Thursday, 19 April 2012

ANAK JANTAN MELAYU TAK AKAN TAKUT MATI!




KALAU MEMETIK DAUN GELENGGANG
BUKAKAN DULU KAIN SARUNG
MARI PENDEKAR MASUK GELANGGANG
SIAPKAN KERIS UNTUK BERTARUNG
1 ·  · 
  • You and 81 others like this.
    • Syaipul Tengku Andhika Ze@pergi ke toko membeli gelang...gelang di beli si emas murni..kalau di suruh masuk gelanggang..tak pakai kerispun aku berani..
      Yesterday at 9:53am ·  ·  3
    • Halim Lim mari memetik daun glenggang,,batang kayu dibelah-belah,,kalau keris sudah dipegang,,pantang melayu mundur selangkah,,
      Yesterday at 10:00am ·  ·  6
    • Yoes Rokan haahhaaa...mantap...THE BEST buat pak Zairi Erie
      Yesterday at 10:05am ·  ·  2
    • Syaipul Tengku Andhika Batamg kayu di belah belah...dibelah di samping rumah..takkan melayu mundur selangkah...walau harus bermandikan darah..
      Yesterday at 10:06am ·  ·  3
    • Ian Basten pisang batu pisang kelat mri d msak d atas batu,jgn mentang pndai besilat mari kite satu lawan satu.
      Yesterday at 10:06am ·  ·  2
    • Rahmad Pijha daun gelenggang daun mengkudu
      dipetik oleh Si raje melake ..
      Klo sudah masuk masuk k gelanggang
      Sedikit ilmu badan binase..
      Yesterday at 10:25am ·  ·  2
    • Edwar Abuhasan Dari ladang terus kepasar,hendak membeli si daun jarak,jika musuh datang mencabar,Pantang melayu untuk menolak...
      Yesterday at 10:37am ·  ·  3
    • Rabeah Mohd Ali Pendekar melayu pantang dicabar,
      Turun ke gelanggang berbekalkan ilmu;
      Di gelanggang ini setapak pun takkan kuundur,
      Biar kepahlawanan melayu satu dunia tahu.
      Yesterday at 10:57am ·  ·  2
    • Rabeah Mohd Ali Sedikit ilmu badan binasa,
      Akan kusahut cabaranmu itu;
      Bertulangkan besi beruratkan suasa,
      Satu lawan satu aku sedang menunggu.
      Yesterday at 11:02am ·  ·  2
    • Rabeah Mohd Ali Guruku namanya Pendekar Mastur,
      Maha Guru Silat yang terhandal di Sumatera;
      Katanya bila dah sampai ke gelanggang jangan mundur,
      Biar bermandikan darah namun semangat tetap membara.
      Yesterday at 11:10am ·  ·  1
    • Rahmad Pijha Sungguh indah Bunge yang Mekar
      Jike di petik Layu daun nye...
      tak ade gune saling mencabar
      Melayu bersatusaling menyatu
      Yesterday at 12:01pm ·  ·  3
    • Rabeah Mohd Ali Janga mudah melayu melatah,
      Bukan siapa hendak mencabar siapa;
      Hanya mahu menakutkan musuh,
      Agar musuh tahu anak jantan itu siapa.
      Yesterday at 12:16pm ·  ·  2
    • Rabeah Mohd Ali Kalau engkau malu mengaku pendekar,
      Aku ke gelanggang dicabar Maha Guru Zairi;
      Makanya aku takkan berundur,
      Kan ku perjuangankan jiwa melayu sampai mati.
      Yesterday at 12:19pm ·  ·  1
    • Rabeah Mohd Ali Aku tahu aku tak sehebatmu pendekar Rahmad,
      Tapi jangan diduga laut yang dalam;
      Pendekar melayu bersatu mendapat Rahmad,
      Diwarisi kependekaran dengan jiwa mendalam.
      Yesterday at 12:24pm ·  ·  1
    • Rabeah Mohd Ali Satu lawan satu itulah anak jantan,
      Pukulan maut takkan ku gentar;
      Ayuh! Maju cepat kita berlawan,
      Biar apa terjadi jangan mundur.
      Yesterday at 12:27pm ·  ·  1
    • Nooraini Hamim kalau memetik daun gelengang
      buka duli c kain sarong
      bukan hamba tak mahu masuk gelanggang
      takut nnt kalah bertarong...
      Yesterday at 12:37pm ·  ·  2
    • Rabeah Mohd Ali Pendekar melayu tak mudah mengaku kalah,
      Ayuh yakin pada dirimu sendiri;
      Ingat pesanan guru jangan mengalah,
      Kerna pendekar melayu tak takut mati.
      Yesterday at 12:49pm ·  ·  1
    • Is Kandar hbislh kemik kepale oghang bwh tu..
      Yesterday at 2:06pm ·  ·  1
    • Noordien Nashroel Haqy Gelanggang laksmana raja di laut berbukit batu
      hempaskan kris gayungkan senjata
      wahai kang Zairi Erie salam rindu
      kapan2 bolehlah makan bersama...
      Yesterday at 4:03pm ·  ·  1
    • Sri Bona org yg di atas awas buang Angin. kwkwkw.
      21 hours ago · 
    • Ayah Muz Ilyashah Duduk di bawah pepohon getah
      Sambil menguyah ubi dan pengat
      Membujur lalu melintang patah
      Sidiranmu itu naikan semangat
      20 hours ago ·  ·  1
    • Ayah Muz Ilyashah Sudah ku siap masuk gelangang,
      Sila lah turun mengatur langkah,
      Darah Melayu di cabar pantang,
      Sekali ku hembus tak akan mengalah
      20 hours ago ·  ·  2
    • Donni Dofiandi kapan nak lawan nya nih ayo siapa yang mau maju aku beli...
      17 hours ago ·  ·  1
    • Rabeah Mohd Ali Aku tahu ilmu persilatanmu penuh di dada,
      Sebab itu kau tak masuk berlenggang;
      Biarpun keris mu itu dihunjam di dada,
      Rela ku mati dalam gelanggang.

