku yang tercinta;
Rakyat pelbagai kaum hidup bersama,
Merealisasikan impian demi Negara.
Saling menghormati bersatu hati,
Tolong menolong amalan murni;
Tiada rasa berdengki hati,
Semua kerana Malaysia dicintai.
Melayu Cina India dalam perpaduan,
Bersatu hati merealisasi impian;
Berganding bahu bersama kerajaan,
Jadi realiti Negara berperlembagaan.
Jika Negara kucar kacir,
Nasib rakyat sentiasa tercicir;
Kerajaan dibina menjadi hancur,
Angkara rakyat selalu engkar.
Ingatlah peristiwa 13 Mei,
Rusuhan kaum sentiasa diingati;
Berpadulah demi Malaysia disayangi,
Agar 13 Mei tidak berulang kembali.
Kalau diingat perjuangan Tunku,
Perjuangannya tak pernah jemu;
Kemerdekaan dicapai gembiranya Tunku,
Biarpun mengharungi perjuangan berliku.
Tunku Abdul Rahman seorang bijaksana,
Menuntut kemerdekaan gunakan minda;
Bijak berkomunikasi terpegunnya mereka,
Mereka istiharkan Malaysia Merdeka.
Begitu juga berbincang dengan komunis,
Tunku bincang dengan cara harmonis;
Hinggakan mengalah ketua komunis,
Menjadi legenda kenangan manis.
Pemimpin berjiwa rakyat itu yang dimahu,
Biarpun lama rakyat menunggu;
Sabar menunggu tak pernah jemu,
Asalkan pembelaan rakyat tertunai itu dimahu.
Bukan tak ada pemimpin berjiwa rakyat,
Sentiasa ikhlas mengurus masyarakat;
Jiwa kental sentiasa muafakat,
Berkorban apa saja demi rakyat.
Rakyat susah pemimpin ambil peduli,
Pemimpin bersara rakyat hargai;
Rakyat dan pemimpin bersatu hati,
Barulah aman Negara ini.
Rakyat dan pemimpin seia sekata,
Apa masalah rakyat dikongsi bersama;
Masalah diatasi dengan bijaksana,
Barulah rakyat dan pemimpin boleh bekerjasama.
Kesusahan rakyat masalah pemimpin,
Selagi tak selesai pemimpin fikirkan;
Sanggup berpening memikirkan,
Asalkan masalah rakyat dapat diselesaikan.
Permintaan rakyat untuk rakyat,
Pemimpin usulkan di Dewan Rakyat;
Didengari semua wakil Rakyat,
Apabila tertunai sukanya rakyat.
Rakyat Malaysia harus bersatu,
Demi kerana Malaysia yang satu;
Negara aman berkat bersatu,
Syukur generasi kini dan terdahulu.
Sama-sama merealisasikan impian,
Majunya Malaysia dalam pemodenan;
Semua rakyat saling memahami dalam perpaduan,
Demi kerana Malaysia mencapai kecemerlangan.
Karya Ratu Rimba Niagara
31 Ogos 2020
(Disiarkan Bersempena Hari Kebangsaan ke - 63
bermula 31 Ogos 1957 - 31 Ogos 2020).
PANTUN TERIMA KASIH PERDANA MENTERI TSMY
Terima kasih Perdana Menteri,
Sudi menjadi Perdana Menteri kami;
Pengorbananmu rakyat hargai,
Namamu indah tersemat di hati.
Perjuanganmu setulus ikhlas,
Membela rakyat pelbagai kaum;
Budi ditabur tiada harap dibalas,
Bangganya rakyat penuh kagum.
Jasamu Perdana Menteri rakyat hargai,
Turun ke padang tak kira masa;
Setiap masalah rakyat cuba difahami,
Agar rakyat hidup sempurna.
Tiada istilah penat dan jemu,
Sentiasa fikirkan masalah negara;
Masalah negara difikirkan tanpa jemu,
Diselesaikan agar rakyat hidup sejahtera.
Hidupmu penuh dengan kebaktian,
Berbakti kepada rakyat juga negara;
Bersyukur rakyat mempunyai pemimpin,
Pemimpin berjiwa rakyat pembela negara.
Pemimpin berjiwa rakyat pembela negara,
Mahukan negara terus maju;
Semangat perjuangan terus membara,
Negara dipacu rakyat terus maju.
Negara dipacu rakyat terus maju,
Negara maju rakyat berinovasi;
Negara maju dunia terpukau,
Hasil negara terus dikongsi.
Rakyat pelbagai kaum dalam perpaduan,
Bermuafakat bersatu hati;
Bersatu hati untuk merealisasi,
Setiap usaha pasti jadi kenyataan.
Setiap usaha pasti jadi kenyataan,
Asalkan rakyat dan pemimpin bersatu hati;
Bersatu hati saling memberi kepercayaan,
Kepercayaan berdasarkan keikhlasan hati.
Kejujuran hati membentuk kerajaan,
Kerajaan cekap dan amanah;
Rakyat sentiasa diberi perhatian,
Pemerintahan dilaksana secara berhemah.
Pemerintahan dilaksana secara berhemah,
Tiada perkecilkan mana-mana parti;
Nasib rakyat dan negara terpikul amanah,
Kesejahteraan rakyat dan negara sudahlah pasti.
Perdana Menteri kaulah pertiwi,
Perjuanganmu tak terhenti;
Semangatmu membara kami kagumi,
Budimu indah mewangi di hati .
Terima kasih Perdana Menteri,
Nasihatmu sentiasa kami ingati;
Pengorbananmu kami sanjungi,
Budi baikmu sentiasa kami hargai.
Terima kasih Perdana Menteri,
Tan Sri Muhyiddin kesayangan kami;
Moga sentiasa dirahmati,
Dirahmati ketika hidup dan mati.
Malaysia tersenyum kesejahteraan tercipta,
Pemimpin dan rakyatnya sehati sejiwa;
Saling faham memahami di antara mereka,
Demi kerana negara tercinta.
Karya Ratu Rimba Niagara
29 April 2020
(Pantun dikarang untukmu Perdana Menteri kesayangan rakyat Malaysia terima kerana sudi menjadi Perdana Menteri kami moga Allah merahmatimu Aamiin)
(Disiarkan Bersempena Hari Kebangsaan ke - 63
bermula 31 Ogos 1957 - 31 Ogos 2020)
- PELANGI CINTA BERBUNGA SYURGAPabila rindu dendamsudah terpadamhilang segala cinta terpendamyang ada derita di tungku hati remuk redamapi cinta terus terpadamKeyakinan menghidupkan cintaterlalu menyeksakanketabahan perludengan adanya ketulusan hatibercinta karena-Nyapasti pelangi cintaberbunga Syurgaterkuntum di kalbuserinya dipelukan rindusyahdu dalam gaun pengantinbersuterakankiriman dari Syurga Ilahibahagia dinantidi perdu rindu Syurgabagaikan pengantin diRajadari Merak Kayangancantik jelitarupawan tertawandi sejadah cintaSyukurlah pada IlahiKARYA PUTRI RIMBA NIAGARA20 Jun 2012
- 1 Balasan
0 comments:
Post a Comment