Monday, 16 April 2012

TERIMALAH ROHKU INI SEBAGAI ROH-ROH DI KALANGAN HAMBAMU YANG BERIMAN


    • kita.
    • Hidup itu tidak diawali dari kandungan...
      Dan tidak berakhir di kuburan..................

      diantara perjalanan itu ialah dunia,..
      SAHABAT,.....
      Segala budi baik mu, kami simpan di hati kami...

      Menjadi doa disetiap waktu untuk mu,..
      Semoga SAHABAT berada dalam keindahan dan kedamaian,
      Di sisi Tuhan yang Maha Pengasih lagi Penyayang.
      Beriring untaian doa,....

      Selamat jalan SAHABAT,.........................................
      Amin.
       ·  · about an hour ago · 
      • 5 people like this.
        • Adinda Ayunda Puteri wah statusmu membuat diriku terpaku sedih ada apa gerangan saudaraku,moga hatimu damai ya,met malam mas salam.
          about an hour ago ·  ·  1
        • Rabeah Mohd Ali Sahabat...
          Biarpun nyawamu sudah habis
          Tapi rohmu masih hidup
          Hidup dan terus hidup
          Tika jasadmu hidup...
          Kita tahu wujudnya roh
          Tapi kita tiada rasa kehadirannya hidup bersama kita
          Selama kita hidup
          Pabila kita solat bertemu Tuhan
          Allah nampak kita
          Dan kita rasakan kehadiran Tuhan
          Cumanya jika kita tidak lalai dalam solat

          Bila kita sudah bergelar roh
          Roh cuma melihat jasad yang terbaring kaku
          Sebelum dimandikan dikafankan disembahyangkan dikebumikan
          Kini barulah kita yakin seratus peratus kita adalah roh
          Bukan manusia lagi yang hidup
          Mereka yang hidup tak nampak kita
          Tapi kita nampak mereka
          Sedang meratapi kematian kita
          Kita ...bercakap-cakap dengan mereka
          Tapi mereka tidak mendengar apa yang kita cakapkan
          Semuanya sudah tiada apa-apa makna lagi...

          Yang bermakna sekarang...
          Bekalan yang di bawa...
          Ye bekalan...
          Allahu Akhbar ....
          Adakah aku sudah bersedia untuk bertemu dengan Tuhanku
          Yang menciptakan aku...
          Yang memberi peluang ketika aku hidup di dunia
          Ya Allah berkat aku bersangka baik dengaMu Ya Allah
          Terimalah segala bekalan yang kubawa ini
          Biarpun bekalan ini... aku malu untuk aku persembahkan padaMu
          Serasa mahu aku dihidupkan semula
          Agar aku masih berkesempatan mengumpul lagi sebanyak bekalan
          Walaupun dengan menyebut sepatah perkataan Allahu Akhbar
          Tapi mana bisa mungkin aku dihidupkan semula
          Masa untukku sudah tamat
          Sudah tercatat aku ditakdirkan hari ini adalah hari terakhir aku
          Berhidup di bumi Tuhan.
          Hari ini mahu tak mahu aku akan berjumpa dengan Tuhanku
          Aku akan ditanya soalan kubur dan hari ini bersedia atau tidak aku mesti bersedia apa saja yang berlaku ke atas aku ...tak boleh sebut redho kerna redho itu hanya diberi peluang tika di dunia saja.
          Apa saja setelah mati adalah balasan yang setimpal dengan amalan ketika berhidup di dunia....
          Allahu Akbar semasa hidupku yang aku pasakkan di kalbu bahawa
          Kau sentiasa mengikut prasangka hambaMu...aku selalu berperasangka baik padaMu Ya Allah makanya terimalah rohku ini
          sebagai roh-roh di kalangan hambaMu yang beriman.
          Aamin Amin Ya Rabbal A'Lamin.
          43 minutes ago ·  ·  1
        • Rabeah Mohd Ali BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH SWT

          Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w. bersabda, "Berfirman Allah Azzawajalla : 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku . Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (berzikir kepada-Ku)"
          (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
          23 minutes ago ·  ·  1

          (PETIKAN DARIPADA WALL LAKSAMANA MAS)
          16 April 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;