      Tapi awas! Jangan sekali mencuri tikaman,
      Berlawan jangan ada tipu daya yang menipu,
      Setiap langkahmu semuanya dalam perhatian,
      Sekali kau menendang 10 kali aku membalas tendanganmu itu.
      4 hours ago ·  ·  1
    • Ayah Muz Ilyashah Aku tak perlu menghunus keris ku, Langkah ku atur mengikut rasa,Bukan di kau lawan bagi ku,Aku lah yang bergelar Wan Perkasa. Wan Perkasa turun gelangang, Jangan cuba buka lipatan,Ku tepis semua serangan yang datang,Rusuk mu bertubi tubi ku beri tumbukan.... hahaha... Aku bukan sebarang aku, aku datang menabur ilmu, Jangan rapat dengan diri ku... Kelak kau akan terkena sengatan dari ku
      4 hours ago ·  ·  2
    • Rabeah Mohd Ali Siapa pun gelaranmu tak kan ku gentar...
      Kerna aku diajar guruku
      Jangan mundur sebelum berjuang
      Tahu kah engkau aku ini anak jantan melayu
      Anak jantan melayu pantang dicabar
      Kau tepis aku melompat
      Lihatlah keris digengamanku ini
      Pasti akan terhunjam di dadamu
      Awas!!! Wan Perkasa!! hehehhe
      4 hours ago ·  ·  1
    • Candra Ican aduh nampak parang panjang melintang lintang takutlahlahtu cerite ajelah... mane ade jiwe kstria jaman sekarang.. kalau ndak mohlah kite betikam hehehehehehehhehe
      3 hours ago ·  ·  2
    • Rabeah Mohd Ali Siapa bilang jaman sekarang tak ada jiwa kstria...??? Tak belajar belajar sejarah kepahlawan melayu jaman Hang Tuah ke? Sumpahnya melayu tak akan hilang di dunia makanya jiwa kstria akan wujud hingga kapanpun! Kerna engkau anak jantan melayu tak tahu sejarah Hang Tuah...cepat turun ke gelanggang kita bertarung habis-habisan ! Biar engkau tahu sumpah Hang Tuah itu adalah benar! Biar keris laksamana Hang Tuah ini menjadi saksi kepada penderhaka seperti engkau anak jantan yang pengecut!!!!! hihihihi
      3 hours ago ·  ·  2
    • Ayah Muz Ilyashah Wahai anak siapa nama mu,
      Pipi mu masih kehijau hijaun,
      Aku tak gentar dengan suara mu,
      Aku takut kau yang dulu pengsan
      hahahahaa
      Dadaku bukan untuk di tikam,
      Sebelum kau sempat menghunus keris mu,
      Kau akan terasa Gamam,
      Pabila kau tahu siapa diri ku
      2 hours ago ·  ·  1
    • Rabeah Mohd Ali Wahai pendekar perkasa...yang tak perkasa...aku tak heran pun sapa diri engkau...jangan aku dipandang sebelah mata dengan mengatakan aku masih lagi kehijauan....Ciss bedebah engkau! Anak jantan melayu pantang dicabar...lautan dalam jangan di duga...kalau engkau hendak tahu...darah yang mengalir ditubuhku ini adalah darah pahlawan hulu balang raja bugis! Moyangku berpesan ...sahut cabaran jika dicabar! Makanya demi sumpah setiaku pada moyangku aku tak akan berundur walau seinci pun rela kumati dalam gelanggang ini. Ayuh!!! Tunjukkan taring harimaumu itu ... kalau kau benar perkasa!!! heheheheh
      2 hours ago ·  ·  1
    • Moelkan Hasan Kayu sama kayu,
      Kayu mana boleh ditebang
      Melayu sama melayu
      Melayu mana boleh betentang
      2 hours ago ·  ·  1
    • Ayah Muz Ilyashah hahahahahahaha rupa nya kau marah di tengah gelangang..kasihan aku pada mu..anak muda tak dapat nak menahan kemarahan....jangan kau tikam musuh kerana marah, jangan kau mengata ciss..cuba kau katan cheese boleh kita makan bersama...hahahaha nah ambil dari ku ini... Bila kau tahu siapa diriku,
      Pasti gementar seluruh tubuh mu,
      Cepat cepat kamu berlalu,
      Sebelum melayang penangan dariku

