Friday, 23 December 2011

JIKA BENARLAH KAMU ANAK CUCU-CICIT DATU MUHAMMAD SALEH

Duhai anak cucu cicit Datu Muhammad Saleh...
Jika kau masih mendiam diri membatu tanpa bertindak
Memperjuangkan hak pewarismu
Sia-sialah darah yang mengalir di tubuhmu
Sia-sialah kau menjadi anak jantan!

Bertindak tidak semestinya akan berlaku pertumpahan darah
Tapi menggunakan akal kebijaksanaanmu membela hakmu

Aku yakin kamu akan berjaya
Jika kamu berjaya dalam memperjuangkan hak kamu
Memang benarlah kamu cucu cicit Datu Muhammad Saleh
Kamu akan dapat rasai itu jika kemenangan di pihak kamu!

Justeru tunggu apa lagi ...
Bangkitlah dari sebuah kekalahan diri sendiri

Ketahuilah kau...moyang kamu
Bangkit dengan mewakili seluruh Sabah dan Malaysia
Menempa kejayaan
Kenapa kejayaan sudah tergenggam di tangan
Menjadi hak milik kekal negara
Tiba-tiba jadi begini?

Kalau moyangmu pertaruhkan nyawa untuk Sabah dan Malaysia
Kau pertaruhkan apa?
Jangan pandai mengeluh
Tapi pandailah melaung...
Melaunglah semahumu ...
Akan bangkit semua pejuang-pejuang menyahut launganmu itu
dan ketahuilah kau tika ini
Moyang kamu bersedih jika kau kecundang dalam laungan penuh
bersemangat itu....
Biarlah hingga hilang suaramu dek jutaan kali melaungkan hak kamu....
Setidak-tidaknya kamu sudah berusaha secara damai tanpa berlaku
pertumpahan darah....

Cuma yang aku dapat bantu bagi pihakmu...akan kulayangkan
warkah-warkah air mata perjuangan suci moyangmu itu kerana
aku amat menghargai jasa setiap yang bergelar "PEJUANG KEMERDEKAAN!"

Biar jasanya diSyukuri kerana nikmat kemerdekaan dikecapi kini
Biar darah yang tumpah dan jasad yang gugur ke bumi dikenang
sebagai PEJUANG KEMERDEKAAN!

Kudoakan moga perjuangan suci mereka tidak dipersiakan dan
menghargai anak cucu-cicitnya dengan selayaknya!
Barulah bererti erti,"HARI MALAYSIA YANG BAKAL DISAMBUT TIDAK LAMA LAGI!"

Karya Rha NS
8 September 2011
Like · · 2 hours ago

Awang Karim Kadir likes this.

Awang Karim Kadir Oh, aku terharu...
about an hour ago · Unlike · 1

Rabeah Mohd Ali Terharu je...tak nak beri ulasan apa pendapatmu tentang karyaku ini?
58 minutes ago · Unlike · 1

Awang Karim Kadir Sebuah karya yang menyuntik semangat perjuangan; anak cucu datu paduka Muhammad salleh terbakar semangat oleh puisimu ini RMA.Kata-kata adakalanya lebih tajam daripada pedang, lebih laju daripada peluru.
44 minutes ago · Unlike · 1

Rabeah Mohd Ali Moga perjuanganmu tak pernah terhenti!
33 minutes ago · Like

(PETIKAN DARIPADA WALL RABEAH MOHD ALI)
23 Disember 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;