Wednesday, 18 April 2012

DIWARISI KEPENDEKARAN DENGAN JIWA MENDALAM



KALAU MEMETIK DAUN GELENGGANG
BUKAKAN DULU KAIN SARUNG
MARI PENDEKAR MASUK GELANGGANG
SIAPKAN KERIS UNTUK BERTARUNG
 ·  · 
  • You and 71 others like this.
    • Syaipul Tengku Andhika Ze@pergi ke toko membeli gelang...gelang di beli si emas murni..kalau di suruh masuk gelanggang..tak pakai kerispun aku berani..
      9 hours ago ·  ·  3
    • Halim Lim mari memetik daun glenggang,,batang kayu dibelah-belah,,kalau keris sudah dipegang,,pantang melayu mundur selangkah,,
      9 hours ago ·  ·  6
    • Yoes Rokan haahhaaa...mantap...THE BEST buat pak Zairi Erie
      9 hours ago ·  ·  2
    • Syaipul Tengku Andhika Batamg kayu di belah belah...dibelah di samping rumah..takkan melayu mundur selangkah...walau harus bermandikan darah..
      9 hours ago ·  ·  3
    • Ian Basten pisang batu pisang kelat mri d msak d atas batu,jgn mentang pndai besilat mari kite satu lawan satu.
      9 hours ago ·  ·  2
    • Rahmad Pijha daun gelenggang daun mengkudu
      dipetik oleh Si raje melake ..
      Klo sudah masuk masuk k gelanggang
      Sedikit ilmu badan binase..
      8 hours ago ·  ·  2
    • Edwar Abuhasan Dari ladang terus kepasar,hendak membeli si daun jarak,jika musuh datang mencabar,Pantang melayu untuk menolak...
      8 hours ago ·  ·  3
    • Rabeah Mohd Ali Pendekar melayu pantang dicabar,
      Turun ke gelanggang berbekalkan ilmu;
      Di gelanggang ini setapak pun takkan kuundur,
      Biar kepahlawanan melayu satu dunia tahu.
      8 hours ago ·  ·  2
    • Rabeah Mohd Ali Sedikit ilmu badan binasa,
      Akan kusahut cabaranmu itu;
      Bertulangkan besi beruratkan suasa,
      Satu lawan satu aku sedang menunggu.
      8 hours ago ·  ·  2
    • Rabeah Mohd Ali Guruku namanya Pendekar Mastur,
      Maha Guru Silat yang terhandal di Sumatera;
      Katanya bila dah sampai ke gelanggang jangan mundur,
      Biar bermandikan darah namun semangat tetap membara.
      8 hours ago ·  ·  1
    • Rahmad Pijha Sungguh indah Bunge yang Mekar
      Jike di petik Layu daun nye...
      tak ade gune saling mencabar
      Melayu bersatusaling menyatu
      7 hours ago ·  ·  3
    • Rabeah Mohd Ali Jangan mudah melayu melatah,
      Bukan siapa hendak mencabar siapa;
      Hanya mahu menakutkan musuh,
      Agar musuh tahu anak jantan itu siapa.
      6 hours ago ·  ·  2
    • Rabeah Mohd Ali Kalau engkau malu mengaku pendekar,
      Aku ke gelanggang dicabar Maha Guru Zairi;
      Makanya aku takkan berundur,
      Kan ku perjuangankan jiwa melayu sampai mati.
      6 hours ago ·  ·  1
    • Rabeah Mohd Ali Aku tahu aku tak sehebatmu pendekar Rahmad,
      Tapi jangan diduga laut yang dalam;
      Pendekar melayu bersatu mendapat Rahmad,
      Diwarisi kependekaran dengan jiwa mendalam.
      6 hours ago ·  ·  1
    • Rabeah Mohd Ali Satu lawan satu itulah anak jantan,
      Pukulan maut takkan ku gentar;
      Ayuh! Maju cepat kita berlawan,
      Biar apa terjadi jangan mundur.
      6 hours ago ·  ·  1
    • Nooraini Hamim kalau memetik daun gelengang
      Turun ke gelanggang berkain sarung;
      bukan hamba tak mahu masuk gelanggang
      takut nanti kalah bertarung...
      6 hours ago ·  ·  2
    • Rabeah Mohd Ali Pendekar melayu tak mudah mengaku kalah,
      Ayuh yakin pada dirimu sendiri;
      Ingat pesanan guru jangan mengalah,
      Kerna pendekar melayu tak takut mati.
      6 hours ago ·  ·  1

    • Noordien Nashroel Haqy Gelanggang laksmana raja di laut berbukit batu
      hempaskan kris gayungkan senjata
      wahai kang Zairi Erie salam rindu
      kapan2 bolehlah makan bersama...
      3 hours ago ·  ·  1

      (PETIKAN DARIPADA WALL ZAIRI ERIE)
      18 April 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;