Monday, 16 April 2012

WARKAH RINDU TIADA PENGHUJUNGNYA BUAT DINDA




  • Rabeah Mohd Ali shared Teungku Sayyid Deqy's status update.
    Subhanallah...
    mengapa engkau belum juga sampai sahabatku?
    betapa jauh perjalananmu...
    kidung ini semakin menyepi dan meredup
    kisah-kisah lenyap
    beranda jadi kosong
    rindu melompong
    tak ada yang bisa kuperbuat,
    kecuali menunggumu,
    di bahasa yang paling tak kumengerti

    (semoga diberikan kemudahan agar cepat sampai ke Bangka.Amin)
     ·  ·  · 7 hours ago
    • You and Putra Rimba like this.
      • Rabeah Mohd Ali WARKAH RINDU TIADA PENGHUJUNGNYA BUAT DINDA

        Allahu Akhbar
        Sudah lama dinda sepikan kanda
        Duhai dindaku nun di benua sana
        Adakah dinda sudah lupakan persahabatan kita
        Apakah khilaf yang kanda lakukan hingga tega
        Dinda sepikan rinduku ini
        Siang dan malam kanda menanti
        Kiriman warkah rindumu di ombak sepi
        Tapi masih sepi
        Sesepi pantai di rimba ini
        Cuma yang kedengaran
        Hempasan ombak menghempas pantai
        Kanda rasa terhibur pabila
        Deruan ombak menyanyikan lagu rindu
        Kanda teruja mendengarnya
        Dan kanda teringat akan Kebesaran Tuhan
        Mencipta lautan sebegini indah
        Kanda duduk di atas batu yang di kelilingi
        Bebatuan yang banyak
        Sambil melemparkan pandangan
        Di lautan yang terbentang luas
        Dan teringat dengan janjimu
        Untuk datang ke Istana Rimba ini

        Setiap kali bahtera yang datang
        Gembira hati kanda
        Kerna salah satu bahtera yang banyak
        Itu adalah bahtera diRaja dinda

        Tapi hampa...
        Kanda pulang dengan hampa...
        Sampai di istana
        Dayang-dayang
        Menghidangkan
        Pelbagai juadah
        Tapi tiada selera untuk
        Kanda menjamahnya
        Mereka tetap juga memaksa
        Agar kanda hingga
        Mereka juga tidak mahu santapan
        Dan mereka menyuap kanda santapan
        Sambil menyapu air mata kanda
        Dengan daunan kasih

        "Tuanku Putri Rimba...
        Tak usahlah ditunggu lagi...
        Mungkin Kanda Tuanku terlalu sibuk menguruskan negaranya...
        Bukankah Tunku Putri mengajarkan pada kami bahawa
        Urusan negara adalah lebih penting daripada kepentingan sendiri
        Makanya Tuanku Putri fahamlah keadaan Tuanku diRaja."
        pujuk dayang penghuni rimba yang sangat sayang pada Putri Rimba.

        "Betul katamu dayang...tapi beta ini terlalu percaya akan
        janji Tuanku diRaja...kalau satu purnama tak apa beta menunggu
        ini sudah berpurnama-purnama masih lagi tidak ada tanda-tanda kehadiran Tuanku DiRaja. Adakah Tuanku DiRaja sudah lupakan beta?"

        "Patik rasa tuanku Putri ini sedang di lamun rindu..adakah Tuanku rindukan Tuanku diRaja?"

        "Bukan begitu beta maksudkan...kerna hubungan kami tidak lebih daripada persahabatan di antara dua benua...rindu dan kasih beta
        hanyalah kasih seorang sahabat ....salah ke ?"

        "Tak salah Tuanku Putri....bersahabat biar ramai...berkasih biar satu..."

        "Apa maksudmu dayang?"

        "Tuanku Putri....jawab sendirilah...."

        Suasana Istana Rimba hiruk pikuk dengan gelak ketawa penghuni rimba apabila Putri Rimba kesayangan mereka hilang daripada rasa dukacita.

        Beginilah keadaan kanda setiap hari dinda...sentiasa bergurau senda
        dengan penghuni rimba tanpa ada hati-hati terluka ...sentiasa menyayangi di antara satu sama lain. Inilah kehidupan yang kanda dambakan dan Allah SWT telah mengurniakan. Mana bisa mungkin kanda akan tinggalkan kehidupan yang aman dan harmonis ini.
        Makanya demi persahabatan kita yang ikhlas ini kanda akan setia menunggu dinda...di ombak rindu ini jika dinda tidak datang juga kerana kesibukan urusan negara... kanda faham kerna kanda pun begitu mengutamakan penghuni rimba daripada kepentingan kanda sendiri....biarlah rindu ini menjadi perindu setia pada ombak rindu yang tiada penghujungnya.

        WARKAH RINDU TIADA HUJUNGNYA BUAT DINDA
        TEUNGKU SAYYID DEQY INDONESIA
        DARIPADA KANDA PUTRI RIMBA NIAGARA MALAYSIA
        16 April 2012
        a few seconds ago · |

        (PETIKAN DARIPADA WALL PUTRI RIMBA)
        16 April 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;