      Langkah kaki ku tak pernah ternoda,
      Kencang bagaikan angin nan terbang,
      Sebelum kerisku menikam dada,
      Lebih baik kau keluar dari gelangang
      Hahahahha...
      2 hours ago · 
    • Rabeah Mohd Ali Aku takkan keluar dari gelanggang...
      Biarpun mati aku rela
      Daripada undur dimedan juang!
      Biar aku mati bermaruah daripada aku mati digelar sebagai pengecut! Segala seranganmu akan kutangkis, tulangku besi beruratkan dawai ...mana mungkin kutewas ditanganmu itu
      Tengkukmu itu akan kupatahkan dengan siku ini..!Sebelum kau cedera parah di tanganku ini lebih baik kau suruh pendekar zairi erie sediakan ambulan untuk mengusung kau ke hospital!!!! hehehehe
      2 hours ago ·  ·  1
    • Ayah Muz Ilyashah Bukan kau tak tau yang aku ini Wan Perkasa,
      Pantas dan pintas bermain senjata,
      Atupun kau saja berpura pura,
      Nak curi ilmu yang aku ada

      Jangan kau harap aku nak beri,
      Langkah gerak cengkaman maut,
      Pergi lah engkau cari sendiri,
      Ilmu ku sudah cermat ku balut

      Sangkabuana itu guruku,
      Di Bukit Saga aku bertemu,
      Kau tak akan dapat sentuh tubuhku,
      Sebelum kau sempat terbakar jantung mu



      hahahahaa..kau marah lagi wahai anak muda..sampaikan ambulan nak kau sedia...untuk aku kau kata..rupa nya kau dah lupa Zaman Hang Tuah mana ada itu semua...cuma mak bidan sama tok pawang sahaja..geli hatiku tak terkira..dalam diam kau curi ilmu ku juga ..tapi tak akan berjaya sebab aku tak pernah mengijazahkan kapada sesiapa..cuma murid2 ku sahaja....Tok maharaja lela salah satu dari nya...ku serahkan pada nya..kau hanya layak berdepan dengan dia..sebab ilmu mu itu tak seberapa..lagi pun aku nak hantar kau naik ambulan ka hospital Sultan Ismail dekat dgn taman daya..hahahahahaha
      2 hours ago ·  ·  1
    • Rabeah Mohd Ali Begitu angkuh kau berkata-kata...siapa yang heran dengan ilmu persilatanmu itu...sekali aku cekak dan kubaling kau ke bumbung atap rumahmu jatuh terguling-guling kau di situ..sebelum jatuh terguling akan kusambut dikau kerana aku tak tega melihat kau mati pendekarku...biarlah kau mati dalam gelanggang ...jangan mati di luar gelanggang...itulah prinsip aku pendekar melayu ..anak jantan melayu yang tak akan takut mati ! Hehehehehe
      about an hour ago

      (PETIKAN DARIPADA WALL ZAIRI ERIE)
      18 April 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;